Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 30 Jun 2009

CUP CAKE COKLAT

Petang semalam saya masak cupcake coklat ni , saya nak bawa cupcake ni masa nak pegi melawat kawan yang baru bersalin dekat rumah saya ni , kira sebagai buah tangan la...


Bancuhan cupcake yang dah ready untuk dibakar..


Cupcake coklat yang baru masak....


Saya decorate dengan coklat ganache dan letak mashmellow jeee...anak-anak memang suka ni...



Cupcake yang ni saya sapu dengan butter cream dan tabur coklat sprinkle ...sonang kojo...


Ahad, 28 Jun 2009

SUP SAYUR

Menu simple untuk makan malam kami sekeluarga , saya masak sup ni dan goreng ikan bawal jee...tu pun dah sedap untuk kami makan . Anak-anak memang suka sangat sup sayur dengan fish ball ni sampai hirup kuah la dalam pinggan nasi masing-masing hehehe...


BAHAN-BAHAN :

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

Sabtu, 27 Jun 2009

ADAM

Ini kira first time Adam tengok abah dia kupas buah durian di rumah , sebelum ni Adam ada makan buah durian masa di rumah aunty Iza . Masa abah sibuk mengupas buah durian Adam pun sama sibuk nak tengok dan pegang buah durian , bila abah dah selesai kupas durian baru saya biar Adam nak pegang buah durian . Seronok juga tengok gelagat Adam ni , dia berani nak pegang pandai pulak tu pegang pelahan je , lepas tu Adam ni suka juga makan durian , Adam siap request nak nak saja makan buah durian ( buat masa ni Adam pandai cakap ' nak ni ' bila dia request nak makan apa-apa makanan pun ) .


Bila abah dia dah selesai kupas semua buah durian , saya saja biar dia pegang dan buat apa saja dia nak dengan kulit buah durian tu. Adam korek-korek baki isi durian tu dan makan sambil senyum saja , sedap la tu hehee


Dia still nak pegang buah durian ni walaupun tadi dah bersila dan makan buah durian . Tahu pulak dia pegang perlahan-lahan kulit durian tu kan tajam.


Adam baru bangun tidur dan nampak kami tengah sedap makan durian , terus dia pun nak makan sama , habis la juga 3 ulas durian Adam makan licin.



Adam request " nak ni " saja pada kakak Aisyah , berselera dan suka makan durian . Senang la kira perut melayu sejati anak bongsu saya ni , buat masa ni semua dia nak makan , mihun goreng yang pedas sikit pun dia nak makan walaupun tak banyak tapi dia nak cuba. Semenjak gigi dah tumbuh semua makanan Adam nak cuba makan..tapi favorite dia yang saya notice la mesti nasi juga..gelagat Adam sentiasa menghiburkan kami sekeluarga.

Jumaat, 26 Jun 2009

SOTONG MASAK KICAP


Menu favorite anak-anak dan suami , selalu kalau beli sotong ini la menu yang saya masak.


BAHAN-BAHAN :

500 gm sotong
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
8 sudu kicap pekat
4 sudu sos tiram
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu kecil minyak bijan-option

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan potong kecil. Kupas bawang dan dimayang nipis-nipis.

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis smua bawang sampai layu , kemudian masukkan sotong dan sos tiram , asam jawa , kicap , minyak bijan . Kacau sampai sotong masak . Jangan masak sotong terlalu lama sampai sotong jadi kecut sebab sotong akan jadi liat.

* Resepi ni memang cepat dimasak kalau kurang masin boleh di tambah kicap lagi atau garam. Minyak bijan ada lah untuk buang hanyir sotong tapi kalau tak letak minyak bijan pun ok .

Khamis, 25 Jun 2009

TOMYAM CAMPUR



BAHAN-BAHAN :

BAHAN A:

500 gm sotong
500 gm udang
300 gm ayam
300 gm daging
1 peket cendawan
2 peket pucuk jagung
1 batang carrot


BAHAN B:

2 kiub stok tomyam / 8 sudu pes tomyam
8 biji cili api- dititik
2 biji limau nipis- ambil jus saja
1 biji bawang besar
3 inci lengkuas
1 biji bawang putih
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
3 cawan air
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

* Kalau guna kiub tomyam Maggi selalunya kuah akan jadi masam so tak payah guna jus limau nipis .


CARA MEMASAK :

1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, lengkuas , bawang besar/putih, serai,cili api dan biar sampai kuah mendidih. Kemudian rasa kuah sedikit dan masukkan jus limau nipis , garam , gula dan kacau.

3) Masukkan semua bahan B kecuali udang /sotong dan kacau , biar sampai kuah mendidih dan semua bahan masak baru la last sekali di masukkan udang dan sotong , kacau sekejap sampai udang masak dan boleh la ditutup api.


DAGING MASAK MERAH ALA THAI


BAHAN DIREBUS BERSAMA :

500 grm daging
2 biji tomato
6 sudu sos tomato
1 cawan air

Rebus daging sampai empuk , kemudian potong nipis-nipis . Sos lebihan rebusan ini jangan dibuang sebab akan diguna balik nanti .

BAHAN-BAHAN TUMIS :

2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5 helai daun limau purut
4 sudu sos tiram
1/2 cawan nampla/sos ikan siam

CARA MEMASAK :

1) Kupas semua bawang dan dimayang halus , bawang besar dipotong nipis-nipis. Panas kan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai layu kemudian masukkan semua daging dan kacau sebentar.

2) Masukkan sos ikan , sos tiram dan daun limau purut yang dikoyak-koyak .Terus kacau daging dan masuukan sos tomato dari lebihan rebusan tadi , kacau semua bahan sehingga daging masak.

*Selalunya daging masak merah yang kita makan dikedai sudah diletak pewarna supaya menjadi merah.

Selasa, 23 Jun 2009

DAPAT AWARD


Task 1 : Accept the award , post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and her blog link.

Saya dapat award ni dari adik Salmie dari a-big-girl , thanks ye dik seronoknya akak dapat award lagi...temakasih ye...

Seronok juga dapat award ni dan lepas tu bagi pulak award to pada kawan-kawan lain...


Task2 : Past the award to 7 other blogs.Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen fot this award.

Saya pilih 7 orang kawan-kawan baru dan kakak-kakak saya :

1).Kak Amy Doblinger

2) Kak Tie a.k.a Cupcakekasih

3) Fawa

4) Adik blogresepi

5) Edi - adorablecupcake

6) Kak Inahar

7) Nisa


Ok tu je , happy blogging and happy cooking....sedapnya....

Isnin, 15 Jun 2009

NASI GORENG


BAHAN-BAHAN :
5 cawan nasi
Sedikit isi ayam yang dipotong nipis
2 biji telur
Sedikit kacang panjang yang dipotong nipis-nipis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar butter
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI TUMBUK LUMAT :
1 genggam ikan bilis
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah

* boleh di tambah isi ayam atau udang sebagai bahan rencah , lagi la sedap nasi goreng ni..


CARA-CARA MEMASAK :

1) Panaskan butter , tumiskan semua bahan tumbuk dan kacau sehingga wangi , kemudian masukkan isi ayam , sos tiram dan kacau lagi sehingga isi ayam masak. Seterusnya masukkan telur dan kacau , bila telur hampir masak masukkan kacang panjang yan sudah dipotong kecil-kecil. Bila kacang sudah separuh layu masukkan semua nasi dan garam secukup rasa. Kacau nasi supaya semua bahan mesra , terus kacau nasi untuk 10 minit lagi atau sampai nasi sudah masak dan menjadi sedikit kering.

telur yang digoreng bersama kacang panjang dan sos tiram


Nasi goreng yang sudah siap


Ahad, 14 Jun 2009

COKLAT CAKE LAGI

Anak - anak saya memang suka sangat makan coklat cake , jadi mak depa ni dok masak coklat kek selalu la..heheee..






Sabtu, 13 Jun 2009

BAYAM MASAK LEMAK PUTIH



BAHAN-BAHAN :

1 ikat bayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 cawan santan
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

1) Bersih kan sayur bayam dan potong , kupas semua bawang dan dimayang halus .
2) Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan bawang yang di mayang halus tadi . Gunakan api yang sederhana besar untuk masak kuah ini , bila kuah dah masak dan mendidih boleh la di masuk kan sayur bayam serta garam . Kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan bila bayam sudah layu serta masak boleh la ditutup api dapur.

Khamis, 11 Jun 2009

KARI LAKSA


BAHAN-BAHAN :
1 - 2 peket mee kuning
2 batang serai - di titik
1 liter santan
1 cawan air
3 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk ketumbar
5 tangkai daun kesum

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
500 grm ayam / isi ayam
500 grm udang
2 peket fish ball
1 peket tauhu puff
5 biji telur - direbus
200 grm taugeh
Sedikit kacang panjang
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
10 biji cili kering
1 sudu besar belacan

CARA MEMASAK :
1) Tumis semua bahan yang dikisar sampai timbul bau wangi , masukkan rempah kari , serbuk ketumbar , serai , daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air . Kacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak. Masukkan fish ball dan garam . Kemudian masukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak . Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air.
3) Celur mee , taugeh dan kacang panjang serta , rebus semua telur .

* Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil , bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Boleh juga dimasukkan sekali kerang di dalam kuah bagi sesiapa saja yang suka makan kerang la...

Bahan terakhir di masuk ke dalam kuah ialah tauhu pop /puf , kacau dan biar mendidih sekejap saja.

Mee kari laksa yang sudah sedia untuk di makan..

Selasa, 9 Jun 2009

PASTA BAKAR


BAHAN-BAHAN :

250 gm pasta
100 gm sayur campur
3 biji bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 tin sos spehgetti prego
1 tin cendawan butang - dihiris halus
1 peket ayam kisar
5 biji telur
1/2 cawan susu
2 cawan keju monzarella
Sedikit mentega
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak


CARA MEMBUAT :

1 )Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau lagi sehingga daging ayam mnejadi masak. Kemudian masukkan sos spehgetti , cendawan dan sayur campur serta terus mengacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta yang telah direbus tadi dan gaul dengan kuah sos. Masukkan telur , susu dan garam dan gaul semua bahan sehingga sebati.

3) Sapukan mentega pada pemukaan dalam dulang pembakar. Tuang semua bahan tadi ke dalam dulang pembakar. Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak.


Pasta yang sudah siap dan boleh di bakar


Pasta yang sudah masak



Pasta yang sudah boleh di hidang , hmmm yummy..

SAMBAL TUMIS TELUR

Sambal telur ni antara menu yang mak saya suka masak masa saya kecil-kecil dulu , sampai sekarang saya suka hmmm sedap. Saya masih ikut cara mak saya sediakan telur rebus ni , cara mak saya ialah telur yang di rebus ni di kelar-kelar kelilingnya lepas tu telur rebus ni di goreng kejap biar sampai kelilingnya bergerutut kekuningan.

Sekarang ni anak-anak saya pun suka makan sambal telur ni menu simple yang sanagt menyelerakan...



BAHAN-BAHAN :

6 biji telur - direbus
1 biji bawang besar - di potong nipis
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR LUMAT :

10 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.

2) Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan bawang besar .Terus mengacau semua bahan tadi sehingga bawang besar menjadi layu.

3) Telur yang sudah di kupas tadi , dikelar kelilingnya dan digoreng sekejap sehingga kelilingnya menjadi kekuningan.

4) Masukkan semua telur dalam sambal tadi dan terus mengacau semua bahan secara perlahan-lahan supaya sambal meliputi seluruh pemukaan telur , jika kurang masin tambah la garam lagi , tak perlu masak telur ni terlalu lama. Bila semua bahan dah cukup mesra boleh la ditutup api dapur.

Khamis, 4 Jun 2009

ASPARAGUS GORENG

Antara sayur yang saya cukup suka ialah asparagus sebab rasanya yang ranggup dan lemak manis tu. Paling saya suka kalau asparagus di goreng belacan , tumis gan sos tiram atau tumis dengan bawang putih je hmmm yummmy..sedap. Kali ni saya goreng asparagus dengan sos tiram , resepi ini simple saja tapi kami sekeluarga suka sangat..

BAHAN-BAHAN :
1 ikat asparagus
Sedikit kobis
Sedikit isi ayam /daging 
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh minyak bijan
3 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sayur kobis dan asparagus serta potong ikut citarasa kita la . Bersihkan isi ayam dan potong nipis -nipis , kupas semua bawang dan dimayang halus.
2. Panas kan minyak dalam kuali dan tumis semua bawang dan biar sampai bawang menjadi layu , terus dimasukkan isi ayam . Kacau isi ayam dan biar samapi masak kemudian masukkan sos tiram dan minyak bijan kacau sekejap.
3. Terus masukkan semua sayur asparagus dan kobis serta garam , terus kacau sehingga sayur layu dan tutup la api. Jangan goreng sayur terlalu lama nanti  sayur jadi lembik dan over cook , langsung sayur jadi tak sedap. Selamat mencuba ya...



Rabu, 3 Jun 2009

CHOCOLATE CAKE

Saya belajar baking dan cara nak hias cake lagi , kali ni kelas gan Mr.Hau yang baik hati hehehhee.... dia memang sangat la helpful dan sentiasa ceria. Nama kelas kali ni ialah American chocolate cake ganache. Kelas ni memang saya enjoy sangat dan mudah untuk saya buat decoration untuk cakenya guna cokolat ganache ni. Cuma kek ni yang Mr.Hau dah masak awal agak berderai la tapi saya boleh tukar guna resepi moist chocolate cake.....



Ha... ni dah half way nak siap , best la kelas kali ni....


Ini la cake chocolate saya yang dah siap , lepas ni balik rumah boleh bake dan decorate sendiri la.....resepi chocolate ganache yang Mr.Hau bagi memang sedap ... hymmmm yummy...