Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Nota Teknik Menjawab

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Markah Penuh : 50 markah

Jumlah Soalan : Bahagian A, 1 soalan ( mesti dijawab )


Bahagian B, 1 soalan ( mesti dijawab )
Bahagian C, 2 soalan ( jawab 1 soalan )

Bahagian A : 10 markah
Bahagian B : 15 markah
Bahagian C : 25 markah

Bahagian A ( 10 markah – 15 minit )

1. Cara Pentaksiran
1. Pentaksiran secara analitik dan holistic.
2. Penskoran mengikut kriteria yang ditetapkan.
3. Penskoran perlu merujuk kepada peraturan pemarkahan .

Peraturan / Penskoran

ANALITIKAL ( Maksimum 5 markah )


MARKAH IDEA / ISI ( 1 ayat 1 markah )
 Menepati tugasan
1
 Difahami
 Tidak menepati tugasan
0
 Tidak difahami / tidak bermakna

MARKAH BAHASA
• Ayat lengkap , ada subjek dan predikat dan pelbagai
5 • Kosa kata luas dan tepat
• Ayat gramatis dan tiada kesalahan bahasa
• Ayat lengkap , sebahagian besarnya ada subjek dan predikat dan
pelbagai
4
• Kosa kata tepat
• Ayat gramatis dan terdapat kesalahan bahasa yang tidak ketara
• Ayat lengkap tetapi kurang perluasan dan masih pelbagai
3 • Kosa kata terhad
• Ayat kurang gramatis dan terdapat kesalahan tatabahasa yang ketara
• Ayat tidak gramatis
• Kosa kata sangat terhad
2-1 • Terdapat kesalahan tatabahasa ketara
• Keseluruhannya calon belum menunjukkan penguasaan kemahiran
menulis

1
Bahagian A
Panduan murid menjawab soalan.
1. Menjawab mengikut masa yang ditetapkan iaitu 15 minit sahaja.
2. Merangka jawapan berdasarkan apa yang tersurat dalam gambar serta sesuai dengan tema.
3. Menjawab mengikut kriteria yang disediakan seperti (peraturan / penskoran ) sebagai
panduan murid memperbaiki kelemahan dalam menjawab soalan.
4. Jawapan murid dinilai secara analitikal ( idea ) dan holistik ( bahasa ).
5. Menjawab soalan ( idea ) adalah apa yang tersurat dalam gambar kemudian dikaitkan
dengan tema soalan atau kata tugas seperti “ cara-cara / kebaikan / langkah-langkah.
6. Sila rujuk sebelas tema dalam buku teks Tahun 6 dan ulang kaji buku teks Tahun 4 dan 5
kerana soalan berpandukan DSKP Tahun 4, 5 dan 6.
7. Garisi kata tugas dalam arahan soalan. Contohnya “ Bina ayat tentang cara-cara
mengindahkan kawasan rumah “. ( KBAT )
8. Pelbagaikan prasa subjek seperti “ murid-murid , penduduk-penduduk, Pak Ali dan
sebagainya “.
9. Kata kerja bukan fokus utama dalam soalan kerana fokus utama soalan ialah kata tugas
dalam soalan.
10. Bilangan patah perkataan tidak perlu dikira dalam ayat.
11. Pastikan setiap ayat hanya ada satu noktah ( . ) .
12. Jika ada dua noktah dalam satu ayat bermakna ada dua idea / jawapan murid dalam satu ayat
serta boleh menjejaskan markah kerana ayat yang ke lima tidak akan diperiksa.
13. Teknik SA+K :
S ( Siapa ) boleh guna nama orang Ali atau kata ganti
A ( apa yang dibuat ) perbuatan tersurat dalam gambar sesuai dengan tema
+ ( kata hubung ) ke, yang, supaya, bagi, agar, seperti, untuk
K ( keterangan ) berkaitan tema / huraian tema/ kesan dari perbuatan / kebaikan yang
diperoleh.

Contoh :

Soalan : Cara-cara menjaga kebersihan kawasan rumah.

S ( siapa ) Pak Ali

A ( apa dibuat ) menanam tin-tin kosong

+ ( kata hubung ) bagi / untuk / supaya

K ( keterangan ) menghalang pembiakan nyamuk aedes

Contoh ayat lengkap :


Pak Ali menanam tin-tin kosong bagi menghalang pembiakan nyamuk aedes. √ betul

Contoh jawapan tidak diterima :


Pak Ali menggali lubang dengan menggunakan cangkul. X salah

2
Bahagian B ( 15 markah – 25 minit )
Aspek yang dinilai
1. Menjawab tugasan dan menepati idea
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan, kata ganda, kata majmuk )
4. Kosa kata
5. Ejaan dan tanda baca.

PERINGKAT KRITERIA
i. Idea menepati tugasan.
ii. Ulasan idea sangat jelas, tersusun dan menarik serta memberi pendapat
CEMERLANG sendiri atau idea tersirat.
( 12 -15 m ) iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan
rangsangan/tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
i. Idea menepati tugasan.
ii. Ulasan idea jelas, tersusun dan menarik serta masih memberi
pandangan sendiri atau idea tersirat.
BAIK iii. Penggunaan ayat yang masih gramatis berdasarkan bahan
( 8 -11 m rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai dengan bahan
rangsangan/tugasan.
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
i. Idea masih menepati tugasan.
ii. Ulasan idea ringkas dan mudah.
KURANG iii. Penggunaan ayat yang kurang gramatis berdasarkan bahan
MEMUASKAN rangsangan/tugasan.
(4-7m) iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana tetapi masih sesuai
dengan bahan
rangsangan/tugasan.
v. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
i. Idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.
ii. Ulasan idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.
PENCAPAIAN
iii. Penggunaan ayat yang kurang/tidak gramatis berdasarkan bahan
TAHAP MINIMUM
rangsangan/tugasan.
(1–3m)
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad/tidak sesuai dengan bahan
rangsangan/tugasan.
v. Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan tanda baca.

1. Konsep ulasan – perlu pendapat sendiri atau tersirat. Satu idea tersirat melayakkan calon
untuk markah cemerlang.
2. Ulasan boleh ditulis dalam satu perenggan atau beberapa perenggan.
3. Jumlah perkataan kurang 50 patah perkataan menjejaskan markah calon.
Bilangan lebih 50 / 80 tidak menjejaskan markah tetapi berkemungkinan calon terdedah
dengan kesalahan bahasa.

3
4. Ulasan menggunakan bahan rangsangan secara keseluruhan markah maksimum aras
BAIK.
5. Pendahuluan dan penutup tidak dikira sebagai idea.

Contoh Soalan :

Gambar di bawah menunjukkan poster produk hasilan lembu.


Tulis ulasan tentang produk hasilan lembu tersebut dalam bentuk perenggan .
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Murid boleh menggunakan teknik P2M2SK - Pendahuluan , Misalnya, Manakala, Selain itu,
Seterusnya, Kesimpulannya .

Murid boleh menggunakan kaedah - PASAK - Pendahuluan, Antaranya, Selain itu, Akhir sekali,
Kesimpulannya.

Contoh :

1. Pendahuluan menggunakan ayat soalan


(Gambar di bawah menunjukkan poster produk hasilan lembu )
Gambar menunjukkan poster produk hasilan lembu.

2. Pendahuluan menggunakan gambar


Lembu adalah antara binatang ternakan yang popular di Malaysia.

Gambar 1

Idea tersurat Idea tersirat


( apa yang dilihat dalam grafik) ( kenapa/huraian berkaitan dengan grafik )
Tulang lembu Enak dimasak sup
Daging lembu Diproses / dimasak / gulai dsb
Daging lembu Diproses / dijadikan daging burger

4
Lembu adalah antara binatang ternakan yang popular di Malaysia. Misalnya , tulang lembu amat
enak dimasak sup manakala, daging lembu yang diproses dapat dijadikan daging burger dan boleh
disimpan berbulan-bulan di dalam peti sejuk.

Gambar 2

Idea tersurat Idea tersirat


( apa yang dilihat dalam grafik) ( kenapa/huraian berkaitan dengan grafik )
Kulit lembu Dijadikan pakaian ( baju kulit/tali pinggang/kasut /beg
( baju kulit/tali pinggang/ kasut dan beg tangan ) tangan )

Selain itu, kulit lembu pula dapat dijadikan pakaian atau barangan tertentu seperti baju kulit, tali
pinggang, kasut dan beg tangan.

Gambar 3
Idea tersurat Idea tersirat
( apa yang dilihat dalam grafik) ( kenapa/huraian berkaitan dengan grafik )
Kompang/rebena Dijadikan alat muzik / berasaskan kulit lembu yang
( baju kulit/tali pinggang/ kasut dan beg tangan ) dikeringkan
Seterusnya, alat muzik seperti kompang dan rebana adalah berasaskan kulit lembu yang
dikeringkan.

Gambar 4
Idea tersurat Idea tersirat
( apa yang dilihat dalam grafik) ( kenapa/huraian berkaitan dengan grafik )
Susu cecair/susu tepung/ keju Berkhasiat dan baik untuk kesihatan

Daripada lembu juga kita boleh memperoleh susunya, susu lembu dalam bentuk cecair dan
susu tepung amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan kita.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua bahagian daripada lembu boleh kita gunakan untuk pelbagai tujuan.

JAWAPAN PENUH

Lembu adalah antara binatang ternakan yang popular di Malaysia. Misalnya , tulang lembu
amat enak dimasak sup manakala, daging lembu yang diproses dapat dijadikan daging burger dan
boleh disimpan berbulan-bulan di dalam peti sejuk.

5
Selain itu, kulit lembu pula dapat dijadikan pakaian atau barangan tertentu seperti baju
kulit, tali pinggang, kasut dan beg tangan. Seterusnya, alat muzik seperti kompang dan rebana
adalah berasaskan kulit lembu yang dikeringkan. Daripada lembu juga kita boleh memperoleh
susunya, susu lembu dalam bentuk cecair dan susu tepung amat berkhasiat dan baik untuk
kesihatan kita.
Kesimpulannya, semua bahagian daripada lembu boleh kita gunakan untuk pelbagai tujuan.

Bahagian C ( 25 markah – 35 minit )


Aspek yang dinilai
1. Menjawab tugasan dan menepati idea
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan, kata ganda, kata majmuk )
4. Kosa kata
5. Pengolahan dan penyampaian ( Penilaian utama dalam karangan )
6. Ejaan dan tanda baca.

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


i. Idea menepati tugasan.
ii. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun
20 – 25 dan menarik.
CEMERLANG iii. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta bertepatan dengan
23 – 25 tugasan.
20 - 22 iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan
tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
i. Idea menepati tugasan.
ii. Pengolahan idea yang baik dengan penyampaian yang jelas dan
14 – 19 menarik.
iii. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta bertepatan dengan
BAIK
17 – 19 tugasan.
14 – 16 iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai dengan
tugasan.
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak
menjejaskan karangan.

6
10 – 13 i. Idea masih menepati tugasan.
ii. Pengolahan idea yang ringkas dan mudah dengan penyampaian
yang kurang menarik.
MEMUASKAN 12 – 13
iii. Penggunaan ayat kurang gramatis tetapi berkaitan dengan
10 – 11
tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederahana.
v. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

6–9 i. Idea masih kurang menepati / tugasan


ii. Pengolahan idea yang kurang jelas dan penyampaian kurang
KURANG
8–9 menarik.
MEMUASKAN
6–7 iii. Penggunaaan kata dan kosa kata yang terhad
iv. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang agak ketara.

i. Idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.


PENCAPAIAN ii. Pengolahan idea yang tidak jelas /tidak tepat/tidak berkaitan
1–5
TAHAP dengan tugasan dan penyampaian tidak menarik.
MINIMUM iii. Penggunaan ayat tidak gramatis / tidak menepati tugasan.
4–5
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.
1–3
1–3 v. Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan tanda baca.

Teknik Menjawab Bahagian C ( 25 markah )

Nota :
 Penilaian utama karangan ialah bagaimana murid mengolah karangan.
 Kurang atau banyak isi karangan bukan penentu markah murid.
 Untuk membuat olahan yang baik murid-murid boleh menggunakan teknik ICI
seperti nota di bawah ( no.2 )
 Pastikan format karangan dipatuhi ( menukar format akan menyebabkan murid-
murid tidak layak mendapat markah cemerlang – ruj nota no.3 )

1. Teknik menjawab karangan berita dan laporan.


 Teknik 5W1H ATAU ASB MDB
 A - Apa
 S - Siapa
 B - Bila
 M - Mengapa
 D - Di mana
 B - Bagaimana

2. Teknik ICI dalam setiap perenggan seuai untuk karangan Fakta

7
 I - Isi/ idea
 C - Contoh
 I - Impak / huraian

Contoh : Faedah Membaca

I – isi / idea ( apa faedah membaca ) - menambah pengetahuan


C – contoh ( di mana ) - buku, majalah , surat khabar
I - impak / huraian - menjadi pandai dan berjaya

Membaca dapat menambah pengetahuan. [idea pendahuluan] Buku, majalah dan surat khabar
merupakan bahan bacaan/rujukan yang mudah diperoleh. [contoh] Murid yang rajin membaca akan
menjadi pandai. [impak]

Membaca dapat menambah pengetahuan. Buku, majalah dan surat khabar merupakan bahan bacaan
yang mudah diperoleh. Murid yang rajin membaca akan menjadi pandai. ( Contoh olahan aras
BAIK )

Membaca dapat menambah pengetahuan. Buku, majalah dan surat khabar merupakan bahan bacaan
yang mudah diperoleh. Murid yang rajin membaca akan menjadi pandai. Justeru, mudahlah untuk
memperoleh prestasi cemerlang dalam peperiksaan. ( Contoh olahan CEMERLANG )

3. Karangan Jenis Syarahan, Ucapan, Ceramah dan Perbahasan ( Patuhi format –


Format adalah sama sahaja )
Format : Kata alu-aluan, Kata Penegas dan ucapan Sekian, terima kasih.
Tiada Format ( murid menukar format syarahan kepada cerita tidak layak mendapat markah
cemerlang )
Ada format tetapi tidak lengkap akan ditolak markah 1 – 3 markah sahaja dan masih
berpeluang untuk mendapat markah cemerlang.

Contoh Karangan Syarahan

Kamu terpilih mewakili sekolah kamu dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang telah
ditetapkan semasa pertandingan ialah “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”.
Sediakan teks syarahan kamu itu selengkapnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Pada

8
pagi yang nyaman serta hening ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
“Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”.

Kita amat beruntung kerana negara kita banyak tempat yang boleh dilawati. Kita boleh ke
kawasan peranginan di puncak gunung, bersantai di tepi pantai, dan beriadah di kawasan air terjun.
Kita juga boleh berkunjung ke tempat atau lokasi bersejarah dan melawat kawasan industri di
negara kita.

Rakan-rakan yang diingati,


Mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama keluarga ataupun rakan boleh
menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika ke Melaka, kita akan dapat melihat kesan
bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bangunan Stadhuys. Segala pengetahuan itu boleh digunakan
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Aktiviti makan angin boleh memberi ketenangan minda setelah penat belajar. Sebagai contoh, jika
kita berpeluang menyaksikan keindahan Pulau Pangkor, hati akan berasa terhibur. Perasaan kita
akan menjadi tenang. Emosi yang tenang dapat memudahkan kita mengulang kaji semula pelajaran
lebih berkesan.

Rakan-rakan yang dikasihi,


Mengikuti sesi lawatan sambil belajar bermakna kita telah menggunakan masa lapang
dengan aktiviti bermanfaat. Jika tidak turut serta, berkemungkinan juga kita bercampur gaul dengan
budak-budak nakal. Kesannya, barangkali kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti
melepak dan berpeleseran.
Rakan-rakan yang disayangi,
Demikianlah serba sedikit faedah yang dapat diperoleh apabila mengikuti lawatan sambil
belajar. Sesungguhnya luas berjalan, luaslah pengalaman kita. Oleh itu, sertailah “Cuti-cuti
Malaysia”.

Sekian, terima kasih.

9
4. Karangan Cerita
- Pendahuluan - apa peristiwa
- Isi - perkembangan cerita iaitu peristiwa-peristiwa
yang berlaku
- Penutup - bagaimana kesudahan cerita
Contoh :
Kamu dan beberapa orang rakan kamu berbasikal untuk pulang ke rumah. Dalam
perjalanan, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya.
Tulislah pengalaman yang kamu lalui ketika itu.

Oleh sebab rumah kami cuma kira-kira dua kilometer dari sekolah, saya dan Shahril lebih senang
berbasikal untuk pergi dan pulang dari sekolah. Hari itu, awan sungguh gelap hampir menutupi
keseluruhan angkasa. Menyedari masa itu emas, kami terus mengayuh basikal meninggalkan
perkarangan sekolah.

Semasa dalam perjalanan pulang, tiba-tiba gerimis membasahi bumi, lalu kami memecut laju
seperti lipas kudung. Hujan yang pada mulanya renyai-renyai, tiba-tiba bertukar menjadi lebat. Saya
menjerit meminta Shahril agar berteduh di sebuah rumah kosong.

10
“Saya rasa tempat ini tidak selamat,” kata saya meluahkan rasa kebimbangan kepada
Shahril. Apa tidaknya, keadaan rumah yang sangat usang ini dan bila-bila masa sahaja menyembah
bumi. Guruh dan petir pula bersilih ganti.

Saya memerhatikan keadaan rumah usang tersebut. Shahril yang dikenali dengan sikap
berani, memijak anak tangga untuk naik ke atas. Belum sempat saya menegah, tiba-tiba rumah
usang itu menyembah bumi, lalu saya melompat keluar dari rumah itu.

“Shahril! Shahril!” jerit saya apabila menyedari kawan saya itu masih berada di bawah
timbunan rumah yang roboh itu. Saya tidak mampu mengangkat timbunan papan dan tiang rumah
itu. Saya menuju ke jalan raya untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang ramai yang
lalu lalang ketika itu.

Dalam hujan yang hampir teduh, sebuah kereta berhenti apabila melihat lambaian saya.
Seorang lelaki keluar dan saya terangkan apa yang berlaku. Belum sempat kami membantu Shahril,
Shahril seperti ayam berak kapur keluar dari timbunan papan rumah itu dengan badan yang dipenuhi
darah.

Nota : Untuk mempastikan format karangan yang betul sila rujuk buku teks sebagai panduan
dan rujukan utama guru dan murid-murid.

11

You might also like