Showing posts with label masak2.ceriter. Show all posts

Coklat - hasil buatanku (",)

0

Sebelum ni aku ada buat entri pasal chocolate home-made kan....So, jangan bosan sebab entri kali ni pun nak bercerita pasal coklat lagi...hihihihi....Anggap je la, coklat sebelum ni first try...proses pembelajaran...budak baru nak belajar buat coklat...(",)
.
.
.
Bila dah pandai buat coklat sendiri, so apa lagi kan....terus ajak suami beli barang2 untuk buat coklat lagi...Semangat nak buat kuih raya begitu berkobar-kobar la katakan....hehehe... tak cukup dengan dua bekas kecil je yang dapat tempohari.. Namapun buat ramai2 kan, so pakat2 bagi la mana yang dapat...sharing is caring (",)
.
.
.
.
 Seronok betul bila tengok coklat2 yang dah siap tersusun cantik dalam tray...(",)
Walaupun bentuk sama je dengan yang lepas, tapi tak mengapa...Al-maklumlah, mole orang punya...nak beli MIL tak kasi, membazir katanya...suruh pakai yang ada je....hihihi...
.
.
.
.
Setelah bertungkus lumus kerjakan coklat2 tu, maka inilah hasilnya........
Dapat la jugak dalam 3 balang....Alhamdulillah, dapat buat balik Trg nanti, sure anak2 buah suka...(",)

Bila dah siap, susun dan masukkan ke dalam balang......
Yang ni versi kaler pink...
.
.
.
.
 Yang ni pulak versi kaler hijau....walaupun rasanya sama je.....kaler je yang berbeza...hehehehe.....
.
.
.
.
Yang ni pulak agak special bentuknya...hehehehe.. comel kan!
Untuk versi yang ni cuma dapat satu bekas kecik je....
Yang ni pure coklat, tak campur dengan white coklat....Versi ni Incik suami suka, sebabnya coklat semata-mata yang tidak dicampur dengan mana2 bahan tambahan...(",)
.
.
.
.

Nota cinta : Terima kasih diucapkan kepada Incik suamiku yang tolong sekali buat coklat, walaupun hanya tolong ketuk coklat keluar dari mole...hehehehe



Home-made Chocolate (",)

9

Salam semua... 
Tinggal beberapa hari je lagi untuk Ramadhan melabuhkan tirainya...
Apakah perasaan anda?
Sedih? 
Adakah kita masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan yang akan datang?
Atau ada yang gembira dan tak sabar untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba?
Renung2kanlah...
.
.
.
.
Oppss, entri ini bukanlah sesi tazkirah ye adik2...hehehehe...tak salah kalau memperingatkan pada diri sendiri. Ok la, walaupun hari "Rabu" merupakan hari "tanpa kata2", tapi disebabkan sudah beberapa hari tak berceloteh kat sini, so, tak kira! Nak berkata-kata jugak...Ada aku kesah? Hihihi...
.
.
.
.

[Coklat cilok dari Google]
.
.

Sekarang ni boleh dikatakan trend orang buat home-made coklat. Betul tak? Ala, biasanya coklat camni orang suka jadikan sebagai barang hantaran tunang atau kahwin. Pelbagai bentuk yang comel2 gitu....Hadiahkan pada orang yang tersayang pun sesuai. Dulu, time aku kawen, pernah jugak terfikir nak jadikan home-made choc ni sebagai goodies untuk para tetamu time aku kahwin...masa survey2 harga, sekali tengok harganya cecah sampai RM0.80 sebijik, tak jadikkk!!!! Mahal...takkan la nak bagi tetamu sebijik sorang je kan...paling2 tidak 2 @ 3 biji...kalau bagi sebijik, wat lekat celah gigi je...huhuhuhu.....Sekarang baru tahu, padahal bukannya susah sangat nak membuatnya...cuma agak leceh sedikit la, perlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi... cuma insan2 yang tegar sahaja mampu membuatnya..hehehehe..

[Coklat buatan sendiri]
.
.
.
Percubaan pertamaku....not bad kan! (",)
Ini adalah hasil tangan aku dan adik ipar...Adik ipar aku yang ngajor buat coklat ni....idok la susah sangat pun....kacau2 coklat, buat filing, taruk lam bekas, biarkan sejuk lam peti ais, siappp...senang bukan?
Perasaan quite teruja first time buat coklat ni....kalau camni, boleh bukak bisnes ni...hihihihih...



Karipap Sardin Comel..hehehe

4

Semalam, first time buat karipap sama2 ngan En Hubby...ni semua gara-gara tengok cerita Minah Karipap lakonan Norkhiriah yang ditayangkan kat tv2 semalam. Si Minah yang terlalu taksub dan suka makan karipap sampaikan sanggup merayau sorang2 cari kedai yang jual karipap yang sedap. Punya la tak jumpa karipap yang sedap sampaikan Si Minah tu sanggup belajar buat kuih karipap sendiri.
.
.
.
Tengah2 syok layan aksi comel Si Minah makan karipap dengan pelahapnya...Tiba-tiba......

Si Suami: "Awak, jom kita buat kuih karipap!"
Si Isteri: "Erkkkk???? Mmm jom...."
.
.
.
.
.

Maka, terkedek-kedeklah kedua2nya menuju ke dapur. Si suami menguli tepung, si isteri pulak sediakan inti karipap cap sardin...hahahahahaha....

Haa tu dia!!!
Tangan gebu sedang menguli tepung. Disebabkan dah tak ada sangat alat untuk menggelek tepung, guna tumbler pon kira jadi la...hahahahaha...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Setelah ber"ketang ketung" pasangan laki bini
.
.
.
.
.
.
.
.
.



AKHIRNYA
siap la jugak karipap sardin yang comel secomel orang yang mengadunnya..hahahahaha

Rupa karipap SEBELUM digoreng


Rupa karipap SELEPAS digoreng
Not bad kan... (",)
Pasni boleh la buat bisnes jual karipap pulak...hehehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jangan tak tahu
dalam banyak2 karipap tu, ada jugak rupanya yang tak berapa nak jadi rupa karipap..hehehehe..contohnya dalam gambar kat atas ni ha... nasib baik nak isi mulut sendiri...membazir pulak kalau nak dibuang kan...walaupun rupamu tak secomel karipap2 yang lain, tapi rasamu tetap sodap untuk ditelan...(",)




Juadah pagi untuk pagi Ahad...

2

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas di muka bumiMu nan indah ini...

Seperti hari2 yang sudah, mood tersangat la baik pagi tadi...hari Ahad la katakan...cuti, leh lepak2 dan bersantai kat rumah. Disebabkan tak berkesempatan nak masak nasi lemak untuk breakfast pagi semalam, niat nak masak nasi lemak KS tunaikan pagi tadi.... Setelah ber"ketung-ketang" sensorang kat dapur, akhirnya siap nasi lomak sambal udang + ikan goreng hasil air tangan KS. Sangat seronok sebab ni kira first time masak nasi lomak untuk suami terchenta...hehehehehe.... Alhamdulillah, tak kena komplen pape...hihihihi....Kussss semangat....
.
.
.
.

Sempat pulak en suami p masuk kebun depan rumah ambil daun pisang. Wah spesel gitu, makan nasi lemak beralaskan daun pisang. Rasa macam makan kat kedai pulak..hihihihi...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)