Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Academia.eduAcademia.edu
1 CITRA PENDIDIK 2020 KOLEKSI INOVASI KIK DAN PDP KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn K.M. 7.75, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor. 2 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu. © Hak Cipta Terpelihara IPGKTHO 2019 ISBN 978-967-2980-00-1 e-ISBN 978-967-2980-01-8 CITRA PENDIDIK 2020 KOLEKSI INOVASI KIK DAN PDP KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN Diterbitkan oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn K.M. 7.75, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor. http://www. ipgktho.moe.edu.my Dicetak oleh: Seven Colour Synergy Enterprise (JM0816966-P) No. 4, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, 83300 Sri Gading, Batu Paahat, Johor Cetakan Disember 2020 3 KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR Assalamualaikum dan salam sejahtera, Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan izin rahmat dan kurnia-Nya dapat dijayakan penerbitan Buku Koleksi Inovasi Kategori KIK dan PdP Institut Pendidikan Citra pendidik 2020. Buku ini membolehkan penerokaan ilmu dan kemahiran baharu dalam kalangan pendidik di seluruh negara disebar luas dan dikongsikan dengan semua yang berkepentingan. Penerbitan buku ini adalah suatu kesinambungan usaha selepas Program Citra Pendidik Pertandingan Horizon Inovasi, KIK dan Showcase Amalan Terbaik Sekolah TS25 Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2020. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pendidik (pensyarah dan guru), guru pelatih, dan murid-murid terhadap pelaksanaan inovasi melalui pertandingan yang dijalankan di peringkat kebangsaan di IPGKTHO. Semoga penerapan budaya pencetusan idea dapat meningkatkan kualiti dan keberhasilan institusi pendidikan dan sekolah bagi menyahut cabaran transformasi pendidikan menjelang abad ke 21. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Tun Hussein Onn kerana telah berjaya menganjurkan program ini di peringkat kebangsaan walaupun menghadapi kekangan yang disebabkan oleh krisis Covid19. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang terdiri daripada pensyarah, guru pelatih, guru-guru, dan murid-murid sekolah. Semoga wadah ini dapat memberi iltizam dan inspirasi kepada seluruh warga pendidik melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 selari dengan Revolusi Industri 4.0. Sekian, terima kasih. DR TAJUL ARIFIN BIN YANG HUSSIN Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor. i PRAKATA KETUA JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dipanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, Program Citra Pendidik: Pertandingan Horizon Inovasi, KIK & Showcase Amalan Terbaik TS 25 Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2020 telah dapat dijayakan walaupun ianya dilaksanakan secara dalam talian. Saya bagi pihak Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa dan urus setia program yang terdiri daripada para pensyarah dan staf sokongan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn kerana telah berusaha dan bertungkus lumus sehingga program ini berjaya dilaksanakan. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta program yang terdiri dari pensyarah-pensyarah institut pengajian tinggi, guru-guru sekolah, siswa guru dan juga murid-murid sekolah yang memberikan komitmen tinggi bagi menghantar penyertaan masing-masing. Sememangnya program ini dirancang dan dilaksanakan bagi memberikan ruang dan peluang kepada semua agar dapat mempamerkan inovasi dan kreativti masing-masing dalam penyelidikan dan inovasi. Justeru, penyertaan daripada semua pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan sangat dialu-alukan bagi membolehkan segala inovasi yang ditemukan bukan hanya dapat dipertandingkan tetapi perkara yang lebih penting dapat digunakan bagi memajukan pendidikan khususnya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah dan bilik darjah. Atas kesedaran agar penyelidikan dan inovasi ini dapat terus dikongsi bersama, satu buku hasil sebahagian besar penyelidikan dan inovasi yang dipertandingkan telah diterbitkan. Semoga usaha ini pula akan memberikan motivasi kepada semua khususnya kepada peserta pertandingan kerana hasil mereka dihargai dan diiktiraf dalam bentuk dokumentasi. Akhirnya, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga usaha murni seperti ini akan dapat terus disemarakkan lagi demi kemajuan pembangunan insan dan pendidikan. DR. HJ. HALIF BIN HJ. MD SALEH Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor ii CITRA PENDIDIK 2020 PERTANDINGAN HORIZON INOVASI KIK, PDP DAN SHOWCASE AMALAN TERBAIK TS25 PERINGKAT KEBANGSAAN TARIKH: 12 OKTOBER 2020 PENGENALAN Pertandingan ini merupakan satu platform perkongsian dalam menggalakkan aktiviti kreatif dan inovatif bagi setiap warga pendidik dalam meningkatkan profesionalisme dan kompetensi. Di samping itu, pertandingan ini dapat membina kualiti guru yang mempunyai konsep kendiri yang positif dalam bidang pendidikan serta memberi pengalaman kepada warga pendidik dan guru pelatih untuk mengakses aspek-aspek pendidikan dalam melaksanakan inovasi yang boleh diguna pakai dalam PdP sebagai bahan bantu mengajar dan pelaksanaan pedagogi yang lebih berkesan. MATLAMAT Pertandingan ini adalah untuk mengembangkan pengaplikasian pengetahuan ilmu dan budaya inovasi dalam kalangan semua warga pendidik sama ada pensyarah, guru, ataupun guru pelatih. OBJEKTIF 1. Menyediakan peluang kepada para pendidik untuk menyebar luas inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam usaha menerapkan pembelajaran yang menyeronokkan (fun learning) dan menghayati pembelajaran bermakna (meaningful learning). 2. Memantapkan amalan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik sebagai satu wacana ilmiah. 3. Menyediakan medan kepada para pendidik dan guru pelatih untuk berbincang dan berkongsi ilmu dalam menghasilkan inovasi dalam pendidikan. 4. Memberikan dorongan dan motivasi kepada pendidik dan guru pelatih dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui inovasi dalam pendidikan. 5. Menggalakkan para pendidik dan guru pelatih berfikiran kreatif dan mampu menghasilkan inovasi berkualiti. iii SIDANG EDITOR CITRA PENDIDIK 2020 KOLEKSI INOVASI KIK DAN PDP KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN PENAUNG : Dr. Tajul Ariffin bin Yang Hussein Pengarah IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat PENASIHAT : Dr. Hj. Halif bin Hj Md. Saleh Ketua Jabatan Perancnagan, Penyelidikan dan Inovasi IPGK Tun Hussein Onn KETUA EDITOR : Dr. Yee Bee Choo SIDANG EDITOR : Dr. Faridah binti Mohd. Sopah Dr. Salbihana binti Samsudin Ahmad Shukri bin Ahmad Seow Sieu Kian Rathidevi A/P Shanmugam EDITOR GRAFIK : Zahidi bin Khamis EDITOR BAHASA : Siti Dahlia binti Abdullah PENYUNTING Dr. Yee Bee Choo : PENGHARGAAN • • • • • • Penganjur Program Citra Pendidik 2020 Jawatankuasa Majlis Rasmi IPGKTHO Peserta-peserta Pertandingan Horizon Inovasi kategori KIK, PdP Institut Pendidikan, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Showcase Amalan Terbaik Sekolah TS25 Panel Penilai Pelajar PPISMP Semester 1/2020 Semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung iv KANDUNGAN i ii iii iv KATA ALU-ALUAN PENGARAH PRAKATA KETUA JABATAN PENGENALAN SIDANG EDITOR DAN PENGHARGAAN KATEGORI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) Bil 1 2 3 4 5 Tajuk Inovasi dan Nama Ahli Kumpulan VEG-BLUM Nor Azian binti Idris Maimun binti Jusoh Norlailah binti Ramli Indera Syahril bin Mohamad Md Hairi bin Ibrahim SISTEM e-PEPERIKSAAN Radiah binti Bahar Amal Hayati binti Jamali Muhammad Shatri bin Omar Zakiah binti Zuber Nur Baizura binti Zainal Abidin Nurhanira binti Mohd Noor Hasmiza binti Halim Sis-5G-CPDOL (SISTEM PENGURUSAN CPD DALAM TALIAN) Zamidi bin Ismail Kharshiah binti Khalid Dr. Abdul Latif bin Ahmad Melati binti Yaacob Luvrina binti Jamaludin Nadiyah binti Yahya Tokiap bin Tokimin Zaihan bin Abd Aziz Dr. Mazlan bin A.Karim Abdul Rahim bin Mohamad SCANNGO Ragu A/L Sinnasamy Vadivelan A/L Lohonathan Kukan A/L Nalleppan SMART QA PRS² Siti Azraa binti Salleh Irna Ariayati binti Hj. Ahmad Fazilah binti Abdul Razak Salwah binti Shaikh Abdullah Zurina binti Hamid Rohaizat bin Mion Mazwan bin Karim v Institusi Anugerah Halaman Kolej Matrikulasi Melaka Emas 1 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emas 6 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Emas 14 SJK(T) Sepang, Selangor Emas 20 SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor Perak 25 Bil 6 7 8 9 10 11 12 Tajuk Inovasi dan Nama Ahli Kumpulan PENGGUNAAN SMART PILLOW MENGURANGKAN MASALAH GANGGUAN PDPC DALAM BILIK DARJAH Supian bin Hashim Mohammad Faizuddin bin Fauzi Syafiq Yap Chee Hoe bin Abdullah W.Nor Asekin binti W.Hussain PENGGUNAAN PENGASAH PENSEL R.I 4.0 MENINGKATKAN KEBERSIHAN KELAS & SEKOLAH Mallar Selive A/P Krishnasamy Noorwati binti Muda Norhayati binti Md Zan Supian bin Hashim MY iBODY PROJECT Dr. Yee Bee Choo Dr. Faridah binti Mohd Sopah Balkkis binti Hj. Abdul Aziz Siti Dahlia binti Abdullah Idawati binti Moin Tan Jun Cheng Nor Hida binti Ibrahim Faridah binti Hamzah Nazariah binti Hussein GOOGLE FORM e-DISIPLIN Amir bin Sufari Nurnabilah binti Zolkiple CLApS Adzliena binti Ab. Rahim Hazmira Suzlin binti Ab. Hamid @ Fauzi Leila Hani binti Zainal Azurah binti Dapor Sariah binti Ali Norzalina binti Maarof BR2UV2.0 Hazmir bin Adom Hazmira Suzlin binti Ab Hamid @ Fauzi Norhazilah binti Mohamad Rozianim binti Ahmad Che Ruzita binti Suboh Rafiza binti Alias SISTEM KAKASA Nur Azura binti Mahin Noor Akashah bin Noordin Khomsah binti Mutalib Lim Kai Yee vi Institusi Anugerah Halaman SK Canossian Convent, Segamat, Johor Perak 35 SK Canossian Convent, Segamat, Johor Perak 37 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Perak 41 SMK Dato' Ahmad Arshad, Segamat, Johor Perak 45 Kolej Matrikulasi Melaka Perak 49 Kolej Matrikulasi Melaka Gangsa 56 SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor Gangsa 63 Bil Tajuk Inovasi dan Nama Ahli Kumpulan 13 PHYTOCHEM SCINDAPSUS Ahmad Shukri bin Ahmad Hamizah binti Muhammad Abdul Sukur bin Kamsir Yong Jia Yee Tan Hui Teng 14 15 16 17 18 KEBERKESANAN BaSiDa SEBAGAI ALAT TEKANAN KOMPOS DALAM PENGURUSAN BAHAN SISA ORGANIK DAN MENGHASILKAN EKSTRAK KOMPOS Mulyani binti Muhamad Effendi Noor Aini binti Kamin Rohayu binti Yusof Rozita binti Idris Nurfirzana binti Norjoharuddeen Azizan bin Suhadi Elham bin Ismail Nurul Huda binti Raja Nordin Mohamad Husni bin Mohd Hajali PENGGUNAAN EFFECTIVE MICROORGANISM (EM) DALAM TANAMAN HIDROPONIK Raziah binti Hj. Taha Norliana binti AB Aziz Nurhazirah binti Rozwin CHORAL SPEAKING Suriani binti Salleh Raudhatul Jannah binti Ahmad Firdaus Nur Amni Farzana binti Rafidi Wafa' binti Mohd Faiz Nur Ainin Sofia binti Khairul Azhar PP20 Abdul Manaf bin Mohd Elias Mohd Fuad bin Salihin Ahmad Aznam bin Ahmad Dziauddin Mohd Taufik bin Ali Mohd Fazli bin Mohd Hanaffi TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM MELONJAKKAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEHINGGA PERSADA ANTARABANGSA Norazlina binti Mat Ali Supian bin Hashim Amit bin Awang Syafiq Yap Chee Hoe bin Abdullah vii Institusi Anugerah Halaman IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 70 Gangsa 73 SMK Kelapa Sawit, Kulai, Johor Gangsa 82 SK Buloh Kasap, Segamat, Johor Gangsa 84 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Gangsa 89 SK Canossian Convent, Segamat, Johor Gangsa 93 Kolej Matrikulasi Johor Bil Tajuk Inovasi dan Nama Ahli Kumpulan 19 REGISTRY S&E Faziah binti Abd Karim Sallehudin bin Sahrone Abu Bakar bin Kassim Vijayan A/L Periasamy Abdul Rahim bin Ismail Institusi Anugerah Halaman IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 102 Institusi Anugerah Halaman Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emas 107 Kolej Matrikulasi Johor Emas 113 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emas 119 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Emas 124 Perak 128 KATEGORI INSTITUT PENDIDIKAN Bil 1 2 3 4 5 Tajuk Inovasi dan Nama Ahli Kumpulan MOLECULAR GEOMETRY TOOLKIT 2.0 Amal Hayati binti Jamali Dani Asmadi bin Ibrahim Khairul Nizam bin Md Dauad MEREKABENTUK KAEDAH PEMBELAJARAN INTERAKTIF BACAAN DALAM SOLAT Syahrul Waheeda binti Mohd Ali Rohayu binti Yusof Rohana binti Talib Akmariah binti Mamat Mohd Amir bin Zakaria Halina binti Mohamed Yusof Aiza Mufida binti Mozi Wan Muhammad Amir Ashraf bin Wan Ramli Safinaz binti Sulaiman Azizan binti Suhadi EARs (EASY ACCESS REPETITION SOURCE) Anie Hasliza binti Mhd Jalil Hasni binti Abdul Ghani EROXCel Calculator Hairon Azman bin Adanan Rabiatul Adawiah binti Ayop Musiade bin Mohd Sharif Jamiatun Nadwa binti Ismail CHEMStation 2.0 PDP BERBANTUKAN TMK Hezelin Elayana binti Shaian1 Mohd Faisal bin Ab Salam 2 Hazerina binti Shaian3 viii 1. Kolej Matrikulasi Pahang 2. SMK Seri Panching, Kuantan, Pahang 3. SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang, Johor Bil 6 7 8 9 10 11 12 13 Tajuk Inovasi dan Nama Ahli Kumpulan IsoBoARD 3.0 Rozianim binti Ahmad Norhazilah binti Mohamad Mohamad Zairul bin Md Razali Norzalina binti Maarof Aryati binti Busero MUET MEIOW Dr Yee Bee Choo1 Vijayan A/L Periasamy1 S. Ramesh A/L Sathappan2 e-GP CALCULATOR DALAM MULTI LEVEL GAME Nizaha binti Zulkifli Rozana binti Ahmad Zukri Rashida binti Abdul Raffar INOVASI KIT RUMAH BINOMIAL Hazit bin Kamaruddin TELANGCATOR – INDIKATOR AISD-BES SEMULA JADI DARIPADA BUNGA TELANG Ummi Kalthum binti Mansor Asniati binti Sabil GAS TOOLKIT 2.0 Dani Asmadi bin Ibrahim Noor Fatihah binti Zulkeply Ashar Asrul bin Ros KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PEMBELAJARAN KESAN DAYA TARIKAN MOLEKUL CECAIR MELALUI PENGGUNAAN KIT VPBP Mimi Azarina binti Ahmad Barai1 Amal Hayati binti Jamali1 Chia Chew Ping2 Mardiana binti Amir Mizan3 PENGGUNAAN APPS MORAL VALUE (MORVALUE) DALAM SUBJEK PENDIDIKAN MORAL Syahrul Waheeda binti Mohd Ali Ang Lim Mei Xin Chang Ler Xuan Mok Xin Hui Riniisha A/P Muniandy Mohd Amir bin Zakaria ix Institusi Anugerah Halaman Kolej Matrikulasi Melaka Perak 134 1. IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor 2. IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru Perak 142 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Perak 146 Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Perak 151 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Perak 155 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Gangsa 160 1. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2. Kolej Matrikulasi Selangor 3. Kolej Matrikulasi Labuan Gangsa 166 Kolej Matrikulasi Johor Gangsa 171 Bil Tajuk Inovasi dan Nama Ahli Kumpulan 14 EZ FLIP Seow Sieu Kian Catherine Lau Kai Xing Yong Ying Ying Hii Bii Nee 15 16 17 18 19 20 21 22 C ME HEAR ME Seow Sieu Kian Si Hong Ying AL-QALIQ Che Noorwani binti Che Wil Halim bin Wan Ibrahim Nik Azhar bin Nik Ab. Rahman Nik Hassan bin Seman Noor Zamrina binti Jusoh Zaleha bin Mohd Noor TIC TAC TOE DALAM MENSTRUAL CYCLE Noor Aini binti Kamin Mulyani binti Muhamad Effendi Rohayu binti Yusof Nor Hasni binti Lizar LONG JUMP TAKEOFF SENSOR (LJTS) Dr Mohd Hanapiah bin Khamis Dr Hj Abdul Latif bin Ahmad Mohamad Asmadi bin Samdin Koo Mei Fong PAWARNA 2.0 Zahidi bin Khamis Dr Mazlan bin Hj A Karim Farah Suhaiza binti Saaya HOOKS THE RABBIT Seow Sieu Kian Wong Yit Fang BEKLUR KUASA 4 Norrila binti Satari1 Izyana binti Izuddin2 Jamaludin bin Jasat2 VST KIT Luvrina binti Jamaludin Cheng Hui Chi Ooi Yong Yuen Wong Shao Liang x Institusi Anugerah Halaman IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 178 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 182 IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan Gangsa 186 Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak Gangsa 190 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 195 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 200 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 205 1. IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor 2. SK Seri Beroleh, Batu Pahat, Johor Gangsa 209 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 213 Bil Tajuk Inovasi dan Nama Ahli Kumpulan 23 PaDaraMu V2 Mohd Rosman bin Salubin Mohamad Asmadi bin Samdin Dr Mohd Hanapiah bin Khamis xi Institusi Anugerah Halaman IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Gangsa 220 VEG-BLUM Nor Azian binti Idris Maimun binti Jusoh Norlailah binti Ramli Indera Syahril bin Mohamad Md Hairi bin Ibrahim Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah, Melaka ABSTRAK VEG-BLUM adalah sejenis baja organik yang terhasil daripada gabungan rumput dan air sebagai bahan utamanya. Veg-blum menggunapakai konsep Green to Green – di mana penggunaan semula bahan buangan (rumput) untuk penghasilan baja organik dan seterusnya menghasilkan sayuran yang segar bugar. Ujian yang dilakukan ke atas Veg-blum oleh Melaka Biotechnology Corporation telah menunjukkan bacaan Potassium (K) iaitu 293.7 mg/L dan Fosforus (P) sebanyak 64.1 mg/L membuktikan bahawa ia sememangnya mengandungi bahan yang amat diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbesaran dan hidup dengan sihat dan segar. Penggunaan Veg-blum dapat menjimatkan kos baja dan boleh mendapat hasil yang lumayan dalam masa yang singkat berbanding menggunakan baja organik yang biasa. Veg-blum adalah 100% bahan asli, tanpa sebarang campuran bahan kimia yang boleh membahayakan pengguna. Veg-blum juga bertindak sebagai ‘pest-control’. Penggunaannya amat mudah dan selamat, amat membantu kepada suri rumah dan sesiapa sahaja yang ingin berkebun dan boleh memperolehi hasil tanaman yang lumayan. OBJEKTIF ● Dapat menggunakan baja organik yang selamat dan murah. ● Dapat mempercepatkan bilangan hari untuk tuaian hasil (sayur-sayuran). ● Untuk pembesaran dan kesuburan sayur yang maksima. KUMPULAN SASARAN 1. Pekebun sayur 2. Surirumah/individu yang ingin memulakan projek kebun sayur di sekeliling rumah 3. Projek Kebun sayur sekolah/institusi LATAR BELAKANG Veg-blum terhasil berikutan konsep ‘Pertanian Teknologi Hijau’ yang diperkenalkan oleh kerajaan dan agensi-agensi pertanian ke arah pertanian lestari (sustainable agriculture) yang melindungi alam sekitar, kesihatan awam dan komuniti manusia. Veg-blum menggunapakai konsep ‘Green to Green’ – di mana penggunaan semula bahan buangan (rumput) untuk penghasilan baja organik dan seterusnya menghasilkan sayuran yang segar bugar. Bersesuaian dengan definisi ‘Baja organik’ yang merupakan baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan (wikipedia 2018), demikian jugalah Veg-blum. Ia terhasil daripada gabungan rumput laman dan air hujan sebagai bahan asas. Setelah melalui proses pereputan, maka terhasilkan baja organik cecair yang dinamakan Veg-blum. Vegblum adalah singkatan daripada ‘vegetable’ dan ‘bloom’ yang bermaksud ‘sayur segar bugar’. Penggunaan Veg-blum telah dapat menyelesaikan beberapa masalah, antaranya dapat mengatasi pencemaran alam sekitar, meoptimumkan penggunaan laman rumah yang sempit dan juga telah memendekkan jangka masa penuaian sayur. Di samping itu juga penggunaan Veg-blum dapat menjimatkan kos baja – dengan hanya berbelanja secara paling minimal boleh mendapat hasil yang lumayan dalam masa yang singkat. Penggunaan yang betul dan berkala akan membolehkan hasil dituai 1 dalam masa yang amat singkat iaitu separuh daripada masa yang diambil sekiranya menggunakan baja yang biasa. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Kebiasaannya, ladang-ladang komersial banyak menggunakan racun serangga perosak atau racun haiwan perosak dan baja kimia. Ia dipercayai dapat menghapuskan haiwan perosak dengan cepat seperti belalang, kumbang dan ulat. Di samping itu, ia dapat meningkatkan produktiviti hasil tanaman mereka berlipat kali ganda. Namun penggunaan baja kimia yang kerap banyak membawa kepada kesan negatif kepada kesihatan mahupun alam sekitar. Di samping itu juga penggunaan baja kimia ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan juga menjadi alasan kepada masyarakat hari ini untuk tidak makan buah atau sayur. Pengambilan buah-buahan dan sayuran yang rendah adalah antara 10 risiko utama faktor yang menyumbang kepada kematian (World Health Report 2003). Selain daripada faktor tersebut, masyarakat juga sering membiarkan tanah lapang yang ada disekeliling rumah mereka tanpa diusahakan. Justeru bagi mengatasi kedua-dua masalah ini, wujudlah Veg-blum yang bukan sahaja dapat membantu petani mahupun petani ‘segera’ untuk beralih kepada baja organik tetapi juga dapat mengoptimakan kawasan sekitar menjadi kebun sayur dan yang paling menakjubkan, sayuran tersebut dapat dituai dalam tempoh yang singkat jika dibandingkan mengguna baja yang sedia ada di pasaran. Tambahan pula Veg-blum tidak seperti baja organik lain yang mengeluarkan bau yang busuk, sebaliknya dengan Veg-blum bau tersebut hampir tiada. Pengguna boleh menarik nafas lega sekiranya menggunakan Veg-blum. Secara ringkasnya Veg-blum adalah selamat dan mudah digunakan. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan-bahan yang digunakan dalam Penghasilan Inovasi • Rumput laman yang hijau • Air hujan • Garam • Daun kering/kayu reput (sebagai agen pereputan) Rajah 1: Semua bahan disatukan dalam tong dan diperap selama 14 hari Rajah 2: Veg-blum yang telah siap diperap dan dibotolkan (terhasil sebagai pati) Cara Inovasi digunakan i. 40 mililiter (ml) pati baja rumput (Veg-blum) dicampurkan dengan satu liter air ii. Siram pada daun,batang dan pangkal pokok (sayur hijau) iii. Siram sebanyak dua atau tiga kali seminggu • Rumput hijau – rumput yang masih hijau mengandungi banyak nutrient yang diperlukan tumbuhan lain. • Daun reput - kaya dengan mikrob. Mikrob ini akan menjalankan fungsi mengurai dan menukarkan rumput jadi baja yang boleh diserap tumbuhan. 2 • Garam – garam dari laut mempunyai 83 jenis mineral yang bagus untuk tumbuhan. Ia sebagai makanan bakteria baik semasa proses peraman berlangsung. Kos Penghasilan Inovasi Tidak melibatkan kos yang banyak kerana semua bahan boleh didapati disekeliling kita: - rumput (boleh didapati dari laman rumah) - garam (dari dapur /kedai runcit) - air (boleh menggunaan air hujan – jimat) - kayu reput/daun kering (boleh didapati di sekitar kawasan rumah atau belukar yang berhampiran) KEBERKESANAN i. Pengurangan masa tuaian sayuran hijau - dari 81-105 hari kepada 60 hari atau 5 minggu sahaja dengan penggunaan Veg-blum. ii. Penjimatan perbelanjaan dapur – pembelian sayur di pasaran - Harga sekilogram kobis adalah sekitar RM3 - RM4.50. Bagi setiap 1liter baja Veg-blum boleh dicairkan sebanyak 3 kali ganda dan boleh digunakan untuk siraman sebanyak 20 pokok kobis (satu liter Veg-blum adalah hanya RM15, 5 liter RM60). iii. Sayuran yang lebih segar dan ranggup – selamat dimakan dan berkhasiat kerana mengandungi Potassium dan Fosforus yang amat penting kepada badan manusia. iv. Penggunaan tanah/ruang yang optimum – sekurang-kurangnya 70 peratus kawasan terbiar atau ruang laman dapat digunakan untuk bercucuk tanam kerana sayur kobis dan sawi boleh ditanam didalam pasu – tidak memerlukan ruang yang luas. Jenis Sayur Tumbesaran Baja Organik X Ukuran (inci) Bukti Veg-blum Ukuran (inci) Minggu 1 3 5 Minggu 2 5 10 Minggu 3 12 18 Bukti Sawi (Tuaian) Rajah 3: Menunjukkan proses tumbesaran sawi yang menggunakan Veg-blum 3 Rajah 4: Setelah dituai, didapati ukuran bayam ini ialah sepanjang 18 inci – melebihi ukuran bayam biasa tanpa penggunaan baja Veg-blum Jadual 1. Perbandingan bilangan hari boleh dituai setiap jenis sayur Bil hari boleh dituai mengikut jenis baja Bil Jenis Sayuran Perbezaan (Hari) Baja organik X Veg-blum 1. Kobis 80-105 60-90 10-20 2. Sawi 28-30 14 16 3. Bayam Brazil 49 36 13 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Veg-blum telah tersedia untuk digunakan dan dipasarkan Berdasarkan International Fertilizer Association, World Bank, untuk tiga tahun yang akan datang (2020, 2021, 2022) permintaan ke atas baja kimia adalah tidak berubah, tetap pada kedudukan 1.3% sahaja. Ini merupakan satu indikator yang menunjukkan mungkin peladang dan pekebun telah beralih kepada produk organik. Indikator ini juga adalah petanda baik kepada keberhasilan produk ini di masa akan datang dan berpotensi untuk mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pekebun mahupun petani. RUMUSAN Secara kesimpulannya, Veg-blum dapat memberi impak ynag positif dari beberapa sudut termasuklah: Ekonomi : Boleh menjana pendapatan isi rumah terutama golongan B40. Berdasarkan kepada slogan ‘Pertanian adalah Perniagaan’, kini surirumah boleh mula bercucuk tanam walaupun mempunyai tanah sekangkang kera. Alam Sekitar : Penggunaan bahan terbuang (rumput) dapat dikitar semula – mengamalkan konsep ‘Green to Green’ iaitu dari rumput hijau kepada sayuran yang hijau. Mengurangkan kesan ‘rumah hijau’ atau pemanasan global. 4 RUJUKAN Houston, M.C. (2011). The importance of potassium in managing hypertension. Current hypertension reports, 13(4), 309-317. Prajapati, K., & Modi, H. A. (2012). The importance of potassium in plant growth – a review. Indian Journal of Plant Sciences, 1(2), 177-186. (2003). World Health Report. (2017). International Fertilizer Association World Bank. (2018). Retrieved March 12, 2020, from wikipedia:Wikipedia Myagri/com.my. (2017). Retrieved March 12, 2020 from myagri AHLI-AHLI KUMPULAN NOR AZIAN BT IDRIS MAIMUN BINTI JUSOH NORLAILAH BINTI RAMLI INDERA SYAHRIL BIN MOHAMAD KUMPULAN JEJARI HIJAU 5 MD HAIRI BIN IBRAHIM SISTEM E-PEPERIKSAAN Radiah binti Bahar Amal Hayati binti Jamali Muhammad Shatri bin Omar Zakiah binti Zuber Nur Baizura binti Zainal Abidin Nurhanira binti Mohd Noor Hasmiza binti Halim Kumpulan Supporter Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ABSTRAK Pelajar lepasan kolej-kolej matrikulasi di bawah kendalian Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), menyambung pengajian seterusnya ke IPTA atau IPTS berdasarkan kepada pemohonan yang dibuat. Bagi mengisi borang dan menghadiri sesi temuduga, para pelajar perlu mengemukakan slip keputusan peperiksaan sementara. Pihak BMKPM bertanggungjawab untuk mengeluarkan slip tersebut. Manakala Sijil Matrikulasi pula akan diberikan setelah tamat tempoh pengajian. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar ialah kesukaran untuk memperolehi slip keputusan peperiksaan sementara, disebabkan tempoh yang diberikan oleh BMKPM untuk memuat turun slip tersebut adalah singkat. Kegagalan ini, menyebabkan para pelajar terpaksa mendapatkannya melalui pihak kolej masing-masing. Justeru, kami mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah pelajar dengan membangunkan satu aplikasi atau sistem yang mesra pelanggan bagi membolehkan pelajar memperolehi slip mereka dengan pantas dan mudah. Aplikasi ini boleh dicapai melalui epeperiksaan.kmns.matrik.edu.my. Bidang inovasi penyampaian perkhidmatan dipilih, bersesuaian dengan keberhasilannya untuk memantapkan kaedah semasa, sejajar dengan memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0. Kecekapan jabatan atau unit di KMNS dapat beroperasi secara berkesan dengan memanfaatkan teknologi terkini. Seterusnya, kos operasi dan masa dapat dijimatkan. Melalui usaha yang kreatif dan inovatif dapat meningkatkan kepuasan hati pelanggan serta mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efisien. OBJEKTIF 1. Pelajar dapat memuat turun slip keputusan peperiksaan sementara semester 1. 2. Membolehkan pelajar memperolehi slip mereka dengan pantas dan mudah. 3. Menjimatkan kos operasi dan masa. KUMPULAN SASARAN Pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. LATAR BELAKANG Program Matrikulasi adalah satu program pra universiti untuk bumiputera di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah tamat program matrikulasi, para pelajar sama ada program satu tahun (dua semester) atau dua tahun(empat semester) akan mendapat Transkrip dan Sijil Matrikulasi. Transkrip dan sijil ini dikeluarkan oleh pihak Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia(BMKPM) setelah tamat tempoh pengajian. Seterusnya, mereka akan memohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Untuk permohonan tersebut, pelajar perlu mengemukakan slip keputusan peperiksaan sementara, bagi membolehkan mereka mengisi boring dan menghadiri sesi temuduga. 6 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Permasalahan pelajar adalah untuk memuat turun slip keputusan peperiksaan untuk digunakan bagi keperluan semasa menghadiri sesi temuduga atau mengisi borang kemasukkan ke universiti awam atau swasta. Pihak BMKPM menyediakan prosedur yang perlu dipatuhi oleh pelajar bagi mendapatkan slip tersebut secara atas talian, namun begitu, terdapat kekangan yang dihadapi oleh pelajar disebabkan tempoh yang singkat untuk memuat turun slip tersebut. Antara puncanya pelajar terlupa disebabkan kesibukan dengan tugasan pengajaran dan pembelajaran(PdP) walaupun telah diberi ingatan oleh Unit Peperiksaan, telefon bimbit mereka menghadapi masalah, kekurangan data dan sebagainya.Kegagalan ini menyebabkan para pelajar terpaksa mendapatkannya melalui pihak kolej masing-masing. Permasalahan daripada pihak kolej, kolej terpaksa mencetak slip dengan menggunakan kos kertas dan pencetakan yang tinggi serta tenaga pensyarah diperlukan untuk mengedarkan slip tersebut. INOVASI YANG DILAKSANAKAN DAN KAEDAH PENYELESAIAN Kami membangunkan satu aplikasi atau sistem yang mesra pelanggan bagi membolehkan para pelajar memperolehi slip mereka dengan pantas dan mudah. Pendidikan pada era teknologi maklumat dan moden perlu diselaraskan dengan keperluan dan kehendak semasa (Rohani et al,. 2015). Aplikasi ini boleh dicapai melalui URL epeperiksaan.kmns.matrik.edu.my. Pelajar hanya memuat turun slip mereka dengan mematuhi prosedur yang disediakan oleh Unit Peperiksaan. Sistem yang digunakan sangat mesra pelanggan, menjimatkan kos, masa yang singkat dan tidak memerlukan sumber tenaga manusia yang banyak. Inovasi ini dinamakan e-PEPERIKSAAN kerana ia berkaitan dengan keputusan peperiksaan pelajar. KAEDAH PENYELESAIAN (a) Bahan dan Metod Kami membangunkan satu aplikasi atau sistem yang mesra pelanggan dan merekabentuk Homepage bagi membolehkan pelajar memperolehi slip mereka dengan pantas dan mendapatkan sumber maklumat yang diperlukan dalam e-PEPERIKSAAN. (b) Membangunkan Sistem Aplikasi boleh dicapai melalui URL http://10.14.81.48/epeperiksaan. Pelajar hanya memuat turun slip mereka dengan mematuhi prosedur yang disediakan oleh Unit Peperiksaan. Sistem yang digunakan sangat mesra pelanggan, menjimatkan kos operasi, masa yang singkat dan tidak memerlukan sumber tenaga manusia yang banyak. URL yang digunakan hanya boleh dibuka dengan menggunakan rangkaian internet kolej sahaja. Pelajar tidak boleh membuka sistem ini di luar rangkaian server kolej. Ini merupakan salah satu ciri-ciri keselamatan yang perlu diambilkira oleh pelajar kerana keputusan peperiksaan adalah SULIT. Inovasi ini dinamakan e-PEPERIKSAAN kerana ia berkaitan dengan keputusan peperiksaan pelajar. Walau bagaimanapun slip ini hanyalah bersifat sementara iaitu sebelum pelajar mendapat sijil penuh bagi keseluruhan keputusan peperiksaan. e-PEPERIKSAAN tidak lagi mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar dan masa pensyarah untuk mengagihkan slip. (c ) Merekabentuk Homepage Homepage yang dipaparkan sangat mudah dan jelas. Apabila URL dicapai pelajar hanya perlu memilih jurusan, program pengajian, seterusnya memasukkan nombor kad pengenalan. Paparan slip peperiksaan dipaparkan dan pelajar boleh memuat turun dan menyimpan keputusan slip tersebut. Pelajar juga boleh menyemak pendaftaran subjek Peperiksaan Semester Program Matrikulasi dan markah Penilaian Berterusan. 7 1 2 3 4 Rajah 1: Paparan Homepage Mendapatkan Slip Keputusan PSPM 2 1 4 3 5 6 7 Rajah 2: Paparan Homepage Menyemak Pendaftaran Subjek PSPM 2 1 Rajah 3: Paparan Homepage Menyemak Markah Penilaian Berterusa 8 3 KEBERKESANAN (a) Penjimatan kos operasi. Secara tidak langsung Unit Peperiksaan tidak perlu lagi memikirkan kos yang terpaksa ditanggung untuk mencetak slip tersebut, kerana sebelum e-PEPERIKSAAN transkrip dicetak dengan menggunakan kertas khas bagi agihan transkrip. Anggaran pelajar bagi setiap semester untuk setiap sesi ialah 2000 orang. Jadual 1. Kos slip secara manual dan e-PEPERIKSAAN BAHAN Kertas watermark (tera air ) Dakwat mesin cetak Kos (RM) Peratus penjimatan kos (%) SLIP SECARA MANUAL RM 1.20 x 2000 pelajar = RM 2400 RM 0.08 x 2000 pelajar = RM 160 RM 2560 e-PEPERIKSAAN 0 0 0 JIMAT 100% 100% Rajah 4: Pembuktian Penjimatan Kos Operasi 9 (b) Penjimatan masa. Pensyarah tidak perlu lagi mengagihkan transkrip kepada pelajar dan tiada jadual anjal yang terpaksa dilaksanakan bagi proses PdP. Rajah 5: Proses kerja penyediaan dan penyerahan slip sebelum e-PEPERIKSAAN Rajah 6: Proses kerja selepas wujudnya inovasi Sistem e-PEPERIKSAAN. 10 Pengagihan slip keputusan secara manual Sistem e-PEPERIKSAAN JIMAT 99.63% 7 Rajah 7: Carta Alir proses kerja sebelum dan selepas menggunakan inovasi Sistem e-PEPERIKSAAN. (c) Mudah Digunakan (user friendly). Sistem dibangunkan adalah mesra pengguna dan mudah digunakan. Pelajar boleh mengakses sistem ini pada bila-bila masa sebaik sahaja keputusan peperiksaan Semester 1 diumumkan oleh BMKPM. (d) Keberkesanan dalam pencarian data. Pelajar dengan mudah melayari sesawang yang diberi seterusnya memasukkan data yang diperlukan dan transkrip dipaparkan dengan pantas. (e) Meningkatkan nilai kepenggunaan seterusnya menjamin kepuasan hati pelanggan. Kemajuan teknologi yang terkini memberi impak yang besar kepada organisasi untuk memenuhi hasrat pemegang taruh dengan lebih efisyen. (f) Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak Lain Sistem ini telah disebarluas semasa Pertandingan Inovasi Competition, Presentation, Exhibition Peringkat Kebangsaan pada 25-27 Jun 2019 di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai. 11 Kami juga turut menyertai Pameran Inovasi / KIK Sempena Karnival Sains Matrikulasi 2019 (MASCAR 2019) Anjuran Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada 26 - 27 Julai 2019. Kami mengambil peluang yang ada ini untuk berkongsi dengan warga karnival mengenai sistem e-PEPERIKSAAN. Sebarluas di Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Selangor dan Kolej Matrikulasi Melaka Kolej Matrikulasi Selangor (25 November 2019) Kolej Matrikulasi Labuan (9-11 Januari 2020) Kolej Matrikulasi Melaka (10 Mac 2020) Hakcipta terpelihara oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Didaftarkan pada 26 Julai 2019, no permohonan LY2019003961 12 RUMUSAN Melalui e-PEPERIKSAAN, dapat memenuhi kehendak stakeholders, melaksanakan perkhidmatan yang cekap dan efisien, seterusnya menaikkan imej Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. RUJUKAN Rohani M.M Yusoff, Ahmad Shaharil Jamaludin & Abda Hamida D.Abdul Hameed. (2015). Tahap Kesediaan Pelajar dalam Penggunaan Teknologi, Pedagogi, dan Kandungan (TPACK) dalam Pembelajaran Kurikulum di IPT. Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. (eISBN 978-967-0792-06-4). Nurhani Bakri & Rugayah Mohamed. (2008). Keunggulan Budaya Teknologi Dalam Memacu Kemajuan Bangsa. Jurnal Kemanusiaan bil 11. Jun 2008. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia. Nurul Elliza Jasmin & Muhammad Khatim Hasan.(2018).Framework For The Implementation Of EGovernment System Based On Cloud Computing For Malaysian Public Sector. Asia-Pacific Journal Of Information Technology and Multimedia Vol.7 No.1, June 2018:1-18 e-ISSN:2289-2192. AHLI-AHLI KUMPULAN 13 Sis-5G-CPDOL (SISTEM PENGURUSAN CPD DALAM TALIAN) Zamidi bin Ismail Dr. Abdul Latif bin Ahmad Tokiap bin Tokimin Dr. Mazlan bin A. Karim Abdul Rahim bin Mohamad Kharshiah binti Khalid Melati binti Yaacob Luvrina binti Jamaludin Zaihan bin Abd. Aziz Nadiyah binti Yahya IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK Platform dalam talian berkonsepkan e-pembelajaran banyak membantu pensyarah dalam mengendalikan pengurusan dan kursus menerusi pelbagai aplikasi dalam talian seperti yang disediakan oleh Google Google Form, Google Slides, Google Sheets. Gabungan aplikasi google telah membantu pihak pengurusan kursus CPD dalam talian dan fasilitator sehingga terbentuknya satu sistem pengurusan yang dapat mempermudahkan lagi pengurusan. OBJEKTIF 1. Membina pangkalan data maklumat peserta kursus CPD memalui pengintegrasian SPLKPM bersama aplikasi Google Form dan Google Sheets secara sistematik dan kemaskini. 2. Membina sistem carian surat jemputan peserta kursus dn pengesahan penyertaan oleh Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar melalui gabungan aplikasi Google Form, Google Sheets dan Google Slides. 3. Menyediakan pelantar interaksi segerak dan tidak segerak beserta rekod kehadiran peserta semasa pelaksanaan CPD melalui gabungan aplikasi Google Meet, Google Classroom dan Google Form. KUMPULAN SASARAN Pihak yang terlibat dalam pengurusan kursus CPD dalam talian. LATAR BELAKANG Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan PnP secara konvensional tertangguh, malah kursus yang ditawarkan oleh IPGK dalam SPLKPM turut tertangguh. Bahkan menjadi tugasan para pensyarah semakin mencabar apabila kami perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu yang memerlukan kursus yang ditawarkan dilaksanakan secara dalam talian. Dalam konteks ini, platform dalam talian berkonsepkan e-pembelajaran banyak membantu pensyarah dalam mengendalikan pengurusan dan kursus menerusi pelbagai sistem dalam talian seperti Google Classroom, Google Sheets/Docs, Google Form, Google Slides dan Google Meet. Malah kumpulan WhatsApp kelas, telegram juga terus menjadi platform yang sangat signifikan dalam menyampaikan maklumat, mewujudkan sesi interaksi dan pembelajaran antara pensyarah dan peserta kursus. 14 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Pengurusan CPD di IPGKTHO dalam memberi penawaran kursus-kursus kepada warga KPM menggunakan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Sebagai satu Pusat Pembangunan Profesionalisma Berterusan, IPGKTHO telah menubuhkan jabatan pembangunan latihan (JPL) mulai Julai 2019 dan sebanyak 111 kursus telah ditawarkan kepada pada tahun 2019 (Laporan LDP, 2019). Pada tahun 2020 ini JPL telah merancang lebih 80 kursus. Warga KPM yang berminat dengan kursus-kursus yang ditawarkan akan membuat permohonan melalui SPLKPM Modul Individu dan mengisi butiran yang terdapat di dalam SPLKPM. Pengurusan Kursuskursus dan Latihan boleh diringkaskan seperti rajah berikut: Jabatan/Unit (Pensyarah/ Jurulatih Koku) Pelaksanaan Kursus/CPD Pelantikan Fasilitator & Info Peserta Penyediaan Tajuk & Modul CPD Jabatan Pembangunan Latihan (JPL) Pengisian Tawaran & Info Kursus Surat Jemputan Kursus Pengesahan Permohonan SPLKPM (LDP Terbuka) PESERTA KURSUS (Modul Individu) Permohonan Kursus 1. Data yang diisi dalam borang makluman di SPLKPM tidak diisi dengan lengkap terutamanya alamat email dan nombor telefon. 2. Kesukaran pihak Unit LDP untuk menghantar surat jemputan kursus kepada peserta apabila melibatkan bilangan peserta yang ramai melalui email 3. Kesukaran peserta menyemak samada mereka berjaya menyertai kursus yang dipohon 4. Kesukaran pihak ULDP menyemak pengesahan kebenaran ketua jabatan peserta kerana format penghantaran dari peserta yang pelbagai. 15 INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi Sistem dalam Talian - WhatsApp - Telegram - Aplikasi Google ● Google Forms ● Google Sheets ● Google Data Studio ● Google Classroom ● Google Meet Cara Inovasi Digunakan - Dalam Talian 1. Sistem komunikasi antara Penyelaras Kursus dan Peserta menggunakan Wasapp dan Telegram Group Wasapp : Group Wasapp ini dibina bagi pengurusan awal kepada peserta supaya kursus yang dirancang akan berlangsung dengan baik. Peserta yang ingin membuat pertanyaan dan menghadapi masalah berkaitan kursus dapat mengemukakan di sini. Contoh masalah yang dihadapi peserta Contoh semakan Pendaftaran Peserta Group Telegram : https://t.me/joinchat/AnqOUh1EI-Q9Xqc0L6GpTA 2. Borang Pendaftaran CPD Atas Talian IPGKTHO menggunakan Google form – 16 Google forms : https://forms.gle/VtCTF2EsmABf1qgN 3. Sistem Maklumat Peserta CPD (http://gg.gg/sistem-maklumat -peserta-KKP) melalui aplikasi Google Sheets 4. Sistem Carian Surat Peserta Kursus berdasarkan No. Kad Pengenalan Alamat Sistem Carian Surat Peserta : http://gg.gg/sistem-suratpeserta-CPD Langkah 1: Mengisi No Kad Pengenalan dan klik link surat Langkah 2: Peserta Mencetak Surat Peserta CPD 17 5. Sistem Pengesahan Ketua Jabatan @ Pentadbir Sekolah menggunakan Google Forms Alamat Google Forms https://forms.gle/VtCTF2EsmABf1qgN 6. Sistem Perkongsian Bahan KKP melalui Google Classroom dan Pautan Google Meet (Interaksi segerak dan tidak segerak) Kos Penghasilan Inovasi Tiada kos penghasilan dalam menyediakan Sis-5G-CPDOL 18 KEBERKESANAN Sistem ini telah banyak mempermudahkan pengurusan pihak ULDP dan fasilitator, dan yang paling penting telah banyak mempermudahkan urusan peserta dalam menyemak pendaftaran peserta, maklumat diri peserta ,menerima surat tawaran peserta, menghantar borang pengesahan penyertaan peserta oleh Ketua Jabatan dan semakan maklumat peserta dengan hanya dihujung jari sahaja. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Sistem ini boleh disebarluaskan kepada 10 IPG CPD dan juga 17 IPG Akademik yang juga ada menawarkan CPD dalam talian. RUMUSAN Dengan wujudnya sistem pengurusan CPD dalam talian telah banyak mempermudahkan pengurusan ULDP dan fasilitator kursus dalam menyebarluaskan info terkini kepada peserta dan capaian seperti pendaftaran peserta, surat tawaran peserta, pengesahan penyertaan peserta oleh Ketua Jabatan dan semakan maklumat peserta AHLI-AHLI KUMPULAN 19 SCANNGO Ragu A/L Sinnasamy Vadivelan A/L Lohonathan Kukan A/L Nalleppan SJK(T) Sepang, Selangor ABSTRAK ScanNGo merupakan satu Google form ( single form) bagi semua urusan sekolah. Sistem ini dihasilkan untuk tujuan meringankan bebanan guru. Dengan adanya ScanNGo guru-guru hanya menghantar data yang diperlukan melalui google form.Guru-guru boleh menghantar data melalui talipon pintar mudah alih. Dengan berbuat demekian analisa data dan Format Maklumat yang diperlukan dijana secara automatik. Penjanaan data dan laporan akan disimpan didalam cloud Google. simpanan data dan laporan ini hanya boleh di akses oleh , Guru Besar, guru-guru Penolong kanan dan guru yang dilantik untuk urusan tertentu. walaupun penggunaan QR CODE telah wujud di sekolah-sekolah namun ianya adalah satu Code untuk satu Urusan. Saya telah menghasilkan satu QRCODE untuk semua urusan. Ini akan menjimatkan masa guru-guru. Urusan yang telah diintegrasikan ialah , Kehadiran Murid RMT, Kehadiran Murid Kelas Tambahan UPSR, Laporan kawalan Kelas, Laporan Perhimpunan,Laporan RMT, Minit Curai, Penggunaan Bilik-Bilik Khas, Pencapaian sekolah, Kehadiran Guru KOKU. Amalan Baik ini telah memberikan impak yang sangat baik di kalangan guru-guru. guru-guru tidak perlu mencari buku kehadiran atau laporan pada setiap hujung bulan bagi melengkapkan. Ini kerana sistem ini akan mengisi semua data yang diperlukan secara automatik. guru hanya cetak dan simpan untuk tujuan rujukan. OBJEKTIF 1. Untuk meringankan bebanan Tugas guru. 2. Untuk menggalakkan minat bekerja seronok dan tidak menyusahkan. 3. Untuk membolehkan memberikan tumpuan yang optimum terhadap Pdpc.. KUMPULAN SASARAN Guru-guru sekolah rendah SJKT Sepang. LATAR BELAKANG Bekas Menteri Pendidikan YB Mazlee Malik semasa berucap di Perhimpunan Khas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Amanat Tahun Baharu Menteri Pendidikan pada 28.12.2019 mengatakan bahawa “KPM komited memastikan semua tugas pentadbiran yang ada seharusnya bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak di sekolah. Ini termasuk menyelesaikan semua tugas yang bertindih dan tidak relevan dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Ini semua untuk memastikan guru fokus mengajar serta mendidik di dalam kelas. Pesanan YB Bekas Menteri Pendidikan dengan jelas telah memberikan pesanan kepada seluruh warga pendidik supaya memberikan fukos utama kepada peningkatan kualiti pembelajaran murid-murid sekolah. Oleh itu semua pihak harus melangkah kearah meringankan bebanan guru supaya matlamat yang disampaikan itu di capai. Ledakan Teknologi memanglah memudahkan para guru untuk meningkatkan keberkesanan Pdpc. Walaubagaimanapun kewujudan QRCODE dan Google form pada masa kini banyak di gunakan di sekolah-sekolah. Satu tugas satu QRCODE dan Form dibina secara berasingan mengikut tugasan. Analisa data adalah daripada carta form itu sendiri. Beban tugas guru telah menjadi satu isu sejak lama dulu. Siti Rodziah Kadir (1982) telah membuat kajian tentang persepsi guru-guru yang mengajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Selangor dan Negeri Sembilan. Guru-guru menyatakan kerumitan yang mereka alami ialah beban tugas yang berat, 20 kekurangan peralatan, kekurangan persiapan mengajar kerana kursus yang diikuti tidak mencukupi, saiz kelas yang besar dan kerja-kerja perkeranian yang dibuat. Kerja-kerja perkeranian ini akan mendatangkan keletihan kepada guru dan boleh mengurangkan masa mengajar guru di dalam kelas serta membuatkan fikiran guru tidak tenteram kerana masanya sentiasa terganggu. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Saya dapat memerhatikan kekangan guru-guru untuk menyediakan dan menyiapkan pelbagai laporan yang diperlukan oleh pihak sekolah/Daerah/JPN dan KPM. Para Guru kelihatan Stress dan tiada berminat terhadap Pdpc disebabkan kekangan penyediaan laporan, kehadiran murid dan sebagainya. Tugasan sampingan yang banyak menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan terhadap murid. Oleh itu, bagi mengurangkan bebanan penyediaan laporan, kehadiran murid saya telahpun membuat inovasi ini untuk tujuan meringankan bebanan tugas guru. Saya dapat perhatikan Penyediaan Laporan RMT dan Kehadiran RMT melibatkan seorang guru untuk satu kelas. Setiap hari guru-guru perlu bawa buku kehadiran ke kantin dan menandakan kehadiran murid. Setiap bulan guru-guru perlu membuat perkiraan kehadiran secara manual untuk melengkapkan laporan. Beban tugas guru telah menjadi satu isu sejak lama dulu. Siti Rodziah Kadir (1982) telah membuat kajian tentang persepsi guru-guru yang mengajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Selangor dan Negeri Sembilan. Guru-guru menyatakan kerumitan yang mereka alami ialah beban tugas yang berat, kekurangan peralatan, kekurangan persiapan mengajar kerana kursus yang diikuti tidak mencukupi, saiz kelas yang besar dan kerja-kerja perkeranian yang dibuat. Kerja-kerja perkeranian ini akan mendatangkan keletihan kepada guru dan boleh mengurangkan masa mengajar guru di dalam kelas serta membuatkan fikiran guru tidak tenteram kerana masanya sentiasa terganggu. Dalam konteks Malaysia, menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), sistem pendidikan akan dapat mencapai matlamat apabila guru-guru yang berkualiti dapat dihasilkan. Hal ini kerana pencapaian pelajar yang cemerlang adalah bergantung dengan keberkesanan sistem pengajaran yang digunapakai oleh guru mereka (Adeyemi,2010). Sehubungan dengan itu, guru adalah aset yang sangat berharga dalam sistem pendidikan bagi mana-mana negara sekalipun. Hal ini kerana, peranan guru-guru adalah sangat penting demi memastikan pencapaian objektif dalam proses persekolahan secara amnya serta proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) secara khususnya (Mohamad Johdi, 2007). Menurut Saedah dan Mohammed Sani (2012), tanpa penglibatan dan sokongan daripada kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakanakan terbengkalai begitu sahaja. Ololube (2006) mengatakan bahawa pencapaian matlamat pendidikan dalam mana-mana masyarakat secara dasarnya berkait rapat dengan prestasi kerja guru-guru dalam masyarakat itu. Sebagai input utama dalam kualiti pendidikan, prestasi kerja guru telah digariskan secara meluas sebagai faktor kritikal yang mempengaruhi kualiti pendidikan (Mekonnen, 2014). Nadeem et al.(2011) pula mengatakan bahawa dalam keseluruhan sistem pendidikan, prestasi kerja guru merupakan salah satu faktor penyumbang dalam menentukan keberkesanan sekolah dan hasil pembelajaran AMALAN TERBAIK YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● Google Drive, Google Form, Google Sheet, Document studio ● Aplikasi: QR Code Generator (pengimbas kod QR) 21 Rajah:1 -single or code ● ● Rajah 2: Item yang terdapat Rajah 3: Item yang terdapat Setelah Guru-guru mengimbas QR code atau Link maka mereka terus ke bawa kepada item utama Item Utama adalah: tarikh, nama Guru yang mengunci data, Masa, emel kpm guru yang mengunci masuk data. Rajah 4: Item yang terdapat Rajah 6: Item Pengurusan RMT Rajah5:Pilihan Menu Rajah 7: Item Item Pengurusan Bilik Khas 22 Rajah 8: Item Minit Curai Rajah 9: Item Laporan Guru Bertugas Hasil Inovasi dalam bentuk laporan yang lengkap dan kemas serta tersusun secara aoutomatik. Rajah 10: menunjukkan kehadiran murid-murid RMT. dimana setiap bulan kehadiran ditanda dan dikira secra automatik dengan tanda tangan. Guru-guru perlu cetak dan simpan sahaja hard copy jika perlu. Rajah 11: menunjukkan kehadiran murid Kelas tambahan UPSR dan juga Guru setiap hari ditanda secara aotumatik dan pada akhir bulan kehadiran ditanda dan dikira secra automatik dengan tanda tangan. Guru-guru perlu cetak dan simpan sahaja hard copy jika perlu. Rajah 12: menunjukkan dengan data yang dihantar melalui talipon Pintar format Laporan RMT dijana secara automatik dan disimpan di dalam Google drive sekolah. Manakala sesalinan diemelkan kepada guru yang mengkunci masuk dan sesalinan kepada PKHEM. 23 Rajah 13: Menunjukkan dengan data yang dihantar melalui talipon Pintar format Minit curai dijana secara automatik dan disimpan di dalam Google drive sekolah. Manakala sesalinan diemelkan kepada guru yang mengkunci masuk dan sesalinan kepada PK. Kos Penghasilan Inovasi/ Amalan terbaik Kos: RM0 ScanNgo ini dapat dihasilkan dengan tanpa kos kerana hanya memerlukan google platform serta formula-formula advance dan kreativiti.Aplikasi pengimbas kod QR boleh didapati secara percuma, yang diperlukan hanyalah telefon pintar dan capaian internet. KEBERKESANAN semua Guru di SJK(T) Sepang, terlibat dalam Amalan Terbaik selama satu Tahun. (tahun 2019) Masa yang guru-guru memerlukan untuk tugasa-tugasan ini dan kekangan di ambil kira sebelum amalan Terbaik ini diperkenalkan dan selepas diperkenalkan. Amlan ini ternyata bukti guru-guru menjimatkan masa yang banyak dan merasa senang dan tanpa stress untuk menjalankan sesuatu tugasan atau menyediakan laporan-laporan yang diperlukan oleh pendtadbiran sekolah. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek Amalan Terbaik ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada seklah-sekolah lain. Ini kerana kebanyakan sekiolah mengghunakan banyak QR Kod utk menyelesaikan tugasan tertentu. Manaka projek ini hanya melibatkan satu QR Code sahaja. RUMUSAN Kesimpulannya, amalan Terbaik i ini adalah sangat praktikal, senang, mudah, tanpa stress dan flesibilti kepada guru-guru kerana ia dapat membantu guru-guru menjimatkan masa dalam menyediakan laporan. Selain itu, ia juga dapat memberi motivasi kepadaguru-guru untuk menyediakan pelbagai laporan dengan cepat dan senang. RUJUKAN Abd. Rahim. (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. Kementerian Pelajaran Malaysia. 1986. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia mata pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001: Semua guru adalah guru disiplin. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 24 SMART QA PRS² Siti Azraa binti Salleh Hjh Irna Ariayati binti Ahmad Fazilah binti Abdul Razak Salwah binti Shaikh Abdullah Zurina binti Hamid Ruhaizat bin Mion Mazwan bin Karim SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor ABSTRAK Program Smart QA PRS² adalah kesinambungan daripada program 3S (Senyum, Sapa, Salam) yang diadakan pada tahun 2018. Program ini dijalankan bagi meningkatkan prestasi murid terutama dalam UPSR. Analisis data yang didapati dari tahun 2017 hingga 2018 menunjukkan prestasi keputusan UPSR semakin merundum. Walaupun terdapat pelbagai pelan intervensi yang dilakukan oleh pihak sekolah terutama ketua panitia namun prestasi murid-murid dalam subjek teras tidak menunjukkan peningkatan. Antara faktor yang telah dikenalpasti sebagai punca kelemahan prestasi murid ialah akhlak. Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Kepincangan akhlak timbul ekoran daripada sikap murid serta penerapan nilai murni dalam kalangan murid. Program Smart QA PRS² melibatkan tiga elemen utama iaitu akhlak, Quran, Smart dan nilai murni. Implikasi kajian ini menunjukkan pelaksanaan Program Smart QA PRS² sangat penting agar murid menjadi pelajar yang mengamalkan akhlak yang baik dalam kehidupan seharian berlandaskan AlQuran, Sunnah dan nilai murni sekaligus keputusan peperiksaan UPSR meningkat. Peratus kelulusan adalah meningkat daripada tahun sebelumnya. Program ini akan ditambah baik pada tahun 2020 selaras dengan hasrat KPM iaitu kemenjadian murid. PENDAHULUAN Al-Quran dan nilai murni merupakan acuan utama dalam membentuk lima aspek teras potensi diri dari segi spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial sebagaimana yang terkandung dalam kandungan Falsafah Pendidikan Islam. Menurut Supyan (2014) Pendidikan Islam adalah satu proses membina tamadun pembelajaran sepanjang hayat bermula dengan Iqra' sehingga ke liang lahad. Abdul Halim (1989) menyatakan para sarjana dan cendiakawan Islam merumuskan bahawa Pendidikan Islam berperanan membentuk peribadi yang memenuhi ciri-ciri insan kamil iaitu sempurna kerana mempunyai keimanan yang teguh, patuh dan tekun menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah S.W.T., mempunyai akhlak yang luhur, memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi dan mampu memimpin dan membimbing rakan dan dalam kehidupan seharian. Kurshid (1975) menekankan bahawa untuk menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan sandaran, memerlukan usaha untuk mencapai bacaan Al-Quran dan memahami serta menghayati pengertian dan isi kandungan Al-Quran untuk memberi tumpuan kepada pembentukan individu sehingga menjadi seorang manusia yang sempurna dari segi pertambahan ilmu dan juga pembentukan akhlak dan rohani. Amalan membaca Al- Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggungjawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca Al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Menurut AlQusyairi (1995) penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu usaha ke arah pembentukan insan kamil, dan untuk membimbing umat Islam ke arah petunjuk Allah. Nilai-nilai murni merangkumi aspek tingkah-laku yang baik, peradaban dan tatasusila seseorang individu dalam hubungan sesama manusia, alam sekitar, dan Tuhan. Noordin (1994), mengatakan nilai-nilai murni boleh ditakrifkan sebagai satu tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran dalam kehidupan seseorang bagi membentuk akhlak yang mulia. 25 Selain itu, menurut Rajendran dan Meng (1994), secara umumnya nilai-nilai murni memberi maksud kebaikan, kewajipan, kesucian, kecantikan dan kebenaran. Kasran (2011), juga menyebut nilai murni adalah salah satu komponen yang membentuk budaya dan berubah mengikut masa dan faktor persekitaran. OBJEKTIF 1. Membentuk keperibadian mulia dan sahsiah dalam kalangan murid dengan menanam rasa hormat kepada warga STAKBA. 2. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid PRS² kepada ilmu khususnya Al-Quran,akhlak dan nilai murni dalam membimbing rakan sebaya dan warga STAKBA. 3. Membentuk daya kepimpinan dan tahap motivasi murid PRS² untuk menjalankan tugas dengan baik. 4. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada murid PRS² supaya melakukan tugas yang diamanahkan dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. 5. Menyedarkan para murid PRS² amnya dan murid STAKBA khasnya tentang pentingnya ilmu dan akhlak yang baik dalam kehidupan seharian berlandaskan Al-Quran, Sunnah dan nilai murni. 6. Meningkatkan kemenjadian murid dari segi sahsiah yang baik, pencapaian kokurikulum dan peningkatan peratus keputusan UPSR. KERANGKA PROJEK/CARTA ALIR SMART P R S² QURAN AKHLAK JUSTIFIKASI PROJEK Program SMART QA PRS² merupakan lanjutan amalan terbaik Encik Mohamad Izzudin bin Ikhsan, Guru Besar STAKBA. SQA (Smart Quran Smart Akhlak) ialah satu program membudayakan Al-Quran di bawah kelolaan Panitia Agama Islam dan j-QAF. Lanjutan daripada SQA dimurnikan lagi kepada SMART QA PRS² iaitu SMART Quran Akhlak yang dikelolakan dan dibantu oleh murid PRS (Pembimbing Rakan Syurga) dan Pembimbing Rakan Sivik. Maksud SMART QA PRS² adalah seperti berikut: 1) SMART Definisi SMART diceduk daripada perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud pintar. Pengertian SMART dalam Program SMART QA PRS² ialah sebuah cara pintar untuk menerajui amalan terbaik STAKBA iaitu 26 S -Specific Kumpulan sasaran PRS² iaitu Pembimbing Rakan Syurga & Pembimbing Rakan Sivik M-Measurable Peratus pelaporan khatam Al-Quran, Peratus pencapaian program bacaan pembimbing rakan sivik dan Peratus pencapaian UPSR A -Attanable Peningkatan murid khatam Al-Quran Peningkatan Program Bacaan 110 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 2019 2020 Anas Carl Char Alvec Fyan Kecemerlangan UPSR R -Relevant Pembentukan Sahsiah (Akhlak dan Nilai Murni) yang diterapkan dalam PRS² T -Time Bound Termaktub sepanjang Program TS25 2) Q Singkatan bagi perkataan Quran. Program j-QAF (singkatan kepada Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) merupakan satu pendekatan pembelajaran agama di sekolah di Malaysia. Idea pelaksanaan program jQAF yang dilontarkan Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 2004 adalah untuk memperkasa sistem pengajaran pendidikan Islam di sekolah. Apa yang diharapkan melalui pelaksanaan program j-QAF ini ialah murid-murid dapat khatam al-Quran pada Tahun Enam mereka di sekolah rendah, malah lebih awal daripada itu andai semua pihak bekerja keras dan bekerjasama merealisasikannya. 3) A Singkatan bagi perkataan Akhlak. Bidang akhlak merupakan salah satu bidang yang penting dan wajib dipelajari dalam Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral di sekolah rendah. Menurut Ibnu Athir, akhlak itu ialah gambaran batin,jiwa dan rohani seseorang yang kemudiannya dilahirkan dalam bentuk 27 perbuatan. Oleh sebab itu, seseorang yang hanya berpura-pura berakhlak baik tidak akan dapat beriltizam dengan sifat-sifat tersebut dan lama kelamaan sifat buruknya akan terzahir juga (Athir,1963). Menurut Kamus Dewan, akhlak bererti budi pekerti, watak dan tabiat. Menurut Bahasa Inggeris perkataan yang hampir sama dengan akhlak ialah moral iaitu sesuatu yang berkenaan dengan perangai betul dan salah serta perbezaan antara perkara baik dan buruk (Quirk,1987).Chambers Dictionary juga memberi makna moral sebagai sesuatu yang berkaitan dengan perangai tau tingkah laku baik mahupun buruk (Kirkpatrick,1983) 4) PRS² Singkatan bagi perkataan Pembimbing Rakan Syurga dan Pembimbing Rakan Sivik. Program Pembimbing Rakan Syurga (PRS) adalah untuk melatih para murid untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan bantuan dalam menguasai asas pelajaran Pendidikan Islam khasnya dalam penguasaan Khatam Al-Quran. Selain itu, mereka juga dapat melatih diri sendiri membantu guru-guru terutama Guru Pendidikan Islam untuk mengetuai sesuatu majlis atau program-program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan sekolah.Matlamat PRS ialah membina satu kumpulan murid untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan pembimbing yang aktif dan berwibawa. Khidmat bantu-membantu murid merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Panitia Pendidikan Islam. Golongan murid yang terlatih yang dipanggil “Murid Turus” ini dipilih dikalangan murid yang telah Khatam Al-Quran, berketrampilan dan berani menerima tanggungjawab mengetuai sesuatu majlis atau program-program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan sekolah.Pembimbing Rakan Sivik terdiri daripada murid-murid Pendidikan Moral di STAKBA. PENEROKAAN MASALAH Tilawah Al-Quran merupakan salah satu bidang pengajaran Pendidikan Islam yang mempunyai beberapa kemahiran seperti tajwid, bacaan, hafazan dan kefahaman. Pelaksanaan program j-QAF adalah pengajaran empat kemahiran penting iaitu melibatkan pelajaran jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan fardhu ain dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Program yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2003 bertujuan melahirkan para pelajar sekolah rendah yang dapat menguasai bahasa Arab, tulisan jawi dan menghayati asas fardhu ain. Al-Quran diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah Al-Quran. Model khatam Al-Quran menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca Al-Quran pada 6 bulan pertama para pelajar tahun satu dan aspek khatam Al-Quran pada 6 bulan pertama pada para pelajar tahun dua hingga tahun lima. Tujuan utama pelaksanaan Model khatam Al-Quran ini ialah supaya para pelajar dapat membaca Al-Quran dengan lancar dan mahir serta dapat menghabiskan bacaan Al-Quran (khatam Al-Quran) sebanyak 30 juzuk. Para pelajar tidak bermotivasi belajar Al-Quran kerana ketiadaan pembimbing atau rakan yang menjadi pendorong untuk mereka membaca, belajar dan khatam Al-Quran. CADANGAN PENYELESAIAN Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawan yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu secara tidak langsung minat seseorang pelajar untuk sama-sama bersaing dengan rakan sekelas dalam mata pelajaran dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing mereka ke arah yang diinginkan.Sejauh mana seorang pelajar bergantung kepada rakan sebaya adalah dilihat kepada pengaruh tarikan yang ada pada diri individu itu. Apabila pelajar itu sudah yakin pada rakan pilihannya hubungan antara kedua-duanya akan menjadi bertambah erat dan apa yang rakannya lakukan maka dia juga akan turut melakukannya juga. Habibah (1997) menyatakan rakan sebaya ialah mereka yang tergolong dalam kumpulan sama dan mempunyai persamaan dari minat, nilai dan aktiviti yang dilakukan 28 oleh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang penting dalam pencapaian akademik remaja. Mereka boleh mempengaruhi pelajar dari segi nilai dan sikap lebih daripada ibu bapa, sekolah, institusi agama dan kumpulan sosial yang lain.Justeru itu Panitia Pendidikan Islam telah membentuk dan membina satu kumpulan murid untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan pembimbing yang aktif dan berwibawa. Khidmat bantu-membantu murid merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Panitia Pendidikan Islam terutamanya dalam pengajaran Tilawah Al-Quran. Golongan murid yang terlatih yang dipanggil “Murid Turus” ini dipilih dikalangan murid yang telah Khatam Al-Quran, berketrampilan dan berani menerima tanggungjawab mengetuai sesuatu majlis atau program-program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan sekolah. Sebagai ahli PRS, mereka perlu sentiasa menghayati MOTTO PRS iaitu Ikhlas Beramal. Dalam usaha membantu rakan-rakan dan guru-guru, mereka mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan pengalaman diri. Oleh itu, mereka akan berusaha meningkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, akhlak dan adab Islam demi kebaikan sekolah, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Keikhlasan dalam beramal akan memperoleh ganjaran pahala di dunia dan syurga di akhirat nanti. TINDAKAN PENYELESAIAN Secara keseluruhannya, merujuk kepada data e-pelaporan Analisis Pencapaian Khatam Al-Quran Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat, TOV ialah 31.58% manakala ETR mencapai 90% iaitu masih lagi tidak mencapai 100%.TOV Penguasaan Bacaan Al-Quran Tahap 2 ialah 49.22% dan ETR sebanyak 95% iaitu masih diperingkat boleh membaca Al-Quran tetapi belum mencapai tahap 100% khatam.Data ini merujuk kepada bulangan PRS yang dilantik sebagai murid turus pada peringkat awal ialah sebanyak 2 orang dan pada akhirnya meningkat kepada 10 orang. 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 95.00 90.00 TOV 49.22 ETR 31.58 10.64 2.12 KHATAM T6 PENGUASAAN BACAAN THP 2 PRS Rajah 1: Analisa Pencapaian Khatam Al-Quran Tahun 6 STAKBA Menubuhkan PRS STAKBA Rasional Penubuhan Program Pembimbing Rakan Syurga (PRS) adalah untuk melatih para murid yang dilantik untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan bantuan dalam menguasai asas pelajaran Pendidikan Islam khasnya dalam penguasaan Khatam Al-Quran. Selain itu, mereka juga dapat melatih diri sendiri membantu guru-guru terutama Guru Pendidikan Islam untuk mengetuai sesuatu majlis atau program-program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan sekolah manakala matlamat PRS ialah membina satu kumpulan murid untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan pembimbing yang aktif dan berwibawa. Khidmat bantumembantu murid merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Panitia Pendidikan Islam. Golongan murid yang terlatih yang dipanggil “Murid Turus” ini dipilih dikalangan murid yang telah Khatam Al-Quran, berketrampilan dan berani menerima tanggungjawab mengetuai sesuatu majlis atau program-program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan sekolah. Antara objektif PRS STAKBA ialah 1.Memberi pengiktirafan dan semangat kepada murid yang terpilih supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. 2.Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik. 29 3.Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih agar bilangan yang bakal terpilih bertambah setiap tahun. Program-Program PRS Pecutan Khatam Al-Quran Pelancaran PRS (Pembimbing Rakan Syurga) Impak daripada Program PRS Antara Impak atau Kesan daripada Program PRS ialah: 1) Pertambahan murid khatam 30 30 26 28 28 25 22 20 BIL 20 15 12 8 10 5 IQRA' 14 6 4 0 7 2 0 0 6 INSPIRA 6 EXORA 6 SAVVY 6 PREVE 2) Pertambahan murid PRS. 20 20 20 15 10 10 PRS 5 0 2018 2019 30 2020 9 QURAN KHATAM 3) Menubuhkan murid Pembimbing Rakan Sivik Menggunakan PRS untuk membantu dan membangun program STAKBA 1) Sumbangan Tabung Infaq Gaza 1) Program-Program Pasca UPSR a)Kursus Asas Haji & Umrah b) Kursus Pengurusan Jenazah 31 c) Kursus Asas Sembelihan HASIL PROJEK Pencapaian Objektif 1.Membentuk keperibadian mulia dan sahsiah dalam kalangan murid dengan menanam rasa hormat kepada warga STAKBA. 2.Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid PRS² kepada ilmu khususnya Al-Quran dan akhlak dalam membimbing rakan sebaya dan warga STAKBA. 3.Membentuk daya kepimpinan dan tahap motivasi murid PRS² untuk menjalankan tugas dengan baik. 4.Memberi pengiktirafan dan semangat kepada murid PRS² supaya melakukan tugas yang diamanahkan dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab. 5.Menyedarkan para murid PRS² amnya dan murid STAKBA khasnya tentang pentingnya ilmu dan akhlak yang baik dalam kehidupan seharian berlandaskan Al-Quran,Sunnah dan nilai murni. 6.Meningkatkan kemenjadian murid dari segi sahsiah yang baik, pencapaian kokurikulum dan peningkatan peratus keputusan UPSR. Kreativiti Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi 1) Kad Traffic Light PAK21 Hijau (Senyum), Kuning (Sapa), Merah (Salam) 2) Kad A3 (Model Jari SMART) 32 PENJIMATAN KOS i. Kad Traffic Light PAK21 ii. Kad A3 (Model Jari SMART) NILAI TAMBAH Kad A3 (Model Jari SMART) Aplikasi daripada subjek Pendidikan Islam iaitu Rukun Islam yang mengandungi 5 perkara iaitu: 1. Mengucap 2 kalimah syahadah 2. Mendirikan solat 5 waktu sehari semalam 3. Mengeluarkan zakat 4. Melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan 5. Mengerjakan haji bagi yang berkemampuan MANFAAT KEPADA ORGANISASI Pecahan kepada subjek teras UPSR berdasarkan model jari SMART 1.Bahasa Melayu (Jejari Penanda Wacana) Ø Antaranya Ø Selain itu Ø Di samping itu Ø Akhir sekali Ø Kesimpulannya 2.Bahasa Inggeris (4W1H) Ø What Ø Who Ø When Ø Whose Ø How 3.Matematik (Apa yang Jari Nampak) Ø Sifir 2 Ø Sifir 3 Ø Sifir 5 Ø Sifir 8 Ø Sifir 9 4.Sains (Proses Sains) Ø Menganalisis Ø Mengelas Ø Memerhati Ø Menaakul Ø Membuat keputusan Pecahan kepada subjek bukan teras berdasarkan model jari SMART 1.Pendidikan Moral (Nilai Pendidikan Sivik) Ø Hormat Menghormati Ø Kasih Sayang Ø Bertanggungjawab Ø Kegembiraan Ø Masa 2.Bahasa Arab (Tasrif) Ø Hua,Huma,Hum Ø Hia,Humma,Hunna Ø Anta,Antuma,Antum 33 Ø Anti, Antuma,Antunna Ø Ana,Nahnu POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI Percambahan kepada Program Kokurikulum & HEM 1.Kokurikulum (PAJSK) Ø Pentaksiran, Aktiviti, Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum 2.HEM (Online) Ø I-HEM, APDM, SSDM, I-Kaunseling, dan E-Daftar RUMUSAN Pelaksanaan Program Smart QA PRS² yang dilaksanakan di SK Seri Taman Kluang Barat dapat mendidik dan membimbing pelajar agar mengamalkan akhlak yang baik dalam kehidupan seharian berlandaskan Al-Quran, Sunnah dan nilai murni. Penglibatan dan peranan PRS yang membantu membimbing rakan mereka dalam 3 aspek utama di sekolah iaitu Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum dapat membuktikan peningkatan dalam keputusan peperiksaan UPSR bertepatan dengan objektif PRS meningkatkan kemenjadian murid dari segi sahsiah yang baik, pencapaian kokurikulum dan peningkatan peratus keputusan UPSR. Pelaksanaan Program Smart QA PRS² iaitu menggunakan SMART sebagai alat pengukuran menggunakan kolaboratif rakan sebaya iaitu PRS² dalam membimbing dan mendidik rakanrakan mereka berlandaskan pendekatan Al-Quran (Pendidikan Islam) dan penerapan nilai murni (Pendidikan Moral) telah berjaya memberikan impak yang besar kepada kemenjadian murid khususnya dalam peningkatan keputusan peperiksaan UPSR. RUJUKAN Abdul Halim Mat Diah (1989). Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Angkatan Belia Islam Malaysia. Al-Qusyairi. (1995). Al-Risalah Al-Qusyairiah. Damsyik: Dar al-Farfur Habibah Elias. (1997). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamarudin bin Md. Yusuf (1997). Faktor-faktor Kelemahan Pelajar Bumiputra Dalam Mata Pelajaran Metamatik di Sekolah-sekolah Menengah di Negeri Johor dan Melaka. Satu tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Kamus Dewan, Edisi 3, (1994), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 263-264 Kasran, M. H. (2011). Nilai‐Nilai Sejagat Dalam Pengisian Kurikulum Bahasa Malaysia. Kirkpatrick, E.M,(1983), Chombers 20th Century Dictionary, Edinburgh, W&R Chambers, Ltd, hal. 820 Noordin, M. Z. (1994). Ke Arah Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Dalam KBSM: Falsafah Pendidikan Negara. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi cabaran 2020. Nurin Enterprise. Prosiding Seminar Majlis Dekan‐Dekan Pendidikan IPTA 2011. Institut Pendidikan Guru Kampus Quirk, Sir Randolph, (1987), Longman Dictionary of Contemporary English, London, Longman, hal. 677 Rajang, Sarawak. Rajendran, M. & Meng, E. A. (1994) Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn Bhd. Supyan Hussin. Definisi-Falsafah-Pendidikan-Islam. https://supyanhussin.wordpress.com/2014/01/16/definisi-falsafah-pendidikan- islam/Definisi Falsafah Pendidikan Islam Utusan Malaysia (19.04.00). “Utamakan Subjek Sains, Matematik, Bahasa Inggeris”. www.cikgu.net.my/malay/isu/isu 23/203c.php3. Perbagai Faktor Pengaruhi Pencapaian. 34 PENGGUNAAN SMART PILLOW MENGURANGKAN MASALAH GANGGUAN PdPc DALAM BILIK DARJAH Supian bin Hashim Mohammad Faizuddin bin Fauzi Syafiq Yap Chee Hoe bin Abdullah W.Nor Asekin binti W.Hussain SK Canossian Convent (M), Segamat, Johor ABSTRAK Plastik digunakan secara meluas di seluruh dunia sama ada dalam penghasilan alatan mahupun beg. Ia menyumbang kepada peningkatan sampah pepejal. Plastik sangat mencemarkan alam sekitar sekiranya dibakar dan mengambil masa puluhan tahun untuk mereput sekiranya ditanam. Sungai tercemar dan longkang tersumbat jika plastik dibuang ke dalamnya. Kesedaran pengguna untuk mengurangkan penggunaan beg-beg plastik masih rendah walaupun hanya disertai oleh sebahagian kecil premis jualan/ kedai/pasar raya dengan tidak menyediakan beg-beg plastik pada hari Sabtu. Usaha ini juga tidak berkesan apabila ada pengguna yang sanggup membayar 20 sen untuk mendapatkan sehelai beg plastik pada hari Sabtu bagi membawa barangan yang dibeli. Akibatnya, ia menyumbang kepada pengumpulan beg-beg plastik yang banyak di rumah-rumah dan kemudian dilupuskan dengan cara yang tidak betul seperti menanam dan lebih teruk lagi dibakar. OBJEKTIF 1. Mengurangkan gangguan murid keluar dari kelas semasa PdPc. 2. Meningkatkan tumpuan murid dalam PdPc. 3. Meningkatkan keselesaan murid ketika PdPc berlangsung. 4. Meningkatkan kebersihan dan kecerian sekolah. KUMPULAN SASARAN Semua murid Tahun 6 LATAR BELAKANG Botol-botol plastik diterima untuk dijual di pusat-pusat kitar semula tetapi beg-beg plastik tidak. Menurut kajian jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, salah satu sebab berlakunya banir adalah aliran longkang, parit dan sungai yang tersumbat dan seterusnya menghalang aliran air. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sebanyak tiga kali SK Canossian Convent ditimpa musibah banjir iaitu 19 Disember 2006, akhir Januari 2011 dan 2015, kami dapati banyak beg plastik yang tersangkut pada pagar sekolah, pokok-pokok bunga dan merata-rata tempat di kawasan sekolah selepas banjir surut. Keadaan ini membuktikan kebenaran kajian Jabatan Bomba dan Penyelamat tersebut. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Dua masalah utama yang mencetuskan idea penghasilan Smart Pillow iaitu pengurusan bahan buangan domestik (beg-beg plastik) yang tidak betul oleh komuniti setempat sehingga menyebabkan bencana banjir dan masalah pelajar yang tidak boleh duduk di kerusi masing-masing dalam tempoh yang lama. Keadaan ini menjadi sebab mereka bergerak, keluar ke tandas dan mengganggu rakan-rakan lain sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setelah 63 tahun merdeka, kerajaan masih membekalkan kerusi kayu atau plastik yang keras. Para pelajar tidak selesa duduk dalam tempoh yang lama sepanjang waktu persekolahan. 35 Bertitik tolak dari dapatan pemerhatian selepas bencana banjir di sekolah kami, lantas kami memikirkan cara terbaik untuk menguna semula beg-beg plastik terpakai ini. Justeru, kami mengambil inisiatif untuk membantu mengurangkan risiko banjir dengan mengelakkan pembuangan beg-beg plastik atau pelupusannya dengan cara tidak betul. Lantas, kami memanfaatkan beg-beg plastik terpakai untuk menghasilkan barang yang boleh digunakan iaitu Smart Pillow. Melalui inovasi ini, Smart Pillow dapat dijadikan sebagai alas tempat duduk pelajar di bilik darjah.Memandangkan kerusi pelajar diperbuat daripada kayu atau plastik, kita dapati para pelajar berasa kurang selesa apabila duduk pada kerusi tersebut dalam tempoh yang lama. Oleh demikian, tidak hairanlah para pelajar sering bergerak dari tempatnya di dalam kelas atau ke tempat lain seperti tandas. Sekiranya mereka tidak melakukan demikian, mereka tetap tidak boleh duduk selesa dan akhirnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Smart Pillow juga boleh digunakan sebagai bantal serbaguna yang mudah dibawa, lasak, mudah dibersihkan, kalis air, terapung apabila banjir dan amat sesuai untuk diletakkan di bilik kesihatan dan dibawa untuk aktiviti luar. Mencipta Smart Pillow daripada beg-beg plastik terpakai bagi menggantikan kekabu, kekabu sintetik atau sponge bagi isian bantal, plastik beras dan sealer. Smart Pillow boleh digunakan sebagai alas tempat duduk/ kerusi pelajar sekaligus menambah keselesaan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kesannya kekerapan pelajar bergerak, keluar ke tandas mahupun mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikurangkan. Melalui inovasi penciptaan smart pillow ini, pihak sekolah juga dapat mewujudkan keselesaan di bilik darjah tanpa sebarang kos tambahan (sifar kos). Begbeg plastik beras diperoleh daripada sumbangan para pelajar. Aktiviti mengumpul beg-beg plastik dan plastik beras dari rumah atau sumbangan jiran tetangga setiap hari. Selepas tempoh itu, lebih 50,000 helai beg-beg plastik dapat dikumpulkan. Setiap pelajar tahun 6 akan menghasilkan sendiri smart pillow untuk alas tempat duduk/ kerusi mereka sendiri pada waktu kokurikulum dan digunakan di dalam kelas sepanjang hari. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan-bahan Inovasi Hanya memerlukan beg-beg plastik yang diperoleh dari kedai/pasar raya bagi membawa barang yang dibeli, beg-beg plastik beras dan sealer, Smart Pillow dapat dihasilkan dalam tempoh tidak sampai 5 minit tetapi bermanfaat besar kepada kita. Selain daripada mengurangkan risiko banjir sekiranya dibuang ke longkang dan sungai, mengelakkan pencemaran udara sekiranya dibakar tetapi juga dapat melestarikan alam semula jadi. KEBERKESANAN 1. Mengurangkan bilangan murid keluar dari kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 2. Proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar. 3. Meningkatkan keselesaan murid belajar di dalam kelas. 4. Pencapaian UPSR meningkat dengan mencatatkan Segamat No.1 di Johor dalam pencapaian UPSR 2019 buat kali pertama dalam sejarah. 5. Persekitaran sekolah semakin bersih dan ceria. POTENSI KOMERSIAL Memandangkan Smart Pillow ini diperbuat daripada bahan terbuang dan mudah untuk dibuat, kami fikir idea pembuatan Smart Pillow ini sahaja boleh dikomersilkan agar semua sekolah di Malaysia melaksanakan projek yang memberi impak besar kepada pengurangan masalah gangguan PdPc , peningkatan tumpuan murid dan kebersihan serta keceriaan sekolah. 36 PENGGUNAAN PENGASAH PENSEL R.I. 4.0 MENINGKATKAN KEBERSIHAN KELAS DAN SEKOLAH Mallar Selive A/P Krishnasamy Noorwati binti Muda Norhayati binti Md. Zan Supian bin Hashim SK Canossian Convent (M), Segamat, Johor ABSTRAK Masalah kelas kotor akibat sisa-sisa asahan pensel bertaburan di atas lantai menjadi fenomena biasa terutama di sekolah rendah. Fenomena ini berlaku kerana pengasah pensel yang digunakan oleh majoriti murid tiada ruang penyimpanan atau mempunyai ruang penyimpanan sisa asahan bersaiz kecil yang dibeli di pasaran. Akibatnya banyak sisa-sisa asahan pensel bertaburan di atas lantai dan menjejaskan keceriaan kelas. Dari sehari ke sehari masalah persekitaran kelas kotor terus berlaku terutama pada masa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang melibatkan aktiviti menggunting dan menampal gambar. Cebisan kertas daripada aktiviti menggunting dan menampal menambahkan lagi masalah kelas kotor. Walaupun bakul sampah disediakan di belakang kelas tetapi masalah kelas kotor masih berlaku sehingga terdapat cebisan kertas di luar bakul sampah. Pengasah pensel yang mempunyai ruang penyimpanan sisa asahan yang kecil juga memerlukan murid bergerak ke belakang kelas bagi membuang sisa tersebut setelah penuh. Natijahnya murid tidak fokus semasa PdPc berlangsung kerana bergerak membuang sisa asahan pensel. Bertindak bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah melaksanakan pembelajaran berasaskan projek berteraska pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan menghasilkan Amazing Sharpener Revolusi Industri 4.0 ( RIAS 4.0 ) bagi mengatasi masalah ruang penyimpanan sisa-sisa asahan pensel yang kecil kepada yang lebih besar, bertutup dan tidak perlu lagi bergerak bagi membuang sisa-sisa asahan pensel yang boleh mengganggu tumpuan murid dalam PdPc. Impaknya sekolah semakin bersih, PdPc berlangsung dengan lancar, tumpuan murid dalam pelajaran semakin meningkat dan tanggungjawab menguruskan sisa-sisa buangan beralih kepada para murid. OBJEKTIF 1. Penciptaan Pengasah Pensel Revolusi Industri 4.0 yang mempunyai ruang penyimpanan sisa-sisa asahan paling besar di dunia. 2. Mengelakkan sisa-siasa asahan pensel bertaburan di atas lantai sehingga mengotori kelas. 3. Kebersihan kelas dan sekolah terpelihara sepanjang masa. 4. Meningkatkan tumpuan dan fokus murid semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung. 5. Murid tidak perlu bergerak lagi untuk membuang sisa-sisa asahan pensel atau cebisan kertas daripada aktiviti menggunting dan menampal ke dalam bakul sampah di belakang kelas. KUMPULAN SASARAN Semua murid Tahun 1 hingga 6 LATAR BELAKANG Agama Islam sangat mementingkan soal kebersihan Dari Abu Malik al-As'hari berkata Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “Kebersihan itu sebahagian daripada iman" Hadis riwayat Imam Muslim. Kebersihan sesebuah sekolah melambangkan daya urus dan kepimpinan pemimpin sekolah dalam menterjemahkan suasana sekolah yang kondusif. Sekolah Kebangsaan Canossian Convent, Segamat, Johor merupakan sekolah yang terdiri daripada murid homogender iaitu perempuan sahaja. Enrolmen seramai 169 orang murid tidak menjamin kebersihan kelas dan sekolah terpelihara. Walaupun bilangan murid yang terhad tetapi masalah kebersihan kelas dan sekolah masih membelenggu pentadbiran 37 sekolah. Pihak sekolah bukan sahaja perlu memastikan sekolah bersih tetapi pada masa yang sama perlu menguruskan bahan buangan dengan efisyen. Masalah kelas kotor akibat sisa-sisa asahan pensel bertaburan di atas lantai menjadi fenomena biasa di SK Canossian Convent. Persekitaran kelas bertambah kotor apabila cebisan kertas daripada aktiviti menggunting dan menampal turut bersepah-sepah. Walaupun bakul sampah disediakan di belakang kelas tetapi masalah kelas kotor masih berlaku. Terdapat sampah sarap memenuhi bakul sampah dan terdapat juga cebisan kertas di luar bakul sampah. Dari sehari ke sehari masalah persekitaran kelas kotor terus berlaku terutama pada masa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Pasukan KIK Sekolah Kebangsaan Canossian Convent telah membuat kajian dan mengenal pasti punca kelas menjadi kotor. Hasil bancian mendapati 86 % murid menggunakan pengasah pensel yang tiada bekas penyimpanan sisa asahan dan 14 % murid menggunakan pengasah pensel yang mempunyai bekas simpanan sisa asahan bersaiz kecil. Ketiadaan ruang penyimpanan sisa asahan pensel menyebabkan murid mengasah pensel di dalam meja atau ke belakang kelas yang terdapat bakul sampah. Keadaan ini menyebabkan sisa asahan pensel bertaburan di lantai dan persekitaran kelas. Bakul-bakul sampah yang disediakan di kelas-kelas dipenuhi sampah asahan pensel dan cebisan kertas setiap hari. Keadaan ini menyebabkan kebersihan dan keceriaan kelas terjejas. Berdasarkan dapatan ini, pasukan KIK telah melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dalam kalangan murid dengan menghasilkan pengasah pensel yang mempunyai ruang penyimpanan sisa asahan bersaiz besar yang dikenali sebagai Pengasah Pensel Revolusi Industri 4.0. Ruangan penyimpanan sisa asahan pensel pada Pengasah Pensel R.I 4.0 tidak penuh dalam masa seminggu persekolahan dan bertutup. Sisa-sisa asahan tidak akan terkeluar daripada bekas sekaligus kebersihan kelas sepanjang sesi persekolahan terjamin. Dengan penghasilan Pengasah Pensel R.I 4.0 juga telah meningkatkan tumpuan murid dalam PdPc dan menghindarkan murid bergerak untuk mengasah pensel semasa PdPc berlansung. Secara tidak langsung inovasi Pengasah Pensel R.I 4.0 telah menyokong Prosedur Standard Operasi bagi mengekang penularan Covid-19 apabila pergerakan murid dapat dihindarkan. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI 1. Sisa-sisa asahan pensel bertaburan di atas lantai kelas. 2. Cebisan kertas daripada aktiviti menggunting dan menampal mengotori kelas. 3. Bahan buangan sisa asahan pensel dan cebisan kertas perlu diurus oleh pihak sekolah untuk dilupuskan. 4. Ganguan dalam PdPc apabila murid bergerak untuk mengasah pensel atau membuang sisa asahan ke dalam bakul sampah yang berada di belakang kelas. 5. Fokus murid dalam PdPc terganggu. 6. Kekerapan murid bergerak berisiko tinggi penularan Covid-19 INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi • Botol minuman • Pengasah pensel tanpa ruang penyimpanan • Perekat hot glue • Hot Glue gan Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM 4 (sebuah Pengasah Pensel R.I 4.0) Pengasah Pensel Revolusi Industri 4.0 merupakan satu-satunya pengasah pensel yang mempunyai ruang penyimpanan sisa asahan pensel dan cebisan kertas (bagi menggambil peranan bakul sampah) 38 Pengasah Pensel tanpa ruangan penyimpanan sisa asahan Pengasah Pensel R.I 4.0 Botol-botol Minuman PENILAIAN DAN REFLEKSI ( KEBERKESANAN & KEBERHASILAN ) Guru besar yang berkesan melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya dengan menyediakan landasan yang kukuh dan persekitaran yang kondusif agar budaya pembelajaran cemerlang dapat diwujudkan. Bahkan sepanjang pemerhatian Fred M.Hechinger, editor pendidikan di The New York Times dari tahun 1959 hingga 1990 mengesahkan bahawa pentingnya peranan guru besar dalam membawa sekolah ke arah kejayaan. Ungkapan Fred Hechinger yang sering digunakan oleh penyelidik-penyelidik bagi merumuskan peri pentingnya amalan kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah ke arah kejayaan adalah: “Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya pernah melihat sekolahsekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti guru besarnya” (Davis & Thomas 1989:17, dalam Ishak Sin 2006). Berdasarkan ungkapan Fred Hechinger di atas, jelas menunjukkan amalan kepimpinan guru besar sangat mempengaruhi pencapaian matlamat sekolah. Hanya guru besar yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan sahaja dapat membawa sekolah ke arah kecemerlangan bukan sahaja dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah tetapi dari segi pembangunan fizikal dan keceriaan sekolah. Berdasarkan dapatan kajian inovasi Pengasah Pensel R.I 4.0 ini, lima objektif utama telah telah tercapai iaitu kebersihan kelas dan sekolah semakin meningkat, PdPc berlangsung dengan lancar, tumpuan murid dalam pelajaran semakin meningkat, membentuk para pelajar yang bertanggungjawab dalam menguruskan sisa-sisa buangan dan matlamat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta berfikiran aras tinggi dalam menyelesaikan masalah dapat direalisasikan. Akhirnya pemansuhan peperiksaan untuk murid Tahap 1 dengan melaksanakan pembelajaran berasaskan projek juga terlaksana dengan jayanya. POTENSI KOMERSIAL Pengasah Pensel R.I. 4.0 satu-satunya di dunia yang dicipta mempunyai ruangan penyimpanan bersaiz 10 hingga 30 kali ganda daripada pengasah pensel yang ada di pasaran. Ia berpotensi besar untuk memasuki pasaran luar setelah mendapat sambutan luar biasa daripada seluruh warga sekolah. Komuniti setempat amat berpuas hati dengan pengasah pensel ini kerana mereka tidak lagi perlu membersihkan rumah ketika membimbing anak-anak di rumah dalam aktiviti menulis atau mewarna menggunakan pensel khususnya bagi anak-anak prasekolah sehingga Tahun 3. Tambahan pula kajian Supian Hashim, Syafiq Yap Chee Hoe Abdullah & Muhammad Zarul Hiqmi Supian (2019) mendapati berlaku peningkatan dalam motivasi diri untuk melakukan kerja secara berdikari setelah pengasah pensel R.I 4.0 ini digunakan yang dibuat ke atas murid sindrom down. 39 RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi Pengasah Pensel R.I 4.0 ini adalah sangat praktikal bagi memastikan kebersihan persekitaran kelas dan sekolah terjamin. Tiada lagi sisa asahan pensel dan cebisan kertas semasa aktiviti menggunting dan menampal yang berlangsung pada masa PdPc. Kelas dan sekolah berada dalam keadaan bersih sepanjang hari persekolahan, sisa asahan pensel dan cebisan kertas sentiasa berada di dalam pengasah pensel R.I 4.0 yang bertutup dan dalam tempoh seminggu persekolahan bahan buangan itu akan dilupuskan oleh murid secara kendiri di rumah masing-masing. Secara tidak langsung, inovasi ini membentuk murid yang bertanggungjawab mengurus bahan buangan secara kendiri. Kos pengurusan bahan buangan yang ditanggung oleh pihak sekolah sebelum ini dapat dikurangkan. RUJUKAN Ab.Aziz Yusuf (2003). Gelagat Organisasi: Teori Isu dan Aplikasi. Kuala Lumpur. Penerbitan Pearson (M) Sdn. Bhd. Abdul Hamid A.S. (1996). The Civil Service: Towards a New Era. Kuala Lumpur: Pelanduk. Abdul Shukor Abdullah. (2004). Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikancemerlang.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 14, 18-32. Supian Hashim , Syafiq Yap Chee Hoe Abdullah & Muhammad Zarul Hiqmi Supian (2019). International Conference on Special Education in Southeast Asian Region 9th Series (ICSAR). Bandung : Universitas Pendidikan Indonesia Fried, Y. and Tiegs, R.B. (1995).‘Supervisors Role Conflict and Role Ambiguity.Differential Relations with Performance Ratings of Subordinates and the Moderating Effect of Screening Ability.’Journal of Applied Psychology, 80(2): 282-296. AHLI-AHLI KUMPULAN 40 MY iBODY PROJECT Dr. Yee Bee Choo Dr. Faridah binti Mohd Sopah Balkkis binti Hj. Abdul Aziz Siti Dahlia binti Abdullah Idawati binti Moin Tan Jun Cheng Nor Hida binti Ibrahim Nazariah binti Hussein Faridah binti Hamzah Kumpulan Innovatho IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK My iBody Project adalah satu modul yang merangkumi catatan harian peserta untuk merekodkan kalori dalam pengambilan makanan dan senaman yang dilakukan. Melalui projek My iBody Project, seseorang dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil diet makanan yang seimbang dan melakukan senaman pada setiap hari. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta dalam pengiraan kalori bagi makanan dan senaman. Keseimbangan tenaga dalam dua aspek ini akan dapat meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti kerja seseorang individu. OBJEKTIF 1. Mengenalpasti berat badan dan BMI (Body Mass Index) yang ideal. 2. Mengurangkan berat badan mengikut sasaran. 3. Menentukan diet makanan dan senaman harian. 4. Meningkatkan tahap kesihatan individu. 5. Meningkatkan produktiviti kerja individu. KUMPULAN SASARAN Semua pensyarah dan staf IPGKTHO. LATARBELAKANG Gaya hidup yang sedentari menyebabkan masalah lebih berat dan obes dalam kalangan pensyarah dan staf di IPGKTHO. Ini menyebabkan kesihatan mereka semakin merosot dan menjejaskan produktiviti kerja. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Md Safian Mohd Tajuddin (2007) dan Kristen (2010), terdapat kesan yang signifikan antara kesihatan dan produktiviti kerja seseorang. Dapatan tinjauan soal selidik yang dilaksanakan di IPGKTHO menunjukkan 60% daripada pensyarah dan staf tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat, dan mereka melakukan senaman selama 20 minit setiap minggu. Projek My iBody Project ini dilaksanakan bagi menggalakkan mereka mengambil berat tentang diet makanan dan senaman. Ini adalah kerana otak yang cerdas dan badan yang sihat dapat memastikan kerja dilaksanakan dengan berkesan. Kesedaran terhadap kepentingan kesihatan dapat dipupuk dengan menggunakan buku catatan/rekod/modul My iBody Project dengan aplikasi smart phone seperti pengiraan BMI dan pedometer. Ahli kumpulan merekodkan makanan dan senaman harian dalam modul tersebut untuk mengira kalori yang diterima dan dikeluarkan setiap hari. Rekod ini dapat memastikan setiap 41 individu mencapai sasaran berat badan yang ideal mengikut sasaran yang ditetapkan. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan, tetapi produktiviti kerja dalam kalangan pensyarah dan staf di IPGKTHO. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● Modul My iBody Project ● Aplikasi: pengiraan BMI melalui Calculator.net dan pengiraan langkah kaki melalui Pedometer Rajah 1: Modul My iBody Project yang telah dihasilkan Cara Inovasi Digunakan Rajah 2: Cara inovasi digunakan Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM1 (sebuah buku) Modul ini dapat dihasilkan dengan murah. Aplikasi Calculator.net dan Pedometer boleh didapati secara percuma, yang diperlukan hanyalah telefon pintar dan capaian internet. 42 KEBERKESANAN Projek My iBody Project dimulakan oleh ketua kumpulan sendiri pada bulan Mac semasa PKP. Sebelum melaksanakan projek ini, berat badannya adalah 75 kg dan status BMI adalah lebih berat badan dengan 26 kg/m2. Pada akhir projek ini, berat badannya adalah 65 kg dan BMI telah mencapai normal dengan 22.5 kg/m2. Rajah 3: Perbandingan BMI sebelum dan selepas projek My iBody Project Disebabkan PKP, projek ini baru dilaksanakan dalam kalangan pensyarah dan staf dan belum mendapat keputusan yang menyeluruh. Tetapi mereka yang terlibat dalam projek ini menunjukkan pernurunan berat badan. Rajah 4 dan 5 berikut menunjukkan suatu catatan diet makanan dan senaman yang dilakukan oleh seorang pengguna dalam seminggu. Rajah 4: Catatan diet makanan dan pengiraan kalori Rajah 5: Catatan aktiviti senaman dan pengiraan kalori 43 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada para pengguna dari semua lapisan masyarakat kerana ia sangat mudah digunakan. Ia juga boleh dilaksanakan dengan klinik kesihatan tempatan sebagai usaha kolaborasi. My iBody Project telah mendapat sijil hak cipta melalui MyIPO dengan nombor CRLY00024635 pada 7 Ogos 2020. RUMUSAN Kesimpulannya, My iBody Project dapat mengubah sikap pengguna supaya menjalankan gaya hidup yang sihat. Mereka akan mengawal pemakanan dengan amalan diet makanan yang seimbang dan meningkatkan aktiviti senaman untuk memastikan berat badan yang ideal. Dengan tahap kesihatan dan produktiviti kerja yang tinggi, ini dapat meningkatkan kecekapan seseorang individu daalam sistem penyampaian organisasi. RUJUKAN Kristen, W. (2010). Making the Link between Health and Productivity at the Workplace —A Global Perspective. Industrial Health, 48, 251–255. Md Safian Mohd Tajuddin (2007). Kesan aspek kesihatan terhadap produktiviti kerja dalam kalangan pensyarah maktab perguruan. Ijazah Sarjana. Pulau Pinang: Univesiti Sains Malaysia. AHLI-AHLI KUMPULAN 44 GOOGLE FORM e–DISIPLIN Amir bin Sufari Nurnabilah binti Zolkiple SMK Dato’ Ahmad Arshad, Segamat, Johor ABSTRAK Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM) SMK Dato’ Ahmad Arshad telah membangunkan satu sistem menggunakan google form bagi menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar dengan lebih cepat dan berkesan. Google Form e-disiplin ini sangat mesra pengguna dan memudahkan guru-guru melaporkan dan memasukkan data kesalahan pelajar dengan cepat dan bukti kesahihan yang sangat tepat hanya menggunakan kemudahan telefon bimbit. Fokus utama Google Form E- Disiplin ini dibangunkan bagi membantu pihak sekolah khusunya guru-guru melaporkan masalah disiplin dan salah laku pelajar dengan cepat dan data yang sahih. OBJEKTIF 1. Membantu pihak sekolah khusunya guru-guru melaporkan masalah disiplin dan salah laku pelajar dengan cepat dan data yang sahih menggunakan aplikasi di telefon pintar. 2. Menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar dengan lebih efisen dan berkesan. 3. Mengalakkan amalan nilai-nilai murni dan meningkatkan kesedaran pelajar SMK Dato’ Ahmad Arshad untuk mematuhi dan akur dengan peraturan sekolah. KUMPULAN SASARAN 1. Semua pentadbir dan guru-guru SMK Dato’ Ahmad Arshad 2. Semua pelajar SMK Dato’ Ahmad Arshad LATAR BELAKANG SSDM online ini ialah satu cabang kepada Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan sistem APDM sekolah. SSDM membawa maksud ” Sistem Sahsiah Diri Murid” dan sangat penting dalam pengurusan disiplin murid. Sistem ini digunapakai oleh semua sekolah di Malaysia dan perlu diakses menggunakan komputer dan memerlukan kata laluan. Penggunaan SSDM di peringkat sekolah dikawal oleh pihak pentadbiran sekolah dan tidak semua guru dibenarkan untuk mengakses SSDM. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SSDM online tidak mesra pengguna dimana ia bukan satu aplikasi yang boleh diakses dengan mudah ke dalam semua telefon pintar guru. Sistem ini menuntut terlalu banyak ruang maklumat yang perlu diisi untuk pelaporan sesuatu pelanggaran disiplin. Data murid yang telah direkodkan sukar untuk dikongsi dikalangan guru-guru dan rekod pelajar akan menjadi bersih apabila pelajar berhenti atau dibuang sekolah. Data yang telah direkodkan di dalam SSDM tidak menunjukkan situasi disiplin dan sahsiah sebenar sesebuah sekolah di mana ada sekolah yang menjadi pengguna aktif dan ada sekolah kurang aktif tetapi diperingkat jabatan, sekolah-sekolah ini disenaraikan keadaan disiplin mengikut data sedia ada. Ini mewujudkan situasi ketidakadilan dalam kemasukkan data demi menjaga nama baik dan reputasi sekolah. Di peringkat sekolah pula, Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM) dan Unit Disiplin sukar mengambil tindakan yang cepat untuk menangani masalah disiplin pelajar kerana perlu merujuk SSDM. Kesannya, menyebabkan lambakan masalah disiplin yang tidak ditangani dengan wajar. INOVASI YANG DILAKSANAKAN 1. Google Form adalah salah satu aplikasi daripada Google. 2. Platform aplikasi ini adalah percuma. 3. Aplikasi ini boleh diakses melalui laptop, tablet dan telefon pintar. 45 4. Ia boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana mudah dan efisien. 5. Aplikasi ini dapat menghasilkan laporan dengan secara automatik. Ia dapat menghasilkan butiran laporan secara carta pai dengan tersusun. 6. Laporan daripada aplikasi juga boleh kita lihat secara tarikh dan masa seseorang itu isi borang tersebut. 7. Evidence yang dipaparkan oleh aplikasi ini merupakan bukti yang lebih tepat dan sahih untuk pihak pengurusan unit disiplin SMK Dato’ Ahmad Arshad mengenalpasti laporan salahlaku untuk diambil tindakan. 46 CARA INOVASI DIGUNAKAN Imej 1 Imej 2 Imej 3 1. Alamat url atau link apps ini diberikan kepada semua guru, untuk dimasukkan terus ke telefon pintar semua guru-guru. [https://docs.google.com/forms/d/1FQi5oTyMt3XYBN_pNMMl2ahlWAw8M1310lFQIVsPHg/edit#responses] 2. Imej 1 adalah paparan aplikasi di telefon pintar yang telah dibulatkan. 3. Imej 2 adalah paparan kemasukan maklumat. 4. Imej 3 adalah paparan terakhir aplikasi dan perlu pilih Submit untuk hantar. 5. Data direkod dan dapat dilihat dari administrator Google Form ini. Kos Penghasilan Inovasi Kos : Tiada. Aplikasi yang disediakan oleh Syarikat Goole adalah percuma kepada pengguna. KEBERKESANAN Google Form E-Disiplin telah mula digunakan sejak Januari 2019 sehingga kini. Pada awal pengunaan Google Form E-Disiplin, guru-guru kurang memberikan kerjasama namun setelah melihat keberkesanan dalam penggunaan Google Form E-Disiplin semakin ramai guru melaporkan kes salah laku pelajar. Graf dibawah menunjukkan bukti kekerapan kemasukkan rekod kesalahan pelajar oleh guru-guru. 47 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek Inovasi yang yang telah diperkenalkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM) SMK Dato’ Ahmad Arshad berpotensi untuk disebarluaskan kepada ibu-bapa, kakitangan sekolah,pengawal keselamatan mahupun pekerja swasta sekolah kerana masalah disiplin pelajar bukan semata-mata terletak dibahu guruguru. Semua pihak boleh memainkan peranan yang menyeluruh untuk menangani masalah disiplin pelajar. Dengan bantuan telefon pintar dan capaian internet ini, ia dapat membantu semua pihak melaporkan sebarang salah laku pelajar dengan cepat dan pantas. Selain itu juga, pihak sekolah sangat terbuka untuk berkongsi ilmu mengenai aplikasi google form E-Disiplin kepada sekolah-sekolah lain yang berminat. RUMUSAN Kesimpulanya, inovasi ini adalah sangat praktikal dan berkesan kerana ia dapat membantu memudahkan guru-guru menguruskan masalah yang berkaitan disiplin murid terutamanya pelaporan kes. Selain itu, ia juga memberi motivasi kepada guru-guru untuk lebih cakna dalam melaporkan sebarang pelanggaran disiplin oleh murid. Di pihak pengurusan disiplin pula, terutamanaya Lembaga Disiplin dan Kaunseling, data yang mudah diakses dan diproses, dapat memudahkan rantaian tindakan disiplin dan kaunseling yang sewajarnya. Akhirnya, diharapkan dengan keberkesanan inovasi ini, murid-murid akan lebih bimbang untuk melakukan pelanggaran disiplin dan seterusnya menjadikan mereka lebih berdisiplin dan bersahsiah tinggi. RUJUKAN 1. Laman Web : ssdm.moe.gov.my 2. Laman Web : https://ms.wikipedia.org/wiki/Google 3. Laman Web : https://jogjaweb.co.id/blog/sejarah-dan-cara-membuat-google-forms 4. Laman Web : https://docs.google.com/forms/d/1FQi5oTyMt3XYBN_pNMMl2ahlWAw8M1310lFQIVsPHg/edit#responses AHLI-AHLI KUMPULAN Tn Hj Amir Bin Sufari Nurnabilah Binti Zolkiple 48 CLApS Adzliena binti Ab Rahim Hazmira Suzlin binti Ab. Hamid @ Fauzi Norzalina binti Maarof Leila Hani binti Zainal Azurah binti Dapor Sariah binti Ali Unit Kimia Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah, Melaka ABSTRAK CLApS atau Charles’s Law Apparatus Set adalah satu model yang diinovasikan untuk menentusahkan Hukum Charles bagi subjek Kimia Matrikulasi Semester 1 SK015 topik 5 “States Of Matter”. Hukum Charles menyatakan bahawa bagi suatu gas yang jisimnya tetap, isipadunya (V) berkadar langsung kepada suhu mutlak (T) jika tekanan gas adalah malar, V a T. Hasil kajian yang menggunakan CLApS membuktikan peratus ralat data eksperimen adalah lebih baik iaitu berkurang daripada 7.56% kepada 3.68%. Pembaziran sumber akibat penggunaan alat sedia ada yang sering rosak juga dapat diatasi. Selain itu, kos peralatan dapat dikurangkan sebanyak 46.4% serta masa pengendalian eksperimen dapat disingkatkan sebanyak 50.0%. Penciptaan ini telah menambahbaik cara pengendalian eksperimen serta memberi impak positif kepada Kolej Matrikulasi Melaka. OBJEKTIF 1. Untuk mengurangkan peratus ralat eksperimen di bawah 5%. 2. Untuk meningkatkan kemahiran manipulatif pelajar. KUMPULAN SASARAN 1. Pelajar jurusan Sains Sistem Dua Semester, Kolej Matrikulasi Melaka. 2. Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tingkatan Enam yang mengambil subjek Kimia. 3. Pelajar pra-universiti yang mengambil subjek Kimia. 4. Pelajar tingkatan 4 dan 5 jurusan Sains sekolah menengah. LATAR BELAKANG Kimia merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar yang mengikuti program sains di Kolej Matrikulasi. Di dalam subjek Kimia Semester I, SK015, topik 5 dan eksperimen keempat adalah berkaitan hukum-hukum gas iaitu Hukum Charles dan Hukum Gas Unggul. Semasa menjalankan eksperimen untuk menentusahkan Hukum Charles menggunakan alat radas yang sedia ada, beberapa masalah telah dikenal pasti oleh pensyarah, pembantu makmal Kimia dan pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Oleh yang demikian, kumpulan IMPACTEERS telah mengambil inisiatif dengan mereka cipta satu alat yang lebih ringkas, kompak,jimat, mesra pengguna dan lebih berinovasi yang dikenali sebagai CLApS, singkatan bagi Charles’s Law Apparatus Set. Melalui uji cuba dan kaji selidik yang dijalankan, CLApS ternyata mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi sepanjang pelaksanaan eksperimen menentusahkan Hukum Charles. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan eksperimen hukum gas tersebut di antaranya adalah set bagi alat radas konvensional yang digunakan 49 dalam eksperimen ini tidak mesra pengguna, tidak mesra alam serta berlaku pembaziran bahan dan alat radas yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Terdapat kelemahan pada struktur binaan alat radas yang digunakan dan ia juga mudah pecah. Di samping itu, alat radas yang konvensional ini adalah dalam unit yang berasingan, menyebabkan pembantu makmal menghadapi kesukaran untuk menyimpan dan menyediakan peralatan setiap kali eksperimen ini ingin dijalankan. Semua permasalahan ini menyumbang kepada ketidaklancaran proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc) di makmal. Maka dengan itu, penggunaan alat bantu mengajar CLApS ini sememangnya sangat bersesuaian untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sepanjang mengendalikan eksperimen berkenaan. Rajah 1: Alat radas konvensional yang digunakan untuk Eksperimen Hukum Charles INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● Acrylic board, pembaris, tiub kapilari, termometer digital, kotak plastik serbaguna. Rajah 2: Lakaran rekabentuk produk 50 Rajah 3: Proses pembuatan produk Prototaip pertama Prototaip kedua CLApS Rajah 4: Proses pembangunan produk Cara Inovasi Digunakan 1. Isikan tabung CLApS dengan air paip sehingga turus udara pada tiub kaca berada di bawah paras air. 2. Biarkan selama lima (5) minit untuk memastikan suhu udara yang terperangkap adalah setara dengan suhu air paip. 3. Rekodkan suhu dan ukur ketinggian turus udara dari takat bawah penyumbat merkuri sehingga hujung termeteri. 4. Ulang langkah 1 sehingga 3 dengan menggunakan: 51 5. 6. 7. 8. air suam (40 - 50°C) campuran ais dan air campuran ais dan 5 mL methanol Plot graf isipadu melawan suhu (Kelvin) pada kertas graf. Rajah 5: Binaan radas CLApS Rajah 6: Pelajar menggunakan CLApS di dalam makmal. Kos Penghasilan Inovasi Perkara Radas Konvensional Inovasi : Prototaip 1 • • • • • • • • • Item Silinder penyukat Termometer Tiub kapilari Pembaris Getah pengikat Balang akrilik Termometer digital Kotak plastik serbaguna Tiub kapilari 52 Kos/unit (RM) 112 20 Inovasi : Prototaip 2 CLApS • Pembaris (bahan-bahan terpakai) • Balang akrilik • Termometer digital • Tiub kapilari • Kotak plastik serbaguna • Pembaris • ‘Mounting board’ gelap (bahan-bahan terpakai) • Balang akrilik dilarik (‘engrave’) dengan pembaris dan nama model • Panel sisi dan belakang menggunakan akrilik gelap • Termometer digital • Tiub kapilari • Kotak plastik serbaguna 23 60 Kos yang sangat minimum digunakan untuk menghasilkan CLApS kerana semua barang-barang mudah didapati dan murah jika dibandingkan dengan alat radas konvensional yang jauh lebih mahal dan perlu ditempah daripada pengedar. KEBERKESANAN 5 buah kelas yang melibatkan hampir 75 orang pelajar Sistem Dua Semester, Kolej Matrikulasi Melaka telah terlibat dalam pengujian projek inovasi ini. Graf berdasarkan data yang diambil menggunakan CLApS telah diplot, dan dibandingkan dengan graf yang menggunakan data daripada radas asal yang sedia ada untuk melihat peningkatan ketepatan bacaan. Selain daripada itu, masa juga telah dicatat dalam pengujian ini. Selepas data dianalisis, rajah berikut menunjukkan perbandingan keputusan di antara dua radas yang digunakan: Rajah 7: Perbandingan Graf V vs T antara CLApS dan radas sedia ada 53 Data yang diperolehi daripada eksperimen membuktikan bahawa peratus ralat dapat dikurangkan daripada 7.56% kepada 3.68% , sekaligus menepati objektif pelaksanaan projek ini. Rajah 8: Purata min skor penggunaan CLApS di dalam PdPc. 54 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada kolej-kolej matrikulasi, kolej tingkatan enam, pusat pra-universiti serta sekolah menengah, kerana ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di dalam makmal, bilik pensyarah/guru, bilik pelajar mahupun di perpustakaan. Penggunaan inovasi ini juga tidak terhad kepada satu pengajaran dan satu matapelajaran sahaja kerana ciri-ciri fleksibiliti yang terdapat pada inovasi ini membolehkan pensyarah/guru untuk menggunakan produk ini bergantung kepada topik dan matapelajaran yang ingin diajarkan. RUMUSAN Kesimpulannya, penggunaan CLApS dalam PdP dapat menghasilkan lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam bidang STEM secara langsung melalui penerapan kemahiran manipulatif dan saintifik. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan data yang direkodkan melalui penggunaan CLApS semasa sesi amali dijalankan. Data yang direkod adalah lebih tepat dan jitu. Inovasi ini juga adalah sangat praktikal serta menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan beban kerja pembantu makmal dalam menyediakan peralatan untuk menjalankan eksperimen kerana rekabentuk produk yang ringkas dan kompak. RUJUKAN Limpanuparb, Taweetham, et al. "Teaching Boyle’s Law and Charles’ Law through Experiments that Use Novel, Inexpensive Equipment Yielding Accurate Results." Journal of Chemical Education 96.1 (2018): 169-174. AHLI-AHLI KUMPULAN 55 BR2UV2.0 Hazmir bin Adom Hazmira Suzlin binti Ab Hamid @ Fauzi Norhazilah binti Mohamad Rozianim binti Ahmad Che Ruzita binti Suboh Rafiza binti Alias Kumpulan HHNR Unit Kimia Kolej Matrikulasi Melaka ABSTRAK Pada setiap semester, pensyarah Kimia akan mengurus dan mengendalikan eksperimen ‘Tindakbalas Aliphatic Dan Aromatic Hidrokarbon’ bagi semua pelajar sains. Namun terdapat masalah semasa menguruskan eksperimen tersebut antaranya adalah pelanggaran peraturan keselamatan makmal semasa mengendalikan eksperimen yang melibatkan penggunaan sinar ultraungu, UV secara semulajadi. Hal ini memberi kesan terhadap pengendalian ujian penilaian amali eksperimen ini yang telah menggunakan mentol lampu berpijar @ mentol centennial dan ‘water bath’ demi menggantikan kehadiran UV yang tidak menentu dalam menguji hasil tindakbalas penukargantian radikal bebas. Namun begitu, pihak kolej mengalami kekangan terhadap kekurangan mentol lampu berpijar untuk keseluruhan pelajar sains dan ‘water bath’ adalah terhad. Semasa ujian penilaian amali dikendalikan, pelajar terpaksa berulang-alik dari ruang kerja amali ke bahagian belakang makmal kimia untuk memantau hasil ujian tersebut di dalam ‘water bath’ atau menggunakan mentol lampu berpijar. Oleh itu kumpulan HHNR unit Kimia Kolej Matrikulasi Melaka telah merangka satu langkah alternatif inovasi demi mengatasi masalah pengurusan eksperimen yang melibatkan penggunaan UV dengan merekacipta rekaan projek BR2UV2.0. OBJEKTIF 1. Mengukuhkan kolaborasi antara pensyarah dan pegawai pelbagai latar belakang. 2. Meningkatkan kecekapan pensyarah dan pegawai dalam mengendalikan dan menguruskan ujian penilaian amali Kimia. 3. Mewujudkan kepekaan pensyarah terhadap masalah sepanjang mengendalikan amali Kimia. 4. Menghasilan ciptaan BR2UV2.0 yang berpotesi demi menambah baik ujian penilaian amali Kimia. KUMPULAN SASARAN Pelajar Aliran Sains Sistem Dua Semester (SDS) dan Empat Semester (SES) Kolej Matrikulasi Melaka LATAR BELAKANG Mod Amali dalam SK025 atau DK024 merupakan salah satu kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang direka untuk menggalakkan minda inkuiri dalam diri pelajar. Dalam sesi PdPc ini, pelajar perlu mengambil bahagian sebelum, semasa dan selepas amali dengan menyediakan laporan, membuat pemerhatian, menganalisis keputusan dan membuat kesimpulan selain meningkatkan kemahiran manipulatif pelajar. Eksperimen ‘Tindakbalas Aliphatik Dan Aromatik Hidrokarbon’ merupakan eksperimen ke-4 bagi Program Sistem Dua Semester (SDS) dan eksperimen ke-2 bagi Program Sistem Empat Semester (SES). Antara masalah semasa menjalankankan eksperimen tersebut adalah ketidaktentuan memperolehi sumber tenaga dari sinar ultraungu, UV. Sinaran ultraungu atau lebih tepat ultralembayung, UV merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar UV adalah antara 200-400nm, dan bertenaga dari 3 eV hingga 124 eV. Sumber utama bagi sinar UV adalah dari cahaya matahari. Oleh itu, untuk mendapatkan sumber sinar UV tersebut, pelajar perlu membawa bahan kimia dan alat radas keluar 56 dari makmal. Hal ini menyebabkan peraturan keselamatan makmal tidak dipatuhi disamping sukar untuk mendapatkan sumber cahaya matahari dengan baik terutamanya pada waktu pagi atau ketika cuaca mendung. Walaupun, mentol lampu berpijar @ mentol centennial) dan ‘water bath’ disediakan, namun begitu, pihak kolej mengalami kekangan dari segi kuantiti mentol lampu berpijar dan ‘water bath’ untuk kegunaan keseluruhan pelajar sains Kolej Matrikulasi Melaka. Oleh itu, kumpulan HHNR unit Kimia Kolej Matrikulasi Melaka telah merangka satu langkah alternatif inovasi demi mengatasi masalah pengurusan eksperimen yang melibatkan penggunaan UV dengan merekacipta satu alat yang dapat menghasilkan UV di dalam makmal yang dinamakan sebagai BR2UV2.0. Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan / Organisasi Seiring dengan Visi dan Misi Kolej Matrikulasi Melaka, pengendalian dan pengurusan Ujian Penilaian Amali Kimia berkait rapat dengan pencapaian PNGK pelajar Kolej Matrikulasi Melaka. Oleh itu dalam melahirkan dan menjana pelajar bumiputera mahupun bukan bumiputera ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang tahun 2020, Penilaian Ujian Amali Kimia turut menjadi penyumbang kepada nadi keberhasilan pelajar dalam membangunkan pelajar yang berpotensi dalam bidang STEM disamping melahirkan modal insan yang cemerlang. Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Pemegang Taruh Penilaian Ujian Amali Kimia adalah satu ketetapan daripada Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang wajib dilaksanakan kepada pelanggan (pelajar) dalam membantu menyumbang mata PNGK di akhir program SES mahupun SDS. Oleh itu Pemegang Taruh @ Pihak Berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Matrikulasi, Kolej-kolej Matrikulasi, Pensyarah Kimia, Pembantu Makmal dan ibubapa menjadi nadi dan tujang utama pelaksanaan Penilaian Ujian Amali Kimia kepada pelajar jurusan Sains Program Empat Semester dan Dua Semester. Sejajar Dengan Agenda Dan Matlamat Nasional Falsafah Pendidikan Kebangsaan Penilaian Ujian Amali Kimia adalah satu usaha yang berterusan dalam memperkembangkan lagi potensi individu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan pelajar kolej yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara di masa hadapan. Para pelajar kolej perlu memperolehi 10% markah Penilaian Berterusan dalam Penilaian Ujian Amali Kimia supaya mendapat mata PNGK yang baik di akhir program SES mahupun SDS. Transformasi Agenda Pendidikan Malaysia Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak cabaran transformasi, terutamanya sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat pada masa akan datang. Oleh itu Penilaian Ujian Amali Kimia memerlukan kemudahan yang lengkap dari segi teknologi dalam menyiapkan pelajar ke arah institusi pengajian tinggi. Kemudahan tersebut perlulah menjimatkan kos dan masa disamping dapat meningkatkan produktiviti pelajar dan sistem Penilaian Ujian Amali tersebut. Revolusi Industri 4.0 Sistem pendidikan negara ini perlulah seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) iaitu penerapan teknologi maklumat dan komunikasi kepada industri apabila internet of things (IoT) menjadi pemacu utama dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara. Revolusi Industri 4.0 atau Industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur ekonomi dalam aspek pengurusan, industri dan komersil yang menekankan pembangunan teknologi digital (realiti maya) bagi mengurangkan kos penggunaan tenaga manusia. Oleh itu Penilaian Ujian Amali Kimia boleh ditambahbaik sekiranya dapat menggunakan teknologi dalam pengendalian amali Kimia di dalam makmal. 57 Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa BR2UV2.0 merupakan alat yang digunakan untuk menghasilkan sinar UV di dalam makmal bagi menggantikan sumber utama sinar UV iaitu dari cahaya matahari. Ini kerana, terdapat beberapa masalah yang menjadi kekangan dalam mendapatkan sinar UV dari cahaya matahari semasa eksperimen dijalankan. Antaranya adalah, sukar untuk mendapatkan cahaya matahari yang baik terutamanya ketika cuaca mendung atau pada waktu pagi. Di samping itu, untuk mendapat sumber cahaya matahari ini, pelajar perlu membawa bahan kimia serta alat radas keluar dari makmal. Hal ini menyebabkan perlanggaran peraturan keselamatan makmal yang melarang membawa sebarang bahan kimia keluar dari makmal. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Analisis faktor utama projek (‘Tree Diagram’) Perlanggaran peraturan keselamatan makmal yang melarang membawa sebarang bahan kimia keluar dari makmal. Cuaca mendung menyebabkan tempoh masa lama untuk rekod pemerhatian Slot amali 8-10 pagi (kemalangan dan kecuaian di kaki lima makmal) Menghadkan pergerakan pelajar @ kekal di ruang kerja eksperimen Mempercepatkan kadar tindakbalas Lokasi makmal yang terlindung dari uv (berkongsi menggunakan mentol lampu berpijar) CADANGAN Rajah 1: Tree Diagram’ Analisis Masalah Dihadapi INOVASI YANG DILAKSANAKA Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi BR2UV2.0 Rajah 2: Perbandingan BR2UV1.0 dan BR2UV2.0 58 SEBAB/ AKIBAT Ganti mentol LED BR2UV2.0 BR2UV1.0 MASALAH Ciri- inovasi BR2UV2.0 ● Lebih ringan dan mudah dibawa ● Memiliki konsep pantulan cahaya yang tepat ke arah bahan kimia ● Lampu LED ultraungu (berkuasa tinggi dan berwarna) ● Voltage: 85V-265V ● Power: 3W ● Lamp beads: 36 leds ● Lumen: 260-312LM ● Sangat menarik ● Bahan dan Kos perbelanjaan yang rendah ● Cekap dan Efisien Rekabentuk projek BR2UV2.0 Rangka luar BR2UV2.0 yang menggunakan papan lembut @ polisterin. Rangka luar BR2UV2.0 disambungkan dengan wayar penyambung elektrik Rajah 3: Rekabentuk BR2UV2.0 Kaedah Scamper BR2UV2.0 Rajah 4: Kaedah SCAMPER BR2UV2.0 59 Rangka dalam susun atur tabung uji BR2UV Cara Inovasi Digunakan Pengujian Prototaip Bahan Ujian Eksperimen Ujian Siri 1 (Mentol Lampu Berpijar) Ujian Siri II (BR2UV2.0) Rajah 5: Pengujian Prototaip Kos Penghasilan Inovasi Jadual 1: Kos Penghasilan Inovasi Bil. Item 1. 3 unit lampu LED UV bersaiz kecil 2. Wayar penyambung terpakai 3. Papan polisterin 4. Kertas Aluminum Foil Jumlah Kos RM 18.00 RM 0.10 RM 2.00 RM 3.50 RM 23.60 KEBERKESANAN Perbandingan Masa Tindakbalas BAHAN ORGANIK + Br2 Cyclohexene Cyclohexane Toluene Jadual 2: Perbandingan Masa Tindakbalas Masa Tindakbalas (warna perang kemerahan bertukar tidak berwarna) Mentol Lampu Berpijar 1.0 BR2UV2.0 serta merta serta merta 9 minit ≤ 30 minit 1 minit 46 saat 53 saat 60 Impak dan Kesan Penggunaan BR2UV2.0 ● BR2UV2.0 dapat memastikan peraturan pengendalian peralatan dan bahan kimia di dalam makmal kimia dipatuhi semasa menjalankan eksperimen terutama semasa ujian penilaian amali kimia. ● BR2UV2.0 menjimatkan masa dan tenaga pelajar daripada berulang-alik keluar masuk makmal. ● Kaedah lama dalam mengendalikan eksperimen menyebabkan pelajar membawa keluar bahan dan radas Kimia sehingga mengakibatkan kemalangan. Namun BR2UV2.0 dapat menghadkan pergerakan pelajar semasa eksperimen dijalankan. ● Masa tindakbalas dengan menggunakan BR2UV2.0 adalah lebih pantas dan pengguna tidak perlu bergerak meninggalkan ruang kerja eksperimen sekaligus terhindar dari sebarang kemalangan berlaku sepanjang eksperimen. Oleh itu BR2UV2.0 sangat sesuai digunakan sepanjang Penilaian Ujian Amali Kimia yang melibatkan tindak balas penukargantian radikal bebas dengan kehadiran uv. Jadual 3: Analisa Pengurusan Risiko Eksperimen Hazard(bahaya) Mentol Lampu Berpijar 1.0 BR2UV2.0 Analisa Peratus Pengurangan Risiko Kekerapan/Kebarangkalian 5 3 - 40.00% Impak 3.0 2.0 - 33.33% Tahap Risiko 15 6 - 60.00% Faedah Sampingan (Luar Jangka) ● Memahirkan diri dalam pengendalian KIK ● Kreatif dalam melahirkan percambahan idea ● Kemahiran pengendalian perbincangan ● Pengetahuan menyelidik dan menganalisa data ● Peningkatan kompetensi ● Pembentukan semangat kerja berpasukan POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN BR2UV2.0 telah diguna di makmal Kimia Kolej Matrikulasi Melaka. Pembantu makmal & pensyarah Kimia telah menggunakan BR2UV2.0 semasa eksperimen hidrokarbon. Sebar luas telah dijalankan kepada Pembantu Makmal Kimia & Pensyarah Kimia Kolej Matrikulasi Melaka. Tahap Ketersediaan Teknologi / Sistem / Proses Penambahbaikan BR2UV2.0 akan dijalankan dengan menyediakan tapak dan bekas tabung uji yang lebih kukuh dengan menggunakan kayu tabung uji kitar semula, papan playwood nipis, cermin sebagai medium pemantul dan ruangan khas boleh imbas untuk memudahkan pemerhatian hasil tindakbalas. Tahap Replikasi Atau Pengkomersialan BR2UV2.0 boleh direplikasikan supaya keadaan fizikalnya lebih kukuh dan menarik serta boleh dikormesialkan ke Bahagian Matrikulasi untuk disebarkuaskan kepada semua kolej- kolej matrikulasi seluruh negara. 61 RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat mengukuhkan kolaborasi antara pensyarah dan pegawai pelbagai latar belakang serta meningkatkan kecekapan pensyarah dan pegawai dalam mengendalikan dan menguruskan ujian penilaian amali Kimia.Selain itu, inovasi KIK turut mewujudkan kepekaan pensyarah terhadap masalah sepanjang mengendalikan amali Kimia disamping menghasilan ciptaan BR2UV2.0 yang berpotesi demi menambah baik ujian penilaian amali Kimia. RUJUKAN Bahramy, M., & Araghi, M. (2013). The identification of demotives in EFL university students: International Journal of Basic and Applied Science, 1 (4), 840-845. Retrieved from http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/ download?doi=10.1.1. 416.1928& rep=rep1&type=pdf T. W. Graham Solomons, Craig B. Fryhle, Scott A. Snyder (2016) Organic Chemistry, 12th Edition, Wiley, United States of America Theodore L. Brown, H. Eugene LeMay, Jr, Bruce; (2017); CHEMISTRY- The central Science, 14th Ed., Pearson Education, Australia. Baum, S.J, Sandwick, R.K. (2013) Laboratory Exercises in Organic and Biological Chemistry, 3rd Ed. Printice Hall. New Jersey. United States of America. Karen C. (2006) Lab Manual for Chemistry: An Introduction to General, Organic, and Biological Chemistry, 9th Edition; Pearson; Timberlake, Los Angeles Valley College Director Matriculation Division, MOE (2019) Chemistry Laboratory Manual Semester I & II SK015 & SK025; 1st Ed; Matriculation Division, MOE, Putrajaya, Malaysia. Ali.R, (1995) Panduan Amali Kimia Asas, Kursus Pengajian Tinggi Fajar Bakti, Selangor. AHLI-AHLI KUMPULAN Hazmira Suzlin Bt Ab Hamid @ Fauzi Pensyarah Kimia (Fasilitator) Hazmir Bin Adom Pensyarah Kimia (Ketua Kumpulan) Norhazilah Bt Mohamad Pensyarah Kimia (Pen. Ketua Kumpulan) Rozianim Bt Ahmad Pensyarah Kimia (Setiausaha) Che Ruzita Bt Suboh Ketua Pembantu Makmal Kimia Aras 2 (Ahli Kumpulan) Rafiza Binti Alias Pembantu Makmal Kimia (Ahli Kumpulan) 62 SISTEM KAKASA Nur Azura binti Mahin Noor Akashah bin Noordin Khomsah binti Mutalib Lim Kai Yee SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor ABSTRAK Sistem KAKASA adalah merujuk kepada Kurikulum A, Ko-kurikulum A dan Sahsiah A. Sistem ini diwujudkan ke arah membudayakan sekolah selari dengan Revolusi Perindustrian IR4.0. Pelajar pada generasi z terdidik dengan perkembangan teknologi dan digarap dengan sistem yang dihasilkan ini dapat melahirkan transformasi sahsiah dan transformasi ko-kurikulum yang lebih cemerlang seterusnya diharapkan membawa impak positif kepada kemenjadian pelajar yang lebih cemerlang dalam bidang akademik. Inovasi ini merupakan serampang dua mata. Bagi menzahirkan akademik yang cemerlang, pelajar dipimpin untuk memimpin dari segi pengurusan HEM dan pengurusan ko-kurikulum. Isu-isu yang sering berlaku dalam unit HEM seperti data pelajar ponteng kelas dan pelajar lewat ke sekolah tidak dapat dipusatkan hingga menambahkan masalah-masalah disiplin yang lain. Dengan adanya sistem pengurusan yang sistematik dari unit HEM, pemimpin pelajar pengawas berkerjasama dengan guru bertugas, guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling bagi proses pengumpulan data dan seterusnya tindakan sewajarnya dapat dilakukan seawalnya bagi mencegah penularan masalah disiplin yang lebih membimbangkan. Ini secara tidak lansung menjamin kepada sahsiah cemerlang di kalangan pelajarpelajar. Isu-isu dari unit Ko-kurikulum pula, antaranya ialah pengurusan yang tidak bersistematik. Dengan adanya sistem pengurusan yang sistematik dari unit Ko-kurikulum, pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengerusi yang dilantik dapat bekerjasama dengan guru penasihat untuk pengumpulan data dari segi kehadiran pelajar ke aktiviti unit Ko-kurikulum, pencapaian yang diperolehi dari unit Ko-kurikulum selain dari data yang lengkap setiap pelajar dalam Unit badan Beruniform, Unit Kelab dan Persatuan, Unit Sukan dan Permainan dan Rumah Sukan. Agihan pelajar ke setiap unit dapat diseragamkan dari segi bilangan keahlian dan menghindarkan dari masalah pelajar bertukar-tukar unit dalam ko-kurikulum sesuka hati. Diharapkan dengan adanya transformasi digital ini dari Unit HEM dan Unit Ko-kurikulum, pelajar akan terdidik untuk berdisiplin dan menjadikan fokus utama ke sekolah adalah memperolehi pencapaian cemerlang dalam akademik. Selain itu diharapkan, dengan kadar akses guru dengan cepat dan pantas ini dapat mengekang penularan masalah disiplin pelajar. OBJEKTIF 1. Membangunkan pengurusan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM) yang cekap dan efisien dengan penggunaan sistem digital untuk merekod, menyimpan serta menyalurkan data, seterusnya memanipulasikan data tersebut ke arah pembinaan sahsiah yang cemerlang dan kemenjadian murid. 2. Memperkasakan pengurusan unit Ko-kurikulum dengan penggunaan sistem digital untuk merekod, menyimpan serta menyalurkan data, seterusnya memanipulasikan data tersebut ke arah melahirkan pelajar yang berbakat, mahir memimpin, berketrampilan dan cemerlang ko-kurikulum. 3. Membantu pihak sekolah melalui pembangunan sistem digital dalam pengurusan data-data HEM dan ko-kurikulum yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan kewangan. KUMPULAN SASARAN 1. Unit HEM 2. Unit Ko-kurikulum 3. Guru kelas 4. Guru mata pelajaran 5. Pelajar-pelajar SMK Tun Mamat 63 LATAR BELAKANG Selari dengan tuntutan IR 4.0 yang menekankan pembangunan teknologi digital yang dapat mengurangkan kos dan tenaga manusia, maka sistem pengurusan sekolah juga wajar diberi sentuhan digital, bukan untuk meminggirkan matlamat melahirkan modal insan, malah membantu dan menyokong padu seterusnya memudahkan urusan pencapaian matlamat tersebut. Justeru sistem KAKASA ini diperkenalkan untuk membantu pihak sekolah menguruskan data-data berkaitan HEM dan ko-kurikulum dengan sistematik dan berkesan. Pengurusan data secara aplikasi digital ini membolehkan pihak sekolah menganalisi data dan segala dapatan daripada aplikasi tersebut menjadi sumber rujukan serta dapat diakses dengan mudah pada bila-bila masa yang diperlukan. Data-data tersebut seterusnya dapat dimanipulasikan untuk merangka program-program pengkayaan atau penambahbaikan sama ada dalam bidang HEM mahu pun ko-kurikulum. Usaha ini adalah amat penting demi memastikan pencapaian yang cemerlang di kalangan pelajar dalam bidang sahsiah dan ko-kurikulum. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan dan merekod keberadaan pelajar-pelajar di sekolah. Antara usaha-usaha tersebut termasuklah merekod nama pelajar lewat di pintu pagar sekolah, memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang datang awal dan menyediakan buku pengesanan pelajar ponteng kelas kepada guru-guru kelas. Ini adalah usaha-usaha rutin yang penting dan baik. Walau bagaimanapun, data-data yang diperolehi tidak dapat dianalisis dengan mudah dan diakses apabila diperlukan. Seringkali juga berlaku keciciran maklumat atau data yang tidak tepat, contohnya tidak merekod nama penuh pelajar atau tidak menyertakan maklumat yang penting seperti nama kelas, sebab kelewatan, maklumat hilang dari simpanan dan sebagainya. Kita juga maklum bahawa masalah akademik dan disiplin di kalangan pelajar sekolah turut berkait dengan masalah peribadi atau latar belakang keluarga. Selain daripada mengesan masalah ini melalui APDM, kita juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui aduan pelajar-pelajar yang terbabit atau guru kelas. Namun begitu, ada kalanya maklumat dan aduan tersebut tidak sampai ke pihak pengurusan disebabkan kekangan-kekangan tertentu menyebabkan tindakan sewajarnya tidak dapat diambil. Maklumat ko-kurikulum sekolah pula, biasanya didapati daripada laporan-laporan guru penasihat, penyelaras Unit Kelab dan Persatuan, Unit Badan Beruniform dan Unit Sukan dan Permainan dan Rumah Sukan. Maklumat pendaftaran pelajar dalam unit Ko-kurikulum direkodkan secara manual berdasarkan borang dan fail laporan keahlian. Kadang-kadang berlaku pertindanan maklumat, menyebabkan data tidak sepadan dengan enrollmen pelajar yang sebenar. Ada kemungkinan pelajar akan bertukar-tukar persatuan sesuka hati, terlibat dalam dua persatuan dalam waktu yang sama atau berlaku keciciran di mana mereka langsung tidak didaftarkan dalam mana-mana unit yang sepatutnya. Manakala data-data yang direkodkan secara luar talian dan berpusatkan kepada satu komputer sahaja, menyebabkan data tidak dapat dianalisis dengan segera. Maklumat juga tidak dapat dikemaskinikan dengan pantas dan hanya berpusatkan kepada guru-guru tertentu sahaja. Oleh itu, segala data dan maklumat tidak dapat disebarluaskan dengan pantas kepada guru-guru lain. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang digunakan Sistem KAKASA adalah aplikasi digital sepenuhnya tanpa menggunakan sebarang bahan mentah. Borang-borang secara dalam talian yang dinamakan e-borang dibangunkan menggunakan aplikasi google form untuk mendapatkan maklumat daripada guru-guru yang bertanggungjawab. Antara e-borang yang dibangunkan dalam unit HEM adalah: 64 e-Lewat e-Lewat dibangunkan untuk merekod kehadiran pelajar lewat bagi tujuan tindakan unit HEM dan disiplin. e-Cakna e-Cakna merupakan sistem yang dihasilkan untuk merekod dan melaporkan secara terus kepada Tuan Pengetua tentang sebarang isu atau cadangan, contohnya maklumat berkaitan kebajikan pelajar. e-Keberadaan Pelajar Sistem ini bertujuan untuk mencatatkan bilangan kehadiran pelajar semasa menghadiri aktiviti yang dianjurkan di sekolah sebelum tamat sesi perjumpaan sebagai rekod kehadiran pelajar dan catatan maklumat ketidakhadiran pelajar. e-Transformasi Sahsiah e-Transformasi Sahsiah merupakan sistem yang dihasilkan untuk menganalisis dapatan dari e-Lewat ( Merit ) , e-Keberadaan pelajar (Demerit ) , e-Cakna ( Tindakan Susulan ) bagi mendapatkan markah sahsiah pelajar bagi ujuan perekodan pada sijil berhenti sekolah. Manakala e-borang yang dibangunkan oleh unit Ko-kurikulum adalah seperti berikut: e- Daftar Ko-kurikulum Setiap pelajar perlu mendaftar maklumat ko-kurikulum untuk rekod data ko-kurikulum sekolah dengan mengisi e-Daftar Ko-kurikulum. e-Kehadiran Ko-kurikulum Sistem ini bertujuan untuk mencatat kehadiran pelajar semasa menjalani aktiviti ko-kurikulum melalui guru penasihat sebelum tamat sesi perjumpaan. e- Jawatan Ko-kurikulum Sistem ini bertujuan untuk mendapatkan dan merekod maklumat berkaitan jawatan bagi setiap unit-unit ko-kurikulum dalam google form yang disediakan bagi tujuan cetakan watikah pelantikan. 65 e- Carta Organisasi Ko-kurikulum Sistem ini bertujuan untuk mendapatkan dan merekod maklumat berkaitan carta organisasi setiap Kelab dan Persatuan, Unit Badan Beruniform, Unit Sukan dan permainan serta rumah-rumah sukan. e- Data Ko-kurikulum Pelajar Sistem ini membolehkan guru dan pelajar untuk menyemak nama, nombor kad pengenalan, tingkatan, kelas, UBB, UKP, USP dan rumah sukan pelajar bagi tahun semasa. e- Borang Anugerah KAKA 5.0 Sistem ini bertujuan untuk mencalonkan tokoh-tokoh pelajar dalam bidang ko-kurikulum berdasarkan kategori-kategori yang telah ditetapkan. Cara Inovasi Digunakan Pautan e-borang akan dikongsi kepada guru-guru yg terlibat atau guru-guru boleh mengimbas kod QR seperti yang telah ditunjukkan di atas, yang disediakan di lokasi-lokasi tertentu. Guru-guru yang bertanggungjawab akan mengisi e-borang yang disediakan. Maklumat secara dalam talian diserahkan kepada setiausaha HEM dan Ko-kurikulum. Data akan dianalisis dan direkodkan dalam laman sesawang khas yang boleh diakses oleh semua guru pada bila-masa yang diperlukan. Beberapa contoh e-borang adalah seperti berikut: 66 Contoh google site Unit Ko-kurikulum adalah seperti berikut: https://sites.google.com/edidik.edu.my/ekokurikulum-smktunmamat/home Kos Penghasilan Inovasi Tiada, kerana menggunakan peralatan yang sedia ada seperti telefon pintar, komputer riba dan capaian internet KEBERKESANAN 1. Mengesan maklumat dengan mudah dan pantas Sistem KAKASA ini amat membantu pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan sama ada berkaitan unit HEM atau ko-kurikulum dengan mudah dan pantas. Contohnya, unit HEM boleh mendapatkan maklumat tentang pelajar-pelajar lewat berdasar maklumat yang diperolehi daripada e-lewat. Dalam contoh yang lain, setiausaha ko-kurikulum boleh terus mendapatkan maklumat mengenai kehadiran pelajar ke sesuatu program sebaik sahaja program tersebut bermula. 2. Memudahkan penyaluran maklumat Guru-guru tidak perlu lagi membuat laporan secara manual untuk memberi laporan atau maklumat dikehendaki oleh pihak sekolah. Sebaliknya, mereka boleh terus mengisi e-borang dengan menggunakan pautan yang diberi menerusi telefon bimbit masing-masing, di mana sahaja guru tersebut berada. Contohnya, untuk memberi maklumat tentang jawatan kuasa sesebuah persatuan, guru penasihat hanya perlu mengisi e-Jawatan, sebaik sahaja mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa dilakukan pada awal tahun. Begitu juga apabila guru memerlukan maklumat tertentu, contohnya maklumat tentang keahlian pelajar dalam ko-kurikulum, mereka hanya perlu melayari pautan yang diberikan atau mengimbas kod QR yang disediakan. 67 3. Maklumat dapat dianalisis dan disimpan dengan selamat sebagai bahan rujuk Semua maklumat yang didapati daripada e-borang dapat dianalisi dengan tepat dan cepat mengikut ketagori yang dikehendaki. Seterusnya dapat disimpan dengan selamat, untuk rujukan apabila diperlukan. Ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan bahan berbanding sistem manual yang dilaksanakan sebelum ini. Contoh analisis data bagi e-Kehadiran ko-kurikulum adalah seperti berikut: 4. Maklumat dapat dimanfaatkan untuk program-program penambahbaikan Maklumat-maklumat yang diperolehi banyak membantu pihak sekolah merancang program-program pembangunan sahsiah dan ko-kurikulum. Contohnya, berdasarkan sistem e-Cakna, unit HEM dapat mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan, justeru program-program seperti sarapan percuma, lawatan cakna, dan bantuan uniform sekolah dan uniform lengkap ko-kurikulum dapat dijalankan. Berdasarkan sistem e-Lewat pula, tindakan sewajarnya boleh dilakukan oleh unit disiplin kepada pelajar yang lewat berulang-ulang kali tanpa alasan yang munasabah. Ringkasnya, data-data yang diperolehi sangat berguna untuk proses post-mortem program-program sekolah. 5. Memudahkan pengurusan data-data yang kompleks Untuk memasukkan data dan menguruskan maklumat yang melibatkan 1119 orang pelajar, 45 buah kelas, 20 kelab dan persatuan, 9 badan beruniform, 14 kelab sukan dan permainan, 6 rumah sukan, bukanlah satu kerja yang mudah. Ia memerlukan masa yang panjang dan penelitian yang cukup jitu. Namun dengan adanya sistem digital ini, segalanya dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan tepat. Pertindanan maklumat tidak akan berlaku, contohnya tidak akan ada pelajar yang menyertai dua unit beruniform dalam satu sessi. Sistem ini juga dapat mengelakkan keciciran, seperti pelajar tidak tidak didaftarkan dalam mana-mana unit yang sepatutnya. 68 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Sistem ini mempunyai potensi luas untuk disebarkan kepada guru-guru dan sekolah-sekolah lain. Ini adalah kerana, sistem ini dapat menjimatkan masa dan tenaga sekaligus mengurangkan perbelanjaan sekolah. Ia adalah sistem tanpa kertas dan fail justeru turut menjimatkan ruang kerja guru-guru dan pihak pentadbir. Tambahan pula, maklumat-maklumat berkaitan HEM dan ko-kurikulum menjadi rujukan penting sepanjang tahun untuk menentukan markah PAJSK sama ada di sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. Selain itu, pihak pentadbir dan guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, sangat menyambut baik usaha membangunkan sistem e-KAKASA ini. Tidak mustahil, sistem ini boleh diterima dan dimanfaatkan di sekolah-sekolah lain. RUMUSAN Kesimpulannya, Sistem KAKASA adalah sistem yang sangat praktikal, sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa. Sistem ini sangat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Ia sangat banyak membantu pihak sekolah menguruskan dan menyimpan data dan terbukti banyak mengurangkan bebanan kerja guru. Sistem ini juga membantu pihak sekolah membuat penilaian terhadap program-program yang dijalankan seterusnya membuat program-program pengkayaan dan penambahbaikan yang mana matlamat akhirnya untuk melahirkan murid yang cemerlang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. RUJUKAN http://gg.gg/e-keberadaanpelajar http://gg.gg/CaknaSMKTM http://gg.gg/elewat http://gg.gg/ANUGERAHKAKA http://gg.gg/KehadiranAktivitiKokurikulum http://gg.gg/e-TransformasiSahsiah http://gg.gg/cartaorganisasikokurikulum http://gg.gg/jawatankokurikulum http://gg.gg/KAKADaftarKokurikulum http://gg.gg/datakokurikulum https://sites.google.com/edidik.edu.my/e-kokurikulum-smktunmamat/home AHLI-AHLI KUMPULAN 69 PHYTOCHEM SCINDAPSUS Ahmad Shukri bin Ahmad1 Hamizah binti Muhammad2 Abdul Sukur bin Kamsir1 Yong Jia Yee1 Tan Hui Teng1 1 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor 2 SMK Tinggi Batu Pahat ABSTRAK PhytoChem Scindapsus adalah sebuah projek inovasi KIK yang digunakan untuk merawat alam sekitar dengan cara penyerapan ion logam terbuang. Lazimnya di makmal-makmal kimia di sekolah menengah mempunyai rak bahan kimia di dalam botol yang merupakan bahan kimia lebihan berbentuk larutan garam logam terlarut. Ini disebabkan penyediaan bahan berlebihan dan tidak habis digunakan. Adalah tidak wajar bahan kimia tersebut dibuang ke saliran yang boleh mencemarkan air di parit dan sungai. Seterusnya mengalir ke laut dan menjadi bahan pencemar kepada hidupan laut yang menjadi makanan manusia. Lantaran itu beberapa simpton dan wabak penyakit yang kompleks timbul akibat ketidaktentuan kebersihan di dalam permakanan manusia. Spesis yang digunakan adalah Scindapsus Pictus Var Argyaeus. Projek ini berjaya menyusutkan larutan berion logam manganat (Mn7+) dan ion logam kuprum (Cu2+). Dua larutan ini popular digunakan di dalam makmal kimia di peringkat SPM dan ke atas. PhytoChem Scindapsus adalah sebuah projek yang digunakan untuk mengatasi masalah lebihan larutanlarutan ion logam yang telah digunakan untuk eksperimen Kimia di makmal sekolah. Lazimnya di makmal-makmal kimia di sekolah menengah mempunyai rak bahan kimia di dalam botol yang merupakan bahan kimia lebihan berbentuk larutan garam logam terlarut. Ini disebabkan penyediaan bahan berlebihan dan tidak habis digunakan. OBJEKTIF 1. Untuk menyusutkan kandungan ion logam kuprum dan mangan di alam sekitar. 2. Untuk mengetengahkan projek yang mesra alam dengan penggunaaan tumbuhan bukan makanan manusia. 3. Untuk mengurus bahan pencemaran ion logam secara mampan dan mesra alam. KUMPULAN SASARAN Jurutera alam sekitar, Pencinta Alam sekitar, Industri sisa larutan logam. LATAR BELAKANG Satu daripada sebelas Anjakan Utama untuk mengtransformasi sistem pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar. Untuk mengharungi segala segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin tetapi juga perlu menguasai kaedah saintifik khususnya menerokai kemahiran baru dalam merawat alam sekitar. Ia berkait rapat dengan identiti nasional dan sivik modal insan bernilai bagi mengatasi dengan penyelesaian masalah persekitaran di makmal sekolah. MASALAH–MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan iaitu dengan mengemukakan pertanyaan dan persoalan kepada guru sekolah yang melaksanakan amali Kimia berkaitan lebihan bahan kimia dalam botol di rak-rak makmal. Larutan kimia khususnya kalium mangganat (VII) yang terlalu sedikit digunakan dalam eksperimen tetapi penyediaan melibatkan kemolaran dengan isipadu yang sepadan menyebabkan ia 70 berlebihan. Begitu juga larutan kuprum (II) sulfat, pada mulanya disimpan untuk eksperimen kualitatif yang lain tetapi tidak sempat digunakan semula kerana kekangan masa untuk menghabiskan silibus sukatan pelajaran dan peperiksaan utama SPM semakin hampir. Maka terdapat lebihan larutan ion kuprum yang perlu dinyahkan luputkan secara mesra alam dengan inovasi Phytochem Scindapsus. INOVASI YANG DIJALANKAN Bahan yang digunakan dalam penghasilan projek Alat Radas • Air ternyah ion • Medium hidroponik tanpa garam logam • Kelalang kon • Tiub • Corong pemisah • Pembaris ukur aras penyusutan • Pembalut Aluminium Uji lari Inovasi • Membuka tiub alir pencemar larutan kimia • Penambahan larutan seminima isipadu • Giliran dua larutan kuprum (II) dan kalium mangganat (VII) mengikut jadual • Secara mampan tambahan dibuat mengelakkan kesan toksidsiti kepada tumbuhan • Menggunakan tumbuhan bukan tujuan makanan tetapi untuk hiasan. • Spesies Scindapsus sebagai agen penyerap pencemar Kos Penghasilan Projek Kos: RM150 Kos hanya tertumpu kepada pilihan spesis Scindapsus Pictus Var Argyaeus yang dibeli kemudian dibiakkan. Manakala bahan dan alat lain adalah binaan model yang mana komponennya diambil dari Makmal Kimia IPG KTHO. Bahan sisa larutan kimia seperti kuprum (II) sulfat dan larutan kalium manganat (VII) adalah sisa atau baki yang tidak digunakan lagi yang berada di rak Makmal Kimia. KEBERKESANAN Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan atas penggunaan projek KIK ini, majoriti berpuas hati dengan kaedah Model ini yang mampu menyahcemarkan larutan kimia ion kuprum (II) dan ion mangan (VII) secara perlahan dan mampan. Pembenihan • Pilihan sesuai yang bukan makanan atau hiasan • medium yang sesuai untuk kesuburan Proses Tanaman Hidroponik Proses Phytoremediation • Suntik larutan pencemar dari Makmal Kimia Rajah 1: Skematik Proses KIK PythoChem Scindapsus 71 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi KIK amat berguna dan signifikan dengan keperluan dunia semasa iaitu kaedah mencari penyelesaian sendiri bagaimana mengatasi masalah bahan kimia pencemar di sekeliling kita. Khususnya kepada penggiat industri, pencinta alam sekitar, guru, pembantu makmal, agen pelupusan bahan larutan kimia teruang dan para saintis. Menerusi teknologi phytoremediation ini, boleh dilakukan oleh semua orang kerana ia mudah dan kebiasaan dikendalikan secara tanaman tumbuhan bukan untuk makanan seperti inovasi ini. RUMUSAN Kesimpulannya, phytoremediation adalah suatu proses bioremediasi yang menggunakan beberapa jenis tumbuhan untuk menyingkirkan, pemindahan, kestabilan dan menghapuskan bahan pencemar di dalam tanah dan air bawah tanah. Terdapat beberapa jenis mekanisme phytoremediation. Kejayaan model yang diutarakan dalam inovasi ini bergantung kepada tumbuhan yang biasa tumbuh di dalam sesuatu komuniti. Tambahan pula kejayaan tumbuhan Scindapsus yang digunakan di dalam model ini kerana ia tumbuh secara hidroponik. Dasarnya tanah adalah untuk tanaman makanan. Manakala sistem hidroponik yang boleh dibuat secara bertingkat sesuai untuk tanaman hiasan bagi merawat air yang tercemar dengan ion logam kuprum(II) dan ion logam mangan(VII). RUJUKAN Afzal M, Khan QM, Sessitsch A (2014) Endophytic bacteria: prospects and applications for the phytoremediation of organic pollutants. Chemosphere 117:232–242 Ahmad R, Tehsin Z, Malik ST, Asad SA, Shahzad M, Bilal M, Shah MM, Khan SA (2016) Phytoremediation potential of hemp (Cannabis sativa L.): identification and characterization of heavy metals responsive genes. Clean Soil Air Water 44:195–201 Balestrazzi A, Bonadei M, Quattrini E, Carbonera D (2009) Occurrence of multiple metalresistance in bacterial isolates associated with transgenic white poplars (Populus alba L.). Ann Microbiol 59:17–23 Dinh N, van der Ent A, Mulligan DR, Nguyen AV (2018) Zinc and lead accumulation characteristics and in vivo distribution of Zn2+ in the hyperaccumulator Noccaea caerulescens elucidated with fluorescent probes and laser confocal microscopy. Environ Exp Bot 147:1–12 Dixit R, Wasiullah MD, Pandiyan K, Singh UB, Sahu A, Shukla R, Singh BP, Rai JP, Sharma PK, Lade H, Paul D (2015) Bioremediation of heavy metals from soil and aquatic environment: an overview of principles and criteria of fundamental processes. Sustainability 7:2189–2212 Gerhardt KE, Gerwing PD, Greenberg BM (2016) Opinion: taking phytoremediation from proven technology to accepted practice. Plant Sci 256:170–185. Oosten MJ, Van Maggio A (2015) Functional biology of halophytes in the phytoremediation of heavy metal contaminated soils. Environ Exp Bot 11:135–146 Pandey VC, Bajpai O, Singh N (2016) Energy crops in sustainable phytoremediation. Renew Sust Energ Rev 54:58–73 Park JH, Lamba D, Paneerselvama P, Choppalaa G, Bolana N, Chung J-W (2011) Role of organic amendments on enhanced bioremediation of heavy metal(loid) contaminated soils. J Hazard Mater 185:549–574 72 KEBERKESANAN BaSiDa SEBAGAI ALAT TEKANAN KOMPOS DALAM PENGURUSAN BAHAN SISA ORGANIK DAN MENGHASILKAN EKSTRAK KOMPOS Mulyani binti Muhamad Effendi Noor Aini binti Kamin Rohayu binti Yusof Rozita binti Ismail Elham bin Ismail Nurul Huda binti Raja Nordin Nurfirzana binti Norjoharuddeen Azizan bin Suhadi Mohamad Husni bin Mohd Hajali Kolej Matrikulasi Johor ABSTRAK Bahan sisa dapur contohnya sayur dan kulit buah boleh dijadikan kompos organik. Proses penapaian kompos akan menghasilkan ekstrak yang boleh dijadikan baja cecair. Ekstrak kompos boleh menghasilkan tanaman yang lebih tinggi kualiti dan mengurangkan serangga perosak. Namun, terdapat kajian yang terhad terhadap penghasilan kompos ekstrak dengan memberikan tekanan kepada kompos. Oleh itu, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menentukan keberkesanan model alat-tekanan kompos iaitu Kit-BaSiDa dalam menguraikan bahan sisa organik dan pada masa yang sama menghasilkan ekstrak yang lebih banyak berbanding dengan cara konvensional. Satu tong telah dibina sebagai model kawalan. Kompos yang terdiri daripada kulit buah, sayur dan nasi (dengan nisbah 1:1:1 v/v) dibiarkan untuk mengurai dan ditapai di dalam kedua-dua model yang dibina selama 1 bulan di bawah kawasan yang berbumbung dengan pengawasan rapi terhadap suhu dan kelembapan persekitaran. Tahap pembacaan penguraian dan jumlah ekstrak kompos direkodkan setelah tempoh proses pengkomposan dalam 6 siri bacaan. Didapati Kit-BaSiDa mencatatkan 33% lebih tinggi ekstrak dan 50% lebih tinggi kadar penguraian kompos daripada tong konvensional. Oleh itu, Kit-BaSiDa dapat digunakan sebagai kaedah alternatif dalam pengurusan sisa organik yang lebih mudah dan murah serta menghasilkan ekstrak kompos yang berunsur organik untuk dijadikan alternatif kepada baja kimia. OBJEKTIF Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Menguruskan pengendalian bahan sisa organik seperti kulit buah, nasi dan sayur-sayuran. 2. Menghasilkan ekstrak kompos yang banyak untuk dijadikan baja organik. KUMPULAN SASARAN Orang awam, Suri rumah dan pengusaha kecil makanan seperti kafeteria LATAR BELAKANG Baja organik mempunyai pelbagai manfaat sebagai alternatif kepada baja kimia, dimana mengeluarkan hasil tanaman tidak beracun. Ini dapat mengurangkan keberangkalian untuk memperoleh penyakit yang tercetus oleh bahan kimia seperti kanser (Baudry, Assmann, Touvier, Allès, Seconda et al., 2018), obesiti (Kesse-Guyot, Baudry, Assmann,Galan, Hercberg et al., 2017) dan juga tindak balas alahan (Shahali and Dadar, 2018). Berdasarkan penyelidikan oleh Xin, Zhang, Zhu and Zhang (2016), baja organik dapat menjaga keseimbangan ekosistem dalam tanah kerana tiada kompaun tiruan tertinggal dalam tanah. Justeru, tanah dapat diguna secara berulangan pada jangka masa yang lebih panjang dan memastikan 73 kelestarian tanah. Tambahan pula, mikroba juga menggalakan nutrien tanah untuk berkembang dengan kehadiran karbon, nitrogen, fosforus dan potasium (Olajire-Ajayi, Dada, Wahab and Ojo, 2015). Definisi kompos adalah bahan sisa mereput secara separa oleh mikrooraganisma, dimana nutrien lebih cekap diserap oleh tanaman. Mikroba anaerobik berkembang maju dalam keadaan yang kekurangan oksigen, menghasilkan kompos yang lebih berguna dan juga mengeluarkan cecair ekstrak yang lebih tinggi kuantiti isipadu berbanding dengan penggunaan kompos aerobik (Martín, Santos, Aparicio and Alonso, 2015). Biojisim basah kaya dengan nitrogen dan juga mempunyai kadar kandungan air lebih tinggi (Jensen, Møller and Scheutz, 2017), digunaakan oleh anaerob untuk memudahkan pengeluaran amonia pada pembesaran tanaman (Klawonn, Bonaglia, Brüchert and Ploug, 2015). Chynoweth and Mah (1977) menyatakan bahawa anaerob berkembang dengan kehadiran gula merah, disebabkan glukosa sumber nutrien utama untuk mempercepatkan proses kompos. Apabila dibezakan dengan kompos aerobik, proses kompos anaerobik didapati lebih mudah dan memerlukan usaha yang minimum. Ini kerana kompos anaerobik tidak memerlukan pengudaran yang berterusan untuk menjaga populasi mikroba (Chanakya and Sreesha, 2012). Daripada kompos, cecair yang diekstrak pada jangka masa yang lama akan digunakan sebagai baja cecair. Berbanding dengan baja kering, baja cecair lebih mudah dan efisen untuk digunakan kerana cecair menembus tanah dengan cepat (Martínez-Alcántara, Martínez-Cuenca, Bermejo, Legaz and Quiñones, 2015). Pengedaran nutrien-nutrien yang lebih baik dapat tercapai melalui penyemburan cecair yang rata, sekaligus menyebabkan kualiti antara tanaman berseragam. Ini memberi kuasa kepada pengguna untuk meningkatkan kawalan aplikasi nutrien, seperti tahap-tahap membesaran tanaman yang berbeza dapat selaras dengan keperluan nutrien mengikut spesifikasi (Ji, Dong, Shi and Min, 2017). Berdasarkan menyelidikan oleh Iqbal, Shafiq and Ahmed (2010), penghasilan cecair ekstrak daripada bahan kompos mungkin boleh memperoleh kandungan lebih tinggi melalui penggunaan pemampatan manual secara berselang. Tekanan tinggi kepada kompos organik menyebabkan penguraian yang tinggi kepada cecair ekstrak (Makan, Assobhei & Mountadar, 2014). Pemampatan atas kompos juga boleh menghadkan kemasukan oksigen, sekaligus menjaga populasi mikroba anaerobik ketika proses kompos. MASALAH YANG DIHADAPI Rumah merupakan pengeluar sumber sisa pepejal utama (Moh dan Manaf, 2014) Kesedaran kitarsemula bahan sisa pepejal yang rendah (Adnan dan Hamdan, 2018 MASALAH YANG DIHADAPI Peningkatan ruang terhad di kawasan tapak pelupusan (Zaipul and Ahmad, 2017; Razali, Weng Wei and Daud, 2017) Rajah 1: Masalah yang dihadapi Merujuk kepada Rajah 1, salah satu solusi untuk mananam kebiasaan individu dalam mengamalkan kitar semula dengan bahan buang sisa dapur adalah dengan mengunakan kit BaSiDa untuk kompos bahan sisa dapur menjadi baja organik. 74 INOVASI YANG DILAKSANAKAN Tentukan masalah Latar belakang masalah Nyatakan keperluan Percambahan fikiran, penialian dan penyelesaian Berdasarkan data, reka bentuk diubah, hasil prototaip, diuji lagi dan data dianalisi sekali lagi Hasilkan prototaip Uji prototaip Prototaip memenuhi keperluan Prototaip separa memenuhi keperluan atau tidak Perbincangan keputusan Rajah 2: Carta alir untuk penghasilan BaSiDa Spesifikasi dan bahan penghasilan Kit-BaSiDa Berdasarkan Rajah 3, Kit-BaSiDa terdiri daripada unit paling atas adalah unit pemampat. Unit pemampat terdiri daripada besi T sebagai pemutar. Pistol pemampat buaian bagi protaip 2 perlu di tekan menggunakan tangan dan memerlukan tenaga yang banyak. Jadi untuk prototaip 3, pistol diganti dengan besi T sebagai pemutar plat mampatan yang berfungsi untuk memampatkan sisa buangan ke dasar bakul untuk mendapatkan ekstrak di bahagian pengkomposan. Unit kedua pula adalah bahagian pengkomposan sisa yang terdiri daripada bakul untuk meletakkan sisa buah, sayur dan nasi. Bahagian ini juga direka untuk mendapatkan ekstrak yang akan terus memasuki unit ketiga iaitu bahagian pengumpul kompos (bahagian paling bawah) untuk mengumpul kompos. Jumlah kompos yang dihasilkan diukur untuk menguji keberkesanan Kit-BaSida bagi mendapatkan ekstrak kompos yang berkualiti dan banyak. Rak pot Plat pertama (24cm) di cantumkan dengan pistol pemempat buaian Pistol pemampat buaian Kit-Basida (Prototaip 2) Plat Kedua (24cm) Kain Rajah 3: Spesifikasi dan reka bentuk Kit-BaSiDa 75 Bagi mengatasi beberapa masalah untuk mengambil ekstrak kompos di bahagian bawah Kit-BaSiDa sedikit inovasi pengubahsuai telah dilakukan. Antara pengubahsuainya ialah menukar pistol pemampat dengan alat pemutar. Ini lebih mudah dan praktikal dengan hanya memusing besi di bahagian atas tanpa memerlukan tenaga yang banyak berbanding penggunaan pistol pemampat sebelum ini. Ini dapat diperjelaskan pada Prototaip 3. Selain itu, pengubahsuai juga dilakukan di bahagian ketiga iaitu bahagian pegumpulan kompos dengan menambah paip bagi mengeluarkan hasil ekstrak kompos dengan mudah. Prototaip tong konvensional dan Kit-BaSiDa Jadual 1 menunjukkan beberapa prototaip inovasi ini bermula dari tong konvensional dan inovasi beberapa Prototaip yang telah dihasilkan. Jadual 1. Tong konvensional dan inovasi prototaip 2 dan 3 JENIS PROTOTAIP GAMBARAN PRODUK Konvensional Prototaip 1 Prototaip 2 Kit-Basida Prototaip 3 UBAHSUAI ALAT PEMAMPAT CARA PEMAMPAT BERFUNGSI KAIN KASA Tidak Tiada Ya Pistol pemampat buaian Ya, lebih ringkas Besi T(alat pemutar) Tiada Tekan pistol Putar besi T PLAT PEMAMPAT 1 PLAT PEMAMPAT 2 ALAT PENAPIS SISA TERKUMPUL PILI Tiada Perlu ada Tidak perlu, diganti dengan bakul penapis Ada Tiada Ada Tiada Kain kasa Bakul Tiada Ada Kos Penghasilan Prototaip 3 Kit-BaSiDa Jadual 2. Anggaran kos penghasilan prototaip 3 Kit-BaSiDa. Bahan 1. Besi T pemampat 2. Tong cat 3. Plat pemampat (tudung periuk) 3. Bakul 4. Pili Kuantiti 1 1 1 1 1 Jumlah keseluruhan Kos (RM) 3.00 Kitar semula 1.50 1.00 0.50 RM6.00 Bahan Asas Ekstrak Kompos Dalam kajian inovasi ini, kulit buah-buahan, sisa sayuran dan nasi serta gula merah digunakan (Rajah 4). Semua sisa dapur ini dicincang halus untuk meningkatkan penguraian dalam masa yang singkat dan 76 dicampur. Kemudian 1kg gula merah di campur dan dimasukkan kedalam Kit-BaSiDa untuk pengkomposan yang terbaik. Selepas seminggu Kit-BaSiDa akan dibuka untuk mendapatkan ekstrak kompos dibahagian bawah tong Ki-BaSiDa. Jumlah ekstrak yang diperolehi dikutip dan direkodkan. Nasi Kulit buah Sayur Dimasukkan ke dalam Kit-BaSiDa Tong BaSiDa dibiarkan Tambah Gula merah (1Kg) Ekstrak Kompos Dicampur Rajah 4: Carta alir penggunaan Kit-BaSiDa KEBERKESANAN Data kadar penguraian dan jumlah ekstrak kompos dari dua jenis tong kompos yang berbeza iaitu tong kompos konvensional dan Kit-BaSiDa dikumpulkan. Kadar penguraian dan jumlah ekstrak kompos direkodkan setelah 3 minggu proses pengkomposan dan dalam 6 siri bacaan dan diringkaskan dalam Jadual 3. Kadar penguraian kompos tertinggi dalam tong konvensional hanya sebanyak 2.9cm manakala penguraian kompos tertinggi dalam Kit-BaSiDa mencatatkan lebih 50% lebih tinggi berbanding dalam tong konvesional iaitu 8cm. Jumlah maximum ekstrak kompos yang terhasil dalam Kit-BaSiDa adalah sebanyak 1700mL manakala dalam tong konvensional pula hanya mencatatkan sebanyak 1015mL. Jadual 3. Kadar penguraian dan jumlah ekstrak untuk tong kompos konvensional dan Kit-BaSiDa Jenis tong kompos Tong kompos konvensional Kit-BaSiDa Kadar penguraian (cm) Jumlah ekstrak kompos (mL) 1 1.8 2 2.1 3 2.9 4 2.4 5 2.5 6 2.7 1 1030 2 1200 3 1135 4 1020 5 1015 6 1023 6.2 6.8 7.5 8.0 7.3 6.8 1600 1650 1580 1700 1604 1567 Kadar penguraian kompos Purata penguraian kompos 50% lebih tinggi di Kit-BaSiDa daripada penguraian kompos dalam tong konvensional (Rajah 5) 77 7.1 Tahap penguraian (cm) 10 2.4 5 0 Tong kompos konvensional BaSiDa Jenis tong kompos Rajah 5: Purata kadar penguraian kompos Pada Jadual 4 diperhatikan bahawa min untuk perbezaan panjang kompos sebelum dan sesudah proses penguraian lebih rendah dengan hanya 2.4cm bagi tong kompos konvensional berbanding min di KitBaSiDa lebih tinggi dengan 7.1cm. Ini menunjukkan bahawa data dalam 6 ulangan di Kit-BaSiDa mempunyai nilai yang lebih luas dibandingkan dengan tong kompos konvensional. Jadual 4. Statistik deskriptif mengenai kadar penguraian kompos Group Statistics jenis prototaip N Mean Kadar penguraian kompos (cm) Konvensional Kit-BaSiDa Std. Deviation Std. Error Mean 6 2.400 .4000 .1633 6 7.100 .6325 .2582 Manakala dalam Jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi nilai panjang kompos yang terurai pada kedua model tersebut (p <0.05). Jadual 5. Ujian signifikan t-test for Equality of Means 95% Confidence Interval of the Kadar penguraia n kompos (cm) Equal variances assumed Equal variances not assumed Sig. (2- Mean Std. Error Difference F t df tailed) Difference Difference Lower Upper 1.579 -15.384 10 .000 -4.7000 .3055 -5.3807 -4.0193 -15.384 8.448 .000 -4.7000 .3055 -5.3980 -4.0020 78 Jumlah ekstrak kompos (mL) Jumlah ekstrak kompos yang dihasilkan Jumlah purata hasil ekstrak dengan menggunakan 2 model yang berbeza ditunjukkan pada Rajah 6 dan Jadual 6. Rajah menunjukkan bahawa rata-rata ekstrak yang dihasilkan kira-kira 33% lebih tinggi pada Kit-BaSiDa daripada ekstrak yang dihasilkan dalam tong konvensional. 1616.83 1800 1070.50 800 -200 Tong kompos konvensional BaSiDa Jenis tong kompos Rajah 6: Purata jumlah ekstrak yang dihasilkan Jadual 6. Statistik deskriptif penghasilan ekstrak kompos Group Statistics jenis prototaip Cecair leachate (mL) Tong kompos konvensional BaSiDa N Mean Std. Deviation Std. Error Mean 6 1070.500 78.0481 31.8630 6 1616.833 49.6081 20.2524 Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) dalam jumlah penghasilan ekstrak cecair kompos dalam tong konvensional berbanding dalam Kit-BaSiDa. Dimana min cecair yang terhasil dalam Kit-BaSiDa adalah lebih tinggi berbanding cecair ekstrak yang terhasil dengan menggunakan tong kompos konvensional. Jadual 7. Ujian signifikan POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Kit-BaSiDa bukan sahaja memberikan faedah kepada isirumah, kantin sekolah dan kafe, malah kepada pengusaha ladang sayuran/buah-buahan (Rajah 7). ekstrak organik terhasil dapat menggalakkan pengeluaran hasil tanaman yang lebih tinggi kualiti dan kuantiti dan mengurangkan serangga perosak. 79 Kantin Sekolah Pejabat Potensi untuk disebarluaskan Kafe Ladang sayuran/buah-buahan Rajah 7: Pihak lain yang turut dapat manfaat daripada penggunaan Kit-BaSiDa KEUNIKAN/KEISTIMEWAAN INOVASI Kit-BaSiDa ini amat menarik dan unik kerana tidak susah untuk dibina, berkos rendah berbanding dengan produk yang telah dikomersialkan dan mudah digunakan oleh orang awam seperti suri rumah. Kit-BaSiDa ini dibina berdasarkan keperluan suri rumah dalam usaha untuk menguruskan bahan sisa buangan dapur. Bukan sahaja itu, ia juga mampu untuk memupuk kesedaran orang awam untuk kitar semula kerana bahan yang digunakan untuk membina Kit-BaSiDa ini adalah daripada bahan kitar semula. Selain itu, dapat mewujudkan peluang untuk suri rumah menjadikan ekstrak yang terhasil sebagai baja organic bagi tanaman sayuran mereka di rumah. RUMUSAN Dapatlah dirumuskan bahawa Kit-BaSiDa sebagai alat pengomposan terkini dikatakan dapat menggantikan tong kompos konvensional bagi pengurusan sisa dapur dan menghasilkan ekstrak kompos yang berasaskan bahan organik. Teknik pemampatan dalam Kit-BaSiDa menunjukkan amaun bahan organik yang dikompos adalah lebih tinggi berdasarkan pengukuran tinggi sisa pada awal dan akhir proses pengkomposan dan ekstrak kompos juga adalah lebih banyak berbanding dalam tong konvensional. Walaubagaimanapun, kajian lanjutan berkaitan kandungan nutrien ekstrak kompos amatlah perlu bagi menentukan parameter mikrobiologi semasa proses pengkomposan. RUJUKAN Baudry, J., Assmann, K. E. Touvier, M., Allès, B., Seconda, L., Latino-Martel, P., Ezzedine, K., Galan, P., Hercberg, S., Lairon, D. & Kesse-Guyot, E. (2018) Association of Frequency of Organic Food Consumption With Cancer Risk: Findings From the NutriNet-Santé Prospective Cohort StudyAssociation of Organic Food Consumption With Cancer Risk. JAMA Internal Medicine, 178(12), 1597–1606. Chanakya, H.N. & Sreesha, M., (2012). Anaerobic retting of banana and arecanut wastes in a plug flow digester for recovery of fiber, biogas and compost. Energy for Sustainable Development, 16(2), 231– 235. Chynoweth, D.P. & Mah, R.A., (1977). Bacterial Populations and End Products during Anaerobic Sludge Fermentation of Glucose. Journal (Water Pollution Control Federation), 49(3), 405–412. Iqbal, M.K., Shafiq, T. & Ahmed, K. (2010). Characterization of bulking agents and its effects on physical properties of compost. Bioresource Technology, 101(6), 1913–1919. Jensen, M.B., Møller, J. & Scheutz, C. (2017). Assessment of a combined dry anaerobic digestion and post-composting treatment facility for source-separated organic household waste, using material and substance flow analysis and life cycle inventory. Waste Management, 66, 23–35. Ji, R. Dong, G. Shi, W. and Min, J. (2017). Effects of Liquid Organic Fertilizers on Plant Growth and Rhizosphere Soil Characteristics of Chrysanthemum. Sustainability, 9(5), 841. 80 Kesse-Guyot, E., Baudry, J., Assmann, K. E., Galan, P., Hercberg, S. & Lairon, D. (2017). Prospective association between consumption frequency of organic food and body weight change, risk of overweight or obesity: results from the NutriNet-Santé Study. British Journal of Nutrition, 117(2), 325–334. Klawonn, I. Bonaglia, S., Brüchert, V. & Ploug, H. (2015). Aerobic and anaerobic nitrogen transformation processes in N2-fixing cyanobacterial aggregates. ISME Journal, 9(6), 1456–1466. Makan, A., Assobhei, O. & Mountadar, M. (2014). Initial air pressure influence on in-vessel composting for the biodegradable fraction of municipal solid waste in Morocco. International Journal of Environmental Science and Technology, 11(1), 53–58. Martín, J., Santos, J. L., Aparicio, I. & Alonso, E. (2015). Pharmaceutically active compounds in sludge stabilization treatments: Anaerobic and aerobic digestion, wastewater stabilization ponds and composting. Science of The Total Environment, 503–504, 97–104. Martínez-Alcántara, B., Martínez-Cuenca, M. R., Bermejo, A., Legaz, F. & Quiñones, A. (2016). Liquid organic fertilizers for sustainable agriculture: Nutrient uptake of organic versus mineral fertilizers in citrus trees. PLoS ONE, 11(10), 1–20. Moh, Y.C. & Abd Manaf, L., 2014. Overview of household solid waste recycling policy status and challenges in Malaysia. Resources, Conservation and Recycling, 82, 50–61. Olajire-ajayi, B. L. , Dada, O. V., Wahab, O. M. & Ojo, O. I. (2015). American Journal of Engineering Research (AJER) Effects of fertilizers on soil ’ s microbial growth and populations : a review. American Journal of Engineering Research (AJER ), 4(7), 52–61. Razali, F., Weng Wai, C. & Daud, D. (2019). a Review of Malaysia Solid Waste Management Policies To Improve Recycling Practice and Waste Separation Among Households. International Journal of Built Environment and Sustainability, 6(1–2), 39–45. Shahali, Y. & Dadar, M. (2018). Plant food allergy: Influence of chemicals on plant allergens. Food and Chemical Toxicology, 115, 365–374. Xin, X. Zhang, J., Zhu, A. & Zhang, C. (2016). Effects of long-term (23 years) mineral fertilizer and compost application on physical properties of fluvo-aquic soil in the North China Plain. Soil and Tillage Research, 156, 166–172. Zaipul, A.Z. & Ahmad, R.S. (2017). Policies, Challenges and Strategies for Municipal Waste Management in Malaysia. Journal of Science, Technology and Innovation Policy, 3(1), 18–22. AHLI-AHLI KUMPULAN 81 PENGGUNAAN EFFECTIVE MICROORGANISM (EM) DALAM TANAMAN HIDROPONIK Raziah binti Hj. Taha Norliana binti AB Aziz Nurhazirah binti Rozwin SMK Kelapa Sawit, Kulai, Johor. ABSTRAK Penggunaan baja kimia dalam pertanian boleh mencemarkan produk pertanian tanah dan alam sekitar. Kesannya tanah akan menjadi asidik, padat, kehilangan keupayaan pegang air dan proses larut lesap nutrien. Dalam kajian ini, baja EM telah digunakan sebagai produk pengganti kepada baja kimia dalam sistem hidroponik. Baja EM dibuat daripada penapaian gabungan sisa sayur-sayuran dan buah-buahan dan gula merah. Gula merah merupakan bahan penting untuk menggalakkan pembiakan mikroorganisma yang efektif. Objektif kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan penggunaan EM terhadap tumbesaran pokok, pengeluaran bunga, dan hasil tuai. Inovasi menggantikan baja AB kepada EM tercetus apabila melihat testimoni yang sangat positif di kalangan pengguna selepas EM yang dihasilkan diaplikasikan. Persekitaran sekolah juga menghijau, pokok buah-buahan mula mengeluarkan bunga selepas dua minggu disiram dengan EM, begitu juga orkid dan ros yang hampir mati mula mengeluarkan pucuk dan tunas yang baru dalam masa yang singkat. Kandungan EM terbukti menggalakkan pertumbuhan akar, pembentukan buah dan bunga serta pengeluaran pucuk baru. Penggunaan EM dalam tanaman sistem hidroponik dipilih kerana kelebihan yang terdapat di dalamnya iaitu selain daripada ia selamat digunakan kerana tidak mengandungi campuran bahan kimia, EM juga dikenal pasti mampu meningkatkan tahap kesuburan dan merawat akar tanaman. Hasil yang diperolehi daripada inovasi ini, tanaman sayuran yang menggunakan EM tumbuh lebih cepat berbanding dengan menggunakan baja AB. Tanaman memiliki daun yang lebih lebar, segar, dan tahan lebih lama, tidak lecuh selepas dipetik. OBJEKTIF 1. Melestarikan persekitaran sekolah. 2. Mendidik generasi muda agar mengamalkan gaya hidup ‘low carbon’ dan ‘zero pembaziran’. 3. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti setempat terhadap kesan sampingan penggunaan baja kimia kepada tanaman dan tanah. KUMPULAN SASARAN Murid-murid Tingkatan 2 Rasional dan 2 Jujur. LATAR BELAKANG Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Isu penggunaan baja kimia dalam amalan pertanian telah mengakibatkan beberapa kesan negatif seperti pencemaran tanah, kesan toksin dalam produk pertanian, tanah kehilangan pegangan nutrien dan pertumbuhan pokok tidak baik di samping kesan kenaikan harga baja kimia yang kian meningkat. Bagi mengatasi masalah ini, industri pertanian memerlukan satu baja baru yang lebih efektif, mesra alam dan murah yang boleh digunapakai oleh para petani dalam amalan pertanian masa kini. Pembuangan sisa sayuran dan buahan yang tidak boleh digunakan menjadikan persekitaran agak kotor serta mendatangkan ketidakselesaan kepada warga sekolah. Oleh itu, langkah mengguna semula dengan mengubahsuai bahan tersebut diambil untuk mengatasi masalah pencemaran bau.Kesedaran mengekalkan 82 dan menjaga kehijauan alam sekitar di kalangan komuniti setempat adalah amat rendah. Kelestarian alam dipandang remeh menyebabkan tanaman yang menyumbangkan hidup segan mati tak mahu. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi (Sistem Hidroponik) Besen, botol mineral kosong (500ml), kepingan foam, 10 ml em dan 10 liter air tanpa klorin Cara Inovasi Digunakan 1. 10 mililiter EM dibancuh dengan 10 liter air tanpa klorin dan dimasukkan ke dalam takungan hidroponik. 2. Anak pokok ditanam dalam bekas semaian. 3. Sistem hidroponik tersebut diletakkan di tempat yang sesuai dan terdedah dengan cahaya matahari. Salah satu kelebihan sistem hidroponik ini ialah dapat menjimatkan ruang dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Kos Penghasilan Inovasi Sistem Hidropinik DIY Kos: RM4 (besen), botol mineral kosong (kitar semula), RM4 (kepingan foam) KEBERKESANAN Selepas seminggu, pokok bayam brazil yang disemai telah mengeluarkan akar menandakan proses pertumbuhan telah berlaku. Pokok bayam brazil menghasilkan pucuk yang subur dan lebih hijau tanpa mengalami sebarang masalah sepanjang proses pertumbuhannya. Masa yang direkodkan adalah lebih cepat berbanding dengan masa pertumbuhan pokok secara normal yang memerlukan masa lebih kurang dua minggu untuk berakar dan berpucuk. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan bukan sahaja kepada komuniti sekolah, malah kepada masyarakat setempat kerana ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan untuk semua jenis tanaman. Penggunaan inovasi ini juga tidak terhad kepada satu jenis tanaman sahaja, malah ia juga sesuai digunakan untuk pokok bunga ataupun buah-buahan RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat menggantikan penggunaan bahan kimia kepada bahan organik yang lebih mesra alam, kos yang lebih murah dan selamat digunakan. Selain itu, ia juga dapat mendatangkan hasil yang lumayan kepada pengusaha-pengusaha tanaman. RUJUKAN MD Zakir, MD. S. (2017). Potensi Penggunaan Baja OrganoseepTerhadap Prestasi Pertumbuhan, Produktivitidan Pengurusan Penanaman Pokok Tomato (Solanum Lycopersicum). AHLI-AHLI KUMPULAN 83 CHORAL SPEAKING Suriani binti Salleh Raudhatul Jannah binti Ahmad Firdaus Nur Amni Farzana binti Rafidi Wafa’ binti Mohd Faiz Nur Ainin Sofia binti Khairul Azhar SK Buloh Kasap, Segamat, Johor ABSTRAK Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Choral Speaking Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat, mengilham harapan, mencipta masa depan. Kumpulan ini telah menghasilkan inovasi dan kreatif medium choral speaking yang dinamakan Magic Glove sebagai MEDIUM untuk mengatasi masalah pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan murid. Dengan tujuan utama meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Inggeris dan menggunakannya sebagai satu medium perantaraan yang efektif. OBJEKTIF 1. Untuk meningkatkan kefasihan membaca murid. 2. Untuk menggalakkan minat murid dalam membaca. 3. Untuk membolehkan murid belajar dengan sendiri. KUMPULAN SASARAN Murid-murid sekolah rendah. LATAR BELAKANG • Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya • • • • • • • • • dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui: Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja Semangat bekerja secara berpasukan Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja Dorongan kerja yang tinggi Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan negara Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif Pewujudan hubungan yang harmorni di antara guru dan murid serta ibubapa 84 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI a. Masalah menguji tahap penguasaan bahasa di dalam satu-satu kemahiran sahaja seperti membaca atau menulis. b. Masalah menguji tahap penguasaan bahasa di dalam domain linguistik tertentu seperti phonologi atau sintax. c. Masalah menguji tahap penguasaan bahasa tanpa kontext tertentu atau fungsi penggunaan INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● glove, poket file plastik, selotap berwarna, Rajah 1: glove yang telah dihasilkan Cara Inovasi Digunakan 1. Murid membaca choral speaking 2. Murid menggunakan glove yang direka untuk sebutan Bahasa Inggeris yang betul. 3. Murid membaca mengikut sebutan yang didengar dari audio glove tersebut. 85 CONTOH CHORAL SPEAKING: Choral speaking skbk 2020 World of technology: smart phone; digital blast Theme: EDUCATION REVOLUSI 4.0 Do you still remember? The big and heavy television,home telephone and radio? Here comes a trendy and handy Smart television and hand phones All in one Just swipe the screen....Seeing is believing Yeah,yeah,yippee... Mummy,daddy...See...my result online(syakirah) Look..SAPS login parent,teachers Doing homework,schoolwork Playing games...anywhere Watch youtube sleepy mummy,sleepy mummy,where i can sleep?can you tell me? sleepy mummy,sleepy mummy,where i can sleep?can you tell me? Trivago No worries...here you're...lpad,androids,tablets All come in different size and brands Friends,the world at fingers! watch news,corona Virus around the world. (naimah) Ooh!Wow!Aarghh! Taking pictures,photos and selfiying Instance....user friendly..easy.. Google classroom, video conference, flip classroom In one second,fun and exciting Teacher...listening,speaking,reading and writing some more(umairah) On one piece of a wee space To match your need and surely your budget No wonder smart phone has now becomes a necessity,massively used by children,youngsters and adults(shafiqah) Tic tac toc,pit pat pot Everyone is happy,texting and sending news,photos,information,personal views and emotions. Wow,yahoo,hooray, Hmmmm,we mean our cute sweet smiling faces Opppss....why i look so dark?(jannah) Dont worry....just touch the beauty button....your ugliness is gone! Easy right? Forget those old days manual telephone where you have to tediously dial the numbers And nothing except voice can be heard ! Aaaaahhhh!so bored! Hence ,with smart phones you can save pictures in gallery or send to your individual(umairah) Friends or whatsupp groups Make sure your face is beautify okay? Yeah,yeah,hooray!!! Laa...laa...laa.... 86 Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM20 KEBERKESANAN Seramai tujuh orang murid Tahun 4 yang terlibat dalam projek kik ini. Ujian pra dan ujian pasca telah digunakan untuk melihat peningkatan kelajuan murid dalam membaca setelah menggunakan the gloves. Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca 98 83 84 106 90 96 80 316 107 103 Pasca Ujian Pra Ujian Pe se rt a 1 Pe se rt a 2 Pe se rt a 3 Pe se rt a 4 Pe se rt a 5 Pe se rt a 6 Pe se rt a 7 120 107 100 80 105 Perkataan per 60 62 Minit 40 2094 76 0 Peserta Rajah 4: Perbandingan skor ujian oleh setiap peserta dalam ujian pra dan ujian pasca Perbandingan Purata Ujian Pra dan Ujian Pasca 100% 80% Perkataan Per 60% Minit 40% 84.71 99.71 Pra Ujian Pasca Ujian 20% 0% Pra Ujian Pasca Ujian Ujian Rajah 5: Purata min ujian pra dan ujian pasca POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek KIK ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru dan ibu bapa kerana ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di dalam bilik darjah mahupun di rumah. Penggunaan KIK ini juga tidak terhad kepada satu pengajaran dan satu matapelajaran sahaja kerana ciri-ciri: • Persembahan yang kemas, turutannya yang logikal dan menepati masa yang telah diperuntukkan. • Persembahan yang jelas, penggunaan alat pandang dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik. 87 RUMUSAN Kesimpulannya, KIK ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dan kefasihan mereka dalam bertutur(speaking). RUJUKAN https://www.google.com/search?rlz=1C1ASUC_enMY720MY720&q=masalah+dalam+bahasa+inggeris &sa=X&ved=2ahUKEwiok8XlyNnoAhWVjeYKHX4lBlsQ1QIoBXoECAwQBg&biw=1024&bih= AHLI-AHLI KUMPULAN 88 PP20 Abdul Manaf bin Mohd Elias Mohd Fuad bin Salihin Ahmad Aznam bin Ahmad Dziauddin Mohd Taufik bin Ali Mohd Fazli bin Mohd Hanaffi Jabatan Sains & Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor ABSTRAK PP20 adalah singkatan nama Perasmian Pintar 2020. Ianya merupakan ubahsuai suis elektrik yang menggunkan 240 Voltan arus elektrik ulang alik diarahkan kepada soket untuk memfungsikan siren, lampu dan gimik asap. Inovasi ini menjimatkan masa, kos dan menghasilkan kesan gimik perasmian yang setaraf ratusan ribu ringgit bayarannya. PP20 dibangunkan untuk memudahkan jawatankuasa perasmian acara menjalankan tugas mereka dan memberi impak yang membanggakan penganjur. KIK Real Steel 6 KMKJ telah dan akan melaksanakan proses penyeragaman dan replikasi di kesemua Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara dan juga kepada pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama. PP20 sangat bernilai komersil dan mampu menguntungkan. Kumpulan KIK Real Steel 6 amat yakin dan bangga dengan inovasi ini. Kami berinovasi untuk memberi manafaat kepada orang lain. OBJEKTIF 1. Memudahkan urusan majlis pelancaran. 2. Menjimatkan masa majlis pelancaran. 3. Meghasilkan mutu dan kualiti gimik perasmian yang berimpak tinggi. KUMPULAN SASARAN Jawatankuasa dan Organisasi Majlis Perasmian Acara LATAR BELAKANG Dalam era Revolusi Industri 4.0 ini, robot mengambil banyak tugas manusia. Kerja manusia semakin ringan tetapi menghasilkan produktiviti yang memberangsangkan. Sehubungan dengan itu Kumpulan Kreatif dan Inovatif Real Steel 6 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor mengambil langkah menyahut cabaran inovasi dalam bidang perkhidmatan. Kami merekacipta alat memudahkan majlis perasmian. Kami namakan alat ini PP20 iaitu perasmian pintar 2020. PP20 ini boleh digunakan di mana sahaja, mudah dibawa, menjimatkan kos dan masa serta tenaga. Dijamin sangat bernilai komersil dan memberi impak tinggi kepada pihak yang bakal memilikinya. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Bermula dari sesi ‘brainstroming’ dalam kumpulan. Kaedah Design Thinking diterapkan dalam perbincangan kumpulan. Kami juga menggunakan pelbagai teknik lain seperti ‘ishikawa’ dan ‘scamper’ melontarkan pelbagai masalah dan aduan di KMKJ dari setiap ahli yang hadir. Diantara aduan masalah ialah longkang kotor dan mendap, longkang tidak ditutup berbahaya kepada kanak-kanak, kotoran najis burung dan najis burung merpati yang terlekat di dinding bangunan kolej. Menakutkan burung dengan meletakkan ular getah. Aduan berkaitan najis burung di dinding melalui whatsApp. Ada satu aduan yang sangat kami ambil peduli kerana ianya melibatkan kos yang yang banyak, masa persediaan yang banyak, tenaga yang dibazirkan tetapi mendapat kutukan dan cacian sesetengah pihak kerana gimik perasmian majlis yang memalukan dan merendahkan reputasi diri ahli jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. 89 INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● Vacum machine, mesin hampagas terpakai, lampu kecemasan dan siren. ● Aplikasi: Perasmi hanya menyentuh (touch screen) plat perasmian yang disediakan, semua peralatan berfungsi sepenuhnya. Rajah 1: PP20 yang telah dihasilkan Cara Inovasi Digunakan 1. Perasmi menyentuh plat perasmian yang disediakan. 2. Siren berbunyi, lampu menyala dan asap keluar. 3. Semua penonton atau audian yang pekak, bisu dan normal akan nampak dan tahu majlis perasmian telah dilakukan. Rajah 2: PP20 telah diujacuba oleh Encik Azman Mokhtar (Pengarah KMKJ) Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM150 (sebuah PP20) Alat dan sistem PP20 ini hanya memerlukan sebuah papan litar yang mengandungi transfomer, rectifier dan bekalan arus 240 voltan sahaja. KEBERKESANAN Aspek yang ditekankan adalah produktiviti iaitu sebagaimana yang termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam (PKPA) bil. 6 tahun 1991 (Pengarah, 1991). Produktiviti = Output / Input. (Pengarah, 1991). Sebelum adanya alat PP20 versi 1 dan 2 dalam 10 percubaan 4 kesilapan. Selepas adanya PP20 versi 3 dan 4, dalam 10 percubaan 3 kesilapan berlaku. Daripada projek ini, produktiviti 90 telah ditingkatkan dari 0.26 kepada 0.33. Walaubagaimanapun, kualiti dalam rekabantuk turut juga dipertingkatkan. Jadual 1. Status ujicuba Status Ujicuba Percubaan/Ujicuba Kesilapan Produktiviti (output) (input) (P) Sebelum projek KIK (versi 3) 10 4 10/4 = 0.26 Selepas projek KIK (versi 4) 10 3 10/3 = 0.33 Penjimatan masa Berpandukan carta alir proses kerja, kami membandingkan masa sebelum projek dan selepas projek. Sekiranya projek dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka masa dapat dijimatkan (Elias, 2015). Kepuasan hati pelanggan:1. Pertamanya, kami tentukan pelanggan yang terlibat dalam projek ini sama ada pelanggan dalaman atau luaran atau kedua-duanya. 2. Kajian ini perlu dijalankan untuk menilai kepuasan pelanggan terhadap hasil projek tersebut. 3. Kami telah jalankan soal-selidik, temubual atau kaedah lain yang difikirkan sesuai. 4. Kami perlu pastikan kajian ini adalah tepat dari aspek metodologi dan hasilnya boleh digunakan. Sumbangan Kepada Pencapaian Objektif Organisasi Sebarang pembaikan yang telah diperolehi oleh kumpulan daripada projek ini, serta faedah-faedah yang dipelajari dan dicapai, tidak akan memberi erti sekiranya projek tersebut tidak memberi sebarang sumbangan ke arah pencapaian objektif organisasi tersebut (Bakar, 2018). Sehubungan itu, sumbangan pelaksanaan kepada pencapaian objektif organisasi perlu kami terangkan dengan jelas (Bakar, 2018). 98.9 100 80.6 80 56.9 60 40 13.8 20 0 PPv1 PPv2 PPv3 PPv4 Tahap Rajah 3: Evolusi PP20 Tahap kefungsian PP20 versi 1 hanyalah 13.8%. Ianya meningkat kepada 89% pada PP20 versi 4. Ianya meningkat setelah dibuat penambahbaikan. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Tindakan merupakan peringkat terakhir dalam Kitaran PDCA. Aktiviti yang terlibat ialah penyeragaman tindakan-tindakan pembetulan. Hasil daripada penilaian yang dijalankan kami dapat mengenalpasti penambahbaikan yang diperolehi daripada tindakan pembetulan. Sekiranya penambahbaikan telah diperolehi, kami akan menyeragamkan tindakan-tindakan tersebut dan menjadikan ia sebagai prosedur atau operasi jabatan/pejabat. Apabila sesuatu masalah telah dikenalpasti, kemudian penyelesaian telah dilaksanakan, maka kami merasakan (Elias, 2015). projek ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 91 Sekiranya kami merasakan bahawa cara penyelesaian ini perlu diseragamkan, maka kami memohon kepada Ketua Jabatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu KIK untuk dipertimbangkan. Ketua kumpulan akan berbincang dengan ahli Jawatankuasa Pemandu mengenai kesesuaian untuk diseragamkan. Sekiranya sesuai, ketua akan mengedarkan surat arahan untuk mencontohi penyelesaian yang telah dilaksanakan oleh projek KIK tersebut. Kumpulan kami perlu bersedia untuk memberi taklimat dan mengajar cara penyelesaian tersebut. Setelah penyeragaman dilakukan, tindakan susulan akan diambil untuk mempastikan cadangan penyelesaian telah diterima pakai dan dikekalkan sebagai cara kerja yang baru. Ini dilakukan dengan membuat pindaan atau tambahan kepada Arahan Kerja/ Fail Meja/ Manual Prosedur Kerja/ Standard Operating Procedure (SOP)/ Sistem Kualiti dalam ISO 9000 dan lain-lain. Apabila bahagian-bahagian lain telah menggunakan cara baru ini, maklumbalas daripada mereka perlu diambil untuk mengetahui kesesuaiannya. Jika ia didapati bersesuaian, maka cara ini harus diperkenalkan di peringkat negeri atau kebangsaan (Elias, 2015). RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana impak majlis perasmian sangat mengujakan tidak lagi sukar. Selepas melalui beberapa sesi perbincangan, ujicuba teknikal terhadap prototaip, dapatan maklumbalas positif dan memberangsangkan. Rumusannya, PP20 telah memudahkan urusan gimik perasmian. Kos pembuatannya murah dan mesra pengguna. Usaha penyeragaman alat dan kaedah sedang dalam proses kolaborasi (projek Hibrid) di antara Pengarah (Pengurusan KMKJ) dengan SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga (KMKJ, 2019). PP20 juga sedang dalam proses paten dari MyIPO. Kejayaan, kualiti dan kesempurnaan PP20 adalah terhasil daripada semangat kerja sepasukan (Real Steel 6) dan jalinan mesra bersama Encik Azman Bin Mokhtar (Pengarah KMKJ) dan pasukan pengurusannya (Elias, 2015). RUJUKAN Bakar, S.A. (2018). Buku Panduan Menulis Projek KIK. Pontian: E-Book. Elias, A.M. (2015). Pengalaman 7 kali menyertai KIK Peringkat Akhir. Muar: E-Book. KMKJ, A.B. (2019). Misi dan Visi KMKJ – Plan Strategik 2020. Pontian: KMKJ Jabatan Pengurusan. Pengarah, A.B. (1991). Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6. Kuala Lumpur: Pekeliling Kerajaan KPM. AHLI-AHLI KUMPULAN (REAL STEEL 6) (Dari Kiri) Taufik, Manaf, Azman, Aznam dan Fuad 92 TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM MENINGKATKAN PENYERTAAN & PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEHINGGA PERSADA ANTARABANGSA Norazlina binti Mat Ali1 Supian bin Hashim1 Amit bin Awang2 Syafiq Yap Chee Hoe Bin Abdullah3 1 2 SK Canossian Convent (M), Segamat, Johor Kolej Tingkatan 6 Datuk Pg Galpam, Sandakan, Sabah 3 SJK (C) Kampong Baru Ampang, Selangor ABSTRAK Bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia selain bidang akademik. Bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kegiatan kokurikulum mestilah bergerak selari dengan akademik bagi membentuk pelajar yang mempunyai ketrampilan, kemahiran pelbagai dan jati diri yang unggul bagi mendepani cabaran semasa. Kejatuhan harga minyak dunia, kemerosotan harga komoditi dan pandemik Covid-19 menyebabkan kelembapan ekonomi negara. Natijahnya banyak aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan atau ditangguhkan. Lantas menuntut suatu transformasi pengurusan kokurikulum dilakukan secara terancang. Melalui kerjasama kolaboratif dengan kementerian lain dan agensi-agensi luar telah berjaya merancakkan kegiatan kokurikulum di sekolah seolah-olah tidak terkesan dengan pemotongan bajet kokurikulum. Dengan enrolmen pelajar yang kurang dari 180 orang dan kewangan yang terhad, SK Canossian Convent telah berjaya melakar nama di pentas antarabangsa melalui kegiatan kokurikulum khususnya inovasi, reka cipta dan reka bentuk sejak tahun 2011 hingga kini dengan menyertai pelbagai pertandingan seperti Pertandingan SEAMEO-Japan Award, International Invention, Innovation and Design (IIID Johor), Innovative Practices In Education and Industry Exhibition (I-PEINX), Asian Youth Innovation Awards @ Malaysia Technology Expo (MTE) dan termasuk World Young Inventors Competition di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX). Atas ketekalan kejayaan ini, SK Canossian Convent telah menerima pencalonan New Deal 4 tahun berturut-turut. Pembelajaran abad ke-21 yang diamalkan bukan sahaja memerlukan pelajar-pelajar berada di lokasi bagi mempersembahkan ciptaan/inovasi mereka tetapi juga boleh dilakukan tanpa kehadiran mereka. Rakaman video dan hasil penulisan yang dihantar melalui email telah melonjakkan pencapaian kokurikulum para pelajar di peringkat global selain menjimatkan kos. Beberapa faktor kejayaan dikongsikan oleh penyelidik berdasarkan pengalaman menerajui bidang ini di SK Canossian Convent, Segamat sehingga terpilih sebagai finalist Anugerah Inovasi Negara 2015 dan mengungguli Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Johor untuk tujuh tahun berturut-turut sehingga 2019. PENGENALAN Mutakhir ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian utama dalam kalangan ibu bapa. Mereka meletakkan harapan tinggi terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan anak-anak mereka secukupnya dengan ilmu pengetahuan, pelbagi kemahiran dalam kehidupan melalui kegiatan kokurikulum termasuk kemahiran bersosial dan memiliki sahsiah yang terpuji bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut mengalami perubahan. Bidang kokurikulum perlu bergerak seiring dengan akademik bagi membentuk pelajar yang holistik sekaligus merealisasikan enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 93 Sejak dahulu lagi Pengetua/Guru Besar (PGB) menduduki hierarki tertinggi dalam membuat keputusan (Lokman Mohd Tahir et. al, 2008). PGB membuat pelbagai jenis keputusan berkaitan pengurusan sekolah termasuklah perancangan kurikulum, perkembangan staf, kewangan, penilaian, penyeliaan dan termasuk kokurikulum. Mutakhir ini PGB telah bergerak aktif meninggalkan kepompong amalan tradisional yang memperlihatkan pengasingan mereka dan autonomi daripada proses pembuatan keputusan kepada lebih menonjolkan diri dengan menerima pendapat dan penglibatan secara aktif pelbagai pihak dalam organisasi sekolah termasuk penurunan kuasa yang besar kepada Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK).Lantas, PKKK perlu menjalankan tugas memperkasakan kolaboratif bagi merancakkan penglibatan seluruh warga sekolah dalam menghasilkan kejayaan kokurikulum di sekolah. Tindakan menangguh atau membekukan program/aktiviti kokurikulum akibat pemotongan bajet semasa zaman kerajaan Barisan Nasional mahupun dalam zaman kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh dijadikan alasan merencatkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Justeru, suatu transformasi dalam pengurusan kokurikulum adalah dituntut bagi melestarikan penyertaan dan kejayaan murid dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa walaupun sekolah mengalami pengurangan bajet daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). LATAR BELAKANG Setiap murid sekolah rendah diwajibkan melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum khususnya bagi murid tahun tiga hingga enam (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2007). Walaupun setiap murid menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah tetapi sebahagian kecil sahaja yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam aktiviti atau pertandingan koakademik/kokurikulum peringkat yang lebih tinggi sama ada peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Akibatnya ramai murid yang cemerlang akademiknya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah terpilih di tingkatan satu. Contohnya seorang murid tahun enam yang memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh atau sekolah kawalan kerana tidak memiliki sijil penyertaan dan sijil kecemerlangan kegiatan kokurikulum peringkat daerah sehingga antarabangsa. Oleh itu mereka perlu menghadiri temu duga pemilihan bagi di tempatkan di sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah kawalan yang lain. Keadaan ini menjadi semakin rumit apabila KPM melakukan langkah penjimaatan dengan memotong hampir 60 peratus bajet kokurikulum. Pelbagai pihak dalam organisasi KPM iaitu Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah yang melaksanakan aktiviti yang menyokong kegiatan kokurikulum menerima tempiasnya. Tindakan menangguh, membeku atau tidak melaksanakan program/aktiviti yang saban tahun dilaksanakan terpaksa diambil. Natijahnya murid-murid tidak dapat menyertai program/aktiviti kokurikulum sekaligus menyebabkan mereka kekurangan sijil penyertaan/kecemerlangan yang boleh digunakan untuk memohon memasuki sekolah berasrama penuh atau sekolah kawalan lain. Keadaan ini menjadi lebih malang apabila murid yang cemerlang UPSR dengan beroleh 6A turut terlibat kesan daripada pengurang bajet kokurikulum ini. SK Canossian Convent, Segamat (SKCC) yang merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan memiliki enrolmen antara 155 – 165 orang murid dari tahun 2017 hingga 2019 turut menerima bahangnya. Tambahan pula, Bantuan Kokurikulum Sekolah yang diterima sebanyak RM 1,500 (Surat Pekeliling Ikhtisas 7/2006) telah berkurangan kepada RM1,200 (Surat Pekeliling Kewangan Bil 8/2010) tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan pelbagai kegiatan kokurikulum sama ada persatuan/kelab mahu pun badan beruniform. Tambahan pula SK Canossian Convent yang merupakan penerima Tawaran Baru sebanyak tiga kali perlu melestarikan penyertaan dan pencapaian cemerlang dalam kokurikulum. Oleh itu, suatu transformasi dalam pengurusan kokurikulum sekolah perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah kewangan seterusnya melestarikan penyertaan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum sehingga peringkat antarabangsa. 94 KOLABORATIF DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM Banyak pihak menganggap kaedah kolaboratif hanya sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersifat akademik semata-mata dengan berpegang kepada pendapat Johnson (2003) iaitu kolaboratif adalah tindakan guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama-sama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru. Sebenarnya kaedah kolaboratif ini juga boleh diamalkan dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum. Penyelidik ingin menyorot kembali Surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985 yang menjelaskan kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggotaanggota masyarakat setempat.Ini membuktikan bahawa kaedah kolaboratif telah disarankan pelaksanaannya dalam kegiatan kokurikulum sejak lebih tiga puluh tahun yang lalu dan boleh dijadikan punca kuasa untuk menjalankan kolaboratif dalam bidang kokurikulum di sekolah.Tindakan ini bersesuaian dengan pendapat Abdullah Sani dalam Azman (2001) yang menyatakan bahawa “ bagi mewujudkan sebuah sekolah harian biasa yang cemerlang dan terbilang secara holistik, maka pengurusan sekolah perlu mengamalkan budaya kolaboratif iaitu melakukan kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan menetapkan matlamat prestasi yang tinggi”. Berdasarkan punca kuasa SPI 4/1985 yang telah lebih tiga dekad berlalu dan PPPM 2013-2025 melalui Transformasi Sekolah (TS25), SKCC telah merebut peluang ini dengan melakukan tujuh jenis kolaboratif iaitu kerjasama pintar agensi kerajaan dan bukan kerajaan, jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi, Badan Profesional, Institut Pendididikan Guru Malaysia, universiti tempatan, komuniti dalaman dan setempat serta pihak luar dan swasta. Natijahnya SKCC kekal menggungguli kejayaan aktiviti-aktiviti kokurikulum sehingga persada antarabangsa saban tahun. IMPAK KOLABORATIF DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM Pelaksanaan kaedah kolaboratif dalam menjalankan kegiatan kokurikulum bukan sahaja dapat melestarikan penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh berbagaibagai pihak tetapi juga dapat menjadi pemangkin pencapaian cemerlang dalam bidang ini. Kaedah kolaboratif ini juga turut mengurangkan kos pengendalian program atau aktiviti dan menambah dana kokurikulum sekolah. Impak yang paling besar dirasai oleh sekolah adalah perkongsian ilmu dan kepakaran yang tidak akan diperoleh secara percuma sekiranya kerjasama kolaboratif ini tidak dilaksanakan. Pengkaji menjelaskan impak kolaboratif dalam bidang kokurikulum berdasarkan jenis kerjasama yang dilakukan seperti yang berikut : 1. Kerjasama Pintar Agensi Kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) SKCC berjaya merealisasikan penyertaan dan pencapaian kegitan kokurikulum dengan mengadakan kolaboratif dengan agensi kerajaan mahupun NGO. Contohnya Agensi Nuklear Malaysia yang menjadi penyelaras Anugerah Inovasi Negara (AIN) saban tahun telah berkongsi pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Perkongsian pintar ini bukan sahaja menambah ilmu tetapi turut memarakkan semangat dan motivasi murid dan guru untuk terus menghasilkan inovasi dan reka cipta. Tidak hairanlah sejak 2011 hingga kini SKCC telah berjaya menghasilkan dan menambahbaik lebih sepuluh inovasi antaranya ialah Kertas Semambu Anti lipas dan gegat, Smart Family Clock Board, Smart Pillow, Love Green Bag, Vagas Tea Bag, Avanda Air Cooler, Tiang Bendera Automatik DINOS, Mesin Menaikkan Bendera Automatik Mudah Alih Gen 2, Mesin Pengering dan Pewangi kaki Miss Q, Flexi-level Cupboard, Answer Sheet Scanner Device,Batik Gluedan Golek-golek Jadi Tembikar. Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah diundang untuk melaksanakan Pertandingan Mewarna dan ceramah Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia di sekolah ini. Secara tidak langsung semua murid dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan beroleh sijil peringkat kebangsaan. Penganjuran pertandingan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak FOMCA sama ada dari segi peralatan, material, hadiah dan sijil serta tenaga pakar yang berkongsi ilmu dalam ceramah kepenggunaan. 95 PENGANJUR Agensi Nuklear Malaysia, MOSTI FOMCA Pertandingan Anugerah Inovasi Negara Pertandingan Mewarna Hari Pengguna Malaysia Anggaran Perbelanjaan > RM 6,000* > RM 2,000* * Kos /perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh sekolah 2. Jalinan Kerjasama Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) SK Canossian Convent (SKCC) juga telah mengadakan jalinan kerjasama dengan SKK dan SBT. Jalinan kerjasama antara SKK dan SBT telah membuahkan hasil dengan undangan menyertai pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sekolah-sekolah yang menjalinkan kerjasama dengan SKCC ialah SK Tengku Mariam, Batu Pahat, SK Convent, Cameron Highlands, SK Infant Jesus 2, Melaka dan SK Ibrahim, Sungai Petani. Impaknya SKCC berjaya menempa nama dan kejayaan dalam bidang kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 3. Kerjasama Badan Profesional SKCC juga bekerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai autoriti seperti Persatuan Inovasi dan Reka bentuk Malaysia (MINDS), Persatuan Penyelidik Saintis Malaysia (MARS) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) khusunya bagi mendapatkan bimbingan dalam bidang inovasi, reka cipta dan teknologi. Berkat bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan MINDS dan YIM, SKCC telah berjaya mengungguli banyak pertandingan inovasi peringkat kebangsaan (Jadual 1) dan antarabangsa (Jadual 2) sehingga berjaya menjadi finalist AIN 2015. Jadual 1. Penyertaan & Pencapaian Peringkat Kebangsaan 1 Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) di 26th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2015 ), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 2 Finalist Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 3 Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) di 27th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2016 ), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Pingat Emas ( Nur Intan Sahmirah, Vinisha & Nurzuhairah ) Pingat Emas & Best Invention- Primary School ( Nur Intan Sahmirah, Vinisha & Nurzuhairah ) Penyertaan ( 6 orang murid mengambil bahagian ) Penyertaan/Saguhati RM1,000 ( 4 orang murid mengambil bahagian ) 3 Emas , 1 Perak & Anugerah Best Invention 21-23 Mei 2015 21-24 Mei 2015 Anugerah Emas Avanda Air Cooler Box 2nd Version (Amanda Alda, Aurelia Ava, Abigail, Ong Zhi Xin & Piriyashine Nair ) Anugerah Emas Vagas Tea Pack: For Campers or Flood Relief Centers ( Nur Hazirah, Eshal, Hareeny, Yutiga & Daarshana ) Anugerah Emas & Best Invention for Primary School Feet Dryer aand Scented Miss Q 96 12-14 Mei 2016 ( Noor Suhailah, Ilya Hanis, Nur Shazwanieza, Noor Aliah, Yeo Hiu Ying ) Anugerah Perak Magic Pillow ( Kayal Vili, Sofea Denesa, Nur El Fareeha, Nurul Yasmeen, Noor Arrisa Ahmad Razi ) Jadual 2 : Penyertaan dan Pencapaian Peringkat Antarabangsa 1 Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) di 26th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2015 ), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 2 Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) di 27th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2016 ), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 3 International Invention & Innovative Competition (InIIC series 1/2016) di PNB Ilham Resort, Port Dickson, Malaysia 4 World Young Inventors Competition at 28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2017), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 5 Asian Youth Innovation Awards & Expo 2018 6 2nd World Young Inventors Competition at 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2018), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 7 Asian Youth Innovation Awards & Expo 2019 8 3rd World Young Inventors Competition at 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2019), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Pingat Emas DINOS Automatic Flag Pole ( 3 orang murid terlibat ) 21-23 Mei 2015 3 Emas & 1 Perak Anugerah Emas Avanda Air Cooler Box 2nd Version (Amanda Alda, Aurelia Ava, Abigail, Ong Zhi Xin & Piriyashine Nair ) Anugerah Emas Vagas Tea Pack: For Campers or Flood Relief Centers ( Nur Hazirah, Eshal, Hareeny, Yutiga & Daarshana ) Anugerah Emas Feet Dryer aand Scented Miss Q ( Noor Suhailah, Ilya Hanis, Nur Shazwanieza, Noor Aliah, Yeo Hiu Ying ) Anugerah Perak Magic Pillow ( Kayal Vili, Sofea Denesa, Nur El Fareeha, Nurul Yasmeen, Noor Arrisa Ahmad Razi ) Anugerah Emas Silverfish Repellent: An Environmental Friendly Neem Paper (Amanda Alda, Noor Suhailah, Ilya Hanis, Ong Zhi Xin,Supian Hashim) 2 Anugerah Emas & 2 Anugerah Perak ( 24 orang murid mengambil bahagian ) 1 Anugerah Perak & 1 Anugerah Gangsa 2 Anugerah Perak& 2 Anugerah Gangsa ( 24 orang murid mengambil bahagian ) 1 Anugerah Perak & 1 Anugerah Gangsa 1 Anugerah Emas & 1 Anugerah Gangsa ( 10 orang murid mengambil bahagian ) 97 12-14 Mei 2016 28 Mei 2016 11-13 Mei 2017 22-24 Feb 2018 10-12 Mei 2018 21-23 Feb 2019 2-4 Mei 2019 4. Kerjasama rapat dengan Institut Pendididikan Guru SK Canossian Convent telah bekerjasama secara kolaboratif dengan banyak Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, IPG Kampus Tawau, IPGK Sultan Mizan, IPGK Kota Bharu, IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, N.Sembilan sehingga berjaya menghasilkan penemuan yang amat menakjubkan bagi kepentingan industri batik Malaysia dengan terciptanya Batik Glue dan kaedah menghasilkan tembikar yang mudah dan seragam. Berikut adalah kejayaan yang dicapai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa hasil kerjasama kolaboratif dengan IPGM. 1 Pertandingan Inovasi Sempena Hari Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) Batu Pahat Peringkat Kebangsaan 2 World Young Inventors Competition at 28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2017),KLCC [ kolaborasif dengan IPG Kampus Raja Melewar] 3 Asian Youth Innovation Award 2018 [kolaborasif dengan IPG Kampus Raja Melewar] 4 Pertandingan Inovasi Sempena Seminar PdPc PAK 21 & Karnival Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) Terengganu Peringkat Kebangsaan [kolaborasif dengan IPGK Sultan Mizan] 5 World Young Inventors Competition at 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2018),KLCC [kolaborasif dengan IPG Kampus Raja Melewar] 6 Persidangan Kebangsaan Amalan Terbaik Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc) dan Pertandingan Inovasi IPGK Kota Bharu 7 Karnival Kreativiti & Inovasi PdPc Peringkat Kebangsaan 2019 IPGK Sultan Mizan 1 Emas & 4 Perak ( 20 orang murid mengambil bahagian ) 27-28 Sept 2016 Anugerah Emas Projek Batik Glue ( 6 orang murid mengambil bahagian ) 11-13 Mei 2017 1 Perak & 1 Gangsa 22-24 Feb 2018 23-25 April 2018 8 Pertandingan Inovasi Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan IPGK Darulaman, Kedah MyRIS Best Invention Award 1 Anugerah Emas , 2 Perak & 3 Gangsa ( 25 orang murid mengambil bahagian ) Anugerah Platinum, 1 Emas, 2 Perak & 1 Gangsa ( 25 orang murid mengambil bahagian ) 9 Pertandingan Inovasi Pendidikan & Teknologi Kebangsaan IPG Kampus Temenggung Ibrahim, JB 1 Emas, 3 Perak & 1 Gangsa 2 Perak & 2 Gangsa 10-12 Mei 2018 2 Emas & 3 Perak ( 25 orang murid mengambil bahagian) 14-15 April 2019 15-17 April 2019 22-23 Julai 2019 3 Emas & 2 Perak ( 25 orang murid mengambil bahagian) 15 Okt 2019 5. Kerjasama Rapat dengan Universiti Awam Malaysia Terdapat 4 buah universiti awam di negeri Johor iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Johor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). SKCC telah mengadakan kerjasama pintar dengan ketiga-tiga universiti sehingga membuahkan kejayaan yang cemerlang dalam kokurikulum khususnya bidang inovasi dan reka cipta. Pengiktirafan yang telah dikecapi melalui kerjasama pintar dengan ketiga-tiga universiti awam tersebut tergambar dalam jadual di bawah. 1 International Invention, Innovation & Design (IIID Johor ) 2015, UiTM Johor di Amansari Residence Resort, Seri Alam, Johor Anugerah Perak (5 orang mengambil bahagian) 98 29 Okt 2015 2 Innovative Practices In Education And Industry Exhibition ( I-PEINX 2016 ) di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia 4 Pertandingan Inovasi sempena Research & Innovation Festival Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat 5 International Invention, Innovation & Design Competition (IIID Johor 2017) 6 Pertandingan Inovasi Sempena International Research & Innovation Symposium and Exposition 2018, UTHM 7 National Innovation & Invention Competition (NICe 2019) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat 2 Emas & 1 Perak Anugerah Emas Avanda Air Cooler Box 2nd Version (Amanda Alda, Aurelia Ava, Abigail, Ong Zhi Xin & Ahmad Shamsul Hj Tumijan) Anugerah Emas Mesin Menaikkan Bendera Automatik Mudah Alih( Kayalvili, Nur Hazirah, Puteri Nur Azzeti, Kek Huay Shean, Supian Hashim ) Anugerah Perak Mesin Pengering dan Pewangi Kaki ( Noor Suhailah, Ilya Hanis, Azzweta Azzwani, Nur Shazwanieza & Nordin Sanat ) 1 Anugerah Perak & 1 Anugerah Gangsa ( 6 orang murid mengambil bahagian ) Anugerah Gangsa (5 orang murid mengambil bahagian ) 3 Anugerah Perak & 3 Anugerah Gangsa ( 30 orang murid mengambil bahagian ) 3 Emas, 3 Perak & 1 Gangsa ( 35 orang murid mengambil bahagian ) 8 International Science & Social Science 14 Mac 2016 14-15 Nov 2016 11 Mac 2017 12 -13 Nov 2018 1 Perak & 1 Gangsa ( 4 orang murid mengambil bahagian ) Innovation Competition (i-SIC 2019) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 14 Nov 2019 20 Nov 2019 6. Intim dengan Komuniti dalaman Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), kumpulan sokongan ibu bapa (KSIB) dan sarana ibu bapa yang diwujudkan oleh KPM adalah untuk membantu sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan kemenjadian murid secara holistik. Kerjasama ini perlu dilakukan secara intim seperti pepatah Melayu cubit peha kiri, peha kanan turut terasa. Segala kekangan kewangan mahu pun masalah pelaksanaannya boleh diatasi melalui kerjasama intim ini. Penyertaan dan pencapaian kokurikulum SKCC telah berjaya ditingkatkan dengan kerjasama yang dijalin ini sehingga dana kokurikulum sekolah turut bertambah hasil daripada sumbangan mereka. Berikut adalah bukti dana yang terkumpul dan bilangan penyertaan dan pencapaian yang dicapai oleh SKCC dari tahun 2015 hingga 2019. Jadual 3. Analisis Penyertaan Murid& Dana dalam Kokurikulum Tahun 2015 - 2018 TAHUN 2015 2016 2017 2018 2019 DAERAH 111 154 149 116 112 NEGERI 141 54 103 40 63 KEBANGSAAN 145 114 57 42 150 * Data sehingga Nov 2019 99 ANTARABANGSA 140 51 32 57 35 DANA RM 9,000 RM 9,100 RM 10,350 RM 24,000 RM 58,000 7. Kerjasama Luaran / Swasta SKCC telah bekerjasama dengan pihak luar seperti Bank Rakyat, Great Eastance Life Insuran dan Pos Malaysia. Atas kerjasama ini SKCC telah berjaya melonjakkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum tanpa perlu membawa murid ke luar. Setiap pertandingan yang dijalankan memerlukan peserta menghantar penyertaan melalui pos. Misalnya Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia, Pertandingan Mewarna anjuran Bank Rakyat dan Great Eastance Life Insurans. RUMUSAN Suatu transformasi minda dan tindakan perlu dilakukan bagi semua peringkat pengurusan kokurikulum di sesebuah sekolah bagi merealisasikan penyertaan dan pencapaian kokurikulum pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Melalui kerjasama kolaboratif dengan pelbagai pihak termasuk kementerian lain dan agensi-agensi luar telah berjaya merancakkan kegiatan kokurikulum di sekolah. Dengan bilangan pelajar yang sedikit dan kewangan yang terhad, SKCC telah berjaya melakar nama di persada antarabangsa melalui kegiatan kokurikulum khususnya dalam bidang inovasi, reka cipta dan reka bentuk sejak tahun 2011 hingga kini dengan menyertai Pertandingan SEAMEO-Japan Award, International Invention, Innovation and Design (IIID Johor) dan termasuk International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX). Atas ketekalan kejayaan ini, SKCC telah berjaya menerima Tawaran Baru untuk pemimpin sekolah sebanyak tiga kali. Pembelajaran abad ke-21 yang diamalkan bukan sahaja memerlukan pelajar-pelajar berada di lokasi bagi mempersembahkan ciptaan atau inovasi mereka tetapi juga boleh dilakukan tanpa kehadiran mereka. Rakaman video dan hasil penulisan yang dihantar melalui email telah melonjakkan pencapaian kokurikulum para pelajar di peringkat global selain menjimatkan kos. Kecemerlangan dalam kokurikulum mendapat pengiktirafan apabila SKCC berjayamenjadi johan Anugerah kecemerlangan Kokurikulum (AKK) peringkat negeri Johor dan kebangsaan tujuh tahun berturut-turut (tahun 20132019). Kejayaan yang amat membanggakan apabila terpilih sebagai finalist Anugerah Inovasi Negara 2015 yang merupakan sebuah sekolah rendah harian biasa yang mampu bersaing dengan SKK, sekolah menengah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara. Pengurusan kokurikulum yang terdiri daripada Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK), Setiausaha Kokurikulum, Penyelaras Kelab dan Persatuan serta Penyelaras Badan beruniform perlu bekerjasama dalam merancang kegiatan kokurikulum di sekolah. Blue print Sasaran penyertaan dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum mestilah merangkumi semua peringkat bermula di peringkat daerah sehingga antarabangsa.Kerjasama kolaboratif antara PK 1 dan PKKK perlu ditingkatkan bagi memastikan setiap murid khususnya murid yang cemerlang akademiknya dapat dipantau penglibatan kokurikulumnya agar seiring dan seimbang. Pihak Pengurusan Kokurikulum tidak boleh lagi berasa selesa melaksanakan tugasan rutin stereotaip dan jumud (Norliza Abdullah, 2009) tetapi mesti sentiasa memikir dan mencari-cari peluang yang boleh direbut dari luar untuk kejayaan kokurikulum sekolah. Pengurusan Kokurikulum sekolah khususnya PKKK tidak lagi bertugas berdasarkan arahan melalui surat yang diterima daripada PPD, JPN atau KPM. Kebiasaan menunggu surat dan kemudian bertindak hendaklah diuraikan sebaliknya bertindak segera dengan mendapatkan maklumat dari rangkaian maya iaitu internet dari semasa ke semasa. Rumusnya, “Hendak Seribu Daya Tak Nak seribu Dalih”,walaupun Malaysia baharu dalam zaman pemulihan tetapi dengan gemblengan kebijaksanaan pengurusan kokurikulum yang dipelopori oleh PKKK, sekolah berupaya merealisasikan matlamat melestarikan penyertaan dan pencapaian kokurikulum pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa berterusan sepanjang tahun dengan melaksanakan kolaboratif seperti kerjasama pintar agensi kerajaan dan bukan kerajaan, jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi, Badan Profesional, Institut Pendididikan Guru Malaysia, universiti tempatan, komuniti dalaman dan setempat serta pihak luar dan swasta. Ayuh, kita 100 merebut peluang dengan melakukan transformasi dalam pengurusan kokurikulum serta mengamalkan kolaboratif secara optimum. RUJUKAN Azman Adnan. (2001). Pembuatan Keputusan Partisipatif Di Sekolah: Satu Tinjauan Literatur Pemimpin. Jurnal Institut Pengetua, 1(1), 65–73. Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah dan Rendah (1996). Sumber Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Choong Lean Keow, U.G Press Sdn Bhd. (2008). Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia. Selangor Ee Ah Meng, Fajar Bakti Sdn.Bhd. (1988). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor. Ee Ah Meng, Fajar Bakti Sdn. Bhd.,(2006), Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Kompetensi Kursus (Fungsi) Pengurusan P&P. Selangor. Kamus Dewan. Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. ( 2012 ). Kementerian Pendidikan Malaysia. Norliza Abdullah. (2009). Status Sekolah Kluster Berjaya Tingkat Pengurusan dan Pencapaian. Diakses daripada http://www.bharian.com.my pada 1 November 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepasan Menengah.(2013). Kementerian Pendidikan Malaysia. Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 135(2) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2006 Surat Pekeliling Kewangan Bil.8/2010 101 REGISTRY S&E Faziah binti Abd Karim Sallehudin bin Sahrone Abu Bakar bin Kassim Vijayan A/L Periasamy Abdul Rahim bin Ismail Jabatan Pembangunan Latihan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK Unit Program Khas, Jabatan Pembangunan Latihan, IPGKTHO komited menjalankan pelbagai program latihan bagi memastikan IPGKTHO menjadi peneraju Pusat Pembangunan Profesionalisme Berterusan Zon Selatan. Mengambil kira perkembangan IPGKTHO sebagai rujukan kepada oraganisasi pendidikan dan komuniti luar, maka Unit Program Khas menghasilkan Registry SnE selari dengan keperluan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk organisasi. Pelaksanaan projek inovasi Registry SnE Program Khas, Jabatan Pembangunan Latihan adalah merupakan inisiatif yang diambil bagi transformasi pengurusan latihan secara manual kepada kaedah atas talian “online” yang lebih mesra pengguna, mudah diselenggara dan menjadi salah satu saluran komunikasi penyampaian maklumat latihan yang boleh dicapai oleh Unit Program Khas. Ia juga dapat mewujudkan satu rekod kehadiran latihan yang lebih tersusun, lengkap dan sistematik dan memberi kemudahan kepada Unit Program Khas, Jabatan Pembangunan Latihan untuk membuat perancangan, pelaporan dan penilaian tahunan kursus kursus di bawah mod Service and Engagement. Selain itu, Registry SnE dapat menyediakan akses yang cepat kepada maklumat kehadiran aktiviti latihan peserta kursus dari Agensi bukan KPM dan memudahkan untuk menyediakan analisis keberkesanan dan pencapaian / prestasi Unit Program khas sepanjang tahun serta membantu meningkatkan kecekapan Unit Program Khas, Jabatan Pembangunan Latihan menguruskan aktiviti latihan, penyimpanan rekod latihan untuk mod Service and Engagement (SnE). Setakat Oktober 2020, hamper satu ribu peserta telah didaftarkan dalam aplikasi ini. Projek Inovasi Registry SnE ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga IPGKTHO dan Komuniti luar KPM dalam memastikan kualiti perkhidmatan Unit Program Khas, Jabatan Pembangunan Latihan, IPGKTHO yang lebih cemerlang. OBJEKTIF • Meningkatkan kecekapan pengumpulan data dan maklumat • Menjimatkan masa pendaftaran kehadiran peserta kursus • Meningkatkan kecekapan analisis data terkumpul • Menjimatkan masa untuk akses maklumat KUMPULAN SASARAN Peserta kursus yang bukan berdaftar di bawah SPLKPM LATAR BELAKANG Jabatan Pembangunan Latihan(JPL) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2020 , bertujuan menyelaras semua aktiviti-aktiviti kursus CPD yang dilaksanakan di dalam atau di luar IPGKTHO. Terdapat dua kategori kursus yang dilaksanakan iaitu berdaftar dibawah SPLKPM dan yang tidak berdaftar dibawah SPLKPM. 102 Kursus SPLKPM boleh disertai oleh warga kerja KPM manakala kursus yang tidak berdaftar dengan SPLKPM boleh disertai oleh bukan warga kerja KPM seperti pelajar sekolah, agensi kerajaan, NGO serta komuniti. Kursus tidak berdaftar dibawah SPLKPM ini dikenali sebagai ‘Service and Engagement’ (SnE). Sehingga kini, pihak KPM belum menyediakan sistem pendaftaran kehadiran peserta bagi kursus ‘Service and Engagement’ oleh organisasi luar. Oleh yang demikian, Unit Program Khas telah membangunkan sistem ini agar pengurusan data adalah seiring dengan kursus dibawah kelolaan SPLKPM. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pendaftaran peserta kursus pada awal tahun 2020, mendapati bahawa terdapat kelemahan dan kesukaran dalam menguruskan maklumat peserta apabila kursus yang tidak berdaftar di bawah SPLKPM. Antara masalah yang dihadapi ialah : • Maklumat bilangan peserta tidak tepat , lambat dan sukar diakses • Maklumat peserta kursus tidak bersistem dan tidak tersusun • Masalah berlaku sejak pelaksanaan kursus CPD terutama kepada peserta kursus yang bukan di bawah SPLKPM • Maklumat segera sukar dicapai melibatkan peserta kursus diluar SPLKPM • Proses menyediakan surat susulan dan sijil peserta kursus yang berkaitan sukar kerana maklumat sukar diakses INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi • Menggunakan Aplikasi Google Form • Antaramuka boring diakses dengan telefon pintar Kos Penghasilan Inovasi Kos: Tiada kos secara fizikal Cara Inovasi Digunakan 1. Mereka bentuk google form registry sne Langkah 1 : Permulaan penyediaan borang, pergi ke google drive (https://drive.google.com) Langkah 2 : Klik butang NEW-GOOGLE FORMS-BLANK FORM Langkah 3 : Paparan Google Form. Rename Untitled form dengan tajuk REGISTRY SERVICE AND ENGAGEMENT (SnE). Taipkan #IPGKTHOKELASPERTAMA2025 pada Form Description 103 Langkah 4 : Mula membina borang dengan mengklik ‘Untitled Question’. Klik (+) untuk menambah soalan. Buat pilihan jawapan yang akan diterima (short answer/checkboxes untuk pilihan jawapan dan lain-lain). Taipkan NAMA KURSUS pada Question. Bintang required adalah untuk mewajibkan peserta menjawab soalan. Langkah 5 : Klik Customize Theme bagi memasukkan HEADER dan Choose image yang sesuai. Klik THEME COLOR dan BACKGROUND COLOR bagi tujuan mendapat warna latarbelakng yang sesuai. Klik butang SEND dan klik LINK pada send via.Copy link tersebut 2. Penyediaan QR Code Langkah 1 : Pergi ke laman untuk membuat QR Code (https://www.qr-code-generator.com/) Langkah 2 : Paste link ke ruangan website URL, kemudian pilih FRAME 104 Langkah 3 : Download QR Code. Cetak dan pamerkan PAPARAN REGISTRY SnE PAPARAN ANALISIS KEBERKESANAN Setakat bulan Oktober 2020, sistem ini telah mendaftarkan hamper 1000 pesrta kursus yang tidak berdaftar dengan SPLKPM. Ini menunjukkan bahawa ianya sememangnya amat perlu dihasilkan bagi mempastikan maklumat peserta kursus mudah dan cepat untuk diakses. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada pihak-pihak lain yang menghadapi masalah yang sama dalam pengurusan pendaftaran dan data peserta kursus. Kaedah pengenalan menggunakan QR Kod adalah amat mudah dan mudah diakses oleh semua penggunaka yang mempunyai 105 telefon bimbit. Tambahan pula ia tidak memerlukan kos dan amat mudah dikendalikan dan diubahsuai keperluan data-data yang ada. RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat membantu meningkatkan kecekapan dalam menguruskan data dan maklumat peserta kursus yang tidak termasuk dalam SPLKPM. Ia amat mudah digunakan dan disesuaikan dengan keperluan pemilik program atau kursus yang diadakan. AHLI-AHLI KUMPULAN 106 MOLECULAR GEOMETRY TOOLKIT 2.0 Amal Hayati binti Hj Jamali Dani Asmadi bin Ibrahim Khairul Nizam bin Md Dauad Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ABSTRAK Molecular Geometry Toolkit (MGT ) adalah projek pembangunan aplikasi pembelajaran mudahalih berteraskan penggunaan simulator dan ciri pembelajaran interaktif. Suatu kemahiran kritikal bagi menguasai kimia adalah kebolehan menterjemah formula-formula dua dimensi kepada bentuk molekul tiga dimensi dan sebaliknya. MGT membantu pelajar menguasai kemahiran ini dengan penggunaan visual tiga dimensi beranimasi yang dihasilkan aplikasi-aplikasi yang menjadi komponen MGT . Ciri interaktif simulator-simulator ini juga menerapkan unsur pembelajaran inkuiri dalam pengalaman penggunaannya. Kajian penggunaan yang melibatkan pandangan 104 orang pelajar menunjukkan MGT mudah digunakan, meningkatkan minat dan sangat membantu pelajar memahami konsep geometri molekul. Turut didapati pelajar mencapai tahap pencapaian yang disasarkan dalam tempoh masa dua kali lebih singkat berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Aplikasi ini adalah percuma dan memberikan penjimatan signifikan berbanding kaedah tradisional menggunakan model-model molekul fizikal yang ada di kolej-kolej matrikulasi. Projek ini memperlihatkan bagaimana sumber-sumber pembelajaran yang berkualiti dan bermutu tinggi di internet dapat dipersembahkan sebagai satu aplikasi yang memperkayakan pengalaman pembelajaran kendiri pelajar. OBJEKTIF Projek ini bertujuan untuk membangun dan menyiasat penggunaan aplikasi yang dipanggil Molecular Geometry Toolkit sebagai alternatif kepada kit model molekul (model ball and stick) dalam pembelajaran geometri molekul. Secara khususnya, projek ini juga bertujuan untuk: 1. Menentukan tahap pencapaian pelajar selepas menggunakan MGT . 2. Menentukan pandangan pelajar tentang penggunaan MGT di dalam pembelajaran geometri molekul. 3. Menilai keberkesanan kos MGT berbanding kaedah pembelajaran menggunakan kit model molekul. KUMPULAN SASARAN Pelajar program matrikulasi sains, tingkatan 6, kursus diploma sains dan sarjana muda sains tahun pertama. LATARBELAKANG Mempelajari geometri molekul adalah penting kerana sifat kimia, sifat fizikal seterusnya sifat biologi sesuatu sebatian bergantung kepada susunan atom-atomnya dalam tiga dimensi (Brown et al, 2018). Sekiranya pelajar tidak menguasai tajuk ini, pelajar akan sukar memahami bukan sahaja kimia peringkat matrikulasi tetapi bakal menghadapi kesukaran apabila mengikuti kursus lain yang memerlukan asas kimia. Kemahiran paling penting yang diperolehi pelajar hasil mempelajari geometri molekul adalah kebolehan mengambil perwakilan simbol dua dimensi, seperti formula Lewis dan struktur rangka daripada halaman bercetak, papan putih dan slaid dan membayangkannya sebagai objek tiga dimensi dengan sifat-sifat unik. Kemahiran ini tidak mudah diperolehi, malah kajian menunjukkan miskonsepsi yang paling ketara di antara konsep-konsep kimia yang dipelajari di peringkat universiti adalah berkaitan rupa bentuk molekul (Uyulan et al, 2014). MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Dari tahun 2003 sehingga 2018, pembelajaran tajuk Molecular Geometry dikukuhkan dengan kelas amali dua jam Molecular Geometry di mana pelajar berpeluang membina bentuk-bentuk molekul menggunakan 107 set model ball and stick. Kelas amali ini sangat disukai pelajar dan sangat membantu guru-guru menerangkan tajuk yang sukar ini. Namun begitu pada penstrukturan semula kurikulum kimia program matrikulasi pada 2018 kelas amali ini digugurkan dan kini tidak lagi diajar. Rajah 1: Model ball and stick (Kaedah pembelajaran dalam kelas amali Molecular Geometry 2003-2018) Hasil perkembangan ini, terdapat keperluan untuk mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran geometri molekul yang lebih berkesan. Pengguguran amali Molecular Geometry bermakna pelajar tidak lagi berpeluang untuk mengukuhkan kefahaman mereka berkaitan tajuk ini melalui pembelajaran hands-on menggunakan model ball and stick. Biarpun masa diperuntukkan untuk kuliah dan tutoran tajuk ini masih lebih kurang sama dengan masa lalu (1 jam kuliah dan 3 jam tutoran), pengguguran amali ini bermakna masa untuk pelajar belajar tajuk ini secara bersemuka dengan guru berkurang sebanyak dua jam. Oleh yang demikian, apa-apa pendekatan pengajaran dan bahan pengajaran baru yang bakal digunakan mestilah mampu mencapai hasil pembelajaran disasarkan dengan keberkesanan setara dengan kaedah lama dan mesti dilakukan dalam masa lebih singkat. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Molecular Geometry Toolkit adalah aplikasi pendidikan untuk digunakan pelajar bagi mempelajari tajuk Geometri Molekul. Kit ini pada asasnya adalah suatu fail dengan pautan kepada enam aplikasi pembelajaran interaktif. Kit ini membolehkan pelajar, membuat rujukan pantas dan mengakses bahan pembelajaran interaktif yang berkaitan topik Geometri Molekul dengan menggunakan peranti mudah alih (telefon pintar dan tablet). Rajah 2 dan 3 menunjukan susun atur komponen dan aplikasi MGT . Rajah 2:Paparan skrin MGT menunjukkan susun atur komponen berfungsi 108 Jadual Berkala Interaktif (Kiri) Rujukan pantas untuk konfigurasi elektron sesuatu atom di samping memberi maklumat am, ciri-ciri fizikal dan kimia setiap unsur. Turut mempunyai fungsi permainan untuk pelajar memahami Jadual Berkala Panduan Menulis Struktur Lewis (Kanan) Nota ringkas panduan melukis Struktur Lewis. Penting bagi mmebolehkan pelajar meramal geometri molekul sesuatu bahan. Molecular Shape Simulator (MSS) Menghasilkan model 3D molekul ringkas berdasarkan Struktur Lewis. Model boleh digerakkan, diputar dan diubah-ubah sebagaimana model ball and stick dengan input sentuhan pada skrin. Molview Seperti MSS boleh menghasilkan model 3D molekul tetapi untuk sebatian yang lebih besar dan kompleks. Sangat berguna dalam pembelajaran kimia organik. Pengguna juga boleh mengakses pengkalan data atas talian untuk mendapat maklumat terperinci setiap bahan. Rajah 3:Paparan skrin beberapa aplikasi komponen MGT serta fungsinya KEBERKESANAN Seramai 104 orang pelajar Program Matrikulasi Sains di sebuah kolej matrikulasi terlibat dalam projek inovasi ini. Pembelajaran dijalankan dalam 2 jam, 1 jam kuliah dan 1 jam tutoran. Pada jam pertama, pembelajaran dijalankan secara dengan demonstrasi menggunakan MGT . Manakala pada jam kedua 109 pelajar menggunakan MGT secara pembelajaran kendiri dan guru hanya memberi bimbingan sekiranya perlu. Ujian pos diberikan pada setiap sesi pembelajaran. Setelah menjalani dua jam pembelajaran soal selidik penggunaan MGT dilengkapkan oleh pelajar-pelajar. Tahap pencapaian pelajar Secara umumnya selepas 2 jam pembelajaran menggunakan MGT lebih 90% pelajar mendapat gred A (skor 7/10 atau 70%). Keputusan skor terperinci ditunjukkan Jadual 1 dan Rajah 4. Jadual 1. Perbandingan pencapaian Ujian Pos Jam 1 (Kuliah) dan Jam 2 (Tutoran) Purata Median Julat Gelung 1 (kuliah) 6.1 6 2-10 Gelung 2 (tutoran) 9 9 4-10 45% 40% 35% 30% 25% 20% 15% 10% 5% 0% 1 2 3 4 5 Cycle 1 6 7 8 9 10 Cycle 2 Rajah 4: Perbandingan terperinci pencapaian Ujian Pos Jam 1 (Kuliah) dan Ujian Pos Jam 2 (Tutoran) Komen pelajar terhadap penggunaan Molecular Geometry Toolkit Daripada 104 soalan selidik diedarkan 96 dikembalikan. Bagi bahagian komen terbuka soal selidik, 77% memberikan komen yang secara eksplisit menunjukkan penggunaan MGT adalah sesuatu yang positif. Contoh komen pelajar adalah seperti berikut: • • • • • “Lebih mudah untuk difahami. Boleh digunakan lagi dalam tajuk akan datang yang berkaitan dengan molecular geometry” “Saya dapat belajar dengan lebih mudah dan pelajaran menjadi lebih menarik” “Lebih mudah digunakan jika melalui apps atau website berbanding melalui dokumen” “Saya menggunakan aplikasi ini untuk menyelesaikan soalan tutorial dan ia memang membantu” Menarik kerana lebih mudah saya bayangkan tetapi lebih baik jika disertakan audio yang menerangkan secara detail sambil kita melihat model tersebut Pandangan pelajar berdasarkan soal selidik skala Likert Soal selidik yang didedarkan juga mengandungi 10 soalan skala Likert bagi menentukan pandangan pelajar terhadap penggunaan MGT . Didapati purata skor soal selidik ini 3.29 berbanding skor maksimum 110 4. Ini menunjukkan secara umumnya pelajar bersetuju bahawa penggunaan MGT adalah sesuatu yang baik. Dapatan terperinci soal selidik skala Likert ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2. Keputusan soal selidik skala Likert berkaitan penggunaan MGT NO 1 ITEM SOAL SELIDIK SKALA Saya suka menggunakan aplikasi MGT bagi mempelajari tajuk ini. BILANGAN (%) 2 3 % 0 7 55 38 SETUJU 93 1 4 2. Aplikasi MGT memudahkan saya memahami konsep tajuk ini. 0 6 56 38 94 3. Aplikasi MGT mudah digunakan 0 8 52 40 92 4. Dengan menggunakan aplikasi MGT pembelajaran tajuk ini lebih jelas. 0 4 55 41 96 5. Aplikasi MGT meningkatkan minat saya untuk mendalami tajuk ini. 0 13 59 28 87 6. Saya lebih memahami pengajaran guru apabila aplikasi MGT digunakan. 0 6 61 33 94 7. Penggunaan aplikasi MGT sesuai digunakan pensyarah semasa mengajar kuliah. 0 4 54 42 96 8. Penggunaan aplikasi MGT sesuai digunakan guru semasa kelas tutoran 0 11 54 36 89 9. Aplikasi MGT sesuai digunakan pelajar untuk pembelajaran kendiri di luar bilik darjah. 0 5 60 35 95 10. Aplikasi MGT amat berkesan dalam pembelajaran Molecular Geometry 0 6 62 32 94 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=setuju, 4=sangat setuju. Keberkesanan kos Molecular Geometry Toolkit berbanding Model ball and stick Jadual 3. Perbandingan keberkesanan kos MGT dan Model ball and stick Model ball and stick Molecular Geometri Toolkit Kos RM 94 /set RM 6016/64 set (1 Percuma kolej) Masa 2 jam / semester (waktu amali) Bila-bila masa dan di mana-mana jua penggunaan Pemilikan Milik kolej Milik pelajar Ciri Membina model molekul Membina model molekul Menyatakan geometri molekul dan pasangan elektron Menunjukkan ikatan berganda dan sudut ikatan POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada sesiapa sahaja yang sedang menjalani kursus kimia yang setaraf dengan program matrikulasi. Ia mudah disebar luas melalui kod QR, e-mail aplikasi mesej seperti WhatsApp, SMS dan Telegram. Tiada kos perlu ditanggung mana-mana pihak kerana semua aplikasi yang menjadi komponen Molecular Geometry Toolkit dibina oleh badan-badan bukan keuntungan (non-profit). Inovasi utama projek ini pengumpulan bahan dan sumber pembelajaran terbaik tapi berasingan di internet dan mempakejkannya menjadi suatu aplikasi padat tetapi mudah digunakan. Demi meneruskan semangat bukan keuntungan pembina aplikasi-aplikasi komponen MGT 111 ini, MGT diedarkan secara percuma. Oleh yang demikian, sesiapa saja boleh mendapat manafaat daripada sumber pembelajaran berkualiti tanpa dibebani kos tinggi. Inovasi ini juga memperkenalkan kepada pelajar dan juga guru sumber-sumber pembelajaran bermutu di internet yang boleh juga mereka gunakan untuk tajuk lain. Justeru manfaat aplikasi ini lebih luas daripada sekadar membantu dalam pembelajaran kimia. RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini boleh menggantikan penggunaan model ball and stick dan mengatasi masalah yang dihadapi akibat pengguguran Amali Geometri Molekul di kolej-kolej matrikulasi. Pelajar mencapai tahap pencapaian cemerlang dalam masa dua jam berbanding empat jam pengajaran biasa. Pelajar juga berpandangan penggunaan MGT mudah, membantu pemahaman, menyeronokkan dan meningkatkan minat pada pelajaran dan pembelajaran. Kosnya juga murah dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-man juga. Akhir sekali penggunaan MGT memberi pendedahan pelajar kepada sumber pembelajaran bermutu tinggi di internet selaras dengan perkembangan PAK-21. RUJUKAN Dani Asmadi Ibrahim & Amal Harun (2019). Molecular Shape Simulator: A Cost-Effective Method for Learning Molecular Geometry. South East Asia Journal of Contemporary Business, Economics and Law, 20(6), 1-9 Brown, T. E., LeMay, H. E., Bursten, B.E., Murphy, C., Woodward, P. & Stoltzfus, M. E. (2018). Chemistry: The Central Science, 14th Edition. Pearson Education Limited U.K. Uyulgan, M. A., Akkuzu, N., Alpat, S. (2014). Assessing the students’ understanding related to molecular geometry using a two-tier diagnostic test. Journal of Baltic Science Education, 13(6), 839-854. AHLI-AHLI KUMPULAN 112 MEREKABENTUK KAEDAH PEMBELAJARAN INTERAKTIF BACAAN DALAM SOLAT Syahrul Waheeda binti Mohd Ali Rohayu binti Yusof Rohana binti Talib Akmariah binti Mamat Mohd Amir bin Zakaria Halina binti Mohamed Yusof Aiza Mufida binti Mozi Wan Muhammad Amir Ashraf bin Wan Ramli Safinaz binti Sulaiman Azizan binti Suhadi Kolej Matrikulasi Johor ABSTRAK Pembinaan permainan interaktif Monopoli Solat ini bertujuan untuk memastikan inovasi yang dilakukan dapat menarik minat pelajar dengan menggunakan teknik permainan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Objektif utama teknik yang digunakan adalah untuk meningkatkan kualiti hafazan pelajar dalam bacaan-bacaan solat. Pelaksanaan kajian ini telah dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Johor. Kajian adalah berbentuk Mixed-Method (Qualitatif dan Quantitatif) yang melibatkan 33 orang responden. Data kuantitatif menggunakan rekabentuk Pre-Experimental Design (Pretest-TreatmentPosttest). Analisis kajian diambil dari data kuantitatif melalui edaran kertas soal selidik ujian keberkesanan. Data qualitatif dianalisis dari temu bual terhadap semua responden yang terlibat. Ujian pra dan ujian post dilaksanakan bagi membuktikan keberkesanan alat yang duji dalam membantu proses menghafaz. Hasil utama kajian ini mendapati kualiti bacaan hafazan pelajar berada pada tahap maksimum apabila semua responden mencapai tahap hafazan 100% (lancar) setelah menggunakan permainan interaktif Monopoli Solat. Melalui kajian ini juga didapati tempoh masa untuk proses penilaian bacaan hafazan dalam solat dapat disingkatkan dan sekaligus menjimatkan masa. Menyokong dapatan kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang positif antara alat pemudah cara dengan tahap hafazan bacaan solat pelajar melalui proses ujian perbandingan antara markah pra dan post. Analisis borang soal selidik dan temu bual turut mendapati ramai responden sangat bersetuju bahawa permainan interaktif Monopoli Solat membantu meningkatkan kualiti amalan ibadat solat mereka. Sehubungan dari hasil dapatan yang diperolehi, penggunaan permainan interaktif Monopoli Solat didapati sesuai untuk diaplikasikan di semua peringkat usia. OBJEKTIF Objektif Umum: Untuk melihat keberkesanan permainan interaktif Monopoli Solat dalam meningkatkan kualiti hafazan bacaan dalam solat. Objektif Spesifik: 1. Dapat mengenalpasti kesalahan bacaan dan ketepatan bacaan dalam solat dengan bantuan Monopoli Solat 2. Dapat mempertingkatkan kualiti sebutan makhraj huruf serta hukum tajwid hafazan pelajar dalam bacaan solat. 3 Dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari bacaan dalam solat menggunakan permainan interaktif 113 KUMPULAN SASARAN Inovasi ini memberi fokus kepada pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor secara khususnya serta pelajarpelajar sekolah menengah dan rendah secara amnya. Menurut Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran lebih menarik dan praktis. Pelajar cenderung memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu yang sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka. Beard dan Senioa (1980), melaporkan bahawa kajian ahli psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar berkemungkinan besar boleh menggerakkan belajar atau mengekalkan motivasi yang baik ialah kaedah yang melibatkan mereka secara aktif (Ahmad Mohd. Salleh, 1997). LATAR BELAKANG Bacaan dalam solat merupakan perkara klise dan seringkali dibincangkan dalam Pendidikan Islam secara amnya. Namun begitu masalah klise ini tidak pernah selesai kerana sesetengah pihak terutama ibu bapa hanya mengharapkan guru untuk menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak mereka. Antara penekanan dalam bacaan solat adalah Mahkraj yang betul. Makhraj adalah ‘tempat huruf keluar’ di dalam bacaan Al-Quran. Disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘pronunciation’. Selain itu, hukum tajwid juga seringkali menjadi kekangan dalam bacaan solat pelajar. Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau memperindahkan. Dari sudut istilah pula, Tajwid bermaksud mengeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya. Secara ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan betul. PERNYATAAN MASALAH Masih ramai remaja yang lemah dalam bacaan dalam solat walaupun mereka berada pada tahap boleh menghafaz bacaan tersebut (Noor Azni Ibrahim, 2005). Walaupun telah menghafaz bacaan tetapi masih banyak kesilapan yang mencacatkan bacaan mereka dan akan menjejaskan solat mereka terutamanya bacaan mahraj dan hukum tajwid. Walaupun usia mereka mencapai tahap mukallaf, tetapi masih berdepan dengan kesilapan bacaan dalam dalam solat tanpa sedari kerana mereka mengganggap bacaan mereka telah sempurna. Hasil konsultasi mendapati sesetengah daripada pelajar tidak dapat menghafaz bacaan dalam solat secara sempurna. Kajian daripada Azhar Ahmad dan Halim Tamuri (2005) mendapati ibu bapa hanya memantau dari aspek kepatuhan solat sahaja dan mengabaikan aspek kesempurnaan amalan dalam solat itu sendiri, termasuklah aspek bacaan-bacaan dalam solat. Para pendidik didapati selalu berdepan dengan pelajar yang selesa meneruskan cara bacaan yang kurang sempurna sejak sekian lama. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan Inovasi Bahan yang diguanakan di dalam permainan ini adalah Kad Rujukan Asas (1), Papan Permainan Interaktif Monopoli Solat (1), Skema jawapan (1), Dadu (1), Token (4), Kad Ganjaran 2 (40 keping), Kad Ganjaran 2 (30 keping), Kad Ganjaran 5 (20 keping), Kad Bonus (24 keping), Kad Soalan (24 keping). Rajah 1: Permainan Interaktif Monopoli Solat (Inovasi pertama) Rajah 2: Permainan Interaktif Monopoli Solat (Inovasi kedua) 114 Cara Permainan a) Pemain terdiri daripada 4-5 orang dan seorang sebagai Teller. b) Teller berfungsi menjaga tunai dan masa dan akan dibayar gaji sebanyak RM2,000.00 c) Setiap pemain diberikan RM50 di awal permainan (modal). d) Pemain akan membaling dadu. Bilangan yang diperolehi menunjukkan bilangan langkahnya. e) Di tempat mereka berhenti (Point), pemain perlu menentukan klasifikasi akaun sama ada Aset, Liabiliti atau Ekuiti Pemilik (Hasil /Belanja/ Ambilan). Masa menjawab diberikan selama 15 saat. f) Sekiranya pemain dapat menentukan klasifikasi akaun dengan: Betul maka pemain diberi peluang menjawab soalan seterusnya dengan mengambil kad hijau (CHANCE). Masa menjawab diberikan selama 45 saat. → Pemain perlu menjawab dan Teller akan membuat pra pengesahan jawapan pemain betul atau salah tanpa melihat jawapan yang diberikan dalam sampul. → Pengesahan jawapan akhir adalah dengan Teller melihat jawapan sebenar dalam sampul. Teller akan membacakan skema jawapan dalam kumpulan. Salah maka pemain dikehendaki membayar kepada bank melalui Teller sebanyak RM20 sebagai Penalti. Giliran permainan diteruskan dengan pemain seterusnya. g) Pemain yang berpeluang menjawab CHANCE dan dapat menjawab dengan: Betul maka Teller akan memberikan tunai RM50 sebagai ganjaran. Salah maka giliran beralih kepada pemain seterusnya. h) Teller memainkan fungsi dengan mengesahkan jawapan tersebut betul atau salah. Sekiranya pengesahan Teller betul maka Teller akan diberikan ganjaran bonus kepadanya sebanyak RM20 Sekiranya pengesahan Teller salah maka Teller akan dikenakan tindakan memotong gaji sebanyak RM30 i) Permainan seterusnya diteruskan dengan giliran pemain yang berikutnya dan proses yang sama berlaku. j) Sekiranya pemain dikenakan penalti tetapi tiada tunai untuk membuat bayaran, pemain perlu membuat pinjaman daripada bank dengan merekodkan pinjaman tersebut ke dalam borang pinjaman. Pembayaran perlu dibuat sekiranya pemain telah mempunyai tunai di tangan. k) Dalam kalangan pemain, pemenang akan ditentukan dengan melihat jumlah tunai yang dikumpul. l) Dalam kalangan teller, pemenang akan ditentukan dengan membandingkan jumlah wang yang dikumpul antara Teller daripada kumpulan yang lain. Kos Penghasilan Kos sebanyak RM300 untuk setiap set diperlukan. Namun pihak kami telah berjaya mengkormesialkan produk ini. KEBERKESANAN Hasil daripada analisa data ujian pre, didapati 25.00% (n = 4 pelajar) adalah pada kategori lemah. Berdasarkan temuramah dengan pelajar, didapati pelajar kurang latihan dan kurang berminat. Peningkatan sebanyak 50% bagi julat markah tinggi menunjukkan bahawa permainan interaktif mampu membantu pelajar. Jadual 1. Markah Pre Test dan post test relung pertama Julat markah (0-14) Julat 0 - 4 (0 – 40%) (lemah) Julat 5 - 9 (50% – 80%) (sederhana) Julat 10 - 14 (>90%) (cemerlang) Ujian Pre ( bil. pelajar & % ) Ujian Pos (bil. pelajar &% ) % Perbandingan 4 (25.00%) 9 (56.25%) 3 (18.75%) 0 (0.00%) 2 (12.50%) 14 (87.50%) -25% Menurun -43.75% Menurun +68.75% Meningkat 115 Selain itu, masa yang di ambil untuk menghafaz bacaan juga menunjukkan peningkatan. Jumlah masa yang diambil untuk menilai semua pelajar seramai 16 orang x 6 minit ialah 96 minit. Manakala masa yang diambil untuk menilai setiap seorang daripada pelajar menunjukkan penurunan dari 6 minit kepada 3 minit. Masa yang perlu diambil untuk menilai semua pelajar ialah selama 48 minit. Ini menunjukkan 48 minit dapat dikurangkan untuk tempoh penilaian. Ujian diteruskan dengan melakukan aktiviti relung kedua, di mana responden yang terlibat dalam permainan interaktif ini adalah seramai 125 orang. Seramai 100 pelajar menjadi pemain, manakala 25 orang lagi menjadi teller. Data pre test dan post test di analisis untuk menguji keberkesanan permainan interaktif ini di dalam peningkatan ketetapan bacaan mahraj dan hukum tajwid pelajar. Rajah 3 menunjukkan perbezaan data di antara pre test dan post test. Rajah 3: Perbezaan markah pre test dan post test relung kedua. Jadual 2. Dapatan soal selidik kepuasan pelajar Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Soalan Pelaksaan permainan interaktif Monopoli Solat dijalankan dengan lancar dan teratur Jangkamasa permainan interaktif Monopoli Solat ini bersesuaian dengan pelajar Kolej Matrikulasi Johor permainan interaktif Monopoli Solat ini sesuai dilaksanakan dalam kalangan pelajar secara koperatif permainan interaktif Monopoli Solat ini tidak dapat meningkatkan kemahiran hafazan berkumpulan secara koperatif permainan interaktif Monopoli Solat ini dapat memberi motivasi untuk meningkatkan kualiti bacaan dalam solat Program ini meningkatkan tahap bacaan dalam hafazan Pensyarah membantu dalam meningkatkan kecekapan IQ, EQ dan SQ Aktiviti berbantukan permainan interaktif Monopoli Solat monopoli solat sesuai dijadikan modul P&P Pendidikan Islam ATS Bilangan ( %) 1 (4) 1 (4) Skala TS S Bilangan Bilangan (%) (%) 1 8 (4) (32) 0 15 (0) (60) AS Bilangan (%) 15 (60) 9 (36) 1 (4) 20 (80) 1 (4) 1 (4) 1 (4) 1 (4) 0 (0) 3 (12) 3 (12) 1 (4) 0 (0) 0 (0) 4 (16) 1 (4) 11 (44) 15 (60) 14 (56) 14 (56) 20 (80) 1 (4) 10 (40) 8 (32) 10 (40) 10 (40) Jadual 2 menunjukkan dapatan daripada soal selidik yang telah dijalankan terhadap 25 orang responden yang menggunakan permainan interaktif Monopoli Solat semasa di dalam kelas. Kebanyakan bersetuju bahawa permainan ini dapat membantu hafazan mereka serta menarik minat mereka untuk memperbetulkan bacaan dalam solat dengan cara yang lebih menarik. 116 PERBINCANGAN Permainan interaktif Monopoli Solat sebagai alat pemudah cara dalam proses penilaian hafazan mendapati wujudnya tranformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Kolej Matrikulasi Johor dalam memenuhi keperluan Pembelajaran Abad ke 21. Menurut pengkaji kaedah simulasi dan permanian adalah gabungan antara teori dan aplikasi yang di inovasi dalam model alat bantu permainan. Kedua-dua simulasi dan permainan memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan kemahiran dan menggunakan prinsip-prinsip yang mereka telah pelajari dalam persekitaran yang memberi peluang berkolaboratif dan berkoperatif. Menurut Musa Daia (1992), kaedah bermain memerlukan ciri santai serta di dalam keadaan yang bebas dan tidak ada faktor pengganggu yang menghalang. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Permainan Interaktif Monopoli Solat telah mendapat banyak pengiktirafan daripada pelbagai peringkat dalam negara dan luar negara. Selain itu, Monopoli Solat juga telah beberapa kali diberi liputan di media masa antaranya Suratkhabar Sinar Harian 12.08.2017, Majalah PA&MA keluaran Oktober 2017, Majalah PA&MA keluaran November 2017, Live dalam program Bismillah ad-Dhuha di Astro Oasis pada 24.03.2018, Majalah Mingguan Wanita keluaran Februari 2019 dan Majalah Mingguan Wanita keluaran Julai 2019. Oleh itu, inovasi ini mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan. Rajah 4: Penghargaan Permainan Interaktif Monopoli Solat Rajah 5: Permainan Interaktif Monopoli Solat yang telah berada di pasaran. 117 RUMUSAN Penggunaan strategi penilaian yang berasaskan metakognitif bersepadu sememangnya diperlukan di dalam pembelajaran abad ke 21 kerana Malaysia tidak lagi taksub dengan trend exam oriented yang dilihat kurang bersepadu dan kurang menyeluruh (Saemah Rahman dan Fatimah Yassin (2007). RUJUKAN Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit: Makatabah Al-Manar Azhar Ahmad & Abd Halim Tamuri. 2005. Pembinaan Pengukuran, Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah Berasaskan Rujukan Kriteria. Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Pend. Islam (SKPI) 2005. 17 – 18 Disember : UIA. Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Penerbit UTM Press. Noor Azni Ibrahim,. 2005. Pengajaran Al-Quran Di Sekolah Rendah Islam Hira’, satu Analisis. Kertas kerja dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Pend. Islam (SKPI) 2005. 17 – 18 Disember : UIA. Saemah Rahman dan Siti fatimah Yassin. (2007). Melatih pelajar Belajar Cara Belajar: Bagaimana Guru Boleh Mengimplimentasikannya Dalam Bilik Darjah. Prosiding Seminar Internasional Pendidikan Serantau iii, 2 – 3 Mei 2007, Pekan Baru: Indonesia AHLI-AHLI KUMPULAN Barisan belakang dari kiri: Akmariah Mamat, Rohana Talib Barisan depan dari kiri: RohayuYusof, Syahrul Waheeda Mohd Ali, Mohd Amir Bin Zakaria 118 EARs (EASY ACCESS REPETITION SOURCE) Anie Hasliza binti Mhd Jalil Hasni binti Abdul Ghani Unit Sains Komputer Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ABSTRAK EARs (Easy Access Repetition Source) bertujuan mengatasi masalah pelajar dalam penulisan kod pseudo mengikut format yang betul bagi struktur kawalan pengulangan. Inovasi yang dihasilkan ini mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang lebih relevan, terkini, kreatif dan inovatif. Ia melibatkan penghasilan video, nota, soalan latihan dan skema jawapan bagi membantu para pelajar memahami cara penulisan kod pseudo yang betul. Bahan ini disediakan secara maujud dan aplikasi dalam talian. Ia disebar luaskan kepada semua pelajar modul II dan modul III, sistem dua semester dan sistem empat semester, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Topik ini dipilih kerana ia merupakan sub topik sukar di kalangan pelajar. Dengan adanya inovasi ini, ia dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar kerana bahan seperti video penerangan dapat diakses pada bila-bila masa di mana sahaja berulang-ulang kali. EARs juga memberikan impak yang sangat besar di dalam proses PdPc. Ini adalah kerana sesi kelas tutorial hanya berlansung 2 - 3 jam bagi setiap sub topik di bawah struktur kawalan pengulangan. Tetapi dengan adanya inovasi ini, pelajar dapat mengulang tayang sesi penerangan oleh pensyarah melalui video yang di hasilkan. Pengukuhan pula dapat dibuat melalui soalan latihan yang diberikan. Pensyarah juga tidak perlu berulang kali menerangkan setiap sub topik yang tidak difahami oleh pelajar. Kepelbagaian kaedah penerangan di dalam video dapat memberikan pelajar idea untuk menyelesaikan apa sahaja jenis soalan yang diberikan. Keberkesanan inovasi EARs dilihat dapat diperluaskan kepada sub topik yang lain antaranya struktur kawalan pemilihan dan tatasusunan. Ia sesuai kerana sub topik ini juga antara topik yang sukar. Pelajar yang mempunyai kekangan data dan capaian Internet, terdapat cadangan penambahbaikan iaitu, unit perlu menyediakan satu kubikel komputer. Komputer tersebut akan menyimpan semua bahan EARs bagi memudahkan pelajar mengakses bahan tersebut. Maka semua pelajar akan mendapat manfaat dari inovasi EARs ini. OBJEKTIF 1. Untuk membolehkan pelajar menulis kod pseudo bagi struktur kawalan pengulangan mengikut format yang betul. 2. Untuk memudahkan pelajar membuat rujukan dengan lebih mudah dan pantas. 3. Untuk membolehkan pelajar belajar dengan sendiri (pembelajaran kendiri). KUMPULAN SASARAN Pelajar modul II dan modul III sistem dua semester dan sistem empat semester, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. LATAR BELAKANG Pendidikan bagi abad ke-21 menjadi kompleks apabila kaedah pengajaran ‘chalk and talk’ sudah tidak lagi relevan. Pelajar kini lebih minat menggunakan gajet sebagai salah satu media pembelajaran. Justeru itu, pensyarah perlu memberanikan diri untuk berubah daripada kaedah pemikiran konvensional dan perlu lebih kreatif untuk mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang lebih relevan, terkini dan inovatif. Bahan pembelajaran yang dihasilkan ini adalah terdiri daripada beberapa koleksi video yang dapat membantu para pelajar memahami sub topik struktur kawalan pengulangan bagi subjek pengaturcaraan. Selain daripada koleksi video, disertakan juga nota, soalan-soalan latihan dan skema jawapan berdasarkan topik struktur kawalan pengulangan. Merujuk kepada buku “Pengenalan Kepada 119 Multimedia”, karangan Jamaluddin Harun, video adalah elemen multimedia yang paling berkesan penggunaannya jika dibandingkan dengan elemen multimedia yang lain. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Mengikut soal selidik yang diberikan iaitu seramai 51 responden, struktur kawalan pengulangan merupakan sub topik yang sukar di kalangan pelajar. Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan pelajar sukar untuk menguasai sub topik ini adalah kerana pelajar tidak fokus sewaktu kuliah atau tutorial, mengantuk, tertidur secara tidak sengaja, tidak dapat hadir kerana cuti sakit, pergi ke klinik dan sebagainya. Di sebabkan faktor-faktor ini, didapati pelajar menghadapi kesukaran untuk menulis kod pseudo bagi struktur kawalan pengulangan berdasarkan pernyataan masalah yang diberikan mengikut format yang betul. Sebanyak 52.9% orang pelajar menyatakan bahawa mereka akan merujuk kepada pensyarah masing-masing apabila menghadapi masalah berkenaan sub topik ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang wujud untuk berinteraksi dengan pensyarah disebabkan jadual pertembungan pensyarah dan pelajar yang padat, pensyarah bertugas di luar kawasan, menghadiri mesyuarat, berkursus dan menghadiri bengkel. Manakala sebanyak 47.1% orang pelajar menyatakan mereka akan membuat ulangkaji secara kendiri, berkumpulan dan bertanya sesama rakan setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, mereka sering terlupa dan tidak dapat mengingati teknik asas yang telah dipelajari sewaktu di dalam kelas dan perkara ini berlarutan dan masalah ini tidak dapat diselesaikan. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● Kertas A4, plastik laminate ● Aplikasi: Bandicam (untuk merakam pergerakan skrin), QR Code Generator (pengimbas kod QR), Wakelet (tapak untuk menyimpan video dan nota), pdf Viewer, WhatsApp, Telegram, YouTube, Facebook dan Google Classroom. Kod QR untuk video Kod QR untuk soalan latihan Kod QR untuk jawapan - Kod QR ini hanya tersedia untuk helaian pensyarah Rajah 1: Contoh paparan nota A4 yang dihasilkan Rajah 2: Contoh paparan video yang dihasilkan 120 Rajah 3: Contoh paparan soalan latihan yang dihasilkan Cara Inovasi Digunakan Kaedah 1 (Semasa kelas tutorial) 1. Pelajar mengimbas kod QR untuk video atau kod QR untuk soalan latihan yang terdapat dalam helaian nota A4 yang diberikan oleh guru atau ditampal di papan kenyataan Unit Sains Komputer dan Makmal Komputer. 2. Pelajar melihat video menerusi aplikasi YouTube manakala latihan menerusi pdf Viewer. Kaedah 2 (Semasa kelas tutorial) 1. Pelajar mengakses ke Google Classroom. 2. Pelajar mengklik pautan video, nota atau soalan latihan. 3. Pelajar melihat video menerusi aplikasi YouTube manakala nota dan soalan menerusi pdf Viewer. Kaedah 3 (Diluar waktu PdPc) 4. Pelajar mengklik pada pautan video dan nota yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp atau Telegram. 5. Pelajar memilih video atau nota melalui aplikasi Wakelet. 6. Pelajar melihat video menerusi aplikasi YouTube manakala nota menerusi pdf Viewer. Apabila kod QR diimbas, paparan video boleh dilihat melalui YouTube Rajah 4: Contoh nota yang mengandungi kod QR Apabila kod QR diimbas, paparan soalan latihan boleh dilihat melalui pdf Viewer 121 Rajah 5: Contoh pautan yang diberi melalui aplikasi WhatsApp Pelajar memilih video atau nota melalui aplikasi Wakelet Pelajar melihat video menerusi aplikasi YouTube Rajah 6: Pelajar mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM8 Helaian nota A4 diberikan kepada setiap pensyarah Sains Komputer dan ditampal di papan kenyataan Unit Sains Komputer dan Makmal Komputer. Helaian ini hanya perlu dicetak menggunakan pencetak. Aplikasi Bandicam, QR Code Generator, Wakelet, pdf Viewer, WhatsApp, Telegram, YouTube dan Facebook boleh digunakan secara percuma manakala Google Classroom menggunakan ID yang diberikan oleh pihak kolej. Pelajar hanya memerlukan telefon pintar dan capaian internet. KEBERKESANAN Seramai 18 orang pelajar dipilih sebagai sampel untuk projek inovasi ini. Ujian pra dan ujian pos diberikan untuk menguji tahap kemahiran pelajar untuk menulis kod pseudo bagi struktur kawalan pengulangan mengikut format yang betul. Selepas data dianalisis, rajah berikut menunjukkan keputusan pelajar dalam menulis kod pseudo bagi struktur kawalan pengulangan. 122 MARKAH (100%) Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pos 100 80 60 40 20 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 UJIAN PRA 45 55 40 55 50 40 50 60 40 45 50 35 40 45 45 55 60 90 UJIAN POS 95 100 100 95 100 100 100 100 90 95 90 80 90 95 90 90 100 100 PELAJAR UJIAN PRA UJIAN POS Rajah 7: Perbandingan skor ujian oleh setiap peserta dalam ujian pra dan ujian pos Secara keseluruhannya, tahap kemahiran pelajar untuk menulis kod pseudo meningkat selepas menggunakan EARs. Ini menunjukkan penggunaan EARs boleh diteruskan di dalam sesi PdPc akan datang kerana ia sangat membantu pelajar di dalam proses pembelajaran mereka. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Video inovasi ini telah diperluaskan kepada semua pensyarah di kolej matrikulasi seluruh Malaysia. Pautan video dan nota yang disimpan di dalam Wakelet disebar luaskan melalui aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook. Pensyarah-pensyarah ini kemudian membuat perkongsian pautan tersebut kepada para pelajar mereka sama ada bagi program Sistem Dua Semester (SDS) atau Sistem Empat Semester (S4S) di kolej berkenaan. RUMUSAN Teknik pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan BBM, aktiviti kumpulan, video, motivasi dan interaksi dapat meransang pelajar untuk belajar. Pensyarah yang kreatif dan inovatif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran dalam profesion mereka. Pensyarah juga harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan strategi PdPc. Selain itu, pensyarah juga harus tahu untuk memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan pelajar mereka. RUJUKAN 1. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan Kepada Multimedia. Video, 188. 2. Norhayati Abdul Mukti. (1999). Perisian Pengarangan. Definisi Video, 108. AHLI-AHLI KUMPULAN 123 EROXcel CALCULATOR Hairon Azman bin Adanan Rabiatul Adawiah binti Ayop Musiade bin Mohd Sharif Jamiatun Nadwa binti Ismail Jabatan Matematik Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ABSTRAK Kalkulator “EROXcel” merupakan pembangunan aplikasi pembelajaran berbantukan komputer dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Aplikasi kalkulator “EROXcel” ini dibina untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan matriks iaitu mencari matriks songsang bagi matriks dengan dimensi 3×3 melalui operasi baris permulaan (OBP) atau “Elementary Row Operations” (ERO) dan menyelesaikan persamaan linear dengan menggunakan kaedah matriks iaitu "Gauss-Jordan Elimination Method". Aplikasi ini digunakan oleh pensyarah dan pelajar program matrikulasi semasa semester I sebagai bahan bantu pembelajaran dan pemudahcaraan Topik 5 iaitu“Matrices and System of Linear Equations”. Dapatan analisis data melalui kaedah tinjauan dan temubual mendapati, kalkulator “EROXcel” ini dapat membantu pensyarah menjimatkan masa menyemak jawapan pelajar serta menjimatkan masa menyediakan skema jawapan kuiz atau tugasan. Manakala bagi pelajar, kalkulator “EROXcel” dapat meningkatkan keyakinan pelajar menjawab soalan berkaitan operasi baris permulaan (ERO), meningkatkan aktiviti pembelajaran kendiri pelajar dan menjimatkan masa pelajar dengan menyemak jalan kerja sendiri. OBJEKTIF 1. Untuk menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) melalui kaedah penyelesaian ERO yang ringkas, sistematik dan tepat. 2. Untuk meningkatkan penjimatan masa pensyarah menyemak jalan kerja pelajar. 3. Untuk menyediakan alat pembelajaran kendiri pelajar dalam menyelesaikan ERO. 4. Untuk membolehkan pelajar menyemak jalan kerja sendiri dalam ERO. KUMPULAN SASARAN Pensyarah dan pelajar Program Matrikulasi LATAR BELAKANG Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menekankan amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dalam sistem pendidikan negara sebagai langkah menuju sistem pendidikan bertaraf dunia. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan dalam PAK-21, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika (Mantihal & Maat, 2020). Merujuk elemen-elemen yang merupakan asas PAK-21 tersebut, elemen kreativiti merupakan salah satu elemen yang penting kerana ia merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, melibatkan penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan berkualiti. Melalui penggunaan komputer sebagai salah satu alat pembelajaran abad ke-21, pelbagai perkara dapat diselesaikan dengan mudah. Komputer juga boleh menjadi BBM yang menarik ditambah pula dengan sikap guru yang berminat menggunakan komputer dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (Idris & Chan, 2002). Menurut Mantihal dan Maat (2020), pembelajaran abad ke-21 boleh meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik serta membantu meningkatkan kefahaman murid dalam mempelajari topik yang lebih kompleks. 124 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pengalaman guru, pelajar di peringkat matrikulasi mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan “Elementary Row Operations (ERO)”. ERO dipelajari dalam subjek matematik di peringkat matrikulasi iaitu dalam topik “Matrices and System of Linear Equations”. ERO merupakan satu teknik mencari matriks songsang melalui proses menerbitkan operasi baris. Proses menerbitkan operasi baris dilakukan dengan objektif menjadikan matriks asal yang hendak diselesaikan kepada matriks identiti. Proses menerbitkan operasi baris memerlukan keupayaan penyelesaian masalah aras tinggi. Pelajar juga memerlukan pemikiran sistematik untuk menyelesaikan ERO kerana terdapat sembilan unsur/elemen bagi matriks dimensi 3×3 yang perlu ditukar menjadi nombor 1 dan 0 (matriks identiti). Melalui kaedah tinjauan dan temubual, pelajar menyatakan ERO sangat susah diselesaikan kerana jalan kerja yang panjang, sukar menerbitkan formula operasi baris, serta kesilapan dalam melakukan pengiraan terutama yang melibatkan pecahan. Masalah ini juga memberi kesan kepada keseluruhan soalan kerana terdapat perkaitan antara matriks songsang dan penyelesaian persamaan matriks. Penyelesaian sistem persamaan linear menggunakan matriks dengan pendekatan "Gauss-Jordan Elimination Method" juga menggunakan konsep yang sama. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● Perisian Microsoft Excel ● Aplikasi: QR Code Generator Rajah 1: Paparan EROXcel Calculator yang telah dihasilkan Rajah 2: Kod-QR yang menjadi akses ke EROXcel Calculator secara atas talian 125 Cara Inovasi Digunakan 1. Pelajar mengimbas Kod QR untuk memuat turun fail EROXCel Calculator atau melalui pautan http://tiny.cc/0sgimz 2. Pelajar memasukkan nilai setiap unsur/elemen daripada matriks yang hendak diselesaikan ke paparan EROXcel Calculator 3. EROXcel Calculator secara automatik akan memaparkan formula operasi, langkah penyelesaian lengkap dan jawapan akhir yang dikehendaki. EROXcel Calculator juga berpotensi dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) mudah bawa seperti kalkulator saintifik yang lain. “Replicabality” kepada penghasilan kalkulator saintifik dengan menggunakan MIT App Inventor boleh dilakukan pada masa akan datang. Sebagai langkah memelihara harta hak cipta, EROXcel Calculator sudah didaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM 0.00 EROXcel Calculator ini menggunakan perisian Microsoft Excel yang terdapat dalam perisian asas komputer. Aplikasi pengimbas kod QR boleh didapati secara percuma, yang diperlukan hanyalah komputer atau telefon pintar dan capaian internet. KEBERKESANAN EROXcel Calculator memberi impak yang baik dalam PdPc topik “ Matrices and System of Linear Equations” apabila digunakan sebagai BBM kerana pelajar lebih mudah faham serta boleh melakukan eksplorasi kendiri terhadap paparan yang ditunjukkan oleh EROXcel Calculator . Ciri-ciri paparan yang menarik, mesra pengguna serta mudah capai memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari ERO seterusnya memberi impak positif dalam pencapaian pelajar. Objektif inovasi juga tercapai iaitu pertama, menyediakan BBM kaedah penyelesaian ERO yang ringkas, sistematik dan tepat. Dalam operasi baris yang diterbitkan oleh EROXcel Calculator, unsur/elemen matriks yang terlibat tidak melibatkan nombor pecahan dalam pengiraan. Berdasarkan pengalaman guru dan kajian lepas, pelajar cenderung melakukan kesilapan apabila melakukan operasi algebra yang melibatkan nombor pecahan (Malihatuddarojah & Prahmana, 2019). Objektif kedua iaitu untuk meningkatkan penjimatan masa pensyarah menyemak jalan kerja pelajar juga tercapai berdasarkan perbandingan masa yang dilakukan melalui penyemakan manual dan penyemakan menggunakan EROXcel Calculator yang berbeza sebanyak 5-10 minit. Secara automatik, objektif ketiga iaitu untuk menyediakan alat pembelajaran kendiri pelajar dalam menyelesaikan ERO juga tercapai. Objektif keempat iaitu pelajar dapat menyemak jalan kerja sendiri juga tercapai dengan membandingkan jalan kerja yang dipaparkan dalam EROXcel Calculator. POTENSI UNTUK DISEBAR LUASKAN KEPADA PIHAK LAIN EROXcel Calculator boleh disebar luas kepada semua pensyarah dan pelajar kolej matrikulasi seluruh Malaysia kerana semua pelajar jurusan sains program matrikulasi mengambil subjek matematik dan mempelajari ERO. Selain itu, ia juga boleh disebar luaskan kepada pensyarah dan pelajar di peringkat universiti bagi subjek algebra. RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kepada pensyarah sebagai BBM yang dapat menyediakan kaedah mudah kepada pelajar, juga dapat membantu pelajar menyelesaikan soalan berkaitan ERO dengan menjana formula operasi secara pantas, sistematik dan tepat. Ia juga membantu pensyarah dalam melaksanakan tugas menyemak tugasan pelajar serta menyediakan skema jawapan ERO. 126 Pembelajaran kendiri juga dapat dilaksanakan kerana penggunaan EROXcel Calculator meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam topik matriks kerana paparan yang menarik, pautan yang mudah di akses serta penyelesaian yang tepat. RUJUKAN Abdul Razak Bin Idris, & Daniel Chan. (2002). Penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran mata pelajaran matematik di daerah kota star, kedah. Fakulti Pendidikan, (Universiiti Teknologi Malaysia), 6. Malihatuddarojah, D., & Prahmana, R. C. I. (2019). ANALISIS KESALAHAN SISWA DALAM MENYELESAIKAN PERMASALAHAN OPERASI BENTUK ALJABAR. Jurnal Pendidikan Matematika. https://doi.org/10.22342/jpm.13.1.6668.1-8 Mantihal, S., & Maat, S. M. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21) Terhadap Minat Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Satu Tijauan Sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan; Vol 2 No 1 (2020): Mar 2020, 2(1), 82–91. Retrieved from http://103.8.145.246/index.php/jdpd/article/view/8329 AHLI-AHLI KUMPULAN 127 CHEMStation 2.0 PDP BERBANTUKAN TMK Hezelin Elayana binti Shaian1 Mohd Faisal bin Ab Salam2 Hazerina binti Shaian3 1 Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pahang 2 SMK Seri Panching, Kuantan, Pahang 3 SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang, Johor ABSTRAK CHEMStation 2.0 merupakan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dijalankan bagi mempelbagaikan kaedah PdP dan pentaksiran pendidik, meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas serta meningkatkan prestasi pelajar dalam topik Kimia Organik. Inovasi telah diperkenalkan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pahang Program Satu Tahun. Dapatan temu bual dan tinjauan awal juga mengesahkan pelajar menghadapi kesukaran menguasai topik Kimia Organik. Selain itu, aktiviti yang aktif di dalam kelas juga diperlukan bagi meningkatkan kefahaman dan merangsang minat pelajar. Maka, pembelajaran berasaskan permainan(PBP) menggunakan kaedah stesen iaitu CHEMStation 2.0 telah diperkenalkan. Sebanyak 4 soalan berbentuk penyelesaian masalah topik Kimia Organik yang dibina oleh pelajar secara berkumpulan meliputi 3 aras kesukaran item soalan iaitu mudah, sederhana dan sukar serta dinilai oleh pensyarah sebelum digunakan dalam aktiviti inovasi. Teknik bermain diaplikasikan di setiap stesen bagi menyelesaikan setiap soalan secara berkumpulan. Tempoh masa PBP secara berkumpulan adalah selama tempoh 60 minit. Skala Likert 5 digunakan ketika membuat pentaksiran pentaksiran rakan sebaya manakala pemarkahan 1-20 bagi pentaksiran kendiri. Hasil dapatan inovasi PdP ini memberikan impak yang positif terhadap pelaksanaan CHEMStation 2.0 ini. OBJEKTIF 1. Untuk mempelbagaikan kaedah PdP dan pentaksiran para pendidik. 2. Untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. 3. Untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam topik Kimia Organik. KUMPULAN SASARAN Inovasi telah diperkenalkan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pahang Program Sistem Dua Semester (SDS). LATAR BELAKANG Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) bermula pada tahun 2014. PAK-21 dinyatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Elemen-elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika (4K dan 1N). Pendedahan kepada TPACK iaitu hubungan pengetahuan teknologi (Technological Knowledge), pengetahuan pedagogi (Pedagogy Knowledge), dan pengetahuan isi kandungan (Content Knowledge) di satukan dalam pembelajaran efektif dan berhasil serta diperkenalkan bersama-sama kaedah M-Pembelajaran yang merujuk kepada belajar menerusi peralatan mudah alih seperti Palms, PDA dan juga telefon pintar. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Subjek Kimia Organik merupakan mata pelajaran wajib matrikulasi , bagi pelajar aliran Sains sama ada dalam Program Sistem Dua Semester (SDS) dan Program Sistem Empat Semester (SEM). Tajuk Kimia Organik merangkumi 10 tajuk bermula daripada Bab 11 Introduction to Organic Chemistry hingga Bab 20 Polymers. Refleksi PdP yang lalu memperlihatkan wujudnya faktor diri pensyarah, pelajar dan persekitaran yang menyumbang kepada penghasilan negatif tingkah laku dan minat dalam kalangan 128 pelajar apabila mempelajari topik ini. Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar, pensyarah telah melakukan beberapa tindakan serta tinjauan masalah terhadap pelajar menggunakan kaedah pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif seperti menganalisis markah ujian pemahaman, menganalisa jawapan tutorial pelajar, merekodkan pemerhatian sewaktu sesi PdP serta merekodkan temu bual pelajar. Analisa tinjauan masalah ini memperkukuh dapatan berkaitan isu pembelajaran topik Kimia Organik. Pedagogi abad ke-21 untuk generasi digital hari ini telah dirangka dan diperkenalkan seterusnya diguna pakai dalam banyak kajian di seluruh dunia. Lapan komponen utama meliputi pembelajaran kolaboratif, mengupayakan teknologi, pengembangan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai sumber maklumat, menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran abad ke-21 dalam P&P Sains berdasarkan pernyataan Qian dan Clark (2016). Oleh itu, inovasi PdP berasaskan permainan dan berbantukan TMK iaitu CHEMStation 2.0 dilaksanakan. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Material , alatan ICT dan aplikasi yang digunakan dalam penghasilan inovasi CHEMStation 2.0 ● Kertas A4 putih dan berwarna ( bagi mencetak QR Code yang dihasilkan dan label stesen ) ● Komputer dan telefon pintar dengan data internet ( bagi aktiviti sebelum, semasa dan selepas inovasi ) ● Aplikasi Whatsapp dan Aplikasi Xodo ( Medium komunikasi antara pelajar dan pensyarah sebelum, semasa dan selepas aktiviti inovasi serta pengumpulan data ) ● Aplikasi web QR Monkey ( bagi penjanaan kod QR soalan yang dibina oleh pelajar ) dan Aplikasi QR and Barcode Scanner ( pengimbas kod QR ) Cara Inovasi Digunakan Aktiviti 1 : Penyediaan material bagi aktiviti inovasi menggunakan beberapa aplikasi/apps. Aktiviti ini dilaksanakan dalam tempoh seminggu oleh pelajar. 1. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan di wakili oleh 4 orang pelajar atau pemain. Pelajar diminta menamakan kumpulan masing-masing mengikut kreativiti. 2. Pensyarah memberi arahan ringkas kepada pelajar untuk menyediakan soalan beserta skema jawapan bagi menyoal rakan sekelas dalam pembelajaran kimia organik berasaskan permainan. Penyediaan soalan untuk dijawab dalam kaedah permainan adalah pada tahap mudah, sederhana dan sukar dan mempunyai 10 markah. Soalan perlulah dihantar kepada pensyarah melalui Aplikasi Whatsapp. 3. Pensyarah menilai soalan beserta skema jawapan yang dihantar oleh pelajar menggunakan Aplikasi Xodo. Tugasan tersebut dihantar semula setelah dinilai kepada pelajar jika terdapat sebarang pembetulan. 4. Setiap wakil kumpulan mestilah mempunyai akaun Google bagi memuatnaik soalan ke dalam google drive seterusnya menjana kod QR soalan menggunakan Aplikasi Web QRCode Monkey. Rajah 1 : Aplikasi Whatsapp Rajah 2 : Aplikasi Xodo 129 Rajah 3 : Aplikasi web Monkey QRCode Rajah 4 : Pembetulan soalan yang dibina oleh pelajar menggunakan Aplikasi Xodo. Rajah 5 : Aktiviti inovasi CHEMStation bersama pelajar 2.0 Aktiviti 2: Pelaksanaan aktiviti CHEMStation 2.0 Aktiviti 2 ini dilaksanakan dalam tempoh 1 jam. Sebanyak 4 soalan akan dijawab oleh keempat-empat kumpulan tersebut. 1. Penjaga bagi stesen pertama sehingga stesen keempat merupakan salah seorang ahli daripada Kumpulan 1-4 akan memberikan kod QR bagi soalan yang telah disediakan. Wakil kumpulan perlu mengimbas kod QR menggunakan aplikasi QR and Barcode Scanner bagi mengakses soalan di stesen tersebut. 2. Setiap kumpulan mestilah menyelesaikan soalan tugasan yang diberikan mengikut masa yang diperuntukan iaitu tidak melebihi 15 minit. Aplikasi Online Bomb Timer menerusi kod QR digunakan. Penjaga stesen akan merekod markah bagi setiap kumpulan yang menyelesaikan soalan tugasan di stesen tersebut. 3. Setelah soalan tugasan selesai, ahli kumpulan tersebut boleh meneruskan permainan ke stesen berikutnya. STATION 1 Scan the QR Code using QR Barcode and Scanner apps for QUESTION STATION 1 H3O+ ALKANES H2,Pt ALKENES ROAD MAPS X2,uv KOH, alcohol, D HALOALKANES NaOH (aq) ALCOHOLS HX, PX3, PX5 dry Mg, dry ether 3O ALCOHOLS GRIGNARD REAGENT i) Aldehyde (³ C2) ii) H3O+ 1O ALCOHOLS i) CO2 ii) H3O+ CARBOXYLIC ACIDS 2O ALCOHOLS i) LiAlH4 ii) H3O+ KMnO4/H+, D i) LiAlH4 ii) H3O+ KMnO4/H+, D PCC, CH2Cl2 KETONES ALDEHYDE CREDIT: TFZ Scan second QR Code behind this paper for HINT. * 1 mark will be deduct from the total marks ( if HINT is used ) Rajah 6 : Muka depan kertas A4 berwarna mengandungi soalan di Stesen 1. 130 Rajah 7 : Bahagian belakang kertas A4 berwarna mengandungi Road Maps sebagai HINT kepada soalan. Rajah 8 : Kod QR soalan di Stesen 2. Rajah 9 : Kod QR soalan di Stesen 3. Rajah 11 : Pengimbas kod QR menggunakan telefon pintar. Rajah 10 : Kod QR soalan di Stesen 4. Rajah 12 : Aplikasi Online Bomb Timer Aktiviti 3: Pelajar melaksanakan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya Rubrik Pentaksiran Kendiri ( Kemahiran Membina Soalan ) Rubrik adalah instrumen pentaksiran yang digunakan sebagai rangka kerja untuk mentaksir hasil kerja pelajar. Instrumen ini dapat digunakan dengan konsisten dan boleh dipercayai bagi meningkatkan kemajuan diri pelajar. Penggunaan instrumen rubrik ini adalah bertujuan mengukur objektif kajian iaitu mengalakkan pelajar membuat pentaksiran kendiri terhadap pembinaan item soalan dan skema jawapan serta penggunaan aplikasi TMK dalam permainan stesen. Skala Kadar Pentaksiran Rakan Sebaya Skala kadar merupakan skala yang menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku, kemahiran atau amalan pelajar. Penggunaan instrumen skala kadar ini adalah bertujuan mengukur objektif kajian iaitu mengalakkan pelajar membuat pentaksiran rakan sebaya terhadap pembinaan soalan dan skema rakan sekelas serta penggunaan aplikasi TMK dalam permainan stesen. Berdasarkan penggunaan skala kadar ini, pensyarah dapat mentaksir kemajuan pelajar secara berterusan dan memberikan maklumat tambahan terhadap keberhasilan pelajar. Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM5.70 ( kertas A4 berwarna ) Inovasi ini dihasilkan dengan kos yang paling minimum kerana menggunakan kertas A4 berwarna. Semua aplikasi yang dimuat turun dalam aktiviti inovasi ini didapati secara percuma manakala yang diperlukan hanyalah telefon pintar, komputer dan capaian internet. KEBERKESANAN Seramai enam belas orang pelajar Program SDS dari Kolej Matrikulasi Pahang terlibat dalam aktiviti inovasi ini. Ujian pra dan ujian pasca berkaitan topik Kimia Organik yang memperuntukkan sebanyak 20 markah telah ditadbir untuk melihat peningkatan prestasi pelajar dalam topik Kimia Organik melalui aktiviti inovasi PdP CHEMStation 2.0 berbantukan TMK. 131 Rajah 13: Perbandingan skor ujian oleh setiap pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca Rajah 13 membandingkan skor ujian sebelum dan selepas aktiviti inovasi CHEMStation 2.0 sewaktu sesi PdP. Analisis mendapati prestasi pelajar dalam topik Kimia Organik menunjukkan perubahan positif atau berlaku peningkatan skor selepas aktiviti inovasi CHEMStation 2.0. Jadual 1. Analisis rubrik yang digunakan bagi pentaksiran kendiri Indikator Prestasi dan Pemarkahan Elemen yang diuji Merancang item soalan mengikut aras mudah, sederhana dan sukar Membina soalan Kimia Organik meliputi silibus Menyedia skema jawapan bagi soalan yang dibina Melengkapkan tugasan/aktiviti menggunakan aplikasi TMK Sangat Lemah (1-4) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) Lemah (5-8) 1 (6.25%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) Sederhana (9-12) 3 (18.75%) 1 (6.25%) 2 (12.50%) 0 (0%) Baik Cemerlang (13-16) 9 (56.25%) (17-20) 4 (25.0%) 12 (75.0%) 10 (62.5%) 13 (81.25%) 3 (18.75%) 4 (25.0%) 3 (18.75%) Berdasarkan analisis rubrik dalam Jadual 1, keempat-empat elemen yang diuji bagi pentaksiran kendiri terhadap empat elemen, pelajar mentaksir diri sendiri sebagai baik dan cemerlang dimana purata pelajar memberikan markah 13-20 markah kepada diri sendiri mengikut 4 elemen tersebut. Sebanyak 81.25% pelajar yakin dapat melengkapkan tugasan yang diberikan di setiap stesen menggunakan aplikasi TMK. Berdasarkan Jadual 2 analisis skala kadar ini, secara keseluruhannya masih terdapat pelajar yang dinilai lemah dalam merancang item soalan mengikut aras mudah, sederhana dan sukar, dan elemen menyediakan skema jawapan bagi soalan yang dibina. Skala 4 dan Skala 5 banyak dipilih oleh pelajar ketika menilai soalan yang dibina serta skema yang disediakan oleh rakan sebaya menunjukkan pelajar yakin dan berpuas hati terhadap rakan-rakan mereka. Sebanyak 12 orang pelajar (75.0%) dinilai mampu melengkapkan tugasan/aktiviti menggunakan aplikasi TMK dengan sangat baik. Ini merupakan satu indikator positif di mana pembelajaran berasaskan permainan CHEMStation 2.0 dilihat mampu meningkatkan pembelajaran secara aktif pelajar di samping meningkatkan motivasi untuk menyelesaikan tugasan dengan baik. 132 Jadual 2. Analisis Skala kadar yang digunakan bagi pentaksiran rakan sebaya Skala Elemen yang diuji Merancang item soalan mengikut aras mudah, sederhana dan sukar berasaskan isi kandungan Kimia Organik Membina soalan Kimia Organik secara berstruktur / meliputi silibus Menyedia skema jawapan bagi soalan yang dibina Melengkapkan tugasan/aktiviti menggunakan aplikasi TMK 1 3 (18.75%) 2 3 (18.75%) 3 2 (12.5%) 4 6 (37.5%) 5 2 (12.5%) 0 (0%) 1 (6.25%) 0 (0%) 0 (0%) 1 (6.25%) 0 (0%) 3 (18.75%) 2 (12.5%) 0 (0%) 10 (62.5%) 8 (50.0%) 4 (25.0%) 3 (18.75%) 4 (25.0%) 12 (75.0%) POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Inovasi serta kreativiti yang dilaksanakan telah diaplikasikan dengan baik pada sesi PdP topik Kimia Organik ini dan boleh diperluaskan penggunaannya dalam tajuk Kimia Fizikal. Inovasi ini juga boleh dilaksanakan pada subjek mata pelajaran yang lain sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah pra universiti atau di universiti. Bahan dan aktiviti yang digunapakai sewaktu inovasi ini berlangsung adalah sangat praktikal dan bersifat interaktif. Material dan alatan digital berbantukan TMK yang digunakan menjimatkan dan bersifat Go Green Concept dimana penggunaan kertas dalam kalangan pelajar dan pensyarah adalah sangat minimum. Penggunaan pelbagai aplikasi atas talian serta aktiviti pembelajaran berasaskan permainan iaitu CHEMStation 2.0 ini berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran para pendidik, meningkatkan penglibatan murid atau pelajar secara aktif dalam kelas dan menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. Selain itu, inovasi ini turut boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memperkenalkan pembelajaran berasaskan permainan kaedah stesen bagi ilmu pengetahuan am dan informasi santai bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di rumah seterusnya memotivasikan anak-anak untuk pembelajaran secara kolaboratif. RUMUSAN Kesimpulannya, integrasi telefon pintar dan penggunaan alat teknologi digital berinternet menepati keperluan Revolusi Perindustrian 4.0 yang bercirikan pelbagai teknologi baru menggabungkan dunia fizikal, digital dan subjek kimia. Inovasi ini dilihat mencapai objektifnya dimana telah mempelbagaikan kaedah PdP dan pentaksiran pendidik, meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas serta meningkatkan prestasi pelajar dalam topik Kimia Organik khususnya. RUJUKAN Qian, M., & Clark, K. R. (2016). Game-based Learning and 21st century skills: A review of recent research. Computers in Human Behavior, 63, 50-58. AHLI-AHLI KUMPULAN 133 IsoBoARD 3.0 Rozianim binti Ahmad Norhazilah binti Mohamad Mohamad Zairul bin Md Razali Norzalina binti Maarof Aryati binti Busero Unit Kimia Kolej Matrikulasi Melaka ABSTRAK IsoBoARD 3.0 adalah satu pendekatan pedagogi bercirikan kemahiran Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) yang meransang kemahiran belajar abad ke-21 (PAK21). Pembelajaran ini direka bentuk demi mengukuhkan kemahiran 4C pelajar serta pendekatan jangka masa panjang yang meraih kebolehan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menjana idea serta berupaya membuat hubung kait konsep-konsep Kimia. Pendekatan konsep ‘blended learning’ ialah pendekatan pembelajaran campuran yang menggunakan model pembelajaran konvensional dengan belajar atas talian. Inovasi ini bertujuan untuk memastikan 80% pelajar mahir melukis struktur molekul mengikut jenis isomer struktur tertentu disamping dapat mengenalpasti bilangan isomer struktur yang wujud bagi mewakili formula molekul yang sama serta dapat membezakan struktur molekul yang dilukis mengikut jenis isomer struktur. Inovasi ini turut memastikan 100% pelajar tiada kecuaian dalam melukis struktur isomer. Masalah utama kajian ini adalah pelajar tidak dapat mengenalpasti struktur molekul yang sama dalam tiga jenis isomer struktur disamping tidak dapat mengenal pasti jumlah sebenar struktur isomer yang dibentuk melalui formula molekul. IsoBoARD 3.0 memberi fokus kepada cara melukis struktur isomer dengan menggunakan formula struktur rangka. Inovasi ini disasarkan kepada 36 orang responden dan penilaian dijalankan berdasarkan ujian pra dan ujian pasca. Didapati 100% pelajar tiada kecuaian dalam melukis struktur isomer dan terdapat peningkatan prestasi pelajar dalam markah ujian pasca berbanding ujian pra. Pendedahan pelajar kepada IsoBoARD 3.0 turut menunjukkan hasil ujian yang menggalakkan serta dapat menyelesaikan masalah dalam mengenalpasti jenis- jenis isomer struktur. OBJEKTIF Secara umumnya, inovasi ini dijalankan bertujuan untuk menyediakan satu rancangan pengajaran alternatif yang dapat digunakan oleh pensyarah semasa mengajar sub topik Isomer Struktur. Di samping itu, inovasi ini juga dapat mewujudkan ruang perkongsian ilmiah dalam kalangan pensyarah dan pelajar berkaitan masalah semasa mengajar sub topik Isomer Struktur dan mencari amalan pedagogi yang terbaik sejajar dengan konsep PAK 21 dan IR4.0. Pada akhir pelaksanaan inovasi IsoBoARD 3.0 diharapkan:1. 80% pelajar mahir melukis struktur molekul mengikut jenis isomer struktur tertentu. 2. 80% pelajar dapat mengenal pasti bilangan isomer struktur yang wujud mewakili formula molekul yang sama. 3. 80% pelajar dapat membezakan struktur molekul yang dilukis mengikut jenis isomer struktur. 4. 100% pelajar tiada kecuaian ketika melukis struktur isomer. KUMPULAN SASARAN Kumpulan pelajar terlibat adalah 16 orang dari kelas J11T7 dan 20 orang dari kelas J31T2 Sistem Empat Semester (SES) Kolej Matrikulasi Melaka. LATAR BELAKANG IsoBoARD 3.0 diperkenalkan sebagai bahan pengajaran dan pedagogi alternatif dalam membantu pelajar memahami konsep Kimia yang abstrak. Pengkaji memperkenalkan pembelajaran menggunakan inovasi PdPc daripada menggunakan anak mancis kepada penghasilan model pembinaan struktur isomer 134 IsoBoARD3.0. IsoBoARD3.0 diterjemahkan kepada bahan konkrit bagi memudahkan pelajar memahami konsep Isomer Struktur dalam Kimia Organik seiring dengan pembudayaan potensi pelajar ke arah IR4.0 dan PAK21. IsoBoARD 3.0 bertujuan mengukuhkan kemahiran 4C pelajar, iaitu Critical Thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration dan Creativity serta memberi kesan pendekatan jangka masa panjang bagi mengukuhkan kebolehan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menjana idea supaya pelajar berupaya membuat hubung kait konsep-konsep Kimia Organik dengan mudah. Inovasi ini meliputi penggunaan video animasi panduan penggunaan IsoBoARD 3.0 melalui media atas talian You Tube. Inovasi IsoBoARD 3.0 turut mengetengahkan konsep penggunaan QR Code sebagai medium penghubung diantara pengguna IsoBoARD 3.0 dengan soalan dan latihan sepanjang menggunakan IsoBoARD 3.0 dalam memahami konsep Isomer Struktur. Oleh itu, pendekatan konsep blended learning digunakan sebagai pendekatan pembelajaran campuran yang menggunakan model pembelajaran konvensional dengan belajar atas talian. Pembelajaran ini dapat membantu pelajar memahami konsep Isomer Struktur dengan mudah dan cepat melalui perkongsian video user guide pembelajaran atas talian selari dengan soalan latihan yang dibekalkan bersama-sama IsoBoARD 3.0. IsoBoARD 3.0 turut mengambil kira gaya pembelajaran VAK yang melibatkan Visual, Auditorial dan Kinestatik supaya dapat meransang pembelajaran pelajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan. Menurut Raja Abdullah Raja Ismail dan Daud Ismail (2018) seorang guru perlu didedahkan dengan pelaksanaan PdPc PAK21 khususnya yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Oleh itu inovasi IsoBoARD 3.0 adalah bersesuaian dan selari dengan konsep blended learning bagi pensyarah dan pelajar. IsoBoARD 3.0 adalah singkatan kepada perkataan ‘Isomer + Board = IsoBoArD. Manakala 3.0 merujuk kepada penambahbaikan inovasi untuk kali ke-3. IsoBoARD 3.0 digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi sub topik keisomeran (Isomer struktur) dalam tajuk Pengenalan Kimia Organik. IsoBoARD 3.0 memberi fokus kepada kemahiran pelajar melukis keseluruhan struktur molekul isomer menggunakan struktur rangka disamping mengenal pasti jenis isomer yang terlibat. Keisomeran dapat didefinisikan sebagai kehadiran pelbagai molekul yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi berbeza susunan atom dalam molekul. Terdapat dua jenis keisomeran iaitu isomer struktur dan stereoisomer. Isomer struktur pula terbahagi kepada tiga iaitu isomer kumpulan berfungsi , isomer kedudukan dan isomer rantai. Isomer kumpulan berfungsi melibat dua struktur molekul yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi mengandungi kumpulan berfungsi berbeza. Manakala isomer kedudukan pula melibatkan dua struktur molekul yang sama tetapi menunjukkan kedudukan kumpulan berfungsi atau kumpulan penukarganti yang berbeza. Isomer rantai pula melibatkan dua struktur molekul yang menunjukkan perbezaan pada bilangan atom karbon dalam rantai terpanjang. Bagi mengurangkan kesilapan pelajar, inovasi ini menggunakan struktur rangka ketika pelajar melukis struktur molekul. Melukis menggunakan struktur rangka adalah teknik melukis struktur molekul yang paling ringkas di mana rantaian karbon hanya ditunjukkan dalam bentuk garisan sahaja. Struktur rangka juga memudahkan pelajar memastikan perbezaan struktur isomer yang dilukis. Inovasi ini dapat membantu pensyarah dalam meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar bagi menguasai konsep Isomer struktur dalam Kimia Organik. Inovasi ini turut sesuai digunakan oleh pelajar dari pelbagai latar belakang sama ada pelajar kolej matrikulasi, pelajar universiti awam, pelajar kolej swasta mahupun pelajar sekolah menengah yang sedang mempelajari Subjek Kimia Organik. Justeru itu, inovasi ini juga dapat membantu ibu bapa memantau pembelajaran pelajar di rumah dengan mudah tanpa bantuan daripada guru selari dengan konsep blended learning diterapkan sebagai elemen penting dalam IsoBoARD 3.0. 135 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Antara punca masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah:1. Pelajar sukar untuk melukis struktur organik dalam Formula Struktur dengan tepat. 2. Pelajar tidak dapat mengenal pasti bilangan unsur karbon semasa melukis struktur rangka. 3. Pelajar kerap melukis struktur molekul yang sama. 4. Pelajar tidak dapat membezakan struktur molekul yang dilukis mengikut jenis isomer struktur. 5. Pelajar sukar mengenal pasti jumlah sebenar isomer mewakili formula molekul yang sama. 6. Pelajar cenderung melukis struktur molekul dalam struktur kembang seterusnya menambahkan kekerapan kecuaian semasa melukis. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi Berikut disenaraikan maklumat lengkap reka bentuk dan bahan inovasi IsoBoARD 3.0:Jadual 1. Reka bentuk inovasi IsoBoARD 3.0 Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Item 100 unit ‘Magnetic Sticks’ 100 unit ‘Metal Balls Magnet’ 25 unit ‘Round Button Magnet’ 1 unit ‘MetalMagnetic Board’ 1 unit ‘Holographic 3D Display Stands Mobile’ Projektor 1 unit Buku Panduan Pengguna Fungsi Simbol ikatan Kimia Kovalent Bilangan atom karbon Mewakili kumpulan berfungsi Tapak pembinaan struktur rangka Projektor video holografi Salinan bercetak panduan penggunaan IsoBoARD 3.0 Rajah 1: Contoh struktur rangka Rajah 2: Komponen IsoBoARD 3.0 Cara Inovasi Digunakan Projek Inovasi IsoBoARD 3.0 telah melibatkan beberapa prosedur bagi memastikan objektif Inovasi IsoBoARD 3.0 tercapai. Berikut adalah carta alir prosedur inovasi IsoBoARD 3.0. 136 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal melalui ujian pra Merancang Tindakan untuk mengenal pasti hasil pembelajaran Isomer struktur Melaksanakan tindakan (kajian rintis @ ujian pos) untuk mengenal pasti hasil pembelajaran Isomer struktur yang melibatkan 16 orang pelajar J11T7 dan 20 orang pelajar J31T2. Penghasilan IsoBoARD 3.0 berdasarkan penilaian dan analisis ujian pra & ujian pasca Fasa Pembangunan & Ciri-Ciri Inovasi IsoBoARD 3.0 Aktiviti PdPc menggunakan IsoBoARD 3.0 menjadi lebih kreatif, menarik dan berkesan serta memberi berfokus kepada ‘hands-on activity’ sama ada di dalam kelas mahu pun diluar kelas. Berikut adalah fasa pembangunan inovasi IsoBoARD 3.0 Jadual 2: Fasa Pembangunan IsoBoARD 3.0 Fasa 1 Penggunaan anak mancis dalam kajian tindakan. (IsoBoARD 1.0) IsoBoARD 2.0 Pembangunan Prototaip IsoBoARD 3.0 Penerangan • PdPc hanya menggunakan anak mancis dalam merangka struktur isomer. • Namun pelajar sukar menentukan jumlah sebenar struktur isomer dan sukar untuk mengenal pasti jenis-jenis isomer. • Oleh itu penambahbaikan dilakukan di dalam IsoBoARD 2.0. • Penggunaan papan kertas dan kertas manila sebagai tapak pembinaan struktur isomer @ papan isomer dan digunakan bersama-sama anak mancis dan tanah liat. • Model ‘IsoBoARD’ yang dibina adalah pembelajaran berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh menyediakan sendiri model ini pada bila- bila masa sahaja. • Namun produk inovasi ini dilihat kurang menarik dari aspek warna dan bahannya. Jadi, pelajar kurang motivasi untuk membinanya sendiri. • Penggunaan video animasi sebagai manual panduan penggunaan IsoBoARD 3.0. • Menggunakan ‘QR Code’ untuk mengakses soalan latihan sepanjang menggunakan IsoBoARD 3.0. • Pendekatan konsep ‘blended learning’ digunakan dalam PdPc iaitu pembelajaran campuran yang menggunakan model pembelajaran konvensional dan belajar atas talian. • IsoBoARD 3.0 turut mengambil kira gaya pembelajaran VAK yang melibatkan Visual, Auditorial dan Kinestatik supaya dapat merangsang pembelajaran pelajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan. • Telah didaftarkan di PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (No: LY2020000854) Berikut adalah ciri-ciri konsep pembelajaran ‘blended learning’ dalam IsoBoARD 3.0:• QR code user guide IsoBoARD 3.0 137 • Contoh cetakan skrin video tutorial user guide IsoBoARD 3.0 • QR code soalan & latihan IsoBoARD 3.0 • QR code jawapan IsoBoARD 3.0 Kos Penghasilan Inovasi Jadual 3. Bahan dan Kos Perbelanjaan inovasi IsoBoARD 3.0 Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Item ‘Magnetic Sticks’ &‘Metal Balls Magnet’ ‘Round Button Magnet’ Kepingan Magnet saiz A3 ‘Electro Galvanized Iron Metal’ ‘Holographic 3D Display Stands Mobile’ Projektor Jumlah KEBERKESANAN Pelaksanaan Tindakan Kitaran 1 PdPc Kitaran 1 Kelas: J11T7 Mata Pelajaran: KIMIA DK024 Tarikh: 26/11/2018 (11-12 tengahari) Minggu PdPc: 3 Pelaksanaan Tindakan Kitaran 2 Kelas: J31T2 Mata Pelajaran: KIMIA DK024 Tarikh: 29/11/2018 (2-3 tengahari) Minggu PdPc: 3 138 Kos RM 17.99 RM 5.00 RM 5.00 RM 10.00 RM 15.49 RM 53.48 Perbandingan Ringkasan Hasil Kerja Pelajar Jadual 4. Perbandingan Hasil Kerja Pelajar Sasaran Objektif 80% pelajar mahir melukis Isomer Kedudukan struktur molekul mengikut Isomer Rantai jenis isomer struktur Isomer Kumpulan Berfungsi 80% pelajar dapat mengenal pasti bilangan isomer 80% pelajar dapat membezakan struktur molekul yang dilukis mengikut jenis isomer struktur 100% pelajar tiada kecuaian dalam melukis struktur isomer. Kitaran 1 Pra Pasca 50.00% 87.50% 43.75% 87.50% 18.75% 87.50% 12.50% 75.00% 37.50% 87.50% Kitaran 2 Pra Pasca 45.00% 100% 40.00% 90.00% 15.00% 70.00% 20.00% 85.00% 33.33% 86.70% 68.75% 100.00% 100.00% 100.00% Setelah penambahbaikan PdPc dilaksanakan pada fasa II, terdapat peningkatan peratus bilangan pelajar yang menguasai kemahiran melukis struktur isomer. Sasaran 100% pelajar tiada kecuaian dalam melukis struktur isomer telah dapat dicapai. Perubahan sikap pelajar Perubahan sikap pelajar semasa inovasi IsoBoARD 3.0 dilaksanakan adalah seperti berikut:• Pelajar menunjukkan sikap yang positif dan minat dalam memahami konsep isomer struktur. • Pelajar lebih seronok dan bersemangat sepanjang proses PdPc dijalankan. • Pelajar menjadi lebih aktif dan fokus di dalam kelas. Pencapaian Objektif Berdasarkan Markah Ujian • Peningkatan markah ujian pelajar sebelum dan selepas inovasiIsoBoARD 3.0dijalankan. • Hasil analisis dapatan kajian tindakan yang bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Melukis Struktur Isomer dengan menggunakan anak mancis” pada sesi 2015/2016 yang lalu menunjukkan penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk menambahbaik alat bantu mengajar bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar melukis dan mengenalpasti struktur isomer dengan lebih jelas dan tepat. Selepas menggunakan inovasi IsoBoARD 3.0 ini, terdapat peningkatan markah pelajar dalam ujian pos berbanding ujian pra dalam melukis dan mengenal pasti jenis isomer dengan tepat. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Penggunaan inovasi IsoBoARD3.0 telah dikongsikan kepada umum @ nitizen melalui penyertaan pertandingan inovasi International Summit On Innovation & Design Exposition 2020 (Inside 2020) secara atas talian bermula 5 April 2020 sehingga 24 April 2020 anjuran Universiti Malaya. Video pelaksanaan inovasi ‘IsoBoARD3.0’ telah dimuat naik ke dalam saluran Youtube Inside dan dikongsikan kepada pihak umum sama ada warga pendidik, pelajar, ibu bapa dan pihak umum. Melalui perkongsian video tersebut, sebanyak 471 views, 215 like dan 1 dislike. Sehubungan itu, inovasi ini mendapat maklum balas positif dan menggalakkan daripada nitizen. Berikut dilampirkan alamat pautan video inovasi dan cetakan skrin tersebut. https://youtu.be/fOs51Ld9fV0 Rajah 7: Cetakan skrin perkongsian inovasi ‘IsoBoARD3.0’ di saluran YoutubeInside 139 Tahap Replikasi Atau Pengkomersialan IsoBoARD3.0 boleh dikomersialan supaya ciri-ciri fizikal prototaip ‘IsoBoARD3.0’ lebih kukuh dan menarik serta boleh dikomersialkan ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi untuk disebarkuaskan kepada institusi pendidikan yang mempelajari matapelajaran Kimia Organik sama ada di bahagian sekolah menengah, bahagian matrikulasi dan institusi di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi. RUMUSAN Kekuatan Dan Kelemahan Inovasi Pengajaran dan penggunaan IsoBoARD 3.0 dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis struktur isomer. Hal ini dapat diukur dengan menggunakan lembaran kerja semasa sesi PdPc. Selain itu, penggunaan IsoBoARD 3.0 juga menggalakkan budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Pelajar dapat memahami konsep isomer dengan baik disamping dapat mengenal pasti jenis isomer serta dapat menentukan jumlah keseluruhan isomer yang dibina dengan menggunakan IsoBoARD 3.0 dan seterusnya menggalakkan penglibatan dan inovasi mereka dalam sesi PdPc. Walaubagaimanapun, sedikit kelemahan yang dapat dikenal pasti antaranya pelajar masih tidak menguasai kemahiran melukis struktur isomer dalam struktur padan. Penggunaan ‘IsoBoARD3.0’ lebih memberi tumpuan kepada pembinaan struktur isomer rangka sahaja. Pemulihan dan Pengayaan Sesi pemulihan dan pengayaan diberikan kepada pelajar semasa PdPc Kitaran 1 dan 2. Sebanyak 25% pelajar Kitaran 1 dan 15% pelajar Kitaran 2 terlibat dalam sesi pemulihan untuk menyelesaikan serta menghantar hasil kerja mereka kepada pensyarah sebagai hasil pengukuhan. Manakala 75% pelajar Kitaran 1 dan 85% pelajar Kitaran 2 hanya perlu menyiapkan tugasan sahaja tanpa perlu menghantarnya kepada pensyarah. Penambahbaikan Hasil daripada perbincangan ahli kumpulan, beberapa penambahbaikan PdPc telah dicadangkan untuk dilaksanakan semasa dalam PdPc Kitaran 2 dengan menggunakan IsoBoARD 3.0. Namun keseluruhan pelajar berpuas hati dan seronok semasa menggunakan inovasi ‘IsoBoARD’ sepanjang mempelajari konsep Isomer Struktur. Berikut merupakan cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan: ● Perkenalkan terma isomer dan jenis-jenisnya sahaja. ● Bezakan jenis-jenis isomer dengan menggunakan contoh yang pelbagai. ● Pengenalan kepada tajuk isomer dilaksanakan dalam jam pengajaran yang lain. ● Aras soalan yang disampaikan dari mudah kepada susah. ● Membantu pelajar dengan memberikan struktur yang pertama. ● Memberi kebebasan kepada pelajar untuk melukis struktur sama ada struktur rangka, adan mahupun kembang dalam lembaran kerja. Strategi inovasi ini dapat memberikan impak positif terhadap pengajaran dan pembelajaran ‘blended learning’ sekali gus membudayakan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, mewujudkan kolaborasi berkumpulan serta memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar. Oleh yang sedemikian, penggunaan model ‘IsoBoARD’ 3.0 juga dapat merangsang pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Pada masa yang sama, penerapan aktiviti kolaboratif dan koperatif seperti perbincangan dalam kumpulan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar terutamanya dalam penyelesaian tugasan berkumpulan. Pelajar juga harus dilengkapi dengan kemahiran komunikasi lisan dan mampu bekerja secara berpasukan. Selain itu, pelajar juga perlu bijak dalam merebut peluang, memiliki kemahiran kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan dan berani mengambil risiko. Penerapan kemahiran-kemahiran ini adalah penting dan selari dalam PdPc PAK 21 terutama pembudayaan potensi manusia ke arah IR4.0. 140 RUJUKAN Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 2 (Nov. 2017): 77-8. Diperolehi pada 26 Disember 2018, daripada http://journalarticle.ukm.my/11357/1/152-296-1SM.pdf Mat Zakaria, Wan Mohamed Wan Muda. (1990). Siri Kimia Prauniversiti Kimia Organik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Hanim. (17 Mac 2009). Membina Struktur Molekul & Isomer Sebatian Karbon Menggunakan Magnet. Diperoleh pada 2 Disember 2018 daripada http://ceritacikgunurul.blogspot.my/2016/03/membina-struktur-molekul-isomer.html Raja Abdullah Raja Ismail, Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin. Diperoleh pada 2 Disember 2018 daripada https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/8 Wade L.G.(2014). Organic Chemistry, 8th edition.Pearson: Essex Wong Lee Leng. (2014). Kesan pembelajaran koperatif (students team achievement division – stad) terhadap pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diperoleh pada 28 Disember 2018 daripada http://ir.upsi.edu.my/2395/1/Kesan%20Pembelajaran%20Koperatif%20%28Students%20Team%20A chievement%20DivisionSTAD%29%20Terhadap%20Pembelajaran%20Matematik%20Dalam%20Kalangan%20Pelajar%20S ekolah%20Menengah.pdf AHLI-AHLI KUMPULAN Rozianim binti Ahmad Norhazilah binti Mohamad Norzalina binti Maarof Mohamad Zairul bin Md Razali Aryati binti Busero 141 MUET MEIOW DR. YEE BEE CHOO1 VIJAYAN A/L PERIASAMY1 S. RAMESH A/L SATHAPPAN2 1 2 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor ABSTRAK MUET MEIOW merupakan singkatan bagi modul “Malaysian University English Test Made Easy In One Window”. Modul ini dibina untuk mengatasi masalah pelajar dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris serta menyediakan calon dalam menduduki Ujian MUET. Modul ini bukan sahaja sebuah buku latihan tetapi ia adalah berinteraktif dengan aplikasi Kod QR. Kod QR menyimpan URL untuk mendapat video, audio, dan nota tambahan. Aplikasi Kod QR boleh diimbas dengan menggunakan telefon pintar supaya guru dan pelajar dapat belajar Bahasa Inggeris dengan mudah dan cepat. Inovasi ini merupakan inovasi pendidikan ke arah Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembangunan teknologi realiti maya yang akan menghasilkan modal insan berkualiti yang boleh mengikuti transformasi digital dan bersaing di peringkat global. OBJEKTIF 1. Mengenalpasti format Ujian MUET. 2. Meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris. 3. Meningkatkan tahap kefasihan dalam penggunaan Bahasa Inggeris. KUMPULAN SASARAN Pelajar Tingkatan 6, kolej matrikulasi, dan universiti LATAR BELAKANG Pelan hala tuju pendidikan Bahasa Inggeris, English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap (2015-2025) telah digubal, sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah mengenal pasti keperluan bagi pelajar terutama pelajar universiti menguasai Bahasa Inggeris (BI). Setiap pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan wajib mengambil ujian Malaysian University English Test (MUET). Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan BI dalam empat kemahiran iaitu mendengar. bertutur, membaca dan menulis. Keputusan MUET adalah berdasarkan gred Band 1 hingga ke Band 6. Seorang pelajar perlu mendapat keputusan minimum Band 3 dan dia perlu mengambil ujian ini semula jika memperolehi keputusan yang lebih rendah daripada Band 3 sebelum tamat pengajian di universiti. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian dalam pengalaman mengajar BI yang lepas, beberapa masalah pengajaran dan pembelajaran BI telah dikenal pasti. Pertama, penguasaan BI dalam kalangan pelajar masih lemah. Ini mungkin disebabkan banyak faktor antaranya tidak membiasakan bertutur dalam BI, malu dan peluang untuk bertutur dalam kalangan masyarakat agak kurang atas faktor budaya. Masalah ini bukan sahaja dihadapi dalam kemahiran bertutur, tetapi juga dalam tiga kemahiran BI yang lain. 142 Kedua, pelajar kurang membaca bahan BI seperti suratkhabar dan majalah. Mereka perlu mengetahui banyak aspek seperti sains dan teknologi, alam sekitar, perubatan, pertanian, isu-isu lain yang terkini dan lain-lain untuk membiasakan diri dengan format MUET semasa menjawab soalan. Apabila mereka kurang membaca, mereka tidak memahami teks yang dibaca dan kurang cekap dalam mencari isi penting dalam teks bacaan. Menurut Voon, Teo dan Voon (2019), ramai pelajar tidak tahu menulis laporan yang tepat dengan maklumat yang diberi dalam soalan. Mereka kurang pasti dengan format laporan terutama dalam analisis dan sintesis maklumat. Ini menyebabkan mereka tidak menulis mengikut kriteria yang diperlukan dalam ujian MUET. Oleh itu, penggunaan modul interaktif seperti MUET MEIOW diperlukan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam BI. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● Modul MUET MEIOW ● Aplikasi: QR Code Generator (pengimbas kod QR) Rajah 1: Muka depan modul MUET MEIOW yang telah dihasilkan Rajah 2: Kandungan teks bacaan disertai dengan Kod QR yang terletak di bawah Cara Inovasi Digunakan 1. Pelajar mengimbas Kod QR untuk menonton video pengenalan. 2. Pelajar membaca nota dalam modul. 3. Pelajar mengimbas Kod QR untuk nota tambahan. 4. Pelajar mengimbas Kod QR untuk mendapatkan dan mendengar audio untuk latihan kemahiran mendengar. 5. Murid mengimbas Kod QR untuk mendapatkan jawapan bagi latihan modul. 143 Rajah 3: Pelajar mengimbas Kod QR untuk menonton video pengenalan. Rajah 4: Pelajar mendengar audio melalui imbasan Kod QR untuk latihan kemahiran mendengar. Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM8 (sebuah buku) Buku ini dapat dihasilkan dengan murah jika berbanding dengan harga buku MUET dalam pasaran yang lebih kurang RM30. Kebanyakan nota tambahan dan video boleh didapati melalui URL yang terkandung dalam kod QR. Aplikasi pengimbas kod QR boleh didapati secara percuma, yang diperlukan hanyalah telefon pintar dan capaian internet. KEBERKESANAN Seramai 89 orang pelajar dari dua buah institusi pendidikan yang terlibat dalam projek inovasi ini. Ujian pra dan pasca bagi 59 orang pelajar IPGK Tun Hussein Onn dan 30 orang pelajar IPGK Temenggong Ibrahim telah dijalankan. Selepas data dianalisis, rajah berikut menunjukkan keputusan pelajar dalam ujian pra dan pasca. IPGKTHO 100 80 IPGKTI 90 70 60 40 20 0 Pre-test 100 80 60 80 70 Pre-test 40 20 Post-test Post-test 0 Pre-test Post-test Pre-test Post-test Rajah 5: Perbandingan keputusan ujian pra dan pasca Rajah 5 membandingkan ujian sebelum dan selepas penggunaan modul MUET MEIOW di dalam pengajaran dan pembelajaran BI. Secara umumnya, tahap penguasaan pelajar dalam BI meningkat selepas penggunaan modul MUET MEIOW dilaksanakan. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada pelajar di universiti, kolej tingkatan 6, kolej matrikulasi, dan institut pendidikan guru kerana ia sangat mudah untuk digunakan di dalam bilik darjah. Penggunaan inovasi ini juga boleh digunakan oleh pelajar pembelajaran kendiri di luar bilik darjah kerana ciri-ciri fleksibiliti yang terdapat pada pautan kod QR. Selain itu, inovasi ini turut boleh digunakan oleh guru opsyen Bahasa Inggeris yang masih belum mencapai tahap penguasaan C1 di bawah Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) yang dikehendaki untuk menduduki ujian MUET bagi mengenal pasti tahap penguasaan BI mereka. 144 RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam penggunaan BI bagi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu, ia juga dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok dan praktikal kepada pelajar mengimbas kod QR melalui telefon pintar mereka. Ini dapat menarik dan meningkatkan minat mereka semasa belajar BI. RUJUKAN Voon, B.H., Teo, A.k., & Voon, J.E.C. (2019). Improving the Performance of MUET Students in ReportWriting: From Experiment to Actions. Asian Journal of University Education, 15(3), 176-186. Retrieved from https://eric.ed.gov/?id=EJ1238761 AHLI-AHLI KUMPULAN 145 e-GP CALCULATOR DALAM MULTI LEVEL GAME Nizaha binti Zulkifli Rashida binti Abdul Raffar Rozana binti Ahmad Zukri Unit Biologi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ABSTRAK Inovasi ini dihasilkan adalah bertujuan unutuk memberi peluang kepada pelajar untuk melalui pembelajaran secara kendiri yang berkualiti dan berkesan bagi topik Genetik Populasi. Kumpulan sasaran awal adalah seramai 19 orang pelajar SDS Modul III sesi 2019/2020 di KMNS. Topik Genetik Populasi ialah salah satu topik yang di ajar pada Semester I di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Merujuk kepada silibus SB015 Bahagian Matrikulasi, topik ini merupakan salah satu topik dalam kursus Biologi yang memerlukan pemikiran aras tinggi iaitu tahap aplikasi dalam penyelesaian masalah yang melibatkan pengiraan. Pembelajaran tradisi yang digunapakai dalam mengajar topik ini adalah latih tubi. Namun merujuk kepada Laporan Kerja Calon pada tahun 2018, majoriti pelajar kursus Biologi KMNS gagal menjawab soalan aplikasi dengan baik. Antara faktor utama kegagalan ini adalah masa yang diperuntukan untuk belajar topik ini bersama pensyarah adalah singkat iaitu 3 jam sahaja. Oleh yang demikian, kami telah mengubah strategi pembelajaran yang mengetengahkan strategi yang lebih bersifat pembelajaran kendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Kumpulan kami telah menghasilkan ‘e-GP Calculator’ dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi ‘Multi-Level Game’ bagi menyelesaikan perbincangan kes ini. Hasil dapatan daripada ujian pos terhadap 19 orang pelajar ini didapati bahawa 100% pelajar telah berjaya melepasi markah minima (70%) berbanding hasil dapatan dari ujian pra hanya seorang dariapada 19 orang pelajar(5.26) yang melepasi markah minima tersebut manakala 18 orang pelajar (95.74%) gagal melepasinya. Berdasarkan soal selidik, semua pelajar berpendapat bahawa penggunaan ‘e-GP Calculator’ dalam ‘Multi -Level Game’ bagi topik Genetik Populasi sangat membantu mereka belajar secara kendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Perancangan penambah baikan dimasa hadapan, agar kumpulan yang mengikuti aktiviti ini akan dijadikan sebagai kumpulan pakar kepada pelajar lain. OBJEKTIF 1. Bekerjasama dan berkongsi idea dalam ahli kumpulan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam membantu pelajar menguasai isi pengajaran secara optimum. 2. Menyediakan kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai oleh pelajar dalam pembelajaran kendiri. 3. Menyediakan medium digital untuk pengajaran dan pembelajaran bagi topik Genetik populasi. KUMPULAN SASARAN 19 orang pelajar KMNS, Modul III sesi 2019/2020 dari praktikum S3AP5. LATAR BELAKANG Penggunaan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berlaku semenjak dahulu lagi. Kenyataan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa sistem pendidikan konvensional yang bergantung sepenuhnya kepada guru, papan kapur dan buku teks tidak lagi praktikal pada zaman teknologi masa kini. Tambahan pula, kaedah penyampaian berbentuk satu hala dan tidak berpusatkan pelajar menjadikan pelajar seorang yang pasif. Selain itu, sistem pembelajaran konvensional dilihat telah menghalang pelajar untuk mengembangkan potensi masing-masing dengan cara, teknik serta gaya pembelajaran mereka yang tersendiri (Ramlah, 2003). 146 Para pengasas utama dalam Genetik Populasi merupakan Sewall Wright, J. B. S. Haldane dan Ronald Fisher yang juga menyediakan dasar untuk disiplin genetik kuantitatif yang berkaitan. Genetik populasi moden secara tradisional merupakan disiplin yang sangat bersifat matematik, terdiri daripada kerja teori, kerja makmal dan kerja lapangan. Maka bagi memastikan pemahaman dalam konsep Genetik Populasi ini adalah baik maka strategi pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini haruslah dalam bentuk yang lebih aktif seperti pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran konstruktivisme. Laporan Cockcroff (1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan kalkulator. Memandangkan topik Genetik populasi adalah salah satu topik dalam kursus Biologi yang bersifat Matematik, dimana ianya memerlukan kemahiran mengira, maka penggunaan kalkulator digital sangat diperlukan. Namun untuk membantu pelajar belajar secara kendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru, maka inovasi kalkulator digital khas untuk topik Genetik populasi ini perlu dihasilkan. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Daripada Laporan Kerja Calon Bahagian Matrikulasi pada sesi 2017/2018, telah melaporkan bahawa majoriti pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS) gagal menjawab soalan berbentuk aplikasi. Laporan ini menunjukkan bahawa tahap pemikiran aras tinggi di kalangan pelajar KMNS masih di tahap yang rendah. Daripada pengalaman pensyarah dalam mengajar topik Genetik Populasi, adalah kesuntukan masa untuk mengaplikasikan konsep asas yang berkaitan Genetik Populasi bersama pelajar. Faktor utamanya adalah kerana masa yang diperuntukkan untuk menerangkan konsep asas Genetik Populasi didalam kuliah adalah hanya 1 jam dan tempoh masa pemantapan konsep asas dalam kelas tutorial diperuntukan hanya 3 jam. Selain daripada itu punca utama pelajar gagal mengaplikasikan topik ini dengan baik adalah pengetahuan sedia ada pelajar dalam topik ini adalah sangat sedikit. Ini menyebabkan sangat sukar bagi pensyarah untuk memastikan semua pelajar dapat menguasai topik ini dengan baik. Daripada penyataan masalah yang diperolehi, menunjukkan teknik pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berfokuskan di dalam kelas dan pelajar memerlukan satu medium yang boleh membantu pelajar untuk belajar secara kendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Menjadi tanggungjawab pensyarah mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar serta membantu mereka supaya mengamalkan gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian hingga ke tahap cemerlang. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi 1. ‘Stick pop’ 2. Kad ‘Old Box vs New Box’ 3. ‘e-GP calculator’ 4. ‘e-GP calculator’ App 147 Rajah 1 ‘Stick-Pop’ Rajah 2 Kad ‘Old Box vs New Box’ Rajah 3 ‘e-GP calculator’ Rajah 4 ‘e-GP calculator’ App Cara Inovasi Digunakan 1. Pelajar merujuk kepada arahan pelaksanaan aktiviti ‘Multi-level Game’ yang telah disediakan. 2. Pelajar menggunakan ‘Stick-Pop’ dalam membina kolam genetik sendiri. Hasil dari aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dalam membina pemahaman sendiri dan menghasilkan pengalaman belajar sendiri yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. 3. Pelajar akan menyelesaikan masalah dengan mengunaakan teknik‘Old Box vs New Box’ diamana teknik ini dapat membantu pelajar dalam menyusun maklumat secara sistematik . 4. Pelajar menggunakan nota pelekat dalam mempamerkan jawapan pada kad‘Old Box vs New Box’ 5. Pelajar menggunakan ‘e-GP calculator’ sebagai medium digital yang mengantikan fungsi pensyarah dalam menyemak jawapan dengan tepat dan pantas. 6. Sepanjang perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajarn ini pensyarah hanya terlibat sebagai fasilitator. Rajah 5: ‘Multi Level Game’ Rajah 6: Penggunaan ‘Stick-Pop’ Rajah 7 Penggunaan nota pelekat Rajah 8 Penggunaan ‘e-GP calculator’ & ‘e-GP calculator’ App 148 Kos Penghasilan Inovasi Bahan yang digunakan bagi inovasi ini boleh disediakan sendiri oleh pelajar dalam bentuk ‘D.I.Y’ bergantung pada kreativiti masing-masing. Jika pelajar menggunakan bahan sedia ada, maka kos bagi inovasi ini adalah percuma. Bagi penggunaan ‘e-GP calculator’ App, pelajar hanya perlu memuat naik aplikasi ‘OpenAs App’ yang telah dibangunkan oleh pensyarah secara percuma sebagai medium digital dalam pembelajaran kendiri. KEBERKESANAN Seramai 19 orang pelajar dari praktikum S3AP5 terlibat di dalam penghasilan inovasi ini. Setiap pelajar telah menduduki ujian pra selepas 1 jam pengajaran dan Pembelajaran kuliah dan ujian pos selepas 3 jam intervensi dalam kelas tutorial. Soalan adalah dalam bentuk penyelesaian masalah bagi topik Genetik Populasi dengan jumlah markah yang diperuntukan 25. Markah (%) Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos (%) 120 100 80 60 40 20 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Pelajar Ujian Pra (%) Ujian Pos 1 (%) Rajah 9: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos Setelah itu, pelajar diberi pula soal selidik bagi melihat sejauh mana penerimaan pelajar terhadap pembelajaran kendiri dalam ekosistem digital dengan menggunakan ‘e-GP calculator’App. BIL ITEM SOALAN SKALA MIN 1 2 3 4 1 Saya boleh belajar sendiri tanpa bantuan pensyarah apabila menggunakan 'e-GP calculator' App 0 0 0 19 4.00 2 ‘e-GP calculator’ App sangat membantu saya untuk menjawab soalan berbentuk aplikasi dengan pantas dan berkesan. 0 0 0 19 4.00 3 ‘e-GP calculator’ App amat memudahkan saya melaksanakan pembelajaran kendiri bagi topik Genetik Populasi. 0 0 0 19 4.00 4 ‘e-GP calculator’ App mudah digunakan dan amat mesra pengguna. 0 0 0 19 4.00 5 Penggunaan‘Stick-Pop’ dalam perlaksanaan aktivit Multi –Level Game’ dapat meningkatkan kreativiti saya dalam membina pemahaman sendiri dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan. 0 0 0 19 4.00 6 Teknik‘Old Box vs New Box’ yang digunakan dalam perlaksanaan aktivit Multi – Level Game’ dapat membantu pelajar dalam menyusun maklumat secara sistematik . 0 0 0 19 4.00 1: Sangat Tidak Setuju 2: Tidak Setuju 3: Setuju 149 4: Sangat Setuju Hasil daripada soal selidik ini didapati pelajar sangat bersetuju bahawa ‘e-GP calculator App ini mampu membantu pelajar belajar sendiri bagi topik Genetik populasi. Pelajar juga bersetuju bahawa fungsi ‘e-GP calculator’ App dapat menyemak jawapan dengan pantas dan tepat serta pelajar dapat mengaplikasikan teknik pembelajaran kendiri dengan lebih berkesan. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk disebarluaskan kepada pensyarah Kolej Matrikulasi dan universiti kerana ia sangat mudah untuk dihasilkan dan digunakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajarn bagi topik Genetik populasi. Bahan-bahan yang diperlukan boleh didapati dari persekitaran pelajar sendiri tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan. Para pelajar dan guru juga dapat menggunakan ‘eGP calculator’ App yang telah dibangunkan ke dalam telefon pintar masing-masing secara percuma. Selain daripada itu, inovasi yang bersifat D.I.Y. ini mampu membantu guru meningkatkan teknik pembelajaran kendiri dikalangan pelajar secara optima dan lebih berkesan. RUMUSAN Secara kesimpulannya, inovasi ini sangat praktikal untuk digunakan dan mengikut trend terkini pembelajaran yang mengaplikapsikan pembelajaran digital bagi pelajar. Teknik ‘Multi Level-Game’ ini mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan penggunaan ‘e-GP calculator’ mampu menghasilkan medium digital dalam pembelajaran kendiri di kalangan pelajar, disamping guru bertindak sebagai fasilitator. Walker & Laery (2009) menyatakan bahawa pembelajaran berpusatkan murid dapat memberikan galakan kepada murid mengenal pasti apa yang mereka perlu faham dan tahu dengan mengeluarkan dan mengesan kata kunci daripada masalah yang mereka hadapi. Bukan itu sahaja, mereka juga akan mendalami dan memperoleh maklumat tambahan. RUJUKAN Duffin, J.!994 Mathematic For the 1990's: A Calculator-Aware Number Curriculum, Open University press Prime 1991 Calculators, Childrenand Mathematic, Simon & Schuster Honobein. P. Seven Goals For The Design of Constructivist Learning Environment dalam B. Wilson,Constructivist learning Environments.New Jersey: Education Technology Publiscation 1996 Sjoni.Pembelajaran Kooperatif.Yogykarta:Pustaka Pelajar,2009 AHLI-AHLI KUMPULAN Nizaha binti Zulkifli Rashida binti Abdul Raffar 150 Rozana binti Ahmad Zukri INOVASI KIT RUMAH BINOMIAL Hazit bin Kamaruddin Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pendekatan yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian keputusan dalam peperiksaan bagi mata pelajaran matematik tambahan bagi tajuk Taburan Binomial di sekolah menengah harian biasa. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 31 orang murid tingkatan lima aliran sains yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan di dua buah sekolah dalam daerah Kuantan. Subjek kajian terdiri daripada 14 orang murid kumpulan rawatan dan 17 orang murid kumpulan kawalan. Dua jenis instrumen kajian digunakan iaitu KIT RUMAH BINOMIAL dan ujian pencapaian bertajuk “Taburan Binomial”. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Analisis deskriptif menjelaskan tahap pencapaian murid apabila menggunakan KIT RUMAH BINOMIAL. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap pencapaian pada kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan, dengan kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan KIT RUMAH BINOMIAL dengan pencapaian murid. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan KIT RUMAH BINOMIAL telah meningkatkan pencapaian murid dalam tajuk Taburan Binomial. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan kit pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. OBJEKTIF 1. Untuk meningkatkan kefahaman terhadap topik Taburan Binomial Matematik Tambahan. 2. Untuk meningkatkan keputusan peperiksaan SPM. 3. Untuk meningkatkan prestasi murid bagi mendapatkan 3 markah bagi topik ini. LATAR BELAKANG Sebagai satu alternatif kepada pengukuhan pedagogi guru, unsur-unsur kemahiran berfikir, kreatif dan kritis harus diaplikasikan mengikut tahap kognitif murid bagi menghasilkan satu suasana pembelajaran yang berkualiti (Naziroh binti Ibrahim, 2015). Apabila alternatif ini dijayakan, ianya secara tidak langsung menyediakan peluang pembelajaran bermakna kepada murid-murid memandangkan muridmurid amat mudah menerima pembaharuan dan inovasi (Muhammad Sidek Said, Mohamad Ab.Kadir & Mohamad Sabri Awang Hitam, 2015). Justeru itu, aspek penguasaan pedagogikal ini perlu diberi perhatian khusus oleh setiap guru kerana melalui kaedah ini keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) antara guru dan murid dapat ditingkatkan.Oleh itu KIT RUMAH BINOMIAL ini direka oleh guru-guru Matematik Tambahan daerah Kuantan bagi mempertingkatkan kemahiran murid dalam topik taburan binomial.Guru-guru tersebut dibawah bimbingan SISC+ PPD Kuantan mengunakan Kit ini sebagai alat bantu mengajar (ABM) didalam PDPC. MASALAH -MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian dalam bimbingan Coaching Dan Pementoran SISC+ PPD Kuantan matapelajaran Matematik Tambahan terutamanya Topik Taburan Binomial adalah sukar hendak difahami oleh murid -murid tingkatan lima.Guru menghadapi masalah menerangkan konsep Taburan Binomial dan akhirnya guru hanya menyuruh murid-murid menghafal formula yang disediakan sahaja.Ini memberikan kesukaran kepada murid untuk mendapatkan markah yang minima didalam peperiksaan SPM.Justeru itu timbul idea bagi sekumpulan guru bersama SISC+ membina dan menghasilkan KIT RUMAH 151 BINOMIAL ini .Kit ini dibina berdasarkan grafik dan visual agar murid dapat lebih memahami daripada cuba menghafal formula. Kajian menunjukkan penggunaan grafik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berupaya membantu pembelajaran murid dan lebih berkesan (Annaletchumy, 2009; Mazli, 2009 & Gibbons et al.,2000). Ini memandangkan murid akan belajar dengan lebih berkesan jika mereka di ajar dalam suasana dan cara berbeza (Allen & Thomas, 2011). Murid yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan perlu menguasai kemahiran memahami konsep-konsep asas dalam matematik, melukis dan menghurai graf serta pengiraan bagi penyelesaian masalah. Kegagalan memahami konsepkonsep asas matematik yang abstrak antara punca utama kegagalan murid mengikuti pembelajaran Matematik Tambahan (Chung, 2011). INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang digunakan dalam penghasilan Inovasi 1)White Board Kecil 2) Cip-cip Nombor KIT RUMAH BINOMIAL Cara Inovasi Digunakan 1. Murid diberikan penerangan pengunaan KIT RUMAH BINOMIAL 2. Murid didalam kumpulan diberikan soalan-soalan SPM 3. Murid didalam kumpulan berbincang dan mendapatkan jawapan Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM 100 KEBERKESANAN Populasi kajian ialah murid tingkatan lima disekolah menengah harian biasa dalam daerah Kuantan. Sampel kajian seramai 31 orang murid dari dua buah sekolah dengan dua kelas yang berlainan, namun mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. 17 orang sampel dari SMK Mat Kilau sebagai Kumpulan Kawalan (KKBi) dan 14 orang sampel dari SMK Sungai Soi sebagai Kumpulan Rawatan (KRBi). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 22. Analisis statististik deskriptif yang melibatkan pengiraan kekerapan, min dan peratus akan dilaksanakan bagi melihat hubungan antara penggunaan KIT RUMAH BINOMIAL terhadap pencapaian murid. Dalam kajian ini, satu hipotesis telah dibentuk iaitu untuk menguji kesan dua kaedah pembelajaran terhadap skor pencapaian pelajar. Hipotesis ini akan melihat hubungan antara pencapaian murid yang didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran KIT RUMAH BINOMIAL (KRBi) iaitu : 152 Hipotesis 1 (Ho1) : Tiada terdapat perbezaan yang signifikan kesan Kaedah Pembelajaran KIT RUMAH BINOMIAL (KRBi) dengan Kaedah Pembelajaran Konvensional (KKBi) terhadap skor pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan Lima. Keputusan Pra-Eksperimen Jadual 1 menunjukkan ringkasan dapatan pencapaian bagi min dan sisihan piawai mengikut kumpulan rawatan dan kumpulan rawatan. Jadual 1 Min dan Sisihan Piawai (sp) bagi Pemboleh Ubah Bersandar (Pencapaian) mengikut Kaedah Pembelajaran (KRBi dan KKBi) Pemboleh Ubah Kaedah Pembelajaran Min sp N Bersandar Pencapaian Kumpulan Kawalan (KKBi) 37.0000 8.32710 17 Kumpulan Rawatan (KRBi) 34.7143 8.25379 14 Berdasarkan Jadual 1.0 didapati bahawa skor min bagi pemboleh ubah pencapaian bagi kumpulan KRBi (min=34.7143, sp=8.25379) adalah menghampiri skor min pencapaian bagi kumpulan KKBi (min=37.0000, sp=10.64409). Secara keseluruhannya, didapati bahawa skor min pencapaian bagi kumpulan KRBi dan KKBi adalah tidak jauh beza bagi tempoh sebelum rawatan dijalankan. Keputusan Eksperimen Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengkaji kesan Kaedah Pembelajaran menggunakan Kit Rumah Binomial (KRBi) dan Kaedah Pembelajaran Konvensional (KKBi) terhadap pencapaian murid-murid. Analisis deskriptif digunakan bagi melihat perbandingan min bagi tempoh praujian dan pascaujian terhadap pencapaian murid yang telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran KRBi dan KKBi dalam mata pelajaran Matematik Tambahan bagi tajuk Taburan Binomial. Analisis Deskriptif Bagi Skor Pencapaian Murid Kajian ini mengkaji keberkesanan penggunaan dua kaedah pembelajaran berbeza terhadap skor pencapaian murid. Salah satu objektif kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan Kaedah Pembelajaran menggunakan KIT RUMAH BINOMIAL (KRBi) atau Kaedah Pembelajaran Konvensional (KKBi) yang akan memberi kesan ke atas skor pencapaian murid bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Kaedah analisis data bagi kajian ini merangkumi analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Analisis Deskriptif Skor Praujian Dan Pascaujian Jadual 2 Ringkasan Perbandingan Min dan Sisihan Piawai (sp) Praujian dan Pascaujian bagi Pemboleh Ubah Bersandar (Pencapaian) terhadap Kaedah Pembelajaran (KRBi dan KKBi). Pemboleh Ubah Bersandar Kaedah Pembelajaran Min N Praujian Pencapaian Pascaujian sp Praujian Pascaujian Kumpulan 14 34.7143 55.4386 8.25379 10.64409 Rawatan (KRBi) Kumpulan Kawalan 17 37.0000 53.2353 8.32710 8.72159 (KKBi) Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan sampel, skor min dan sisihan piawai (sp) praujian dan pascaujian bagi pemboleh ubah bebas kajian iaitu strategi pembelajaran KRBi dan KKBi. Didapati skor data deskriptif ini menunjukkan secara relatif, peningkatan skor min. Perbezaan skor min pascaujian dan 153 praujian bagi murid yang mengikuti kaedah KRBi adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 20.7242 markah berbanding dengan kaedah KKBI sebanyak 16.2353 markah. Hasil dari dapatan kajian mendapati murid yang mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah KRBi memperoleh skor pencapaian lebih tinggi berbanding mereka yang mengikuti pembelajaran kaedah KKBi. Keputusan kajian ini menunjukkan kaedah dengan menggunakan Kit Rumah Binomial dapat meningkatkan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan Lima. Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa wujud perubahan skor min bagi kumpulan yang diberi rawatan melalui kaedah KRBi bagi tempoh sebelum rawatan dan selepas rawatan diberikan. RUMUSAN Kesimpulan dibuat untuk melihat faktor penyumbang terbesar kepada keberkesanan menerusi penguasaan murid selepas pengajaran selama lapan minggu dengan menggunakan KIT RUMAH BINOMIAL. Perbandingan pencapaian digunakan untuk melihat sama ada pengajaran menggunakan KIT RUMAH BINOMIAL memberi kesan kepada kumpulan rawatan. Dapatan kajian yang telah dijalankan berjaya menolak hipotesis yang dibentuk. Ini bermakna, bagi Ho1 yang menyatakan bahawa tiada terdapat perbezaan yang signifikan kesan Kaedah Pembelajaran menggunakan KIT RUMAH BINOMIAL (KRBi) dengan Kaedah Pembelajaran Konvensional (KKBi) terhadap skor pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan Lima berjaya ditolak. Keadaan ini berlaku kerana terdapat perbezaan signifikan antara kovariant (skor min pascaujian) dengan pemboleh ubah bebas (KRBi dan KKBi). Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa peningkatan skor pencapaian akademik pelajar mempunyai hubungan positif terhadap kaedah pembelajaran atas talian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar dapat memahami isi kandungan pembelajaran Taburan Binomial dengan lebih berkesan apabila kaedah pembelajaran menggunakan KIT RUMAH BINOMIAL diaplikasikan di dalam kelas. RUJUKAN Allen & Thomas. (2011). A dual Process Account of Creative Thinking. Creativity Research Journal, 23(2), 109-118. doi:https://doi.org/10.1080/10400419.2011.571183 Annaletchumy, A. (2009). Pembinaan Modul Pembelajaran Isi padu Cecair dengan menggunakan Internet bagi Pengembangan Nilai Murid Tahun Empat. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakaria & Fawziyah Yahya. (2015). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Pahang: PTS Publishing. Chung, K. S. (2011). Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Tajuk Kebarangkalian. In Tesis Master. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. AHLI KUMPULAN 154 TELANGCATOR - INDIKATOR ASID-BES SEMULAJADI DARIPADA BUNGA TELANG Ummi Kalthum binti Mansor Asniati binti Sabil Unit Kimia Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ABSTRAK Bunga Telang atau bunga Butterfly pea (Clitoria ternatae) boleh didapati dengan banyak di Malaysia. Kelopak bunga Telang mempunyai warna biru-ungu yang terang dan sering digunakan sebagai pewarna makanan. Telangcator adalah satu inovasi menghasilkan indikator asid-bes alternatif daripada bunga Telang. Ekstrak bunga Telang disediakan daripada kisaran kelopak bunga Telang yang kering. Ekstrak bunga Telang digunakan dalam penyediaan dua (2) jenis indikator asid-bes; kertas pH semulajadi Telangcator dan indikator pH semulajadi Telangcator. Untuk penyediaan kertas pH Telangcator, kertas turas Whatman direndam dalam ekstrak bunga Telang selama 10 minit dan kemudian dikeringkan pada suhu bilik. Setelah kering, kertas turas Whatman dipotong kepada kepada helaian bersaiz 10 mm lebar dan digunakan sebagai kertas pH. Untuk penyediaan indikator pH Telangcator, lebihan ekstrak bunga Telang digunakan terus sebagai indikator pH. Kedua-dua kertas pH dan indikator pH Telangcator telah diuji keatas pelbagai bahan yang boleh didapati dalam isi rumah untuk menentukan kebolehgunaan sebagai indikator asid-bes. Warna ungu bagi kedua-dua kertas pH dan indikator pH Telangcator berubah kepada warna merah dalam larutan asid, manakala kepada warna hijau dalam larutan bes. Selepas disimpan pada suhu bilik dan jauh dari cahaya matahari selama 14 hari, didapati warna ungu kekal dan kebolehupayaan sebagai indikator asid-bes konsisten bagi kedua-dua kertas pH dan indikator pH Telangcator. Namun, indikator pH Telangcator didapati mula menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Kertas pH semulajadi dan indikator pH semulajadi Telangcator adalah sesuai digunakan sebagai indikator asid-bes alternatif di sekolah-sekolah dan pelbagai institusi pendidikan kerana penghasilannya menggunakan kos yang efektif dan ianya mesra alam sekitar. OBJEKTIF 1. Menggalakkan penglibatan pelajar dalam penyediaan bahan eksperimen Sains mudah. 2. Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains. 3. Menyediakan indikator asid-bes alternatif yang lebih murah dan selamat digunakan di dalam dan luar makmal. KUMPULAN SASARAN Pelajar-pelajar jurusan Sains Program Matrikulasi. LATAR BELAKANG Peratusan pelajar yang menyertai aliran Sains adalah semakin rendah tahun demi tahun. Dalam kajian yang dilakukan sehingga tahun 2012, peratusan penyertaan pelajar dalam aliran Sains tidak pernah mencapai 60% malahan berlaku penyusutan (Phang, Abu, Ali, & Salleh, 2014). Menurut Maszlee Malik (BERNAMA, 2019), bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) hanya 44% pada tahun 2018 berbanding 49% pada tahun 2012. Bilangan pengurangan ini lebih kurang sebanyak 6000 pelajar setiap tahun. Menurut Hazami Habib (BERNAMA, 2019), kekurangan pendedahan mengenai aplikasi subjek Sains dan Matematik dengan kehidupan seharian juga menjadi antara sebab penurunan ketara pelajar dalam bidang STEM daripada 203,391 orang pada 2012 kepada 167,962 orang pada 2018. 155 Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mempuk minat pelajar dalam subjek Sains bermula dari peringkat sekolah agar lebih ramai pelajar yang akan menyertai aliran Sains di peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti eksperimen mudah yang menunjukkan aplikasi Sains dalam kehidupan seharian boleh dilakukan untuk membantu meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan kencenderungan minat pelajar dalam bidang Sains (Gendjova, 2007). MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian secara rawak terhadap pelajar-pelajar jurusan Sains sesi 2018/2019 dan 2019/2020 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, tahap motivasi dan minat pelajar terhadap subjek Sains adalah sederhana. Berdasarkan temuduga rawak yang dijalankan dengan pelajar-pelajar, sebahagian yang mengambil jurusan Sains adalah disebabkan mereka telah berada dalam aliran Sains sejak sekolah dan bukan membuat pilihan atas minat sendiri tetapi atas desakan ibubapa dan guru. Pelajar-pelajar tidak dapat melihat kaitan antara isi kandungan pembelajaran Sains di sekolah dengan kehidupan seharian mereka seterusnya tidak memahami tujuan mereka belajar dalam aliran Sains. Kajian mendapati motivasi pelajar Matrikulasi dalam Sains adalah sederhana dengan min 2.67 daripada skor 4.00. Dapatan kajian yang melibatkan 59 orang pelajar Matrikulasi, 223 pelajar Tingkatan 2 dan dan 211 pelajar Tingkatan 4 mendapati min motivasi pelajar Matrikulasi adalah lebih lebih rendah berbanding pelajar Tingkatan 2 (Osman, Iksan, & Halim, 2007). Justeru itu, kaedah pengajaran yang pelbagai perlu digunakan dalam pengajaran Sains. Ini bersesuaian dengan saranan yang telah disampaikan oleh YB. Dr. Maszlee Malik dalam Majlis Amanat Pendidikan 2019; “Kaedah pengajaran guru-guru juga harus mengalami perubahan selari dengan perkembangan teknologi semasa sebagai pengupaya (enabler) untuk mempersembahkan pendekatan yang terbaik. Pendidikan bukan hanya soal apa yang disampaikan, tetapi juga soal bagaimana ia disampaikan” (Ministry of Education, Malaysia, 2019). Dalam eksperimen penentuan sifat asid-bes bahan, kertas litmus, kertas pH dan indikator seperti fenolfalein dan penunjuk semesta (universal indicator) sering digunakan di peringkat sekolah dan Matrikulasi. Kedua-duanya perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak pada setiap permulaan sesi persekolahan atau pembelajaran dan memerlukan kos yang tinggi. Indikator fenolftalein pula mempunyai risiko mudah terbakar, menyebabkan kerengsaan mata dan bersifat karsinogenik (Safety Data Sheet, 2014). Justeru, terdapat keperluan untuk penghasilan kertas pH dan indikator pH semulajadi yang lebih murah dan selamat untuk digunakan oleh para pelajar bagi menjalankan eksperimen Sains mudah terutama yang boleh dilakukan di luar makmal. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi 1. Bunga Telang kering (15 g) (Rajah 1) 2. Kertas turas Whatman (5 keping) (Rajah 2) 3. Air suling (120 mL) Rajah 1: Bunga Telang kering Rajah 2: Kertas turas Whatman 156 Cara Inovasi Digunakan (A) Penyediaan ekstrak bunga Telang 1. Kelopak dari 15 g bunga Telang kering dikisar dengan 120 mL air suling (nisbah 1:8) pada suhu bilik. 2. Hasil kisaran dipanaskan dan dibiarkan mendidih selama 60 saat, kemudian ditinggalkan untuk sejuk pada suhu bilik. 4. Kisaran ditapis dan ekstrak bunga Telang berwarna ungu pekat terhasil (Rajah 3). (B) 1. 2. 3. 4. 5. Rajah 3: Ekstrak bunga Telang Penyediaan kertas pH semulajadi Telangcator 15 mL ekstrak bunga Telang dari (A) dituang ke dalam bekas bersaiz 26 cm × 26 cm × 3 cm. 5 keping kertas turas Whatman diletakkan di dalam bekas berisi ekstrak bunga Telang dan dibiarkan selama 10 minit pada suhu bilik (Rajah 4). Selepas 10 minit, kertas turas Whatman bertukar daripada warna putih kepada warna ungu. Kertas turas Whatman dibiarkan kering pada suhu bilik (Rajah 5). Selepas kering, kertas turas Whatman dipotong kepada helaian bersaiz 10 mm lebar (1 keping × 7 helaian) untuk digunakan sebagai kertas pH Telangcator (Rajah 6). Rajah 6 Rajah 5 Rajah 4 (C) Penyediaan indikator pH semulajadi Telangcator 1. Lebihan ekstrak bunga Telang daripada (A) digunakan terus sebagai indikator pH Telangcator. Kos Penghasilan Inovasi Jumlah kos yang digunakan adalah RM 6.60 (Jadual 1) dan telah menghasilkan 35 helaian kertas pH semulajadi Telangcator dan 105 mL indikator pH semulajadi Telangcator. Kos air suling dan pemanasan adalah percuma dan boleh didapati dengan mudah di rumah atau sekolah. Jadual 1. Kos penghasilan kertas pH dan indikator pH Telangcator Bahan Bunga Telang kering (1 bekas × 15 g) Kertas turas Whatman (1 kotak × 100 keping) Harga Kuantiti Digunakan RM 4.60 1 bekas RM 40.00 5 keping JUMLAH 157 Kos RM 4.60 × 1 bekas = RM 4.60 RM 40.00 / 100 × 5 keping = RM 2.00 RM 6.60 KEBERKESANAN Kertas pH semulajadi Telangcator diuji keatas pelbagai bahan yang mudah didapati dalam isi rumah dan ianya menunjukkan warna berbeza bagi asid dan bes (Jadual 2 dan Rajah 7). Jadual 2. Perubahan warna kertas pH Telangcator Bahan Jus lemon Jus limau kasturi Serbuk krim tartar Krim mandian bayi Ubat gigi Serbuk soda bikarbonat Cecair detergen Warna kertas pH Telangcator Sebelum dicelup Selepas dicelup Biru Merah Biru Merah Biru Merah-ungu Biru Ungu Biru Biru-ungu Biru Hijau Biru Hijau Sifat bahan Asid Asid Asid Neutral Bes Bes Bes Rajah 7: Perubahan warna kertas pH Telangcator Indikator pH semulajadi Telangcator juga diuji keatas bahan yang sama dan ianya didapati turut menunjukkan perubahan warna berbeza bagi asid dan bes (Jadual 3 dan Rajah 8). Jadual 3. Perubahan warna indikator pH Telangcator Bahan Jus lemon Jus limau kasturi Serbuk krim tartar Krim mandian bayi Ubat gigi Serbuk soda bikarbonat Cecair detergen Warna indikator pH Telangcator Sebelum bahan ditambah Selepas bahan ditambah Biru Merah Biru Merah jambu Biru Ungu Biru Biru Biru Biru-hijau Biru Hijau Biru Hijau Rajah 8: Perubahan warna indikator pH Telangcator 158 Sifat bahan Asid Asid Asid Neutral Bes Bes Bes Selepas disimipan pada suhu bilik dan jauh dari cahaya matahari selama 14 hari, kertas pH dan indikator pH Telangcator didapati kekal berwarna ungu dan menunjukkan perubahan warna yang konsisten. Namun bagi indikator pH Telangcator, ianya mula menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Sebagai langkah penambahbaikan, ianya lebih sesuai disimpan pada suhu lebih rendah seperti di dalam peti ais. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Inovasi kertas pH Telangcator dan indikator pH Telangcator ini sesuai untuk digunakan dalam eskperimen penentuan asid-bes bahan di peringkat sekolah mahupun Matrikulasi. Bunga Telang yang digunakan adalah semulajadi dan tidak berbahaya manakala kaedah penghasilan Telangcator adalah mudah dan ringkas. Oleh sebab itu, Telangcator boleh disediakan oleh para pelajar sendiri seterusnya menarik minat pelajar dalam bidang Sains. Kos penghasilan yang minima membolehkan setiap pelajar mengambil bahagian dalam penghasilan Telangcator tanpa perlu berkongsi helaian kertas litmus dan indikator pH yang sering menyebabkan eksperimen mengambil masa yang panjang. Inovasi ini juga boleh disebarluas kepada para ibu bapa untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran Sains anak-anak di rumah. RUMUSAN Inovasi kertas pH Telangcator dan indikator pH Telangcator adalah menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati dengan kos yang murah. Kertas pH Telangcator berpotensi sebagai alternatif semulajadi kepada kertas litmus yang perlu dibeli setiap tahun, manakala indikator pH Telangcator sebagai alternatif semulajadi kepada indikator fenolfatalein yang bukan sahaja perlu dibeli malah mempunyai risiko berbahaya kepada para pelajar jika dikendalikan tanpa pengawasan guru. Penglibatan para pelajar dalam penghasilan Telangcator mampu meningkatkan minat mereka dalam mata pelajaran Sains dan menjamin generasi muda yang lebih berdaya saing dalam bidang Sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM). RUJUKAN BERNAMA. (2019, Mac 17). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/03/541952/ibu-bapa-beri-isyarat-salah-antarapunca-stem-merosot Gendjova, A. (2007). Enhancing Students' Interest in Chemistry by Home Experiments. Journal of Baltic Science Education, 6(3), 5-15. Ministry of Education, Malaysia. (2019, Januari 14). Retrieved from https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/01_Jan/Amanat_2019.pdf Osman, K., Iksan, Z. H., & Halim, L. (2007). Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan. Jurnal Pendidikan, 32, 39-60. Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran. Sains Humanika, 2(4), 63-71. AHLI-AHLI KUMPULAN Asniati binti Sabil Ummi Kalthum binti Mansor 159 GAS TOOLKIT 2.0 Dani Asmadi bin Ibrahim Noor Fatihah binti Zulkeply Ashar Asrul bin Ros Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ABSTRAK Gas Toolkit adalah projek pembangunan aplikasi pembelajaran mudah alih berteraskan penggunaan simulator dan ciri pembelajaran interaktif. Masalah utama yang menjadikan kimia kurang diminati dan dianggap sukar adalah pelajar tidak dapat membayangkan dunia submikroskopik di mana zarah-zarah berinteraksi antara satu sama lain. Gas Toolkit mengatasi masalah ini dengan mengupayakan pelajar meneroka konsep gas menggunakan pelbagai simulator dan aplikasi interaktif dengan menggunakan telefon pintar dan tablet. Justeru, mereka boleh belajar sendiri dan membuat rujukan pantas pada bila-bila masa dan di mana jua. Aplikasi ini juga melibatkan kos sangat rendah kerana menggunakan aplikasiaplikasi sesawang bukan keuntungan yang sedia ada di internet. Kajian penggunaan yang melibatkan pandangan 99 orang pelajar menunjukkan Gas Toolkit sangat disukai, meningkatkan minat dan sangat membantu pelajar memahami tajuk States of Matter: Gas. Pembelajaran kendiri menggunakan simulator didapati mencapai objektif pembelajaran dalam masa lebih singkat berbanding pembelajaran bersemuka tradisonal. Projek ini memperlihatkan bagaimana kuasa alat pembelajaran digital interaktif simulator dapat dibawa ke telefon pintar pelajar. OBJEKTIF Projek ini bertujuan untuk membangun dan menyiasat penggunaan aplikasi Gas Toolkit dalam meningkatkan pembelajaran kimia dengan menggabungkan elemen interaktif dan pembelajaran aras submikroskopik kimia. Objektif khusus kajian penggunaan ini adalah untuk: 1. Menguji penggunaan Gas Toolkit sebagai alat pembelajaran dalam bilik darjah. 2. Menentukan tahap pencapaian pelajar selepas menggunakan Gas Toolkit. 3. Mendapatkan pandangan pelajar mengenai penggunaan Gas Toolkit sebagai alat pembelajaran. KUMPULAN SASARAN Inovasi yang dibangunkan boleh digunakan oleh pelajar program matrikulasi sains, tingkatan 6, kursus diploma sains dan sarjana muda sains tahun pertama. LATAR BELAKANG Kurikulum kimia Matrikulasi semester 1 terdiri daripada tujuh bab. Bab kelima ialah States of Matter di mana Gas merupakan salah satu tajuk kecilnya. Menurut Correia, (2018) kajian ke atas penaakulan pelajar mengenai sifat gas dan hukum-hukum gas secara tekal menunjukkan bahawa terdapat kekurangan dalam keupayaan pelajar untuk menghubungkan konsep dan proses yang terlibat dalam memahami tingkah laku gas ke atas tiga aras: submikroskopik, makroskopik dan simbolik. Ini menjadikan kimia sukar, dianggap sukar dan kurang diminati. Secara ringkasnya, kimia gas sukar difahami kerana pelajar tidak dapat membayangkan sifat zarah gas yang seni dan tidak tercapai pengalaman pancaindera mereka. Kuliah dan tutorial lazimnya tidak membantu kerana lebih membincangkan teori-teori berkaitan gas dari aspek matematik dan pengiraan (aras simbolik kimia). Begitu juga kelas makmal di mana pelajar melakukan eksperimen, pembelajaran bertumpu pada kemahiran proses eksperimen seperti kemahiran memerhati (peringkat makroskopik). Oleh itu pembelajaran peringkat submikroskopik yang penting untuk memahami sifat gas sering terabai (Johnstone, 2006). 160 Rajah 1 Aras-aras makroskopik, simbolik submikroskopik kimia bagi tajuk gas. dan Penerangan (Johnstone, 2006) Makroskopik, aras kimia berkaitan eksperimen, pemerhatian dan berkaitan pengalaman pancaindera. Simbolik, aras kimia berkaitan perwakilan matematik teori dan prinsip, formula dan persamaan kimia serta notasi dan grafik khusus bidang kimia. Submikroskopik, aras kimia berkaitan dunia zarah yang tak dapat dilihat. Melibatkan molekul, atom sehingga proton elektron dan neutron. PERNYATAAN MASALAH Suatu sebab mengapa pembelajaran pada peringkat submikroskopik atau “dunia atom dan molekul” terabai adalah kerana ia sukar dilakukan. Secara tradisinya jika seorang guru kimia mahu menunjukkan peringkat submikroskopik sesuatu fenomena, guru perlu bergantung kepada imej statik atom atau molekul. Kadang kala jika ada peluang dan peralatan, video digunakan untuk menghuraikan pergerakan molekul gas. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini tidak ideal kerana imej statik tidak boleh menunjukkan gerakan zarah, manakala menonton video adalah pengalaman pembelajaran pasif satu hala. Suatu cara didapati membantu pelajar mendapatkan keupayaan untuk menggambarkan dan menerangkan interaksi aras submikroskopik adalah melalui penggunaan simulator (Wickham et al, 2016). Simulator mempunyai kelebihan ke atas imej statik dan video kerana ianya interaktif. Dengan video pelajar hanya boleh melihat pergerakan molekul gas, tetapi dengan simulator pelajar boleh berinteraksi dengan zarah dan dapat melihat kesan perubahan hasil daripada interaksi mereka. Dalam erti kata lain, pelajar boleh meneroka dan melakukan eksperimen sendiri dengan simulator lantas menerapkan elemen inkuiri dalam pembelajaran. Simulator telah digunakan untuk pembelajaran kimia sejak dua dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, mereka dibina menggunakan perisian Shockwave, Java dan Flash, oleh itu hanya digunakan pada komputer berasaskan Windows dan Macintosh. Untuk menggunakan simulator, guru perlu mempunyai akses kepada bilik darjah dengan bilangan komputer desktop/laptop yang mencukupi untuk pelajarpelajarnya. Kemudahan ini jarang mencukupi dan kerap menjadi penghalang penggunaan meluas simulator dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini berubah sekitar 2015, di mana penggunaan piawaian HTML5 dalam pembangunan aplikasi menjadi lebih popular. Aplikasi HTML5 boleh digunakan bukan sahaja pada komputer peribadi tetapi juga digunakan pada telefon pintar dan tablet. Banyak aplikasi pendidikan baru dan simulator dibangunkan dalam format HTML5 manakala aplikasi lama ditulis semula dalam HTML5. Dan dengan situasi BYOD (membawa peranti anda sendiri) seperti di kolej-kolej matrikulasi di mana setiap pelajar memiliki telefon pintar, perkembangan ini mampu memperkasakan pelajar dengan pembelajaran menggunakan aplikasi berbentuk simulator. Justeru sudah tiba masa langkah diambil ke arah maksud itu. Sebagai rumusan, fokus projek ini adalah untuk membina aplikasi yang membantu pelajar mendalami tajuk States of Matter: Gas melalui penggunaan aplikasi interatif dan simulator. Ini diharapkan dapat mengatasi masalah kesukaran pelajar untuk membayangkan pergerakan dan sifat molekul gas dan menjadikan pembelajaran lebih mudah, menarik dan bermakna. 161 INOVASI YANG DILAKSANAKAN Gas Toolkit adalah aplikasi pendidikan untuk digunakan pelajar bagi mempelajari tajuk States of Matter: Gas. Kit ini pada asasnya adalah suatu fail dengan pautan kepada enam aplikasi pembelajaran interaktif. Kit ini membolehkan pelajar membuat rujukan pantas dan mengakses bahan pembelajaran interaktif dan simulator berkaitan tajuk States of Matter: Gas dengan menggunakan peranti mudah alih (telefon pintar dan tablet). Rajah 2 dan 3 menunjukkan susun atur komponen dan aplikasi Gas Toolkit. Rajah 2: Paparan skrin Gas Toolkitmenunjukkan susun atur komponen berfungsi Simulator Keadaan Jirim Digunakan untuk menghurai sifat zarah jirim keadaan pepejal, cecair dan gas. Juga menunjukkan bagaimana susunan zarah berubah dengan suhu dan tekanan. Simulator Sifat Gas Apikasi berbentuk tutorial, Menerangkan sifat gas. hubungan perlanggaran zarah dan tekanan, Turut menghurai kesan suhu, isipadu dan jumlah gas terhadap tekanan. 162 Simulator Hukum Gas Digunakan untuk meneroka saling hubungan parameter gas, suhu tekanan isipadu dan bilangan molekul gas. Sesuai untuk pembelajaran inkuiri dan aktiviti eksperimen berkaitan hukum-hukum gas. Simulator Molekul Kinetik Aplikasi untuk tahap pembelajaran lanjutan. Sangat berguna untuk menjelaskan Teori Molekul Kinetik dan Taburan Maxwell Boltzman Rajah 3:Paparan skrin beberapa aplikasi komponen GT serta fungsinya KEBERKESANAN Seramai 99 orang pelajar Program Matrikulasi Sains di sebuah kolej matrikulasi terlibat dalam projek inovasi ini. Pembelajaran menggunakan Gas Toolkit dijalankan semasa tutoran dan berlangsung selama satu jam. Guru memberi taklimat penggunaan Gas Toolkit dan pelajar melengkapkan tugasan Simulator Sifat Gas secara pembelajaran kendiri. Guru hanya memberi bimbingan sekiranya perlu. Ujian pos diberikan pada setiap sesi pembelajaran. Setelah menjalani satu jam pembelajaran soal selidik penggunaan Gas Toolkit dilengkapkan oleh pelajar-pelajar. Semua pelajar juga melengkapkan tugasan dalam Simulator Sifat Gas dan ujian penghujung tajuk dalam masa purata 41 minit. Skor ujian penilaian yang dikemukakan pada akhir tugasan dalam aplikasi Simulator Sifat Gas dijadikan Skor Ujian Pos. Lebih 95% pelajar mencapai gred A iaitu skor 70% ke atas. Ini menunjukkan tahap pencapaian pelajar adalah tinggi selepas menggunakannya. Ini dirumuskan dalam Jadual 1. Jadual 1. Rumusan dapatan kajian penggunaan Gas Toolkit. N=99 purata sisihan piawai Skor Ujian Pos (%) 89 8.9 Masa untuk melengkapkan tugasan dan kuiz (minit) 40.7 15.4 Pandangan pelajar berdasarkan soal selidik skala Likert Soal selidik yang diedarkan juga mengandungi 10 soalan skala Likert bagi menentukan pandangan pelajar terhadap penggunaan Gas Toolkit. Didapati purata skor soal selidik ini 3.6 (sisihan piawai, 0.4) berbanding skor maksimum 4. Ini menunjukkan secara umumnya pelajar bersetuju bahawa penggunaan Gas Toolkit adalah sesuatu yang baik. Dapatan ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2. Keputusan soal selidik skala Likert berkaitan penggunaan Gas Toolkit % Pernyataan 1 2 3 4 setuju 1. Saya suka menggunakan Gas Toolkit bagi 0 3 34 63 97 mempelajari tajuk ini. 163 2. Gas Toolkit memudahkan saya memahami konsep gas 3. Gas Toolkit mudah digunakan. 4. Dengan menggunakan Gas Toolkit pergerakan molekul gas mudah saya bayangkan. 5. Gas Toolkit meningkatkan minat saya terhadap tajuk ini. 6. Pembelajaran menggunakan animasi molekulmolekul membantu saya memahami tajuk dipelajari. 0 3 37 60 97 0 0 4 1 39 31 57 68 96 99 0 5 40 55 95 0 2 31 67 98 7. Pembelajaran dengan Gas Toolkit yang interaktif membantu saya memahami tajuk dipelajari. 0 3 39 58 97 8. Gas Toolkit menjadikan pembelajaran kimia menarik 0 2 33 65 98 9. Gas Toolkit sesuai digunakan pelajar untuk pembelajaran kendiri 0 2 31 67 98 10. Gas Toolkit membolehkan saya memahami tajuk ini dengan lebih cepat. 0 2 38 60 98 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=setuju, 4=sangat setuju. Komen pelajar terhadap penggunaan Gas Toolkit Berdasarkan soal selidik soalan terbuka, secara umumnya pelajar-pelajar menyatakan bahawa penggunaan aplikasi Simulator Sifat Gas memberi kesan positif kepada pembelajaran tajuk Sifat Gas. Didapati 87 daripada 99 pelajar secara jelas menyatakan sedemikian. Antara pandangan pelajar yang membawa maksud ini adalah seperti berikut: • “Sangat bagus, memudahkan pelajar untuk belajar, sangat mudah untuk difahami dan sangat seronok.” • “Pembelajaran di atas talian tentang topik sifat gas ini sangat membantu dan efektif kepada pelajar.” • “Bagus kerana membantu meningkatkan pemahaman dalam menguasai tajuk ini.” • “Looking forward to using it in future because it is fun.” • “Saya lebih memahami konsep gas dengan menggunakan simulator ini.” POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada sesiapa sahaja yang sedang menjalani kursus kimia yang setaraf dengan program matrikulasi. Ia mudah disebar luas melalui kod QR, e-mail aplikasi mesej seperti WhatsApp, SMS dan Telegram. Tiada kos perlu ditanggung mana-mana pihak kerana semua aplikasi yang menjadi komponen Gas Toolkit dibina oleh badan-badan bukan keuntungan (non-profit). Inovasi utama projek ini pengumpulan bahan dan sumber pembelajaran terbaik tapi berasingan di internet dan mempakejkannya menjadi suatu aplikasi padat tetapi mudah digunakan. Demi meneruskan semangat bukan keuntungan pembina aplikasi-aplikasi komponen Gas Toolkit ini, ia boleh diedarkan secara percuma. Oleh yang demikian, sesiapa saja boleh mendapat manafaat daripada sumber pembelajaran berkualiti tanpa dibebani kos tinggi. Inovasi ini juga memperkenalkan kepada pelajar dan juga guru sumber-sumber pembelajaran bermutu di internet yang boleh juga mereka gunakan untuk tajuk lain. Justeru manfaat aplikasi ini lebih luas daripada sekadar membantu dalam pembelajaran kimia. 164 Rajah 5: Gas Toolkitboleh dikongsikan dengan pelajar menggunakan aplikasi mesej dan kod QR. RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini telah membolehkan pelajar mempunyai akses kepada pelbagai simulator untuk membantu mereka memepelajari tajuk States of Matter: Gas. Masalah kesukaran pelajar dalam memahami dunia zarah dan molekul dapat diatasi menggunakan simulator dan aplikasi interaktif yang ada dalam Gas Toolkit. Pelajar mencapai tahap pencapaian cemerlang dalam masa kurang satu jam berbanding tiga jam pengajaran biasa. Pelajar juga berpandangan penggunaan Gas Toolkit mudah, membantu pemahaman, menyeronokkan dan meningkatkan minat pada pelajaran dan pembelajaran. Kosnya juga murah dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Akhir sekali penggunaan Gas Toolkit memberi pendedahan pelajar kepada sumber pembelajaran bermutu tinggi di internet selaras dengan perkembangan PAK-21. RUJUKAN Correia, A. P., Koehler, N., Thompson, A. & Phye, G. (2018): The application of PhET simulation to teach gas behavior on the submicroscopic level: secondary school students’ perceptions, Research in Science & Technological Education, DOI:10.1080/02635143.2018.1487834 Johnstone, A. H. (2006). Chemical education research in Glasgow in perspective. Chemistry Education Research and Practice, 7(2), 49-63. Wickham, C. M., Garvin, C. & Tangney, B. (2016). Constructionism and microworld as part of a 21st century learning activity to impact student engagement and confidence in physics. Constructionism in Action Conference Proceedings. pp 33-41. AHLI-AHLI KUMPULAN 165 KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PEMBELAJARAN KESAN DAYA TARIKAN MOLEKUL CECAIR MELALUI PENGGUNAAN KIT VPBP Mimi Azarina binti Ahmad Barai1 Amal Hayati binti Jamali1 Chia Chew Ping2 Mardiana binti Amir Mizan3 1 Unit Kimia Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2 Kolej Matrikulasi Selangor 3 Kolej Matrikulasi Labuan ABSTRAK Daya tarikan dalam molekul cecair memberi kesan kepada tekanan wap dan takat didih, malah konsep yang abstrak menyebabkan pelajar sukar memberi penerangan yang baik terhadap fenomena yang berlaku. Kajian ini bertujuan meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap konsep tersebut melalui teknik pengajaran inkuiri penemuan dengan bantuan Kit VPBP. Inkuiri penemuan 5E dilakukan melibatkan 5 fasa iaitu: penglibatan, penerokaan, penerangan, penilaian dan pengembangan. Kit VPBP terdiri daripada bola ping pong, plastisin, pembaris dan kad jawapan. Kajian ini melibatkan pelajar praktikum S3K1T4 (Kolej Matrikulasi Selangor) dan S2DT2 (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan). Setiap kumpulan membentangkan konsep dengan mengkonstruk keadaan cecair dan gas dengan bantuan Kit VPBP. Ujian pra dan ujian pos dijalankan sebelum dan selepas kajian. Praktikum S3K1T4 mencatat peningkatan min sebanyak 81.1%, manakala pratikum S2DT2 mencatat sebanyak 57.89%. Hasil kajian ini mendapati bahawa kaedah pembelajaran inkuiri penemuan memberi kesan memberangsangkan terhadap pencapaian pelajar. OBJEKTIF 1. Untuk mencapai peningkatan skor min sebanyak 50% dalam ujian pos. 2. Untuk mencapai 50% pelajar boleh menentukan sebatian yang mempunyai takat didih yang tinggi melalui maklumat tekanan wap. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar sains Sesi 2019/2020, iaitu 20 orang pelajar Kolej Matrikulasi Selangor, dari praktikum S3K1T4 dan 18 orang pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dari praktikum S2DT2. LATAR BELAKANG Pendidikan STEM merupakan satu agenda penting yang ditekankan dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2023. Pembelajaran dengan situasi yang sebenar, realistik akan merangsang pemikiran pelajar untuk menyelesaikan masalah melalui hands-on, minds-on dan memberi pengalaman terus melalui sesi pembelajaran. Pembelajaran inkuiri penemuan membantu memperkasakan budaya STEM. Antara lima fasa ialah: penglibatan, penerokaan, penerangan, penilaian dan pengembangan. Amalan pembelajaran inkuiri penemuan berlaku apabila pelajar melibatkan diri dalam menemui dan menyiasat konsep melalui kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru bukan lagi memberi maklumat malah mereka memainkan peranan sebagai fasilitator seperti perangsang, pembentuk idea, penguji idea dan menyediakan peluang kepada pelajar bertanya soalan, membentang, berargumentasi dan berkomunikasi. 166 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Kami mendapati pelajar kurang berminat topik ini disebabkan terlalu abstrak dan membosankan. Minat pelajar terhadap topik ini akan semakin merosot jika pendekatan pengajaran tidak menitikberatkan konsep submikroskopik. Oleh itu, kami memberi fokus pada aktiviti hands- on yang membolehkan pelajar membina model molekul supaya mereka dapat mengimaginasikan proses submikroskopik sains dengan baik. Kaedah penemuan inkuiri ialah pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses penerokaan alam semulajadi dan berasaskan lima fasa iaitu: penglibatan, penerokaan, penerangan, penilaian dan pengembangan. Melalui kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada. Kaedah ini membantu pelajar menjadi lebih aktif, berfikir kritis dan menjadi pemimpin dalam proses pembelajaran. Kaedah ini dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman pelajar melalui aktiviti hands- on serta mampu menghubungkaitkan fenomena alam sekitar. Aktiviti hands-on ini dapat membantu pelajar menerokai ilmu sains secara submikroskopik dan meningkatkan daya imaginasi. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi Kit VPBP merupakan satu model yang digunakan oleh pelajar untuk membentangkan konsep bagaimana daya tarikan dalam molekul cecair memberi kesan kepada tekanan wap dan takat didih. Model ini terdiri daripada bola ping pong iaitu mewakili susunan gas dan cecair, plastisin mewakili kekuatan daya tarikan dan pembaris mewakili tenaga yang diperlukan untuk memutus ikatan. Bahan-bahan di dalam Kit VPBP amat menarik, ringkas dan senang digunakan. Kit VPBP sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti hands-on supaya pelajar melibatkan diri dalam proses membina konsep yang lebih konkrit. Jadual 1. Bahan-bahan di dalam Kit VPBP Bahan Nama Fungsi Magnetic ball • Atom atau molekul Plastisin Pembaris Kad jawapan • • • Daya tarikan Daya tarikan yang kuat: plastisin yang tebal Daya tarikan yang lemah: plastisin yang nipis • • Tenaga yang diperlukan untuk memutuskan daya tarikan antara atom Pembaris besar: tenaga yang diperlukan rendah Pembaris kecil: tenaga yang diperlukan tinggi • Jawapan bagi dua soalan yang tidak tersusun. • Rajah 1: Kit VPBP 167 Cara Inovasi Digunakan Kaedah penemuan inkuiri dengan 5E telah dilancarkan bersama Kit VPBP seperti Jadual 2: Jadual 2. Langkah-langkah 5E Langkah 5E Penerangan Engage (melibatkan) Kaedah inkuiri penemuan 5E bermula dengan pensyarah mengajukan beberapa soalan kepada pelajar untuk menggalakkan penglibatan pelajar berfikir. Explore (meneroka) Pelajar akan menggunakan bahan-bahan yang disediakan (Kit VPBP) untuk meneroka secara berkumpulan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan: Soalan 1:”Using the material giving, construct the model molecules between liquid and gas, which ping pong ball represent as molecules, plasticine represent as intermolecular force, ruler represent the force required to breaking the intermolecular force. Explain the effect of weaker intermolecular force towards vapour pressure and boiling point using the answer cards and model molecules.” Soalan 2: ”Using the material giving, construct the model molecules between liquid and gas, which ping pong ball represent as molecules, plasticine represent as intermolecular force, ruler represent the force required to breaking the intermolecular force. Explain the effect of stronger intermolecular force towards vapour pressure and boiling point using the answer cards and model molecules.” Explain (menerangkan) Elaborate (menghuraikan) Evaluate (menilai) Setiap kumpulan akan membuat pembentangan tugasan di hadapan kelas dengan melekatkan bahan-bahan daripada Kit VPBP dan menyusun kertas jawapan. Mereka dikehendaki menerangkan hubungkait antara daya tarikan, tekanan wap dan takat didih bagi mengikut soalan. Masa yang diperuntukan bagi sesi ini adalah selasa 15 minit. (a) (b) Rajah 2: Hasil pembentangan pelajar (a) daya tarikan lemah (b) daya tarikan kuat. Selepas sesi pembentangan selesai, pensyarah berkongsi satu pautan video dengan pelajar melalui aplikasi telegram praktikum. Setelah selesai menonton video tersebut, pensyarah telah mengajukan beberapa soalan kepada pelajar berkaitan dengan penggunaan teori ini dalam kehidupan seharian. Kaedah pembelajaran inkuiri penemuan 5E ini diakhiri dengan setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan Ujian Pos. Bentuk soalan yang sama seperti ujian pra tetapi sebatian lain diberikan. 168 Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM10 (satu Kit VPBP) Kit ini menggunakan bahan-bahan seperti bola ping pong, plastisin, dan kad jawapan. Bahan-bahan tersebut murah dan sesuai digunakan untuk kerja kumpulan. KEBERKESANAN Selepas menjalankan ujian pra dan ujian pos, kami mendapati aplikasi penemuan inkuiri ini telah membantu pelajar menguasai faktor daya tarikan terhadap takat didih dan tekanan wap. Praktikum S3K1T4 (Kolej Matrikulasi Selangor) mencatat peningkatan min sebanyak 81.1%, manakala praktikum S2DT2 (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) mencatat peningkatan min sebanyak 57.78%. Kolej KMS KMNS Jadual 3. Skor min bagi ujian pra dan ujian pos Praktikum Ujian Pra (%) Ujian Pos(%) S3K1T4 10.5 91.6 S2DT2 41.11 98.89 Peningkatan % 81.1 57.89 Perbandingan min ujian pra dan ujian pos 120 % Peratus 100 80 60 40 20 0 Ujian Pra Ujian Pos KMS 10.5 91.6 KMNS 41.11 98.89 Rajah 3: Perbandingan min bagi ujian pra dan ujian pos Keputusan pelajar pada peringkat awal (ujian pra) kurang memuaskan, kebanyakan pelajar mampu menentukan sebatian yang mempunyai takat didih yang tinggi berdasarkan nilai tekanan wap cecair tetapi lemah dalam penjelasan. Ini bermaksud, mereka kurang berdaya untuk menghubungkait antara daya tarikan dengan tekanan wap dan takat didih. Daripada peningkatan keputusan ujian pos, ini bermakna tahap penguasaan pelajar terhadap konsep tersebut telah meningkat. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Kit VPBP kit merupakan kit yang berpotensi digunakan di topik gas, cecair dan pepejal. Topik ini merupakan topik yang sukar diimaginasikan. Dengan mengintegrasikan Kit VPBP dengan kaedah penemuan inkuiri, pelajar dapat merasai bagaimana Kit VPBP membantu mereka dalam membina konsep yang abstrak kepada konkrit. Langkah 5E adalah bertujuan untuk melatih kebolehan pelajar menyelesaikan masalah kehidupan harian. Pelajar dapat menghubungkait konsep dengan kehidupan harian. Ini bermakna, kaedah ini dapat melatih pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Gabungan Kit VPBP dengan kaedah penemuan inkuiri boleh dikembangkan lagi kepada topik-topik yang yang melibatkan atom dan molekul. 169 RUMUSAN Hasil daripada pembelajaran penemuan inkuiri 5E, kami mendapati pelajar telah melibatkan diri secara aktif semasa perbincangan dan pembentangan. Kaedah ini melatih mereka berfikir dan membina konsep yang kukuh. Bagi pensyarah, kaedah inkuri telah banyak membantu kami untuk mendidik pelajar berfikir secara kritis, berkomunikasi, dan mampu menghubungkait teori dan kehidupan harian. Perlaksanaan teknik ini secara tidak langsung telah memotivasikan kami untuk terus memurnikan kaedah PdP ke arah yang lebih berkesan selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21). RUJUKAN Sneideman JM (2013) Engaging Children in STEM Education EARLY! Feature Story. Natural Start Alliance and NAAEE. Available from: http://naturalstart.org/feature-stories/engaging-childrenstemeducation-early. AHLI-AHLI KUMPULAN 170 PENGGUNAAN APPS MORAL VALUE (MORVALUE) DALAM SUBJEK PENDIDIKAN MORAL Syahrul Waheeda binti Mohd Ali Ang Lim Mei Xin Chang Ler Xuan Mok Xin Hui Riniisha A/P Muniandy Mohd Amir bin Zakaria Kolej Matrikulasi Johor ABSTRAK Nilai nilai murni merupakan intipati dalam topik pembelajaran Pendidikan Moral. Rata rata soalan yang dibangunkan untuk menilai kefahaman pelajar adalah berbentuk pemahaman situasi atau interpretasi terhadap beberapa situasi melalui proses pembentangan ataupun pilihan-pilihan jawapan objektif. Hal yang sama berlaku di kolej-kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Proses penilaian dalam subjek Pendidikan Moral di Matrikulasi adalah secara Penilaian Berterusan (PB) berasaskan pembentangan dan forum (Comunication n collaboration skill). Hasil tinjauan mendapati bahawa pelajar kerap kali tersilap mentafsir situasi yang diberi yang akhirnya menyebabkan pelajar tersilap di dalam membuat interpretasi terhadap maksud sebenar nilai murni yang dilihat terlalu umum dan membawa maksud yang sama terhadap semua nilai-niali yang ada di dalam subjek Pendidikan Moral itu sendiri. Kajian ini dijalankan bagi mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap setiap nilai nilai murni yang ada. Kajian ini merupakan kajian rintis yang disasarkan kepada 23 orang pelajar moral dari kuliah 1 yang gagal untuk mendapat markah yang cemerlang dalam pembentangan moral. Apps Morvalue ini digunakan sebagai alat pembelajaran di mana pelajar harus menjawab soalan situasi yang terdapat dalam apps tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemampuan pelajar untuk memahami semua nilai-nilai murni yang ada makin meningkat. Kemampuan membuat pembentangan didapati lebih cemerlang setelah menggunakan apps Morvalue yang diguna pakai. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan apps sangat membantu dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar dan memahami sumbjek Pendisikan Moral. Kaedah pengumpulan data yang digunakan di dalam kajian ini ialah secara kuantitatif dan kualitatif di mana data kuantitatif diperoleh melalui edaran kertas soal selidik dan kualitatif pula diperolehi melalaui temu bual terhadap responden yang dipilih. Kajian ini juga menunjukkan bahawa teknik belajar sambil bermain dalam aplikasi apps Morvalue ini dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar di dalam subjek Pendidikan Moral dengan lebih cemerlang. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Kajian: Untuk melihat keberkesanan kuiz bentuk apps dalam meningkatkan kesedaran moral dalam kehidupan. Objektif khusus kajian: 1. Dapat mengenalpasti pola pemikiran dan tindakan pelajar melalui teknik permainan dalam mengekalkan kefahaman secara teori dan amali 2. Dapat mempertingkatkan kualiti tahap minat pembelajaran pelajar dalam mendalami nilai-nilai murni moral yang dipelajari. 3. Dapat menarik minat motivasi pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni moral melalui penggunaan apps dalam telefon pintar. 171 KUMPULAN SASARAN Menurut Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran lebih menarik dan praktis. Pelajar cenderung memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu yang sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka. Beard dan Senioa (1980), mendapati bahawa kajian ahli psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar berkemungkinan besar boleh menggerakkan belajar atau mengekalkan motivasi yang baik ialah kaedah yang melibatkan mereka secara aktif (Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Oleh itu, dalam era mascapada yang canggih dalam sains dan teknologi, penggunaan kaedah bermain melalui apps telefon pintar dalam pengajaran jelas menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian dan meningkatkan tahap minat pelajar dalam proses memupuk sifat yang bermoral. LATAR BELAKANG Satu daripada objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. Semua murid wajid mengamalkan nilai murni sejak mereka kecil lagi. Pelajar dari sekolah rendah atau menegah harus belajar Pendidikan Moral atau Pendidikan Islam. Pendidikan Moral untuk pelajar bukan beragama Islam manakala Pendidikan Islam untuk pelajar beragama Islam. Semua pelajar harus mengetahui nilai murni dan menjadi seorang yang bermoral. MASALAH - MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian dalam pengalaman praktikum yang lepas, beberapa masalah ketika aktiviti mengetahui nilai murni dijalankan telah dikenal pasti. Pertama, murid-murid sekolah rendah sangat lemah dalam memahami nilai murni. Ketika guru mengajar nilai murni, mereka kurang berminat dalam kelas Pendidikan Moral kerana mereka tidak tahu dan tidak dapat mengaplikasikan nilai murni dengan betul. Kedua, murid tidak ada motivasi ketika belajar. Mereka tidak tahu akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan. Mereka juga hilang minat memahami apabila definisi nilai murni yang panjang. Selain itu, mereka kerap kali tersilap mentafsir situasi yang deberi yang akhirnya menyebabkan murid tersilap di dalam membuat interpretasi terhadap maksud sebenar nilai murni. Menurut Bahramy dan Araghi (2013), antara faktor yang mengurangkan minat pelajar dalam belajar Pendidkan Moral adalah pelajaran yang membosankan dan tidak sesuai digunakan dalam kelas, aktiviti dan bahan yang tidak menarik, dan persepsi negatif pelajar terhadap Pendidikan Moral. Oleh itu, penggunaan apps mengajar yang menarik seperti apps Morvalue diperlukan untuk memberi motivasi kepada murid-murid untuk belajar nilai murni. INOVASI YANG DILAKSANAAN Kajian adalah berbentuk Mixed-Method (Qualitatif dan Quantitatif) yang melibatkan 23 orang responden. Data kuantitatif menggunakan reka bentuk Pre-Experimental Design (Pretest-Treatment-Posttest). Analisis kajian diambil dari data kuantitatif melalui edaran kertas soal selidik ujian keberkesanan. Data qualitatif dianalisis dari temu bual terhadap semua responden yang terlibat. Ujian pra dan ujian post dilaksanakan bagi membuktikan keberkesanan apps yang duji dalam membantu proses pembelajaran nilai-nilai moral. Setiap pelajar akan diuji dengan senarai nilai-nilai murni yang dipelajari sebagai Pre– Test. 172 Rajah 1: Morvalue Apps Menyedia dan Merancang Strategi Proses Penilaian Apps Morvalue Aplikasi Pemantauan (Coaching) Menyelaras dan Menyapadu Rajah 2: Model Metakognitif Dalam Pengajaran dam Pembelajaran abad ke 21 a) Semua pelajar diberi peluang yang sama untuk melakukan quiz menggunakan MORVALUE untuk tujuan penilaian semula. b) Pelajar dikehendaki muat turun aplikasi MORVALUE melalui link yang diberikan ataupun mengimbas kod QR dalam telefon pintar yang bersistem Android. Pelajar menekan masuk apps tersebut dan tekan PLAY. Cara Muat Turun Apps dan Cara Main Quiz Morvalue 1) Muat turun apps melalui pengimbasan kod QR ataupun laman web yang disediakan. 2) Mengepastikan muat turun dengan tekan INSTALL. 3) Selepas muat turun, tekan buka apps OPEN. 4) MORVALUE telah dimuat turun 5) Bersedia mula dengan tekan PLAY. 6) Quiz terdapat beberapa bahagian. 7) Jawab soalan yang diberikan. HINT akan diberikan. 173 Rajah 3: Proses Penggunaan Apps MORVALUE Daripada pemerhatian pengkaji, i) Pelajar berasa teruja dan gembira apabila membuka MORVALUE untuk membuat soalan-soalan quiz yang diberiakan. MORVALUE yang mempunyai lagu latar belakang menambahkan lagi minat pelajar terhadap apps ini. ii) Pelajar dapat mengingat balik niai-nilai murni yang pernah dipelajari dengan baik. Pelajar yang menjawab pilihan yang salah memperoleh hint dan peluang kedua untuk mendapat jawapan yang betul. KEBERKESANAN Jadual 2 Hasil daripada analisa data ujian pre, didapati 25.00% (n = 4 pelajar) adalah tersekat pada kategori 1 iaitu pada kategori lemah. Pelajar lemah didapati tidak dapat menjawab mengeluarkan maklumat dari soalan dan juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjawab soalan tersebut. Berdasarkan temuramah dengan pelajar, didapati pelajar kurang terdedeh dengan nilai murni sejak mereka kecil lagi. Hasil daripada analisa data ujian pra, didapati 27.78% (n = 5 pelajar) adalah pada kategori 2 iaitu kategori sederhana. Pelajar sederhana didapati tidak dapat menjawab dengan baik. Hasil daripada analisa data ujian pos, didapati kategori lemah telah berkurang kepada 0% (n = 0 pelajar) kerana pelajar sudah mampu mengetahui nilai murni. Peningkatan sebanyak 50% bagi julat markah tinggi menunjukkan bahawa permainan apps Morvalue ini mampu membantu pelajar menjadi seorang yang bermoral. Jadual 2. Markah Pre Test dan post test relung pertama Julat markah (0-30) Julat 0 - 10 (0 – 40%) (lemah) Julat 11 - 20 (50% – 80%) (sederhana) Julat 21 - 30 (>90%) (cemerlang) Ujian Pre ( bil. pelajar & % ) 6 (26.09%) Ujian Pos (bil. pelajar & % ) 0 (0.00%) % Perbandingan 14 (60.87%) 6 (26.09%) -34.78% Menurun 3 (13.04%) 17 (73.91%) +60.87% Meningkat 174 -26.09% Menurun Selain itu, masa yang diambil untuk mempelajari nilai murni juga menunjukkan peningkatan. Walaupun semua pelajar mampu mengeluarkan nilai murni tetapi bermasalah dalam memilih jawapan betul yang menyebabkan mereka tidak mendapat markah penuh. Pensyarah terpaksa mengambil masa 4 minit untuk membincang soalan setiap pelajar. Berbanding dengan pelajar yang dalam kategori sederhana pensyarah hanya mengambil masa 2 minit sahaja untuk setiap pelajar semasa sesi penilaian. Jumlah masa yang diambil untuk menilai semua pelajar seramai 23 orang x 4 minit ialah 92 minit. Manakala masa yang diambil untuk menilai setiap seorang daripada pelajar menunjukkan penurunan dari 4 minit kepada 2 minit. Masa yang perlu diambil untuk menilai semua pelajar ialah selama 46 minit. Ini menunjukkan 46 minit dapat dikurangkan untuk tempoh penilaian. Ujian diteruskan dengan melakukan aktiviti relung kedua, di mana responden yang terlibat dalam permainan apps Morvalue ini adalah seramai 70 orang. Seramai 54 pelajar menjadi pemain, manakala 16 orang lagi menjadi teller. Data pre test dan post test di analisis untuk menguji keberkesanan permainan apps Morvalue ini di dalam peningkatan kefahaman nilai-nilai murni dalam pelajar. 70 60 50 40 Post test 30 Pre test 20 10 0 0 10 20 30 40 50 60 70 Rajah 4: Perbezaan data di antara pre test dan post test Jadual 3. Dapatan soal selidik kepuasan pelajar Bil 1 2 3 4 5 Soalan Penggunaan apps Morvalue seseuai digunakan dalam PdP Penggunaan apps Morvalue membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap nilai- nilai murni Pelaksanaan penggunaan apps Morvalue dijalankan dengan teratur dalam kalangan pelajar Penggunaan apps Morvalue sesuai dengan pengajaran abad ke-21 Apps Morvalue membantu dan memberi motivasi pelajar untuk mendalami mata pelajaran Pendidikan Moral ATS Bilangan (Peratus %) 1 (4) 1 (4) Skala TS S Bilangan Bilangan (Peratus %) (Peratus %) 1 7 (4) (31) 0 14 (0) (61) AS Bilangan (Peratus %) 14 (61) 8 (35) 1 (4) 0 (0) 19 (83) 3 (13) 1 (4) 1 (4) 3 (13) 2 (9) 1 (4) 9 (39) 18 (79) 11 (44) Jadual 3 menunjukkan dapatan daripada soal selidik yang telah dijalankan terhadap 23 orang responden yang menggunakan permainan apps Morvalue semasa di dalam kelas. Kebanyakan bersetuju bahawa 175 permainan ini dapat meningkatkan motivasi dan membantu menanam nilai-nilai murni dalam diri mereka serta menarik minat mereka untuk mempelajari Moral dengan cara yang lebih menarik. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral. Projek inovasi dapat memudahkan pengajaran guru-guru dalam bilik darjah dan juga membantu guru-guru supaya pengajaran mereka mudah difahami oleh pelajar. Bukan itu sahaja, murid-murid yang mempelajari mata pelajaran Pendidikan Moral juga boleh mendapat kebaikan daripada projek ini. Hal ini disebabkan kebanyakkan pelajar berpendapat bahawa Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang agak bosan dan terdapat juga pelajar yang tidak berminat untuk belajar Pendidikan Moral. Melalui penggunaan inovasi ini, murid-murid akan lebih berminat untuk belajar Pendidikan Moral. Aplikasi ini juga sangat mudah untuk dapatkan. Guru-guru dan murid-murid hanya perlu muat turun aplikasi ini melalui pautan atau kod QR yang diberikan. Guru-guru boleh meminta murid-murid untuk cuba bermain aplikasi ini selepas pengajaran sebagai latihan atau kuiz kepada murid-murid untuk mengukuhkan nilainilai murni mereka. Murid-murid juga boleh bermain aplikasi ini di rumah asalkan mereka ada pautan atau kod QR aplikasi ini. Soalan-soalan dalam aplikasi ini bukan sahaja membolehkan murid-murid untuk ingat nilai-nilai murni Pendidikan Moral ini dengan mudah dan senang tetapi juga dapat mengajar dan mengingatkan murid-murid agar memupuk prinsip Pendidikan Moral ini dalam kehidupan harian. RUMUSAN Penggunaan apps sememangnya diperlukan di dalam pembelajaran abad ke-21 kerana Malaysia tidak lagi taksub dengan trend exam oriented yang dilihat kurang bersepadu dan kurang menyeluruh (Saemah Rahman dan Fatimah Yassin (2007). Model Pengajaran dan Pembelajaran yang bersepadu seperti yang dicadangkan dalam MORVALUE adalah contoh model yang boleh di ketengahkan di semua peringkat atas tujuan Cooperative Learning dan pembelajaran sepanjang hayat, terutama dalam perspektif Pendidikan Moral. Pengkaji mendapati apps yang menjadi tema perbincangan adalah praktikal dan menark minat pelajar untuk belajar,. Pelajar tidak mudah bosan dan pensyarah dapat melihat kemampuan dan peningkatan kefahan dan penghayatan secara teori dan amali ketika pelajar di arena permainan dan juga di dalam kehidupan. RUJUKAN Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Pabil bin Adam, Uthayakumaran a/l Karuppiah & Vishalache a/p Balakrishnan. (2018). Pendidikan Moral Tingkatan 3. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Dr Ismail Sualman. (2019). Nilai murni yang kian menghakis. Retrieved March 10, 2020, from https://www.sinarharian.com.my/article/49861/KOLUMNIS/Nilai-murni-yang-kian-menghakis Hussin Maidin. (2019). Dskp kssm pendidikan moral t4 dan t5 min. Retrieved March 10, 2020, from https://www.slideshare.net/mobile/HussinMaidin/dskp-kssm-pendidikan-moral-t4-dan-t5-min Johan Istiadie & Fauti Subhan. (2016). Pendidikan Moral Perspektif Nasih Ulwan. Jurnal Pendidikan Agama Islam (Journal of Islamic Education Studies), 1(1), 45-60. Retrieved from https://doi.org/10.15642/jpai.2013.1.1.45-60 Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 11, 117-130. Retrieved from https://www.academia.edu/download/56633508/JURNAL_PERANAN_SEKOLAH.PDF Nilai dan Definisi Pendidikan Moral. (n.d.). Retrieved March 7, 2020, from https://soalanspm.com/senarai-nilai-dan-definisi-pendidikan-moral/ Norfaizah Fadzil. (2015). Nota Moral SPM. Retrieved March 10, 2020, from https://www.slideshare.net/mobile/paezah13/nota-moral-spm 176 SMK Bukit Jalil. (2013). 36 Nilai Dalam Pendidikan Moral. Retrieved March 7, 2020, from http://panitiapendidikanmoralsmkbj.blogspot.com/2013/01/36-nilai-dalam-pendidikan-moral.html Sufean Hussin. (1989). Pengajaran nilai dalam kurikulum. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. AHLI-AHLI KUMPULAN Syahrul Waheeda binti Mohd Ali Ang Lim Mei Xin Mok Xin Hui Riniisha A/P Muniandy 177 Chang Ler Xuan EZ FLIP Seow Sieu Kian Catherine Lau Kai Xing Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK Inovasi yang dihasilkan ialah EZ Flip. Melalui inovasi yang diperkenalkan ini, teknik peniruan penulisan sajak bagi murid tahun Tiga dapat dipertingkatkan. Murid-murid dapat menulis sajak melalui kaedah meniru tulisan sajak guru. Tulisan sajak yang dibina oleh murid-murid dapat dijadikan sebagai satu Flipbook melalui penggunaan Flipsnack. Inovasi ini boleh digunakan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan , Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam menulis sajak dengan menggunakan teknik peniruan sajak. Kod QR juga dibuat supaya Flipbook senang diakses oleh ibu bapa. Melalui Kod QR, ibu bapa dapat mengetahui tentang hasil karya sajak anak-anak mereka. Selain itu, inovasi ini dapat dimanfaatkan oleh murid-murid sekolah menengah dari segi peningkatan dalam kemahiran menulis sajak. Hal ini dapat menarik minat murid dan meningkatkan kemahiran menulis sajak dengan lebih berkesan. OBJEKTIF 1. Untuk meningkatkan kefasihan menulis sajak murid-murid. 2. Untuk menggalakkan minat murid dalam kemahiran menulis sajak. 3. Untuk membolehkan murid berimaginasi kreatif dalam kemahiran menulis sajak. KUMPULAN SASARAN Murid-murid sekolah rendah. LATAR BELAKANG Matlamat keseluruhan Kursus Bahasa Mandarin untuk Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid menguasai asas yang baik dalam bahasa Cina dan menguasai kemahiran mendengar, berbicara, membaca dan menulis dalam bahasa Cina yang standard dan mengembangkan penguasaan Bahasa Cina dengan baik. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Mengimbas kembali pengalaman mengajar lepas, saya mendapati murid-murid kurang fasih dan tidak mempunyai idea sendiri untuk mengarang sajak dengan kreativiti diri sendiri. Murid-murid tidak dapat menulis sajak dalam masa yang ditetapkan. Banyak perkataan Bahasa Cina juga tidak ditulis disebabkan mereka kurang latihan dalam kemahiran menulis. Hal ini demikian, murid-murid sentiasa menghadapi kesusahan dalam menulis sajak dengan menggunakan perbendaharaan kata Bahasa Cina secara betul. Selain itu, murid-murid juga kurang berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid-murid menunjukkan sikap yang pasif dan tidak memberikan perhatian sepenuhnya ketika saya sedang mengajar. Apabila murid-murid dipanggil untuk menjawab soalan, murid-murid akan terus menunjukkan bahasa badan yang tidak mahu mengikut arahan guru seperti menggeleng kepala sebagai isyarat tidak mahu menjawab soalan. Justeru, saya telah menghasilkan satu projek inovasi yang mengaplikasikan “Flipsnack” bagi menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dan menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran yang dijalankan. Menurut Gunalan A/L Raja Girudran (2011) pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir 178 semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998). Melalui penggunaan “Flipsnack”, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan murid. Guru akan menggunakan cara teknik meniru untuk mengajar murid menulis sajak dan mengumpulkan hasil murid-murid. Akhirnya, guru akan paparkan hasil murid-murid ke app “Flipsnack” dalam bentuk “Flipbook”. Hal ini dapat menarik minat murid dan meningkatkan kemahiran menulis murid dengan lebih berkesan. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi • Aplikasi: Flipsnap (untuk hasilan Flipbook), Movie Maker (untuk hasilan video) dan QR Code Generator (pengimbas kod QR) Cara Inovasi Digunakan • Guru mempaparkan Flipbook. • Murid-murid membaca sajak dalam kaedah Flipbook yang dihasilkan melalui Flipsnack. • Murid-murid meniru sajak. • Guru muat naik hasil murid ke Flipsnack. • Ibu bapa mengimbas Kod QR yang telah diberi kepada murid untuk melihat hasil murid-murid. Rajah 1: Penggunaan Flipbook dalam kelas Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM 0 Flipbook ini dapat dihasilkan dengan murah kerana hanya memerlukan internet dan kertas. Aplikasi pengimbas kod QR boleh didapati secara percuma, yang diperlukan hanyalah telefon pintar dan capaian internet. KEBERKESANAN Seramai lapan orang murid Tahun 3 dari sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang terlibat dalam projek inovasi ini. Ujian pra dan ujian pasca iaitu menulis sajak telah digunakan untuk melihat peningkatan kemahiran murid dalam menulis sajak dengan menggunakan teknik peniruan penulisan sajak. Masa telah dicatat dalam dua ujian ini. Selepas data dianalisis, rajah berikut menunjukkan keputusan murid dalam membaca. 179 Rajah 2: Perbandingan masa ujian oleh setiap peserta dalam ujian pra dan ujian pasca Rajah 3: Purata min ujian pra dan ujian pasca Rajah di atas membandingkan skor ujian sebelum dan selepas penggunaan Flipbook di dalam pengajaran dan pembelajaran manakala Rajah menunjukkan purata min skor sebelum dan selepas ujian. Secara umumnya, masa yang digunakan oleh murid dalam menulis sajak menurun selepas penggunaan Flipbook dilaksanakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru dan ibu bapa kerana ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di dalam bilik darjah mahupun di rumah. Penggunaan inovasi ini juga tidak terhad kepada satu pengajaran dan satu mata pelajaran sahaja kerana ciri-ciri fleksibiliti yang terdapat pada inovasi ini membolehkan guru untuk menukar isi pelajaran teks dan gambar yang diinginkan bergantung kepada topik dan mata pelajaran yang ingin diajarkan. Selain itu, inovasi ini turut boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka membaca di rumah dengan mengimbas kod QR yang telah disediakan oleh guru. 180 RUMUSAN Masalah yang dihadapi oleh murid-murid perlu diatasi dengan segera agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekirannya murid-murid tidak menghasilkan sajak dengan idea diri sendiri, sudah pastinya murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis. Dengan adanya teknik peniruan dan pengguanaan “Flipsnack”, murid-murid dapat belajar dan berminat serta berusaha untuk meningkatkan kemahiran menulis diri sendiri. Saya berharap agar murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan lebih berkesan melalui projek inovasi “Flipsnack” dalam proses pengajaran dan pembelajaran. RUJUKAN Azhar, M. H. (2013). Apa itu kesihatan? Retrieved from Flipsnack: https://cdn.flipsnack.com/widget/v2/widget.html?hash=fxp8v0q5t&t=1571214850 Byrne, R. (2011, 5 13). Flip Snack - Add Page Turning Effects to Your PDFs. Retrieved from Free Technology for Teachers: https://www.freetech4teachers.com/2011/05/flip-snack-add-page-turningeffects-to.html Embi, M. A. (2015, 1 20). Aplikasi Pembangunan Kandungan Web 2.0. Retrieved from SlideShare: https://www.slideshare.net/ProfDrAmin/aplikasi-pembangunan-kandungan-web-20 Flipsnack. (2011). Flipsnack. Retrieved from Capterra: https://www.capterra.com/p/176854/Flipsnack/ Miles, S. (2011, 6 2). FlipSnack – Flipbooks for All. Retrieved from APPVITA: https://www.appvita.com/2011/06/02/flipsnack-embedded-pdf-books-for-all/ AHLI-AHLI KUMPULAN 181 SEE ME, HEAR ME Seow Sieu Kian Si Hong Ying Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK Projek “See me, hear me” digunakan untuk meningkatkan pemikiran logik murid-murid prasekolah. Pemikiran logik murid-murid prasekolah dapat dikembangkan semasa mereka mencantumkan Jigsawpuzzle yang akhirnya akan menjadi lukisan terakhir sesuatu cerita yang disampaikan dengan menggunakan Butai Kamishibai. Jangkaan terhadap pengakhiran sesuatu cerita berdasarkan jalan cerita dan perkembangan cerita yang telah diberitahu juga merangsang pemikiran logik murid-murid. Gabungan Kod QR dengan sesuatu cerita pula membolehkan murid-murid serta pihak lain seperti ibu bapa melihat semula penyampaian pengakhiran sesuatu cerita yang telah disampaikan oleh murid-murid prasekolah sendiri dengan menggunakan Butai Kamishibai. Tegasnya, projek inovasi ini dapat meningkatkan pemikiran logik murid-murid prasekolah di samping meningkatkan kemahiran bercerita dan keyakinan murid-murid untuk bercerita. OBJEKTIF 1. Meningkatkan kemahiran pemikiran logikal dalam kalangan murid-murid prasekolah. 2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan murid-murid prasekolah. 3. Meningkatkan kemahiran bercerita murid-murid prasekolah. 4. Meningkatkan keyakinan diri murid-murid prasekolah melalui aktiviti bercerita. KUMPULAN SASARAN Murid-murid prasekolah LATAR BELAKANG Pada usia peringkat prasekolah, perkembangan pemikiran murid-murid adalah pesat dan menyebabkan murid-murid mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran mereka. Perkembangan pemikiran logikal membantu murid-murid prasekolah dalam membuat penaakulan untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka (Hazwan, 2014). MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Melalui pemerhatian dan perbincangan dengan guru prasekolah, pengkaji mendapati bahawa murid-murid prasekolah kurang mahir dalam pemikiran logik. Mereka tidak dapat menghubungkait antara sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku. Hal ini menyebabkan murid-murid prasekolah tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul atau membuat sesuatu keputusan yang betul dan tepat berdasarkan bukti yang nyata dalam kehidupan seharian mereka. Bukan itu sahaja, kelemahan dalam pemikiran logik turut menyebabkan murid-murid prasekolah lemah dalam mata pelajaran yang melibatkan penguasaan konsep-konsep yang bersifat fakta seperti mata pelajaran matematik dan sains. Menurut Aminuddin (2015), pemikiran logik memainkan peranan yang penting dalam membangunkan pemikiran dan kemahiran menyelesaikan masalah kritikal. Menurut Alison (2016), pemikiran logik ialah seseorang membuat pemerhatian dan menganalisis sesuatu fenomena, reaksi serta maklum balas dan seterusnya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian tersebut. Oleh itu, Projek “See me, hear me” perlu dijalankan untuk mengembangkan pemikiran logik murid-murid prasekolah supaya mereka dapat memahami kesan sesuatu tindakan mereka dan mengetahui sesuatu fenomena yang berlaku di dunia ini. 182 INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang digunakan dalam penghasilan inovasi • Kotak kertas besar, tali, hot glue gun, Spray cat Cara Inovasi Digunakan 1. Guru menyampaikan cerita dengan menggunakan Butai Kamishibai. 2. Lukisan terakhir disembunyikan dan dijadikan sebagai satu Jigsaw Puzzle. 3. Murid mencantumkan Jigsaw Puzzle untuk mengetahui pengakhiran cerita. 4. Murid bercerita tentang pengakhiran cerita berdasarkan Jigsaw Puzzle yang telah dicantumkan. Rajah 1 : Guru menyampaikan cerita dengan menggunakan Butai Kamishibai. Rajah 2 : Murid mencantumkan Jigsaw Puzzle untuk mengetahui pengakhiran cerita. Rajah 3 : Murid bercerita tentang pengakhiran cerita berdasarkan Jigsaw Puzzle yang telah dicantumkan. 183 Kos Penghasilan Inovasi Kos : RM 10 Butai Kamishibai ini dapat dihasilkan dengan murah kerana kebanyakan bahan menggunakan bahan kitar semula. Hanya kos untuk membeli cat Spray dan hot glue gun sahaja. KEBERKESANAN Seramai dua orang murid praskeolah dari sebuah Sekolah Kurang Murid yang terlibat dalam projek inovasi ini. Ujian pra dan ujian pos, iaitu mencantumkan Jigsaw Puzzle dengan betul dan tepat telah digunakan untuk menguji dan melihat pemikiran logikal murid-murid sebelum dan selepas melaksanakan Projek “See me, hear me”. Pengkaji telah mengambil gambar hasil cantuman Jigsaw Puzzle murid-murid dalam dua ujian ini. Perbandingan antara hasil cantuman Jigsaw Puzzle menunjukkan peningkatan muridmurid dari segi pemikiran logikal. Rajah 4: Hasil cantuman Jigsaw Puzzle murid pra sekolah yang kurang betul dan tidak tepat pada ujian pra. Rajah 5 : Hasil cantuman Jigsaw Puzzle murid pada ujian pos. Rajah 4 dan Rajah 5 menunjukkan hasil cantuman Jigsaw Puzzle murid-murid pada ujian pra dan ujian pos. MARKAH (%) PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA 100 100 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 80 60 40 40 20 20 A Ujian Pra B C PESERTA PROJEK INOVASI Ujian Pasca D Rajah 6: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos 184 Rajah 6 menunjukkan perbandingan antara hasil cantuman Jigsaw Puzzle murid-murid dalam dua ujian ini menunjukkan peningkatan dan perkembangan pemikiran logikal murid-murid prasekolah. Muridmurid prasekolah telah dapat mencantumkan Jigsaw Puzzle dengan betul dengan menggunakan pemikiran logikal mereka. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru dan ibu bapa kerana ia mampu menarik minat murid-murid prasekolah untuk mempelajari sesuatu melalui kaedah belajar melalui bermain. Murid-murid berpeluang untuk bermain Jigsaw Puzzle dalam mengembangkan pemikiran logikal mereka. Bukan itu sahaja, penggunaan inovasi ini juga tidak terhad kepada pengembangan pemikiran logikal murid-murid prasekolah sahaja, malah ia dapat meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk bercerita berdasarkan hasil cantuman Jigsaw Puzzle serta meningkatkan kemahiran bercerita murid-murid prasekolah. Ibu bapa boleh menghasilkan lukisan cerita dan Jigsaw Puzzle tentang pengakhiran cerita di rumah sendiri untuk digunakan oleh anak-anak mereka. RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat membantu murid-murid prasekolah untuk meningkatkan kemahiran pemikiran logikal. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif murid-murid prasekolah. Tambahan lagi, projek inovasi ini turut dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan murid-murid untuk bercerita serta kemahiran bercerita murid-murid prasekolah. Kesemua kemahiran ini mampu memberi manfaat kepada murid-murid prasekolah dalam pembelajaran dan juga kehidupan seharian mereka. RUJUKAN Alison, D. (2016, Jun 16). Definisi, Kemahiran, dan Contoh Pemikiran Logik. Retrieved from Chalized: https://ms.chalized.com/definisi-kemahiran-dan-contoh-pemikiran-logik/ Aminuddin, M. (2015, Mac 20). Meneroka pemikiran logik melalui penggunaan aplikasi mudah alih. Retrieved from Universiti Putra Malaysia: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50991/ Hazwan, J. (2014, Disember 12). Pemikiran Manusia. Retrieved from Ilmu Tentang Pemikiran: http://ilmufalsafah.blogspot.com/2014/12/pemikiran-manusia.html 185 AL-QALIQ Che Noorwani binti Che Wil Halim bin Wan Ibrahim Nik Hassan bin Seman Nik Azhar bin Nik Ab. Rahman Noor Zamrina binti Jusoh Zaleha binti Mohd Noor IPGK Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan. ABSTRAK Al-QaliQ adalah Asas Latihan - Tulis dan Baca iaitu singkatan daripada perkataan Qalam dan Igra’. AlQaliQ bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M terutamanya murid pendidikan khas, pemulihan khas dan murid sekolah rendah yang belum menguasai kemahiran asas 3M. Penghasilan Al-QaliQ adalah berdasarkan beberapa teori iaitu Teori kognitif, Teori Behavior dan Teori Konstruktif. Bahan bantu mengajar (BBM) dibina adalah berasakan gabungan bahan konkrit dan juga aplikasi TMK. Ini bersesuaian dengan dasar pendidikan abad ke 21 (PAK 21). Al-QaliQ boleh diaplikasikan dalam PdPc dengan menekankan kepada kaedah mengalami dan menghayati. Rumusannya penggunaan Al-QaliQ telah meningkatkan penguasaan 3M, menarik minat murid untuk belajar dan murid berasa seronok belajar. Al-QaliQ bukan sahaja menekankan kepada kemahiran asas 3M tetapi juga memberi penekanan kepada pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Justeru itu Al-QaliQ sangat sesuai untuk semua murid bukan sahaja murid pendidikan khas dan pemulihan khas tetapi juga untuk murid peringkat pra sekolah sehinggalah peringkat sekolah rendah. OBJEKTIF AL-QaliQ ini berfokus kepada kemahiran asas 3M dan juga kemahiran berfikir. AL-QaliQ bertujuan untuk penambahbaikan dari aspek-aspek berikut: • Meningkatkan kebolehan murid dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). • Setiap murid perlu diberi peluang yang sama untuk belajar. • Memudahkan murid belajar dan latihan berulang memberikan kesan ingatan jangka panjang murid. • Memotivasikan pelajar untuk teruskan usaha dan terus belajar tanpa jemu • Murid seronok belajar. KUMPULAN SASARAN Murid pendidikan khas, murid pemulihan dan murid sekolah rendah yang belum menguasai kemahiran 3M. LATAR BELAKANG Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Walau bagaimanapun tidak semua murid dapat menguasainya. Kebanyakan murid masalah pembelajaran, murid pemulihan dan ada murid aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran asas 3M. Berdasarkan pengalaman kami dalam bidang pendidikan khususnya bidang pendidikan khas dan pengalaman kami dalam penyeliaan guru-guru pelatih maka kami dapat ilham menghasilkan AL-QaliQ. Ilham projek ini adalah untuk membantu murid yang tidak menguasai kemahiran 3M. Ini juga bertujuan supaya murid tidak disisihkan dan kami percaya Al-QaliQ dapat membantu meraka. Setiap murid mampu belajar sekiranya kaedah dan intervensi yang kita berikan itu adalah bersesuaian dengan pemasalahan mereka. 186 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Gagal kemahiran membaca dan menulis merupakan salah satu masalah yang dialami oleh murid pendidikan khas dan murid pemulihan khas dan murid sekolah rendah aliran perdana. Nurul Haniza Samsuddin, Puteri RoslinaAbdul Wahib& Salina Jaafar (2018) menyatakan bahawa murid pemulihan khas merupakan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M. Antara masalah adalah masalah membaca. Masih ada murid yang tidak boleh menyebut dan membaca perkataan dengan betul. Mereka tidak dapat mengecam huruf. Menurut Nor Laila Kuslan (2014), ada murid yang belum mengenal huruf dan tidak faham huruf besar dan huruf kecil. Walau bagaimanapun mereka boleh menyebut dan membunyikan huruf dengan bantuan dan bimbingan guru. Masalah menulis pula, huruf tidak dapat dibaca dan bercampur huruf besar dan huruf kecil, Ini menyebakan mereka sukar membaca apa yang mereka tulis, tulisan yang tidak kemas dan tidak boleh dibaca. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Komponen Bahan Inovasi Al-QaliQ l-QaliQ terdiri daripada beberapa komponan BBM iaitu; pertama adalah bahan berasaskan pengalaman konkrit seperti papan tulis dan buku tulis yang dinamakan Q-SBT iaitu Q adalah kualiti dan SBT adalah singkatan daripada Saya Boleh Tulis. Papan tulis adalah bahan yang telah dihasilkan untuk melatih murid murid yang mengalami masalah dalam menulis huruf dengan betul. Kedua adalah Buku Latihan membaca. Buku ini mengandungi 2 set iaitu Ajarlah Saya Siri 1dan Siri 2 adalah bahan bantu berbentuk konkrit dan juga Modul Terapi Pergerakan Lidah (TPL). Al-QaliQ juga mengandungi bahan yang berbentuk bahan interaktif mengunakan aplikasi TMK. Buku Siri 1 dan siri 2 Papan Tulis Q-SBT Interktif Komputer Rajah 1: Modul terapi TPL Cara Inovasi Al-QaliQ digunakan a. Latihan Terapi Pergerakan L (TPL) a. Menyebut Vokal 187 interaktif Smart fon b. Membatang suku kata Aktiviti Penulisan C Aktiviti Menulis Kos Penghasilan Inovasi Dibina berdasarkan pengalaman kami pensyarah dalam bidang pendidikan khas dan pemulihan khas. Pada peringkat permulaan kos permulaan tidak melebihi RM25 (Dua puluh lima ringgit). KEBERKESANAN Penghasilan Al-QaliQ dapat membantu murid meningkatkan keupayaan dan kebolehan dalam menyebut abjad dengan betul, membunyikan abjad vokal dan membatang suku kata, perkataan dan seterusnya membaca ayat pendek, Dari aspek menulis murid perlu sentiasa melatih diri dengan aktiviti menulis huruf, perkataan dengan betul dan kemas dengan menggunakan Q-SBT. Hasil daripada pemerhatian, lembaran kerja murid dan temu bual dengan guru dan murid selepas melaksanakan intervensi didapati peserta kajian telah menunjukkan hasil yang positif. Ini menunjukkan Al-QaliQ mampu membantu murid pendidikan khas, murid pemulihan khas dan juga murid yang gagal menguasai kemahiran 3M dalam meningkatkan penguasaan kemahiran asas 3M. Penggunaan Al-QaliQ juga dapat mengurangkan masalah emosi, meningkatkan keupayaan interaksi dengan guru, rakan dan orang-orang sekitar. Murid juga berkeyakinan dalam aktiviti berkumpulan. Rajah 1 dan Rajah 2 dapat menjelaskan dapatan hasil pencapaian murid sebelum dan selepas menggunakan aplikasi Al-QaliQ dalam PdPc Bahasa Melayu ke atas peserta kajian. M M eny em eb b u M un t… em yik b a… M atan en g y … M eb e n ut y … M e bu em t… M bin em a… M bin e a M mb … em i n ah a… Be am rc i… er ita … 120 100 80 60 40 20 0 Peratus Sebelum Peratus Selepas Rajah 2: Graf Pencapaian murid sebelum dan selepas- respoden murid pendidikan 188 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Al-QaliQ merupakan hasil inovasi yang sangat berpotensi untuk disebarluaskan kepada golongan pendidik, ibu bapa dan pengusaha pendidikan pra sekolah. Al-QaliQ sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di mana-mana tempat sama ada bilik darjah, di rumah dan juga di pusat-pusat asuhan kanakkanak. Al-QaliQ ini turut membantu ibu bapa bekerja dan suri rumah untuk mendidik anak-anak mereka di rumah. Selain itu Al-QaliQ ini dapat membantu guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu sebagai Bahasa ke dua bagi meningkatkan penguasaan murid-murid dari negara luar. RUMUSAN Al-QaliQ dibina berasaskan beberapa teori pendidikan dan konsep inovasi dalam pendidikan. Al-QaliQ ini terhasil melalui proses penyelidikan dan pemerhatian. Al-QaliQ ini mempunyai ciri-ciri keaslian dari segi reka bentuk dan idea diadaptasi daripada pengalaman kami dan juga koloborasi kami antara IPGKKB dan juga Sekolah. Al-QaliQ ini mempunyai kelebihan tersendiri dan dapat digunakan dengan mudah di bilik darjah, di rumah atau di mana-mana tempat untuk belajar. Al-QaliQ mampu meningkatkan keupayaan dan keyakinan diri murid dalam mengurus diri dan menguasai kemahiran seperti kemahiran sosial, kemahiran berinteraksi dengan rakan-rakkan lain dan persekitarannya. Al-QaliQ ini juga dapat meningkatkan keupayaan murid kefahaman melalui pengalaman dan penghayatan. Selain itu Al-Qalid juga memotivasikan murid untuk belajar dan mewujudkan suasa pembelajaran yang menyeronokan. RUJUKAN Abdullah Yusoff, Nik Hassan Seman & Che Noorwani Che Wil (2020). Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Komuniti Selatan Thai : Satu Cadangan. Pembentangan Kolokium Antarabangsa Peradaban Wilayah Timur 2020. IPG Kampus Kota Bharu. Che Noorwani Che Wil (2009). Masalah Bacaan Bahasa Melayu Murid Pemulihan Tingkatan Satu Di Sebuah Sekolah Di Daerah Besut. Tesis yang belum diterbitkan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Nor Laila Kuslan (2014). Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sebuah Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Tesis PhD yang belum diterbitkan Universiti Malaya Kuala Lumpur Nurul Haniza Samsuddin, Puteri RoslinaAbdul Wahib & Salina Jaafar (2018) Pengaplikasian Model Awal Kit Asas Membaca dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Sains insani Vol 3 No 1:01-09 AHLI-AHLI KUMPULAN Che Noorwani binti Che Wil Nik Hassan bin Seman Halim bin Wan Ibrahim Noor Zamrina binti Jusoh 189 Nik Azhar bin Nik Ab. Rahman Zaleha binti Mohd Noor TIC TAC TOE DALAM MENSTRUAL CYCLE Noor Aini binti Kamin Mulyani binti Muhamad Effendi Rohayu binti Yusof Nor Hasni binti Lizar Unit Biologi Kolej Matrikulasi Johor ABSTRAK Tic Tac Toe diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman dan merangsang daya pemikiran pelajar terhadap subjek Biologi terutamanya dalam subtopik Menstrual cycle. Subtopik ini memerlukan keupayaan pelajar untuk memahami, menghafal dan mengingat setiap peristiwa yang berlaku mengikut turutan yang betul. Ia bergantung kepada tahap kecerdasan setiap pelajar. Tinjauan awal yang dijalankan mendapati pelajar sukar untuk memahami graf uterine cycle dan ovarian cycle yang agak kompleks yang mana ianya berkaitan antara satu sama lain. Walaupun telah diterangkan beberapa kali, namun pelajar masih kabur untuk memahaminya. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar berdasarkan kepada kaedah bantuan aplikasi permainan Tic Tac Toe dalam penerangan Menstrual cycle. Kajian ini disasarkan kepada 70 orang responden, iaitu tiga kelas praktikum di mana 25 orang pelajar bertindak sebagai kelas kawalan manakala 45 orang lagi bertindak sebagai kumpulan intervensi. Penilaian dijalankan secara ujian pra dan ujian pos. Markah yang diperolehi akan digunakan sebagai data kajian. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian ‘SPSS’ dan perbandingan dibuat menggunakan markah purata dan peratus peningkatan tahap pencapaian pelajar bagi ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan kajian tersebut, dapatan yang diperolehi menunjukkan peningkatan skor yang memberangsangkan di antara ujian pos berbanding ujian pra. Selain itu penyelidik juga mendapati pelajar menerangkan semula graf mentrual dan ovarian cycle dengan baik. Kajian ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan pemahaman mereka tentang subtopik Menstrual cycle. OBJEKTIF 1. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam mengaitkan setiap graf yang terlibat dalam Menstrual cycle 2. Untuk memudahkan pelajar menerangkan semula proses Mestrual cycle secara teratur semasa menjawab soalan esei 3. Untuk menarik minat pelajar dalam subtopic ini 4. Untuk membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran sendiri KUMPULAN SASARAN 1. Pelajar sekolah menengah 2. Pelajar matrikulasi 3. Pelajar asasi sains LATAR BELAKANG Kemahiran pelajar untuk memahami sesuatu proses memerlukan usaha yang berterusan untuk memastikan pelajar tersebut mampu memahaminya dan seterusnya mentaksirkan semula apa yang telah difahami. Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Pengalaman yang dilalui oleh penyelidik semasa menjadi pensyarah diprogram matrikulasi memberikan idea untuk membantu pelajar-pelajar agar dapat menerima keadaan pembelajaran yang berbeza dengan sistem persekolahan. Matrikulasi adalah satu program yang dijalankan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berpotensi dan berkeupayaan sama ada dari segi jasmani, rohani dan emosi. Pelajar-pelajar ini perlu belajar dalam keadaan yang pantas tetapi dapat mencapai segala ilmu yang disampaikan. Pelajar-pelajar 190 matrikulasi terdiri daripada pelajar yang berbeza prestasi pencapaiannya berdasarkan kepada keputusan SPM mereka. Model Tic Tac Toe merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan aplikasi permainan Tic Tac Toe yang menjadi panduan dalam meningkatkan penguasaan pemahaman pelajar mengenai ‘roles of hormones in the ovarian and uterine/menstrual cycles’. Kaedah Tic Tac toe yang digunakan sewaktu merangka ayat untuk proses ini adalah bagi memudahkan pelajar menyusun proses-proses yang terlibat mengikut susunan yang betul. Menurut kajian oleh Azura dan Sabariah (2014) gambaran imej visual yang wujud dalam bentuk gambar atau gambarajah, lakaran dan jadual boleh membantu individu dalam usaha untuk memahami konsep biologi. Tic Tac Toe menggunakan board game yang berukuran 3×3 dimana pemain harus mengisi kotak-kotak tersebut dengan simbol ‘X’ dan ‘O’ sehingga karakter yang dimasukkan pemain dapat membentuk garis lurus horizontal, vertikal ataupun diagonal. Menggunakan permainan ini, penyelidik telah mengaplikasikannya di dalam graf ovarian and uterine/menstrual cycles’. Penyelidik telah mengubahsuai aturan permainan ini supaya dapat diterapkan dalam kotak-kotak berukuran 6x4 yang dipadankan dengan graf ‘ovarian and uterine/menstrual cycles’. Penyelidik menggunapakai penggunaan kotak-kotak, simbol ‘X’ dan’ O’ dan menambahbaik dengan menggunakan urutan nombor yang berfungsi untuk memberi susunan yang betul semasa menerangkan proses yang berlaku supaya pelajar tidak tercicir dari konsep yang asal. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh penyelidik semasa pembelajaran tentang Female Reproductice Cycle iatu lebih berfokus kepada graf ovarían and menstrual/uterine cycle mendapati kesukaran yang dialami oleh pelajar untuk menerima maklumat dan seterusnya memahami konsep graf tersebut. Graf ini mengandungi empat pecahan graf di mana ia terdiri daripada graf mengenai aras hormon FSH dan LH, graf mengenai aras hormon estrogen dan progesteron, graf mengenai perkembangan yang berlaku terhadap folikel di dalam ovari dan akhirnya graf mengenai proses yang berlaku di dinding endometrium/uterus wanita. Namun kesemua graf ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan pelajar perlu memahami, seterusnya mengetahui bagaimana untuk mengaitkan setiap proses yang berlaku dalam ke empat-empat graf tersebut. Kesukaran semakin bertambah kerana pelajar akan gagal menerangkan semula proses tersebut dan akhirnya gagal untuk mengaitkan antara proses dan hormon yang terlibat. Penyelidik mendapati apabila pelajar tidak dapat memahami graf tersebut, maka secara tidak langsung minat mereka untuk mempelajari secara serius graf tersebut juga berkurangan. Mereka hanya menghafal sahaja fakta yang diberikan oleh pensyarah tanpa memahaminya. Ini menyebabkan seringkali berlakunya kesilapan semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan. Apabila diminta untuk menerangkan semula graf tersebut, ia menjadi satu masalah yang besar untuk pelajar-pelajar tersebut. Oleh itu penyelidik mendapati bahawa tahap penguasaan pelajar terutamanya dalam proses mengeluarkan semula maklumat yang diterima tidak berlaku dengan baik. Oleh itu pensyarah perlu menggunakan banyak masa untuk menerangkan proses tersebut berulangkali dan menyebabkan berlakunya kelewatan pembelajaran. Berdasarkan kepada temubual yang dijalankan kepada pensyarah-pensyarah Biologi, mereka juga mengakui bahawa pelajar-pelajar mempunyai kelemahan yang ketara untuk memahami graf tersebut sedangkan ia merupakan proses yang berhubungkait antara satu sama lain. Permasalahan ini dihadapi oleh pensyarah pada setiap tahun. Berdasarkan temubual dengan pelajar-pelajar juga, mendapati bahawa mereka berhadapan dengan kesukaran yang serius untuk memahami graf tersebut. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi 191 ● ● Kain Bunting (untuk permainan dalam 1 kumpulan besar), Kertas putih A4/A3 (untuk permainan dalam kumpulan kecil) Aplikasi: Scanova (penjana kod QR), QR Code Scanner (pengimbas kod QR) dan iDice (dadu) Pengajaran secara konvensional dan inovasi yang pertama 1. Graf Menstrual cycle (asal) 2. Inovasi 1: Graf dilapik plastik. 3. Graf yang dilukiskan tic tac toe dan diberikan penerangan 4. Penerangan tersebut ditulis diatas kertas tersebut oleh pelajar Pengajaran secara inovasi yang menggunakan aplikasi digital (inovasi kedua) 1. Graf yang telah diinovasikan dengan animasi tic tac toe dalam 2. Open Web Paparan tic tac toe dalam Open Web (paparan penerangan pada setiap kotak hanya akan keluar sekiranya pelajar menekan pada skrin dan paparan penerangan keluar mengikut turutan proses) 3. Sesi pengukuhan . Papan XOXO yang dicetak di kertas A4 (boleh juga di cetak di kain Bunting mengikut bilangan pemain atau scan Kod QR yang dihasilkan melalui aplikasi Scanova akan memaparkan papan XOXO Cara Inovasi Digunakan 1. Pelajar/pemain diminta memuat naik aplikasi iDice terlebih dahulu untuk menentukan giliran, pelajar/pemain yang mendapat angka paling banyak akan memulakan permainan terlebih dahulu dan diikuti oleh pelajar/pemain lain. 2. Setiap pelajar/pemain meletakkan buah di tapak MULA (START) 3. Pelajar/pemain akan bergerak mengikut tapak pada papan ‘XOXO’ bergantung pada angka dadu yang diperolehi. 4. Tapak bertanda ‘X’ – Pelajar/pemain perlu menerangkan proses yang berlaku di graf yang berada di situ SAHAJA. Tapak bertanda ‘O’ – Pelajar/pemain perlu menerangkan proses yang berlaku pada graf sebelum dan selepas tapak tersebut. 192 5. Sekiranya pelajar/pemain berhenti di tapak tiub fallopio (fallopian tube), pelajar/pemain akan maju ke tapak seterusnya. 6. Jika pelajar/pemain berhenti di tapak sperma (Sperm), pelajar/pemain akan didenda dan mundur ke tapak sebelumnya. 7. Pemenang ditentukan apabila pelajar/pemain dapat membaling dadu dan mendapat angka yang tepat untuk berhenti di tapak TAMAT (FINISH) Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM 30.00 (mengikut saiz kain Bunting) RM 1.00 (mengikut saiz kertas) Projek inovasi ini melibatkan kos yang sangat rendah. Bahan kitaran semula seperti botol plastik terpakai boleh digunakan sebagai buah untuk mewakili pelajar/pemain. Bahan seperti kertas warna boleh diabaikan untuk menghasilkan inovasi ini. Aplikasi Scanova digunakan untuk mengasilkan kod QR daripada gambar dan pengimbas kod QR serta iDice boleh didapati secara percuma dengan hanya memerlukan capaian internet dan memuat turun aplikasi tersebut di dalam telefon pintar. KEBERKESANAN Kajian ini telah melibatkan 25 orang pelajar sebagai kumpulan kawalan, 45 orang pelajar sebagai kumpulan sasaran. Perbandingan dibuat menggunakan markah purata dan peratus peningkatan tahap pencapaian pelajar bagi ujian pra iaitu ujian yang dilakukan selepas pengajaran secara kuliah dan ujian pos iaitu ujian yang dilakukan selepas pengajaran dilakukan secara konvensional atau secara inovasi. 7 12 6 10 5 8 4 6 3 4 2 ujian pra 1 ujian pos ujian pos 0 ujian pra 2 0 1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 Rajah 1: Taburan markah ujian pos berbanding ujian pra bagi kumpulan kawalan 1 4 7 10 13 16 19 22 25 28 31 34 37 40 43 Rajah 2: Taburan markah ujian pos berbanding ujian pra bagi kumpulan sasaran Jadual 1. Statistik Ujian t bagi kumpulan sasaran Paired Differences Mean Pair 1 marks before - marks after -5.86667 Std. Deviation 1.07872 Std. Error Mean .16081 t df 95% Confidence Interval of the Difference Lower -6.19075 Sig. (2tailed) Upper -5.54258 -36.483 44 .000 Dapatan dari Jadual 1 menunjukkan terdapat perbezaan peningkatan yang signifikan p<0.05 secara statistik bagi skor markah pelajar dari Ujian Pra kepada ujian pos . Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam kumpulan sasaran selepas menjalankan kaedah tic tac toe dalam penerangan Menstrual cycle 193 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini mempunyai potensi yang tinggi untuk disebarluaskan kepada pensyarah-pensyarah Biologi di kolej matrikulasi selain daripada di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Ini adalah kerana ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di dalam kelas mahupun di bilik kediaman pelajar masingmasing. Memandangkan medianya adalah ICT, potensinya untuk disebarluaskan melalui beberapa perantara ICT yang ada seperti WhatsApp dan Telegram (Bahan P&P BIOLOGI MATRIK). Selain itu, maklumat seperti lukisan yang berbentuk softcopy seperti latihan dan permainan yang menyerupai catur ular ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pensyarah di dalam kelas (untuk kumpulan besar), malah boleh juga untuk pelajar mempraktikkannya di luar waktu pdp mereka (untuk kumpulan kecil) dengan mengimbas kod QR yang telah disediakan oleh pensyarah. KEUNIKAN/KEISTIMEWAAN INOVASI Produk atau pembelajaran dan pengajaran inovasi ini amat menarik dan unik. Ini adalah kerana belum ada inovasi yang serupa ini dihasilkan sebelum ini. Selain itu, inovasi ini juga mudah, tidak susah dibina, berkos rendah dan boleh diaplikasikan ke dalam subjek yang lain. Ia juga dibina berdasarkan keperluan pelajar dari segi psikologi, mental dan fizikal. Ia juga mampu untuk melahirkan pelajar yang aktif, bekeyakinan, mempunyai daya kepimpinan dan dapat bersosial, berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dan pensyarah. pelajar juga boleh menggunakan produk ini semasa waktu jadual kosong mereka (waktu rehat) atau selepas waktu pdp mereka kerana pelajar yang menjadi penguji boleh menguji dan mencatat markah yang diperolehi oleh rakan lain yang bermain. RUMUSAN Secara keseluruhannya, aktiviti intervensi yang telah dijalankan oleh penyelidik menunjukkan hasil yang memberangsangkan terhadap pencapaian pelajar. Kekuatan teknik ini dapat memberi kesimpulan bahawa aktiviti yang melibatkan pergerakan dan penglibatan secara langsung oleh pelajar-pelajar akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif dan membantu meningkatkan pemahaman pelajar. Seperti yang dinyatakan oleh Hafiza (2012), iaitu murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran dan hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu. RUJUKAN Azura, M.N., & Sabariah, S. (2014). Penggunaan bahan visual di kalangan guru teknikal. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, 79-98, Retrieved from file:///C:/Users/user/Downloads/jpp5_5.pdf Hafiza, M. N. (2012). Keberkesanan pembelajaran aktif terhadap pencapaian pelejar perempuan dalam Biologi. Tesis, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTHM, Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4219/1/HAFIZA_BINTI_MD_NASIR.pdf AHLI-AHLI KUMPULAN 194 LONG JUMP TAKEOFF SENSOR (LJTS) Dr. Mohd Hanapiah bin Khamis Dr. Abdul Latif bin Ahmad Mohamad Asmadi bin Samdin Khoo Mei Fong IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK Long Jump Takeoff Sensor (LJTS) merupakan satu ciptaan inovasi yang dihasilkan khusus untuk PdPc acara lompat jauh. LJTS berfungsi sebagai alat pengesan dan bertindak balas apabila kaki murid melepasi papan lompatan semasa melakukan lompatan dalam acara lompat jauh. Buzzer LJTS akan mengeluarkan bunyi 'bee' apabila kaki murid tersentuh atau terpijak benang yang diletakkan di hadapan papan lompatan. Bunyi 'bee' ini dijadikan sebagai petunjuk atau isyarat tanda lompatan yang dilakukan oleh murid telah batal. LJTS sangat pratikal digunakan sebagai alat sokongan oleh guru Pendidikan Jasmani (PJ) semasa sesi PdPc bagi kemahiran asas lompat jauh.Seterusnya, LJTS juga boleh dijadikan sebagai instrumen pentaksiran yang dapat memudahkan guru PJ dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). LJTS juga berfungsi sebagai alat bantuan untuk hakim bagi mengesan kesalahan lompatan dalam acara lompat jauh semasa kejohanan olahraga. Inovasi LJTS ini diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan proses PdPc semasa peringkat ansur maju kemahiran lompat jauh bagi murid dan juga atlit sekolah. Justeru itu, LJTS ini juga dapat memudahkan murid dan atlit lompat jauh untuk melaksanakan penilaian kendiri dalam meningkatkan ketepatan lompatan semasa latihan tanpa pengawasan guru dan jurulatih. Kesimpulannya, LJTS merupakan ciptaan inovasi yang mudah diurus, membantu meringankan tugas guru dan memperolehi hasil keputusan lompatan yang tepat. OBJEKTIF 1. Untuk meningkatkan kemahiran teknikal dalam acara lompat jauh. 2. Untuk meningkatkan ketepatan lompatan. 3. Untuk menggalakkan murid berlatih secara bersendirian. 4. Untuk membolehkan murid melaksanakan penilian kediri. 5. Untuk memudahkan proses pentaksiran dan penilaian guru semasa PdPc PJ. KUMPULAN SASARAN Murid-murid sekolah rendah. LATAR BELAKANG Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Acara lompat jauh merupakan salah satu kemahiran asas olahraga yang perlu dikuasai oleh murid semasa di Tahun 5. Oleh itu, strategi pengajaran inovatif memberikan penekanan yang kreatif dan inovasi dapat memudahkan proses PdPc guru PJ dalam melatih murid kemahiran asas lompat jauh. Dalam konteks pendidikan pula kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses dapat dilaksanakan dalam PdPc. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian dalam acara lompat jauh, pengkaji mengenal pasti beberapa masalah ketika guru PJ melaksanakan PdPc acara lompat jauh di sekolah. Pertama, murid kurang berkeyakinan dalam fasa lompatan. Selain itu, kebanyakan murid juga tidak dapat membezakan sama ada lompatan yang 195 dilakukan batal ataupun tidak semasa melompat. Seterusnya, murid teragak-agak untuk memijak papan lonjakan lompat jauh. Disamping itu, guru PJ agak sukar untuk membuat pentaksiran dan penilaian yang tepat semasa fasa lompatan. Dengan adanya LJTS ini, murid-murid sekolah dapat meningkatkan keyakinan semasa lompatan, dapat membezakan lompatan yang dilakukan batal atau tidak dan dapat membatu guru menjalankan pentaksiran dan penilaian dengan lebih tepat dan mudah. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi Bil. 1. Bahan / Alatan Catatan ü Sensor Kit ü ü Buzzer, wire, 9V battery, 9V battery holder, micro switch. Kecil dan ringan. Mudah dibawa. Sensor Kit 2. Benang ü Benang akan diikat pada kepala micro switch untuk berfungsi sebagai sensor. 3. Span Bunga ü Untuk meletakkan Mikro Switch. 4. Kotak ü Untuk meletakkan atau menyimpan Long Jump Sensor. 5. Batang kayu ü Untuk menetapkan dengan span bunga. 196 sensor 6. ü Batu Bata Sebagai berat sokongan kepada Long Jump Sensor supaya inovasi ini tidak akan terkeluar dari kotak apabila inovasi sedang digunakan. Cara Inovasi Digunakan Murid berlari dan memijak papan lonjakan dan sekiranya jari kaki melebihi papan lonjakan dan tersentuh benang yang berada di hadapan papan lonjakan buzzer akan berbunyi bee menunjukkan lompatan tersebut batal dan tidak diambil kira. Rajah 1: Long Jump Takeoff Sensor (LJTS) Kos Penghasilan Inovasi Bil. Bahan Unit Kos Seunit (RM) 1. Sensor Kit 1 11.20 11.20 2. Benang 1 0.50 0.50 3. Span Bunga 1 1.00 1.00 4. Kotak 2 1.00 2.00 5. Batang Kayu 1 0.20 0.20 Jumlah Jumlah (RM) 14.90 KEBERKESANAN Graf Pemerhatian Ujian Pra 12 10 8 6 4 2 0 Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4 Elemen 1: Ketepatan memijak di papan lonjakan, Elemen 2: Memijak melebihi papan lonjakan , Elemen 3: Berhenti sebelum papan lonjakan, Elemen 4: Memijak papan lonjakan menggunakan dua belah kaki. 197 Seramai 20 orang murid Tahun 5 dari sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan dalam Daerah Batu Pahat telah terlibat dalam projek inovasi ini. Kaedah pemerhatian dan Ujian Pra digunakan untuk melihat keberkesanan penggunaan LJTS dalam PdPc Pendidikan Jasmani. Analisa mendapati 10% (2 orang) murid menunjukkan ketepatan memijak di papan lonjakan. Manakala 50% (10 orang) murid memijak melebihi papan lonjakan, 35% (7 orang) murid berhenti sebelum papan lonjakan, dan 5% (1 orang) murid memijak papan lonjakan menggunakan dua belah kaki. Analisa keseluruhan dalam Ujian Pra menunjukkan 90% (18 orang) murid telah dibatalkan lompatan berdasarkan elemen 2, 3, dan 4. Manakala hanya 10% (2 orang) murid yang berjaya memijak papan lonjakan dengan tepat dan betul. Graf Pemerhatian Ujian Pasca 20 15 10 5 0 Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Elemen 4 Elemen 1: Ketepatan memijak di papan lonjakan, Elemen 2: Memijak melebihi papan lonjakan , Elemen 3: Berhenti sebelum papan lonjakan, Elemen 4: Memijak papan lonjakan menggunakan dua belah kaki Dalam Ujian Pasca, guru PJ telah menggunakan LJTS sebagai bahan bantu mengajar bagi membuat penilaian dalam acara lompat jauh. Berdasarkan Graf Pemerhatian Ujian Pasca, analisa mendapati 90% (19 orang ) murid telah berjaya memijak di papan lonjakan dengan tepat dan betul. Seterusnya, hanya 10% (1 orang) murid memijak melebihi papan lonjakan. Analisa juga mendapati 0% tiada seorang murid pun berhenti sebelum papan lonjakan dan memijak papan lonjakan menggunakan dua belah kaki. Analisa keseluruhan dalam Ujian Pasca menunjukkan 95% (19 0rang) murid telah berjaya memijak papan lonjakan lompat jauh dengan tepat dan betul berdasarkan elemen 1. Manakala hanya 5% (1 orang) murid yang memijak melebihi papan lonjakan lompat jauh POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi LJTS ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru PJ kerana kit LJTS sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di padang lompat jauh semasa PdPc Pendidikan Jasmani. Penggunaan inovasi LJTS ini juga tidak terhad kepada satu PdPc acara lompat jauh sahaja tetapi boleh juga digunakan untuk PdPc ansur maju acara lompat kijang. Selain itu, inovasi LJTS ini turut boleh digunakan oleh jurulatih olahraga semasa sesi latihan dan juga boleh digunakan sebagai alat bantuan sokongan untuk hakim lompat jauh dan lompat kijang semasa kejohanan olahraga. RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi LJTS ini adalah sangat praktikal dan kos untuk membuatnya sangat murah. Disamping itu, LJTS dapat memberi keyakinan serta membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dalam acara lompat jauh. Selain itu, LJTS juga dapat memberi motivasi kepada murid-murid untuk melakukan latihan lompat jauh secara bersendirian tanpa bantuan guru. Secara tidak langsung penggunaan LJTS Ini dapat menarik dan meningkatkan minat mereka dalam acara lompat jauh. 198 RUJUKAN Bompa, T. O. (2000). Theory and Methodology of Traning.The Key to Athletic Performance. Ontario Canada: Kendall/ Hunt. Bridgett, L.A. & Linthorne, N.P. (2006). Changes in long jump take-off technique with increasing runup speed. Journal of Sports Sciences, 24, 889-897. Linthorne, N.P., Guzman, M.S. & Bridgett, L.A. (2005). Optimum take-off angle in the long Jump. Journal of Sports Sciences, 23, 703-712. Seyfarth, A., Blickhan, R. & Van Leeuwen, J.L. (2000). Optimum take-off techniques and muscle design for long jump. The Journal of Experimental Biology, 203, 741-750. AHLI-AHLI KUMPULAN 199 PAWARNA 2.0 Zahidi bin Khamis Dr. Mazlan bin A. Karim Farah Suhaiza binti Saaya IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK Inovasi ini dijalankan bertujuan membantu memudahkan pemahaman murid dalam mengenal warna asas, warna sekunder dan warna tertiar dengan menggunakan PAWARNA. PAWARNA ini tercetus hasil dari pemantauan kami semasa menjalani praktikum kepada pelajar-pelajar semester 5 PISMP Pendidikan Seni Visual. Semasa pemantauan dibuat, murid-murid kurang menggunakan istilah seni untuk menerangkan warna. Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat menunjukkan hanya sebahagian orang murid yang dapat menyatakan warna asas dan warna sekunder dengan betul mengikut warna yang terdapat dalam roda warna. Hampir keseluruhan murid gagal untuk menyatakan warna tertiar yang terdapat pada roda warna. Dapatan tersebut dikuatkan lagi dengan soal selidik dan temubual yang kami buat terhadap murid-murid tersebut. Ternyata mereka kebanyakanya tidak mengetahui akan wujudnya warna tertiar tersebut. Dapatan kajian secara rambang tersebut merisaukan kami dan membawa kepada perbincangan di Unit Pendidikan Seni Visual. Kami telah menghasilkan PAWARNA dengan menggunakan konsep roda warna bagi memudahkan pemahaman murid-muird. Selain itu, inovasi kami tidak berhenti setakat itu, malahan telah ditambah baik dengan menjadikan PAWARNA sebagai media mewarna untuk kegunaan murid-murid. PAWARNA tersebut terdiri daripada roda warna dan palet warna air yang sangat mudah digunakan kerana saiznya yang kompak, ringan dan pelbagai kegunaan. PAWARNA ini telah diuji pakai kepada 5 orang murid sekolah rendah. Hasil daripada uji pakai tersebut, didapati murid lebih mudah mengenalpasti konsep warna. Mereka dapat menyatakan warna asas, sekunder dan tertiar dengan mudah. Selain itu, mereka dapat menyatakan gabungan warna untuk menghasilkan warna sekunder dan tertiar berbantukan PAWARNA. Kami juga yakin PAWARNA ini berpotensi diguna pakai untuk pelbagai peringkat umur. OBJEKTIF 1. Menjadikan susunan warna pada pallet sebagai rujukan untuk mengenal warna asas, sekunder dan tertiar 2. Memudahkan murid dalam menyediakan peralatan untuk mewarna cat air 3. Menjadikan proses kerja lebih teratur, tersusun dan kemas 4. Menjimatkan ruang kerja KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasar tertumpu kepada murid sekolah rendah. Namun begitu PAWARNA ini sangat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tak kiralah peringkat sekolah menengah mahupun peringkat tinggi. LATAR BELAKANG PAWARNA ini tercetus hasil dari pemantauan kami semasa menjalani pratikum kepada pelajar-pelajar semester 5 PISMP Pendidikan Seni Visual. Semasa pemantauan dibuat, murid-murid kurang menggunakan istilah seni untuk menerangkan warna. Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Berdasarkan pemerhatian yang dibuat menunjukkan hanya sebahagian orang murid yang dapat menyatakan warna asas dan warna sekunder dengan betul mengikut warna yang terdapat dalam roda warna. Hampir keseluruhan murid gagal untuk menyatakan warna tertiar yang terdapat pada roda warna. 200 Dapatan tersebut dikuatkan lagi dengan soal selidik dan temubual yang kami buat terhadap murid-murid tersebut. Ternyata mereka kebanyakknya tidak mengetahui akan wujudnya warna tertiar tersebut. Dapatan kajian secara rambang tersebut merisaukan kami dan membawa kepada perbincangan di Unit Pendidikan Seni Visual. Kami telah menghasilkan PAWARNA dengan mengguakan konsep roda warna bagi memudahkan pemahaman murid-muird. Selain itu, inovasi kami tidak berhenti setakat itu, malahan telah ditambah baik dengan menjadikan PAWARNA sebagai media mewarna untuk kegunaan murid-murid. PAWARNA tersebut terdiri daripada roda warna dan palet warna air yang sangat mudah digunakan kerana saiznya yang kompak, ringan dan pelbagai kegunaan. PAWARNA ini telah diuji pakai kepada 5 orang murid sekolah rendah. Kami telah membuat ujian pra dan post untuk memastikan keberkesanan produk kami. Selain itu, kami juga mengadakan temubual separa bersuktur dan di buat secara bersahaja bagi memperoleh jawapan yang lebih tepat. Hasil daripada uji pakai tersebut, didapati murid lebih mudah mengenalpasti konsep warna. Mereka dapat menyatakan warna asas, sekunder dan tertiar dengan mudah. Selain itu, mereka dapat menyatakan gabungan warna untuk menghasilkan warna sekunder dan tertiar berbantukan PAWARNA. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi PAWARNA dihasilkan menggunakan akrilik yang diperoleh daripada sisa buangan di kedai-kedai pengiklanan. Design sticker di bahagian luar kotak dibuat menggunakan Adobe Photoshop CS6. Sticker ditempah dikedai pencetakan. Bahan lain yang dibeli seperti warna air, berus warna dan span. Cara inovasi digunakan Penggunaan PAWARNA sangat mesra pengguna. Penggunaaannya sama seperti cat air yang biasa. Bezanya adalah pada susunan warna pada pallet kerana disusun mengikut susunan roda warna mengikut kategori warna. Sticker pada dalam kotak membantu pengguna merujuk nama dan kumpulan warna. Susunan warna yang ditunjukkan pada luar kotak juga selari dengan warna air di dalam pallet tersebut. 201 Tempat penyimpanan air yang lebih selamat disediakan mengelakkan berlakunya tumpahan. Tempat mencuci berus juga disediakan bagi memudahkan penggunaannya. Selain itu tempat meletakkan berus warna juga tersedia untuk mengelakan keciciran dan kerosakan pada berus. Kos bagi menghasilkan inovasi Bahan Kos Akrilik = percuma Sticker = RM 5.00 Span = RM 2.00 Warna air = RM 10.00 Berus = RM 5.00 Jumlah = RM 22.00 Kos PAWARNA sebenarnya sangat murah berbanding dengan kelebihan yang ada padanya. Sekiranya untuk tujuan komersial kotak PAWARNA perlulah dihasilkan dengan lebih teliti dan kemas. Jika dilihat pada jumlah kos keseluruhan, didapati harga warna air itu sendiri yang menjadikannya mahal. Namun, sekiranya kita menggunakan cara konvesional kos sebenar adalah lebih tinggi. KEBERKESANAN PAWARNA telah dapat menyelesaikan masalah utama dalam mengenal warna asas, sekunder dan tertiar. Daripada 5 orang murid yang menggunakan PAWARNA tersebut, didapati 4 daripadanya telah berjaya mengingat setiap kumpulan warna tersebut. Mereka juga telah berjaya membuat campuran warna untuk menghasilkan warna sekunder dan tertiar. Walau bagaimanapun seorang murid masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut. Namun begitu, dengan panduan yang diberi beliau sekurang-kurangnya dapat menyebut setiap kumpulan warna berpandukan sticker pada luar kotak PAWARNA tersebut. 202 Dari aspek kekemasan dan kebersihan tempat berkarya terbukti PAWARNA berjaya menjimatkan ruang dan menjadikan ruang kerja lebih selesa dan kondusif. Selain itu, PAWARNA mudah dibersihkan. Penggunan tidak perlu menggunakan air yang banyak kerana bahan yang digunakan mempunyai kadar serapan air yang tinggi. Span yang digunakan untuk membersihkan berus ternyata sangat berkesan dan mudah dicuci. PAWARNA juga berupaya menjimatkan ruang pada keperluan mewarna yang perlu disediakan oleh murid. Kelima-lima murid hanya duduk di dalam satu bulatan dan PAWARNA diletakkan di tengahtengah mereka. Ternyata ruang yang terhad tersebut cukup untuk mereka berkongsi menggunakan warna air tersebut. Tambahan pula, bentuknya yang kompak dan ringan menjadikan PAWARNA mesra pengguna. 203 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN PAWARNA sangat sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur. Walaupun penggunaanya diuji pakai kepada murid sekolah rendah, namun pelajar-pelajar di sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi juga sesuai menggunakannya. Selain daripada bekas warna air PAWARNA ini juga mempunyai ciri-ciri lain yang tiada pada bekas warna lain. Reka letak warna air yang disusun seperti roda warna dan dijelaskan lagi dengan panduan warna tersebut sangat membantu pengguna. Tambahan pula, PAWARNA didatangkan dengan ruang untuk menyimpan berus, bekas mencuci berus, bekas menyimpan air dan bekas kain. Ruang-ruang ini sangat berguna dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam mewarna cat air. Sekiranya produk PAWARNA ini berupaya menebusi pasaran, saya percaya PAWARNA mampu menarik minat pengguna dan menjadi satu kemestian untuk dimiliki. RUJUKAN Feisner, E.A. (2006). Colour : How to Use Colour in Art and Design. Laurence King Publishing: London. Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Selangor. Arah Publications: Kuala Lumpur. Barber, J. (2011). The Acrylic Paint Colour Wheel Book. Search Press Limited: New York. Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2015). Pendidikan Kesenian, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia Saayah Abu. (2007). Menjadi Guru Tadika. PTS Professional: Kuala Lumpur. Diane, T. & Cassidy, T. (2005). Colour Forecasting. Blackwell Publishing Ltd: New York. 204 HOOKS THE RABBIT Seow Sieu Kian Wong Yit Fang Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK Kit ‘Hooks The Rabbits’ digunakan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid prasekolah terhadap kemahiran menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 10. ‘Hooks The Rabbits’ dibina berasaskan pendekatan Belajar Melalui Bermain Froebel agar dapat meningkatkan minat dan keyakinan murid prasekolah dalam pembelajaran kemahiran operasi tambah.Fokus utama projek ini adalah untuk membantu murid prasekolah dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 10. OBJEKTIF 1. Untuk meningkatkan tahap penguasaan murid prasekolah terhadap kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 melalui penggunaan Kit ‘Hooks The Rabbits’ dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Untuk menggalakkan minat dan keyakinan murid prasekolah dalam pembelajaran operasi tambah dalam lingkungan 10. KUMPULAN SASARAN Murid-murid prasekolah. LATAR BELAKANG Perancangan PdP prasekolah perlu berlandaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Matematik Awal dalam KSPK membekalkan pengalaman awal Matematik kepada murid untuk memupuk minat dalam Pendidikan Matematik melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman seharian, menguasai konsep asas Matematik serta meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Operasi tambah amat penting untuk dipelajari oleh murid prasekolah supaya mereka mampu menggunakan kemahiran ini dalam urusan sosial seperti urusan kewangan, aktiviti jual beli, pengurusan masa dan sebagainya. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Sepanjang tempoh menjalani praktikum yang lepas, saya telah mengesan bahawa kaedah pengajaran guru prasekolah yang meminta murid membilang jari tangan bagi mempelajari kemahiran operasi tambah adalah kurang berkesan sedangkan terdapatnya murid dalam prasekolah tersebut menunjukkan prestasi yang lemah dalam penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah operasi tambah. Mereka hilang minat dan keyakinan dalam menjawab soalan operasi tambah. Friedrich Frobel yang memperkenalkan pendekatan ‘Belajar Melalui Bermain’berpendapat bahawa sewaktu bermain, kanak-kanak sebenarnya ‘bekerja’ bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran baharu. Sehubungan itu, penggunaan Kit ‘Hooks The Rabbits’ yang mempunyai elemen didik hibur dalam bentuk permainan sebagai cara meningkatkan kemahiran operasi tambah lingkungan 10 dalam kalangan murid prasekolah. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi ● Pancing magnet, arnab origami, cop bintang, cakera padat, kertas penuntut ganjaran, kad nombor, batang aiskrim, kertas tugasan isi tempat kosong operasi tambahan, kotak kecil(‘rumah’ arnab), manual pengguna. 205 Rajah 1: Kit ‘Hooks The Rabbits’ yang dihasilkan Rajah 2: Arnab origami, kad nombor, kotak kecil, pancing magnet, cop bintang,batang aiskrim, cakera padat, manual pengguna, kertas tugasan 1&2, kertas penuntut ganjaran, cakera padat Cara Inovasi Digunakan 1. Murid menonton dan bersoal jawab dengan guru tentang video cerita“10 !"#$%& 1” (Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10) 2. Murid membuat pemerhatian dan bersoal jawab dengan guru tentang bahagian luaran Kit ‘Hooks The Rabbits’ 3. Murid membaca nombor 1 hingga 10 tanpa merujuk kepada Kit ‘Hooks The Rabbits’. 4. Murid mendengar penerangan guru tentang peraturan permainan ‘‘Hooks The Rabbits’’. 5. Murid bermain permainan ‘Pancing Arnab’ di bawah bimbingan guru. 6. Murid yang menunjukkan prestasi baik diberi ganjaran. Rajah 3: Murid bermain permainan ‘Hooks The Rabbits’ di bawah bimbingan guru Kos Penghasilan Inovasi Kos: RM11(Kertas warna, Loose Leaf Binder Rings, magnet, kepingan foam, kertas A4, cakera padat) Kos pembinaan Kit Pancing Arnab adalah rendah kerana ia dihasilkan menggunakan bahan kitar semula, iaitu kotak kasut lama dan sling beg komputer. 206 KEBERKESANAN Seramai empat orang murid prasekolah dari sebuah sekolah di daerah Batu Pahat telah terlibat dalam projek inovasi ini. Ujian pra dan ujian pasca telah digunakan untuk melihat kemajuan murid dalam tahap penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 setelah menggunakan Kit ‘Hooks The Rabbits’ dalam PdP. Selepas data dianalisis, rajah berikut menunjukkan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca untuk keempat-empat peserta projek inovasi. MARKAH (%) PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA 100 100 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 80 60 40 40 20 20 A Ujian Pra B C PESERTA PROJEK INOVASI Ujian Pasca D Rajah 4: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca PURATA MARKAH (%) PERBANDINGAN PURATA MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 85 Ujian Pra 60% Ujian Pasca 30 Ujian Pra Ujian Pasca JENIS UJIAN Rajah 5: Purata ujian pra dan pasca Rajah 4 membandingkan skor ujian sebelum dan selepas penggunaan Kit ‘Hooks The Rabbits’ dalam PdP manakala Rajah 5 menunjukkan purata keputusan ujianpra dan pasca. Secara umumnya, tahap penguasaan murid terhadap kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 meningkat selepas aktiviti permainan yang menggunakan Kit ‘Hooks The Rabbits’ dilaksanakan dalam PdP. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Struktur binaan Kit Pancing Arnab adalah sangat praktikal, mudah difahami dan mudah digunakan oleh murid. Kit ‘Hooks The Rabbits’ yang dihasilkan adalah ringan dan mudah alih sedangkan ia digantungkan dengan sling beg komputer lama pada bahagian tepi kit. Pembinaan Kit ‘Hooks The Rabbits’ juga mempertimbangkan aspek mesra pengguna. Bahagian luaran Kit ‘Hooks The Rabbits’ dibalutkan dengan foam, sementara bahagian tepi kotak dilekatkan pita pelekat hitam untuk menutup bucunya yang mungkin menyebabkan kecederaan pada murid. Kit ‘Hooks The Rabbits’ juga melibatkan 207 elemen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dengan menyediakan cekera padat yang mengandungi video cerita “10 !"#$%& 1” (Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10). RUMUSAN Berdasarkan analisis terhadap dapatan projek inovasi, penggunaan Kit ‘Hooks The Rabbits’ terbukti dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 terhadap keempat-empat murid terpilih. Kit ‘Hooks The Rabbits’ juga mampu menarik perhatian dan minat murid dalam pembelajaran operasi tambah, serta meningkatkan keyakinan dan motivasi mereka terhadap pembelajaran matematik awal. RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Ramlah Jantan. (2013). Faedah bermain dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah (4-6 tahun). Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran, 1(2), 59-69. 208 BEKLUR KUASA 4 Norrila binti Satari1 Jamaludin bin Jasat2 Izyana binti Izzuddin2 1 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat 2 SK Seri Beroleh, Batu Pahat ABSTRAK BEKLUR merupakan akronim daripada perkataan Bekas Telur, Manakala Kuasa 4 merujuk kepada empat bidang penggunaan BEKLUR iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik. Fokus kajian ini adalah penggunaan BEKLUR bagi bidang Matematik untuk murid pra sekolah. BEKLUR merupakan bahan bantu belajar kanak-kanak pra sekolah yang dibina sendiri oleh kanak-kanak dengan bantuan ibu bapa masing-masing. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan di mana BEKLUR digunakan sebagai bahan bantu alternatif untuk membantu meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dalam lingkungan 18 bagi murid pra sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk membantu murid menguasai operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 18 di samping meningkatkan minat murid untuk belajar Matematik. Pengumpulan data kajian terdiri daripada ujian pra, ujian pos, pemerhatian dan temu bual. Analisis ujian pra dan ujian pos mendapati bahawa semua peserta kajian menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 18 dengan menggunakan BEKLUR. Pemerhatian dan temu bual terhadap murid pula menunjukkan bahawa penggunaan BEKLUR sebagai bahan bantu belajar berupaya meningkatkan keyakinan dan minat murid semasa membuat dan menyiapkan latihan yang diberi. Implikasi kajian ini ialah, guru seharusnya menggunakan pelbagai bahan manipulatif bagi membantu murid menguasai kemahiran dan meningkatkan minat murid untuk belajar. Kajian selanjutnya, dicadangkan penggunaan BEKLUR bagi bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan bagi murid pra sekolah. Penggunaan BEKLUR juga boleh diperluaskan kepada murid pemulihan yang belum menguasai operasi tambah dan tolak. OBJEKTIF Penggunaan BEKLUR Kuasa 4 ini diharap dapat membantu murid mencapai objektif-objektif berikut : 1 menjawab dengan betul operasi tambah dalam lingkungan 18 2 menjawab dengan betul operasi tolak dalam lingkungan 18 3 meningkatkan keyakinan murid menjawab soalan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 18 4 melahirkan murid yang inovatif dan kreatif KUMPULAN SASARAN 1 Murid pra sekolah 2 Kanak-kanak berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun LATAR BELAKANG Bahan manipulatif didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep matematik untuk menarik beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid (Heddens, 2005). Ironinya, penggunaan bahan manipulatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pada ketika ini telah digunapakai sebagai satu kaedah dalam membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna. Penggunaannya juga turut membantu dalam pembinaan imej mental yang lebih jelas dalam memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik (Uribe, 2010). Manakala Carboneau dan Mayer (2014) pula menyatakan bahan manipulatif matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria iaitu pemikiran matematik akan dipupuk dalam keadaan individu itu sedar atau tidak. Penggunaan deria tersebut ialah deria sentuh dan lihat dan bahan manipulatif ini mampu mendorong ke 209 arah kesedaran, pembangunan konsep dan idea yang dikaitkan dengan matematik sementara setiap bahan manipulatif yang direka itu mempunyai kegunaan dan tujuan khas atau tersendiri berdasarkan topik yang diajar. BEKLUR Kuasa 4 adalah bahan manipulatif yang terhasil daripada inovasi yang murah, mudah dan bermakna untuk kanak-kanak belajar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Ia berupaya membantu kanak-kanak belajar sambil bermain dan menguasai kemahiran terutamanya matematik. BEKLUR boleh digunakan sebagai pembilang dan bahan bantu untuk belajar operasi tambah dan tolak. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Kanak-kanak akan menggunakan jari tangan kanan dan kiri untuk membilang, menambah dan menolak nombor 1 hingga 10. Masalah akan timbul jika nombor-nombor yang terlibat melebihi 10. Kanak-kanak memerlukan bahan bantu belajar untuk membantu mereka menguasai nombor dan operasi asas. Kebanyakan bahan bantu yang terdapat di pasaran, memerlukan kos yang tinggi dam terpisah antara satu sama lain. BEKLUR yang rendah kosnya dan dibina secara rantai akan membantu kanak-kanak membilang dan menguasai konsep asas menambah dan menolak. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi BEKLUR i. Bekas telur sepapan ii. Warna air iii. Tali Kanak-kanak dengan bantuan ibu bapa akan mewarna, menggunting dan memasukkan beklur ke dalam tali untuk dijadikan rantai BEKLUR Rantai BEKLUR dinomborkan 1 hingga 18 untuk membantu murid membilang dan menggunakan BEKLUR untuk menguasai kemahiran menambah dan menolak Cara Inovasi Digunakan : 1. Murid dengan bantuan ibu bapa menjalin bekas telur yang telah diwarnakan kepada 19 nombor 2. Murid menggunakan BEKLUR sebagai alat untuk mengira : Contoh soalan operasi tambah dalam lingkungan 18 210 Contoh soalan operasi tolak dalam lingkungan 18 c. Kos Penghasilan Inovasi i. bekas telur : ii. warna : iii. tali : Jumlah recycle RM3.00 recycle RM3.00 KEBERKESANAN Seramai dua puluh lima orang murid pra sekolah dari sebuah sekolah di Batu Pahat terlibat dalam projek inovasi ini. Ujian pra dan ujian pasca iaitu bagi operasi tambah dan operasi tolak dalam lingkungan 18 telah digunakan untuk melihat peningkatan markah setelah menggunakan BEKLUR KUASA 4. Terdapat 10 soalan tambah dan 10 soalan operasi tolak diberikan. Selepas data dianalisis, jadual berikut menunjukkan keputusan murid dalam ujian pra dan pos bagi operasi tambahn dan operasi tolak. OPERASI TAMBAH No soalan Ujian % Ujian pra post Soalan 1 20 80 25 Soalan 2 21 84 25 Soalan 3 3 12 18 Soalan 4 5 20 24 Soalan 5 10 40 25 Soalan 6 3 12 22 Soalan 7 7 28 20 Soalan 8 16 64 25 Soalan 9 18 72 25 Soalan 10 4 16 20 % No soalan 100 100 72 96 100 88 80 100 100 80 Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10 OPERASI TOLAK Ujian % Ujian pra post 20 80 25 22 88 25 4 16 20 2 8 16 4 16 20 4 16 20 3 12 22 12 48 25 16 64 25 12 48 25 % 100 100 80 64 80 80 88 100 100 100 Secara keseluruhannya peratus bilangan murid yang boleh menjawab dengan betul bagi setiap soalan meningkat. Bagi kedua-dua ujian pos, terdapat lima soalan di mana semua murid dapat menjawab soalan dengan betul berbanding dengan ujian pra, tiada murid dapat menjawab dengan betul bagi semua soalan. Peratus bilangan murid yang menjawab dengan betul bagi setiap soalan juga meningkat dalam ujian pos. Tiada murid yang memperoleh markah kurang daripada 50 dalam ujian pos. Ini menunjukkan semua murid telah melepasi tahap Semua murid menggunakan BEKLUR kepunyaan mereka sepanjang intervensi dijalankan. BEKLUR yang dihasilkan oleh murid dengan bimbingan ibu bapa telah memberi manfaat kepada murid tersebut bagi menguasai operasi tambah dan tolak. 211 Beberapa murid yang ditemubual menyatakan rasa seronok dan gembiran dapat menggunakan BEKLUR. Mereka juga berpendapat bahawa BEKLUR mudah dibuat kerana terdapat banyak bekas telur di rumah mereka. POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru dan ibu bapa kerana ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di dalam bilik darjah mahupun di rumah. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira apabila mereka dapat menghasilkan bahan bantu belajar mereka sendiri. Oleh kerana proses dan bahannya mudah diperolehi, kanak-kanak boleh membuat semuala bahan tersebut jika didapati rosak. Mudah, murah dan bermanfaat. Penggunaan inovasi ini juga tidak terhad kepada mata pelajaran Matematik sahaja. Guru boleh menggunakannya untuk memperkenalkan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) kepada kanak-kanak pra sekolah, sesuai dengan namanaya “BEKLUR KUASA 4” RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dalam lingkungan fakta asas sehingga 18. Selain itu, ia juga dapat memberi motivasi kepada murid-murid untuk membilang dan mengira kerana mereka menggunakan alat yang mereka bina sendiri. Walau bagaimanapun BEKLUR kuasa 4 tidak berhenti di sini kerana masih ada 3 kuasa yang belum ditonjolkan iaitu: Sains, Teknologi dan Kejuruteaaan. Oleh yang demikian, kajian seterusnya adalah penggunaan BEKLUR bagi subjek Sains. RUJUKAN Uribe‐Flórez, L. J., & Wilkins, J. L. (2010). Elementary school teachers' manipulative use. School Science and Mathematics, 110(7), 363-371. Marley, S. C., & Carbonneau, K. J. (2014). Theoretical perspectives and empirical evidence relevant to classroom instruction with manipulatives. Educational Psychology Review, 26(1), 1-7 Moyer, P. S. (2001). Are we having fun yet? How teachers use manipulatives to teach mathematics. Educational Studies in mathematics, 47(2), 175-197 AHLI-AHLI KUMPULAN 212 VST KIT Luvrina binti Jamaludin Cheng Hui Chi Ooi Yong Yuen Wong Shao Liang JSMPJK IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK VST Kit adalah singkatan dari Variation Sit-up Test Kit. Ianya adalah satu alat inovasi yang direka cipta untuk membuat penilaian dalam ujian ringkuk tubi separa. Ujian Ringkuk Tubi Separa merupakan salah satu bateri ujian dalam Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Ujian ini adalah untuk menilai kekuatan dan daya tahan otot abdomen murid tahun 4, 5 dan 6. Ujian ini mempunyai beberapa kriteria penilaian seperti pengiraan bilangan ulangan bagi perlakuan yang betul. VST Kit ini direka bentuk untuk menilai perlakuan dan mengira bilangan ulangan perlakuan semasa melaksanakan ujian ringkuk tubi separa dengan tepat dan mempunyai ciri-ciri seperti mudah diguna. Kajian menggunakan VST Kit bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanannya dalam membuat penilaian terutama membantu murid untuk membuat penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya semasa menjalani latihan ataupun ujian ringkuk tubi separa. Selain itu, ianya juga membantu guru dan penilai dalam mengira bilangan ulangan perlakuan yang betul dengan jelas dan sahih. Ujian Pra dan Pos telah dijalankan terhadap 8 orang murid pelatih yang dipilih secara rawak di sebuah sekolah daerah batu pahat dan 5 orang guru pelatih di sebuah Institut Pendidikan Guru. Dapatan kajian menunjukkan VST Kit dapat mengira bilangan ulangan perlakuan ringkuk tubi separa tanpa mengira ulangan bagi perlakuan yang salah. Ini membuktikan bahawa alat inovasi ini memberi kesan yang sangat efektiff dan memudahkan murid, guru atau penilai dalam membuat penilaian ujian ringkuk tubi separa. Penggunaan VST Kit sangat relevan dengan semua peringkat umur yang terlibat dalam ujian ringkuk tubi separa untuk membuat pengiraan bilangan ulangan perlakuan yang betul dengan jelas. Ianya sangat memberi manfaat kepada murid untuk menjalani latihan dengan lebih efisien serta sebagai satu alat penilaian yang boleh digunakan oleh guru dan penilai bagi ujian ini. Pendedahan penggunaan VST Kit boleh diperluaskan untuk membantu dalam penilaian ujian kecergasan yang melibatkan ujian bangun tubi. OBJEKTIF 1. Melaksanakan ujian bangkit tubi separa dengan perlakuan yang betul. 2. Melaksanakan ujian bangkit tubi separa dengan kiraan yang lebih tepat. 3. Memudahkan proses penilaian dalam ujian ringkuk tubi separa (mengira bilangan ulangan perlakuan dengan perlakuan yang betul). 4. Membantu murid dalam melakukan penilaian kendiri semasa melaksanakan latihan ataupun ujian ringkuk tubi separa. 5. Melibatkan murid sebagai penilai rakan sebaya dalam ujian ringkuk tubi separa. KUMPULAN SASARAN 8 orang murid tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sulong dan 5 orang Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor LATAR BELAKANG Banyak kecederaan boleh berlaku disebabkan bentuk badan yang tidak dapatmengekalkan alignment semasa melakukan senaman, latihan ataupun dalam sesuatupertandingan. Salah satu latihan daya tahan otot yang boleh digunakan untukmenguatkan daya tahan otot-otot “teras” ini ialah latihan bangkit tubi. 213 Bangkit tubi separa adalah satu senaman ataupun latihan fizikal yang paling asas. Ia merupakan satu latihan jasmani di mana kita menggunakan otot rectus abdominis,transverse abdominus, obliques dan hip flexors. Latihan bangkit tubi merupakan satu latihan fizikal untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot-otot di bahagian abdominis. Terdapat banyak variasi, danada sesetengah variasi yang boleh memudaratkan daripada membawa kebaikan. Diantara variasi berbahaya termasuk yang meletakkan tekanan melampau pada otot-otottrapezius dan otot-otot erector spine di bahagian bawah belakang. Latihan bangkit tubiadalah baik dan membawa manfaat jika caranya dilakukan dengan betul. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Ujian Pra dan Intervensi dijalankan bagi melihat sejauh mana VST Kit berkesan dalam pengiraan bilangan ulangan perlakuan ringkuk tubi separa yang betul. Seperti hasil yang kami dapat daripada ujian pra, murid melaksanakan ujian ringkuk tubi separa dengan tilam yang mempunyai penanda pertama dan kedua. Kesalahan pada perlakuan murid sukar dikesan sekiranya kaki murid hanya terangkat sedikit ataupun tangan tidak menyentuh penanda kedua dengan betul. Oleh itu, alatan ini dihasilkan untuk memudahkan mengesan kesalahan perlakuan ringkuk tubi separa dan mengira bilangan ulangan perlakuan yang tepat serta sahih. Selama ini, murid hanya menunggu penilaian guru dan refleksi guru di mana bukan semua murid memahami peraturan dan cara penilaian bagi ringkuk tubi separa. Penglibatan murid sebagai penilai juga kurang. Murid-murid tidak yakin apabila diminta untuk membuat penilaian dan mengira bilangan skor murid yang diuji. Sebahagian murid pula hanya menilai dan mengira sesuka hati tanpa memahami kriteria penilaian. Dengan adanya VST Kit ini, murid akan membuat penilaian dan pengiraan dengan betul dan lebih yakin dengan keputusan yang dilakukannya. Murid bukan sahaja terlibat sebagai peserta malah murid juga dapat melibatkan diri sebagai penilai atau penguji. Selain itu, tugas guru sebagai fasilitator juga akan menjadi lebih mudah. Maka, intervensi dilaksanakan untuk menilai keberkesanan VST Kit dalam melaksanakan ujian bangkit tubi separa dengan pelbagai variasi. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan yang Digunakan dalam Penghasilan Inovasi a) Alat dan bahan yang digunakan Bil Bahan/Alat Catatan 1 Yoga mat o o o Mempunyai ketahanan yang baik. Tidak berat sangat. Digunakan untuk mengurangkan risiko kecederaan. 2 Soldering Kit o Digunakan untuk menyambungkan Multicore wire, Round Push Button dan 2 Digits Counter Up Kit. 3 Multicore Wire o Penyambung circuit bagi alat inovasi ini. 4 2 Digits Counter Up Kit dan battery o Digunakan untuk mengira dan memapar pengiraan. 214 5 Round Push Button o Diletakkan di penanda kedua dan di bahagian alat pengesan. 6 Masking Tape o Membuat penanda pertama dan penanda kedua. Melekat Multicore Wire di yoga mat. Melekat Round Push Button o o b) Proses Penghasilan Kerja Langkah Gambar Penghasilan Produk Catatan 1 § Membuat penanda pertama di yoga mat dengan menggunakan masking tape. 2 § Mengukur jarak 10 meter daripada penanda pertama. Membuat penanda kedua di yoga mat dengan menggunakan masking tape. § § 3 § § 4 215 Menyusun alat mengira di penanda kedua. Melekatkan alat mengira di penanda kedua dengan menggunakan masking tape. Melekatkan alat mengesan di bawah yoga mat. 5 § Memasang battery. 6 § VST Kit yang dihasilkan. Cara Inovasi Digunakan 10cm Penanda Kedua Penanda Pertama Rajah 1: Instrumen Ujian Ringkuk Tubi Separa Dalam pelaksanaan ujian ini, beberapa kriteria penilaian perlu diberi keutamaan iaitu pengiraan bilangan ulangan perlakuan, kedua-dua belah tangan menggelongsor sehingga hujung jari menyentuh penanda kedua dan kaki tidak boleh diangkat semasa melaksanakan ujian (Rajah 2). Sekiranya kaki terangkat semasa melakukan ujian, maka akan dikira sebagai perlakuan yang salah. Kedua-dua tangan peserta perlu menggelongsor sehingga hujung jari menyentuh penanda kedua secara serentak barulah boleh dikira sebagai perlakuan yang betul. Perlakuan yang salah tidak boleh dikira dalam bilangan ulangan. Oleh demikian, inovasi VST Kit ini digunakan semasa ujian ringkuk tubi separa untuk mengesan perlakuan yang betul dan kiraan bilangan ulangan perlakuan ringkuk tubi separa yang tepat dengan berkesan. Rajah 2: Prosedur Pelaksanaan Ujian Ringkuk Tubi Separa 216 Alat inovasi ini terdiri daripada alat mengesan yang terletak di bahagian kaki dan akan menghalang pengiraan sekiranya mengesan kaki murid terangkat semasa melakukan ringkuk tubi separa. Alat inovasi ini juga terdiri daripada alat mengira yang terletak di penanda kedua dan akan mengira bilangan ulangan perlakuan ringkuk tubi separa yang tepat (Rajah 3). Sekiranya alat inovasi ini dapat mengesan kaki terangkat semasa melaksanakan ujian (Rajah 4) atau hujung jari bagi kedua-dua belah tangan tidak menyentuh penanda kedua secara serentak (Rajah 5) ataupun melakukan kedua-dua kesilapan pada masa yang sama (Rajah 6), maka ulangan tersebut tidak akan dikira oleh alat mengira. Justeru, alat inovasi ini sesuai digunakan untuk memudahkan proses penilaian ujian ringkuk tubi separa dalam ujian SEGAK serta dapat membantu murid, guru ataupun penguji dalam ujian perlakuan ringkuk tubi separa yang betul dan kiraan bilangan ulangan yang tepat. Kaki Terangkat Rajah 3: Kesalahan Bahagian Kaki Tangan tidak mencapai penanda kedua secara serentak Rajah 4: Kesalahan Bahagian Tangan Kaki terangkat Tangan tidak mencapai penanda kedua secara serentak Rajah 5: Kesalahan Bahagian Kaki dan Tangan VST Kit ini juga memberi peluang kepada semua murid untuk melaksanakan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya dalam latihan ataupun semasa pelaksanaan ujian ringkuk tubi separa. Guru tidak perlu lagi menilai satu-persatu dan dapat memantau murid dalam melaksanakan ujian ringkuk separa dengan baik. Dengan adanya VST Kit, murid boleh memahami kriteria penilaian dalam ujian ringkuk tubi separa dan dapat mengelakkan melakukan kesalahan semasa melaksanakan ujian. Murid juga dapat menilai rakannya dengan menggunakan alat inovasi ini serta memberi maklum balas dengan baik. VST 217 Kit juga lebih mesra pengguna dan memudahkan penilaian di mana guru sebagai pemantau dan muridmurid dapat melakukan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya (Rajah 6). Rajah 6: Penilaian Rakan Sebaya (Ujian Bangkit Tubi Separa) Kos Penghasilan Inovasi Bil Bahan Kuantiti 1 2 Digits Counter Up Kit 2 Battery 3 Round Push Button 4 Multicore Wire 5 Masking tape JUMLAH 1 unit 1 unit 6 unit 5 meter 1 unit Harga Seunit (RM) RM17.90 RM3.30 RM1.50 RM1.50 RM1.20 Jumlah (RM) RM17.90 RM3.30 RM9.00 RM7.50 RM1.20 RM38.90 KEBERKESANAN Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam VST Kit 16 14 12 Skor 10 8 Ujian Pra 6 Ujian Pasca 4 2 0 K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 K8 Responden K9 K10 K11 K12 K13 Rajah 7: Perbandingan Skor Ujian oleh Setiap Peserta Dalam Ujian Pra dan Uian Pasca Seramai lapan orang murid Tahun 4 dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 5 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 IPG Kampus Tun Hussein Onn terlibat dalam projek inovasi ini. Ujian pra dan ujian pasca iaitu Variation Sit-up Test telah digunakan untuk melihat peningkatan skor yang diperolehi setelah menggunakan VST Kit. Bilangan skor telah dicatat dalam dua ujian ini. Selepas data dianalisis, rajah berikut menunjukkan keputusan murid dalam ujian bangkit tubi bervariasi. 218 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN Projek inovasi ini sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru-guru Pendidikan Jasmani yang melaksanakan ujian SEGAK dan pensyarah-pensyarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang hendak melaksanakan ujian kecergasan fizikal. Penggunaan inovasi ini juga memudahkan penguji membaca kiraan skor secara automatik mengggunakan alatan digital. Ciri-ciri auto digital counting bilangan bangkit tubi adalah lebih tepat dan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. penguji tidak perlu mengira bilangan ujian bangkit tubi ini secara manual yang adakalanya penguji boleh terlupa pada bilangan kiraan terutama bila hilang fokus dan tumpuan. VST Kit bukan sahaja boleh digunakan di peringkat sekolah malah penggunaannya juga boleh diperluaskan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana ianya sangat membantu dalam pelaksanaan ujian kecergasan bangkit tubi separa dengan pelbagai variasi secara auto digital counting. RUMUSAN Kesimpulannya, inovasi ini adalah sangat praktikal kerana ia dapat memudahkan penguji yang terdiri dalam kalangan guru-guru, pensyarah, pegawai-pegawai sukan malah kepada murid-murid serta pelajarpelajar universiti yang melaksanakan ujian bangkit tubi separa dengan pelbagai variasi. Ia juga membantu murid-murid memperbaiki perlakuan Ujian bangkit Tubi Separa (Ujian SEGAK) dan meningkatkan bilangan skor murid yang lebih maksimum. Selain itu, ia juga dapat memberi motivasi kepada muridmurid untuk melaksanakan aktiviti bangkit tubi dengan perlakuan yang tepat dan teknik yang betul kerana mereka dapat menggunakan VST Kit untuk bancaan kiraan atau bilangan skor yang lebih tepat dan mudah pada auto ditgital counting yang terdapat pada alatan inovasi VST Kit. RUJUKAN Nur Nazifi Jimis. (2019). Ujian Ringkuk Tubi Separa. Dimuat turun pada 16 Januari 2020, daripada https://nurnazifi.blogspot.com/2019/01/ujian-ringkuk-tubi-separa.html AHLI-AHLI KUMPULAN 219 PaDaRaMu V2 Mohd Rosman bin Salubin Mohd Asmadi bin Samdin Dr. Mohd. Hanapiah bin Khamis IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor ABSTRAK KSSR Matematik berfokus kepada penguasaan pengetahuan, dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Kemahiran operasi darab merupakan salah satu bidang pembelajaran yang terkandung dalam KSSR Tahap 1. Konsep pendaraban merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam matematik. Oleh itu, setiap murid harus berupaya menguasai kemahiran mendarab ini dengan baik Antara faktor yang menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran mendarab ialah tidak menghafal sifir. Ramai murid tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya kesalaan fahaman konsep. Sehubungan itu, penghasilan PaDaRaMu V2 Vs bertujuan membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab murid-murid dan memberikan satu keseronokan baru kepada murid dalam mempelajari matematik. Penggunaan PaDaRaMu V2 adalah satu alternatif yang sangat baik bagi meningkatkan kemahiran mendarab terutamanaya bagi murid yang lemah dan murid yang sukar menghafal sifir. Bagi mereka yang telah menghafal sifir, kaedah ini membantu mereka untuk lebih bersemangat dan meningkatkan keterujaan mereka untuk mendapatkan jawapan. PaDaRaMu V2 dihasilkan berdasarkan prinsip-prinsip Teori Pembelajaran Kognitif yang menekankan pemahaman sesuatu konsep berbanding hafazan dan juga menekanan bahawa isi-isi pelajaran/kemahiran perlu disusun mengikut pola-pola tertentu untuk membantu murid mudah memahami dan mengingati. PaDaRaMu V2 adalah satu alat yang dihasilkan untuk pengajaran darab menggunakan kaedah Tatasusunan yang menyatakan bahawa luas suatu segiempat tepat boleh dicari dengan mendarabkan lebar dengan panjang segiempat tepat itu. Berdasarkan beberapa ujian yang dijalankan PaDaRaMu V2 berupaya meningkatkan kepantasan murid dalam menyelesaikan operasi darab berbanding penggunaan kaedah penambahan berulang yang menggunakan pembilang sebagai medium bahan bantu mengajar. Berberapa orang guru juga memberi respon yang positif terhadap penggunaan PaDaRaMu V2. Antara respon yang diberikan ialah mudah digunakan, lebih berkesan dan meningkatkan tahap kefahaman murid dengan lebih mudah berbanding kaedah-kaedah lain. Di samping itu PaDaRaMu V2 mengurangkan penggunaan pembilang dalam pengajaran & pembelajaran kemahiran darab serta mengurangkan kesilapan pelajar dalam membilang hasil darab. OBJEKTIF 1. Meningkatkan kefahaman konsep darab dalam kalangan murid Tahap 1. 2. Meningkatkan kemahiran menghafal sifir 1 hingga 10 dalam kalangan murid Tahap 1. KUMPULAN SASARAN Murid Tahap 1 untuk matapelajaran KSSR Matematik LATAR BELAKANG Darab ialah penambahan nombor yang sama secara berulang. Dalam menyampaikan konsep pendaraban, guru seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu, iaitu konsep tambah berulang-ulang. Dalam proses pendaraban, pada amnya, ia dapat dibahagikan kepada lima konsep pendaraban iaitu Kaedah Tambah berulan-ulang, kaedah Konsep Kumpulan Sama, Kaedah Perbandingan, Kaedah Kombinasi dan Kaedah Tatasusunan. Kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mencari jumlah kesemua objek yang terlibat. Kaedah yang biasa digunakan oleh guru-guru untuk mengajar darab 220 ialah konsep tambah berulang-ulang. Dalam kaedah ini, Cara untuk mendapatkan jumlahnya adalah dengan membilang satu persatu atau membilang secara melangkau, iaitu dua, empat dan enam atau dengan menambahkan kesemuanya. Kaedah Tambah berulang-ulang adalah dijelaskan seperti rajah di bawah: 4X2=4+4+4+4 Berdasarkan pemerhatian pengkaji, penggunaan kaedah ini memang berkesan untuk mengajar murid di peringkat awalan bagi memahami konsep pendaraban. Namun begitu, pengkaji mendapati kaedah ini memerlukan guru menyediakan Bahan Bantu Mengajar(pembilang) yang agak banyak di dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila melibatkan operasi darab bagi nombor-nombor yang lebih besar. Contohnya : 8 darab 8 memerlukan 81 pembilang bagi pelajar menjalankan operasi darab tersebut menggunakan kaedah tambah berulang-ulang. Di samping itu, murid juga mengalami kesukaran untuk membilang sekiranya melibatkan operasi darab yang memerlukan pembilang yang banyak. kesilapan ini menyebabkan murid memberikan jawapan yang salah bagi soalan opersi darab. Pengkaji juga mendapati, guru sering mengalami kesukaran untuk menyediakan BBM bagi mengajar kemahiran operasi darab. Guru perlu menyediakan terlalu banyak pembilang dan aktiviti pembelajaran juga memerlukan ruang yang lebih besar. Sehubungan itu, pengkaji telah memikirkan satu inovasi bagi membantu mengatasi masalah-masalah tersebut dengan menghasilkan PaDaRaMu V2. PaDaRaMu V2 dihasilkan berdasarkan prinsip-prinsip Teori Pembelajaran Kognitif yang menekankan pemahaman sesuatu konsep berbanding hafazan dan juga menekanan bahawa isi-isi pelajaran/kemahiran perlu disusun mengikut pola-pola tertentu untuk membantu murid mudah memahami dan mengingati. PaDaRaMu V2 adalah satu alat yang dihasilkan untuk pengajaran darab menggunakan kaedah Tatasusunan yang menyatakan bahawa luas suatu segiempat tepat boleh dicari dengan mendarabkan lebar dengan panjang segiempat tepat itu. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI PaDaRaMu V2 memfokuskan kepada masalah operasi darab yang selalu dipandang susah dan sukar untuk difahami. Ramai murid mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan berkaitan mendarab nombor padahal kemahiran ini tidaklah sesukar yang disangkakan. Berdasarkan penyelidikan ini, pengkaji telah menyenaraikan beberapa masalah yang berlaku mengapa kebanyakan murid mempunyai masalah dalam topik ini. Menurut Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2010), ‘Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik seperti fakta asas kira tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal ini berlaku dan banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para pendidik di Malaysia’. Hal ini bermakna faktor pengajaran dan pembelajaran yag stereotaip telah menyebabkan murid bosan dan hilang minat untuk belajar matematik. 221 Kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses pendaraban berlaku dan yang paling penting ialah tidak menghafal sifir. Seperti mana yang kita ketahui, pendaraban membuatkan pengiraan kita menjadi lebih mudah dan cepat berbanding kita menggunakan operasi penambahan. Antara kesilapan lain ialah murid tidak tahu bagaimana untuk memulakan proses pendaraban (sehingga membuatkan pelajar meninggalkan ruangan kosong), tersalah meletakkan nombor dalam situasi pendaraban separa (partial multiplication), tidak mengingat sifir sehingga meletakkan jawapan sifir yang salah dan juga kecuaian dalam melakukan operasi darab. Kesemua masalah-masalah ini sangat membimbangkan dan akan memberi kesan terhadap prestasi dan keputusan murid nanti. Kaedah tradisional ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pelajar, malah menyumbang kepada kecenderungan murid untuk berprestasi lemah dalam matematik. Kaedah ini membosankan murid kerana mereka hanya bergerak pasif dan hanya melihat guru menulis contoh matematik dan mereka kemudiannya mendengar dan menyalin. INOVASI YANG DILAKSANAKAN Bahan dan Kos yang digunakan untuk menghasilkan inovasi: PaDaRaMu V2 merupakan satu alat yang dihasilkan dengan menggunakan 4 keping papan arclyic berukuran 8 in X 8 in. Papan ini mempunyai ciri-ciri yang sesuai dari aspek keselamatan, ringan, tahan lasak, mudahalih dan mudah disimpan. Anggaran kos menghasilkan 1 set PaDaRaMu V2 ialah RM 30. Rajah 1: Bahan yang digunakan untuk menghasilkan PaDaRaMu V2 Cara inovasi digunakan PaDaRaMu V2 merupakan satu alat yang digunakan untuk memudahkan murid-murid memahami konsep operasi darab. Di samping itu PaDaRaMu V2 juga membantu pelajar melaksanakan operasi darab dalam lingkungan 100 dengan lebih mudah, cepat dan tepat. KEBERKESANAN Satu kajian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan PaDaRaMu V2 dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibat seorang murid perempuan Tahun 3 yang masih belum menguasai kemahiran operasi darab. Dalam kajian ini, murid dikhendaki menjawab 10 soalan operasi darab dengan menggunakan 3 kaeadah yang berbeza seperti berikut:. Kaedah tambah berulang- ulang tanpa menggunakan pembilang Kaedah tambah berulang- ulang menggunakan pembilang Rajah 2: Operasi Darab Melibatkan 3 Kaedah 222 Kaedah menggunakan PaDaRaMu V2. Hasil kajian ini mendapati Penggunaan PaDaRaMu V2 dapat meningkatkan kepantasan murid dalam menjalankan operasi darab yang melibatkan nombor satu digit dengan satu digit. Kajian ini juga mendapati penggunaan PaDaRaMu V2 dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menjawab soalan operasi darab yang melibatkan nombor satu digit dengan satu digit. Keputusan hasil kajian adalah seperti di bawah: Jadual 1. Perbandingan Pencapaian Murid Kaedah Kepantasan Skor 8 minit 6 saat 8/10 Kaedah tambah berulang-ulang tanpa menggunakan pembilang Kaedah tambah berulang-ulang menggunakan pembilang Kaedah menggunakan PaDaRaMu V2. 10 minit 3 saat 7/10 6 minit 46 saat 10/10 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN PaDaRaMu V2 merupakan satu inovasi bahan bantu mengajar yang sangat berpotensi untuk diperluaskan kepada guru-guru dan ibu bapa kerana ia sangat mudah untuk disediakan dan digunakan di dalam bilik darjah mahupun di rumah. PaDaRaMu V2 merupakan BBM yang mempunyai ciri-ciri mudah digunakan, tahan lama serta kos yang sangat rendah. PaDaRaMu V2 juga berpotensi untuk dikomersialkan samada di pasaran sekolah atau pasaran terbuka. Ini kerana PaDaRaMu V2 mempunyai ciri-ciri yang menarik setanding dengan produk- produk yang dihasilkan oleh pengeluar alat-alat permainan. Pengkaji sedang berusaha untuk mendaftarkan PaDaRaMu V2 sebagai harta intelek. RUMUSAN Konsep pendaraban merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam matematik. Jadi, sebab itulah setiap murid harus berupaya menguasai kemahiran mendarab ini dengan baik. Antara faktor yang menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran mendarab ialah tidak menghafal sifir. Atas dasar itu PaDaRaMu V2 diperkenalkan. PaDaRaMu V2 bukan sahaja dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab murid-murid malah ianya memberikan satu keseronokan baru kepada murid dalam mempelajari matematik. Murid juga dapat merasai sendiri akan keajaiban dunia matematik. RUJUKAN Bobis, J., Mulligan, J. & Lowrie, T. (2004). Mathematics for children: challenging children to think mathematically. 2nd ed. New South Wales: Pearson Education Australia. Booker, G., Bond, D., Sparrow, L. & Swan, P. (2004). Teaching primary mathematics. 3rd Ed. Malaysia: Pearson Prentice Hall. Bottle, G. (2005). Teaching mathematics in the primary school. London: Continuum. Noriati, Boon, Sharifah. (2012). Murid dan alam belajar. (kemaskini). ShahAlam: Oxford Fajar Sdn Bhd. 223 224