Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Sunday, December 19, 2010

DAGING GORENG GARAM KUNYIT

                                          Daging Goreng "Harimau Menangis"

DAGING GORENG GARAM KUNYIT

500gm isi daging..dipotong sederhana tebal
1 1/2 sudu kecil kunyit
1 1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk jintan manis
~ gaul semua dan perap seketika ~

BAHAN KISAR:-
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

4 sudu besar minyak
2 biji bawang besar potong lereng
1 biji cili merah..dihiris menyerong
1 biji cili hijau..dihiris menyerong
beberapa tangkai cili padi..diketuk
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi
Masukkan perapan daging dan sedikit air kacau sebati dan masak sehingga daging lembut@empuk
Masukkan hirisan cili merah, hijau dan cili padi serta garam & serbuk perasa (kalau suka) ..sesuaikan rasanya
Kacau sebati dan matikan api
Sedia dihidangkan

*Selamat Mencuba*

SUP KEPALA IKAN GERUT-GERUT



SUP KEPALA IKAN GERUT-GERUT

2 biji kepala ikan gerut sederhana besarnya
3-4 cawan air
1 bunjut sup ikan adabi
2 keping asam gelugor/asam keping
garam secukup rasa
1 sudu kecil biji lada hitam
sedikit bawang goreng
sedikit hirisan daun bawang dan daun sup

BAHAN TUMIS:-
2 sudu besar minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang
2 inci halia dihiris nipis memanjang macam macis
1 batang serai diketuk

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang kuning dan wangi
Masukkan air dan bunjut dan kacau sebati dan biarkan mendidih
Masukkan kepala ikan, asam keping, garam dan biji lada hitam
Biar mendidih atau sehingga kepala ikan bertukar warna menjadi putih atau masak
Masukkan kedalam mangkuk dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng
Sedia dinikmati

*Selamat Mencuba*

SAMBAL BELACAN


SAMBAL BELACAN
[versi chekiah]

BAHAN2NYA:-
5 biji cili merah..dipatah2kan agar mudah untuk menumbuk
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan yang telah dibakar
air asam jawa atau perahan limau kasturi
sedikit garam dan gula
sedikit udang kering [kalau suka)

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Masukkan kesemua bahan KECUALI air asam jawa kedalam lesung batu dan tumbuk sehingga halus
Campurkan air asam jawa atau perahan limau kasturi..kacau sebati dan masukkan kedalam bekas yang sesuai. Sedia dihidangkan bersama ulam2man dan enak juga dilayan bersama ikan kering pilihan

*Selamat Mencuba*

NASI GORENG SOTONG



Nasi goreng sotong ni selalu juga CheKiah dengar akan kesedapannya tetapi bila makan di kedai terutamanya kedai makanan siam rasanya biasa sahaja cuma kelainannya di letakkan sotong tapi pada cuti sekolah tahun lepas adik ipar CheKiah yang telah pulang bercuti dari Langkawi telah menyediakannya dengan begitu enak sekali maklum ler sotong yang di gunakan adalah hasil tangkapan suaminya sendiri. Kemanisan sotong yang baru betul2 membawa kelainan dari segi rasa pada nasi goreng sotong. Terima kasih kepada Adik Mah yang sudi memasak untuk kami sekeluarga pada hari itu.

Nasi Goreng Sotong
Bahan-bahannya:-

1 pinggan nasi putih yang di sejukkan terlebih dahulu
5 ekor sotong yang sederhana besarnya (di potong 2)
3 ulas bawang putih (di cincang)
1 ulas bawang besar (di cincang)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan (kalau tak der letak jer 1 sudu teh garam halus)
4-5 biji cili padi (di potong pendek2@diketuk sebijik2)
1 biji telur
2 sudu makan minyak

Cara-cara:

Bersihakan sotong, buang kulit (ikut suka), potong, cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu kemudian masukkan bawang putih goreng hingga wangi
Masukkan sotong, sos tiram, sos ikan@garam, cili padi dan kacau sebati..biar sekejap sehingga sotong lembut
Masukkan nasi kacau rata..buat lubang tengah nasi dan pecahkan telur dan kacau menjadi telur hancur
Gaul semua hingga sebati..padamkan api dan sedia untuk di hidangkan

Nota CheKiah:-
Untuk memasak nasi goreng yang tidak berketul dan melekit sebaiknya sukatan air semasa memasak nasi hendaklah di kurangkan sedikit agar mendapat nasi yang agak berderai.
Sebaiknya 1/2 jam sebelum menggoreng keluarkan nasi dari periok dan kiraikan di dalam pinggan supaya dia sejuk dan memudahkan untuk menggorengnya nanti.

SIRAP PAUTAN KASIH


Resepi sirap ni adik ipar yang tinggal di Pulau Langkawi yang bermurah hati kasi. Sewaktu pulang berhari raya di rumah arwah emak mertua dalam sesi makan ramai2 dia telah menunjuk ajar camana nak buat sirap yang mabeles ni. Selalunya sirap ini kita minum di rumah2 kenduri kawin dengan berbagai bagai warna. Pada mulanya tak tahu nak letak apa nama resepi ni tapi akhirnya wujudlah "sirap pautan kasih" sebab sekali minum pasti rasa macam nak berpaut kat jug sirap ni hehehe..

Sirap Pautan Kasih

Bahan-bahannya :-
2 kg gula pasir
1 botol kecil (330ml) sunquick perasa oren
1 1/2 botol esen pisang
pewarna hijau @ sebarang pewarna kegemaran
air secukupnya
limau nipis@kasturi (untuk xtra kesedapan)

Cara Membuatnya :-
Masak gula dan air
Setelah gula larut masukkan oren sunquick, esen pisang & pewarna
Kacau dengan penuh kemanjaan dan pastikan senyum terukir di bibir
Setelah nampak hampir mendidih matikan api dan sejukkan
Untuk menambahkan keenakan boleh juga di campur dengan perahan limau nipis@kasturi

Sukatan di atas untuk beberapa kali kegunaan sekiranya anda ingin mencuba boleh ler
adjust mengikut keperluan.

*Selamat Mencuba*

IKAN KICAP MANIS


Selalunya bila berkumpul beramai ramai dirumah arwah emak mertua mesti ada saja berbagai bagai makanan yang disediakan. Kebetulan adik ipar yang tinggal di Pulau Langkawi apabila pulang selalu membawa ikan, udang dan sotong yang besar2 (hasil tangkapan dan mencandat suaminya). Bila dah ramai2 makan aper pun sedap dan selalunya kami pakat2 menyediakan hidangan yang simple2 tapi sedap. Resepi ini hasil dari pemantauan kedua dua adik ipar apabila mereka menjamu selera disebuah restauran. Rasanya memang sedap lebih2 lagi kalau masak menggunakan ikan yang segar.


IKAN GORENG KICAP MANIS

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan yang sederhana besar (sebarang ikan kesukaan)
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu kecil garam halus
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan2 Sos:-
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu makan sos tomato
2 camca sudu kecil gula
garam & serbuk perasa (sekiranya perlu sebab sos ikan telah tersedia masin)
~ campur semua dan kacau rata...ketepikan~

Bahan2 Kisar:-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kering kisar

Bahan2 Hiasan:-
daun bawang..dihiris halus
cili merah ..dihiris halus (kalau suka)
cili padi ..dihiris halus
bawang putih dicincang & di goreng
hirisan limau nipis (kalau suka)

Cara Membuatnya:-
1. Goreng ikan sehingga tiga suku masak..angkat dan ketepikan
2. Guna 3 sudu minyak dari menggoreng ikan dan tumis bahan kisar hingga wangi
3. Setelah itu masukkan bahan sos dan sedikit air kacau rata dan masak biar hingga mendidih
4. Masukkan ikan dan balik2kan agar mesra dengan kuah dan masak sehingga kuah sedikit pekat
5. Letakkan ikan di dalam pinggan hidangan dan tabur dengan hirisan daun bawang, cili merah & bawang putih goreng
6. Sedia dihidangkan

* Selamat Mencuba *

SOTONG GORENG KUNYIT


SOTONG GORENG KUNYIT

BAHAN2NYA:-

250gm sotong ...bersihkan, dipotong bulat2 dan ditoskan
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
~ Gaul semua dan perap 20-30 minit ~

3 ulas bawang merah..dihiris nipis
2 ulas bawang putih...dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 batang daun bawang...dipotong dalam 1 inci
1 biji tomato di belah 4
Minyak untuk menumis.

CARA PENYEDIAANNYA:-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga garing.
2. Kemudian masukkan sotong dan kacau dan biarkan sekejap
3. Bila nampak sotong dah mengecut dan airnya dah agak kering masukkan bawang besar, tomato dan daun bawang
4. Kacau sehingga semuanya rata dan padamkan api
5. Sedia dihidangkan

* SelamaT MencubA *

Friday, December 17, 2010

JELLY KELAPA


1 peket serbuk agar2 (13gm)
1 1/2 mug gula (ikut citarasa manis masing2)
5 mug air
5 mug air kelape muda berserta isinya
1/2 s/t garam halus
2 helai daun pandan di simpul

Cara Membuatnya:-
Masak air, agar2, gula dan daun pandan
Kacau sentiasa hingga agar2 dan gula hancur
Masukkan air kelapa beserta isinya dan garam halus
Padamkan api dan boleh lah di masukkan kedalam bekas atau acuan
Biar dahulu pada suhu bilik sebelum di masukkan kedalam peti sejuk
Enak di makan waktu cuaca panas

Tuesday, November 30, 2010

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Bahan-bahannya :-

140gm gula halus
6 biji putih telur
6 biji kuning telur
1/4 sudu teh cream of tartar
50gm mentega
100ml susu segar@cream putar@sour cream
250gm cream cheese
60gm tepung kek
20gm tepung jagung
1 sudu besar jus lemon@esen orange

Cara Membuatnya :-

1) Cairkan cream cheese, mentega dan susu secara double boiling.
Biarkan sejuk sedikit, campurkan dengan tepung kek dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
Tambahkan kuning telur dan gula hingga rata.

2) Pukul telur putih bersama cream of tartar sehingga kembang pastu masukkan jus lemon@esen orange.

3) Campurkan no1 dan no2, kaup dan balikkan

4) Masukan adunan ke dalam acuan/loyang yg telah di letak kertas pembakar dan tabur dengan sedikit tepung

5) Kukus bakar(steam bake) pada suhu 160c selama 1jam 10 min bergantung pada oven msing2

Monday, November 22, 2010

KEK BATIK COKLAT BERKACANG


Bahan2nya :-

200 gm digestive biscuits atau biskut marie
100 gm butter
250-300 gm milk chocolate@cooking chocolate
200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
80 gm badam ) panggang 3 suku masak
80 gm walnut )


Cara Membuatnya:-

Dengan kaedah double boiling cairkan coklat, masukkan butter dan susu pekat manis,
Kacau semua hingga cair dan sebati.
Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
Tuangkan campuran coklat-butter-susu ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
Gunakan loyang yang di alas kertas supaya kek mudah dikeluarkan bila dah keras.
Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong

Saturday, November 20, 2010

SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-bahannya:-

1 paket spghetti (500gm)
500gm daging kisar segar (daging kisar paket atau daging burger pun boleh saja)
4 ulas bawang besar (potong dadu)
3ulas bawang putih (potong dadu)
English spices@mix-spice (bole di beli di pasar raya) yang mengandungi thyme,bay leave,oregano dsbnye
5 sudu besar tomato puree (sebarang jenama)
1 sudu sos perang (brown sos) bole beli brand knorr@maggi
1 biji carrot (potong dadu)
1 tin cendawan butang (dibelah dua atau di hiris nipis)
1 sudu teh lada hitam yg di tumbuk halus (ikut citarasa kepedasan)
3 biji tomato (potong dadu)

Cara Memasak Spaghetti:-
Didihkan air yg di cmpurkan sedikit olive oil (minyak zaitun).
Setelah itu masukkan spaghetti
Rebus dalam 15 minit. Jangan terlalu masak.
Tos dan ketepikan

Cara Memasak Kuah Spaghetti:-
Panaskan olive oil dalam periuk
tumis bawang merah seketika dan masukkan  bawang putih, mix spice,
setelah naik bau masukkan tomato puree dan serbuk sos perang
kemudian masukkan air mengikut kepekatan yang disukai.
masukkan daging kisar dan biarkan seketika.
setelah mendidih dan daging empuk  masukkan cendawan butang, tomato dan carrot yg di potong dadu
letakkan perasa secukupnya
didihkan selama 10-15 minit sebelum di hidangkan
hidang kan bersama serbuk atau parutan parmesan cheese

Sunday, November 14, 2010

KEK MARBLE SUSU


Bahan-Bahannya :-
250 g mentega
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum@halus  ) di ayak bersama
1 camca teh baking powder     )
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat@capucinno emulco

Cara membuatnya
1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan
    terus putar hingga sebati dan masukkan susu pekat dan gaul rata.

2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, Putar sehingga
    adunan menjadi ringan dan bahagi kepada 2 bahagian.

3. Satu bahagian dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair,
    serbuk koko dan coklat@capucinno emulco. Gaul hingga sebati.

4. Sendukkan secara berselang seli antara 2 adunan dalam tin pembakar yang telah dilenser dengan
     mentega dan dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan
     chopstick.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit bergantung pada oven masing2.

6. Sejukkan dan hias mengikut kreativiti sendiri.

Selamat Mencuba!

Saturday, November 13, 2010

SPAGHETTI CARBONARA


Sesekali layan makanan itali walaupun agak lama juga nak sesuaikan rasa sos cream putih ni dengan lidah dan tekak hehehe.

Selalu dah buat spaghetti sos tomato jadi kali ini anak2 minta buat sos putih pulak. Kalut ler CK search resepi tapi entah macam ada yang tak sesuai jadi fikir punya fikir terus sms adik CK Chef Aziz minta resepi. Sehari selepas tu dia hantar kat yahoo email so akhirnya dapatlah menunaikan hasrat anak2 dan emak anak2 juga hehehe.

Rasanya sedap tapi disebabkan cream pekat nya buat cepat rasa jelak jadi dah tahu lain kali kalau terjumpa spaghetti sos putih ni sepatutnya ambik sikit dulu jangan tamak sebab dah pasti tak kan habis membazirkan.

SPAGHETTI CARBONARA

Bahan2nya:-
1 paket spaghetti (lain2 pasta pun boleh)
350 gm mixed seafood (udang, sotong & lain2)
300 ml cooking cream (fresh milk kotak pun boleh)
300 gm (1 tin) Prego carbonara mushroom
100 gm parmesan cheese (yg sedia parut)
30 gm bawang putih (tumbuk halus)
50 gm bawang besar (potong dadu kecil)
100 gm cendawan butang (hiris ikut shape)
20 gm daun pasley (cincang halus)
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
butter & minyak zaiton (boleh juga di gunakan minyak jagung atau minyak masak)

Cara Membuatnya:-
1.Rebus spaghetti sehingga masak. Tos dan gaulkan dengan minyak zaiton agar tidak melekat.
2.Panaskan kuali dengan butter, tumis bawang putih, mixed seafood sehingga wangi.
3.Masukan bawang besar, cendawan serta cooking cream & kacau sehingga mendidih.
4.Masukan sedikit air atau air rebusan kiranya pekat
5.Masukan separuh parmesan cheese dan spaghetti, kacau hingga sebati.
6.Masukan garam & lada putih secukupnya.
7. Hidangan hendalah seperti lebih kurang cam menghidang mee goreng basah.
8.Taburkan separuh lagi parmesan cheese keatas spaghetti semasa menghidang.
9.Cadangan hiasan boleh di letakkan hirisan tomato, daun parsley & hirisan
   cili padi kepada yang minat extra kepedasan.

Nota: Sauce Carbonara sesuai disediakan dengan makanan laut tetapi boleh juga menggunakan
          bahan lain seperti ayam, daging dan sebagainya.

Thursday, November 11, 2010

KARIPAP


Bahan-bahan untuk inti :-

1 labu bawang besar ) di cincang
200g daging )
1 tangkai daun kari
3 camB rempah kari daging
sedikit air
300gm kentang (di kupas, di dadu & di rebus sampai empuk)
5 tangkai daun bawang ) di hiris halus
5 tangkai daun sup )
2 camB minyak
gula & garam secukupnya

Cara membuat inti:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar & daun kari sampai wangi.
Masukkan daging cincang, rempah kari daging dan sedikit air.
Balik2kan sehingga daging empuk.
Bubuh kentang, daun bawang & daun sup, gula & garam.
Gaul hingga sebati kemudian angkat & sejukkan.

Bahan-bahan untuk kulit :-

500gm tepung gandum ) di ayak bersama
1/4 camt garam halus )
170gm magerin - di cairkan
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuat kulit :-
Gaul tepung gandum & garam
Masukkan magerin yang telah dicairkan ke dalam adunan tepung
Gaulkan sehingga sebati dan uli dengan memasukkan air sedikit
demi sedikit agar mendapat doh yang lembut.
Canaikan anggaran setebal 5 milimeter & gunakan acuan bulat
9 sentimeter sebelum letakkan dlm acuan karipap (yg plastik tu).
Letak inti di tengah2. Sapukan air di atas kulit karipap di sekeliling
acuan tu sebelum di kepit (air untuk melekatkan 2 tangkupan kulit karipap)
Goreng dalam minyak sehingga keperangan.

Selamat Mencuba!

Tuesday, November 9, 2010

TALAM NYONYA


Talam ni dibuat atas dasar tak puas makan di rumah kenduri hehehe..Sebenarnya CK memang minat talam yang satu ni dan kebetulan itu hari pergi kerumah kenduri kawin dapat ler makan 2 keping tu yang tak puas rasanya. Talam ni telah di buat bersama adik ipar Norsiah dan hasil 1 adunan banyak juga lah so aper lagi makan CK makan biar sampai puas!

TALAM NYONYA

Bahagian Putih (A)
1 cawan tepung kacang hijau
1 1/2 cawan gula
6 1/2 cawan santan + air (3 cawan santan + 3 1/2 cawan air)
secubit garam

Campurkan kesemua bahan2 kedalam periuk,
kacau hingga sebati.

Bahagian Hijau (B)
1 cawan tepung kacang hijau
1 1/2 cawan gula
6 1/2 cawan air
sedikit esen pandan
beberapa titik pewarna hijau

Campurkan kesemua bahan2 kedalam periuk,
kacau hingga sebati.

Cara Membuatnya:-
Letak kedua dua periuk di atas dapur sebelah menyebelah
kacau kedua dua nya serentak sehingga pekat kemudian
masukkan kedalam bekas dengan cara sendukkan setiap
adunan di selang selikan. Biar sejuk dan masukkan kedalam
peti sejuk sebelum di hidangkan.

* Selamat Mencuba *

NASI AYAM TANJUNG


Nasi ayam merupakan makanan yang di gemari oleh semua ahli keluarga CK. Kalau keluar makan diluar mesti ada diantara kami yang akan memesan nasi ayam atau nasi goreng ayam. Kalau makan diluar pasti lah tidak merasa puas disebabkan keenakan samada nasi, sup atau ayam tu sendiri. Ayam yang disediakan untuk nasi ayam kalau pesyen dolu2 ialah ayam yang di perap bersama kicap, garam & gula dan digoreng garing. Sekarang ini penyediaan ayam untuk nasi ayam telah diupgradekan, ada ayam percik, ada ayam lada hitam & ayam berempah, pilih saja yang mana memenuhi selera anda. CK lebih suka dengan penyediaan yang tidak di permodenkan sebab rasa lebih asli yang di namakan nasi ayam.

NASI AYAM

Bahan-Bahan:-
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
di perap sekejap bersama 2 ulas bawang putih
& 2 sm halia yang diketuk
rebus hingga empuk & toskan
air rebusan disimpan untuk memasak nasi

Bahan-bahan (A)
1 cm halia*
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
(* di kisar atau di tumbuk)

Semua bahan (A) di perap pada ayam selama 20 minit
sebelum di goreng garing



Bahan Untuk Nasi:-
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
4 ulas bawang merah - di tumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
Sedikit garam.

Cara Memasak Nasi:-
Basuh beras dan toskan.
Panaskan butter, tumis halia, bawang putih, bawang merah hingga garing.
Masukkan beras kacau sebentar sebelum di masukkan air rebusan ayam
secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.


Bahan Sos :-
5 biji cili merah (potong & buang biji)
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu makan cuka
1 sudu teh garam & gula
1/2 cawan air

Blend semua dan masak sebentar


Bahan Sup:-
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
sedikit minyak
rempah sup@kiub ayam
garam
daun bawang & daun sup yg dihiris.
bawang goreng

Tumis bawang besar dengan sedikit minyak.
Masukkan rempah sup@kiub ayam
Kacau sebentar sebelum masukkan air rebusan ayam
Tambah garam secukup rasa
Tabur daun bawang & daun sup serta bawang goreng

Monday, November 8, 2010

MEE KARI


Antara masakan yang baru diperkenalkan kepada dapur CK maklum ler selama ni tringin nak makan asyik main beli jer sekarang bila dah rasa macam sesuai dengan tekak baru lah gedik2 nak buat hehe tak per janji kemahuan nak buat sendiri tu ada betul tak?

Teringat kat arwah adik ipar Allahyarhamah Roziah yang begitu bersungguh sungguh memujuk CK untuk menikmati mee kari ni. Dulu memang CK tak suka sebab tak pernah membiasakan diri makan sebab pada pandangan CK agak pelik kuah mee dicampur rempah dan santan berlainan dari kuah mee yang selalu makan iaitu mee kuah atau sesetengah orang memanggilnya mee jawa.

Memula rasa memang ler pelik sebab lidah CK pun jenis yang demand juga kan hehe, akhirnya rasa sedap pulak. Semenjak hari tu kiranya memang dah tak kekok ler kalau orang hidang mee kari atau gi memana order mee kari dan menambah minat sebab encik somi pun rupanya suka tapi dia tak pernah sungut suruh buat sebab dia tahu darling kesayangan dia ni tak gemar makan mee kari, itu dulu tak lagi dah sekarang.

Resepi mee kari dibawah ini hasil pencarian di google tak ingat dah kat blog mana CK ambil, apa2pun CK mohon izin tempek resepi kat sini yer tuan/puan empunya resepi.

MEE KARI

Bahan-Bahan:-
1 kg mee kuning (di celur)
50 sen taugeh (di celur)
Seringgit sawi (di celur)
1/4 kobis (di celur)
sedikit daum kesum@daun cenohom (di simpul)
1 btg bunga kantan (di belah 4@ di hiris kasar)

600gm daging@ayam (dipotong ikut suka)
600g udang (di rebus)
(kulit udang jangan di buang, cuci sekali, rebus & dikisar halus, tapis ambik airnya)
400gm isi kerang (di rebus ambik airnya)

10 ulas bawang merah dikisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
2 peket serbuk kari daging
5 sudu makan cili giling
sedikit jus asam jawa

2 keping tahu (goreng & potong nipis)
2 keping kek ikan (fish cake) di potong
6 biji bebola ikan (fish ball) di belah
6 keping kek ketam (di potong)

santan (dari 2 biji kelapa)
Garam
Minyak untuk menumis

Untuk Hiasan:
-------------------
5 biji telur di rebus (belah 2 atau 4)
daun bawang
daun pudina
limau kasturi
Cili api
Cili merah
Bawang goreng

****



Caranya Membuatnya :-

Mula-mula tumiskan bawang merah & bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.Masukkan cili giling, serbuk kari & sedikit jus asam jawa, masak dengan api perlahan.Setelah, kedua-duanya masak dan terbit minyak masukkan air rebusan kulit udang + air rebusan kerang serta daging@ayam, biar hingga daging@ayam tu empuk.Kemudian masukkan simpulan daun kesum@cenohom, bunga kantan, kek ikan, kek ketam, bebola ikan dan santan. Masukkan garam secukup rasa & masak kuah hingga menggelegak sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak.

Cadangan Hidangan:-
---------------------------
Masukkan mee kuning, sawi, tauge, kobis, udang & isi kerang ke dalam mangkuk
Tuangkan kuah ke atasnya.
Hiaskan dengan tahu goreng, daun pudina, daun bawang, cili padi, cili merah,
telur rebus & bawang goreng.

*Selamat Mencuba*

Friday, November 5, 2010

LEMPENG KELAPA / GHOTI NYOQ


Lempeng Kelapa

bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
santan secukupnya
minyak@mentega
garam


Cara Membuatnya :-
Satukan semua bahan di atas kecuali, santan & garam. Kacau rata.
Masukkan sedikit garam kedalam santan & kacau hingga garam larut.
Tuang santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan
yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam dan kacau rata2.
Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak@mentega.
Tuang 1/2 senduk adunan ke dalam pan dan leperkan dengan belakang
senduk perlahan lahan hingga mendapat ketebalan atau kenipisan yang serata.
Masak dengan api perlahan sehingga kuning keemasan, terbalikkan dan
biar masak. Jika suka garing, sapu sedikit minyak@mentega pada permukaan
lempeng sebelum diterbalikkan. Buat hingga siap, angkat dan hidangkan bersama
sambal tumis atau kari.

* Selamat Mencuba *

Tuesday, November 2, 2010

Mukadimah


Selamat berkunjung ke laman sawang Cik Kiah.
Dah lama Cik Kiah ingin miliki laman sawang koleksi resepi dan petua sendiri
tapi baru kini Cik Kiah berkesempatan mengabdikan semua koleksi yang dah
lama berada dalam simpanan Cik Kiah. Terima Kasih kepada rakan-rakan yang
mana resepi & petua dia orang Cik Kiah paparkan di laman sawang ini sekadar
untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Semoga segala usaha kita ke arah
kebaikan akan sentiasa mendapat keizinan Allah dan di beri laluan yang mudah..
insyaAllah..