Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

UNIT 27 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya BK

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Pembentangan

Pendidikan Moral
UNIT 27: KEISTIMEWAAN YANG
MENYERLAH
NILAI: MENGHORMATI HAK GOLONGAN
KURANG BERUPAYA

DEFINISI: MEMBERI LAYANAN YANG BERSOPAN KEPADA


GOLONGAN KURANG BERUPAYA SUPAYA TIDAK BERASA
TERSISIH DAN MENGIKTIRAF MEREKA SEBAGAI INSAN CIPTAAN
TUHAN
1.Sebutkan kejayaan golongan kurang upaya dalam pelbagai bidang.

Di Malaysia contohnya, J.M. Aziz yang cacat penglihatan ialah seorang


penyair terkemuka di tanah air. Selain itu,Ismail bin Mohd. Salleh yang juga
cacat penglihatan, merupakan seorang ahli akademik yang Berjaya.
Dalam bidang sukan pula, Ahmad Amil Usin, Mohd. Hisham Khairani, V.
Jayan Subramaniam, Ibrahim Majid dan Lee Sheng Chow telah diberi
penghormatan membawa obor kejohanan dan membaca ikrar.
2. Berikan contoh individu cacat yang anda kenali tetapi berjaya
dalam hidup.

Hellen Keller. Beliau cacat penglihatan dan cacat pendengaran.


Contoh kejayaan beliau ialah,beliau berjaya melanjutkan
pengajiannya ke kolej dengan bimbingan Anne Sullivan. Beliau juga
terlibat dengan aktiviti sosial seperti memberi ceramah serta
memperjuangkan hak wanita dan hak golongan kurang upaya. Beliau
juga telah diberi penghormatan dengan sebuah organisasi Hellen Keler
International dan organisasi tersebut ialah sebuah organisasi yang
terbesar untuk golongan yang cacat penglihatan.

3.Apakah kunci kejayaan golongan kurang upaya?

Mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah putus asa.


4. Bagaimanakah masyarakat boleh mengiktiraf sumbangan
golongan kurang berupaya?

Masyarakat boleh mengiktiraf sumbangan golongan kurang


berupaya dengan mengadakan sebuah majlis rasmi bagi
mengiktiraf setiap sumbangan yang telah dilakukan oleh golongan
kurang upaya.

5. Andaikan rakan anda seorang pelajar kurang upaya.


Bagaimanakah anda membantunya?

Saya akan membantunya dengan setiap kerja yang dia tidak


mampu untuk lakukan. Selain itu, saya juga akan memberi sokongan
yang kuat kepadanya untuk meningkatkan semangatnya untuk
mencapai kejayaan.
6. Nyatakan usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan dan
swasta untuk kemudahan dan keselesaan orang-orang
kurang upaya.

Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan seperti


pusat latihan dan institusi perlindungan khas. Selain itu,
kerajaan juga memberi peluang pendidikan hingga ke
peringkat tertinggi kepada golongan kurang upaya.
Kerajaan juga menyokong penglibatan mereka dalam
bidang ekonomi dan kraftangan.
AKTIVITI B
Cacat bukan penghalang kejayaan.

Kota Bharu , Khamis – Meskipun dilahirkan cacat anggota namun itu tidak menghalang
Amin Suhaimi untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baru
diumumkan.

Kejayaan yang diperolehnya itu, membolehkan dia berdiri sebaris dengan lima orang
pelajar lain yang juga memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang sama.

“Saya mahu berjaya seperti orang lain walaupun cacat. Rakan-rakan,guru dan keluarga
banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya,”katanya.

Bagi Amin, kejayaan yang diperoleh itu menjadi penyuntik semangat untuk terus
melanjutkan pelajaran demi mencapai cita-citanya menjadi jurutera.

Amin juga aktif berpersatuan. Dia menjadi Presiden Kelab Komputer dan AJK
PERSATUAN Sains dan Matematik.
1.Apakah keistimewaan yang ada pada Amin berbanding dengan rakan-
rakannya yang lain?

Keistimewaan yang ada pada Amin ialah, walaupun Amin dilahirkan


cacat anggota tetapi itu bukan penghalang dirinya kerana dia mampu
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Amin
juga aktif berpersatuan contohnya, dia telah menjadi Presiden Kelab
Komputer dan AJK Persatuan Sains dan Matematik.

2.Bagaimanakah Amin dapat menghadapi cabaran sehingga berjaya


dalam pelajaran?

Amin mempunyai semangat yang kuat dan dia juga mempunyai sikap
yang tidak mudah putus asa untuk mencapai kejayaannya.
3. Andaikan anda pengetua sekolah Amin. Bagaimanakah
anda mengiktiraf kejayaan Amin?

Saya akan mengiktiraf Amin dengan memberikan biasiswa


kepadanya untuk membantu dia melanjutkan pelajarannya
untuk menjadi seorang jurutera.
Encik Ambek dan Puan Lale
mempunyai seorang anak spastik.
Sejak dilahirkan, anak ini dijaga
dengan penuh kasih sayang
sehingga segala keperluannya
disediakan.Encik Ambek dan
Puan Lale juga tidak menghantar
anaknya ke sekolah khas.
1. Adakah Encik Ambek telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang bapa yang mempunyai anak kurang upaya? Jelaskan.

Encik Ambek telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang


ayah yang baik kerana, walaupun anaknya spastik dia tetap menjaga
anaknya dengan penuh kasih sayang.

2. Andaikan anda jiran Encik Ambak. Dia meminta nasihat daripada anda
tentang cara terbaik untuk membantu anaknya hidup berdikari. Berikan
nasihat anda.

Saya akan meminta Encik Ambak untuk mengajar anaknya tentang


cara hidup berdikari dengan perlahan-lahan tanpa memaksa anaknya
untuk mengelakkan anaknya tertekan. Selain itu, saya juga akan meminta
Encik Ambak untuk menghantarnya ke sekolah khas untuk mempelajari
cara hidup bersosial dengan orang lain.
1. Andaikan anda Encik Leong. Apakah perasan anda?

Saya akan berasa sedih dan kecewa.

2. Pada pendapat anda, adakah Encik Leong mendapat haknya untuk


bekerja?

Tidak ,hal ini kerana walaupun Encik Leong cacat penglihatan dia
juga boleh mendapatkan haknya untuk bekerja.

3. Andaikan anda ialah Pengarah yang sedang mengembangkan operasi


syarikat. Adakah anda akan mengambil Encik Leong bekerja di syarikat
anda? Mengapa?

Saya akan mengambil Encik Leong bekerja. Hal ini kerana, Encik
Leong mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan cacat
penglihatan bukanlah alasan untuk menolak Encik Leong bekerja.
4. Mengapakah masih terdapat syarikat yang tidak mahu mengambil
golongan kurang upaya untuk bekerja?

Hal ini masih berlaku kerana, pengarah syarikat akan berfikir bahawa
golongan kurang upaya tidak mempunyai pengalaman bekerja oleh
kerana kecacatan yang dialami oleh mereka. Tambahan pula, syarikat
juga akan berfikir bahawa golongan kurang upaya tidak akan
mendatang sebarang keuntungan malah akan mendatangkan masalah
kepada syarikat.

5. Bagaimanakah cara untuk mengubah sikap masyarakat supaya


berfikiran terbuka untuk mengambil golongan kurang upaya bekerja?

Dengan mengadakan Hari Golongan Kurang Upaya untuk


mengetahui setiap bakat yang mereka ada dengan kemahiran mereka
sendiri.
3. Nyatakan tiga kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan
kepada golongan kurang berupaya.

i) Kemudahan tandas.
ii) Kemudahan meletak kereta.
iii) Pengubahsuaian pejabat untuk pekerja kurang upaya.
iv) Kemudahan pendidikan melalui sekolah khas.

4. Nyatakan empat sebab masyarakat perlu menghormati hak


golongan kurang berupaya.

i)Supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka seperti


manusia biasa.
ii)Supaya mereka tidak tersisih daripada masyarakat.
iii)Supaya mereka dapat layanan yang adil dan saksama.
iv)Supaya mereka boleh hidup berdikari.
5. Nyatakan 7 hak golongan kurang berupaya yang telah termaktub
dalam Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

i)Hak kesamaan dari segi perundangan tanpa diskriminasi.


ii)Hak untuk kehidupan.
iii)Hak kebebasan dan keselamatan individu.
iv)Hak untuk bebas daripada penyeksaan.
v)Menghormati integriti fizikal dan mental.
vi)Hak untuk pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.
vii)Hak untuk terlibat dalam politik,aktiviti awam dan kesenian
dengan bebas.

6.Tuliskan tiga punca kecacatan golongan kurang berupaya.


i)Kelahiran
ii)Kemalangan
iii)Penyakit
7. Apakah dua cara untuk mengubah sikap negatif
masyarakat terhadap golongan kurang berupaya?

i)Memberi maklumat tentang kebolehan golongan kurang


berupaya.
ii)Menggalakkan golongan kurang berupaya menyertai aktiviti
kemasyarakatan supaya masyarakat sedar bahawa mereka
juga mampu memberi sumbangan.

You might also like