Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Khasiat Buah Kurma

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KHASIAT BUAH KURMA

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis


tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah
masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai
pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah
terbukti secara saintifik.
Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang
menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah
beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat
sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk


kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya
kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada
kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam


kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya
pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar
0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional
memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat


tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga
segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan
kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide).
Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum
bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum
sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka
dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda
meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita
perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna”
seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan
bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah
terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya
dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-
buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah
anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang
hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem
pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain.
Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali
kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama
sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya
khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan
beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam
pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem
saraf.
3) Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya
ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat
sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa
melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah
mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar
pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas
bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu
kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita
mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan
akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak
yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik,
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan
dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh.
Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan


secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

You might also like