TEACHER BONDA: medication TEACHER BONDA: medication
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label medication. Show all posts
Showing posts with label medication. Show all posts
Demam Denggi vs Demam Campak

Demam Denggi vs Demam Campak

Assalamualaikum w.b.r

Sabtu lepas Darwisy tetibe je demam
penyek je dia sampaikan hajat nk mandi swimming pool (la sgt...) kt umah mak aku pn terbantot
dan tetibe je dia nk ikot aku & kandaku ke Ikea 
yg mana dia pada mulanya mmg x nk ikot disebabkan ada 'pool' br kt umah mak aku tu

Mungkin sbb dia x sedap bdn, dia nk ikot kami (nk memenyek dgn aku la tu...)
sepanjang di Ikea mmg aku kena dukung je dia
ketika makan pn dia tertido
dan elok je kami selesai makan & menapau makanan
tiba2 dia muntah!

Aku panik sbb masa tu tgh kt meja mkn
org keliling tgh makan
kalo aku bia dia muntah atas lantai..........mmg haru
sian kt org lain yg tgh mkn
makanya aku tadah la muntah anak aku tu dgn pinggan makan aku
yek yek kn...tp dh xda jln lain
huhuhhu
penuh 1 pinggan tu dgn cecair Darwisy
sian anak bonda.....

Ahadnya plak tb2 Darwisy menggaru2 kegatalan
sbnrnya since Sabtu mlm Ahad lg dia dh menggaru
aku assume dia gatal sbb alergi
so aku x la amek kesah sgt
just sapu dgn krim Papaw je

Tp kegatalan selepas mandi tu teruk sgt
sampai naik bintat2 kt kaki & badan
aku ingat sbb dia pakai bedak baby yg dh lama x abes
alergi lg kononnya tp mcm teruk je

So Ahad mlm Isnin kami ke klinik setelah tiba dr Sungai Buloh
kt klinik, doktor attachment plak yg on duty
muda belia lg...
dia diagnose anak aku mcm kena demam DENGGI!
pergh...gile ke?
x kan la denggi menggatal smpai cmtu sekali
siap dia suh g spital, amek sample darah....

Aku siap ragu2 lg tau mlm tu
langsung dia x bg Darwisy ubat demam ke, ubat tahan gatal ke ubat sapu ke...
gila tol..aku yg ngadu sakit tekak ni
siap dpt ubat demam, ubat batuk, antibiotik lg
mcm PELIK sgt...
tp kitorang still x g spital utk amek sample darah

Isnin pas aku balik sekolah
terus ku bawa ke klinik dekat umah ni
hmmmmppphhhhh....demam CAMPAK rupanye
kata Doktor Jannah...
baru lega isi perot aku

Darwisy posing bersama ubat2nya...



Dapat la Darwisy ubat tahan gatal, ubat sapu & sabun mandi
ubat demam doc  x bg sbb aku kata dh ada panadol syrup kt umah
dan sampai hari ni walau demam Darwisy dh kebah
tp kegatalannya masih ada
sian aku tgk kt bdn, bontot, kaki dia
merah2 mcm lobster tau...

Sian kan kt dia....


Hope Darwisy cpt sembuh ye anak...

p/s : Doktor Jamaliah pernah ajar kitorang..dia kata kalo demam denggi, bila kita tekan2 tempat yg berbintik2, merah tu....warnanya tetap merah selepas ditekan. tp kalo warna kulit berubah jd kaler putih, makna bukan denggi..





Demam tergezutkah?

Demam tergezutkah?

Assalamualaikum w.b.r

Kurang dari 3 minggu lagi dari tarikh kami sekeluarga dijangkakan berlepas 'bercuti',
aku dan kandaku telah berjaya membotakkan Darwisy kelmarin
walaupun begitu banyak rintangan yang dilalui kt dalam toilet semasa proses membotak

Sesungguhnya anak dan ayah mempunyai kebotakan yang sama skang ni
supaya memudahkan percutian 14 hari 12 malam kami nanti
aku pon turut merelakan kandaku memotong rambutku 
(walaupun tidak secantik di kedai gunting rambut...hehheheheheh)
supaya kurang skit kadar keguguran rambut semasa berpergian nanti

Tup2 balik sekolah semalam, aku dapat berita yang Darwisy demam panas
sampai rumah aku tengok Darwisy memang dah melepet atas tilam, mata berair, seluruh badan panas
poor Darwisy....sedey aku tengok
demam tergezut dibotakkan ke?????



Awal pagi tadi Darwisy dh request : Bonda x payah g school..Teman Darwisy kt rumah tau....
makanya, subuh2 lagi aku dh sms tuan pengetua aku utk memohon cuti....
dan skang ni aku tgh melayan mulut Darwsiy yang bercakap x berhenti2
sambil tgk Tom & Jerry....
suh makan ubat pon dia mengelat
jawabnya : Darwisy dh eat ubat dgn ayah semalam...
pulok dah!

Doakan Darwisy cepat sembuh ye
sbb dah plan nak bawak dia g swimming pool.....

OPS Buka Clamp Berkhatan Darwisy!

OPS Buka Clamp Berkhatan Darwisy!

Assalamualaikum w.b.r

maka skang aku nk kongsi plak proses membuka 'sangkar burung' hehehhe

Selepas agak 5 hari selepas dikhatankan
sepatutnya kitorang bawak Darwisy g klinik tu balik utk membuka sangkar luar
oleh kerana kami sekeluarga berada jauh dr Kluang
maka kandaku telah belajar cara-cara utk memotong sisi clamp sangkar

Bahagian berlabel A dan B perlu dipotong dulu
kitorang try guna gunting, tp x boleh terbelah
nak x nak kena gak guna ketip kuku


Bahagian yang perlu dipotong pada clamp


Bila dh potong terus tanggalkan clamp tu 
so jadilah seperti gambar di bawah

Setelah clamp diturunkan dari penggantungan...
hehehheheh

Warna kuning yang terlekat kt clamp tu sbnrnya warna antiseptik
sbnarnya tiap kali pas shishi,
anu Darwisy perlu dicuci dgn antiseptik dan BUKAN dgn AIR
tu yang melekat kaler cenggitu

Lepas operasi potong clamp
diteruskan dgn operasi mandi lulur plak
tujuannya adalah utk melonggarkan sangkar yang terlekat kat anu tu
kena bagi Darwisy rendam sampaila sangkar chumel tu longgar


Seronoknya dia dpt berendam


At first Darwisy agak takot utk berendam
mungkin sbb dia masih seriau, ngilu, teringat2 kisah pedih anunya
tapi bila aku mula percik2kan air, siram2 skit anu dia
barula dia nk duduk dlm bath tab besen tu



Pandang dan lihatlah
jangan tiru macam saya...



Macam2 aksesori dia bwk masuk toilet
macam la bath tab dia  tu besar sgt!


Makan masa 24 jam gak proses nk longgarkan sangkar tu
hari Isnin kitorang potong clamp, asak Darwisy berendam...
Selasa pagi baru boleh loose kan sangkar

Sangkar tu x nak loose sendiri
so kandaku try letak baby oil sbg pelincir
meraung gak Darwisy ms proses tu
so aku bertindak selaku pemegang badan,
dgn pantas memeluk dia spy dia x terjun katil...heheheh

Tp agak senang sebenarnya nak tarik sangkar tu sbb dh ada oil
bl dh ditarik, br aku nampak yang anu Darwisy dh chomel..huhuhuuu


Sangkar yang dh kehilangan burungnya...wakakakkakakaka


Mintak mahap byk2 kpd sesiapa yg teringin nk tengok sechomel mana anu Darwisy tu
x tergamak aku nk expose kt sini
sesape nk tgk, dtg la jmpa Darwisy, tgk live..boleh?
hihihiiiihiih no no no....lucah sey!

Berkhatan!

Berkhatan!

Assalamualaikum w.b.r

Alhamdulillah Darwisy telah selamat dikahatankan pada
Tarikh : 7 Mac 2012
Usia : Hampir 2 tahun 11 bulan
Masa : 3.45 ptg
Tempat : Klinik Dr. Ahmad & Surgery, Kluang
Kos : RM150.00

Mmg agak janggal mendengar budak terlalu kecil dikhatankan kan
tp dalam Islam sendiri, disunatkan untuk mengkhatan anak lelaki pada usia 7 hari
dan Rasulullah sendiri dilahirkan telah berkhatan kan
*betulkan aku kalo wat wrong statement

Aku dan kandaku mmg x pernah terfikir utk mengkhatankan Darwisy seawal ini
tetapi setelah musyawarah keluarga dibuat
dan atas sebab2 yang nanti (setelah kejadian) aku akan ceritakan
maka kitorang telah sepakat membawa berkat utk menjalankan prosedur ini seawalnya

Skarang ni dh zaman "Smart Klamp"
bukan zaman duk atas batang pisang, tok mudim dtg dgn parang pisau sunat lg
dan "Smart Klamp" ni sememangnya amat praktikal dan memudahkan penjagaan selepas berkhatan
untuk info lebih lanjut tentang "Smart Klamp", sila klik SINI


Ni rupa "Smart Klamp"


Sebelum memilih Klinik Dr. Ahmad ni
kitorang dh merantau 1 daerah Kluang utk mencari klinik yang sanggup melakukannya
2 klinik reject proposal kami
1 klinik yg guna kaedah laser plak tutup 
1 hospital pakar yang ada plak, doc yg akan menyunatkan ialah Dr. Tan
kalo aTAN, hatTAN ke xpe gak
ni keturunan Tan Cheng Lok mana ntah 
Bismillah ntah ke mana, Selawat ntah ke mana kan
hehehhehe

Kain pelekat yang aku jait khas utk Darwisy


Sepanjang proses berkhatan
aku, kandaku dan FIL aku ada bersama2 Darwisy
awal2 lg kami dh sepakat membahagikan tugas
1. Aku : hug Darwisy di bahagian atas (tangan terutamanya)
2. Kandaku & FIL : pegang kaki Darwisy
sebab doc dh pesan awal2,
doc takot Darwisy akan meronta2 sbb terlalu kecil utk memahami erti khatan...

Bila dia meraung, aku pujuk2,
bila dia marah2 doc, aku bacakan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
bl dia menangis, aku pon ikot menangis...uwaaaaaaaaa
sedey woo dgn anak meraung, melalak kesakitan

Aku ada record video dia nangis
tp x sampai hati nak tengok balik
pilu sey!


Lepas sunat, Darwisy refuse pakai kain ni
tp kena paksa gak



Beberapa mminit pas kena sunat dan belum lagi kuar klinik, 
Darwisy dh tertido (kepenatan agaknya kan)
SIAN...........



Kt dlm keta pon dia nk didukung mcm ni
sakit2 tangan aku tau


Saranan aku kepada parents yg nk khatankan anak2 lelaki seawal umur Darwisy
agar bersedia mental dan fizikal sebelum dan selepas proses khatan
sbb bg aku dan kandaku sendiri,
kami memang x lalu makan, x tenteram bbrp hari sebelum Darwisy dikhatankan
lepas dikhatankan plak, aku sedey tgk dia menahan rasa sakit masa nk shi2...
kesian...kesian.....
Episod yang panjang

Episod yang panjang

Alhamdulillah
episod demam Darwisy sudah berakhir
mmg agak lama cicomel ni x kena demam
Selasa lepas dia mula panas2 badan then batuk2 then selsema la pulak
hampir seminggu demamnya baru kebah
dan episod demam yg agak lama juga buat Darwisy di usia 2 tahun 8 bln ni

Sesungguhnya aku kesian tgk kalo bdk2 demam, batuk, selsema
kalo batuk, x reti nk buang kahaknya
so aku suka je kalo Darwsiy batuk sampai muntah
biar kahaknya suma kuar
lega sgt rasanya


Dipaksa minum ubat




Rejection
cmne la nk cebat baik kalo x makan ubat, sayang...



Time g jmpa doc last week dia blm selsema
so Darwisy xde la  makan ubat selsema sepanjang episod tidak sihatnya 
kami cuma bagi dia makan vitamin C
sooooookkkkaaaaaaaaaaaa sgt dia dpt isap2 vit C tu sbb mcm gula2 kan

Sbb dlm membesarkan Darwisy ni
kitorang x pernah lg belikan dia gula2 utk dimakan
JARANG sgt dia dpt makan sweets
kalo ada pon, dia jumpa kt umah org lain
hehehhehehe






ASAW

ASAW

Aku tertarik dgn posts dr blog INI
yang mana aku mula2 dpt email dr seorang sahabat
dan kemudiannya terbaca plak kt blog Atok

tompok2 <s>taik unta</s>

tompok2 taik unta

Sian kt Darwisy
balik je dari 2 acara makan2 free tp berbayar a.k.a kenduri kahwin
trs je bdnnya naik bintik2 gatal
mcm gegata
haish...

Ntah alergi mkn apa ntah kt kenduri mamat sorang ni
dl ms dia kecik2
ada jadi sekali
sbb alergi mkn betik
kali ni tatau makan pe
makan pengat trigu kt kenduri td kot...


sapu je la...


Sampai umah je
trs kandaku sapu dgn lebihan calamine lotion
ntah lebihan yg zaman bila ntah
taram jela
sapu jela
asal sapu...
hehehehhe
Demam

Demam

Alhamdulillah pg ni Darwisy sudah agak kebah dr demamnya
since Khamis mlm Jumaat dia panas
siangnya kebah
mlmnya panas blk
sian kt dia


Sibbaik Darwisy x mengarok time demam
seingat aku sekali jer yg dia demam yg betul2 melepek
x mau dgn org lain
x mau mkn, x mau minum
melepet kt aku jer
pastu nangis jer

Siri2 demam dia yg lain
x mcm org demam
terkinja2 ke sana ke mari
cm org sihat...

Kandaku siap2 tempek coolfever kt dahi si cinonet itu tiap2 mlm
dan bg makan ubat demam yg sedia ada dlm peti
(jarang sekali ditelan oleh Darwisy)

Yg aku plak x reti2 nk amek cuti jg anak kt umah kn
byk keje nk setel sempena hari semalam
(5 in 1 in a day)

Dan semalam juga
demam si kecik dh diserap oleh si besar, kandaku
sian dua2 hero aku
kedemaman......

Ni baru jg dr tido...

Ni dh segar sedari tido
x mcm org demam kn
Sakit gigi!!!!

Sakit gigi!!!!

Gigi oh gigi.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Isnin lepas aku mengalami SAKIT GIGI yg amat sgt
dh lama x sakit gigi tau
seingat aku last aku sakit gigi masa zmn sekolah2 dl


Mlm tu aku, kandaku n Darwisy mencari klinik2 swasta yg masih bernyawa kt bndar Kluang
4 klinik kitorg terjah
klinik yg keEMPAT tu br aku dpt jmpa doc dlm waktu yg singkat
SEKSA!!!!!


Dentist yg aku jmpa mlm tu ialah dentist India
tgn manyak bulu wooo...
hahahaah


Dentist tu kata :
"Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi."

Aku tatau gigi aku masuk kategori yg mn
yg pasti mlm itu
aku x menjadi mangsa si bulu dentist

Cobaan betol la...
nk ngajar pon payah tau
nk makan lg la susah
nk mengomel mmg sukar


Kalo gigi bersinar2
students aku msti sakit mata kn..
:)



Tapi kalo dh itam legam camni
lagi geli geleman small intestine korang kan
kihkihkih

Makan makanan LEMBIK2 je la aku bbrp hari ni..

Penangan teh

Penangan teh


Aku ingat dh nk 'pause' hapdet entri
smpaila aku blk dr bercuti
tp aku sedih sgt pg nih sbb
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

1 oz je dpt...
rileks jap
pastu br sambung lg..
chaiyok!


Ni suma penangan air teh yg aku minum semalam kt umah BS Darwisy
kan dpt ebm 1 0z je..
padan muka aku
sp suh aku hirup gak air teh tu kan..

Semalam ptg aku amek cinonet tu time ujan
smpai2 umah BS
BS ajak mkn lempeng cicah sambal tumis..
pergh!!!!sodap

Yg x sdpnya
dia bg aku air teh o
aku dh byk kali bgtau dia yg aku x minum teh o
aku pantang sbb breastfeed Darwisy
sbb teh blh sbbkan EBM aku short..
tp nk jg ati BS pnye psl..aku hirup 2x je..
2x je kwn2, adik2 abg2, kakak2, makcik2, pakcik2, atok2, nenek2...
2x je...
uwa!!!!!!!

Nyosal den
hari tu dh kna dgn air berkarbonat
hari ni terkena plak psl teh o...

Beringat sebelum minum
INGAT!!!!!




* Kamus TB

BS = baby sitter
EBM = express breast milk

Gatal!!!

Gatal!!!



Ada yg rindu kt aku x 2, 3 hari aku x da entri br ni?
(peghasan)
tolong la ada..tolong la....hihii
aku sbnrnya keGATALan
rentetan drpd peristiwa sakit tekak, xda suara..

Khamis lps aku g klinik
amek antibiotik sakit tekak
mlm tu pas mkn ubat...
time nk tdo, aku ml berlagak cam brok mak yeh
gatal gila satu bdn..

Mulala aku tergarok2 dgn kuku aku yg blm ditrim ni
hasil garokan aku..
berbirat2 bdn aku merah
bawah dagu
bdn depan, belakang, leher, betis, peha
adoyai..suma tempat gatal

Ni ha antibiotik yg aku mkn..


G sekolah pagi Jumaat tu
bdk2 dh mula tegor
"Teacher nangis ke mlm td?"
diorg ingat aku putus cinta gadoh laki bini ke?
adoyai nmpk sgt la mata aku dh mula sembab

Ada plak member tambah garam..
"Apasal mata akk x besar hr nih?"
adoyai..maknanya mata aku dh mula mengecil ke?

Pas klas aku trs g klinik
dpt la ubat alergik gatal...
sudahnya hujung minggu hari tu
aku layari dgn episod aku hidup aku yg gatal...
uwaaa......

Ubat alergik gatal
uuuuu ek uuuuu ekk......

uuuuu ek uuuuu ekk......


Since jumaat kitorg 1 family jd virus hosting
selsema melanda kami bertiga
harini suara aku dh ml LUNAK
sok lusa ntah apa jd kn..


Virus influenza
Chumel kan...:P


Jika kelunakan suara aku nih x dpt dilontarkan
maka berseronotlah alam semesta students yg ada klas dgn aku sok
sbb suara aku yg kuat gila lunak nih...
x dpt mengganggu kerancakan mereka berbual sambil belajar

WArrrGgghHHhhh...

Pg td pon Darwisy dh ml batuk2
biasa la kn...
bdk2 kecit nih x reti kuarkan kahak dia
aci nk telan jer kn
aku x blh btl mengenangkan anak aku telan kekotoran2 tu
so dgn lemah gemalainya separa kuat, separa lembut
aku menepuk2 belakang si cinonet tu
abes ko....

Bbbbbuuuuuuueeeeekkkk
wweeeeeeeeeekkkkkkwekkk
kuar suma kahak ijau pekat, lendir2 kuning
ala2 masak lemak ketam gitu kaler dia
yek yek yek petuikh...
geli kan
hahahahhaha

Hope sok tekak aku kurang la pedihnya
aku x berani nk mkn ubat selsema @ ubat batuk
sbb dl aku telan ubat2 tuh....
EBM aku setitis-setitis gugur ke dlm botol
x rancak titisannya...

Makanya aku lg rela menderita drpd anak aku yg mendapat sengsaranya
ish..betol ke ayat aku tu?
kang x psl2 kena tegur dgn cikgu2 BM
muahahahahaha

Insyaallah sumanya akan pulih seperti sediakala
tp hanya Dia shj yg tahu bl saatnya :)

Pneumococcal vaccine 2

Pneumococcal vaccine 2


Sabtu lepas dgn jayanya........
Darwisy amik 2nd jab Pneumococcal vaccine dia
1 jam setengah kitorg menanti dan terus menanti
at last sampai gk turn cinonet tuh


Sedang dicucuk..
Darwisy kuat..tiada tangisan!


Ms ktorg tunggu turn
aku bual2 dgn sorang akk mengandung nih
tgh tggu ari
dr jauh.......dia dtg
sanggup dr Benut ke Kluang utk try cek dgn Dr. Luckmal
katanya kwn2 ramai yg rekemen kt situ

Dia pon sj je nk try
seronok katanya bl dgr suami dpt msk skali time deliver
siap blh amik video lg
nk wat kenangan katanya...
biar 2 org lg anaknya dpt tgk betapa payahnya
seorang ibu nk melahirkan...

Melalut2 la plak aku nih kn
nk citer lain sbnrnya

Alhamdulillah..ini adalah siri suntikan Darwisy yg terakhir...
sesungguhnya...
Prevention is better than cure insyaalah

Hampir 2 tahun berlalu

Hampir 2 tahun berlalu



Mlm td
aku tlh memulakan 1 langkah yg..............
Insyaallah bakal merubah masa depan keluarga aku..
hehehe
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Aku g berurut da...

Pic dr pakcik gugel...Kang ada yg ingat tu aku plak..hihii


Lps bersalinkn Darwisy dl
aku blm lg berurut full body
ye la..aku dl ceaserian
so..tukang urut x nk sentuh part perut
eeee...aku pn ngeri

Aku bgtau bidan urut tuh
aku nk berurut 1 bdn, sengkak dan breast massage skali
sengkak sbb aku dh ready utk memulakannya kembali :p
breast massage sbb aku rs susu aku mcm dh kurang jer flownya skangnih
(maybe sbb Darwisy dh nk msk 2 thn kot, dia kurang permintaan maka kurangla pengeluaran)


Ihsan pic dr pakcik gugel lg...
Breast massage




Sengkak..membetulkan balik ovari aku, Insyaallah


Sibbaik x lama sgt dia urut
anak aku dh melolong2 time nmpak aku msk tmpat berurut tu
sedu sedan dia nangis
macam bonda dia kena culik dgn alien je gayanya


Darwisy kebosanan menunggu turn Bonda


Bawak set lori dan kereta wat hilangkan bosan yang akhirnya tertinggal kt umah mak bidan..



Maka kalo ada rezeki dariNya
akan bermula la episod br dlm keluarga aku
.................................aku nk pregnant!!!.............................
hihihihiihi
nak request dpt gegirl plak la kali nih..
Ya Allah mohon ko mudahkan la segalanya..
Amin....


Pneumococcal vaccine

Pneumococcal vaccine


Salam keheningan subuh..
pg2 ni aku nk mencoret skit pasal Pneumococcal vaccine

Dan semalam pg telah kitorg bawa si manjaku syg ke klinik
klinik mn? = Johor Maternity, Kluang
utk apa? = Pneumococcal vaccine

Kalo nk ikot plan asal kitorg
nk bwk darwisy utk vaksin nih dh lm
tp ada jer aralnya
bl masa melambak2 free, fulus plak senipis kulit bawang
bl fulus menebal, masa plak menjelesi ktorg
bl cuti sek cmnila br ada masa free yg melambak2 n fulus xdela tebal noo
(lg2 br dpt *bonus* la katakan)ahaks..

According to the doc
bb less than 6mnths = 4 jabs
above 7 mnths = 3 jabs
above 1 yr = 2 jabs
above 2 yr = 1 jab
1 jab = RM210(based on the clinic)

Slalu Dr. Luckmal yg jab, kali ni Dr. Murad la plak


Apa sbnrnya pneumokokal (PnD) tu?
Pneumokokal sbnrnya pnykit yg disebabkn oleh bakteria
yg mnyebabkn jgkitan pd tekak dan telinga
kdg2 ia blh mnyebabkn jgkitan yg lbh serius spt
jgkitan paru2 dan radang selaput otak

Bakteria nih blh merebak melalui batuk
ini krn bakteria ni wat banglo diorg kt lapisan idung n tekak org yg x sht
penyakit nih antr pnyakit yg membawa maut
dan paling mudah berjangkit

WHO kata sorg bayi akn meninggal dunia setiap minit di seluruh dunia
akibat jgkitan pneumokokal
dan kira2 60% kanak2 tadika & prasekolah mnjadi pembawa bakteria jahat nih
yg mn diorg sebarkn bakteria nih melalui pergaulan harian diorg

Tp kn..ada yg x g tadika even prasekolah pn
still kna pnyakit nih
so..aku rs prevention is better than cure kn..
tepuk dada, tanye selera
seluk poket, tgk duit..hahaha..
kalo henpon hrga beribu beriban korang blh bli..
(sori k..henpon aku cap ayam jer..dh 4 thn tau aku guna)
xkn la ms depan anak kta nk abaikn..



new pills

new pills

Mulai 2 hr lepas, aku ml mkn.............

Acid folic


Persediaan utk prgnant lg..
ahaks..gatai!

Tp yg menghairankan aku kn
np la acid folic dia bsr semacam
kaler pink plak tu
mhl plak tu.......

Dl ms prgntkn darwisy
xla semahal tu
xla sebesar itu
n xla semerah itu

Lg 1 supplement yg aku ml mkn blk setelah lm x mkn ialah...
calcium tablet

Pic from pakcik google..ahaks




TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com