Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label Debob. Show all posts
Showing posts with label Debob. Show all posts

Restoran Debob Coffee - coffee and western food, Bandar Perda Pulau Pinang

Debob Coffee (abaikan jari tu)

dalam restoran Debob Coffee
Kepada pengemar minuman berasakan kopi dan makanan barat (western food), boleh la terjah ke DEBOB COFFEE yang terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang. DEBOB COFFEE ni bersebelahan dengan bank rakyat. Di Bandar Perda ni juga ada satu lagi restoran DEBOB berdekatan dengan pejabat tabung haji. DEBOB di  sebelah tabung haji ni berkonsepkan CAFE BUTIK.
Aku saja datang nak minum petang santai-santai di sini. So aku try la cappuccino dengan mocha dan juga mushroom soup with garlic bread.
cappuccino

mocha

mushroom soup with garlic bread
Kalau korang nak makan makanan western yang lain, order saja. Ada banyak menu lain yang ada di DEBOB COFFEE ni. Boleh tengok menu-menu seperti di bawah ni.
muka depan buku menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu

DEBOB COFFEE menu
Setakat tu je aku sempat snap..sebenarnya ada lagi menu-menu lain. Boleh datang sendiri tengok apa yang ada.
Kepada yang nak datang ke DEBOB COFFEE ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°22'00.4"N 100°26'10.1"E atau 5.366787, 100.436132

Western food (makanan barat) di DEBOB berkonsep butik kafe di Bandar Perda Pulau Pinang

Sekali sekala makan western food memang sedap. Selalu makan nasi je hari-hari kan sebab dah jadi makanan rutin harian rakyat Malaysia..Ni aku nak story pasal restoran DEBOB yang berkonsepkan butik kafe yang menyediakan makanan barat (western food). Kat mana DEBOB ni? DEBOB ni terletak di Bandar Perda Pulau Pinang. Landmark DEBOB adalah bersebelahan dengan Tabung Haji.
Restoran DEBOB
Restoran DEBOB
Bila masuk dalam ni, ibu-ibu mesti menjerit keriangan! Sebabnya dalam DEBOB ni ada banyak pinggan mangkuk yang menjadi idaman dan igauan para ibu-ibu, lagi menarik pinggan mangkuk tu jenama VANTAGE!!!! Setiap satunya ada harga yang tertulis. Kalau mampu, boleh beli.
pinggan mangkuk berjenama vantage
pinggan mangkuk berjenama vantage

berkonsepkan butik kafe
berkonsepkan butik kafe
Ok berbalik kepada western food, ada banyak juga menu western yang ada di DEBOB ni. Setakat menu yang aku order, memang sedap dan berbaloi makan. Antara menu yang ada, korang boleh tengok senarai menu yang aku sempat snap dan juga menu minuman special yang ada di DEBOB.
Senarai menu western DEBOB
Senarai menu western DEBOB

Senarai minuman special DEBOB
Senarai minuman special DEBOB
So, dalam banyak-banyak menu di atas, aku order untuk makan petang aku pada petang tersebut bersama-sama famili aku adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah ni.
lamb chop
lamb chop

chicken chop
chicken chop

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

DEBOB fries
DEBOB fries
mushroom soup
mushroom soup
Dari segi minuman plak, kalau yang biasa-biasa macam teh ais ke teh o ais ke, aku takan masukkan dalam blog aku ni. Disebabkan aku order yang rare sikit, makan aku telah membuat keputusan sebulat suara untuk masukkan kedalam blog aku yang osem ni...hihihihi..
hot hazelnut white coffee
hot hazelnut white coffee

hot mocha awesome
hot mocha awesome
cold hazelnut white coffee
cold hazelnut white coffee
Bagi yang nak datang ke DEBOB dan ingin mencuba sendiri makan western food, nak tahu sedap ke tidak? Boleh datang ke Bandar Perda, Pulau Pinang. Macam aku cakap tadi, lokasi di sebelah Tabung Haji. Boleh guna gps koordinat yang aku bagi ni. Boleh juga refer google map kat bawah ni...
5°22'01.8"N 100°26'01.6"E
5°22'01.8"N 100°26'01.6"E