Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

19 February, 2025

Good Morning

by on February 19, 2025

Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
nieyl ni jenis kalau breakfast memang akan minum air kosong..
cuma kan semalam breakfast, bancuh air coffee..
sampai ke petang mata ni segar hihihi..
menguap pun tak hari ini tau..

Lepas tu nieyl cover balik minum air kosong dengan banyak ya..
masa minum tu tak sedar diri, teguk..teguk hahaha..
dah habis baru nak menyesal ko nieyl ...

Pagi ni nieyl nak sambung call agensi untuk
follow up kehadiran bos-bos ke majlis jabatan nieyl next week..
Semalam dah separuh nieyl call, pagi ni nieyl nak call lagi separuh..
Doakan Dipermudahkan urusan kerja nieyl ya..

Happy working..

 

18 February, 2025

Bekal BreakfastTertinggal

by on February 18, 2025

Bekal BreakfastTertinggal | Pagi ni nieyl bangun awal sebab nak siapkan bekal-bekal pergi kerja. Lepas tu teringat ex-boss ada bagi keropok lekor terengganu, nieyl pun goreng 3 batang , 2 batang untuk bawa bekal pergi kerja, dan satu batang tu goreng tinggalkan dekat rumah. Dah goreng letak dalam bekas, siap sos semua, nieyl letak dekat dapur sebab tak nak dia kena kipas nanti sejuk. 

Alih-alih kan sempai pejabat kononnya nak breakfast ringan lah pagi ni, punah harapan tau sebab bekal breakfast tertinggal dekat dapur..aduhai...geram dengan diri sendiri. Sudahnya...kenalah turun ke cafe beli makanan breakfast sebab lapar. 

Balik dari cafe, terus pergi pantry bancuh coffee untuk segarkan mata yang asyik mendung je macam cuaca dekat luar tu hihihi. 

Nieyl beli kuey tiow goreng sikit, sambal kerang dan paru sambal RM3.50 tadi Tiba-tiba rasa eh murah pula..hihihi...
Lepas tu nieyl beli pisang goreng ngan keledek goreng rm3..Ok la buat kudapan sebelum lunch nanti.
Korang dah breakfast ke?breakfast apa pagi ni?
 

Ex-Boss Datang Rumah

by on February 18, 2025

Ex-Boss Datang Rumah | Weekend baru ni dalam lepas zohor macam  tu, ex-boss nieyl yang baru bersara bulan 1 whatsapp tanya nieyl ada dekat rumah ke tak?and nieyl jawab ada je..dia cakap dia nak pergi kenduri lepas tu plan nak singgah rumah nieyl, nak hantar labu dan keropok lekor. 

Besarkan labu tu, ha..labu ni hasil kebun suami ex-boss nieyl. Suami ex-boss nieyl ni dulu pernah bekerja satu department dekat nieyl rasanya tahun 2009. Rumah ex-boss nieyl tak jauh pun dari rumah nieyl rasanya adalah dalam 5 or 6km je..Jadi, memang boleh je jumpa bila-bila. Cuma tak sangkalah walaupun dah berpencen masih ingat lagi dekat PA dia ni kan..

Hari kejadian tu, nieyl pun bagi ex-boss nieyl karipap frozen sebungkus untuk buat breakfast ke minum petang. Alhamdulillah, ada juga orang yang ingat kita kan...



 

Good Morning

by on February 18, 2025

Assalamualaikum...
Selamat Pagi..
lebih kurang 2 minggu je lagi kan kita nak masuk bulan Ramadhan kan..
whatsapp group pun dah mula orang jual kuih dan biskut raya ni..
boleh dikatakan setiap hari ada je orang iklan dalam group tu..

Tahun ni sama juga projek raya nieyl akan diteruskan..
Semoga tahun ni lebih dimurahkan rezeki..

Happy working semua



 

17 February, 2025

Curi masa pergi tengok dewan wedding

by on February 17, 2025

Curi masa pergi tengok dewan wedding | Hari sabtu tengah hari ada kenduri doa selamat dekat rumah kakak nieyl, dalam pukul2.30 tu curi masa sikit pergi Meet & Greet dewan wedding untuk anak buah nieyl yang nak kahwin insyaÁllah bulan 7 nanti..

Awal tahun aritu dah pergi masa EXPO kahwin, dah tengok dah hall dia semua, tapi masa tu harga dia wow!tercekik juga hahaha. So, kita try cari hall lain yang kena dengan bajet kita. Bulan februari ni ternampak iklan promo hall yang nieyl tengok masa EXPO kahwin tu. Untuk Promo ni dia beri potongan lebih dari 10K lebih..

Serius memang banyak beza, so..pergilah untuk food tester dan juga nak tengok hall tu sekali. Bila bincang punya bincang, Alhamdulillah..nieyl dengan kakak nieyl decide kita nak hall ni, sebab jemputan kakak nieyl pun tak ramai, so hall ni just nice la untuk 500 pax. Pakej hall ni dia lengkap dengan catering, pelamin, PA system, lepastu pelayan semua di sediakan. Tempat dia pun sangat cantik dan sejuk hihihi..

So, kita dah bayar deposit untuk booking dan lock date. Selebihnya sebelum majlis nanti diselesaikan. Lepas raya nanti kita akan ada sesi food testing sekali lagi dan final deco pelamin yang terbaru siap insyaÁllah. Alhamdulillah, satu benda besar dah selesai, lepas ni kita fikir benda lain pula kan..

Terasa macam diri sendiri yang nak kahwin ni mcner ni hahaha....

 

Singgah Lunch di Kafe Olla, Janda Baik

by on February 17, 2025

Singgah Lunch di Kafe Olla, Janda Baik |  Lepas check out hari tu, nieyl sekeluarga singgah makan lunch dekat Kafe Olla. ini kafe milik umi kepada anak buah nieyl. Memang excited sangat nak pergi sini sebab nak makan ikan patin. Kalau dah sampai pahang daerah mana pun wajib ler makan ikan patin kan. Dekat kafe ni paling di cari pelanggan adalah ikan patin tempoyak dan ikan talapia goreng. Harga dia korang boleh tengok dekat gambar atas yang nieyl share tu. 

Kafe Olla ni memang sentiasa ada customer, kafe ni terletak betul-betul tepi jalan memang menjadi tempat orang berhenti makan lunch. Selain tu dia ada je menu masakan lain macam kedai-kedai biasa tu, cuma yang paling popular ikan patin tempoyak dan ikan talipia yang kita order baru dia goreng. Makan panas-panas dengan sambal colek tempoyak pergghh...sedappp..


Hari nieyl makan nasi putih, salad, sambal colek tempoyak, ikan patin tempoyak dan fav nieyl ikan patin goreng. Sedap betul lah kebetulan memang pergi time perut lapar nasi hehehe.. Ikan patin tempoyak dia memang rasa ori tempoyak dan warna dia pun original ya..tak ada letak kunyit² ni hehehe..Paling nieyl suka ikan patin goreng panas-panas tu, dah habis order satu lagi hehehe...

Kalau korang ada ke belah-belah Janda Baik tu bolehlah singgah makan sini okay..

Good Morning

by on February 17, 2025


Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Salam isnin semua..
Pagi ni banyak kereta di atas jalan raya...
Hari ni hari pertama persekolahan sesi 2025..

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka
yang menguruskan persekolahan anak-anak hari ni..

Hari ni 2 orang anak buah nieyl yang masuk darjah 1..
Tak tahulah macam mana dieorang hari ni..
harap seronok lah kan..

Happy working semua yang bekerja hari ni...