View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk
brought to you by
CORE
provided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository
Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014
STRATEGI PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM
PERSEKITARAN AUTENTIK BAGI PEMBENTUKAN
KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS PRASEKOLAH
MENERUSI TEKNOLOGI APPS
Mohd Amerul Akmal Mohd Yunos1, Noor Azean Atan2
1
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
amerulfizik@yahoo.com
2
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
azean@utm.my
ABSTRAK
Sehingga hari ini, salah fahaman konsep menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan proses pembelajaran
bermakna tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya oleh para pelajar samada diperingkat sekolah mahupun Institusi
Pengajian bagi sesetengah pembelajaran kursus seperti sains dan matematik. Hal ini turut berlaku pada peringkat
prasekolah. Terdapat beberapa permasalahan yang dilihat menjadi kekangan dalam proses pembelajaran,
antaranya adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman mengajar dalam sebahagian kalangan guru-guru
prasekolah yang mendorong ke arah permasalahan terhadap penguasaan kemahiran proses sains asas pelajarpelajar prasekolah. Kecenderungan sebahagian guru untuk menggunakan kaedah imaginasi dan andaian dilihat
kurang membantu dalam pembentukan fahaman dalam diri pelajar untuk memahami sesuatu konsep sains dan
seterusnya sukar mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Disamping itu, suasana pembelajaran yang
menggalakkan para pelajar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran serta saling bekerjasama dan
berkongsi maklumat harus dididik dari peringkat prasekolah lagi. Selain itu, permasalahan dari segi penyediaan
kemudahan ICT seperti pengaksesan kepada internet dan aplikasi teknologi multimedia yang kurang mampu
disediakan oleh pihak sekolah turut menyukarkan para guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang lebih
menarik sejajar dengan perkembangan teknologi hari ini. Justeru sebuah kajian perlu dilaksanakan bagi tujuan
untuk merangka sebuah aktiviti pembelajaran yang mampu menyokong kepada peningkatan kefahaman pelajar
terhadap pembelajaran mereka melalui sebuah persekitaran pembelajaran yang berdasarkan kepada situasi sebenar
dan bermakna sekaligus memupuk pelajar agar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran mereka
sehingga mampu menyokong kepada pembentukan kemahiran proses sains asas pelajar. Berlandaskan kepada
keperluan ini, maka kajian mengintegrasikan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik,
dengan pengimplementasian bersama teknologi berkomputer iaitu melalui Apps Autentik Kolaboratik Skrin
Sentuh Sains (AKSES) yang memberi penekanan serta mempraktiskan kemahiran proses sains asas pelajar
(memerhati, mengelaskan dan berkomunikasi), dalam menyokong kepada peningkatan tahap kefahaman dan
pencapaian pelajar.
Kata Kunci : App; Strategi Pembelajaran Kolaboratif; Persekitaran Pembelajaran Autentik; Kemahiran Proses
Sains; Prasekolah.
1.
PENGENALAN
Kewajaran sesuatu maklumat atau ilmu untuk disampaikan dengan perancangan dan
kaedah yang tersusun perlu dipertimbangkan bagi memastikan intipati isi kandungan yang
ingin dikongsi akan dapat diterima dengan sebaiknya (Kambouri, 2012; Kose, 2008). Tidak
kira peringkat pembelajaran awal kanak-kanak mahupun peringkat pembelajaran remaja atau
dewasa. Hal ini perlu dirancang dengan pelbagai pendekatan yang sewajarnya bagi
memastikan kelompok pelajar yang sedang menuntut ilmu memperolehi maklumat tersebut
dengan jelas dan mudah difahami. Tahap penerimaan sesuatu maklumat atau ilmu bagi setiap
peringkat pembelajaran adalah berbeza-beza mengikut keupayaan seseorang pelajar untuk
mendefinasikan serta menterjemahkannya ke dalam bentuk memori untuk disimpan ke otak.
Sempadan dan halangan yang wujud bagi setiap pelajar untuk mendalami maklumat
yang disampikan oleh guru adalah bergantung kepada strategi pengajaran yang diguna pakai
serta peruntukan atau pengagihan sesuatu maklumat untuk disampaikan di dalam sesuatu
masa. Setiap guru perlu peka terhadap persekitaran disekeliling mereka samada persekitaran
secara semulajadi mahupun persekitaran yang wujud kesan daripada interaksi antara pelajar
dan guru tersebut. Persekitaran semulajadi di sini bermaksud emosi dalaman bagi setiap
pelajar atau guru yang pada kebiasaannya di bawa dari luar dan masuk ke dalam bilik darjah
(Latham & Carr, 2012). Perkara ini mampu merosakkan sistem pembelajaran dan pengajaran
(P&P) yang dirangka rapi oleh guru pada awalnya serta seterusnya berkemungkinan akan
mendorong kepada permasalahan lain seperti salah faham konsep dan interpretasi.
Sebagaimana yang diutarakan oleh King (2010) dalam kajiannya menyatakan bahawa
wujudnya juga salah faham konsep berkaitan beberapa subtopik utama pembelajaran seperti
dalam matapelajaran sains diperingkat persekolahan. Permasalahan ini turut dibincangkan
oleh Gooding dan Metz (2011) dalam kajian mereka yang menyatakan bahawa kesalah
fahaman konsep dalam proses P&P akan mengundang kepada pelbagai permasalahan lanjutan
seperti pelajar tidak dapat menguasai pembelajaran. Pelajar turut mengalami kesukaran untuk
memahami topik-topik seterusnya sekiranya wujud salah faham konsep dari awal
pembelajaran lagi.
Selain itu, wujud juga permasalahan lain semasa proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung seperti pembelajaran menggunakan andaian dan bayangan (Noor Azean, 2012).
Kaedah ini sering digunakan oleh guru baru dengan alasan faktor kekangan masa dan kurang
menguasai subtopik yang dipelajari (Calıskan, 2012). Kesan daripada itu, para pelajar tidak
mampu untuk mengusai kemahiran-kemahiran yang ingin diterapkan semasa proses
pembelajaran dan pengajaran seperti kemahiran insaniah yang diterapkan dalam beberapa
program diperingkat pengajian tinggi, kemahiran proses sains pada peringkat sekolah rendah
dan sebagainya.
Justeru itu, kepintaran seseorang guru untuk memikirkan kaedah yang paling berkesan
dan sesuai untuk diguna pakai ke dalam proses P&P adalah sangat penting dan perlu
diperincikan secara mendalam bagi mengatasi permasalahan yang wujud di dalam ruangan
bilik darjah agar ianya dapat diatasi secara berperingkat. Strategi pembelajaran dan
pengajaran yang diguna pakai perlulah disertakan dengan teori-teori pembelajaran yang wujud
masa kini bagi membantu para guru untuk membentuk ruang pembelajaran yang efektif,
mereka bentuk instruksi dengan lebih berkesan, berdasarkan masalah sebenar dan bukannya
andaian serta berstruktur (Neo, 2010). Sebagai contoh pembelajaran berdasarkan kepada
situasi sebenar dan realiti mampu memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana sesuatu
konsep itu berlaku dan diaplikasikan pada kehidupan sebenar (Latham & Carr, 2012).
Merujuk kepada Noor Azean Atan (2012), pembelajaran bermakna atau lebih dikenali sebagai
meaningful learning mampu memberi peluang kepada pelajar memahami masalah yang
berlaku itu sepertimana dalam dunia sebenar. Sejajar dengan pernyataan oleh Ozverir dan
Herrington (2011) iaitu pembelajaran autentik memberikan satu ruang pembelajaran yang
sebenar seperti dalam dunia seharian pelajar.
Menurut Wilson dan Schwier (2012), pembelajaran autentik adalah releven dan
berhubung terus dengan dunia sebenar serta memberikan satu proses pembelajaran yang realiti
dan semula jadi. Guru-guru tidak perlu menggunakan kaedah bayangan atau andaian dan
sebaliknya perlu memberikan contoh-contoh yang wujud dan sebenar. Ianya dilihat sangat
berkesan dalam membantu para pelajar memahami maklumat yang disampaikan dalam proses
P&P dengan mudah terutamanya bagi mata pelajaran sains. Walau bagaimanapun, bagi
menjayakan sesebuah pembelajarn bermakna iaitu sebuah persekitaran pembelajaran yang
autentik, pelajar juga harus didedahkan juga dengan sebuah aktiviti pembelajaran yang
menggalakkan pelajar itu saling berkomunikasi dan bertukar pandangan antara satu sama lain
(Dikkers, 2013b; Tham & Tham, 2013; Woodley-Cook, Prabhudesai, & Moloney, 2013)
Justeru wujud strategi pembelajan lain yang mampu meningkatkan tahap komunikasi
para pelajar dan kemahiran-kemahiran lain semasa proses P&P berlangsung seperti strategi
pembelajaran kolaboratif. Menurut Tham dan Tham (2013), pembelajaran kolaboratif
merupakan salah satu strategi pembelajaran yang paling efektif dalam membentuk kemahiran
komunikasi terhadap para pelajar. Strategi ini menyokong para pelajar untuk membantu
rakan-rakan lain semasa proses P&P yang sedang berlangsung dan secara tidak langsung
mereka akan saling berkomunikasi antara satu sama lain. Secara tidak langsung dengan
pengimplkementasian suasana pembelajaran secara kolaboratif maka, ianya mampu untuk
meningkatkan salah satu tahap penguasaan kemahiran proses sains iaitu kemahiran
berkomunikasi.
Para guru juga perlu memikirkan kaedah penyampaian maklumat pengajaran yang lain
selain kaedah tradisional yang biasa digunakan bagi menarik minat para pelajar terutamanya
kanak-kanak untuk memahami sesuatu pembelajaran dengan mudah dan sistematik dalam
menyokong kepada pembelajaran dalam persekitaran autentik serta pembentukan
pembelajaran kolaboratif. Sejajar dengan perkembangan teknologi, ianya dilihat mampu
membantu para pelajar untuk menguasai proses P&P dengan cepat (McManis & Gunnewig,
2012). Menurut Komis et. al (2013), terdapat sebahagian besar guru yang kurang proaktif
dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam proses pembelajaran dan pengajaran
bersama para pelajar. Menurut kajian itu lagi, penggunaan teknologi di dalam kelas mampu
meningkatkan tahap fokus dan minat pelajar untuk memberikan tumpuan secara menyeluruh
sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Antara contoh aplikasi
penggunaan teknologi di dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah pembelajaran
berasaskan teknologi web, penggunaan multimedia serta yang kini yang semakin berkembang
adalah penggunaan teknologi skrin sentuh yang lebih dikenali sebagai apps (mobile learning).
Jika dilihat kepesatan dunia pendidikan masa kini menyaksikan pembangunan
penggunaan aplikasi mudah alih (apps) di dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Hasilnya, kajian yang dilaksanakan oleh McFarlane (2013) dan Dikkers (2013a) mendapati
pembelajaran yang mengaplikasikan penggunaan apps di dalam kelas memberikan kesan yang
sangat positif terhadap para pelajar terutamanya dari segi tahap pencapaian pembelajaran.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Higgins et. al (2012) menyatakan bahawa pembelajaran
menggunakan apps sesuai untuk diaplikasikan bersama strategi pembelajaran kolaboratif.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati wujud peningkatan dari segi pencapaian dan juga
hubungan dua hala antara para pelajar sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung. Justeru itu, lantaran daripada kelebihan yang ada dalam penggunaan apps di
dalam kelas maka ianya dilihat amat sesuai untuk pembelajaran kolaboratif dan seterusnya
ianya juga mungkin juga sesuai untuk meningkatkan kemahiran proses sains pelajar.
Justeru itu, para guru perlulah mempertimbangkan keperluan dan kekurangan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang akan diguna pakai bersesuaian serta tidak akan membebankan tahap kognitif pelajar. Hal
ini mampu menghasilkan suasana pembelajaran yang efektif dan berstruktur disamping dapat
mengaplikasikan kuasa dan kelebihan perkembangan teknologi masa kini ke dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran (Auzar, 2012). Selain dapat meningkatkan modal insan dan
pelajar berwawasan, ianya juga mampu membentuk satu suasana pembelajaran yang baru
terhadap pelajar. Dunia teknologi dan sistem pendidikan sudah tidak menjadi asing lagi masa
kini lantaran perkembangan kajian yang berasaskan dua dunia ini ke dalam satu sistem yang
jitu adalah sangat digalakkan. Pengintegrasian pembelajaran berdasarkan dunia sebenar iaitu
yang lebih dikenali sebagai pembelajaran autentik dengan menggalakkan pembelajaran yang
menyokong kepada kolaborasi dalam kalangan pelajar harus diberi perhatian.
Pengimplementasian bersama penggunaan teknologi berkomputer serta internet masa kini
yang banyak menyumbang kepada keberkesanan sesebuah pembelajaran haruslah perlu direka
bentuk agar ianya dapat membantu dalam peningkatan pemahaman pelajar dalam sesebuah
pembelajaran (Noor Azean Atan, 2012) serta secara tidak langsung menyokong kepada
pembentukan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar sepertimana yang telah
dibincangkan. Sebagaimana dalam kajian beberapa penyelidik terdahulu (Lati et al. , 2012 dan
Turiman et al., 2012), hal ini sebenarnya dilihat mampu membantu dalam meningkatkan
kemahiran yang perlu diperolehi oleh pelajar yang merangkumi pembelajaran prasekolah
yang perlu menerapkan kemahiran proses sains tersebut. Oleh demikian dalam kajian yang
dijalankan oleh penyelidik ini, sebuah aplikasi mudah alih (apps) akan direka bentuk
berdasarkan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik dalam menyokong
kepada pembentukan kemahiran proses sains asas prasekolah dalam kalangan pelajar-pelajar
prasekolah seterusnya membantu dalam peningkatan pemahaman dan pencapaian mereka.
Namun, dalam kertas kerja konseptual ini, penyelidik tidak membincangkan reka bentuk
pembangunan aplikasi mudah alih ini serta keberkesanannya.
2.
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini diharap dapat membekalkan maklumat dan membantu pihak-pihak
berkenaan dalam mempertingkatkan lagi kualiti dan keberkesanan sesebuah pengajaran dan
pembelajaran. Antara pihak tersebut adalah pelajar, pendidik iaitu guru serta pihak
kementerian. Antara kepentingan kajian ini kepada para pelajar prasekolah adalah kajian ini
dapat memberikan maklumat bahawa penyediaan persekitaran pembelajaran yang lebih
dinamik berbantukan penggunaan teknologi skrin sentuh kepada para pelajar berdasarkan
strategi pembelajaran kolaboratif dan persekitaran pembelajaran autentik boleh dilaksanakan.
Selain itu, hasil pembelajaran menerusi persekitaran ini diharap dapat membantu para pelajar
mempelajari mata pelajaran Sains dengan lebih jelas lagi serta mampu
menghubungkaitkannya dengan keadaan sebenar, seterusnya membantu memperbaiki
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini dari segi teori dan praktis. Tambahan lagi,
penggunaan teknologi skrin sentuh ke dalam proses pembelajaran diharap dapat membantu
mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Sains di samping dapat membantu
membentuk kemahiran proses sains asas pelajar serta penggunaan bahan berteknologi
berasaskan gabungan dua strategi pembelajaran autentik dan kolaboratif ini diharap dapat
membentuk minat pelajar terhadap subjek Sains dan seterusnya mempertingkatkan tumpuan
pelajar semasa proses pembelajaran dilaksanakan.
Antara kepentingan lain kajian yang dijalankan kepada guru-guru prasekolah ialah
penggunaan teknologi skrin sentuh diharap dapat menjadi satu lagi idea pengajaran untuk
guru-guru prasekolah terutamanya pembelajaran bagi topik-topik yang memerlukan bantuan
visual berbentuk gambarajah. Selain itu, ianya dapat memberikan maklumat kepada guru-guru
dalam mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang autentik berasaskan pembelajaran
kolaboratif menerusi teknologi di samping aplikasi AKSES ini, diharap dapat membantu
guru-guru dalam pengajaran mereka dengan menyediakan kemudahan pembelajaran
berbantukan teknologi skrin sentuh bagi menerangkan konsep pembelajaran dengan lebih
jelas lagi. Tambahan lagi, aplikasi AKSES berdasarkan kepada persekitaran autentik
membantu para guru dalam memperluaskan lagi strategi pengajaran mereka dengan memberi
peluang kepada pelajar untuk mempraktiskan konsep pembelajaran yang disampaikan.
Di antara kepentingan dapatan kajian ini seterusnya adalah kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu hasil kajian yang dijalankan ini membantu dalam memberi garis
panduan menyediakan reka bentuk instruksi pengajaran mata pelajaran Sains bagi peringkat
prasekolah, dimana hasil daripada dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak
berkenaan dalam pemilihan strategi pengajaran yang bersesuaian untuk membangunkan atau
menyediakan bahan pengajaran serta persekitaran pembelajaran yang efektif kepada pelajarpelajar. Hasil daripada kajian ini juga diharap dapat melahirkan para pelajar yang berintergriti
dan dinamik, mampu menjalankan tugas secara efektif dan berkeyakinan hasil daripada
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Keupayaan pelajar untuk menunjukkan ciri-ciri
kemahiran proses sains asas menunjukkan keberkesanan sebuah sistem pengajaran dan
pembelajaran yang dibangunkan. Seterusnya, dapatan kajian ini juga memberitahu pihak
kementerian bahawasanya kemahiran proses sains asas pelajar prasekolah mampu dibentuk
menerusi persekitaran pembelajaran autentik dan pembelajaran kolaboratif berbantukan
teknologi skrin sentuh (AKSES).
3.
KAJIAN BERKAITAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI BERKOMPUTER
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERINGKAT SEKOLAH
Menurut Noor Azean Atan (2012), cabaran penggunaan teknologi berkomputer ini
merangkumi usaha berterusan dalam sistem pendidikan negara bagi mewujudkan anjakan
paradigma dalam kalangan guru dengan menggunakan alternatif lain khususnya penggunaan
teknologi ke dalam proses P&P. Namun begitu, menurut Guzey and Roehrig (2012) terdapat
juga sebilangan guru masa kini yang enggan mempraktikkan penggunaan teknologi ke dalam
proses P&P dengan pelbagai walaupun sebenarnya infrastruktur telah disediakan walaupun
ianya pada kadar minimum. Selain bersedia secara menyeluruh bagi menyediakan dan
menjana idea dalam mereka bentuk bahan bantu mengajar (BBM) yang sangat berkualiti,
guru-guru atau bakal guru perlu mempunyai kemahiran maksimum dalam mengendalikan
peralatan teknologi tersebut bagi membantu dan memotivasikan minat pelajar untuk
memahami sesuatu bahan pengajaran dengan baik (Sharifah Nor & Kamarul Azman, 2011).
Menurut Chelliah dan Clarke (2011) menyatakan bahawa fungsi penggunaan teknologi dilihat
mampu memberikan peningkatan terhadap pelajar dari aspek pembelajaran, kolaboratif,
kepimpinan, kreativiti dan komunikasi. Justeru itu, tidak diragui lagi bahawa penggunaan
teknologi juga turut membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran tidak
kira penggunaannya di sekolah atau di rumah.
Jika dilihat dari aspek perkembangan pembelajaran kanak-kanak, fasiliti rumah yang
menyediakan peralatan teknologi seperti komputer dan teknologi skrin sentuh menjadi titik
tolak kepada pembelajaran kanak-kanak sebelum memasuki persekolahan (Plowman, et. al,
2011; Plowman, et. al, 2012). Menurut Chang, Gütl, Kopeinik, dan Williams (2009),
penggunaan teknologi masa kini dilihat menjadi sebahagian daripada kehidupan pelajarpelajar tersebut. Kemudahan teknologi di dalam persekitaran hidup kanak-kanak mampu
membentuk suasana permbelajaran yang lebih jelas. Kecenderungan kanak-kanak untuk
menggunakan setiap masa terluang dengan peralatan teknologi tidak lagi dilihat sebagai
aktiviti yang membuang masa malah ianya turut membantu kanak-kanak tersebut untuk
membentuk ruang pembelajaran yang lebih ideal (Sandberg, 2002).
Pembelajaran yang berpandukan teknologi dijadikan sebagai medium yang
menggantikan komunikasi sebenar antara seorang guru dan pelajar yang membentuk
pemikiran visual secara langsung kepada pelajar-pelajar tersebut dan seterusnya memberikan
satu proses pembelajaran (Wood, et. al., 2004). Pemikiran visual terbentuk melalui keupayaan
untuk mengkonnseptualisasi serta mempersembahkan idea, fikiran atau data dalam bentuk
bergambar, simbol dan grafik bagi mewakili rangkaian kata-kata atau perkataan-perkataan
yang digunakan dalam komunikasi (Wileman, 1993; Noor Azean Atan, 2012). Menurut Chu,
Siu, Liang, Capio, dan Wu (2013), elemen-elemen yang dinyatakan di atas boleh didapati
melalui penggunaan peralatan teknologi itu sendiri yang menggalakkan interaksi dua hala
antara manusia dan peralatan teknologi tersebut.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Sandberg (2002) dan McManis, dan Gunnewig,
(2012) melaporkan kelebihan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
pelajar-pelajar prasekolah adalah ianya berpotensi tinggi dijadikan sebagai medium untuk
membantu perkembangan kanak-kanak selain ianya mampu meningkatkan kemahiran sosial,
kognitif, bahasa dan pengiraan matematik. Selain penggunaan komputer di sekolah atau
rumah, kanak-kanak masa kini semakin didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini
pada awal usia lagi seperti ipad, tab android dan telefon pintar (McManis, & Gunnewig,
2012). Kelebihan ini memberikan satu potensi yang tinggi dalam proses perkembangan
kanak-kanak khususnya pelajar-pelajar prasekolah.
Peranan peralatan teknologi tersebut yang secara umunya memberikan satu ruang
bermain kepada pelajar-pelajar tersebut pada masa terluang. Proses bermain itu sendiri
merupakan satu ruang pembelajaran kepada kanak-kanak tersebut yang mana ianya
memberikan satu dimensi terhadap kepentingan peralatan-peralatan teknologi seperti yang
dinyatakan di dalam teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak yang sering
dinyatakan di dalam kajian terhadap perkembangan kanak-kanak (Piaget, 1962; Johnson,
Christie, & Yawkey, 1999; Sandberg, 2002). Namun begitu, bagi membentuk satu proses
pembelajaran berasaskan teknologi selaras dengan subjek Sains yang mana ianya mendokong
pembelajaran yang saling berkait dengan kehidupan dunia sebenar, satu persekitaran
pembelajaran diperlukan untuk memberikan pengalaman sebenar, pendedahan, pengetahuan
dan seterusnya kemahiran yang berkaitan seperti mana pada keadaan dunia sebenar.
3.1
PEMBELAJARAN AUTENTIK
Bagi memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran yang saling berkait rapat
dengan perhubungan dunia sebenar, pembelajaran autentik merupakan satu pendekatan yang
paling efektif dalam merealisasikan kehendak tersebut. Proses pembelajaran autentik itu
sendiri sebenarnya membawa kepada satu definisi yang seiring dengan pendekatan
pembelajaran ini iaitu ianya mempunyai hubungan pembelajaran yang sangat releven dengan
dunia sebenar (Tervakari & Silius, 2011; Wilson & Schwier, 2012). Menurut Noor Azean
Atan (2012) pembelajaran autentik merujuk kepada satu pencirian pembelajaran yang
merangkumi aktivit-aktiviti yang berasaskan situasi nyata dengan pengaplikasian kemahiran
dan pengetahuan konsep seperti kaedah penyelesaian masalah sehinggalah kepada aktiviti
autentik itu sendiri. Manakala dalam kajian yang dijalankan oleh Chang et al. (2009),
pembelajaran autentik adalah proses interaksi dengan dunia nyata menerusi analisa dan
interprestasi pengetahuan baru ke dalam dunia realiti. Menurutnya lagi, pembelajaran autentik
juga merupakan salah satu pendekatan yang menggalakkan para pelajar untuk meneroka,
berbincang dan mencipta konsep yang berkait rapat dengan permasalahan dunia realiti
bersama pelajar-pelajar lain.
Melalui pembelajaran autentik, para pelajar digalakkan untuk saling berkongsi idea
terhadap sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru berdasarkan perkongsian objektif
pembelajaran yang sama dengan rakan-rakan yang lain (Mathiopoulos & Paraskeva, 2009;
Tervakari & Silius, 2011). Apabila sesuatu proses pembelajaran itu wujud di dalam situasi
autentik dan mempunyai hubungan dengan contoh-contoh, tugasan, simulasi serta
permasalahan dunia sebenar yang kompleks, maka pembelajaran bermakna akan wujud
diakhirnya (Rule, 2006; Tervakari & Silius, 2011). Menurut Noor Azean Atan (2012), proses
ini akan mewujudkan satu pembelajaran yang aktif dimana para pelajar akan saling
berkomunikasi antara satu sama lain dalam mewujudkan satu proses kolaborasi dalam
pembelajaran dan seterusnya akan membentuk pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Tambahan lagi, merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Berge, et. al. (2004) dan
Noor Azean Atan (2012) melalui pembelajaran berasaskan reka bentuk persekitaran autentik,
pelajar secara tidak langsung didedahkan kepada pembentukan kognitif pada aras uang lebih
tinggi. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif untuk membina kefahaman dan corak
pembentukan pembelajaran mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti autentik yang diberikan.
Pembentukan pemikiran pada kognitif aras tinggi ini dapat dicapai melalui beberapa aktiviti
yang diimplemenkan dalam persekitaran pembelajaran autentik antaranya melalui
penggalakkan penggunaan pengetahuan sedia ada yang diperolehi pelajar menerusi situasi
atau keadaan yang sebenar.
Disamping itu, aktiviti pembelajaran autentik menyokong pelajar untuk berusaha
mencapai kefahaman dengan lebih mendalam terhadap sesuatu masalah dan dalam konteks
sebenarnya ia berlaku, serta menggalakkan pelajar untuk berbincang dengan lebih terbuka dan
mendalam bersama rakan dan pakar bagi menukar pandangan, membandingkan idea,
membuat kesimpulan serta kritikan yang rasional terhadap persoalan yang diutarakan dan
kaedah yang digunakan (Berge, et. al., 2004; Lombardi, 2007a, 2007b; Noor Azean Atan.
2012). Merujuk kepada kajian lanjutan yang telah dilaksanakan oleh Herrington dan
Herrington (2006) dalam kajian Noor Azean Atan (2012) telah merumuskan ciri-ciri tugasan
autentik adalah seperti berikut:
i.
Tugasan autentik mestilah berkait rapat dengan keadaan dunia yang sebenar.
ii. Tugasan autentik adalah terbuka, untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti memerlukan
setiap pelajar untuk menilai dan mengenal pasti sub-sub tugas yang diperlukan.
iii. Tugasan autentik memerlukan satu jangkamasa atau tempoh masa yang lebih lama
oleh pelajar untuk mengkaji sesuatu tugasan yang kompleks.
iv. Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan pelbagai
sumber untuk mengkaji dan mengenal pasti tugasan dari pelbagai sudut perspektif.
v. Tugasan autentik menyediakan peluang untuk berkolaborasi.
vi. Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksi.
vii. Tugasan autentik boleh diaplikasikan dan diintegrasikan merentas disiplin mata
pelajaran serta mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan.
viii. Tugasan autentik adalah intergrasi menyeluruh bersama dengan penilaian
ix. Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bermakna dan bernilai dengan
cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi
persediaan sesuatu.
x. Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan kepelbagaian hasil.
3.2
PEMBELAJARAN KOLABORATIF
Dalam membentuk satu rangka proses pembelajaran yang menggalakkan proses
kerjasama antara pelajar-pelajar, satu pendekatan pembelajaran perlu dilaksanakan bagi
menzahirkan keperluan pembelajaran tersebut. Menurut Allsop (2011) dan Okamoto dan
Kayama (2004), proses pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu cabang pembelajaran
yang menggalakkan proses pembelajaran secara kolaboratif iaitu pembelajaran secara
bekerjasama. Pembelajaran kolaboratif dilihat mampu membantu meningkatkan pencapaian
pembelajaran (Amory, 2013; Ocker & Yaverbaum, 2004; Slotte & Tynjälä, 2005).
Pembelajaran ini mendorong ke arah pembelajaran yang aktif di mana para pelajar akan saling
bekerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru
(Brindley, Blaschke, & Walti, 2009; Samuel Kai Wah Chu et al., 2013; Higgins et al., 2012;
Ocker & Yaverbaum, 2004).
Menurut pelopor strategi pembelajaran ini iaitu Johnson et al. (1991) telah
menyatakan bahawa pembelajaran kolaboratif merujuk kepada suatu kaedah pengajaran di
mana para pelajar dari pelbagai tahap prestasi pembelajaran bekerjasama dalam satu
kumpulan kumpulan kecil ke arah matlamat yang sama. Para pelajar bertanggungjawab
terhadap ahli kumpulan yang lain dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh guru
atau fasilitator (Samuel Kai Wah Chu et al., 2013; Slotte & Tynjälä, 2005). Manakala perkara
yang sama turut dijelaskan oleh Slotte and Tynjälä (2005) yang menjelaskan pembelajaran
sebagai satu proses pembentukan pengetahuan baru apabila dua atau lebih pelajar bersamasama meneroka pencarian maklumat dan berkongsi satu hasil yang sama. Melalui kerjasama
dan perkongsian idea ini, pelajar-pelajar akan membentuk satu pemikiran tahap tinggi
menerusi matlamat yang sama, penerokaan maklumat dan perkongsian idea (Brindley et al.,
2009; Cheong, Bruno, & Cheong, 2012).
Oleh itu, kejayaan proses pembelajaran ini bergantung kepada tindakan seseorang
pelajar membantu pelajar-pelajar lain untuk berjaya dan mencapai objektif aktiviti
pembelajaran kolaboratif yang telah ditetapkan (Samuel Kai Wah Chu et al., 2013; Ioannou
Nicolaou, 2009). Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Slotte and Tynjälä (2005),
terdapat lima prasyarat yang diperlukan untuk menghasilkan satu kumpulan aktiviti
pembelajaran kolaboratif yang berjaya iaitu tanggungjawab individu, kemahiran sosial,
medium teknikal yang menyokong kepada interaksi manusia, komunikasi yang membina,
persekitaran yang terbuka (kondusif) dan kebolehan untuk menerima perubahan yang
berterusan.
Kajian yang dijalankan oleh Amory (2013) menyatakan bahawa pembelajaran
kolaboratif adalah berdasarkan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu proses
menerima maklumat atau pengetahuan yang berlaku secara semulajadi berdasarkan kepada
ciri-ciri tertentu menerusi hubungan sosial antara pelajar di mana wujud interaksi komunikasi
di kalangan pelajar. Melalui kajian lepas yang dilaksanakan oleh Johnson et al. (1991) telah
menyenaraikan ciri-ciri pembelajaran kolaboratif seperti saling bergantung yang positif,
tanggungjawab individu, menggalakkan interaksi face-to-face, mengamalkan kemahiran
kerjasama yang bersesuaian dan pemprosesan kumpulan.
Jika dilihat berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas, pembelajaran kolaboratif
turut menggalakkan proses perbincangan dan pertukaran idea antara pelajar-pelajar bagi
mewujudkan satu proses pembelajaran yang aktif dan saling bergantung secara positif.
Menurut Higgins et al. (2012), perkongsian idea semasa proses pembelajaran ini membentuk
minat pelajar yang tinggi terhadap proses pembelajaran yang sedang berlangsung di samping
mampu membentuk pemikiran kritikal melalui proses perbincangan dan perdebatan terhadap
tugasan yang diberi. Pembelajaran secara berkumpulan yang menggalakkan perbincangan
terhadap sesuatu maklumat pembelajaran akan memberikan impak positif terhadap daya
ingatan pelajar berkaitan perkara yang dibincangkan berbanding jika seseorang pelajar itu
belajar secara individu (Fadjo, Friedman, Black, & Johnson, 2012). Kesan daripada itu, ianya
berpeluang untuk membantu mewujudkan satu kolaborasi pembelajaran yang sangat
seimbang dengan berbantukan kaedah penyampaian maklumat menerusi pengimplementasian
pembelajaran berteknologi ke dalam kelas.
3.3
GABUNGAN PEMBELAJARAN AUTENTIK-KOLABORATIF KE DALAM
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI APPS
Berdasarkan kajian oleh Tervakari and Silius (2011), penggunaan peralatan teknologi
ini dilihat berupaya untuk membentuk satu proses pembelajaran pelbagai makna (maklumat)
dalam konteks dunia sebenar berdasarkan kepada pengalaman pelajar-pelajar tersebut dalam
situasi autentik atau situasi yang sebenar yang menggalakkan kepada pembelajaran dalam
dunia realiti.
Seperti aplikasi penggunaan komputer, teknologi skrin sentuh ini juga turut
menyokong perlaksaan aktiviti autentik dalam persekitaran yang sebenar di mana para pelajar
boleh mencari pelbagai maklumat di hujung jari sahaja dalam tempoh beberapa saat di mana
sahaja tanpa had ruang dan sumber tenaga elektrik. Jika persekitaran pembelajaran
berbantukan teknologi skrin sentuh ini dilaksanakan secara efektif, ianya mampu
membenarkan dan menggalakkan pembelajaran yang lebih menarik untuk menyelesaikan
sesuatu permasalahan (Mayberry et al., 2012). Menurut (Noor Azean Atan, 2012), keadaan ini
mampu mendokong perlaksaan aktiviti autentik dimana melalui persekitaran pembelajaran
autentik, pelajar diberi peluang untuk mengenal pasti dan mengkaji tugasan dari pelbagai
perspektif serta menggunakan pelbagai sumber bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
Dalam aspek menyediakan peluang pembelajaran dalam persekitaran pembelajaran
yang sebenar, wujud beberapa kekangan dan halangan sebagaimana yang telah dinyatakan
sebelum ini. Justeru itu menerusi penggunaan teknologi skrin sentuh dan elemen multimedia
ini, maka persekitaran pembelajaran yang memberikan penekanan terhadap aspek
pembelajaran dunia sebenar dan realistik akan mampu dibangunkan dengan jayanya
(Lombardi, 2007a; Noor Azean Atan, 2012). Pelajar berpeluang untuk mengalami proses
perkongsian pengalaman pembelajaran dengan menghubungkait antara teori dengan amali
menerusi persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi ini dengan rakan-rakan lain di
dalam kelas. Menurut Chelliah and Clarke (2011), penggunaan teknologi memperlihatkan
bagaimana perubahan kaedah pembelajaran dan komunikasi antara pelajar berlaku serta
wujud peningkatan dalam pencapaian pelajar, kolaboratif (kerjasama), kreativiti, kepimpinan
dan penerimaan maklumat dari pelbagai sumber. Oleh yang demikian, wujud satu lagi proses
pembelajaran kolaboratif yang mana ianya turut menggalakkan proses kerjasama setiap
pelajar dalam proses pembelajaran (Cullen, Kullman, & Wild, 2013).
Manakala menerusi pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar berpeluang memperolehi
manfaat apabila didedahkan kepada pelbagai komen dan pandangan daripada rakan-rakan
mereka dengan pelbagai latar belakang keluarga. Melalui pembelajaran kolaboratfi juga
proses pembelajaran akan berkembang dalam persekitaran sosial di mana perbincangan dan
perdebatan antara pelajar akan berlaku sepanjang proses pembelajaran. Dalam persekitaran
pembelajaran kolaboratif, para pelajar akan dicabar dengan kedua-dua emosi dan sosial
kerana mereka akan mendengar dan menerima pelbagai perspektif yang berbeza daripada
rakan-rakan serta dikehendaki untuk mempertahankan dan menyuarakan idea-idea mereka
sendiri (Cheong et al., 2012). Kesan daripada itu, pelajar akan mula membina rangka kerja
konsep yang unik mereka sendiri dan tidak bergantung semata-mata kepada guru sahaja.
3.4
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada teori-teori dan strategi pengajaran, maka kajian ini
menggabungkan bersama strategi P&P ini dalam mereka bentuk sebuah persekitaran
pembelajaran yang flesksibel dan bermakna kepada pelajar dan guru. Pembangunan
persekitaran pembelajaran yang dirangkakan adalah menerusi teknologi skrin sentuh (Aplikasi
AKSES) iaitu digunakan sebagai bahan bantu mengajar, menjadi media alternatif kepada guru
dalam menyampaikan pengajaran dan seterusnya memberi satu anjakan proses pembelajaran
kepada pelajar menerusi penggunaan teknologi skrin sentuh ini semasa di kelas. Kajian ini
telah memilih persekitaran pembelajaran autentik dan strategi pembelajaran kolaboratif
sebagai asas dalam mereka bentuk aplikasi AKSES yang telah dibangunkan. Pemilihan ini
bagi menyokong kemahiran proses sains asas bagi pelajar-pelajar prasekolah sekaligus
membantu dalam meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains
tersebut.
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Universiti Teknologi Malaysia kerana
bersetuju untuk menyediakan dana penyelidikan dibawah Geran IDG 2014 (Instructional
Design Grants).
RUJUKAN
Allsop, Y. (2011). Does Collaboration Occur when Children Are Learning with the Support of
a Wiki? Turkish Online Journal of Educational Technology - TOJET, 10(4), 130-137.
Amory, A. (2013). The Collaboration-Authentic Learning-Tool Mediation (CAT) Framework:
The Design, Use and Evaluation of an Academic Professional Development
Workshop. Paper presented at the World Conference on Educational Multimedia,
Hypermedia
and
Telecommunications
2013,
Victoria,
Canada.
http://www.editlib.org/p/111997
Auzar. (2012). Keberkesanan Penggunaan Perisian Asas Membaca. GEMA Online™ Journal
of Language Studies, 12(2), 629-644.
Benton, B. K. (2012). The iPad as an instructional tool: An examination of teacher
implementation experiences. (3516595 Ph.D.), University of Arkansas, Ann Arbor.
Retrieved from https://vpn.utm.my/docview/1029869338?accountid=41678 ProQuest
Dissertations & Theses Full Text database.
Brindley, J., Blaschke, L., & Walti, C. (2009). Creating Effective Collaborative Learning
Groups in an Online Environment. International Review of Research in Open and
Distance Learning, 10(3).
Calıskan, H. a. K., G. (2012). The Relationship Between the Learning Styles of Students and
Their Attitudes Towards Social Studies Course. INTERNATIONAL CONFERENCE
ON NEW HORIZONS IN EDUCATION INTE2012, 55, 47 – 56.
Chang, V., Gütl, C., Kopeinik, S., & Williams, R. (2009). Evaluation of Collaborative
Learning Settings in 3D Virtual Worlds. International Journal of Emerging
Technologies in Learning (iJET), 4(2009), 6-17.
Chelliah, J., & Clarke, E. (2011). Collaborative teaching and learning: overcoming the digital
divide?
Emerald
Group
Publishing
Limited,
19(4),
276-285.
doi:
10.1108/10748121111179402
Cheong, C., Bruno, V., & Cheong, F. (2012). Designing a Mobile-app-based Collaborative
Learning System. Journal of Information Technology Education: Innovations in
Practice, 11(1), 94-119.
Chu, S. K. W., Chan, C. K. K., & Tiwari, A. F. Y. (2012). Using blogs to support learning
during internship. Computers & Education, 58(3), 989-1000.
Chu, S. K. W., Siu, F., Liang, M., Capio, C. M., & Wu, W. W. Y. (2013). E. G. P. Limited.
Cullen, R., Kullman, J., & Wild, C. (2013). Online collaborative learning on an ESL teacher
education programme. ELT J, 67(4), 425-434. doi: 10.1093/elt/cct032
Dikkers, S. (2013a). Mobile Media Learning: Amazing Uses of Mobile Devices for Learning.
Paper presented at the Society for Information Technology & Teacher Education
International Conference 2013, New Orleans, Louisiana, United States.
http://www.editlib.org/p/48519
Dikkers, S. (2013b). Mobile Media Learning: Amazing Uses of Mobile Devices for Learning.
Paper presented at the Society for Information Technology & Teacher Education
International Conference 2013, New Orleans, Louisiana, United States.
http://www.editlib.org/p/48340
Fadjo, C., Friedman, B., Black, J., & Johnson, L. (2012). Improving Reading Comprehension
Skills Using A Touch-Based Interactive Mobile App. Paper presented at the Society for
Information Technology & Teacher Education International Conference 2012, Austin,
Texas, USA. http://www.editlib.org/p/39962
Gooding, J., & Metz, B. (2011). From Misconceptions to Conceptual Change. The Science
Teacher.
Retrieved
8
December
2013,
2013,
from
www.amasci.com/miscon/opphys.html
Guzey, S. S., & Roehrig, G. H. (2012). Integrating Educational Technology into the
Secondary Science Teaching. Contemporary Issues in Technology and Teacher
Education, 12(2), 162-183.
Herrington, J., & et. al. (2004). Designing Authentic Activities in Web-Based Courses.
Computing in Higher Education, 16(1), 3-29.
Higgins, S., Mercier, E., Burd, L., & Joyce-Gibbons, A. (2012). Multi-touch tables and
collaborative learning. British Journal of Educational Technology, 43(6), 1041–1054.
doi: 10.1111/j.1467-8535.2011.01259
Ioannou Nicolaou, A. (2009). Supporting collaborative learning in online environments: The
promise of wiki technology. (3401994 Ph.D.), University of Connecticut, Ann Arbor.
Retrieved from https://vpn.utm.my/docview/230541297?accountid=41678 ProQuest
Central; ProQuest Dissertations & Theses Full Text database.
Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Smith, K. A. (1991). Cooperative Learning: Increasing
College Faculty Instructional Productivity ASHE-ERIC Higher Education Report
(Vol. 4). George Washington University.
Kambouri, M. (2012). Children’s misconceptions and a look on how teachers respond to
them. WIEGA Papers, 5, 41-53.
Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan, & Lilia Halim. (2007). Sikap terhadap Sains dan Sikap
Saintifik di kalangan Pelajar Sains. 32, 39-60.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah.
Putrajaya.
King, C. J. H. (2010). An Analysis of Misconceptions in Science Textbooks: Earth science in
England and Wales. International Journal of Science Education, 32(5), 565-601.
Komis, V., Tzavara, A., Karsenti, T., Collin, S., & Simard, S. (2013). Educational scenarios
with ICT: an operational design and implementation framework. Paper presented at
the Society for Information Technology & Teacher Education International
Conference
2013,
New
http://www.editlib.org/p/48594
Orleans,
Louisiana,
United
States.
Kose, S. (2008). Diagnosing Student Misconceptions: Using Drawings as a Research Method.
World Applied Sciences Journal, 3(2), 283-293.
Latham, G., & Carr, N. (2012). Authentic Learning for Pre-Service Teachers in a TechnologyRich Environment. Journal of Learning Design, 5(1), 32-42.
Lati, W., Supasorn, S., & Promarak, V. (2012). Enhancement of Learning Achievement and
Integrated Science Process Skills Using Science Inquiry Learning Activities of
Chemical Reaction Rates. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 46(0), 44714475. doi: http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.06.279
Lombardi, M. M. (2007a). Approaches That Work: How Authentic Learning Is Transforming
Higher Education. EDUCASE Learning Initiative’s, ELI Paper 5.
Mathiopoulos, K., & Paraskeva, F. (2009). Authentic Assessment in Computer Supported
Collaborative Learning Environments in Higher Education. Paper presented at the
World Conference on E-Learning in Corporate, Government, Healthcare, and Higher
Education 2009, Vancouver, Canada. http://www.editlib.org/p/32898
Mayberry, J., Hargis, J., Boles, L., Dugas, A., O'Neill, D., Rivera, A., & Meler, M. (2012).
Exploring teaching and learning using an iTouch mobile device. Active Learning in
Higher Education, 13(3), 203–217. doi: 10.1177/1469787412452984
McFarlane, C. (2013). iPads and Their Potential to Revolutionize Learning. Paper presented
at the World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and
Telecommunications 2013, Victoria, Canada. http://www.editlib.org/p/112193
McManis, L. D., & Gunnewig, S. B. (2012). Finding the Education in Educational
Technology with Early Learners. Technology and Young Children.
Neo, M. (2010). Using Multimedia as an Educational Instrument to Enhance Teaching and
Learning Strategies: A Malaysian Perspective. Paper presented at the World
Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2010,
Toronto, Canada. http://www.editlib.org/p/34789
Noor Azean Atan. (2012). Profil Kontinum Pemikiran Visual Pelajar Menerusi Persekitaran
Pembelajaran Autentik Bervisual. Unpublished PhD. Universiti Teknologi Malaysia.
Johor Bahru.
Ocker, R. J., & Yaverbaum, G. J. (2004). Collaborative Learning Environments: Exploring
Student Attitudes and Satisfaction in Face-to-Face and Asynchronous Computer
Conferencing Settings. Journal of Interactive Learning Research, 15(4), 427-448.
Okamoto, T., & Kayama, M. (2004). Collaborative Technology and New e-Pedagogy. Paper
presented at the World Conference on E-Learning in Corporate, Government,
Healthcare,
and
Higher
Education
2004,
Washington,
DC,
USA.
http://www.editlib.org/p/11114
Ozverir, I., & Herrington, J. (2011). Authentic activities in language learning: Bringing real
world relevance to classroom activities. Paper presented at the World Conference on
Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2011, Lisbon,
Portugal. http://www.editlib.org/p/38052
Rule, A., C. (2006). Editorial: The Components of Authentic Learning. Journal of Authentic
Learning, 3(1), 1-10.
Slotte, V., & Tynjälä, P. (2005). Communication and Collaborative Learning at Work: Views
Expressed on a Cross-Cultural E-Learning Course. International Journal on ELearning, 4(2), 191-207.
Tervakari, A.-M., & Silius, K. (2011). Towards More Authentic Learning in Hypermedia.
International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET), 6(2011), 50-56.
Tham, R., & Tham, L. (2013). Learning Effectiveness of Collaborative Learning in Singapore
Higher Education – A Pilot Study. Paper presented at the Society for Information
Technology & Teacher Education International Conference 2013, New Orleans,
Louisiana, United States. http://www.editlib.org/p/48261
Turiman, P., Omar, J., Daud, A. M., & Osman, K. (2012). Fostering the 21st Century Skills
through Scientific Literacy and Science Process Skills. Procedia - Social and
Behavioral
Sciences,
59(0),
110-116.
doi:
http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.09.253
Wilson, J., & Schwier, R. (2012). A Model of Authentic Learning Processes in Instructional
Design. Paper presented at the Society for Information Technology & Teacher
Education
International
Conference
2012,
Austin,
Texas,
USA.
http://www.editlib.org/p/39757
Woodley-Cook, J., Prabhudesai, V., & Moloney, T. (2013). Use of embolic protective devices
in treating acute arterial occlusions: an interventional radiology and vascular surgery
collaborative learning experience. BMJ Case Reports, 2013. doi: 10.1136/bcr-2012008132