TEACHER BONDA: life TEACHER BONDA: life
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts
Langkawi : Day 2; Bermandian & bersarapan di Pantai Chenang

Langkawi : Day 2; Bermandian & bersarapan di Pantai Chenang

Assalamualaikum w.b.r

Malam pertama tidur kat Chenang memang nyenyak.
Hujan + aircond = tak nak bangon tidoq!

Hotel ni tak ada opsyen dengan sarapan pagi tau.
Maka kami kena cari makan kat luar.
Tapi pagi² lepas subuh dah lapar πŸ˜‚
Sibbaik dah siap² beli roti semalam

Lepas subuh kami layan abang long Korea nak mandi pantai
Dekat je pantai dengan bilik
Turun bilik hotel dah terus nampak pantai

Cikgu Asheeq bersarapan ESP seperti biasa
Sedap tau
Lepas tu buat perut tak berkeriot bunyi 



Ni gaya nak mandi pantai ke nak bersilat? πŸ˜‚


Biasalah kan
Dah penat bermain² air dan ombak
Badan jadi penat & lapar balik
So kena cepat² bersiap untuk g sarap sebelum bergerak ke Kilim Geoforest Park


Tengoklah kedai belum buka lagi
Orang pun tak ramai kat kedai
Memasing duk memerap dalam bilik atau tengah buat aktiviti pantai kot



Tengok jalan lengang kan


Actually malam tadi masa merayap sekitar Chenang ni
Cikgu Asheeq ada nampak kedai makan yang 24jam
Maka kami plan nak sarap kat situ
Sempat lagi g sarap sebelum kereta sewa sampai kul 9.30 pagi
Lagi pun janji dengan boat kul 10.30 pagi

Pagi ni kami makan nasi lemak, nasi goreng & pulut mangga
Heaven nya bila dapat pulut mangga pagi²πŸ’—
Tapi kan, memang mencekik la harga kat sini
2 pinggan nasi goreng, 1 pulut mangga, 2 nasi lemak bungkus + air
Total RM49

Kemain anak bujang makan nasi goreng



Siap je makan, kami terus tunggu abam kereta sewa
Lewat dalam sejam gitu dari masa yang dijanji
Katanya kereta kotor sangat lepas diguna oleh penyewa sebelum kami
Sebab tu lama sangat nak cuci

Takpelah lambat pun abam
Janji bersih

Kami sewa kereta Vios putih
Sabtu 9.30 pg - Isnin 6.00 ptg
Dengan harga RM90 sehari
Total selepas DISKAUN dapat harga RM210 untuk 3 hari setengah

Lepas dapat kereta, kami terus meluncur ke Kilim Geoforest Park
Ambil masa dalam 40minit jugak nak ke sana
Jauh....

Kita sambung next entri untuk cerita tentang Private Mangrove Tour kami ya
Stay tune
Jangan menyampah nak baca lagiπŸ˜‰

Wassalam
Langkawi : Day 1; Night at Pantai Chenang

Langkawi : Day 1; Night at Pantai Chenang

Assalamualaikum w.b.r

Meh sambung baca kisah merayap cikgu Asheeq di Langkawi.
Kalau belum baca entri yang sebelum ni, boleh klik SINI
Moh sambung baca πŸ˜‡


Do Re Mi nak pergi makan
Kami lapar!


Lepas check in hotel, kami rehat² dan plan nak makan kat restoran depan resort kami.
Restoran Telaga
Cantik weh restoran ni
Bila cantik, harga lagilah cantik kan
Hihihi


Tokojut mak!
Bosau bonar ikan tu



Kami memang plan dr awal lagi nak makan lobster.
Kengkonon feeling macam kat Phuket dulu
*verangan sangat kan
Hahahaha

Jalan kaki tak sampai 5 minit pun
Dah sampai depan restoran
Orang belum ramai sebab baru lepas hujan
Lagipun awal lagi untuk makan malam
tapi kami dah lapaqqqq
Pedulik la awal ke tak kan
πŸ˜‚
Cantik kan restoran ni
payah nak cari kerusi meja yang bersih
Diorang belum kemas betul-betul kot
Ada tik cicak la, taik burung la πŸ˜’
Kemain OCD sangat cikgu Asheeq ni kans




Ni antara lauk yang kami order
Tomyam belum sampai lagi ni



Ni ha lobster kami order
Yang frozen ni murah berbanding yang hidup
Tapi kat Phuket dulu yang hidup tau


Total hangus kat restoran ni RM289.20
Lobster je dah RM154 tau πŸ˜…

Habis makan kami berjalan-jalan along jalan Chenang tu
Sambil² tengok pakej² ke pulau-pulau
Sambil tengok barang² jualan sepanjang jalan tu


Abah bli sluar katok RM10 kat kedai ni
Kedai lain RM20 ke atas


Hmmmm...
Mandum jer tau area Pantai Chenang ni
A big no untuk saya stay area Pantai Chenang ni tau.
Orang kata dulu Chenang best, meriah.
Tapi sekarang mandum 😧
Singgah bakery beli roti dengan bayaran RM7.30

Darwisy dah ngantuk
Maka kami minta abah, mama & Darwisy balik bilik sahaja
Biar kami yang masih kuat lagi kaki dan mata ini untuk teruskan package hunting untuk hari esok
*kuat ke?πŸ˜‚

Jalan punya jalan, tanya punya tanya
Last skali kami pilih Sandy Leisure Holiday ni
Kami memang tak nak pilih island hoping yang ada pakej ke Pulau Dayang Bunting
Maka kami pilih untuk Mangrove private package
Tak nak kongsi² dengan orang lain
Tak best kan

Private package ni   kami dapat harga RM220 untuk 2 jam
Ada yang kami tanya kat agen lain, harganya lebih mahal
Sekitar RM250-RM350 satu boat


Suami Koreaku tengah nego harga
Isteri mithali pulak sibuk picit² butang kamera 😁


Dah penat jalan² sambil pegang² tangan berdua-duaan πŸ’—πŸ’—
Kami putuskan untuk balik ke bilik hotel
Sebelum tu kami singgah di kedai runcit untuk membeli air minuman untuk esok pagi


Ko tengok kat kaunter kedai runcit ni
Banyak gilos duit
Foreigner bagi katanya

Ops.. lupa nak khabaq
Kami terpaksa awalkan sewa kereta sebab tengah musim hujan
Sibbaik abam kereta sewa kata esok memang kereta yang kami booking tu free
Pagi esok customer pulangkan
Maka esok kita naik kereta la ye πŸ˜‰

Jom tidur!

Langkawi : Day 1 ; KLIA-Langkawi

Langkawi : Day 1 ; KLIA-Langkawi

Assalamualaikum w.b.r

Selepas sapu sawang kat blog ni, baru boleh bernafas skit.
Terbatuk² masa buka blog ni tadi πŸ˜…

Entri pembersih habuk kali ni adalah tentang Percutian 4 hari 3 malam cikgu Asheeq & keluarga menjejak sejarah 'Darah Putih' di Kedah.
Kali terakhir cikgu Asheeq & suami korea ke sana adalah pada tahun 2007 iaitu bersempena dengan honeymoon kami yang pertama πŸ˜

Cikgu Asheeq beli tiket MAS ni dah lama.
Bulan Jun lagi dah beli.
Lepas balik dari menunaikan umrah.
Itu pun Ein yang tolong belikan through Expedia.
Dapat diskaun lagi ❤️

Tiket return KLIA - Langkawi (13 - 16 Oktober 2017)
*Suami Korea, cikgu Asheeq, abang long Korea, mil, pil
4 dewasa + 1 kanak² = RM735.88
Murah tak?
Naik MAS tau.
Luggage dah include sekali.
Dah tak payah pening² nak bajet berat luggage nanti.

Flight kami delayed 1 jam hari tu sebab cuaca was not so good.
Maka kami duduk mengopi sekejap dekat² dengan boarding hall tu.


minum kopi mahal
Mahal weh ngopi kat sini πŸ˜…
RM26 untuk 2 cawan kopi + 1 set roti


merayap
Penyek dah muka abang long Korea tu
Lama sangat tunggu nak naik flight πŸ˜…


Actually kami plan nak stay Pantai Chenang 2 malam.
1 malam akhir tu stay kat Kuah sebab senang nak shopping.
Hihihii
Nanti cikgu Asheeq share tips shopping kat Langkawi ye.

Kereta sewa pun kami booking untuk hari ke-3 & ke-4.
Konon-kononnya nak naik motor ler hari ke-2 tu.
Hari pertama memang tak plan nak jalan jauh pun.
Ronda sekitar Pantai Chenang je.


Bergaya tak abang long Korea ni?

Nampak tak kat gambar tu.
Langit mendung kan.
Tu pasal flight delayed tau.
Seriau gak kat atas langit tadi.
Alhamdulillah takde apa yang menakutkan berlaku.

Sampai kat Balai Ketibaan kami terus ke kaunter teksi.
Harga memang dah tetap.
Takde ulat teksi kat sini tau.
Bila ditanya kenapa semua kena melalui kaunter?
Abam teksi kata sebab nak elakkan penipuan.
Kadang² ada customer tertinggal barang dalam teksi.
Maka mudah nak trace back balik barang diorang.

langkawi trip
Tak payah nak nego harga kat kaunter ni



Tiket teksi


Tak lama pun nak tunggu teksi sampai.
Memang ikut turn.
Sibbaik muat boot teksi tu.

Mama & abah jaga beg
Menantu ligat nak ambil gambar 
Hiihihihi


Tak jauh pun dari airport ke Malibest Resort, Pantai Chenang
Dalam 20 minit gitu.
Cuaca yang mendung membuatkan mata cikgu Asheeq pun dah ala-ala kuyu gitu
Ngantuk seyh..😴😴😴😴



Ni ha resort yang cikgu Asheeq dah siap-siap booking


Sebelah tu ada bangunan tengah under construction


Bayar deposit RM100 lebih daripada harga bilik
Nanti nak check out diorang pulangkan balik
Lif rosak la pulak 
Sibbaik tingkat satu jer
Takdela semput sangat nak angkat luggage
Hihihi
Sian mama & abah nak memanjat tangga

Masuk bilik tengok saiz memang puas hati
Besar!
Boleh tambah orang tidur atas toto lagi ha
Tapi hotel tak ada bagi pun kopi ke teh ke
*walaupun cikgu Asheeq tak minum, tapi pil & suami Korea minum air tu
Hotel ni bagi sabun mandi dengan syampu je
Towel pun bagi 2 jerk
Kami booking untuk 4 orang sebilik
Maka suami Korea turun balik ke kaunter dan minta towel lagi

Dah settle bab bilik, terus rasa penat πŸ˜†
LAPAR weh LAPAR!!!
Nanti cikgu Asheeq share tempat makan kami malam pertama di Chenang.
Stay tune.

Klik SINI untuk baca next entri ya 😍


24 jam?

24 jam?

Assalamualaikum w.b.r
.
Allah bagi 24jam setiap orang untuk digunakan sebaiknya dalam sehari. 
Tak kira apa status & kerjaya anda, masa itu tak akan lebih & tak akan kurang.
 Anda sendiri yang merancang penggunaan waktu yang diberi-Nya.
.

Throwback Majlis Penyampaian Hadiah Darwisy
Gembira ria bila dia dapat lolipop tu
haishhhh

.
Bagi melancarkan perancangan aktiviti harian saya berjalan lancar, saya mulakan dengan bangun seawal 4pagi setiap hari. 
Seusai menunaikan ibadat kepada-Nya, saya terus ke dapur untuk memasak bekal dengan dibantu oleh cinta hati saya, Asrul Fadhli. 
Saya akan berusaha untuk sampai ke sekolah seawal sebelum jam 7pagi selepas menghantar Darwisy. 
Tujuan datang awal ke sekolah supaya saya dapat siapkan sebarang kerja sebelum kelas bermula, InsyaAllah πŸ˜Š
.
Waktu petang selepas kerja hingga ke malam adalah waktu saya bersama keluarga & urusan bisnes. Biasanya ketika inilah kami melipat kain, menonton tv, set buffer untuk post2 Shaklee, makan eskim, membeli barang dapur & pelbagai lagi urusan keluarga & bisnes.
.
Saya beruntung kerana ada suami yang banyak membantu & bersama2 menguruskan hal rumahtangga bersama2. 

Bukan setakat hal keluarga, perihsl busnes pun, anak & suami saya bantu bersama2 πŸ’—πŸ’—
Major LOVE for them.
.
#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing
#pengedarshakleekluang #pengedarshakleeT6


.

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.
Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. 
Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Noor Asheeqmazmi Mohd Mahfoz
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 913863 ]
♥ Contact No | WhatsApp | Telegram :012 2662438
 ♥ Emel : monskuki@yahoo.com
♥ Website : asheeqmazmi.blogspot.com

♥ Facebook & Instagram : Asheeqmazmi Mahfoz
Oh My English!

Oh My English!

Assalamualaikum w.b.r

Korang mesti pernah tgk cite Oh My English kan
suka x suka x?
I like!!!
sbb program tu blh bantu kita improve English kita




Dlm season 2..
ada satu watak budak yg pakai tudung
a new girl..bkn bdk yg sama cm season 1
Hani nama dia



Yg bertudung tu Hani


Hani lagi


Aku ni bukan nak perasan
cuma mintak korang tgk btol2
sbb dh byk kali bdk2 kt sek aku ni kata
muka aku dgn si Hani tu SAMA
aku rasa x sama pom

Kt bawah  ni plak gmbr aku pakai bj sek
ni gmbr ms Hari Guru 2012
Tema : Back To School
bk korang lg senang nk tgk beza
sbb dua2 pkai bj sekolah..



Mek Shaera, aku, Zaza


Aku n kak Lin


OME!
hahahhhaahaha
so kt sini aku letak gmbar kitorang eh
tgk  betol2..


Macam comel jer
Macam cute jer
huhuuhuuu

Same ker?






UMRAH : Layan gambar...

UMRAH : Layan gambar...

Assalamualaikum w.b.r

Moh le kite layan skit2 gambar umrah kitorang


Ni kurma segar dari ladang
Rasanya kelat2 manis
sedap...



Ni plak tembikai Arab
manis gak ni



Kandaku dalam Masjid Qiblatain
(Masjid dua kiblat)


Ni kt Jabal Uhud
*Tgk tu..aku dukung Darwisy lagi..


Nasi mandy ikan



Aktiviti kegemaran kami
Minum air zamzam sejuk...



Si kecik tu ada ala2 alien turun ke bumi x?
hihihi
Ni kt ladang unta..
Pak arab tu kesiankan kepala Darwisy x bertutup...

Darwisy teropong ape la tu nak???



Nenek n emakku sayang..



Ni sape lagi??
aku la kan..hihii
usap2 badan unta!
UMRAH : Bahana mulut walimah bergurau

UMRAH : Bahana mulut walimah bergurau

Assalamualaikum w.b.r

Peristiwa 2 : Bahana mulut walimah bergurau

Aku ada memerli abangku yg menceritakan tentang seorang tua yg dijumpainya
ketika dia dlm perjalanan ke Masjidil Haram
katanya, orang tua itu memegang tangannya dan dia terasa tiba2 je dia dh smpai 
asal abg aku lambat g masjid je..
aku pn bahan la dia dgn citer org tua tu..huhuhuu
(sokmo abg aku tu lmbt2 g masjid)

Abang aku yang aku bahankan dgn gagah angkat kotak kurma..
Itu cina sebelah dia, bukan mualaf hokey
itu kanda aku..hihihi


Nak dijadikan citer
masa aku teman Darwisy main2 dlm bilik sewaktu jemaah lain Solat Jumaat..
tiba2 pintu bilik aku diketuk bertalu2..
aiyak!!!
sape plak tu..dh la tgh seksi meksi dlm bilik
pas sarung jubah, pakai tudung,aku pon bk pintu bilik...

Jengjengjeng....
ada sorang granny..omputeh la sgt kan
terjelepuk dpn pintu bilik aku
granny tu berkemban kain batik je
dgn rambut putih, kusut masai...aku dah cuak!
time tu mmg aku dh tau dh..
ni balasan Allah kt aku ni..tu la
asik bahan abg aku je kan..
amek aku sebijik!

Rupa2nya granny tu dh tersesat...
nk cari bilik, dia x tau
dia x ingat pon nombor bilik dia
aku dgn Darwisy trs ketuk pintu2 bilik bersebelahan
suma yg bk pintu, bukan ahli keluarga granny td

Makanya stlh aku tnye nama granny tu
aku n Darwisy trs trn ke lobby utk cek nama granny tu kt rooming list
dan Alhamdulillah jumpa gk nama granny tu
trs kitorang hntar dia blk ke biliknya 
yg mana bilik granny tu td sbnrnya di wing yang lain drpd bilik kitorang

Usai solat Jumaat
aku pon stori morila kes granny sesat td kt family aku
punyela aku kena gelak dgn diorg
lagi2 abg aku
dia kata tu balasan Allah...
haaaaa...kn dh kena!

Keesokan tghari...
pintu bilik kitorang kena ketuk lg
dlm hati aku..aku mengagak mesti granny smlm ni
bukak2 je pintu bilik!!!!
dush....kn betul..granny semalam
dia dh terjelepuk gak dpn bilik kitorang
sambil makan buah epal..

Waduh2 granny...
sibbaik granny yg sama
maka mudahla kerja2 menghantarnya kembali ke bilik..
masa aku n Darwisy pimpin granny tu ke bilik..
kebetulan pintu bilik emak, nenek n abg aku terbuka
diorang nampak la pulak kejadian tu..adehhhh

Kena bahan lagi dgn diorang!!!!!



UMRAH : Bahana hati

UMRAH : Bahana hati

Assalamualaikum w.b.r

Peristiwa 1: Bahana hati


Sewaktu aku, kandaku dan Darwisy berjalan menuju ke Masjidil Haram
aku ternampak beberapa saudara seislam berjalan kaki tanpa memakai selipar
terdetik dlm hatiku
kenapala diorang ni berkaki
(padahal mmg dr awal lg aku dh tau yg mmg keadaan biasa, jemaah akan kehilangan selipar)
TERDETIK je pon dlm hati....xde niat pon nk mengeji



Sesungguhnya balasan Allah tu CASH uuuuu...
selipar kami suami isteri hilang bila kami nk balik ke hotel petang itu
haaa.....kn dh dpt balasanNya
sudahnya kami plak yg berkaki ayam
dan nasib baikla dlm perjalanan balik ke hotel
ada kedai ala2 kedai 2 ringgit cm kt Mesia ni
apa lg.. kena beli selipar la jawabnya


Allah nk mengingatkan aku tu....

Wallahua'lam
Most wonderful vacation : UMRAH

Most wonderful vacation : UMRAH

Assalamualaikum w.b.r

Ni citer hampir setahun yg lalu (29 Mei-11Jun)
(ni lg lama punye citer..huhuu)
even dh dekat setahun..aku nk gk tempek stori kt sni 
sebagai coretan, diari yg mengingatkan aku blk 1 hari nnt
sesungguhnya tempat bercuti paling heaven yg pernah aku g
tenang, damai....

Alhamdulillah kami tiga beranak diberi peluang oleh Allah
untuk menjejakkan kaki ke tanah sucinya
perancangan yg kami sekeluarga buat hampr setahun ini
akhirnya dpt disempunakan bersama2 emak, abang dan nenek aku





Kalo korang ingat dlm entri thn lps
ada aku citer pasal kami potty train Darwisy
pas berjaya potty train si bujang, kami memotong bird dia plak
tu suma kami buat bagi memudahkan urusan kami di Tanah Suci Allah
sbb aku tau aku akan mengelek Darwisy ke mana je
dan Darwisy yg ku kelek itu mestilah dlm keadaan suci 
tanpa pampers, tanpa kotoran di kemaluannya...

Kelek Darwisy



Dugung dukung pulak

Byk kenangan dan pengajaran yg aku dpt di sana
yg aku x kan lupa sampai bila2
antara yg paling aku ingat ialah bahana mulut dan hati..

Cawchinchaw..
aku citer next entri k...

Wassalam












TEACHER BONDA © . Designed by MaisarahSidi.com