Novel Sejambak Bakti
Novel Sejambak Bakti
Novel Sejambak Bakti
Model 2
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan 5
persoalan penting yang terdapat dalam novel tersebut.
Model Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel
Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Terdapat banyak persoalan yang
dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara
persoalannya ialah persoalan usaha yang baik biasanya
mendapat cabaran yang hebat. Contohnya, Razali yang
menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah
koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan
koperasi sekolah. Namun Razali telah mendapat
tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong
dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya.
Model Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1
ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. Terdapat
banyak nilai murni yang diperoleh dalam novel ini.
Antaranya ialah nilai kegigihan. Contohnya, Razali dan
ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain
seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan
gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai
koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.
Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat
tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah anjuran ANGKASA.
Rumah Razali
Ramah Razali terdapat di kawasan sawah. Razali
tinggal bersama dengan ibunya Mak Sopiah dan
ayah tirinya, Pak Zakaria . Salah satu peristiwa
yang berlaku di rumah itu ialah Pak Zakaria
hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu
setelah mendengar fitnah daripada Munir bahawa
Razali telah mencerobohi kedai koperasi dan
mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah
Munir datang ke rumah Razali dan meminta maaf
kepada Mak Sopiah dan Pak Zakaria atas
fitnahnya terhadap Razali sehingga nama
keluarga mereka terjejas. Selain itu terdapat
peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya
memberitahu nama bapanya dan kedudukan
bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan
memberitahu keadaan bapanya kepada Razali
Pondok di tengah Sawah
Pondok itu tidak jauh dari rumah Razali. Tempat
itu sunyi dan lapang. Oleh itu saban hari, Razali
akan mengulang kaji pelajar di pondok itu. Selain
itu, dia juga mengajak Ramlah, Swee Lan dan
Saridevi untuk mengulang kaji di situ. Ketika
menghadapi fitnah dan dimarahi oleh bapa tirinya,
Razali akan berada di pondok itu untuk
menenangkan jiwanya. Di samping itu, Razali juga
membantu Munir dalam pelajaran di pondok itu
setelah Munir insaf akan kesalahan.
Maktab Kerjasama, Petaling Jaya
Razali dan wakil-wakil sekolah lain telah dipilih
untuk menyertai kursus seluruah koperasi sekolah
Malaysia di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya.
Razali telah mendapat banyak ilmu pengetahuan
tenang koperasi dalam kursus itu.
Latar Masa
Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman
sekarang. Terdapat latar masa pagi, petang dan
malam.
Latar masa pagi
Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah
ketika Razali dan beberapa orang kawan
membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut
kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi
orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai.
RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga
dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa
itu kepada Cikgu Zulkifli. Peristiwa yang menarik
yang lain ialah Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan telah menenangi
johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-
sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili
sekolah untuk menerima piala itu. Selain itu,
peristiwa yang menarik ialah Razali dapat bertemu
dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada waktu
pagi juga.
Latar masa petang
Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah
Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam
di tengah jalan setelah pulang dari sekolah. Razali
tersungkur dan mukanya berdarah. Peristiwa lain
yang berlaku pada waktu petang ialah Pak Zakaria
hendak menghalau Razali keluar dari rumah
setelah mendengar fitnah daripada Munir dan
Leong.
Latar masa malam
Peristiwa menarik yang berlaku pada waktu
malam ialah satu lembaga hitam telah membuka
pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam
kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah
kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu
besepah dan tunggang-