Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Persamaan Dan Perbezaan Kurikulum Pendidikan Moral Di Filipinan Dan Malaysia

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DI

FILIPINAN DAN MALAYSIA.

Pendidikan Moral merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari dan diterapkan
kepada pelajar sekolah secara formal mahupun non formal. Hal ini demikian kerana
pendidikan moral merupakan satu aspek pembangunan manusia secara lahiriah dan rohaniah
yang tidak boleh di abaikan. Pendidikan moral dilihat merentasi sempadan kerana hampir
semua sekolah di negara-negara dunia ini mendedahkan pelajar-pelajarnya dengan
pengetahuan asas bertingkah laku yang bermoral bagi memastikan insan yang dibentuk
mempunyai aspek kemahiran yang betul dalam mengendalikan permasalahan-permasalahan
moral yang berlaku di sekeliling mereka. Namun begitu, setiap negara mempunyai cara
pelaksanaan dan pentafsiran yang berbeza bagi mendedahkan pelajar-pelajarnya dengan
pendidikan moral yang wajib mereka pelajari ketika di bangku alam persekolahan. Perbezaan
dan persamaan dapat dilihat menerusi kerangka kurikulum yang diwujudkan bagi mata
pelajaran pendidikan moral ini.

Bagi perbandingan kurikulum pendidikan moral ini, negara Filipina telah dipilih untuk
perbandingan kurikulum pelaksanaan pendidikan moralnya dengan perlaksanaan kurikulum
pendidikan moral di Malaysia. Negara Filipina dilihat menjalankan pendidikan moral yang
dikenali sebagai Pendidikan Nilai secara rasmi bermula pada tahun 1987. Hal ini berikutan
daripada isu pemberontakan selama empat hari pada bulan Februari 1986 yang
menggulingkan 20 tahun pemerintahan diktator Marcos bagi memulihkan demokrasi di
Filipina. Aquino perdana menteri ketika itu, menyedari bahawa membina semula sebuah
negara adalah lebih sukar daripada menggulingkan sebuah negara diktator. Revolusi sosial
diperlukan untuk membimbing negara melalui peralihannya untuk mendirikan semula
institusi demokrasi, kebebasan dan martabat bagi rakyat Filipina.

Disebabkan itu, Jabatan Pendidikan, Kebudayaan dan Sukan (DECS) mengenal pasti
"Transformasi Sosial melalui Pendidikan" sebagai keutamaannya untuk membentuk moral
masyarakat Filipina ketika itu dan memulakan Program Pendidikan Nilai untuk semua
peringkat dalam sistem persekolahan. Pendidikan Nilai ini juga dilihat terinspirasi daripada
pelembagaan Filipina 1987 yang menghasratkan untuk mewujudkan masyarakat yang adil
dan berperikemanusiaan. Oleh itu, perbezaan dan persamaan kurikulum pendidikan moral ini
akan dilihat menerusi negara yang dipilih iaitu negara Filipina dengan kurikulum pendidikan
di negara Malaysia.
PERBEZAAN KURIKULUM DI NEGARA FILIPINA DAN MALAYSIA.

I. Perbezaan Jumlah Pembelajaran Nilai Yang Diterapkan Di Sekolah


Secara amnya setiap negara mempunyai caranya yang tersendiri dalam pengurusan kurikulum
di peringkat sekolah bagi sesuatu subjek. Disebabkan itu, berlaku perbezaan jumlah dalam
pembelajaran nilai yang ditekankan untuk proses pemanusiaan insan bermoral di Filipina dan
Malaysia. Di negara Filipina, Pendidikan nilainya menerapkan 6 elemen nilai penting yang
perlu dikuasai oleh tenaga pengajarnya dan juga pelajar-pelajar di tiga peringkat pengajian
iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi. Setiap silibus pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Pendidikan Nilai di sekolah awam mahupun swasta telah
diwajibkan menekankan keenam nilai tersebut bagi memastikan pembangunan manusia yang
bermoral dan berakhlak mulia dapat dibentuk di Filipina. Keenam nilai penting dalam
Pendidikan Moral ini terinspirasi oleh 9 nilai utama pegangan masyarakat Filipina iaitu nilai
kekeluargaan, kesopanan, hospitaliti, bersyukur, malu, fleksibiliti, penyesuaian, dan
kreativiti, kesetiaan, kerja keras dalam industri dan berserah kepada tuhan. Oleh itu, Jabatan
Pendidikan kebudayaan dan sukan (Decs) atau sekarang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan
(DepEd) telah mengariskan 6 nilai wajib dimasukan ke dalam kurikulum Pendidikan Nilai di
Filipina. 6 nilai tersebut adalah:

NILAI KETERANGAN
Akualisasi diri Memperlihatkan keperihatinan individu dalam
(Memelihara maruah diri) memelihara kesihatan dan kesejahteraan diri dan orang
lain. Menunjukkan kesedaran dan sikap positif ke arah
pemulihan akhlak seseorang insan. Selain itu, menjaga diri
untuk sentiasa berkelakuan yang sesuai dengan norma-
norma kehidupan.
kebenaran Menunjukkan rasa ingin tahu sebagai seorang intelektual
dan rasa hormat untuk sebarangan keterangan dalam
membuat keputusan. Menggunakan pengetahuan
kemahiran penyelidikan untuk: mengatasi salah faham
yang berlaku untuk membezakan kebenaran dan kepalsuan
serta dapat membezakan fakta dan pendapat, Memupuk
kejujuran dalam usaha untuk menghapuskan
ketidakjujuran. Kebenaran juga dapat memupuk seseorang
berkeperibadian yang sesuai dengan keadaan semasa.
Spiritualiti keyakinan kepada Tuhan iaitu ketenangan dalam setiap
krisis yang dihadapi dengan berbalik kepada maha
pencipta. Memupuk sifat keagamaan dalam setiap diri
pelajar mengikut cara dan agama yang tersendiri agar
pelajar paham mengenai kepentingan dalaman dalam
membentuk moral yang baik.
Tanggungjawab sosial Menunjukkan komitmen untuk menegakkan kepentingan
bersama. Saling menghormati dan menghargai perasaan
bersama. Membina komunikasi dengan orang sekeliling
dengan cara yang tepat dalam mendengar perasaan
individu di sekeliling kita. Penekanan terhadap Ibu bapa
yang bertanggungjawab memahami konsep perancangan
keluarga. konsep kesetiaan juga diketengahkan bagi
menunjukkan kepercayaan dan keyakinan di kalangan
rakan-rakan. Kebebasan adalah untuk menghargai
kebebasan asas dan batasan terhadap kebebasan tersebut
seperti kebebasan bersuara, kebebasan dalam kehendak,
kebebasan daripada ketakutan dan kebebasan beragama.
Semuanya merangkumi di bawah nilai tanggungjawap
sosial.
Kecekapan ekonomi Penjimatan etika kerjaya yang mampu berdikari dalam
produktiviti sains dan teknologi keusahawanan.
Semangat patriotisme memupuk kesetiaan kepada negara melalui kesedaran
sivik / "Bayanihan". Menghargai hak, tanggungjawab dan
peluang dalam menuntut hak untuk hidup dan hak untuk
kebebasan yang memperlihatkan minat untuk memelihara
dan membentuk sebuah negara Filipina yang aman.
Hal ini memperlihatkan perbezaan dengan jumlah nilai yang dipelajari dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral di Malaysia. Di negara Malaysia jumlah pembelajaran nilai dalam
pendidikan moral di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah sebanyak 18 nilai utama
yang perlu diterapkan bagi setiap sukatan pembelajaran dan ianya perlu dikaitan dengan nilai
tersebut. Antara nilai-nilai yang dipelajari dan diterap dalam mata pelajaran pendidikan moral
di Malaysia adalah seperti berikut:

NILAI KETERANGAN
Kepercayaan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
kepada
ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing
Tuhan
selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Bertanggung Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas


jawab serta kewajipan dengan sempurna.

Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung


kepada orang lain.

Harga Diri Berupaya menjaga maruah diri.

Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam


melakukan sesuatu.

Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan


penghargaan.

Patriotisme Bangga dan taat setia kepada raja dan negara.

Kebebasan Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-


undang.

Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat
mengambil tindakan yang wajar.

Baik hati Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain dengan
memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.

Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.


Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan
institusi sosial.

Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Kerjasama Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua.

Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan


tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Toleransi Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri
dan orang lain.

Hal ini jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Moral
di Filipina dan Pendidikan Moral di Malaysia melalui penerapan nilai utama dalam proses
penyampaian ilmu moral kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah.

II. PERBEZAAN SISTEM PENTAFSIRAN BERSEPADU PENDIDIKAN


MORAL DI SEKOLAH
Perbezaan pelaksanaan kurikulum pendidikan moral di Filipina dan Malaysia juga dilihat
berbeza dari segi sistem pentafsiran bersapadu murid untuk mengetahui keboleh upayaan
pemahaman mereka dalam setiap ilmu yang di sampaikan oleh guru di dalam kelas. Di
negara Filipina sendiri, Pendidikan Nilai/Moral dijalankan secara berasingan dengan subjek-
subjek teras lain bermula pada 25 Januari 1988, ia telah dilancarkan secara rasmi oleh Jabatan
Pendidikan, Kebudayaan Dan Sukan (Decs). Pada Jun 1989, Pendidikan Nilai diajar sebagai
subjek yang berasingan untuk kali pertama di Filipina. Oleh itu, berlaku perbezaan dari segi
sistem pentafsiran untuk pelajar-pelajar di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah
kerana sistem pentafsirannya tidak diukur melalui sistem peperiksaan untuk meletakan skala
gred kepada seseorang murid yang berjaya mencapai tahap moral yang diingin mahupun
tidak. Filipina melakukan sistem pentafsiran murid melalui kedua-dua strategi langsung dan
tidak langsung yang digunakan dalam pembangunan nilainya. pentafsiran boleh dilakukan
secara sedar atau tidak sedar melalui pemodelan, pujukan, tetulang atau peranan. Penilaian
keputusan iaitu bukti terbaik bahawa pelajar tersebut telah mengenali, menghargai dan
menginternalisasikan nilai adalah jika ia terbukti dalam kelakuan harian.

Cara terbaik untuk menilai ini ialah melalui penilaian sendiri, pelajar melaporkan kelakuan
mereka menggunakan daftar dan skala sikap kepada guru yang mengajar Pendidikan Nilai
tersebut. Selain itu, ianya juga melalui penilaian bebas orang lain terhadap pelajar melalui
tingkah laku dalam laporan anekdot. Selain itu, menggunakan kecekapan pembelajaran yang
dikehendaki (DLC) pendidikan nilai sebagai dasar untuk menilai pelajar, gred dalam
pendidikan nilai akan berdasarkan pada kriteria berikut iaitu pelajar menunjukkan nilai
seperti semakan bertulis 15%, mengikuti apa yang diajar oleh guru 25% , penglibatan dalam
projek khas subjek 20%, dan kelakuan 40% . Gred pendidikan nilai berdasarkan penilaian
koperasi prestasi pelajar oleh guru pendidikan nilai, penasihat agama, guru mata pelajaran
dan guru kokurikulum. Gred ini akan dimuatkan pada laporan pelajar yang akan menjadi
deskriptif.

Bagi sistem pentafsiran bersepadu Pendidikan Moral di Malaysia pula adalah melalui
pentafsiran berorientasikan peperiksaan yang menentukan sesorang pelajar itu memahami
mahupun tidak apa yang dipelajari dalam subjek Pendidikan Moral di peringat rendah
mahupun di peringkat menengah. Bagi peringkat menegah atas iaitu bagi mereka yang
menduduki tingkatan 4 dan tingkatan 5, proses pentafsiran adalah berbeza dengan sistem
pentafsiran kurikulum Pendidikan Nilai di Filipina kerana pelajar-pelajar akan diuji
keberkesanan pemahaman moral yang dipelajari menerusi sistem peperiksaan awam yang
menentukan gred terakhir yang bakal diperoleh oleh seseorang pelajar yang mengambil
subjek pendidikan moral di Malaysia ini. Peperiksaan awam tersebut akan dijalankan sewaktu
pelajar tersebut menduduki tingkatan 5 iaitu fasa terakhir sekolah menengah atasan yang di
beri nama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu, guru-guru mata pelajaran
pendidikan moral di Malaysia juga turun menjalankan projek-projek berkumpulan kepada
pelajarnya bagi memberi gred pelajar untuk dicatatkan di dalam laporan tahunan pelajar serta
terdapat peperiksaan sampingan sebelum menduduki peperiksaan awam yang terakhir.

III. PERBEZAAN STRATEGI PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI


FILIPINA DAN MALAYSIA.

Perbezaan strategi pelaksanaan kurikulum pendidikan Nilai di Filipina dapat dilihat menerusi
cara pengurusan dan strategi panduan umum pelaksanaan kurikulum di tiga peringkat
persekolahannya bagi memastikan pelajar yang dilahirkan mempunyai sifat-sifat
berperikemanusiaan seperti yang di hasratkan di dalam pelembangaan Filipima 1987. Nilai
pendidikan, dilaksanakan di peringkat kebangsaan, serantau, tempatan, dan institusi,
hendaklah berpandukan prinsip-prinsip am yang berikut:
1. Berorientasikan ke arah keseluruhan pelajar.
2. Pertimbangkan peranan unit keluarga dalam pembangunan diri serta integrasi ke dalam
masyarakat dan negara.
3. Mengiktiraf dan menekankan peranan guru yang mereka sendiri perlu mempunyai nilai
nilai dan penghormatan yang tepat bagi dicontohi pelajar.

Rangka kerja Decs juga boleh bertindak sebagai bingkai rujukan dalam pembaharuan dan
semakan nilai yang ditekankan dalam strategi pelaksanaan kurikulum pendidikan nilai
Filipina seperti berikut:
PENDEKATAN TUJUAN STRATEGI
PELAKSANAAN
1. Penerapan Menerapkan atau hayati certain pemodelan, pengukuhan
values dalam diri murid. Untuk positif dan negatif, mengejek,
menukar nilai-nilai pelajar supaya omelan, memanipulasi
mereka lebih hampir alternatif, memberikan data
mencerminkan nilai-nilai diingini yang tidak lengkap atau berat
tertentu. sebelah; permainan dan
simulasi, peranan bermain
pembelajaran penemuan; dan
bercerita.

2. Pembangunan Untuk membantu pelajar moral episod dilema, dengan


Moral
membangunkan corak penaakulan perbincangan kumpulan kecil
moral yang lebih kompleks yang agak berstruktur dan
berdasarkan set yang lebih tinggi bertengkar, kajian kes
nilai. Menggesa pelajar untuk
membincangkan sebab-sebab bagi
pilihan nilai dan kedudukan
mereka bukan semata-mata untuk
berkongsi perubahan dalam
peringkat penaakulan pelajar.

3. Penjelasan Untuk membantu para pelajar peranan bermain permainan;


menyedari dan mengenal pasti simulasi; keadaan sarat
nilai-nilai mereka sendiri dan orang dengan nilai dibuat-buat atau
lain. Untuk membantu pelajar sebenar; mendalam
menggunakan berkomunikasi menjalankan analisis diri,
secara terbuka & jujur dengan aktiviti sensitiviti; out-of-
orang lain tentang nilai-nilai kelas aktiviti; perbincangan
mereka. Untuk membantu pelajar kumpulan kecil; menjelaskan
kedua-dua pemikiran rasional dan strategi tindak balas (CRS)
kesedaran emosi untuk memeriksa Nilai grid, kedudukan,
perasaan peribadi mereka, nilai dan dinamik kumpulan
pola tingkah laku.

4. Analisis Untuk membantu pelajar Berstruktur perbincangan


menggunakan pemikiran logik dan rasional yang menuntut
prosedur sains untuk menyiasat permohonan sebab serta
isu-isu sosial yang wujud dalam keterangan; prinsip ujian;
persekitaran terdekat mereka. menganalisis kes-kes serupa;
Untuk membantu pelajar berdebat; penyelidikan.
menggunakan proses rasional dan Perpustakaan kajian individu
analitikal dalam saling atau kumpulan dan bidang
berhubungkait dan konsepnya, dengan perbincangan kelas
nilai-nilai mereka. rasional.

5. Tindakan Untuk menyediakan pelajar dengan Mereka kaedah disenaraikan


Pembelajaran
peluang dan peluang untuk untuk analisis dan penjelasan
melampaui pemikiran
dan perasaan menemui dan bertindak ke atas serta projek tindakan di
nilai-nilai mereka. Untuk sekolah dan masyarakat dan
menggalakkan pelajar untuk kemahiran amalan dalam
melihat diri mereka sebagai kumpulan menyusun dan
makhluk sosial peribadi interaktif, masukkan peribadi
bukan autonomi sepenuhnya, tetapi hubungan.
ahli-ahli masyarakat atau sistem
sosial.

6. Transpersonal Membangunkan kalangan pelajar berehat dan bersantai latihan,


Pendekatan tahap kesedaran yang lebih tinggi meditasi dan fantasizing
dan meningkatkan taraf rohani. Ia ringkas, imaginasi, kreativiti
menekankan proses penemuan diri dan fikiran permainan,
dan kepentingan aktualisasi diri aktiviti kesedaran
untuk menjadi orang yang
berfungsi sepenuhnya.

Bagi startegi pelaksanaan kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia dapat dilihat di dalam
Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang telah dikemaskini menggalakkan murid
menyertai secara aktif dan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
menyeluruh. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk menyoal, berkomunikasi dan
berinteraksi antara satu sama lain sewaktu memberi dan berkongsi pendapat dan idea. Antara
strategi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam KSSM Pendidikan Moral
Malaysia adalah seperti pembelajaran aktif, pembelajaran penyelesaian masalah,
pembelajaran khidmat masyarakat dan pembelajaran berasaskan projek.

PENDEKATAN TUJUAN
Pembelajaran Pembelajaran aktif dalam Pendidikan Moral akan membolehkan murid
Aktif memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli yang
berkesan dalam pelbagai kumpulan sosial seperti keluarga, sekolah,
rakan, komuniti tempatan, agama, negara dan global. Ini adalah kerana
pembelajaran aktif melibatkan penyertaan murid dalam proses
pembelajaran hands on dan minds-on. Melalui pembelajaran ini, murid
akan diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran dan nilai serta
mengaplikasikan modal insan menyeluruh dalam kehidupan sehariannya.

Pembelajaran Dalam era globalisasi pada Abad Ke-21 ini, perubahan dan kompleksiti
Penyelesaian sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global.
Masalah Murid Pendidikan Moral akan menghadapi pelbagai cabaran untuk
menyelesaikan masalah sama ada secara peribadi atau sosial.
Pembelajaran ini penting bagi membimbing murid Pendidikan Moral
dalam kemahiran penyelesaian masalah, sama ada kepada diri sendiri dan
persekitarannya. Secara amnya, pembelajaran penyelesaian masalah
dalam Pendidikan Moral akan melibatkan murid sendiri mencari jawapan
kepada sesuatu permasalahan moral mengenai peranan dan
tanggungjawab diri melalui proses inkuiri

Pembelajaran Pembelajaran Khidmat Masyarakat akan menggalakkan murid menyertai


Khidmat secara aktif dalam sesuatu projek komuniti. Melalui pembelajaran ini,
Masyarakat murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah,
komuniti, negara dan global. Melalui pembelajaran khidmat masyarakat
ini, murid akan menjalankan tanggungjawab dan kepemimpinan semasa
aktiviti bersama masyarakat. Mereka juga akan mengamalkan nilai moral
dan kemahiran sosial dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat.
Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral adalah berpusatkan
Berasaskan murid dan ia memerlukan perlakuan moral dipupuk secara implisit
Projek dengan pelbagai kaedah pembelajaran. Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBP) dalam Pendidikan Moral merupakan satu proses pembelajaran
yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam
jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis
data dan persediaan satu laporan yang lengkap. Dalam melaksanakan
PBP ini, murid diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau
kumpulan dan mengikut tahap kebolehan mereka.

PERSAMAAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DI FILIPINA DAN


MALAYSIA.

Dalam setiap perbezaan kurikulum yang membezakan pelaksanaan kurikulum pendidikan


moral di Filipina dan Malaysia, ianya juga dapat di terjemahkan dalam sesetengah persamaan
yang dapat dilihat dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan Moral di kedua-dua negara ini
menerusi sistem pentafsiran murid di peringkat menengah rendah dan juga misi
kurikulumnya.
I. PERSAMAAN SISTEM PENTAFSIRAN BERSEPADU MURID DI
PERINGKAT MENENGAH RENDAH

Negara Filipina dilihat menjalankan pentafsiran bersepadu murid dalam tiga tahap sistem
persekolahnya dengan tidak mengambil kira aspek sistem yang berorientasikan peperiksaan
kecuali bagi sekolah swasta iaitu bermula pada tahun 2006 yang mengenakan ujian
peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah.Penilainya adalah melalui penilaian sendiri,
pelajar melaporkan kelakuan mereka menggunakan daftar dan skala sikap kepada guru yang
mengajar Pendidikan Nilai tersebut. Selain itu, ianya juga melalui penilaian bebas orang lain
terhadap pelajar melalui tingkah laku dalam laporan anekdot. Selain daripada penilaian secara
tidak langsung, penilaian secara langsung juga dijalankan oleh Decs iaitu guru yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Nilai , guru-guru yang mengajar subjek lain serta pengetua boleh
memberikan gred rasmi melalui melalui penilaian kelakuan murid serta keterlibatan mereka
di dalam kelas

Bagi Pendidikan Moral di Malaysia untuk peringkat menengah rendah juga mengalami
perkara yang sama dari segi pentafsiran yang tidak berorientasikan peperiksaan sebaliknya
melalui penilaian oleh guru mata pelajaran sendiri. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
bagi mata Pelajaran Pendidikan Moral dijalankan yang memperlihatkan terdapat empat jenis
pentaksiran iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. Pentaksiran sekolah ialah pentaksiran yang
dijalankan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran Sekolah boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran
secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran manakala
pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir suatu unit pembelajaran, penggal atau
tahun.

Melalui kaedah pentaksiran formatif guru Pendidikan Moral hendaklah merancang


pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kelompok Standard Kandungan (SK) dan Standard
Pembelajaran (SP). Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terdapat kelompok SK dan SP
yang perlu dikuasai oleh murid. Guru Pendidikan Moral boleh menentukan Tahap
Penguasaan murid dengan merujuk kepada Standard Prestasi (SPi) yang disediakan bagi
setiap kelompok. Melalui kaedah pentaksiran sumatif pula, guru merancang dan menentukan
SK dan SP beserta dengan kriteria SPi yang hendak ditaksir berdasarkan unit pembelajaran,
penggal atau tahun. Guru membina item pentaksiran berdasarkan SK dan SP dan kriteria SPi
yang telah ditentukan. Guru mentadbir pentaksiran sumatif ini pada akhir unit pembelajaran,
penggal atau tahun yang telah ditentukan. Guru memeriksa respons murid dan merekod tahap
penguasaan murid. Tujuan utama pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk
merancang tindakan susulan supaya murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan oleh guru.

II. PERSAMAAN DARI SEGI MATLAMAT DALAM PELAKSANAAN


KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DI FILIPINA DAN MALAYSIA

Persamaan yang dapat dilihat menerusi matlamat yang ingin dicapai oleh pelaksanaan
kurikulum pendidikan moral di Filipina dan Malaysia ada mempunyai persamaan yang
tersendiri yang memperuntukkan matlamat untuk membentuk insan berakhlak mulia dan
berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan
menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global. Begitu
juga negara Filipina yang menekankan bahawa sistem pendidikan nilai dilaksanakan untuk
pembangunan insan yang mempunyai sifat masyarakat yang adil dan berperikemanusiaan dan
menyumbang kepada sebuah negara yang merdeka dan demokratik.

You might also like