SA masih ada saki baki demam tapi malas nak layan..kalau layan x jadi kerja dibuatnya
SA belikan Mak Pah bunga...
Tanah kubur sedikit mendap...SA plan nanti nak beli rumput carpet..
Cuaca panas..
SA masih ada saki baki demam tapi malas nak layan..kalau layan x jadi kerja dibuatnya
SA belikan Mak Pah bunga...
Tanah kubur sedikit mendap...SA plan nanti nak beli rumput carpet..
Cuaca panas..
Semua baju-baju arwah Mak Pah dah settle kami adik beradik sorting dan dermakan mana yang boleh derma..mana yang boleh bagi kat adik beradik Mak Pah kami bagi termasuk la handbag-handbag arwah Mak..
Mana baju- baju yang kami boleh pakai macam t-shirt, kain batik dan baju- baju kurung ada yang kami amik...tinggal nak sorting a few barang macam pinggan mangkuk..nak buang pinggan melamin yang biasa guna tu dan guna pinggan kaca yang tersimpan je..elok guna kan..ustaz cakap x elok simpan sebagai hiasan..
Sedikit sebak pagi ni...terlampau rindu kat arwah Mak Pah..minggu ni tak dapat pergi ziarah kubur sebab hujan lebat...minggu ni plak maybe kalau jadi SA balik JB...we see how la...kalau SA rasa kuat dah emosi ni nak balik JB..insyaallah Jumaat ni SA amik half day dan balik sana...
Assalamualaikum Mak...along datang dengan Niya, lepas raya nanti 16hb Niya exam mak....3 hari lagi nak raya Mak..x tau macam mana la raya nanti..dulu Mak ada..Mak yang sibuk nak masak apa..nak beli apa..daging banyak mana..ayam banyak mana..tahun ni kami raya sederhana je Mak..lain rasa bila Mak takde...kalau boleh diputarkan waktu..rasa nak je putar waktu tukar raya pergi ke hujung tahun..sekurang-kurangnya kami x rasa sedih xde Mak...rindunya Along kat Mak...
Alhamdulillah selesai bacaan yasin dan sedekah al-fatihah untuk Mak pagi ni...
#rindutakpernahpadam
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah