Showing posts with label masak2. Show all posts

Projek spontan kami laki bini..

0


Projek? Hahaha..
Kami laki bini ni memang suka buat projek masak2 sama2.. Dua2 suka makan la agaknya... Penyakit suka makan2 ni aku dah terjangkit dengan suami sejak kami 'berkawan rapat' 4 tahun yang lepas. Sebab tu berat badanku naik mendadak sejak kenal dengan my hubby, mana la tak naik berat badan, pantang keluar je aktiviti kami adalah makan, makan dan makan... huhuhu..

Kalau nak tahu, sejak dah kahwin ni boleh kira dengan jari berapa kali je kami makan kat luar. Selalunya, memang akan masak kat rumah. Suami memang suka makan kat rumah. Lagi sedap katanya.. Bagus jugak untuk diri sendiri. Daripada tak pandai masak dah jadi pandai masak (boleh la...) Kalau makan kat luar pun sure nasi ayam penyet Restoren Endang Taman U yang menjadi pilihan. Ayam penyek hasil air tangan sendiri tak sama dengan ayam penyet kat restoren Endang tu. So, bila terasa nak makan nasi ayam penyet, kami akan berkunjung ke sana.

Ok, berbalik kepada topik asal.
Projek masak2 kami kali ini adalah burger. Daging burger kami buat sendiri. Tak guna daging burger yang dah siap ye!

Home-made burger with love
.
.
.

Hurmm, yummy..
Walaupun percubaan pertama masak daging burger sendiri, tapi hasilnya sangat memuaskan. Punya la tebal daging burger tu sampaikan nak makan pun tak muat mulut. Hahaha.. Tambah pulak dengan aksesori2 lain, daun salad, timun, tomato, cheese dan bawang.. memang terbaik..


Akhir kalam, sekian sahaja laporan dari dapur masakan Kasih Suci.. hahahaha...








Menu tengahari hari ini...

1
[Gambar ihsan google]
.
.
Malam tadi balik rumah MIL hantarkan barang pesanan... Dapat rezeki 2 biji buah labu, sebiji labu muda sebiji lagi labu yang dah tua. Orang Terengganu panggil buah labu tu dengan nama "tukka".  Memang favourite betul la buah labu ni.. Masak buat lauk nasi la.. kalau pengat labu tu kureng sikit... tak suka sangat la.. Tapi kalau masak lemak ataupun masak air memang best. Memandangkan hubby hari ni tak balik lunch kat rumah sebab kena handle aktiviti kayak kat UTM, so amik kesempatan untuk masak labu sebagai juadah hidangan tengahari hari ni. Lagipun, hubby tak berapa suka sangat masak labu ni... so, masak sikit je la sebab makan sorang.. walaupun makan sorang2 je, tapi seleranya besor...hehehe...maklumlah, dah lama tak makan labu masak air camtu.
.
.
.
Nak masak labu ni bukanlah susah mana pun.. main campak2 je...hehehe...Lagipun ramuan2 yang diperlukan pun sangat2 lah simple. Cuma perlukan:
Bahan-bahan
Labu muda (potong ikut style masing2 suka, nak besar ke nak kecil.. terserah.. tak perlu buang kulitnya)
Bawang putih (tumbuk)
Lada hitam (tumbuk)
Ikan selayang - seekor @ Ikan bilis

Cara-caranya
 (1) Masukkan labu yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama dengan air.
(2) Ikan selayang tu masukkan sekali, bila dah agak2 ikan tu dah separuh masak, keluarkan dan buangkan tulangnya. Hancurkan ikan tu, tapi jangan hancur sangat, nanti tak rasa isi ikan pulak.
(3) Bila air dah menggelegak, masukkan bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi bersama ikan selayang @ ikan bilis.
(4) Masukkan garam secukupnya dan tunggu labu tadi betul2 empuk.
(5) Dah siap!!! hehehe... mudah je kan.
.
.
.
.
.

Malam tadi jugak dapat rezeki makan pengat durian ataupun serawa durian. MIL yang tolong masakkan. Singgah pasar borong SMART, tergoda dengan bau buah durian yang betul2 menyengat hidung ni ha...hehehe...dah la pergi dah malam, kedai pun dah nak tutup, so dapat la beli dengan harga yang murah. MIL KS memang sangat baik hatinya... dah la tu, pandai masak pulak tu... Cakap je nak makan apa, semuanya boleh dimasaknya... Satu lagi kelebihan beliau adalah masak dalam tempoh masa yang sangat singkat dan cepat. Kagum betul la... Malam tadi pun tak plan pun nak suruh MIL masakkan pengat durian tu. Mulanya beli durian tu sebab nak makan mentah2 je... ntah macam mana, hari tu pernah suarakan pada hubby tanya MIL pandai masak pengat durian ke tak? Sebab time tu tekak cam nak makan pulut durian. Tengah2 makan durian malam tadi, hubby boleh tanyakan MIL pulak. Dang2 time tu jugak MIL offer nak masakkan.. padahal dah pukul 10 lebih dah. Taknak la menyusahkan sebab dah malam pun nak kena masak2 lagi.. Lagipun, kami tak dapat nak overnight kat rumah MIL malam tadi. Tu yang rasa macam menyusahkan je...
.
.
.
 Kebetulan bahan nak buat pengat durian cukup, tang2 tu jugak MIL masakkan. Dapat la seperiuk... rezeki kan! Tapau bawak balik rumah.. pagi tadi tanak pulut seperiuk kecil.. maka dapatlah KS makan pulut pengat durian sebagai sarapan pagi tadi. Hepiiiiiii...hihihihi...
.
.
.
.
Ok la, panjang pulak bercerita bab makan2 kali ni.. hehehe... Nanti kita cerita bab makan2 lenkali pulak ye! (",)







Aidilfitri 2011...

2


Edisi review cerita di pagi Aidilfitri...hehehe...
Sebelum cerita panjang lebor, meh sini nak tayang gambar kami suami isteri dulu...hehehe


Aidilfitri pertama bagi kami suami isteri....
First raya, kami beraya di kampung halamanku di Terengganu
Memang awal kahwin lagi, aku dah tetapkan siap2, first raya kat rumah KS..Tahun kedua raya baru "deal" balik semula ye! .hahahahahaha.... Begini la nasib kalau kahwin dengan orang jauh2 ni...kahwin sekampung kan sonang, tak payah pening2 nak buat giliran kan! ;p
.
.
.
.
Alhamdulillah, aidilfitri kali ini disambut meriah oleh kami adik beradik....yang duk merantau kat negeri orang semuanya pulang ke kampung untuk beraya bersama-sama mak + ayah... Nasib baik ada hari raya...hari raya ni ibarat hari untuk kami adik beradik berkumpul beramai-ramai...seronok betul dapat berkumpul bersama2....Walaupun hari raya cuma disambut oleh kami adik-beradik je, namun kemeriahan tetap dirasai... nak melawat makcik2 + pakcik2, berapa kerat je yang tinggal...yang pastinya raya di Terengganu jauh berbeza dengan raya kat Johor....huhuhu....sebulan puasa, sebulan jugak pergi beraya..hihihihi...ponat beraya dari siang sampai ke malam... dapat pulak sedara sebelah suami ni ramai bebenor....
.
.
.
.
Oppss, tak nak cerita dulu kisah beraya kat Johor ni...
Layan cerita beraya kat Terengganu dulu ye! (",)

 [Keluargaku yang besar]

Wajib la bergambar beramai2...baru la happening raya kan...
Ni adalah gambar keluarga besar KS...mak + ayah + adik beradik + anak2 buah...
Ada 3 famili yang tiada dalam gambar, diorang beraya kat rumah mertua masing2...
.
.
.
.
 Bercakap pasal juadah hari raya, famili KS wajiblah ada nasi dagang, ketupat palas + ketupat nasi dan rendang...Ketupat nasi dalam gambar kat atas tu adalah hasil anyaman menantu2 dari Johor...Walaupun beraya kat Terengganu, ketupat nasi wajiblah ada jugak...Bukan setakat ketupat nasi je yang perlu ada, lodeh + sambal goreng pun harus ada sekali...kalau dah Jawa, tak leh nak kata apa dah...kemana pergi tetap ke"Jawa"annya itu dibawanya bersama....
.
.
.
.
 Orang lain sibuk beraya, kita sibuk memasak kat dapur....masak lodeh punya pasal....huhuhuhu...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Categories ♥

jalan-jalan (28) giveaway (26) makan-makan (25) informasi (23) ceriter (21) contest (20) tag (18) award (17) macam-macam (17) luahan (15) bebelan (13) blogger (13) xtvt (13) Damia (12) coretan (12) My lil caliph (11) nuffnang (11) KTF (10) famili (10) renungan (10) WW (9) insiden (9) pregnancy (9) aktiviti. (8) kahwin (8) raya (8) UTM (7) lagu. lirik (7) birthday (6) peristiwa (6) puasa (6) tension (6) hadiah (5) ngeteh (5) agama (4) artis (4) kolokium. FSKSM (4) masak2.ceriter (4) pengalaman (4) sharing is caring (4) Penang (3) Pulau Tioman (3) aidilfitri (3) cinta (3) cuti-cuti (3) family day FP. Tanjung Leman (3) filem (3) kesihatan (3) kunjungan (3) masak2 (3) perkahwinan (3) phd (3) ramadhan (3) sukan (3) Anniversary (2) Jalapeno Cheese Souce (2) Singapore (2) anak pertama (2) bersalin (2) cabutan bertuah (2) checklist. kahwin (2) doa (2) facebook (2) game (2) hiburan (2) hobi (2) kenangan (2) lucky draw (2) mekap2 (2) research group (2) resepi (2) rintihan (2) terjah (2) the series of...drama korea (2) tunang (2) tutorial (2) xpdc (2) 11.11.11 (1) 2nd anniversary (1) 5 bulan (1) Aina (1) Baju kelawar (1) EBM (1) Friendship (1) GengBlogger (1) Hello Kitty Park (1) Kasih Suci (1) MY BIG DAY (1) Makanan pelengkap baby (1) Maskara Shorties 2011 (1) Piala FA 2011 (1) Review 2012. kenangan (1) Shaklee (1) Tak sihat (1) accident.peristiwa (1) aidiladha (1) aidiladha 2011 (1) aku (1) ayer itam (1) bbq (1) blogger-geng (1) bloglarian (1) blur (1) bola (1) breast pump (1) buku (1) celcom (1) coretan. suamiKu (1) demam (1) design. blog (1) en Hubby (1) exam..exam.. (1) famili angkat (1) first day at taska (1) flower girl (1) gambar (1) happy (1) hari guru (1) informasi. kesihatan (1) kad kahwin (1) kahwin. bunga tangan. flower girls (1) kempen (1) koleksi (1) kunjungan. KTF (1) lalat. (1) layan. game (1) maharaja lawak (1) maulidur rasul (1) meniarap (1) menu (1) mrsm kuala berang (1) nemo (1) new year (1) our love (1) our love. kahwin (1) persiapan (1) pesta konvo UTM (1) ragam.ceriter.suamiKu (1) raya. blogger (1) runsing (1) sakit (1) sedih (1) segmen Ben Ashaari (1) shopping online (1) study. myPHD (1) suami isteri (1) suamiKu (1) t (1) takde keje (1) teater Sri Mersing (1) teka teki (1) template blog (1) the series of... (1) tips (1) trip. Vietnam (1) video (1) wislist (1)