Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai Dengan Kanak-Kanak Keperluan Khas

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai

Dengan Kanak-kanak Keperluan Khas.

Disediakan oleh:
Wong Chia Yi
Sieu Chin Yee

Connie Ling Jin Lin

KAEDAH KOPERATIF
DEFINISI
Pembelajaran yang melibatkan
pelajar bekerjasama untuk belajar
dan bertanggungjawab ke atas
setiap ahli kumpulannya.

KAEDAH KOPERATIF
CIRI-CIRI
1.Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh
dikuasai oleh seorang ahli sahaja.
2.Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan
pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut.
3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab
berkongsi dikalangan pelajar.

KAEDAH KOPERATIF
CIRI-CIRI
4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang
menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka
untuk mencapai sesuatu matlamat
5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti
bekerjasama,bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar
objektif kumpulan tercapai
6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk
konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif
dan mengekalkan hubungan positif

KAEDAH KOLABORATI
DEFINISI
Pembelajaran kolaboratif memerlukan
penglibatan semua ahli kumpulan. Ia
memerlukan idea yang mencabar,
menyokong dan menambah baik sesuatu
idea sehingga mencapai persetujuan
kumpulan.

KAEDAH KOLABORATIF
CIRI-CIRI
1. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan
mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang
sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama
2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif:
a) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat
peribadi.
b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban
masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi.
c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai
prestasi akademik yang baik.

KAEDAH KUMPULAN
DEFINISI

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan


prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan
dan dinamik kumpulan .

KAEDAH KUMPULAN
CIRI-CIRI
1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru
perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang
boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik.
2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai
untuk kerja kumpulan.
3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan

KAEDAH KUMPULAN
CIRI-CIRI
4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi
tanggungjawab.
5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk.

6. Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan


pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan
masalah secara koperatif

KAEDAH INDIVIDU
DEFINISI
Satu cara atau program pengajaran yang
mengambil kira perbezaan individu setiap
pelajar.

KAEDAH INDIVIDU
CIRI-CIRI
1. Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang
pelajar.
2. Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada pelajar
mengenai penguasaan kemahiran dan pengetahuannya.
3. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat
pembelajaran, hasilan dan aktiviti-aktiviti.
4. Kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar
lembap yang memerlukan motivasi dan dorongan daripada
pengajaran aktif guru

KAEDAH PEMUDAHCARAAN
DEFINISI
Kaedah yang kurang menitikberatkan
peranan guru dan lebih menitikberatkan
peranan murid. Sangat berkesan dalam
sekolah bestari diamana guru memainakan
peranan sebagai guide dalam proses
pembelajaran.

KAEDAH PEMUDAHCARAAN
CIRI-CIRI
1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses
pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang
jelas.
2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang
menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.
3. Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina
pengetahuan mereka sendiri

KAEDAH
PEMUDAHCARAAN
KAEDAH
KOLABORATIF
CIRI-CIRI
4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid
supaya dapat mencetus idea dan jawapan yang betul kepada
penyelesaian masalah.
6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis
bahan dan media pembelajaran bagi merangsang
pembelajaran pelajar

KAEDAH PERBINCANGAN
DEFINISI
Perbincangan merupakan satu aktiviti
berkumpulan dimana pelajar berinteraksi
sesama mereka dan membincangkan
sesuatu isu atau masalah.

KAEDAH PERBINCANGAN
CIRI-CIRI
1. Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea
mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat
rumusan pada akhir sesi perbincangan.
2. Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah
dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru.
3. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan
sebarang situasi bilik darjah.

4. Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar


mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah,
pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah.

KAEDAH TUNJUK CARA


DEFINISI
Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih
pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan
demonstrasi guru atau seorang individu di
hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu
aktiviti atau prosedur atau langkah.

KAEDAH TUNJUK CARA


CIRI-CIRI
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar
memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui
prosedur yang ditunjukkan.
2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan
mudah.
3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah
pelaksanaan sesuatu eksperimen.
4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu
aktiviti

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


DEFINISI
Penyelesaian masalah merupakan proses mental
yang memerlukan seseorang itu berfikir secara
kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea
alternatif and langkah-langkah tertentu untuk
mengatasi kekurangan dan seterusnya
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


CIRI-CIRI

You might also like