Assalamualaikum wbt.
Jangan terkejut dengan tajuk housewife I tu Hehe! Entry ni cuma nak share pengalaman I menjadi surirumah-tanpa-suami for almost three weeks. Siapa kata isteri yang tak bekerja duduk rumah goyang kaki je tanpa mengeluarkan peluh? Siapa kata jadi surirumah tak penat?
Sepanjang tiga minggu I spend time at my sister home (Johor), tugas harian I dah sebijik macam surirumah sepenuh masa. Penat woo!
Awni – First niece :)
Bangun pagi lepas Subuh kena siapkan sarapan untuk adik I and sambil tu kena basuh baju. Mujurlah dengan teknologi sekarang ni semuanya agak-agak mudah. Mesin auto la katakan, letak je baju setengah jam lepas tu dah boleh sidai. But sometimes ade juga yang menambahkan kerja bile I lupe nak salurkan saluran air mesin basuh tu ke toilet. I guess you know what happened then.. Satu dapur banjir wehh!! Alahaiii…
Pung pang pung pang buat kerja pagi tetibe dah nak tengahari. Oke! Sekarang kena fikir ape nak masak untuk lunch pulak. Tugas sebagai surirumah ni melibatkan mental dan fizikal. Seriously, berfikir itu adalah sangat penat! Dah dapat menu lunch yang I pakai hentam je dengan ape yang ade dalam fridge, now kena bersihkan rumah (sambil memasak).
Paling kanan. Aimi – First nephew :)
Bersihkan rumah ini membawa maksud menyapu dan mengemop lantai. Yang ni memang kena lakukan setiap hari sebab anak buah I sangat gemar kotorkan lantai dengan menumpahkan susu diorang. Not only susu la actually sebab semua yang diorang makan mesti akan berterabur and lantai akan melekit. Tahap kesabaran yang amat tinggi diperlukan disini ye! Kalau tak bagi makan biskut-teddy tu nanti menangis pulak sampai satu taman dengar.. Haihh!
Lepas lunch ade time rehat jap untuk I tengok dongeng Indon kat TV3 setiap hari tu or spend time untuk baca novel. Oh ya, lupe nak masukkan sekali tugas sampingan. Lepas masak and makan of course la kena kemas dapur and meja makan bagai an. This is also one of the most leceh part! And yang paling meningkatkan rase penat tu bile tidak mendapat kerjasama dari orang sekeliling. Adik I, yang die tau makan je.. =.="
Her fav song – Dadali, Di saat Aku Mencintaimu
Evening, I kena ready kat rumah sambut kepulangan anak-anak buah dari taska. Macam tunggu suami balik je an hehe. Sebelum tu kena siram pokok bunga, angkat baju kat ampaian and sapu laman..
Sebelah malam adalah waktu bersama keluarga #ecehh! Melayan kerenah anak buah, bagi makan, minum susu and tidurkan diorang. Mane pergi mama diorang? Ade je tapi I terpaksa ikhlas dan memahami la yang Along I penat bekerja huhu #sounds ikhlas much?
Awni and her mum – Along
All of the routine must be done like everyday! Duhhh..
But now I know how hard it is to be a housewife. But that doesn’t mean I don’t wanna get married LOL! Cume berharap I akan berkahwin dengan seorang kawan dan suami yang memahami dan boleh bertolak ansur #senyum sambil garu dagu pandang atas..
Gediq! :)
After all I can say that semua lelah hilang bile tengok muka anak-anak buah I time diorang tidur. Comel sangat! Feel like so calm and relief..
Maka girls jangan-lah takut untuk menjadi seorang isteri kerana jasa dan pengorbanan kamu amat berharga buat keluarga. Juga buat guys, jangan sesekali perlekeh para surirumah dan rajin-rajinkan-lah ringankan beban isteri kamu nanti ye!
p/s: Kaum hawa adalah sangat fleksibel bukan? ;)
Jom LIKE!