Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Bagaimana Pentingnya Penilaian Diagnostik Matematik Dapat Membantu Pembelajaran Murid

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAGAIMANA PENTINGNYA PENILAIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK DAPAT MEMBANTU PEMBELAJARAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH?

Pengenalan Penilaian diagnostik adalah satu bentuk penilaian penting yang membantu pembelajaran murid di sekolah rendah dengan memberikan gambaran awal tentang tahap kefahaman murid terhadap konsep matematik. Tujuan penilaian ini dibuat juga adalah untuk mengukur pencapaian pelajar, kefahaman dan pengetahuan sedia ada murid. Penilaian terhadap subjek Matematik ini sangat penting kerana Matematik adalah satu subjek yang sukar untuk dikuasai oleh murid-murid berbanding subjek bahasa. Idea saya ini juga turut disokong oleh Mok Soon Sang(1992) yang menyatakan guru dan pelajar sekolah rendah sukar untuk mengajar dan belajar matematik. Oleh sebab itu, penilaian merupakan satu keperluan untuk membantu murid dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah rendah. Berdasarkan idea bahawa penilaian sangat penting dalam pembelajaran Matematik, maka saya telah menjalankan satu ujian saringan bagi pelajar kelas 5 Mahir di Sekolah Zainab (2) yang terdiri daripada 39 orang pelajar. Topik yang dipilih ialah topik Isipadu Cecair yang terdiri daripada soalan struktur dengan jumlah 20 soalan seperti dalam Lampiran A. Relevan saya memilih topik ini ialah melalui pemerhatian saya terhadap kertas soalan UPSR Matematik 1 dan 2 tahun-tahun sebelumnya, topik Isipadu Cecair ini merupakan satu topik penting kerana banyak soalan dari topik ini dimasukkan kedalam soalan UPSR. Melalui ujian saringan yang dibuat, saya dapati 2 orang pelajar telah mendapat markah yang rendah iaitu Nur Amney dengan 38% dan Airin Kamilia dengan 48%. Keputusan penuh ujian saringan boleh dilihat pada Lampiran A(2). Berdasarkan kefahaman dan keyakinan saya terhadap keberkesanan penilaian diagnostik sebagai langkah membantu meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap matematik ini, saya akan terangkan sejauh mana ianya membantu pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan murid sekolah rendah melalui 3 isi utama iaitu: 1. Penilaian Diagnostik meningkatkan kefahaman murid tentang konsep dan kemahiran matematik. 2. Penilaian Diagnostik membantu meningkatkan motivasi murid. 3. Penilaian Diagnostik membantu mengenalpasti kelemahan murid dan pendekatan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian Diagnostik Meningkatkan Kefahaman Murid Tentang Konsep Dan Kemahiran Matematik.

Penilaian diagnostik meningkatkan kefahaman murid tentang konsep dan kemahiran matematik. Seperti yang kita tahu, penggunaan kemahiran asas ini sangat penting dalam pembelajaran matematik sebagai contohnya

kemahiran mendarab yang merupakan satu kemahiran dan konsep asas matematik yang sangat penting dalam matematik. Hasil dapatan kajian yang dibuat oleh Mohd Zain (1984) juga membuktikan bahawa kelemahan pelajar di dalam Matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab.

Hasil ujian saringan yang dibuat, saya telah mengenalpasti dua kelemahan pelajar iaitu pada penukaran unit liter dan milliliter serta soalan berbentuk ayat matematik atau penyelesaian masalah. Dari sini, saya telah merangka dan membina satu ujian diagnostik berdasarkan dua kelemahan besar pelajar dalam menguasi konsep asas menjawab soalan penukaran unit dan soalan berbentuk ayat matematik. Sebanyak 20 soalan ujian diagnostik telah saya bina seperti dalam Lampiran B yang bertujuan untuk menentusahkan kelemahan pelajar dan kenapa berlakunya salah faham konsep asas matematik tersebut. Berdasarkan ujian diagnostik ini, saya telah kenal pasti bahawa kesalahan ketara kedua-dua pelajar ini ialah kerana salah tanggap dan kurang menguasai konsep 1liter bersamaan 10000 mililiter yang menyebabkan proses penukaran unit ini menjadi sukar. Kesilapan mereka ini kerap kali berulang dan ianya boleh dilihat di dalam Lampiran B (2 & 3). Boleh dilihat, Amney dan Airin mengalami masalah yang sama dimana mereka tidak boleh menjawab soalan nombor 11 yang memerlukan mereka menukar unit dari liter kepada mililter.

Selain itu, gagal memahami soalan matematik berayat juga merupakan satu lagi kelemahan kedua-dua murid ini dimana kedua-duanya gagal menjawab soalan nombor 19 yang melibatkan soalan berayat matematik. Walaupun soalannya sangat pendek, namun kerana ditulis dalam bentuk ayat matematik, mereka jadi keliru dan gagal menjawabnya dengan betul. Kajian menunjukkan murid sekolah rendah tidak berupaya menyelesaikan masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai kemahiran operasi secara prosedur (Mokhtar, 2010). Dari sini jelas bahawa soalan matematik berayat benar-benar sukar dan perlukan pemahaman yang tepat.

Melalui ujian diagnostik, saya telah mengetahui apa kelemahan murid saya dan kemudian telah dapat menjalankan kelas pemulihan terhadap mereka. Saya telah mengajar tentang dua konsep utama Matematik yang mereka lemah iaitu mengenai penukaran unit dan juga penyelesaian masalah berayat matematik. Selepas melakukan beberapa kali kelas pemulihan dengan menggunakan kaedah pengulangan teknik yang sama, keduadua pelajar telah menunjukkan peningkatan terhadap kefahaman mereka dimana kedua-dua mereka telah berjaya menjawab hampir kesemua betul dengan peratusan 98% bagi ujian kedua diagnostik.

Jadi, jelas bahawa ujian diagnostik ini membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap pembelajaran mereka. Sekiranya ujian pemulihan pertama gagal, maka pengulangan pemulihan mengunakan kaedah pemulihan yang berbeza diperlukan. Walaupun pelbagai kaedah digunakan, tetapi fokus utamanya jelas iaitu ujian diagnostik akan menjadi kayu pengukur tahap kefahaman mereka seterusnya membuktikan peningkatan tahap kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Penilaian Diagnostik Membantu Meningkatkan Motivasi Murid Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Wong, 1998). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap satu unsur penting

yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993). Oleh sebab itu, motivasi perlu dititik beratkan dalam diri murid bagi memaksimakan kefahaman mereka dalam proses pembelajaran. Melalui pengalaman saya sendiri melaksanakan ujian diagnostik, saya yakin penilaian diagnostik mampu meningkatkan motivasi murid. Idea saya ini telah diperkukuhkan lagi dengan pandangan Bonwell dan Eison (1991) yang menyatakan penilaian menjadikan murid bermotivasi untuk terus belajar. Proses pemulihan yang saya jalankan keatas 2 orang murid ini menggunakan pendekatan main sambil belajar. Saya telah menggunakan kaedah eksperimen dan teka-teki. Contohnya bagi kaedah eksperimen, saya telah fokuskan kepada pemahaman konsep penukaran unit dan konsep utama yang saya terapkan ialah 1000 mililiter air ialah bersamaan dengan 1 liter air. Melalui eksperimen, saya berikan mereka peluang untuk memanipulasi bahan maujud supaya mereka lebih mengingati dan memperkukuhkan ingatan mereka bagi jangka masa yang lama. Dari pemerhatian saya, dalam masa 1 jam kelas pemulihan tersebut kedua-dua murid ini telah memahami konsep bahawa 1000 mililiter ialah 1 liter dan sebaliknya. Saya dapat melihat bahawa semasa kelas pemulihan, mereka sangat teruja, seronok dan boleh gelak ketawa sambil belajar. Ini jelas membuktikan mereka seronok belajar Matematik kerana merasakan Matematik ini mudah dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Motivasi untuk belajar sangat jelas terpancar dari raut wajah keriangan 2 murid ini dan motivasi diri yang meningkat menyebabkan mereka mudah untuk menerima setiap konsep Matematik yang sebelum ini disalah anggap atau dianggap sukar. Jelas sekali ini membuktikan bahawa penilaian diagnostik menjadikan pembelajaran matematik lebih menyeronokkan dan yang penting dapat meningkatkan motivasi murid-murid. Perkara ini turut disokong oleh Barr, Clegg, Wallace (1981) yang menyatakan aktiviti bermain adalah bertujuan untuk keseronokkan dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan dapat membina motivasi murid untuk belajar sesuatu khususnya matematik. Semasa murid menjalani kelas pemulihan, saya telah mengajar mereka satu cara membuat buku origami. Di dalam buku itu saya tuliskan konsep-konsep asas yang perlu dikuasi oleh mereka bagi topik Isipadu Cecari. Proses membina buku origami itu sahaja sudah menyebabkan murid sangat terhibur dan teruja untuk belajar dan ini ditambah lagi dengan aktiviti teka-teki sesame mereka. Amney dan Airin dilihat lebih yakin untuk utarakan idea dan apa yang telah mereka pelajari. Ini menunjukkan tahap motivasi diri kedua-dua murid ini telah meningkat. Jelas sekali jika proses menghafal konsep-konsep asas seperti penukaran unit liter kepada milliliter perlu didarab dengan 1000 ini dilakukan secara tradisional, pasti murid-murid akan cepat bosan, tidak bersemangat dan mungkin tahap kefahaman mereka akan berada pada tahap yang minimum sahaja. Hal ini telah dikuatkan lagi dengan idea oleh Noraini Idris (2001) yang menyatakan interaksi antara murid dan pembelajaran aktif mempunyai kekuatan tersendiri bagi membantu murid bermotivasi untuk terus belajar. Secara keseluruhannya, penilaian diagnostik dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar. Namun, ianya memerlukan pilihan aktiviti yang sesuai bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan

lancar. Selain itu, guru perlu kreatif dalam memastikan murid tidak bosan untuk melakukan sesuatu aktiviti supaya dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Penilaian Diagnostik Membantu Mengenalpasti Kelemahan Murid Dan Pendekatan Yang Sesuai Untuk Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dipilih oleh guru bagi mengajar murid-murid mereka. Namun, kepelbagaian pendekatan ini perlulah sesuai dengan kehendak dan kecenderungan murid itu sendiri. Teori Gardner (1993) pula menyatakan bahawa manusia mempunyai 8 kepelbagaian kecerdasan dan disinilah guru perlu meletakkan asas bahawa setiap murid mempunyai minat dan kecerdasan yang berbeza. Bagi mengukur dan mengenalpasti kepelbagaian kecerdasan inilah sebenarnya memerlukan penilaia diagnostik. Pada awalnya, guru boleh memilih mana-mana pendekatan untuk mengajar murid dan kemudian melaksanakan penilaian diagnostik ini lalu markahnya dicatatkan. Kemudian guru boleh mula memilih pendekatan yang pelbagai berasaskan 8 kecerdasan seperti warna, kinestetik, nombor dan sebagainya. Bahan bantu mengajar berasaskan 8 kecerdasan ini juga pasti membantu dan guru boleh mencatatkan pemerhatian serta hasil pengujian di akhir pembelajaran. Dari sini, guru akan dapat mengenalpasti kecerdasan murid seterusnya memilih pendekatan mana yang lebih sesuai untuk muridnya berdasarkan keputusan ujian diagnostik. Selain itu, saya sangat yakin bahawa kepelbagaian teknik mengajar akan membantu pembelajaran matematik murid-murid sekolah rendah. Idea ini turut disokong oleh Thompson (1999) yang menyatakan setiap murid perlu mempunyai beberapa teknik yang diajar oleh guru supaya murid akan dapat meminimumkan kesalahan dalam penyelesaian masalah serta meningkatkan kefahaman pelajar. Melalui penilaian diagnostik, guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran seperti kolaboratif, interaksi berpasangan dan sebagainya. Kepelbagaian teknik ini akan dapat merangsang minat murid untuk belajar dan meningkatkan pencapaian murid secara langsung. Namun begitu, kunci kepada kejayaan pelaksanaan teknik pengajaran pelbagai ini perlulah disertai iaitu kawalan kelas yang baik. Saya akui bahawa kawalan kelas ialah satu pemangkin utama keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebab itu, ada yang guru mengatakan tidak kira sehebat mata bahan bantu mengajar guru, tetapi tanpa kawalan kelas yang sempurna maka sia-sialah usahanya itu. Walaubaimanapun, saya dapat simpulkan disini bahawa penilaian diagnostic bukan sahaja mampu mengenalpasti kelemahan murid, tetapi juga membantu mempelbagaikan teknik pengajaran guru bagi mengajar murid dengan lebih berkesan. Kesimpulan Kesimpulannya, interaksi berpasangan dapat menggalakkan murid untuk berkongsi idea, meningkatkan motivasi untuk belajar, dan merangsang pembelajaran aktif berlaku. Interaksi berpasangan ini telah membantu murid belajar dan memahami topik geometri dengan lebih berkesan lagi. Jadi, sebagai guru kita perlu sedar bahawa kepelbagaian teknik pengajaran dan pendekatan sesuai adalah penting bagi membantu pembelajaran murid. (1648 patah perkataan)

Pentaksiran dalam Matematik


5.1 Ujian Diagnostik Definisi Pengujian bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. Contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang itu, anatara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pengujian. Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diperoleh. Penggunaan nombor dalam pengukuran dirujuk dalam definisi pengukuran oleh Stevens (1951). Mengikut Stevens, pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. Ujian Diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran matematik. Berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemulihan dengan lebih berkesan. Terdapat beberapa aspek yang boleh diuji dalam ujian diagnostik iaitu dari aspek pengamatan penglihatan dan pendengaran dan angka.

Pembinaan Ujian Sebagaimana yang kita ketahui, penilaian bergantung kepada data daripada keputusan pengujian. Oleh itu, pengujian merupakan alat pengukuran utama dalam penilaian. Ini bermakna keberkesanan penilaian bergantung kepada segala proses pengujian yang disediakan mengikut prinsip-prinsip tertentu dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan perlaksanaan pengujian dengan cara yang betul, khasnya dalam proses pembinaan ujian. Sesuatu ujian yang dikatakan baik dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri yang istimewa. Di antaranya ialah ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.

- Senarai kemahiran Berdasarkan tujuan ujian, guru boleh memilih isi kandungan yang hendak diuji. Biasanya, isi kandungan merangkumi kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik matematik yang telah dipelajari oleh murid-murid. Adalah ditegaskan bahawa kemahiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan ujian hendaklah berdasarkan senarai kemahiran matematik pemulihan khas. Selain itu, aras kemahiran hendaklah ditentukan untuk setiap item atau soalan ujian. Guru boleh menguji murid-murid dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dirujuk daripada senarai kemahiran. Biasanya, perkara-perkara yang hendak diuji dalam ujian diagnostik ini adalah semua kemahiran asas dalam sesuatu topik atau sesuatu unit pelajaran matematik. Misalnya, untuk mengesan bidang kelemahan murid-murid dalam penguasaan kemahiran-kemahiran seperti operasi tolak bawah lingkungan 50, guru boleh merancang satu ujian diagnostik dengan soalan-soalan yang meliputi semua peringkat kemahiran operasi tolak.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)/ Jadual Penentuan Ujian (JPU) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) perlu dibentuk untuk membantu penggubal dalam tugas pembinaan item ujian. JSU merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat mustahak kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU ialah : 1. 2. 3. 4. Tajuk atau topik pengajaran yang akan diuji. Kemahiran yang akan diuji. Bilangan item ujian mengikut tajuk, dan kemahiran. Jumlah bilangan item ujian. Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas dan JSU telah disediakan. Penggubal soalan harus mematuhi JPU dalam perkara yang berikut : 1. 2. 3. 4. Tajuk dan topik yang akan diuji, dan pemberatannya. Kemahiran yang akan diuji, dan pemberatannya. Aras kesukaran soalan. Jenis soalan.

Apabila topik-topik matematik dan aras kemahirannya telah ditentukan, guru boleh menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topik-topik matematik serta aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid-murid keseluruhannya. Dengan adanya JSU, kita dapat memastikan item/soalan yang dibina akan mempunyai ciri-ciri ujian yang baik seperti ciri keesahan dan keboleh percayaan. Ia juga dapat diuji secara keseluruhan serta pemberatannya mengikut aras kemahiran dapat dibahagikan secara sepatutnya.

Pentadbiran Ujian

Peranan utama guru di sekolah ialah sebagai tenaga pengajar. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin, guru perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu diuruskan oleh guru dalam bilik darjah ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Susunan fizikal bilik darjah. Rutin bilik darjah. Pengumpulan murid. Suasana sosial. Disiplin bilik darjah.

Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama, iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian. Peringkat persediaan ialah peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masing-masing.

Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula, dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh guru. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan

dengan jelas oleh guru. Guru perlulah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian berakhir. Guru hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.

Peringkat penyelarasan dalam proses pentadbiran ujian meliputi kerja mengutip skripskrip jawapan. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira.

Pentafsiran Ujian

Bagi ujian diagnostik matematik, guru yang menggubal soalan hendaklah mencadangkan skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar supaya perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item secara keseluruhan. Apabila guru menandakan sesuatu kertas ujian, guru perlulah cuba menandakan kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Di samping itu guru hendaklah membuat analisis secara individu dan secara berkumpulan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar. Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang belum dikuasai oleh murid-murid ini. Guru memeriksa kertas jawapan dan membuat analisis daripada keputusannya. Apabila bidang kelemahan telah dikenalpasti, guru merancang aktiviti pemulihan untuk murid-murid lembap.

Penyediaan hasil pembelajaran

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, guru boleh merancang aktiviti pemulihan dengan tujuan menolong murid itu membetulkan kesalahannya dan seterusnya menguasai kemahiran menolak dua digit dengan dua digit gandaan 10 tanpa sebarang kesilapan. Untuk merancang aktiviti pemulihan dengan berkesan, guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan matematik, iaitu : a) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah dikesan.

b) Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak daripada mudah kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid. c) Di dalam peringkat permulaan, pelbagai jenis alat bantu mengajar perlu digunakan supaya membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan untuk menguasai kemahiran. d) Semua simbol dan istilah matematik harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar, supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dipelajari dahulu. e) Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Soalan-soalan yang diberikan harus daripada mudah kepada susah demi membina keyakinan murid terhadap kebolehan mempelajari matematik. Pada peringkat permulaan, murid boleh menggunakan alat bantu mengajar untuk menyelesaikan masalah, tetapi pada akhirnya, murid harus dapat menyelesaikan masalah itu secara bertulis tanpa alat bantu mengajar. f) Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan masalah matematik secara bertulis. Penilaian ini akan menetukan sama ada objektif pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak.

5.2 Rancangan Pengajaran Individu

Merancang RPI

Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga menentukan penempatan pendidikan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI, dinyatakan juga tarikh perkhidmatan yang diberi. RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan RPI perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid menerima sebarang perkhidmatan yang sesuai atau pun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu

disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi ibubapa dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.

Melaksanakan RPI

Pada peringkat permulaan RPI, jawatankuasa perlu melibatkan pihak yang terlibat dalam aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai pengetahuan dalam prosedur penilaian yang dijalankan terhadap murid dengan keperluan khas. Semakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya perubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan matlamat dan objektif, penambahan ataupun penamatan perkhidmatan, penambahan ataupun perubahan penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktiviti pendidikan. Persetujuan ibu bapa perlu diperolehi bagi sebarang perubahan, penamatan ataupun penambahan perkhidmatan. Pencapaian semasa bagi murid adalah satu kenyataan bertulis yang menerangkan berkenaan kekuatan, kelemahan dan stail pembelajaran murid dalam bidang akademik, vokasional, sosial, tingkah laku, persepsi, fizikal, komunikasi, kemahiran urus diri. Maklumat ini adalah maklumat terkini, disokong dengan data yang relevan daripada penilaian formal dan informal serta pemerhatian. Semua data disertai dengan penerangan yang menjelaskan fungsi murid. Matlamat yang dinyatakan menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa murid dalam kemahiran, kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar pembelajaran murid itu.

You might also like