Dulu kekecik selalu berangan bila dah besar nanti nak kahwin macam princess jalan sambil seret kaen. Nak buat kad kahwin sendiri, hantaran, pelamin. Nak isi goodies dengan jajan banyak banyak. Malam sebelum nikah nak pakai inai sambil gosip hal hal bujang buat kali terakhir.
Hoi! Seronok okay.
Semua benda rasa nak DIY je. Kurang sikit belanja. Bukan apa cuma nak rasa pengalaman susah senang sebelum majlis. Lebih lebih lagi kalau hasilnya tiptop! Tersenyum puas sepanjang majlis :)
Alhamdulillah majlis pertunangan saya pada 11 Januari berjalan lancar. Semua teratur seperti yang dirancang. Especially part pelamin dan hantaran DIY kami. Still standing greatly to the last. Bertunang, berkahwin sekali je seumur hidup. So make it the best!
Untuk majlis tunang hari tu saya utamakan hantaran, goodies tetamu dan pelamin. Kedua baru fikir pasal baju, tudung dan mekap. Ketiga benda kecil like bunga tangan (hand bouquet), jamuan makan dan belanja perjalanan. Hmm nampak macam sikit bukan? Padahal pecah kepala jugak handle semua ni. Sobs sobs.
Segala persediaan saya mulakan 2 bulan sebelum.
Mulakan dengan kumpul maklumat thru google and magazine like pengantin, hijab etc. Tengok dari segi segala perkara, so senang nak generate idea kreatif korang nanti. Seriously idea pelamin, hantaran and decoration saya datang dari sumber di atas almost 60%. First, cincin pertunangan dan duit tanda.
Beli lilin kat hinode, toreh sikit ikut saiz cincin dan sapu minyak masak untuk elakkan lilin merekah. Untuk duit tanda pulak, terfikir untuk jadikan origami tapi haiwan apakah? Tanya pakcik google then terjumpa video origami ramarama. Memang terbaek, tak susah nak buat dia.
Bila dah seronok buat set cincin, baru datang semangat nak buat yang laen hehe. Saya decide untuk buatkan hantaran dari pihak lelaki sekali (pink) senang sekali jalan. Hantaran dari pihak kami pulak warna hijau. 7 dulang berbalas 5. Antara barang hantaran kami sireh junjung, set barang, kek, buah, coklat dan baju.
Dari segi goodies tetamu pulak kami decide untuk bagi foods instead of barangan. Anggarkan berapa orang yang akan datang then mulakan dari penyediaan beg/bekas goodies. Lepas tu pilih jajan yang agak sesuai untuk dewasa dan budak budak. Google je design untuk 'beg kertas wafel' dan tadaa.
Saya tak deco sangat la just tambah reben ikut tema warna and tulis nama kami, date. Tak nak nampak sarat sebab isi dah cukup berat haha. Ooh ye, sebelum terlupa saya alas 'beg wafel' sebelah dalamnya dengan kertas keras. Untuk jimat, saya recycle kalendar :) Isi goodies dengan gugula, jelly, air kotak dan apollo.
Majlis makan sepenuhnya dihandle oleh ayahanda dari segi menu, tempat dan meja kerusi segala. Saya bank in duit je hehe. Menu nasi ayam penyet dan venue untuk makan adalah di bengkel perabot ayah yang boleh memuatkan 50 orang at one time.
Total perbelanjan;
Hantaran (kecuali cincin) - 862
Goodies - 169
Jamuan makan - 350
Selagi boleh kurangkan perbelanjaan, adalah afdhal untuk dikurangkan. Cuba gunakan barang sedia ada atau recycle. Lets be creative peoples! :)
Bersambung... Dengan sesuatu yang kami rasa agak menyesal di next entry! Bai..♥
posted from Bloggeroid