Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Bahan Huraian - Strategi Peningkatan Pencapaian Akademik Berasaskan Model Grow

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

STRATEGI PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK BERASASKAN

MODEL GROW

Sejarah Model GROW:


Antara model coaching terbaik yang diperkenalkan oleh John Whitmore seawal 1980an. Boleh
diguna untuk penyelesaian pelbagai bentuk masalah. Hanya memerlukan kemahiran
interpersonal yang baik untuk kesan yang efektif.

Pengenalan :
Program GROW ini telah mula diperkenalkan oleh mantan Timbalan Pengarah Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) Kementerian
Pendidikan Malaysia, Tn. Hj. Md Kasim Bin Md Noah. Sementara pegawai meja yang
membangunkan GROW ini ialah En. Fadullah, sekiranya memerlukan bantuan teknikal program
GROW ini bolehlah menghubungi 019 2266390.
Terkini program GROW ini pada versi 4.3 dan telah dipisahkan daripada sekolah menengah
dan sekolah rendah. Walau bagaimanapun, tiada banyak perubahan strukturannya dan data boleh
copy and paste untuk ke versi yang baru.

Goal : Sasaran
Klien menetapkan apa yang hendak dicapai. Mestilah spesifik, boleh diukur, dicapai, relevan
dan bertentu masa. Sasaran mestilah sesuatu yang klien benar-benar hendak capai bukan
sepatutnya capai. Sasaran yang mempunyai perkataan better, less atau improved adalah
sasaran yang tidak jelas.

Reality : Realiti
Status semasa apa yang telah disasarkan. Pernyataan realiti sepatutnya sejelas mungkin.
Contohnya sasaran GPS 2015 ialah 1.00, realitinya apakah GPS pada tahun 2016?
Boleh melibatkan kemahiran, pengetahuan dan sumber yang klien ada untuk mencapai sasaran.
Contohnya, tahap kemahiran guru/murid yang ada untuk mencapai sasaran GPS 1.00

Obstacles : Halangan
Senaraikan faktor yang menghalang klien untuk mencapai sasaran . Coach dan klien hendaklah
mengenal pasti halangan tertentu yang menghentikan klien untuk bergerak mencapai sasaran
Halangan boleh disebabkan oleh orang lain, faktor dalaman klien atau mungkin kekurangan
sumber masa, kewangan, kemahiran dan sokongan

Option : Pilihan
Senaraikan pilihan yang ada untuk mengatasi setiap halangan. Jika halangan telah dikenal pasti
dan jelas, maka tentulah mudah mencari jalan melepasinya . Halangan perlu diatasi satu persatu
Contohnya, jika kemahiran guru menjadi satu halangan untuk mencapai GPS 1.00, apakah
option yang ada untuk mengatasinya.

Will or Wrap Up Or What Next


Coach dan klien bersetuju untuk menyenaraikan tindakan seterusnya. Setiap option/pilihan
dibuat tindakan seterusnya satu persatu . Klien hendaklah menyelesaikan tindakan tersebut
dalam tempoh tertentu. Coach hendaklah sentiasa membantu dan menyokong klien
melaksanakan tindakan seterusnya.

CARTA ALIR PENGGUNAAN MODEL GROW

Buka fail GROW


Klik sheet DATA ASAS
Masukkan Nama dan Kod Sekolah serta tahun semasa
DATA ASAS: Pilih kolum Peperiksaan Awam yang
ditawarkan di sekolah anda (UPSR) dan masukkan data:

TOV (Peperiksaan Akhir Tahun )


ETR ( boleh diambil daripada sasaran Qnet)
AR1 (Ujian 1 )
AR2 (Peperiksaan Pertengahan)
AR3 (Peperiksaan Perubaan)

Sila tambah mata pelajaran di Jadual TOV.

GOAL SETTING: Klik sheet GOAL. Pilih SATU jadual sahaja


mengikut gabungan Peperiksaan Awam yang ditawarkan dan
masukkan data di ruang kuning. Sila pastikan GPS sama dengan
GPS bagi ETR (DATA ASAS).
REALITY CHECKING: Klik sheet TREND CALON. Masukkan
purata tiga tahun GPS bagi Peperiksaan Percubaan dan
Peperiksaan UPSR di ruang kuning.
REALITY CHECKING: Pilih dan klik sheet TREND UPSR
mengikut peperiksaan yang ditawarkan.
Masukkan purata tiga tahun GPMP setiap mata pelajaran
bagi Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan UPSR di ruang
kuning.
OPTION - PENJAJARAN SEMULA MENUJU SASARAN UPSR:
Sediakan senarai calon mengikut ranking bagi setiap mata
pelajaran berasaskan keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun (AR2).
Pilih dan klik sheet OPTION UPSR mengikut peperiksaan di
sekolah anda.
Masukkan bilangan mengikut gred bagi mencapai sasaran
GPMP setiap mata pelajaran dan GPS dalam Peperiksaan
Percubaan (AR3).
Tamat

Bagaimana

Menjalankan

Program

Model

GROW

Sebagai

Satu

Alat

Untuk

Meningkatkan Pencapaian Akademik:

Untuk menggunakan Model GROW sekolah perlu menyediakan data


1. GPS (Gred purata Sekolah)

dan GPMP(Gred purata Matapelajaran)

peperiksaan

percubaan sekolah 5 tahun terakhir (SR)


2. GPS dan GPMP pepriksaan awam (UPSR) 5 tahun terakhir
3. Keputusan peperiksaan akhir tahun 5 tahun sebelum.

1. Buka paparan Buku Kerja Model GROW seperti ditunjukkan.


1.1.

Masukan Kod Sekolah, Tahun Penilaian dan nama Sekolah.

1.2.

Pilih Sekolah rendah atau menengah untuk ke paparan seterusnya.

2. Selepas memilih sekolah rendah paparan seterusnya seperti ditunjukkan.


3. Mulakan dengan memilih data asas dan suatu paparan baru akan ditunjukkan yang
mengandungi TOV, ETR, AR1, AR2, AR3 serta rumusan.
4. Klik pada petak kecil TOV dan isikan maklumat yang diperlukan untuk menentukan
TOV iaitu dengan mengisi bilangan calon yang menduduki peperiksaan akhir tahun
lepas. Bagi tujuan ini data calon perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan mempastikan

bilangan calon tahun lalu sama dengan bilangan calon yang akan menduduki peperiksaan
tahun ini. Hanya isikan maklumat di petak kuning sahaja.

5. Selepas mengisi maklumat TOV klik pada ETR dan isikan maklumat ETR seperti
dipaparan.

6. Bagi data AR1, AR2 dan AR3 data hanya perlu disi selepas keputusan peperiksaan Ujian
1, Pertengahan tahun dan Peperiksaan Percubaan diperolehi.

7. Selepas mengisi data TOV dan ETR pilih dan klik pada ikon G. Paparan baru mengenai
Goal Setting akan ditunjukkan. Isikan maklumat pada petak kuning mengenai keputusan
peperiksaan sebenar UPSR dan sasaran UPSR beberapa tahun kehadapan. ( Tahun akan
ditunjukkan bila mana pihak sekolah membuat setting awal di muka hadapan). Pihak
sekolah juga diminta mengisi

markah SKPM mengikut tahun penilaian untuk

membolehkan sistem memberikan skor komposit dan band sekolah.

8. Selepas G pilih ikon R iaitu Reality Checking. Pada bahagian ini terdapat dua komponen
utama iaitu TREND dan POTENSI. Pilih dan klik ikon TREND. Pihak sekolah diminta
mengisi maklumat GPS

peperiksaan percubaan dan GPS

UPSR sebenar 5 tahun

terakhir untuk dipenuhkan termasuk GPMP bagi setiap matapelajaran. Sistem akan
menjana nilai purata pencapaian peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar yang
kemudian akan digunakan untuk memberi gambaran potensi calun berasaskan analisis
trend.

9. Untuk menentukan potensi calon mengikut matapelajaran, data percubaan dan


peperiksaan sebenar UPSR selama 5 tahun mesti diperolehi. Melalui data ini suatu nilai
purata boleh dicari seperti ditunjukkan dalam Jadual di bawah.

10. Menggunakan konsep perkadaran nisbah suatu anggaran potensi calon mengikut
matapelajaran boleh ditentukan seperti mana formula yang ditunjukkan dalam Jadual
Analisis Trend Potensi Calon. Perbezaan nilai GPS yang diingini dengan nilai GPS
potensi memberikan nilai Jurang Potensi yang menggambarkan usaha-usaha yang perlu
ditambah oleh panitia untuk memastikan keputusan sebenar dan keputuasn seterusnya
(AR1, AR2, AR3) dapat di capai.

11. Selepas mengisi data di paparan TREND klik pada ikon POTENSI. Suatu paparan akan
ditunjukan di mana sistem telah generate maklumat yang menunjukkan potensi sebenar
calon pada tahun penilaian. Pihak sekolah boleh membuat penjajaran semula sekiranya
potensi calon lebih tinggi dari sasaran GPS yang di tetapkan sebelumnya. Proses yang
sama boleh diulang selepas sekolah mendapat keputusan peperiksaan percubaan AR1,
AR2 dan AR3.

12. Selepas membuat analisis dan penjajaran semuala sasaran pihak sekolah boleh
menyemak kedudukan program sekolah yang disediakan atau mencari pendekatan baru
untuk memperbaiki prestasi pencapaian sekolah termasuk matapelajaran yang menjadi
faktor kritikal.

13. Pilih ikon O dan skrin akan memaparkan maklumat GPS matapelajaran dengan nilai
TOV, ETR dan AR. Juga kolum Obstacle dan Option ditunjukkan. Isikan maklumat
yang difikirkan sesuai berdasarkan perbincangan antara panitia mengenai isu utama
yang di hadapi dan cadangan penyelesaiannya.

PEMANTAUAN PROGRAM :
Perlu adanya kerjasama yang erat dikalangan Pentadbir bersama Ketua Panitia dalam
menjalankan keberkesanan program ini.

PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM :


Menggunakan PCG mata pelajaran secara optimum. Mendapat bantuan daripada PIBG
dan komuniti setempat dalam menjayakan program yang dijalankan.

IMPAK PROGRAM KEPADA PENCAPAIAN SEKOLAH :


Melalui Program GROW ini boleh menampakkan impak yang tinggi dalam keputusan
peperiksaan sekiranya ianya dihayati oleh seluruh warga sekolah. Ini kerana, segala
permasalahan telah dikenalpasti diperingkat awal dan telah dapat diatasi sebelum
peperiksaan sebenar UPSR dijalankan.

RUMUSAN :
Setelah saya membuat coaching and mentoring di SK P Methodist 2 ini, sekolah ini telah
dapat meningkatkan gpsnya dari 1.61 (2014) kepada 1.51 (2015) Walaupun sasarannya
GPS 1.50.
Walau bagaimanapun, untuk versi sekolah menengah tatacara penggunaannya adalah
sama seperti di sekolah rendah. Sekolah menengah bolehlah menggunakan carta alir
seperti di atas dalam menjalankan program GROW ini.
Sekiranya pihak sekolah perlu makluman lebih lanjut mengenai program GROW ini, sila
hubungi En Rosmi Bin Abdul Rasid (Ketua Unit Jaminan Kualiti, Kepiawian dan
Inovasi) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Melaka. 06 2328164 / 019 6676007

You might also like