Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JOM AMALKAN..

JOM AMALKAN..
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan 2.Kehinaan berganti dengan kemuliaan 3.Segala hutangnya dapat dijelaskan 4.Terhindar dari dukacita 5.Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya...amin
Showing posts with label MASAKAN SIMPLE. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN SIMPLE. Show all posts

Monday, 2 January 2012

SOSEJ ROLL...

Ni makanan kegemaran budak2..asal ada sosej confirm budak2 nak makan..tapi org tua pun suka makan ni..hehe..terutama waktu2 petang..walaupun resepi ni simple n senang n dah ramai yang tahu tapi saya nak share gak coz dah 'ter'masak...so nak share gak r.hehehe..jom tengok gambar dulu erk..


inilah rupanya sosej roll...

roti di lenyek2 dulu.hehe

telur yang dah dipecahkan..

inilah rupanya serbuk roti kuning..

sosej dibelah atau tak...

dicelup ke dalam serbuk roti

dah siap..tunggu masa nak goreng jerr..

dah siap digoreng n tunggu masa nak ngappp...

JOM TENGOK RESEPI YANG SIMPLE DIMPLE...hehe

Bahan2nya..
beberapa keping roti putih
1/2 cwn serbuk roti
1 bj telur ( kacau rata)
sosej( ayam/ daging)-di rebus terlebih dahulu
# nak guna sardin pun boleh..

Cara Membuatnya
roti di lenyek sehingga nipis
letakkan sosej dan gulung
sapukan bahagian hujung dengan telur supaya melekat..
kemudian celupkan kedalam telur...
dan kemudian celupkan pula kedalam sserbuk roti..
n bolehlah digoreng...
senang jerr kan..so boleh lah cuba erkk...

SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, 27 December 2011

REMIS GORENG KUNYIT SERAI...

Pernah tak makan remis? bagi yang dok kat tepi pantai,mesti selalu dengar n tengok remis ni..dia biasanya muncul pada hujung2 tahun ataupun musim BAH (bhs ore Kelate)..dan remis ni untuk mendapatkannya kena korek pasir n diayak tuk memisahkan remis dengan pasir..remis ni kecil jerr,sebesar kuku jari kelingling jerr..hehehe..ada satu lg yang hampir sama ngn remis di panggil 'resit' bentukkanya hampir sama ngn remis cuma ia lebih panjang n kecil sedikit drpd remis..apapun dua2nya bleh di makan..
kalo kat tempat saya,di Pantai Irama Bachok Kel.hujung tahun mcm ni ramai r org ke pantai nak mencari remis..lepas tu balik goreng atupun boleh jugak digulai..ni kira makanan sampingan saya masa budak2 dulu r..n aktiviti mencari remis ni besttt dilakukan zaman kanak2 dulu.hehehe..sape2 yang ada pengalaman mencari remis ni tau r mcmn syok n 'ralit'nya mencari secupak/ segantang remis ni.hehehe..


inilah rupanya remis yang telah saya cari kat pantai Irama,Bachok..

inilah rupa remis yang direndam dalam air masin (sy amik air laut) yang berwarna itulah remis n yang panjang2 putih adalah resit..tp kelihatan sama jerr..hehehe

inilah rupanya remis yang dah siap dimasak..tp yang ni bukan masakan y sy buat coz sy terlupa amik gambarnya bila dah masak..yang ni saya tag dr Juariahhjyunus.fotopages.com...TQ

JOM TENGOK RESEPINYA..
Bahan2
remis( x kisah baper banyak pn..)
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit ( xletak pun xpe)
2 batang serai (di ketuk)
3-5 ulas bawang lmerah
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya..

Cara2nya..
pastikan remis direndam dulu dengan air masin utk mengeluarkan pasir ( sebaik2nya semalaman n air laut)
tumbuk bawang merah,n kunyit hidup..
tumiskan bawang yang ditumbuk bersama kunyit kemudian masukkan serai..
kemudian masukkan remis yang dah ditoskan airnya..tutup kuali / periuk yang diguunakan seketika bagi memastikan kulitnya terbuka..
bila semua kulitnya dah terbuka bolehlah dimasukkangarm,gula serbuk perasa secukupnya..
kalo nak pedas masukkan cili kering yang di kisar / cili hidup..
boleh dimakan saja / dimakan dengan nasi...
tapi biasanya dimakan begitu saja..hehehe

Sunday, 9 October 2011

MEE MAGGIE GORENG MAMAK

 Resepi yang mudah, cepat dan simple...ni masak time tak tau nak makan apa..last2 sekali tgk mee maggie,masak jerr.. nak lain dari lain so sy goreng mee maggie ni ala2 mamak.
jom kita tgk cara buat n bahan2nye...
BAHAN2: 
sebungkus mee maggie
udang/ sotong / ayam
bebola ikan
2 ulas bawang putih
sesudu besar sos tiram,sos tomato dan sos cili
kobis / kailan ( atau apa2 sayuran )
sebiji telur
tomato,asam limau dan daun salad (utk hiasan)
sedikit air
garam,gula secukup rasa.

CARA2 MEMBUAT
rebus mee n toskan.
ketuk bawang putih n tumis sampai naik bau n masukkan ketiga2 sos dan air.
kemudian masukkan sotong dan bebola ikan.
apabila sebati masukkan mee maggie dan garam,gula.
kemudian pecahkan telur ke dalam mee maggie yang di goreng dan kacau n last sekali masukkan sayur.
siap sedia utk di makan..
( nak sedap tambahkan asam limau n telur mata kerbau)

SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...