Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Friday, September 29, 2017

Salad Buah

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bersua kembali... hari ni MaDiHaA nak share resepi sihat pula dengan semua pengunjung blog Dari Dapur MaDiHaA. Resepinya ringkas saja & tak perlu gunakan dapur. Campur & gaulkan sahaja bahan2 & boleh terus menikmatinya. 

Terima kasih pada Chef Hanieliza yang banyak berkongsi resepi sejak dari awal pembabitan MaDiHaA dalam dunia Fotopages & hingga jadi blogger MaDiHaA banyak jadikan resepi Chef Hanieliza sebagai rujukan. 

Jom lihat resepinya. MaDiHaA gunakan buah yang ada dalam simpanan je.  Hanya 3 jenis buah yang digunakan iaitu buah betik, epal hijau & epal merah.  Kita buat ikut apa yang ada je. Ikut bajet masing2 ye... Jika ada banyak lagi buah2 lagi sedap dan lagi berwarna warni salad buah kita nanti. Contoh seperti anggur, strawberri, pear, kiwi.... tu semua buah yang sedap2 belaka...


Salad Buah
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan: 
2 biji epal hijau 
2 biji epal merah 
2 biji mangga (yg masak tapi keras) 
1 biji betik exotica 
1 tin nenas kiub 
anggur merah dan hijau 
kismis hitam dan kuning 
3 cawan yogurt (sebarang perisa) 
3 cawan ice-cream vanilla 
3 s/b oren sunquick 

Cara: 
1. Potong dadu semua bahan yang besar. 
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in. 
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. 
dihidangkan dalam mangkuk kecil 
4. Hiaskan dengan manik warna warni




Selamat mencuba!

Monday, October 19, 2015

Sambal Tumis Udang Dengan Petai.... terjumpa petai kembar tu.....

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Baru2 ni balik ke kampong tengah musim petai.  Harga borong tahun2 sebelumnya biasa orang jual 100 papan RM35 - 40... tapi baru ni hampir separuh harga iaitu cuma RM20 untuk 100 papan.  Bermakna sepapan hanya 0.20 sen.  Murah gila!  En. abang beli 100 papan & berbagi2lah dia dgn mak & adik2nya yg ada balik kampong. Selebihnya.. kami bawak balik PJ & kami perisi & pek dalam plastik. Simpan kat freezer. Dapatlah beberapa plastik untuk sekali disambal.  Balik kali ke dua ke kampong... petai pokok sendiri pulak dah boleh dipetik... rembat lagi... hehe... tamak betul.. Takperlah kan.. berbagi2 dengan kawan2 & jiran tetangga... selebihnya kita frozenkan...

Terjumpa isi petai kembar.... first time jumpa... 
 

Ini hasil yang dimasak sambal tumis dengan udang.  Berselera makan oii.... bahaya2... hihi..


 
Sambal Tumis Udang Dengan Petai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
7 senduk (senduk nasi) kisaran cili kering + bawang besar + bawang putih
600 gm udang ~ bersihkan
1 cawan isi petai
1 cawan air
garam & gula secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak secukupnya lalu tumiskan bahan kisar sehingga wangi & naik minyak.
2. Masukan air asam jawa, isi petai, air, sos tiram, garam & gula & biar mendidih.
3. Masukkan udang yang siap dibersihkan.. masak seketika hingga udang bertukar warna & masak.  Rasakan sambalnya.. & ikut kepekatan yang disukai.  Boleh adjust suka cair atau pekat.  Siap!

Selamat memasak...

Thursday, October 2, 2014

Urap Jagung / Jagung Gaul Nyor...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ini makanan faveret MaDiHaA masa kecik2 dulu.  Teringat arwah tok rajin buat benda ni untuk kami.  Masa kat kampong (Dungun, Terengganu) masa tu memang ada jual jagung gaul nyor ni. Kalau malas buat, beli je. Tapi masa tu MaDiHaA belum sekolah pun lagi.. makan yang orang beli jelah.. hehe..  Kat sini ada orang panggil urap jagung.  Entahla... dah begitu namanya... MaDiHaA letak jelah namanya urap jagung.. hehe..  Senang banget nak membuatnya... 

Sebenarnya ini jagung sengaja MaDiHaA ketepikan semangkuk semata2 nak gaul dengan kelapa parut lebihan apam gula melaka tu.  Yang lain2 semua MaDiHaA dah gaulkan dengan butter & susu pekat untuk santapan anak2.  Memang feberet dorang la jagung kukus bersusu tu. Buat banyak mana pun mesti habis punya.  Bila MaDiHaA asingkan untuk gaul dengan kelapa parut... eh eh.. tak sangka pulak anak2 pun suka jugak.  Hmm.. lenkali boleh hidang dengan kelapa je... hehe...


Urap Jagung / Jagung Gaul Nyor
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
Jagung yang siap direlaikan dari tongkolnya
Kelapa parut yang agak muda
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara menyediakan
Kukus isi jagung sehingga masak.  Masukkan dalam satu bekas & campurkan dengan kelapa parut, garam & gula secukup rasa. Gula tu lebih sikit dari garam biar ada rasa manis2 & lemak2 masin.  Gaul & sedia dihidangkan. 

Selamat mencuba!

Tuesday, June 17, 2014

Sayur Lemak Jambu Golok Campur Sotong lagi....



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Balik kampung bulan lepas tak sangka ada rezeki nak makan sayur lemak jambu golok dengan sotong.  Bukan senang nak dapatkan buah jambu golok atau buah gajus ni.  Waktu tu memang tengah musim... tapi bukan semua tempat ada.  Rupanya masa ma ke Rompin, Pahang... ma beli buah jambu golok tu & bawak balik ke rumah. Katanya dah dimasak sekali untuk makan tiga bercucu.  Oleh sebab dia tau anak2 nak balik.. sengaja dia simpan buah tu kat tempat sejuk beku.  Bila kami balik ma pun keluarkan & masakkan untuk kami.  Yang dia ingat sekali mestilah kat MaDiHaA sebab ini sayur kesukaan ku.. hehe.. Pernah sampai mengidam nak makan sayur ni masa mengandungkan anak sulung.  Nasib baiklah jumpa & terkena musim buah tu... hihi...

Oklah.. sekadar resepi ulangan... tapi resepi ni biasanya hanya setahun sekali je boleh jumpa sebab musim jambu golok atau musim buah gajus ni hanya sekali setahun & biasanya ia keluar sama waktu musim orang candat sotong.. Kreatifnya orang2 kat Terengganu ni.. disebabkan lambakan sotong & buah ini.. maka terjadilah masakan ini... kat tempat lain memang takde orang masak lauk ni.. hehehe.. Kalau nak rasa macamana rasa sayur ni.. bolehlah mencuba ye...


SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK CAMPUR SOTONG
(Resepi Tradisi Trengganu)
Sumber rujukan : Ma


Bahan2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya

Cara2

1. Buah jambu golok dibuang bijinya dan isinya dihiris2 memanjang. Apabila habis dihiris semua isinya diramas/diperah supaya airnya keluar. Kemudian dicuci bersih. Bersihkan pula sotong & hiris.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan & ikan masin. 


Buah jambu golok atau gajus atau janggus atau ketereh.... hihihi... banyak betul nama dia...


Thursday, April 3, 2014

Air Durian Belanda Segar.... memang segar je lalu kat tekak!

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Balik ke Raub last weekend untuk hantar kakak Dini ke asramanya... macam biasa mestilah bermalam kat rumah mertua dulu.  Yelah... dah rumah mertua pun tak jauh dari sekolah kakak Dini.. takkan le tak pegi jenguk mertua kan... hehe.. Yang bestnya... kat rumah MIL baru ni ada buah durian belanda yang sedang masak ranum.  Aduhh memang rezeki ku sungguh! Orang kat kampung tak layan sangat durian belanda ni.. kadang sampai jatuh busuk ke tanah... tapi kalau dapat kat MaDiHaA... siaplah.. pulun puas2 hihi.  Makan gitu je pun sedap atau cicah air garam pun sedap sebab durian belanda rumah MIL ni jenis masam.  So pada yang tak suka benda2 masam tu memang tak sanggup nak makan macam tu je.  Oleh sebab tak dapat MaDiHaA nak habiskan... separuh MaDiHaA buatkan air.  Nak kata jus bukan kot sebab tak dikisar pun... so kita panggil Air Durian Belanda Segar jelah ye...  letak gula secukup rasa & ais ketul secukupnya.  Mertua lalu belakang pun tak nampak... menantu sapalah tu yer.. hihi..

Malas nak buang biji satu persatu.... pandai2lah buang sendiri masa minum tu ye... hehe.. Memang sedap yang amat.... segar je tekak dapat minum ni.  Bergelas2 jugak ku belasah sebab sedap sangat.. pekat dengan rasa buah sebenar... buat pulak kurang manis. Aduhh.. segelas memang tak cukup rasanya.  MaDiHaA ada juga beli air durian belanda ni sebab dekat dengan opis ni ada juga orang jual air ni.  Beli pun bila tekak teringin sangat.  Boleh tahan harganya segelas saiz kecik rm2.50!  Airnya taklah penuh dengan buah macam yang MaDiHaA buat ni.. harap maklum buah durian belanda ni harganya pun mahal di pasaran tau. Kalau kat kampong memang orang tak hairan langsung.  Durian belanda ni memang MaDiHaA gemar sejak dulu lagi... campur dalam aiskrim Malaysia pun sedap!

Jom kita buat Air Durian Belanda Segar... panas2 ni memang best layan air ni...


Ulang tayang buah durian belanda yg bawak balik PJ terdahulu... buah yg kat kampung lupa nak snap gambar dek teruja sangat nak makan.. hehe...  

Air Durian Belanda Segar
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2:
1/2 biji durian belanda yang masak ranum saiz besar/sederhana
1 liter air
gula secukup rasa
ais ketul/air batu secukupnya

Cara menyediakan
1.  Perisikan isi durian belanda kecil2.  Jika rajin boleh buang bijinya. (pastikan tangan anda bersih atau pakailah sarung tangan ye.
2. Masukkan isi durian belanda tadi dalam jug besar.  Tambahkan air & masukkan gula secukupnya. Ikut citarasa masing2 nak manis macamana.  Kacau gula hingga larut. Tambah ais secukupnya.  Biar sebentar hingga air menjadi dingin.
3.  Bolehlah dihidangkan untuk family anda.

Selamat mencuba!


Tuesday, March 18, 2014

Jagung Manis Rebus... sedapnyerr...

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Kerat 3 setiap tongkol.. senang anak2 nak makan...

Sebenarnya takde resepi istimewa pun hari ni.. saja2 nak upload gambar jagung rebus yang kami rebus masa balik kampung kelmarin.  Ternampak jagung segar orang berjualan kat tepi jalan.. terus ma (mak MaDiHaA) berhenti & beli dua longgok.  6 biji rm10.. beli rm20 dia bagi 13 biji.  Puas hati le anak cucu makan jagung rebus fresh yang manis ni... Orang yang petik jagung ni memang pro... tak muda sangat & takde setongkol pun yang tua... sedang2 sedap dimakan... TQ ma...


Teringat satu ketika dahulu... masa arwah ayah masih ada.. memang arwah ada juga menanam jagung.  Tanam & jual sendiri samada jagung mentah atau jagung rebus kat pasar malam.  Bila musim tanam jagung memang puaslah anak2 makan jagung.  Maklumlah.. tanah bekas tanam cili tak boleh terus diulang tanam cili... mesti tanam pokok lain dulu.. dah habis pokok jagung barulah boleh tanam cili semula.. kalau tidak penyakit susah nak kawal.  Selain jagung arwah ayah tanam juga tembikai yang memang sengaja dihitung hari penuaiannya pada musin bulan puasa... alhamdulillah.. puaslah kami berbuka puasa dengan tembikai tiap hari.  Sayur2 lain pun arwah tanam juga. Sekarang semua tu hanya tinggal kenangan... Sekarang ni.. nak makan jagung ke, tembikai ke, cili atau sayur2 semua kena beli... Kalau dulu semua petik je kat pokok... hehehe...


Jom makan jagung rebus!

Friday, November 1, 2013

Malang tidak berbau...

Assalamualaikum... 


Salam bersua kembali... 

Hari ni takde resepi ya kawan2.  Cuma nak update gambar kenangan en. suami yang ditimpa kemalangan pada 20 Ramadhan yang lalu.  Kemalangan tidak membabitkan orang lain, tetapi disebabkan jalanraya yang licin kerana terdapat minyak yang tumpah di atas jalan raya.  Menurut suami, waktu motornya terjatuh dia tak laju pun sebab masa tu baru je bergerak selepas diberi arahan oleh polis trafic.  Kebiasaaannya waktu pagi (peak hours) polis trafic akan bertugas di setiap simpang yang terdapat trafic light.  Akibat jalan yang licin tiba2 je handle motor suami terlipat & tak dapat dikawal lalu jatuh kat situ juga.  Suami jatuh disebelah kanan & bahu kanan yang menyembah ke jalan dahulu menyebabkan kecederaan di bahu & patah 3 tulang rusuk sebelah kanan.  Akibatnya... suami diberikan MC selama 63 hari.  Ya Allah... semasa MaDiHaA diberitahu yang dia jatuh motor.. berderau darah..  Mujurlah dia jatuh sebelah kanan kerana waktu tu dia berada di kanan sekali masa berhenti kat trafic light tu... kalaulah dia jatuh sebelah kiri rasanya.. mau digilis oleh kereta... ya Allah nauzubillah...


Masa ni masih dalam bilik rawatan akut (zon kuning) di Trauma & Kecemasan.. sampul hijau pada tangan hubby tu sampul yang berisi gambar x-ray dari klinik panel tempat kerja hubby. His boss & sorang lagi staff yang hantar hubby ke sini. MaDiHaA sampai di PPUM terus meluru ke aras Trauma & Kecemasan.. jenuh juga mencari di mana hubby sebab kat dalam tu ada banyak sangat bilik2.. rupanya hubby dalam bilik rawatan akut zone kuning ni.. nak mengalir air mata bila pertama kali tengok hubby terbaring macam ni.. tapi MaDiHaA tahan sekuatnya supaya air mata tak tumpah...!

Lama juga berada di bilik rawatan akut sebab doktor nak pantau pernafasan hubby.  Menurut hubby.. selepas jatuh dia mengalami sesak & susah untuk bernafas.  Hampir 1 jam hubby rehat kat tepi jalan sebab susah nak bernafas.  Motor dia pun polis trafic yang tolong tolak ke tepi.  Bila dah rasa lega sikit barulah dia telefon MaDiHaA.  Lepas beberapa jam menunggu di sini.. akhirnya suami di hantar ke Observation Ward yang berada di Trauma & Kecemasan kerana dia belum betul2 ok lagi masa tu.  Sebelum ni tak tau pun rupanya ada ward macam tu.  Ingatkan bila sebut ward... mestilah ward biasa tu.. rupanya ada ward khas bagi pesakit2 yang perlu dipantau khas.  Sepanjang di ward tersebut.. doktor arahkan suami banyak exercise menggunakan sejenis alat pernafasan.  Dah lupa pula namanya.. tapi alat tu memerlukan suami menarik nafas dalam2 sehingga ketiga2 biji bola pada alat tersebut naik ke atas.  Setiap sejam mesti kena sedut alat exercise tu untuk nak pastikan pernafasan suami ok atau tak.  Kat ward ni jugaklah MaDiHaA setiap pagi & petang datang melawat suami.  Kerja half day.. petang datang lagi jenguk suami.  Kadang2 berbuka kat sana.. anak2 memang tak dibenarkan masuk sebab nak masuk kena lalu depan guard kat bahagian kecemasan tu.  Alhamdulillah.. sekarang suami dah boleh bekerja semula.. tetapi dengan keadaan yang terbatas tak boleh buat kerja2 berat lagi. 


Buah2an & makanan ni pemberian boss & kawan2 suami yang datang melawat suami semasa di rumah.  Selain buah tangan tersebut.. semasa suami berada di observation ward di trauma & kecemasan PPUM.. ada pula pihak MAIWP datang melawat pesakit di sana & telah berikan wang zakat/derma kepada semua pesakit di wad tersebut... syukur alhamdulillah.. itulah dinamakan rezeki.  Kita sendiri kalau boleh tak mau berada di situ.  Tapi bila dah kena macam tu.. redholah juga sebab apa yang berlaku semuanya sudah tertulis sejak azali lagi.. semuanya kehendak ilahi.. suami kata.. mungkin ini salah satu kifarah untuknya bagi mencuci dosa2 yang lalu.. kan..





Maka beraya lah suami dalam keadaan tangan yang memakai andoh.. hehe.. pergerakan tangan terbatas, nak sarung baju melayu pun tak boleh. Hanya boleh sarung baju berbutang je.. drive memang confirm tak boleh.. banyak benda tak boleh buat sendiri sebab dia tak boleh angkat tangan kanannya.  Mujurlah wife dia bleh drive long journey untuk balik kampong.  Sepanjang suami sakit, MaDiHaA layan hubby macam baby... mandikan, lap, bedakkan & pakaikan baju.. indahnya waktu itu rasa macam baru kawin... hehehe... 


Oklah.. itu je cerita untuk hari ni.. jumpa lagi..

Tuesday, June 11, 2013

Balik kampong.. tapi kurang sihat...

Assalamualaikum...

Nampaknya anak2 dah memulakan sesi persekolahan setelah menghabiskan cuti sekolah selama 2 minggu.  Weekend baru ni kami semua balik ke kampong untuk hantar anak sulung balik ke asrama & disamping tu.. kebetulan ada kenduri kawin sepupu sebelah suami.  Jadi sedang elokla kan... 2 in 1 gitu...

Balik kampong baru ni badan rasa kurang sihat.. lewat petang Sabtu balik dari rumah kenduri (lepas rewang) cepat2 pegi mandi sebab dah rasa lain macam.  Masa mandi dengan anak dara sulung tu.. tiba2 badan menggigil/ketar... rasa macam dah tak sanggup nak siram air ke badan sebab rasa terlampau sejuk.  Tapi terpaksa juga siram sebab masih ada sisa2 sabun.. Bila dah bersih cepat2 ambil tuala & berselimut sekejap bagi reda badan yang menggigil.  Terus cakap kat anak dara.. ibu dah tak tahan ni.. nak naik dulu.. Tapi anak dara takut pulak mandi sorang-sorang kat bilik air tu sebab bilik air rumah mertua kat luar rumah & masa tu pulak dah masuk maghrib.  Bila dah reda sikit.. cepat2 tukar kain basahan dengan kain batik dan berselimut semula dengan tuala.. aduhhh.. dah lama tak kena macam ni.  Seingat2 MaDiHaA.. pernah dulu sekali diserang sejuk yang tiba2 macam ni juga sampaikan demam2.. masa tu di kampong suami juga.  Rupa2nya.. selang beberapa minggu MaDiHaA dapati MaDiHaA mengandung anak no. 2.. hihi... Ehhh. mintak2 janganlah jadi perkara yang sama kali ni hihihi... maklumlah dah berumur dah ni... haha... Sambungan dari sejuk gigil tadi.. dah naik ke rumah.. orang lain kepanasan.. tapi MaDiHaA masih lagi rasa seriau kesejukan apalagi terkena sipi2 hembusan kipas angin yang biras pasang untuk babynya... ya Ampunn... cepat2 suruh Alin ambil selimut.. hehe.. Husband suruh telan panadol supaya tak melarat & demam.  Alhamdulillah lepas telan panadol barulah rasa lega sikit.. mujurlah tak demam.. tapi malam tu akibat terlampau sejuk sampai kena cramp di betis.. aduii... tuhan sajalah yang tahu betapa sakitnya.. Sampai ke hari ni masih terasa2 lagi sakit bekas cramp.. lebih2 masa turun anak tangga lepas hantar anak ke rumah pengasuh di tingkat 5! 

Hmm.. memang betul2 takde mood lah balik kampong baru ni.. kat kenduri pun tak banyak menolong.  Dapat tolong sikit2 je masa petang Sabtu tu je.  Hari Ahad tu dua beradik kakak & Alin asyik dok mengadu sakit perut jer... Alin asyik menangis mengadu sakit perut.. sampaikan dah pukul 1 baru dapat pegi ke rumah kenduri.. (en. suami & yang lain2 dah pegi awal) Lepas tu.. tak lama kat tempat kenduri tu kakak Dini pulak sibuk ajak balik (umah opahnya) katanya perutnya sakit & rasa mual2 nak muntah.  Suruh guna tandas kat rumah kenduri tu dia taknak.. Payah betul ler budak2 bandar ni..  Terpaksalah balik semula ke rumah MIL awal dari orang lain.. Dahla datang lewat.. pastu balik awal pulak.  Kalau ikutkan kami memang kena balik awal sebab nak hantar kakak Dini ke asrama.. tapi en. suami masa tu masih lagi ada kerja nak dibuat.  Nak tolong buka khemah & susun2 kerusi & sebagainya.  Bila kakak Dini dah sibuk dok ajak balik.. terpaksalah MaDiHaA & anak2 balik dulu... entah apalah agaknya tanggapan saudara mara en. suami kan.. mesti ada yang kata MaDiHaA pemalas.. Yelah kenduri kali ni memang tak byk dpt menyumbang tenaga.. hehehe...

Owhh.. by the way.. kat bawah tu sesaja nak kongsi gambar limau nipis XXL yang adik ipar bawa balik dari Kuantan... hehe..  Banyak yang dibawanya.. rasa ada dalam 60 biji kot..  tapi MaDiHaA ambil dalam 18 biji aje... tinggalkan sikit utk MIL & adik ipar juga sebab dia pun nak bawa balik ke KL juga.. Suka sangat dengan limau nipis ni.. dah la besar.. airnya banyak.. takde biji pulak tu... memang puas hati... dulu MaDiHaA pernah kongsi pasal limau nipis ni kat SINI.  Bolehlah klik kalau nak tengok perbezaannya dengan limau nipis bersaiz biasa.


Macam biasa kalau dah balik kampong tak sah kalau tak ambil bunga kantan... hehe...

Thursday, December 6, 2012

Jeruk Betik (homemade)

Assalamualaikum & salah sejahtera...

Masih ingat dengan kisah betik muda & resepi yang MaDiHaA kongsikan dulu? Kalau tak ingat boleh klik SINI.  Kan hari tu betik masih berbagi lagi sebiji selepas disayurkan dan dicelur cicah sambal belacan... & alhamdulillah yang sebiji lagi yang saiz agak besar tu rupanya dah mengkal.  Jadi bolehlah MaDiHaA jadikan jeruk betik.  Tapi malangnya dek kerana kelam kabut nak balik kampong.. tak sempat nak posingkan jeruk betik yang dibuat sebab jeruk tu dah selamat pun sebab MaDiHaA bawak balik kampong... jadi sekejap je selesai.. hehe... Takperlah rezeki buat orang ramai kan...


Rasa ralat juga sebab tak sempat nak ambik gambar.. Untuk mengubat rasa terkilan tu.. hari ni MaDiHaA nak kongsikan juga resepinya dengan u all semua dengan menggunakan gambar MaDiHaA yang lama.  Kira aci lah kan.. Tapi ni bukan gambar curi tau..! Ini gambar sendirian berhad punya.  Tak mainlah copy2 gambar orang lain.  Sayang kalau tak disimpan resepi & gambar2 ni.  & Jeruk ni memang sangat2 sedap & rasanya lebih sedap dari jeruk betik yang dijual dikedai kat kampong masa zaman kita budak2 dulu kalau masih ada yang ingat.  Orang muda zaman sekarang terutama yang kat bandar ni rasanya tak pernah rasa kot jeruk betik dulu2 tu.. hehe.. Tapi jangan tak tau.. kat kampong masih ada jual jeruk betik tu tau. Selain jeruk betik ada macam2 jenis lagi jeruk yang terjual.. tapi rasanya dah tak sama macam yang dulu2 lah... tak tau kenapa.  Haaa... kat bawah tu ada gambar kedai jeruk yang biasa MaDiHaA singgah kalau kebetulan lalu.. Kedai ni lokasinya di jalan besar Segamat - Kuantan... depan sikit dari Muadzam Shah.  Macam2 jeruk ada jual kat sini antara yang ada seperti jeruk betik, mangga, sengkuang, jambu batu, anggur, kelubi/asam paya dan lain2... rambang mata dibuatnya.  Selain dari jeruk..buah2an kampong, ubi2an & barangan dari kayu seperti sudip kayu & papan pemotong dari kayu juga ada terjual. Tapi masa kami singgah baru2 ni tak banyak pula buah2 & ubi2 tu.. mungkin takde stok agaknya..


Oklah jom kita tengok resepi jeruk betik homemade ni... kalau ada betik mengkal tu bolehlah cuba buat ye... insyaAllah sedap & yang penting lebih selamat dimakan sebab takde guna sebarang jenis bahan pengawet..



HOMEMADE JERUK BETIK
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

2 biji betik mengkal (anggaran berat keseluruhan 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2 


 
Cara Menyediakan
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler
)
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk.
7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. selepas dibiarkan 2 malam (diluar) bolehlah disimpan jeruk tersebut ke dlm peti sejuk.

Selamat mencuba!

Monday, December 3, 2012

Konon2 nak mengerepe juga... tapiiii.....

Assalamualaikum....

Sebelum balik ke kampong suami untuk hadir ke kenduri kawin sepupu hubby pada 24hb November lepas.. ada juga pasang angan2 nak buat Crepe Durian (CD) yang sedang femes seantero blog & fb sekarang ni.  Bukan sebab apa.. sebabnya kat rumah MIL sekarang ni memang sedang mewah dengan buah durian.  Aku yang bukan 'hantu durian' ni memang takkan sesekali beli durian semata2 nak buat Crepe Durian tu... hihi.. punya kedekut kan?  Jadi memang sanggup tunggu sampai durian kat kg MIL gugur dulu kalau nak buat CD tu... tapi tulah... angan2 tinggal angan2 jelah nampaknya sebab perjalanan kami minggu lepas agak jauh... Durian dari rumah MIL tak lepas balik ke PJ pun.. sebab kami sampai PJ pun malam tadi.. kalau ada pun baki durian mesti dah terbuka & dah tak sedap rasanya.  Takperlah.. belum rezeki lagi nak buat CD tu... harap2 minggu depan masih ada lagi durian untuk kami sebab minggu depan sekali lagi kena balik ke Raub sebab sepupu hubby (sepupu yang lain pulak) ada majlis bertunang pulak...

Sekadar gambar2 kenangan rezeki dari Raub yang dibawa ke Keratong rumah ma.. alhamdulillah.. ramai yang dapat merasa rezeki dari Raub ni termasuk jiran2 ma kat Keratong, sedara mara kat Tganu, mak saudara suami di Paloh Hinai.. adik2 pun puas le makan durian & buah2an lain yang di bawa pulang.  Seronok kalau musim buah kat rumah MIL.. macam2 ada... itupun masih ada juga buah2 yang belum masak.. yang ada hanya durian, manggis, buah kundang, rambutan & alhamdulillah.. kali ni ada rezeki merasa buah durian belanda sedang molek dah cukup tua jadi bolehlah dipetik.. selalu tu bila balik durian belanda masih muda..

En. hubby bergaya dengan buah durian giant... hehe..


 Malam2 hubby dengan adik2nya gotong royong buka durian... hehe.. bukan nak buat Crepe Durian.. tapi nak dibuat tempoyak.. hehe... mewah derian weh!

Durian tak terhabis makan.. MIL pulak tangannya retak sebab terjatuh kat bilik air homestay masa ikut rombongan hantar pengantin 2 minggu lepas.. jadi tak dapatlah nak proses durian jadikan tempoyak.  Durian memang tak habis dimakan.. daripada terbuang gitu je.. durian2 yang gugur dua, tiga hari lepas tu dibuka & aku bawak balik ke Keratong untuk dijadikan tempoyak. Kat kg MIL durian yg dah gugur dua, tiga hari memang takde sapa nak makan walaupun isinya masih sedap dimakan.  Orang2 kat sana makan durian yang baru gugur jer.. hihi.. mewah durianlah katakan!


 Ini durian yang siap dikopek..  


Ada lagi sebakul penuh! Jenuh nak diperisi sorang2 ni... kena perisi 2, 3 orang barulah cepat selesai...


Dua bekas kesemuanya... ni kalau orang yang bisnes Durian Crepe ni dapat 2 bakul isi durian ni.. memang untung besar sebab durian free! hihi...




Isi durian untuk diproses jadikan tempoyak termasuk buah2an lain yang hubby & adik2 ipar sempat ambil dari kebun.. 



Puas aku pulun manggis tu... sebesen besar dapat... puas hati dapat makan buah feberet!


Buah kundang pun ada.. tapi dah masak... aku tak layan pun sebab tak terasa nak makan asam time tu...


Ini je buah2 yang akan dibawa ke kg ku di Keratong.. buah limau purut tu untuk buat gosok2 kat badan masa mandi je.. hihi...



Termasuk buah durian ni... ada lagi setengah kereta sorong tak ambik gambar... penuh bonet kereta dengan buah2an! Terima kasih mak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...