Kerja Kursus Tingkatan 1
Kerja Kursus Tingkatan 1
Kerja Kursus Tingkatan 1
PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar-pelajar Tingkatan 1
diwajibkan menjalankan kerja amali di sekolah. Pelajar-pelajar telah diberi pilihan untuk
membuat suatu kajian merangkumi apa yang telah dipelajar.
Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk Cara-cara pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Daya 2 datang ke Sekolah.
Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah selama lapan
minggu.Setiap pelajar perlu menulis laporan selengkapnya dengan lengkap tentang kajian
yang telah dijalankan itu.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:- 1) Mengenalpasti cara-cara pelajar
SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah. 2) Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi
cara-cara pelajar SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah. 3) Mengkaji masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah. 4) Mencadangkan
langkah-langkah untuk mengatasi masalah masalah yang dihadapai oleh pelajar SMK
Taman daya 2 datang ke sekolah.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman daya 2 yang terletak di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat
Keck Seng Sdn, Bhd. Pada awalnya , kawasan ini adalah sebuah ladang getah dan ladang
kelapa sawit. Oleh sebab itulah kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun
serta bersaliran baik. Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan
oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini
berdekatan dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan tamantaman yang lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem
pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor
Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala
bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil
masa lebih kurang 45 minit.
KAEDAH KAJIAN
Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah
iaitu:- 1) Kaedah pemerhatian -Kami telah melakukan kaedah pemerhatian untuk mengenal
pasti cara-cara pelajar SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah. Saya dan ahli kumpulan saya
telah duduk sebentar serta memerhati kehadiran pelajar di pagar sekolah pada waktu pagi. 2)
Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang
responden yang mewakili pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 . Kesemua responden ini telah
dipilih secara random dan terdiri daripada pelbagai kaum, agama, jantina, dan kelas. 3)
Kaedah rujukan -Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat
beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Kami juga merujuk kepada risalahrisalah yang telah diperoleh daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd.
Sementara itu, seramai ________ pelajar sekolah ini pula datang ke sekolah dengan menaiki
____________. Pelajar yang paling sedikit ialah yang datang dengan_____________ hanya
____________ responden sahaja. Cara-cara dan faktor-faktor 1. Menaiki bas sekolah atau
bas awam - Pelajar yang menaiki bas adalah terdiri daripada pelajar yang tinggal jauh
daripada sekolah. Majoriti pelajar ini tinggal di jalan ____________, _____________ dan
_______________. 2. Menaiki basikal - Pelajar yang menaiki basikal pula adalah pelajar
yang disediakan basikal oleh ibu bapa masing-masing danmereka selalunya berbasikal
bersama-sama kawan-kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah pelajar. Pelajar ini
selalunya tinggal di jalan ________________ 3. Berjalan kaki - Pelajar yang berjalan kaki
pula adalah pelajar yang tinggal berdekatan dengan sekolah ini iaitu pelajar yang tinggal di
flet Enau 20 dan flet enau 16. 4. Menaiki kereta - Pelajar yang menaiki kereta selalunya
dihantar oleh ibu bapa masing-masing sebelum ibu bapa mereka pergi ke tempat kerja.
Masalah dan cara mengatasi 1) Kesesakan di waktu pergi dan pulang - Kesesakan berlaku
sewaktu pergi dan pulang sekolah. Ini kerana kenderaan ibu bapa dan bas sekolah sesuka hati
memberhentikan kenderaan mereka tanpa memikirkan kenderaan di belakang mereka. Ini
menyebabkan kenderaan di belakang mereka tidak dapat bergerak. - Untuk mengatasinya,
pihak sekolah perlu meletakkan pegawai keselamatan yang lebih tegas untuk memastikan
kenderaan tersebut tidak berhenti sesuka hati mereka. 2) Pintu pagar yang terlalu kecil Keadaan pintu pagar yang terlalu kecil menyukarkan pelajar untuk melaluinya dengan cepat.
- Untuk mengatasinya, pihak sekolah perlulah membesarkan pintu tersebut supaya boleh
memuatkan dua orang pelajar . Ini akan menyebabkan pelajar masuk atau keluar melalui
pintu yang sama.
Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian ini mengkaji tentang cara-cara pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Daya 2 datang ke sekolah. Kami telah membuat soal selidik dan
mengenalpasti bagaimana pelajar hadir ke sekolah. Disamping itu,kami juga mengkaji
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan mencadangkan langkah-langkah
mengatasinya. Sesungguhnya, kajian ini telah banyak memberi kami ilmu pengetahuan yang
mendalam serta memupuk semangat kerjasama di antara kumpulan dan kelas kami tanpa
mengira jantina dan kaum.
Rujukan
Chong Mui Sen, Dr Azizan Bin Hj Abu Samah, 2002, Geografi Tingkatan 1, Selangor,
Sasbadi Sdn Bhd. http://www.tamandaya.com.my