Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pelari Muda

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia)

Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya
dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul
terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir.
Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik
kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego,
menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir.
Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca
dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-
teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam
perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di
hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan
Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul
menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik.
Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke
Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan
bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam
media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas.
Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan
sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan
menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara.
Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa
kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut
meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.

Sinopsis Mengikut Bab


Bab 1
Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan sikap
Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan
Mak Jah itu benar, apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah. Saridah menegur
sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal
sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran
yang berlaku itu dan mencari Saridah untuk memohon maaf.
Bab 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan Kampung
Pandan. Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi
Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa
dibatalkan. Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah, Saridah datang bertemu
Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula musykil dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah
dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.
Bab 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia
kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap
dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang masalah
Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya
percaya masih ada masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang
ke rumah walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia berseorangan di dalam bilik
darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul.
Juriah yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang
ke situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul
Bab 4
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah terbayang
keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula hendak pergi, Mak Jahpun memberikan surat yang diterima
kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah
pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya
daripada Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium
Merdeka. Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton pula
bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia
meraung sekuat hati ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan sayu
mengingatkan Saridah.
Bab 5
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang dijanjikan. Dalam jemu
menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap
sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu
menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan
baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah hingga ke rumah. Saridah teringat
kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal danglamour sebagai
atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa dan sedih.
Bab 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi
Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya
mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya
tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan
respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu
latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.
Bab 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca kenyataan Encik Kadir dalam
akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah.
Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di
sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan perasaan
hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan
yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama
berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.
Bab 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit perang mulut antara
Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh
Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu
Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal
mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan
SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya.
Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures
menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir
tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin
menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia
boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul.
Namun, Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik
Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik
Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa
menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah
dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir
menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada
di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir dan Sures. Dalam pada
itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan
Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa
terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir,
Cikgu Zainal, Saridah dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk
serius dalam latihan. Encik Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu
bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi
dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.
Bab 11
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan
SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk
berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir
menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir
meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul
menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan
terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.
Bab 12
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan
suara kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul.
Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di
situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga
Kamarul berjaya.
Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka seronok kerana inilah kali
pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang
belum mencapai tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat dan
keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan
Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan
Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin
dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran
yang meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya
semakin berkobar-kobar.
Bab 14
Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal
itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA
Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada
hari pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong
jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir
memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul
menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan
peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi
pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan
atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik
Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya untuk
bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara
pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.
Bab 15
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel
penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi
nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega
sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang
pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di
Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa orang
kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.

Tema Novel Pelari Muda mengungkapkan tema tentang semangat juang


anak muda menghadapi pelbagai cabaran demi mengejar cita-cita. Contohnya Kamarul diduga dengan cabaran
berat dalam hidupnya setelah dia menjadi terkenal kerana memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Brunei.
Hubungan dengan rakan-rakannya semakin renggang kerana mereka menganggap dia semakin sombong dan
sikapnya sudah berubah apatah lagi apabila dia enggan bertanding dalam kejohanan kecil seperti sukan tahunan
sekolah. Kamarul cuba menafikan perkara itu namun akur bahawa dia semakin kurang menjalani latihan pusat dan
bersikap biadap apabila ditegur oleh jurulatihnya.

Persoalan (a) Kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi –


Sures berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rekod masa lariannya supaya dia dapat menewaskan
rekod masa Kamarul. (b) Hubungan antara kawan baik – Hubungan Kamarul dengan Saridah
sangat rapat. Ibu Kamarul juga menyayangi Saridah seperti anaknya. Mak Jah tidak mahu Kamarul bergaduh
dengannya lama. Hubungan Saridah dengan Juriah. Saridah sering menceritakan masalah yang dihadapinya kepada
Juriah. Juriah juga menasihati Saridah supaya fokus akan pelajaran dan bukan bermain perasaan. (c)
Tanggungjawab seorang jurulatih terhadap atletnya – Encik Kadir juga mengambil berat tentang prestasi atlet-
atletnya yang lain seperti prestasi Suradi yang naik dan turun. (d) Kesabaran menghadapi
karenah manusia – Encik Kadir bersabar dengan tingkah laku Kamarul yang kurang berdisiplin. Daripada
memarahinya, beliau menasihati Kamarul dan memberikan pingat emas sebagai pembakar

Plot Binaan Plot (a) Permulaan – Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah.


Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah,
Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.
(b) Perkembangan – Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik
Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul
dengan kawankawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.
(c) Klimaks – Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir
kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri.
Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul
pengsan lalu di bawa ke hospital. (d) Peleraian – Kamarul mendapat dua pingat
emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke14 di Bangkok. Kamarul menerima
ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata
dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.

Plot Teknik Plot (a) Teknik


dialog (b) Teknik monolog (c) Teknik monolog
dalaman (d) Teknik imbas kembali (e)
Teknik pemerian

Watak dan Perwatakan

Kamarul Baharuddin (a) Kamarul Baharuddin ialah watak utama dalam novel
ini. (b) Berusia 17 tahun.
(c) Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia (d) Kamarul
berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM.
(e) Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya. (f) Seorang
yang tidak berdisiplin. (g) Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan
SPM pada hujung tahun. (h) Tidak mengenang budi – Kamarul
enggan berlatih bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan. (i)
Buruk sangka – Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang untuk membalas
dendam. (j) Insaf akan kesalahannya – Kamarul menyesal bersikap kurang
ajar dengan Encik Kadir dan bersikap sombong dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta.

Saridah (a) Saridah ialah kawan baik Kamarul.


(b) Berusia 17 tahun. (c) Seorang pelari pecut. (d)
Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah. (e) Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang
Kamarul. Seorang yang bersopan santun. (f) Seorang yang peramah dengan
orang tua. (g) Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung
tahun.

Mak Jah (a) Ibu kepada kamarul dan isteri kepada Encik
Baharudin. (b) Seorang ahli perniagaan yang berjaya.
(c) Penyayang – Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan. (d) Prihatin –
Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah. (e) Bertanggungjawab –
Menjaga Kamarul di hospital.

Sures Menon (a) Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul.


(b) Berusia 17 tahun. (c) Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.
(d) Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul. (e) Seorang yang
bersemangat dan bersungguh-sungguh. (f) Seorang yang
berdisiplin. (g) Seorang yang amanah – Buktinya, dia menyampaikan pesanan Encik Kadir
kepada Kamarul.

Juriah (a) Juriah ialah kawan baik Saridah.


(b) Berusia 17 tahun. (c) Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang.
(d) Seorang yang selalu bergurau.

Encik Kadir (a) Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen
Malaysia. (b) Seorang yang tegas. (c) Penyabar.
(d) Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya. (e) Seorang yang
bertimbang rasa.

De Wega (a) De Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul.
(b) Berusia 34 tahun. (c) Seorang yang peramah dan rendah diri. (d)
Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut. (e)
Seorang yang berdisiplin. (f) Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah
berputus asa. (g) Pemurah dalam memberi nasihat.

Latar

Latar tempat (a) Di rumah Kamarul (b) Di


sekolah (c) Di hospital (d) Di Pusat Sukan
Kampung Pandan (e) Di Bangkok (f) Di perpustakaan
sekolah.

Latar masa Pada waktu siang

Latar masyarakat (a) Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat
kejayaan dan populariti. (b) Masyarakat yang berdisiplin. (c) Masyarakat
yang tidak menepati janji dan masa. (d) Masyarakat yang lemah
kerana cinta. (e) Masyarakat yang gigih berusaha. (f) Masyarakat atlet yang gigih
menjalani latihan. (g) Masyarakat pelajar.
(h) Masyarakat yang bertanggungjawab.

Gaya Bahasa

(a) Diksi Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya, one, two,
three, airport, dan sorry. (b) Peribahasa i. jauh hati
ii. kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya (c) Sinkope i.
“Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah. ii. “Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengeyitkan mata.
(d) Simile i. Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya
memecut sekuat tenaga. ii. Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.
(e) Personifikasi i. Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan.
ii. Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan. (f)
Repetisi Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan
wanitanya.

(g) Anafora Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku,


Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! Maafkan aku, kawan-kawan!

Nilai (a) Bertanggungjawab – Adibah juga cuba mengambil


tindakan tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua kelas. Encik Kadir juga cuba untuk menyelesaikan
masalah Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atlet-atletnya. (b)
Kesopanan – Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak Jah. (c) Keyakinan – Kamarul
pada akhir cerita yakin pada dirinya dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan dan
jurulatihnya. (d) Mengakui kesalahan diri – Kamarul sedar akan kesalahan dia
terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia terlantar sakit di hospital.
(e) Hormat-menghormati – De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah
mengalahkannya dalam lumba lari. (f) Pemaaf – Kamarul dan Saridah
memaafkan satu sama lain. (g) Amanah – Sures telah menyampaikan
pesanan Encik Kadir kepada Kamarul. (h) Kerajinan – Sures rajin berlatih untuk
menewaskan Kamarul. Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun tidak datang ke latihan pusat.
(i) Kesabaran – Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya akan
Kamarul. (j) Kasih sayang – Kasih sayang Saridah terhadap Kamarul sebagai
kawan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi Kamarul
semasa dia terlantar sakit di hospital.

Pengajaran (a) Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita.


(b) Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk negara. (c) Kita
hendaklah patuh akan nasihat jurulatih. (d) Kita hendaklah bersyukur
setelah mencapai kejayaan bukan bersikap sombong dan ego. (e) Kita
hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan. (f) Kita hendaklah
memaafkan kesalahan orang lain. (g) Kita hendaklah membantu
rakan-rakan yang menghadapi masalah. (h) Kita hendaklah menepati janji setelah
berjanji.

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Maksud 1. Tingkah laku seseorang itu berkait rapat dengan sikap dan
tingkah lakunya. 2. Orang yang selalu berselimut pasti akan tertidur.
3. Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan tetapi tetap mempunyai kelebihan yang tersendiri.
4. Orang yang malas bekerja pasti tidak akan mendapat apa-apa. 5. Orang yang
rajin akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
Tema Perbuatan seseorang itu berkait rapat dengan sikap dan tingkah
lakunya dan akan memberikan kesan kepada diri sendiri.

Persoalan (a) Kelakuan manusia menzahirkan peribadinya.


(b) Orang yang rajin mendapat keuntungan. (c) Sikap malas tidak mendatangkan faedah. (d)
Kepentingan hidup bekerjasama dalam masyarakat.

Bentuk (a) Terdiri daripada lima rangkap. (b) Pantun


ini berbentuk terikat. (c) Bilangan baris dalam setiap rangkap sama, iaitu dua baris.
(d) Setiap baris mempunyai empat hingga lima patah kata. (e) Setiap baris
terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata. f) Rima akhir setiap rangkap
ialah aa. (g) Mempunyai pembayang dan maksud.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi (a) Imej alam – buah sintang; buah senikul; pucuk kawa
(b) Penggunaan bahasa Arab – sifat, wujud (c) Repetisi – Buah sintang buah senikul, Satu memegang
satu memikul. (d) Responsi – Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan
pelipat. (e) Asonasi – Sarang semut dalam gelap (pengulangan vokal a)
(f) Aliterasi – Satu memegang satu memikul (pengulangan konsonan m) (g) Jeda –
Hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya: Hitam-hitam / pucuk kawa,
Sungguh hitam / dipandang lawa.

Nilai i. Kerajinan ii.


Kesyukuran iii.Kecekalan
iv.Bekerjasama

Pengajaran (a) Kita hendaklah menjalinkan hubungan yang erat dengan


orang lain. (b) Kita hendaklah rajin bekerja supaya hidup senang.
(c) Kita hendaklah mensyukuri setiap kurniaan Tuhan.

Syair Pohon Buluh

Maksud 1. Hidup perlu bekerjasama untuk membentuk sebuah


masyarakat yang bersatu padu . 2. Masyarakat yang hidup bersatu padu bagai bersaudara dapat
mencapai kejayaan dengan mudah. 3. Masyarakat yang hidup
tanpa mengira perbezaan pangkat dan darjat dapat melahirkan masyarakat yang kuat.
4. Kehidupan yang akrab antara anggota masyarakat dapat menjaga keamanan negara, masyarakat, dan bangsa.

Tema Perpaduan dan keutuhan hidup bersatu.

Persoalan (a) Perpaduan merupakan teras kepada kejayaan. (b)


Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga keamanan negara. (c)
Masyarakat yang bersatu hati dapat mengukuhkan perpaduan.

Bentuk (a) Terdiri daripada empat rangkap.


(b) Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. (c) Semua baris mempunyai maksud.
(d) Setiap baris terdiri daripada empat hingga enam patah perkataan. (e) Setiap
baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata. (f) Rima akhir
setiap baris ialah aaaa.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi (a) Simile – gelapnya di dalam seperti malam
(b) Responsi – gelapnya malam seperti malam air tak tiris seperti kolam (c)
Sinkope – banyak ada ia bersaudara Ikat tingkatnya tak nampak alam (d) Kata ganda
– yang ada sedia panji-panji bendera (e) Asonansi – mata-mata
menjaga setiap pangkat (pengulangan vokal a) (f) Aliterasi – Ikat tingkatnya
tak nampak alam (pengulangan konsonan k)

Nilai i. Bekerjasama
ii. Persaudaraan iii.Bertanggungjawab

Pengajaran (a) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan


sesuatu perkara. (b) Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk melahirkan
bangsa yang kuat. (c) Kita hendaklah hidup bermasyarakat dalam kehidupan seharian.

Kita Umpama Sehelai Daun

Maksud 1 Penyajak mengibaratkan manusia (kita) sebagai sehelai


daun, menjadi tempat untuk makhluk yang lain menikmati kehidupan dengan sempurna. 2 Kita perlu
membantu orang yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan supaya kita tidak dipandang rendah
dalam masyarakat. 3 Apabila sampai masanya, kita akan tua. Oleh itu, kita jangan bersikap angkuh
dengan kelebihan yang kita miliki sehingga terlupa membantu orang susah kerana orang susah juga perlu
meneruskan kehidupan di muka bumi. 4 Penyajak menyeru kita agar membuat
kerja-kerja kebajikan kerana budi baik akan dikenang.

Tema Amalan yang baik dalam kehidupan. Manusia digalakkan


membuat jasa semasa hidup kerana jasa baiknya akan dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.

Persoalan (a) Manusia dituntut membuat jasa dan berbudi semasa


hidup. (b) Manusia mesti saling membantu sesama manusia.
(c) Budi baik seseorang itu akan dikenang sepanjang hidupnya. (d) Orang yang
berjasa, balasan yang diterima akan berkekalan sampai bila-bila.

Bentuk (a) Terdiri daripada empat rangkap.


(b) Bilangan baris tiga hingga lima. (c) Setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah
kata. (d) Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas
suku kata. (e) Rima akhir setiap rangkap bebas, iaitu ababc, abcd, abcbd,
abb.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi (a) Imej alam – daun; ranting; unggas; mentari
(b) Repetisi (pengulangan) – kita umpama sehelai daun (c) Simile
– kita umpama sehelai daun (d) Personifikasi – tempat bercanda unggas meriang
(e) Penggunaan bahasa Arab – kudrat; makhluk; duafa (f)
Asonansi – kita umpama sehelai daun (pengulangan vokal a) (g) Aliterasi –
kering gugur menjadi baja (pengulangan konsonan g)

Nilai i. Baik hati ii.


Rasional iii.Kasih sayang
iv Keinsafan v. Bertanggungjawab

Pengajaran (a) Kita hendaklah berbuat baik sesama manusia dan


makhluk Tuhan yang lain. (b) Kita hendaklah membuat jasa dan berbakti kepada
masyarakat. (c) Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang telah kita terima dan
berusaha untuk membantu orang yang tidak berupaya.

Kuingin Berterima Kasih


Maksud 1 Penyajak berasa ingin berterima kasih kepada hujan
yang dapat menghilangkan segala rasa hatinya yang sedang marah. 2 Penyajak ingin
berterima kasih kepada tanah kerana tanah telah banyak memberikan rezeki kepada petani.
3 Penyajak ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di lautan kerana memberikan rezeki kepada nelayannelayan.
4 Penyajak meluahkan perasaan kagumnya kepada pejuang-pejuang negara kerana sanggup bergadai nyawa untuk
mempertahankan negara tercinta. 5 Penyajak ingin berbudi kepada manusia supaya mereka dapat
meneruskan kehidupan dengan aman dan sejahtera. 6 Penyajak menyatakan
bahawa dunia ini akan menjadi lebih indah sekiranya kita semua dapat menjalankan tanggungjawab masing-
masing dengan sebaikbaiknya.

Tema Menghargai dan mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan dan


berterima kasih penyajak kepada pejuang-pejuang negara.

Persoalan (a) Memberikan penghargaan kepada alam yang


memberikan rezeki. (b) Menghargai pengorbanan para pejuang negara. (c)
Keinginan untuk memberikan kebahagiaan kepada orang lain. (d) Berusaha
untuk menyedarkan masyarakat bahawa peperangan mengundang kemusnahan dan penderitaan.

Bentuk (a) Sajak ini berbentuk bebas. (b)


Terdiri daripada tujuh hingga lima belas suku kata. (c) Sajak ini
terdiri daripada enam rangkap. (d) Terdapat tiga hingga lima baris setiap rangkap. (e) Terdapat dua
hingga lima patah kata sebaris.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi (a) Simile – kepadamu hujan bagai tetamu
(b) Anafora – sesekali kuingin… (c) Sinkope – sesekali kuingin berterima kasih
(d) Imej alam – hujan; ikan; samudera (e) Personifikasi – kepadamu tanah yang hidup; di
taman-taman keresahan hidup (f) Hiperbola – api amarah pun terpadam
(g) Metafora – darah kesetiaan (h) Penggunaan bahasa sanskrit – amarah; belantara;
samudera (i) Asonansi – kepadamu hujan bagai tetamu (pengulangan vokal a)
(j) Aliterasi – kerana tanganmu pernah berdarah (pengulangan konsonan n)

Nilai i. Berterima kasih ii.


Patriotisme iii. Rasional iv.
Keinsafan

Pengajaran (a) Kita hendaklah menghargai alam yang banyak


memberikan rahmat kepada kehidupan manusia. (b) Kita hendaklah mengucapkan terima kasih kepada pejuang
negara yang berkorban mempertahankan tanah air. (c) Kita hendaklah bersimpati
kepada golongan yang susah supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
(d) Kita hendaklah memiliki semangat patriotisme dan sentiasa bersedia utnuk mempertahankan negara.

Aku

Maksud 1 Penyajak menyatakan bahawa dia bersendirian di


pantai itu. 2 Ketika menyusuri pantai itu, penyajak membayangkan bahawa
dirinya ialah Adam. 3 Penyajak membayangkan bahawa pada hari pertama dia diciptakan, dia telah
melihat akan keindahan alam ciptaan Tuhan. 4 Penyajak mengatakan bahawa pada
hari sebelum dia dicipta, dia tidak pernah mendengar bunyi deruan ombak. 5
Penyajak juga mengatakan bahawa dia belum pernah berasa tiupan angin. 6 Penyajak
juga mengatakan bahawa dia tidak tahu akan kewujudan kulit kerang dan pohon ru di tepi pantai itu.
7 Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.
Tema Kecintaan manusia kepada Tuhan pencipta alam.

Persoalan (a) Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.


(b) Bayangan hidup keseorangan di bumi. (c) Keyakinan tentang kewujudan Tuhan.
(d) Mempelajari sesuatu daripada alam sekitar. (e) Menyakini akan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa.

Bentuk (a) Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap. (b)


Terdapat tiga baris setiap rangkap. (c) Jumlah perkataan antara satu hingga empat perkataan
sebaris. (d) Bilangan suku kata dalam setiap baris antara lima hingga sepuluh
suku kata.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi (a) Imej alam – laut; langit; pohon; ombak; angin; kulit
kerang; ru (b) Sinkope – kecuali diriku Tidak terasa olehku Aku percaya
Kau pencipta (c) Inversi – Tidak ada manusia lain Kelmarin aku belum ada
(d) Asonansi – Tidak ada manusia lain (pengulangan vokal a) (e) Aliterasi –
sentuhan angin ini ( pengulangan konsonan n)

Nilai Keinsafan; kesyukuran; kasih sayang; rasional

Pengajaran (a) Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah agar dapat


meningkatkan tahap keimanan kita. (b) Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan kerana diciptakan di
bumi ini. (c) Kita perlu yakin akan kewujudan Tuhan. (d) Kita
hendaklah mencintai alam sekitar supaya alam sekitar akan terpelihara.

Kunci Bahasa

Maksud 1 Maruah bahasa terletak pada kefasihan seseorang


itu bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul. 2 Bahasa
kebangsaan akan berkembang jika kita sentiasa menggunakannya di mana-mana sahaja kita berada.
3 Bahasa yang digunakan dari semasa ke semasa tidak akan hilang begitu sahaja. 4
Bahasa yang digunakan dalam komunikasi dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan. 5
Bahasa sangat penting kepada sesebuah masyarakat. 6 Bahasa sangat
indah jika diungkapkan secara puitis.

Tema Kepentingan bahasa dalam sesebuah masyarakat.

Persoalan (a) Bangsa yang menuturkan sesuatu bahasa itu yang


bertanggungjawab untuk menentukan bahasanya berkembang atau lenyap ditelan zaman.
(b) Bahasa penghubung tali persaudaraan. (c) Bahasa sangat indah apabila diungkapkan secara puitis.

Bentuk (a) Sajak ini terdiri daripada enam rangkap. (b)


Setiap rangkap mempunyai dua baris. (c) Setiap baris mempunyai enam hingga sebelas suku kata.
(d) Setiap baris mempunyai dua hingga empat patah kata. (e)
Rima akhir ialah ab.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi (a) Repetisi – bahasa; tidak (b)
Metafora – bahasa berbuah (c) Penggunaan bahasa Arab – ukhuwa;, ummah; berwasilah
(d) Penggunaan ungkapan dialek – bilur (kedah); lokek (Johor) (e)
Asonansi – tidak berbilur bahasa di lidah (pengulangan vokal i) (f) Aliterasi –
tidak lokek pada ummah (pengulangan konsonan k)

Nilai Patriotisme; berbudi bahasa; rasional; bertanggungjawab


Pengajaran (a) Kita hendaklah memelihara bahasa untuk generasi
yang akan datang. (b) Kita hendaklah bertutur dengan menggunakan bahasa baku
supaya bahasa kita tidak tercemar. (c) Kita hendaklah berbangga dengan bahasa kita sendiri kerana bahasa
menunjukkan bangsa.

Asal Padi

Sinopsis Pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang sangat
kaya. Tidak lama kemudian, pasangan suami isteri tersebut meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki yang
masih belum mampu mencari rezeki sendiri. Anak yang sulung mengalami kecacatan. Kakinya mengerekot, jari-jarinya tumbuh
melekat antara satu sama lain, dan tumitnya berlubang. Disebabkan anak-anak mereka masih kecil, kesemua harta peninggalan
ibu bapa mereka telah dicuri. Hanya sebuah kolam ikan yang tinggal. Pada suatu hari,
ketika Si Bongsu melihat kolam peninggalan ibu bapanya itu. Dia ternampak tujuh orang wanita baru selesai mandi di kolam itu.
Mereka bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si bongsu menghampiri mereka dan meminta izin untuk mengikut mereka ke
kayangan. Permintaan Si Bongsu diperkenankan oleh wanita-wanita itu. Si Bongsu pun mengikuti mereka pulang ke kayangan.
Mereka menaiki pelangi untuk sampai di kayangan. Setibanya di kayangan, kesemua wanita iu menghilangkan diri. Tidak lama
kemudian, Si Bongsu melihat benda kuning yang berkilaukilau yang sedang dijemur. Si Bongsu menyangka bahawa benda
kuning itu ialah selonggok emas. Setelah diterangkan oleh penjaga padi itu, barulah dia tahu bahawa benda kuning itu ialah
padi dan sangat enak dimakan. Si Bongsu meminta izin untuk mendapatkan padi tersebut, tetapi empunya padi itu tidak
membenarkan dia mengambilnya. Pada suatu hari, Si Bongsu mengambil segenggam padi lalu dimasukkan ke
dalam mulutnya untuk dibawa pulang ke bumi. Malangnya, empunya pada itu menyedari padinya telah dicuri oleh Si Bongsu.
Empunya padi itu mengejar Si Bongsu dan berjaya menangkap Si Bongsu di tangga pelangi. Kesemua padi yang diambil oleh Si
Bongsu telah dirampas semula. Kaki Si Bongsu telah tercedera dan berlubang. Si Bongsu yang kesakitan meminta izin untuk
tinggal di kayangan sementara lukanya sembuh dan orang kayangan mengizinkannya. Tinggallah Si Bongsu di kayangan. Kini,
kerja-kerja menjaga padi telah diambil alih oleh Si Bongsu. Setelah lukanya sembuh, Si Bongsu bertekad untuk mengambil
sedikit padi untuk dibawa pulang ke bumi. Si Bongsu telah mengambil segenggam padi dan menyembunyikannya di dalam
lubang luka pada kakinya. Kemudian, dia meminta izin daripada orang kayangan untuk pulang ke bumi.
Orang kayangan mengatakan bahawa dia akan memeriksa Si Bongsu. Si Bongsu dalam keadaan tenang membenarkan
orang kayangan memeriksanya dan mengatakan bahawa dia sudah bertaubat dan tidak akan sesekali mencuri. Orang kayangan
mempercayai kata-kata Si Bongsu dan melepaskan Si Bongsu balik ke bumi. Sesampainya di bumi, Si Bongsu segera membuat
ladang dan menanam padi yang dicuri dari kayangan. Padi yang ditanam hidup dengan subur manakala padi di kayangan tidak
menjadi. Sebab itulah, orang kayangan tidak membenarkan padi ditanam di bumi. Apabila padi di kayangan tidak menjadi
bermakna padi mereka telah dicuri dan berjaya ditanam di bumi. Orang kayangan memerintahkan burung pipit untuk
menyiasat di bumi. Sesampainya di bumi, pipit mendapati bahawa padi hidup dengan subur dan pipit makan padi yang sedang
menguning itu tetapi apabila pulang ke kayangan, pipit memberitahu bahawa di bumi tiada padi yang hidup. Orang kaya tidak
mempercayai pipit kerana terdapat kesan padi di paruhnya. Orang kayangan menitahkan Si Tekuri pula menyiasat sama ada
padi tumbuh di bumi atau tidak. Orang kayangan mengatakan bahawa sekiranya padi ada di bumi Si Tekuri perlu membunuh
pipit manakala jika tiada, pipit yang akan membunuh Si Tekuri. Sesampainya di bumi, ternyata pipit telah berbohong dan Si
Tekuri telah membunuh pipit dengan menyepit kerongkong pipit sekuat-kuatnya sehingga temboloknya berputar ke arah
tengkuknya. Itulah asal kejadian pipit mempunyai tembolok di bahagian tengkok dan wujudnya padi di bumi.

Tema Cerita ini bertemakan kebijaksanaan menyelesaikan


masalah. Si Bongsu berfikir berusaha untuk membawa padi dari kayangan pulang ke bumi. Walaupun usahanya pada kali
pertama gagal, Si Bongsu tidak putus asa dan berusaha lagi. Akhirnya, Si Bongsu berjaya membawa pulang benih padi ke bumi.

Persoalan (a) Nasib malang yang menimpa anak yatim.


(b) Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran. (c) Keberanian dalam menghadapi dugaan.
(d) Kegigihan dan ketabahan dalam mengejar cita-cita. (e) Kesanggupan berbohong untuk mendapatkan sesuatu.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan – Si Bongsu dan abangnya kematian ibu bapa.
Mereka jatuh miskin akibat segala harta peninggalan ibu bapa mereka dicuri. (b) Perkembangan
– Si bongsu mengikut tujuh orang wanita pulang ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ternampak benda kuning sedang dijemur.
Pada sangkaannya, benda itu emas. Empunya benda itu menyatakan bahawa itu ialah padi. (c)
Klimaks – Si Bongsu ditangkap oleh orang kayangan lalu dihempaskannya di tangga pelangi sehingga tumit Si Bongsu luka.
(d) Peleraian - Padi tumbuh dengan subur di bumi. Pipit mati akibat Si Tekuri menyepit tengkoknya kerana berbohong kepada
tuan empunya padi.

Teknik Plot Teknik pemerian; teknik dialog; teknik monolog; teknik monolog
dalaman

Watak dan Perwatakan Si Bongsu (Watak utama)


(a) Anak bongsu dalam keluarga. (b) Mempunyai seorang abang yang cacat.
(c) Anak yatim piatu yang malang. (d) Miskin – harta pusaka yang patut diwarisi telah dicuri oleh
orang jahat. (e) Bijaksana – mempunyai daya usaha yang tinggi untuk mengambil
padi. (f) Tabah dan gigih – tidak mudah berputus asa.

Orang Kayangan (a) Memiliki sawah padi di kayangan. (b)


Menjaga padi daripada dibawa turun ke bumi. (c) Tinggal di kayangan. (d) Baik
hati kerana membenarkan Si Bongsu merasa keenakan nasi. (e) Seorang yang
pemaaf dan sanggup menerima Si Bongsu untuk menjaga padi di kayangan.

Burung Pipit (a) Berasal dari kayangan.


(b) Tidak amanah – mengatakan bahawa padi tidak tumbuh di bumi walaupun telah banyak makan padi di bumi.
(c) Mati disepit oleh Si Tekuri

Burung Tekuri (a) Ditugaskan menemani burung pipit ke bumi untuk memeriksa
tumbuh-tumbuhan padi. (b) Amanah – menyepit tembolok burung pipit yang menipu.

Latar

Latar Tempat (a) Di kolam ikan (b) Di


kayangan (c) Di bumi Latar masa Zaman dahulu kala

Latar masyarakat (a) Masyarakat yang tinggal kampung (b)


Masyarakat yang tinggal di kayangan (c) Masyarakat haiwan

Gaya Bahasa (a) Sinkope. Contoh, “Jikalau demikian kehendakmu, baiklah.


Akan tetapi jangan lagi kamu selalu ingin mencuba untuk mencuri dan membawa lari padiku.” (b) Peribahasa.
Contoh, untung tidak dapat diraih, malang tidak dapat ditolak. (c) Kata ganda. Contoh,
“Sekarang saya betul-betul jera mengambil apa-apa”. (d) Simile. Contoh, Kakinya
kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.

Nilai Kegigihan; baik hati, kerajinan; keberanian; kebijaksanaan

Pengajaran (a) Kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.


(b) Kita hendaklah tabah mengharungi dugaan hidup. (c) Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengambil
hak orang lain. (d) Kita hendaklah amanah melakukan sesuatu pekerjaan.

Oren

Sinopsis Telah empat hari Oren hilang dari rumah. Aku, Azura, Anis
dan ayah risau akan keselamatan Oren. Dua hari yang lalu, Anis ada melihat Oren bermain-main di bawah pokok
tua di taman permainan di halaman rumah dan pada pagi tadi, Azura melihat Oren di tepi longkang di belakang
rumah. Namun demikian, Oren belum lagi muncul-muncul di rumah. Sebelum hilang dari rumah, Oren enggan
makan makanan yang disediakan oleh ayah. Untuk menghilangkan kerisauan, ayah membelaibelai Kelabu
di pangkuannya. Walaupun ayah membelai Kelabu tetapi ayah masih memikirkan tentang Oren. Ayah membawa
Oren pulang ke rumah setelah ayah terlanggar ibunya. Setelah itu, ayah berjanji akan memelihara Oren seperti
anaknya sendiri. Oleh sebab bulu kucing itu berwarna oren, maka ayah menamakan kucing itu Oren. Oren pula
pandai mengurus diri. Oren membuang najis di dalam tandas bukan seperti Kelabu. Kelabu ialah kucing yang ayah
temui sewaktu ayah dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Ayah menamakan kucing itu Kelabu
kerana kerana bulunya berwarna kelabu. Ayah memelihara Kelabu untuk menemankan Oren bermain-main di
rumah tetapi Oren tidak serasi dengan Kelabu. Akhirnya, Oren merajuk lalu lari dari rumah.
Ayah bermimpi Oren pulang ke rumah. Semalaman ayah berbual-bual dengan Oren di ruang
tamu. Setelah terkejut dari tidur ayah terpinga-pinga mencari Oren tetapi tidak ditemui. Ayah sedar bahawa dia
hanya bermimpi. Ayah memberitahu hal tersebut kepada kami di meja makan. Tiba-tiba, Anis muncul di ruang
dapur membawa bangkai Oren. Oren mati kerana dihempap sebatang pokok tua di taman permainan pada hari
semalam. Ayah menangis.

Tema Perasaan kasih sayang yang terjalin antara manusia dengan


haiwan. Ayah memelihara Oren setelah Oren kematian ibu akibat dilanggar oleh Ayah. Ayah memelihara Oren
dengan penuh kasih sayang, kemudian Ayah memelihara Kelabu untuk menemankan Oren bermain-main. Kedua-
dua ekor kucing tersebut disayangi oleh ayah sekeluarga.

Persoalan (a) Keprihatinan antara ahli keluarga – Ibu berpesan kepada


anak-anaknya supaya tidak memberikan pandangan yang akan menyebabkan ayah berasa bimbang atau
tersinggung. (b) Rasa simpati terhadap haiwan – Ayah terlanggar seekor kucing. Ayah berasa
tersentuh apabila melihat seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang dilanggarnya itu. Ayah
mengambil anak kucing tersebut untuk dipelihara. (c) Tanggungjawab seseorang atas haiwan peliharaan – Ayah
berasa gelisah apabila kucingnya, Oren sudah empat hari tidak pulang ke rumah. Ayah bertanya kepada anak-
anaknya jika terlihat kelibat Oren. (d) Menjaga perasaan orang lain – “Aku”
mengesyaki sesuatu telah berlaku kepada Oren. Namun begitu, dia hanya memendamkannya kerana bimbang
ayah akan bertambah gelisah. (e) Sifat cemburu antara makhluk Tuhan – Oren iri hati melihat Kelabu
lebih mesra dengan ayah walaupun Kelabu baharu sahaja dipungut oleh ayah. Kelabu membawa diri, lalu mati
kerana dihempap sebatang pokok tua di taman permainan.

Plot

Binaan Plot (a) Permulaan – Oren hilang dari rumah. Pelbagai persoalan
yang timbul pada fikiran Ayah, Aku, Azura, dan Anis. (b) Perkembangan –
Ayah mengimbas kembali peristiwa pertemuannya dengan Oren. Ayah telah melanggar ibu Oren. Ayah simpati
apabila melihat Oren mengiau-ngiau di hadapan ibunya yang telah mati. Ayah membawa Oren pulang ke rumah.
(c) Klimaks – Ayah bermimpi Oren telah pulang ke rumah. Ayah berbual-bual dan mencium pipi Oren berulang-
ulang kali di ruang tamu. (d) Peleraian - Oren ditemui telah mati dihempap sebatang pokok
tua yang tumbang di taman permainan. Ayah sangat sedih.

Teknik Plot Teknik dialog; teknik monolog; teknik imbas kembali; teknik
pemerian

Watak dan Perwatakan Ayah “aku”


(a) Ayah kepada dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. (b)
Membela dua ekor kucing. (c) Suka akan kucing. (d)
Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab. (e) Bersikap pilih kasih.

Oren (a) Anak kucing yang dikutip oleh Ayah.


(b) Mempunyai bulu yang berwarna oren. (c) Kucing yang pasif dan suka bersendirian. (d) Mati
akibat dihempap pokok tua yang tumbang akibat angin yang kencang. (e) Pembersih –
Membuang najis di dalam tandas atau di dalam longkang. (f) Cemburu – Iri hati
dengan kelabu kerana Kelabu lebih mesra dengan ayah.

Kelabu (a) Kucing yang dikutip oleh ayah selepas Oren. (b)
Bulunya berwarna kelabu dan menarik seperti kucing siam. (c) Kucing
yang amat manja dan jinak. (d) Sering menyambut ayah pulang dari pejabat. (e) Lebih menarik
daripada Oren – tangkas, lincah dan rajin menyambut ayah pulang dari pejabat.
Latar

Latar tempat (a) Rumah (b)


Jalan raya (c) Taman permainan

Latar masa (a) Pertengahan Disember


(b) Pada waktu pagi (c) Pada waktu petang
(d) Pada waktu malam

Latar masyarakat (a) Masyarakat yang risau akan kehilangan haiwan


peliharaannya. (b) Masyarakat yang bertanggungjawab setelah
melakukan kesalahan. (c) Masyarakat yang membela haiwan peliharaan. (d)
Masyarakat yang memahami perasaan orang lain.

Gaya Bahasa (a) Simile. Contoh, bulunya yang berwarna kelabu


menjadikannya tampak menarik seperti kucing siam. (b)
Peribahasa. Contoh, aku juga tidak mahu menambah rasa bersalah ayah tentang sikap pilih kasihnya terhadap
Oren sehingga Oren tidak pulang ke rumah. (c) Personafikasi. Contoh, di
hadapannya kelihatan Oren dengan raut wajahnya yang sayu.

Nilai Kasih sayang; simpati; keprihatinan; bekerjasama

Pengajaran (a) Kita hendaklah belas kasihan terhadap makhluk lain.


(b) Kita hendaklah bertanggungjawab atas kesalahan yang telah kita lakukan. (c) Kita
hendaklah menghormati perasaan orang yang sedang ditimpa masalah (d) Kita
hendaklah bersifat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh orang lain. (e) Kita hendaklah bersikap
proaktif bukan pasif supaya kita tidak diperlekehkan. (f) Kita hendaklah bersikap adil
kepada sesiapa sahaja walaupun pada binatang peliharaan.

Hadiah (…atas kejayaan para guru menghasilkan aku)

Sinopsis Azizah sangat risau kerana rakan-rakan sekelasnya telahpun


berbincang tentang hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan masing-masing pada Hari Guru.
Rahimah telah membeli bunga di dalam kotak plastik untuk diberikan kepada Cikgu Khalid. Zaiton akan membeli
sebuah novel untuk Cikgu Faridah kerana Cikgu Faridah selalu memberi markah yang tinggi untuk karangannya.
Hamidah akan menghadiahi Cikgu Azimah pasu bunga yang dibeli oleh ibunya di Paris. Aliza akan memberi kain
tenun sutera kepada Cikgu Azimah. Rashid akan menghadiahi Cikgu Firdaus sebuah model masjid kerana Cikgu
Firdaus akan berkahwin pada bulan depan. Model masjid itu dibuat oleh abangnya sendiri dengan menggunakan
kayu-kayu yang bermutu tinggi. Hashim akan menghadiahi Ustazah Salma tuala muka kerana Ustazah Salma tidak
pernah memarahinya. Azizah hanya mendengar perbualan rakan-rakannya itu tanpa berkata apa-apa kerana dia
miskin dan tidak mempunyai wang. Bapa Azizah bekerja sebagai penarik beca, dan emaknya pula cacat sebelah
kaki. Untuk membantu keluarga, emaknya mengambil upah menganyam tikar mengkuang.
Azizah berharap dapat memberi sesuatu kepada Cikgu Zaleha kerana Cikgu Zaleha selalu memujinya rajin belajar
dan berdisiplin. Oleh itu, Azizah ingin meminjam wang daripada ibunya. Ibunya juga tidak dapat memberikan wang
kepada Azizah kerana dia perlu mengirimkan wang kepada anak lelakinya yang sedang belajar di UiTM. Azizah cuba
meminjam wang daripada bapanya pula. Bapanya hanya mempunyai sedikit wang untuk membayar hutang barang
di kedai Tong Seng. Wang di dalam tabung Azizah hanya RM1.80 sahaja. Lantaran itu, ibu Azizah mencadangkan
agar Azizah membuat sendiri hadiah untuk guru kesayangannya. Azizah bersetuju dengan cadangan ibunya itu.
Azizah membuat satu set tudung saji hiasan. Anyamannya sungguh halus dan
menarik. Setelah siap, hadiah itu dibungkuskan dalam surat khabar kemudian diserahkan kepada Cikgu Zaleha
pada Hari Guru. Cikgu Zaleha sangat gembira menerima hadiah tersebut tetapi Cikgu Zaleha mahu hadiah yang
lebih besar lagi daripada Azizah, iaitu penyertaannya dalam Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah. Cikgu
Zaleha yakin Azizah layak menyertai pertandingan tersebut kerana dia seorang murid yang serba boleh, rajin dan
kuat berusaha. Azizah mendapat johan pada peringkat daerah dan naib johan pada peringkat negeri. Pada
peringkat kebangsaan, Azizah memenangi kategori Karya Inovatif. Azizah mengambil masa kira-kira empat puluh
lapan minggu untuk membuat tudung saji dua puluh beradik bermula dari saiz seinci hingga saiz empat puluh lapan
inci manakala Cikgu Zaleha memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

Tema Cerpen ini bertemakan kegigihan dan kecekalan seorang


murid yang miskin untuk memberikan hadiah kepada guru kesayangannya. Azizah telah membuat satu set tudung
saji untuk Cikgu Zaleha pada hari guru. Cikgu Zaleha amat gembira.

Persoalan (a) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan – Azizah telah
membuat satu set tudung saji untuk Cikgu Zaleha. (b) Kasih sayang
murid terhadap guru – Murid-murid amat menyayangi guru. Mereka akan berusaha untuk membeli hadiah untuk
guru kesayangan mereka. (c) Ukur baju pada badan sendiri – Oleh sebab tidak
mempunyai wang Azizah telah menganyam sendiri satu set tudung saji untuk Cikgu Zaleha. (d) Guru ialah
suri teladan untuk dicontohi oleh murid-murid – Zaiton sering memerhatikan Cikgu Faridah yang suka membaca
novel karangan Shahnon Ahmad. (e) Hadiah yang paling berharga
untuk guru ialah kejayaan muridmurid dalam peperiksaan – Cikgu Zaleha mengharapkan Azizah mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Plot

Binaan Plot (a) Permulaan – Kawan-kawan Azizah bercerita tentang


hadiahhadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan masing-masing. (b)
Perkembangan – Azizah bersedih kerana tidak mempunyai wang untuk membeli hadiah. Ibu Azizah mencadangkan
kepada Azizah supaya dia menganyam satu set tudung saji untuk Cikgu Zaleha. Azizah bersetuju.
(c) Klimaks – Azizah menghadiahkan satu set tudung saji kepada Cikgu Zaleha pada hari guru itu. Cikgu Zaleha
meminta Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan peringkat daerah. Azizah bersetuju.
(d) Peleraian – Azizah menyertai pertandingan Kraf Tangan. Azizah mendapat Johan dalam Pertandingan Kraf
Tangan Peringkat Kebangsaan. Cikgu Zaleha juga telah memenangi kategori Guru Inovatif pada Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah.

Teknik Plot Teknik pemerian; teknik dialog; teknik saspens; teknik


monolog.

Watak dan Perwatakan Azizah


(a) Murid sekolah rendah yang akan mengambil peperiksaan UPSR. (b) Miskin
– Bapanya bekerja sebagai penarik beca dan ibunya mengambil upah menganyam tikar. (c) Rajin –
Membantu ibu menganyam tikar pada sebelah petang. (d) Gigih – Berlatih
menganyam tikar dengan menggunakan daun nipah, mengkuang, lalang sebelum menyertai pertandingan.
(e) Kreatif – Menjuarai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dan naib johan Pertandingan Kraf Tangan
Peringkat Negeri.

Cikgu Zaleha (a) Penyayang – Mendapat banyak hadiah daripada murid-


murid pada Hari Guru. (b) Dedikasi – Berjaya mengembangkan bakat Azizah dalam bidang kraf
tangan. (c) Prihatin – Menyedari Azizah seorang murid yang serba boleh tetapi bersikap
rendah diri.

Ibu Azizah (a) Ibu kepada Azizah dan Azman.


(b) Cacat sebelah kaki. (c) Gigih – Mengambil upah menganyam tikar mengkuang untuk
membantu suami menyara keluarga. (d) Berjimat cermat – Belanja
secara berhemah untuk membayar yuran pengajian Azman di UiTM. (e) Bijak – Menyarankan Azizah menganyam
satu set tudung saji hiasan untuk Cikgu Zaleha.

Latar

Latar tempat (a) Di sekolah (b)


Di rumah

Latar masa (a) Pada waktu pagi (b)


Pada waktu petang

Latar masyarakat (a) Masyarakat yang suka


bermegah-megah dengan hadiah yang akan dihadiahkan kepada seseorang.
(b) Masyarakat orang miskin. (c) Masyarakat yang terikut-ikut dengan kawan yang suka
menunjuk-nunjuk. (d) Masyarakat yang malu dengan status diri. (e) Masyarakat
yang memberi galakan untuk mengembangkan bakat individu tertentu. (f) Masyarakat yang berlatih
dengan bersungguh-sungguh untuk mengasah bakat. (g) Masyarakat yang gigih berusaha
untuk mencari rezeki yang halal.

Gaya Bahasa (a) Responsi “Betul?” tanya Azizah. Emaknya mengangguk


pula. “Sungguh?” tanya Azizah lagi. Emaknya mengangguk lagi. (b) Sinkope
“Aku nak beli tuala muka yang istimewa buat Ustazah Salma. …” (c) Anafora
“Hadiah apa pulanya ini?” tanya bapa separuh kehairanan. “Hadiah hari guru” (d)
Sinkope “Kau nak berikan benda itu kepada siapa?” tanya Zaiton.

Nilai Kerajinan; kegigihan; kasih sayang; berjimat cermat; keberanian;


kejujuran; keprihatinan

Pengajaran (a) Kita hendaklah menyayangi guru dan membalas jasa


mereka. (b) Kita hendaklah berani menyahut cabaran. (c) Kita
hendaklah rajin berusaha untuk meraih kejayaan. (d) Guru-guru
hendaklah mengenal pasti keistimewaan muridmuridnya. (e) Ibu bapa hendaklah
mengajar anak-anak pelbagai kemahiran.

Kuih Bakul Limau Mandarin

Sinopsis Perbualan antara Lim Pooi dengan Sim Pau menjadi tegang
apabila Lim Pooi mengetahui Lim Meng akan balik ke rumah untuk meraikan Tahun Baharu Cina. Lim Pooi tidak
membenarkan Lim Meng menjejakkan kakinya ke rumah kerana Lim Meng membawa nasib malang kepada
keluarga. Lim Meng dipersalahkan apabila Lim Foong mati lemas di laut kerana cuba menyelamatkan Lim Meng.
Menurut Sim Pau, Lim Foong mati lemas kerana dia melarikan diri apabila dikejar oleh pemungut hutang setelah
kalah bermain judi. Mujur, Sudin dapat menyelamatkan Lim Meng yang hampir lemas tetapi Sudin tidak dapat
menyelamatkan Lim Foong. Lim Meng dipersalahkan juga apabila perniagaan Lim Pooi merosot. Hal tersebut
berlaku disebabkan oleh Lim Pooi yang menyorokkan barang dan menaikkan harga sesuka hati kemudian
mengenakan bunga kepada orang-orang kampung yang berhutang. Orang yang menagih hutang itu juga yang
membakar kedai Lim Pooi untuk membalas dendam. Lim Pooi juga membenci Lim Meng kerana Lim Meng
mengadu bahawa dia ternampak Lim Foong mencuri duit kedai untuk berjudi. Lim Meng dituduh berbohong dan
dirotan sampai berbirat-birat. Untuk menghalau Lim Meng dari rumah, maka Lim Pooi mengugut hendak
memberitahu polis bahawa si pembunuh Lim Foong ada di rumah dan perlu dimasukkan ke dalam penjara. Lim
Meng mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Untuk meyakinkan Lim Pooi, Sim
Pau terpaksa bercakap dengan suara yang lantang walaupun dia seorang yang lemah lembut. Sim Pau mahu Lim
Pooi tahu bahawa Lim Meng tidak bersalah, sebaliknya dia yang bersalah kerana menghalau Lim Meng dari rumah.
Lim Pooi telah sedar akan kesalahannya. Lim Pooi menyesal dan ingin memohon maaf.
Lim Pooi jatuh sakit. Sim Pau berharap Lim Meng cepat pulang. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk orang.
Lim Meng muncul di hadapan pintu. Mereka berpeluk-pelukan sambil menangis. Lim Pooi memohon maaf. Lim
Meng memaafkan papanya itu. Beberapa minit kemudian, Lim Pooi menunggang motosikal ke bandar untuk
membeli limau mandarin, air kotak dan kacang goreng manakala Sim Pau dan Lim Meng merancang untuk
membuat kuih bakul bersama-sama.

Tema Cerpen ini bertemakan kekeluargaan. Lim Pooi menyalahkan


anak perempuannya, Lim Meng atas segala masalah yang berlaku dalam keluarganya. Dia tidak menganggap Lim
Meng anaknya. Walau bagaimanapun, isterinya, Sim Pau, Lim Meng tidak bersalah. Menurut Sim Pau, Lim Pooilah
punca segala masalah tersebut. Akhirnya, Lim Pooi sedar dan mengakui kesalahannya. Apabila Lim Meng pulang,
dia memohon maaf kepada anaknya itu.

Persoalan (a) Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. (b)


Tindakan seorang bapa yang tidak menyelidik kebenaran anaknya. (c) Tindakan
individu yang menyalahkan orang lain tentang nasib malangnya. (d) Kesedaran
individu terhadap kesalahan yang telah dilakukan. (e) Seorang isteri yang
berani menentang suami yang berpendirian salah. (f) Keburukan mempercayai
ramalan atau tilikan. (g) Hari perayaan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
(h) Tolong-menolong tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. (i)
Hukuman kepada orang yang melanggar undang-undang negara.

Plot Binaan Plot (a)


Permulaan – Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang untuk meraikan Tahun Baharu Cina.
Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan anak perempuannya itu. (b) Perkembangan – Sim Pau
menyedarkan Lim Pooi bahawa Lim Meng tidak bersalah. Kematian Lim Foong di laut, perniagaanya bankrup dan
kedainya terbakar tiada kaitan dengan Lim Meng. (c) Klimaks – Lim Meng pulang ke rumah. Mereka
berpelukpelukan dan bermaaf-maafan. (d) Peleraian – Lim Pooi membeli limau mandarin, air kotak
dan kacang di bandar untuk meraikan Tahun Baharu Cina.

Teknik Plot Teknik pemerian; teknik dialog; teknik saspens

Watak dan Perwatakan

Lim Pooi (a) Mempunyai dua orang anak, iaitu Lim Meng dan Lim
Foong dan seorang isteri bernama Sim Pau. (b) Keras kepala dan
ego – Yakin perniagaanya bankrap kerana Lim Meng ialah anak yang malang bukan kerana kesalahannya yang
menaikkan harga barang. (c) Tidak mematuhi undang-undang
negara – Dia menyorokkan barang-barang di dalam stor kemudian barang-barang tersebut dijual dengan harga
yang mahal. (d) Pendendam – Dia membenci Lim Meng dan mahu
menyumbatkan Lim Meng ke dalam penjara sekiranya Lim Meng tidak keluar dari rumah. (e) Tidak
bertanggungjawab – Dia menghalau Lim Meng dari rumah. (f) Tamak –
Dia mengenakan bunga kepada orang-orang kampung yang berhutang barang dangannya.
(g) Insaf – Tidak memarahi Lim Meng lagi setelah sedar akan kesalahannya.

Sim Pau (a) Isteri Lim Pooi dan ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng.
(b) Seorang yang penyayang. Dia merindui anak perempuannya, Lim Meng yang telah lari dari rumah.
(c) Berani menegakkan kebenaran – Menerangkan kepada Lim Pooi bahawa perniagaannya gagal dan Lim Foong
mati tidak ada kaitan dengan Lim Meng. (d) Mengenang jasa – Dia menjemput Sudin sekeluarga meraikan Tahun
Baharu Cina di rumahnya kerana Sudin telah menyelamatkan Lim Meng daripada mati lemas di sungai.
(e) Prihatin – Dia memujuk Lim Pooi mendapatkan rawatan doktor kerana sudah tiga hari Lim Pooi tidak makan.
Lim Meng (a) Anak perempuan kepada Lim Pooi dan Sim Pau. (b)
Adik kepada Lim Foong. (c) Sentiasa dituduh dan dimarahi oleh ayahnya, Lim Pooi.
(d) Seorang yang jujur. (e) Berani menegakkan kebenaran walaupun akan dimarahi
oleh ayahnya. (f) Sanggup berkorban demi keselamatan ahli keluarganya.

Latar Latar masa (a)


Sebelum Tahun Baharu Cina (b) Pada waktu malam

Latar tempat (a) Di rumah (b) Di


sungai

Latar masyarakat (a) Masyarakat yang membabi buta menuduh orang tanpa
selidik. (b) Masyarakat yang menyayangi ahli keluarganya. (c) Masyarakat yang
sengsara akibat berjudi. (d) Masyarakat yang trauma kerana tindakan seseorang.
(e) Masyarakat yang membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama. (f)
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Gaya Bahasa (a) Sinkope


“Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini.” (b)
Peribahasa Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tetapi dia
mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasaan. (c) Metafora
Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. (d) Repetisi Begitu
keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersamasama
dengan Sim Pau. (e) Simile Sebaliknya, kata-katanya
itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau.
(f) Personifikasi Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang
baru sahaja berputik dalam hati Sim Pau.

Nilai Kesabaran; kejujuran; keberanian; keprihatinan; keinsafan;


tolongmenolong; mengenang budi

Pengajaran (a) Kita haruslah berani melaporkan salah laku seseorang


walaupun ahli keluarga sendiri. (b) Kita sepatutnya menyayangi anak-anak kita dengan kasih sayang yang
sama rata. (c) Kita sepatutnya selidik dahulu kebenaran sebelum bertindak mengikut perasaan.
(d) Kita haruslah jujur dalam perniagaan. (e) Kita mestilah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang
lain

Drama Hadiah

Sinopsis Fauziah ibu tunggal yang kematian suami tiga bulan lepas membaca
kembali surat yang dikirim oleh anaknya, Hayati. Hayati menyatakan bahawa dia telah berhutang dengan pihak
sekolah sebanyak RM40. Jadi, untuk tidak menimbulkan banyak masalah, Hayati membuat keputusan untuk pulang
dahulu ke rumah. Keluarga ini sedang berdepan dengan masalah kewangan setelah suaminya meninggal.
Ketika Fauziah dan ayahnya, Pak Mail, sedang berbualbual tentang nasib hidup mereka, Hayati pun
sampai. Hayati masuk ke dalam rumah dan menyalami datuk dan ibunya. Dia bertanyakan pada datuknya jika dia
dapat kembali belajar di sekolah lamanya itu. Datuknya hanya berkata dia akan ikhtiarkan. Selepas itu, Hayati
masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari
Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangannya adalah untuk
menyampaikan penghargaan kepada keluarga Sarjan Akhbar. Encik Musa turut menyampaikan cek berjumlah
sepuluh ribu ringgit kepada Fauziah bagi menyara persekolahan anaknakanya.
Kemudian, sebelum Encik Musa dan Datuk Penghulu keluar, Hayati keluar dari biliknya. Pak Mail
menyuruh Hayati menyiapkan barangnya untuk menghantar Hayati ke asrama semula esok. Encik Musa menasihati
Hayati supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.

Tema Tema drama ini ialah kesempitan hidup setelah kehilangan


ketua keluarga. Kesempitan hidup keluarga Fauziah telah menyebabkan anaknya Hayati yang tinggal di asrama
pulang ke kampung kerana tidak mampu untuk membayar hutang sekolahnya.

Persoalan (a) Keprihatinan seorang anak terhadap masalah yang


dihadapi oleh keluarganya. (b) Keprihatinan jiran tetangga tentang masalah yang dihadapi
oleh salah satu penduduk. (c) Pekerja yang amanah. (d) Ketabahan
menghadapi dugaan dalam hidup. (e) Membalas jasa askar yang terkorban untuk negara.

Plot

Binaan Plot (a) Permulaan – Hayati memberitahu ibunya melalui surat


bahawa dia akan pulang ke rumah kerana yuran asramanya telah tertunggak selama dua bulan.
(b) Perkembangan – Pak Mail menasihati Fauziah supaya bersabar. Hayati pulang dari asrama. Datuk Penghulu
membawa Encik Musa ke rumah Pak Mail. (c) Klimaks – Fauziah
menerima cek bernilai sepuluh ribu ringgit daripada Encik Musa yang bertugas di Kementerian Pertahanan
Malaysia. (d) Peleraian – Hayati bersiap-siap untuk pulang ke asrama pada keesokan harinya.

Teknik plot Teknik pemerian; teknik dialog; teknik saspens

Watak dan Perwatakan Hayati (a) Anak


kepada Sarjan Akhbar dan Fauziah serta cucu kepada Pak Mail. (b) Bijak membuat
keputusan. (c) Seorang yang penyayang. (d) Dia
bertanggungjawab.

Fauziah (a) Isteri kepada Sarjan Akhbar dan anak kepada Pak Mail.
(b) Seorang ibu tunggal yang baru kematian suami. (c) Mempunyai dua orang anak, Farid dan Hayati. (d) Tinggal
dengan ayahnya, Pak Mail. (e) Seorang yang lemah lembut. (f) Seorang
yang baik hati. (g) Berhemah tinggi – Dia memastikan Hayati telah meminta izin
daripada guru asrama sebelum pulang ke rumah.

Pak Mail (a) Ayah kepada Fauziah.


(b) Datuk kepada Farid dan Hayati. (c) Seorang yang amat menyayangi ahli keluarganya.
(d) Seorang yang rajin berusaha.

Encik Musa (a) Pegawai tentera daripada Kementerian Pertahanan di


Kuala Lumpur. (b) Seorang yang amanah. (c) Seorang yang
berbudi bahasa.

Latar Latar masa


(a) Pagi hingga tengah hari (b) Petang

Latar tempat (a) Di rumah (b)


Sekolah Menengah Seri Setia

Latar masyarakat (a) Masyarakat yang baru kehilangan orang yang tersayang.
(b) Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tugas. (c)
Masyarakat orang yang kehilangan punca kewangan. (d) Masyarakat
orang kampung yang prihatin. (e) Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab terhadap anak buahnya.
Gaya Bahasa (a) Sinkope
HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk menolong Yati.
(b) Repetisi PAK MAIL: Terima kasih, Encik Musa. Terima kasih, Tuk.

Nilai Kasih sayang; ketabahan; bekerjasama; kesopanan;


kejujuran

Pengajaran (a) Kita haruslah tabah dalam mengharungi cabaran hidup.


(b) Kita haruslah sedar bahawa ada yang lebih kurang bernasib baik berbanding dengan kita. (c) Kita
haruslah amanah dalam melakukan pekerjaan. (d) Kita haruslah
bantu-membantu sesama manusia dalam sesebuah masyarakat.

Sinopsis Novel Jalan ke Puncak Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama


Laiman yang berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji. Laiman lebih suka
bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh
ayahnya kerana keluarga mereka telah banyak berkorban demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah
usaha berkebun menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman turut mengusahakan kolam
ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Laiman
dibantu oleh sepupunya Milan. Usaha gigih Laiman bukan sekadar untuk dirinya malah dia turut membantu anak-
anak muda lain dengan membuka peluang pekerjaan dan mengubah mentaliti mereka. Laiman mahu bangsanya
tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau bekerja makan gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan
berdikari jika mereka ingin hidup mewah. Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada
penduduk kampung. Usahanya turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

Sinopsis mengikut bab

Bab 1 Laiman merupakan mahasiswa tahun tiga jurusan kejuruteraan


daripada sebuah universiti tempatan, sedang mengikuti latihan dengan syarikat milik Shell. Pada masa yang sama,
Laiman berasa banyak perkara yang perlu dipelajari daripada latihan berkenaan termasuklah menimba
pengalaman untuk berdikari sebagai seorang usahawan suatu hari nanti. Laiman teringat kawan sekuliahnya Chow
Chin yang begitu berdikari walaupun berasal daripada keluarga berada. Khabarnya Chow Chin telah menjadi
seorang pengurus sebuah hotel mewah di kota. Laiman yakin pengalaman tanpa kelulusan juga mampu mengubah
nasib kehidupan seseorang.

Bab 2 Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya


telah selesai. Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan
Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman
tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda
itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang
menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja
tanpa sebarang jawapan daripada Soniah.

Bab 3 Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima


berita bahawa sebuah tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di
Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil
mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan
tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca
kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman
tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat.
Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang
dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa
peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang
perbualannya bersama Sonia seminggu yang lalu.

Bab 4
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri. Mereka berbincang
tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman,
bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan tugas cari gali
minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera
merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman. Laiman
berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang
bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.

Bab 5
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.

Bab 6
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun hanya bekerja
sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak
bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang untuk
mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika
dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya
Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab
cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi
Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

Bab 7
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian. Ayahnya
kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak
memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman
pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami
oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan
bantuan daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan
daripada sepupunya dalam usahanya itu.
Bab 8 Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran
tanah sawah milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah
paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk
dijadikan sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula
berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek
ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan
mereka.

Bab 9 Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman


untuk melaksanakan projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi pendapatan daripada
projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai.
Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah
mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim
menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya
berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi
hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

Bab 10
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang menawarkan
pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah
paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal
untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan
dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus
dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa
yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.

Bab 11
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang dihantar
untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek
ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada
mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai
menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia
mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada
anak-anak muda yang menganggur.

Bab 12
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah tidak menjadi
masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu
agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.
Bab 13
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh enam orang
pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan
kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

Bab 14
Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam ternakannya akan
mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di
sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka
turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan
mereka.

Bab 15
Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman disebut-
sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya
sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan
dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah
yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan
berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan
isi hatinya kepada Soniah.

Tema Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan


kerjaya masa depannya dengan cara berdikari.

Persoalan (a) Kasih sayang dalam keluarga (b)


Kepentingan pelajaran dalam kehidupan (c) Pengorbanan untuk keluarga (d) Sikap
keutamaan kerjaya sebelum bercinta (e) Kemiskinan dalam kalangan masyarakat (f) Kegigihan
dalam melaksanakan pekerjaan

Watak dan perwatakan

Laiman (a) Anak kepada Kiassim


(b) Mempunyai abang yang bernama Mail dan adik bernama Jariah (c)
Cinta akan ilmu (d) Tabah (e)
Berprinsip (f) Taat perintah agama
(g) Jujur

Pak Kiassim (a) Bapa Laiman


(b) Tidak setuju apabila Laiman mulakan projek ikan air tawar
(c) Berbangga atas kejayaan Laiman

Pak Sahok (a) Memiliki tanah berdekatan dengan paya


(b) Bertani (c) Keras hati
Milan (a) Sepupu Laiman
(b) Baik hati (c) Setiakawan
(d) Rajin

Soniah (a) Kawan baik Laiman di Sarawak (b)


Berketurunan Malanau (c) Belajar di UKM
(d) Kental

Sukri (a) Bekerja di sebuah syarikat minyak di Sarawak (b)


Rapat dengan Laiman (c) Tidak percaya bahawa Laiman membakar tangki minyak

Muluk (a) Cemburu (b)


Busuk hati

Plot

Binaan Plot (a) Permulaan – Laiman pemuda yang rajin. Dia menjalani
latihan praktikal di sebuah syarikat minyak. Laiman melakukan tugas yang diberikan kepadanya dengan sebaik-
baiknya. Oleh itu, dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan di tempat kerjanya itu. Sukri yang bertugas di situ
mengajak Laiman makan bersama-sama. (b) Perkembangan – Laiman berkawan rapat dengan
Soniah yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama, iaitu kejuruteraan. Soniah menyebut nama
Muluk dalam satu perbualan, tetapi kemudiantidak mahu meneruskan cerita tentang Muluk. Hal ini menimbulkan
tanda Tanya dalam fikiran Laiman tetapi dia terpaksa melupakan hal itu memandangkan Soniah benar-benar tidak
mahu bercerita tentang Muluk. (c) Konfliks – Logi minyak terbakar. Logi
itu baru dibaiki oleh Laiman. Namun begitu, mujurlak kebakaran itu berlaku semasa Laiman pergi ke Kuching.
Orang yang melakukan sabotaj itu tidak tahu bahawa Laiman tiada di kawasan syarikat semasa kebakaran berlaku.
Seterusnya, bapa Laiman memarahi Laiman kerana menolak pekerjaan yang ditawarkan, dan Pak Kiassim juga
menentang hasrat Laiman membuat projek sendiri.

(d) Klimaks – Muluk ditangkap polis atas tuduhan membakar logi minyak. Dia berbuat demikian kerana cemburu
apabila melihat hubungan mesra Antara Laiman dan Soniah. Pak Sahok mengalahkan dan mengizinkan tanah paya
di sebelah tanahnya digunakan untuk projek ternakan ikan air tawar. Keizinan itu menyebabkan Laiman dan
kawan-kawannya dapat bekerja keras. Akhirnya, projek ternakan ikan air tawar itu dianggap projek contoh.
(e) Peleraian – Laiman hidup senang kerana usahanya membuahkan hasil. Laiman memikirkan perancangan untuk
memulakan hubungan bercorak baharu dengan Soniah.

Teknik plot Teknik pemerian;teknik dialog;teknik saspens;teknik kejutan

Latar Latar tempat (a)


Syarikat minyak di tepi pantai, Sarawak (b) Bandar Kuching
(c) Bandar Miri (d) Kota Marudu
(e) Rumah Laiman (f) Rumah Milan
(g) Kebun tembikai (h) Tanah paya

Latar masa (a) Waktu siang


(b) Waktu malam (c) Waktu lampau

Latar masyarakat (a) Masyarakat yang kuat bekerja


(b) Masyarakat yang miskin dan sederhana (c) Masyarakat yang tegas pendirian (d)
Masyarakat yang mampu berubah (e) Masyarakat yang kuat cemburu (f)
Masyarakat yang taat akan perintah agama
Gaya Bahasa (a) Simile – Pagi esoknya minyak yang belum diproses
tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi longkang; Laiman seperti berputus asa. (b) Peribahasa
– Selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya; nasi sudah menjadi bubur; menconteng arang muka.
(c) Personafikasi – Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega; tangannya lancer
berlari diatas tikar yang sudah separuh dianyamnya sebulan yang lalu. (d) Inversi – Sebentar
lagi dia akan meneruskan kerjanya diluar pula; disana dia makan.

Nilai Murni (a) Keberanian - Laiman berani menjadi petani moden


kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh
ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian. (b) Patriotisme - Laiman sentiasa
menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan
bekerja sendiri. (c) Berdikari - Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai
petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan
walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di Jabatan Pertanian. (d) Kasih sayang - Pak Kiassim amat
menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan
Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai mengeluarkan hasil lalu
memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh
anaknya untuk penternakan ikan air tawar. (e) Kesyukuran - Laiman
bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai
usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut
akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah.

Pengajaran (a) Kita perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib
contohnya Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan
walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.
(b) Kita hendaklah memiliki jiwa patriotisma contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.
(c) Kita haruslah sanggup berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan contohnya Laiman sanggup
bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai
lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di Jabatan Pertanian.

(d) Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging sendiri contohnya Pak Kiassim amat
menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan
Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai telah mengeluarkan hasil
lalu memujuk Pak Sahok untuk rnemastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan
oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar. (e) Kita sewajarnya
bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan air
tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan
menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan
bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah.

You might also like