Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Sabtu, 24 September 2011

Salam Aidiladha 2011


Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar. Sepatutnya hari raya korban lebih dirasai kemeriahan sambutannya berbanding hari raya puasa yang juga dipanggil Aidil Asghor iaitu hari raya kecil.

Sesungguhnya Aidil Adha mengingatkan kita kepada Saiyidina Omar bin Al-Khattab yang memberikan ucapan beliau ; “Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidil Fitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang terakhir (Haji Wada’), maka ia disambut dengan Aidil Adha ”

Sekarang telah kedengaran keberangkatan jemaah Haji ke tanah suci. Masing-masing dengan tujuan yang satu. Moga selamat pergi dan pulang dengan diiringi doa.

Pada tahun ini, mungkin ramai guru-guru dari semenanjung yang mengajar di Sabah tidak pulang beraya di kampung. Mungkin perayaan ini akan disambut pada 6 & 7 November 2011. Maka dikesempatan ini, chegu mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt