Rencana mesej dan dokumen pada Mac
Dengan Perencanaan, anda boleh bercakap untuk memasukkan teks di mana-mana sahaja anda boleh menaipnya.
Nota: Anda boleh menyemak seting Papan Kekunci untuk melihat sama ada input suara dan transkrip anda untuk Perencanaan teks umum (contohnya, mengarang mesej dan nota, tetapi bukan perencanaan dalam kotak carian) diproses pada peranti anda dan tidak dihantar ke pelayan Siri. Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Papan Kekunci dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian lihat teks di bawah Perencanaan (Perencanaan mesti didayakan). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik Perihal Minta Siri, Perencanaan & Privasi.
Perencanaan tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau dan ciri mungkin berbeza. Lihat halaman Ketersediaan Ciri macOS untuk melihat bahasa yang anda boleh rencanakan dan bahasa yang menyertakan sokongan untuk ciri Perencanaan tambahan.
Jika anda mahu memasukkan teks dan mengawal Mac anda dengan menyebut perintah dan bukannya menggunakan papan kekunci, tetikus atau trackpad, anda boleh menggunakan Kawalan Suara. Apabila Kawalan Suara aktif, anda menggunakan Kawalan Suara untuk merencanakan teks; Perencanaan macOS standard tidak tersedia.
Aktifkan atau nyahaktifkan Perencanaan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Perencanaan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkannya.
Jika anda mengaktifkan Perencanaan, klik Dayakan. Jika anda ditanya sama ada anda mahu meningkatkan Siri dan Perencanaan, lakukan salah satu yang berikut:
Kongsi rakaman audio: Klik Kongsi Rakaman Audio untuk membenarkan Apple menyimpan audio interaksi Siri dan Perencanaan anda daripada Mac anda. Apple mungkin menyemak sampel audio yang disimpan.
Jangan kongsi rakaman audio: Klik Bukan Sekarang.
Jika anda menukar fikiran anda kemudian dan mahu berkongsi atau berhenti berkongsi rakaman audio, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Pergi ke Analitis & Peningkatan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Tingkatkan Siri & Perencanaan. Lihat Tukar seting Privasi & Keselamatan.
Nota: Anda boleh memadamkan interaksi audio (yang dikaitkan dengan pengecam rawak dan kurang daripada enam bulan) pada bila-bila masa anda suka—lihat Padamkan sejarah Siri dan Perencanaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi, klik Perihal Minta Siri, Perencanaan & Privasi di bahagian bawah seting Papan Kekunci, atau lihat tapak web Privasi Apple.
Rencanakan teks
Dalam app pada Mac anda, tempatkan titik sisipan di tempat yang anda mahu memasukkan teks.
Tekan kekunci Mikrofon jika tersedia dalam baris kekunci fungsi pada Mac anda, gunakan pintasan papan kekunci Perencanaan, atau pilih Edit > Mulakan Perencanaan.
Nota: Tekan dan lepaskan kekunci Mikrofon untuk memulakan Perencanaan; tekan dan tahan kekunci untuk mengaktifkan Siri (Siri mesti didayakan).
Apabila kelihatan di atas atau di bawah kursor yang diserlahkan atau anda mendengar nada yang mengisyaratkan bahawa Mac anda sedia untuk perencanaan, rencanakan teks anda.
Pada Mac dengan Apple silicon, anda masih boleh menggunakan papan kekunci semasa anda bercakap; tidak perlu menghentikan perencanaan. hilang daripada skrin semasa anda menaip dan kelihatan semula selepas anda berhenti menaip, jadi anda boleh meneruskan perencanaan.
Untuk memasukkan emoji atau tanda baca atau melaksanakan tugas pemformatan ringkas, lakukan mana-mana daripada berikut:
Sebut nama emoji, seperti “emoji hati” atau “emoji kereta”.
Sebutkan nama tanda baca, seperti “tanda seru”.
Sebut “barisan baharu” (bersamaan dengan menekan kekunci Return sekali) atau “perenggan baharu” (bersamaan dengan menekan kekunci Return dua kali). Baris baharu atau perenggan baharu kelihatan apabila anda selesai merencanakan.
Untuk senarai perintah yang anda boleh gunakan semasa perencanaan, lihat Perintah untuk merencanakan teks.
Nota: Dalam bahasa disokong, Perencanaan memasukkan koma, noktah dan tanda soal secara automatik untuk anda semasa anda merencana. Untuk menyahaktifkan ciri ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Pergi ke Perencanaan, kemudian nyahaktifkan Tanda baca auto.
Anda boleh merencanakan teks dengan sebarang panjang tanpa tamat masa. Apabila anda selesai, tekan kekunci Escape, kekunci Mikrofon (jika tersedia) atau pintasan papan kekunci Perencanaan. Perencanaan berhenti secara automatik apabila tiada pertuturan dikesan selama 30 saat.
Teks kabur digariskan dalam warna biru. Contohnya, anda mungkin memperoleh hasil “flour” apabila anda maksudkan perkataan “flower”. Jika ini kesnya, klik perkataan bergaris bawah dan pilih alternatif. Anda juga boleh taip atau rencanakan teks yang betul.
Setkan pintasan papan kekunci Perencanaan
Anda boleh menyesuaikan gabungan kekunci yang anda tekan untuk memulakan atau menghentikan Perencanaan.
Petua: Jika kekunci Mikrofon tersedia dalam baris kekunci fungsi, anda boleh menekannya untuk memulakan Perencanaan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Perencanaan, klik menu timbul Pintasan, kemudian pilih pintasan untuk memulakan Perencanaan.
Untuk cipta pintasan yang tiada dalam senarai, pilih Menyesuaikan, kemudian tekan kekunci yang anda mahu gunakan. Sebagai contoh, anda boleh tekan Option-Z.
Nota: Apabila anda memilih pintasan papan kekunci Perencanaan, bergantung pada model Mac anda, pilihan "Tekan kekunci fn untuk” atau “Tekan kekunci untuk” dalam seting Papan Kekunci mungkin ditukar secara automatik. Sebagai contoh, jika anda memilih Tekan Kekunci Fn (Fungsi) Dua Kali sebagai pilihan Pintasan Perencanaan, pilihan seting Papan Kekunci bertukar ke Mulakan Perencanaan (Tekan Fn Dua Kali) secara automatik.
Untuk mendapatkan lebih banyak bantuan dengan pilihan Papan Kekunci, klik dalam seting Papan Kekunci.
Rencanakan dalam bahasa lain
Anda boleh menukar bahasa yang anda rencanakan teks, atau menyediakan Perencanaan untuk berbilang bahasa dan bertukar antara bahasa mengikut keperluan.
Nota: Perencanaan tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau dan ciri mungkin berbeza. Lihat halaman Ketersediaan Ciri macOS.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Perencanaan, klik butang Edit di sebelah Bahasa, kemudian pilih bahasa dan rantau. (Untuk mengeluarkan bahasa, nyahpilih bahasa.)
Jika anda menyediakan Perencanaan untuk lebih daripada satu bahasa, anda boleh menukar bahasa semasa anda merencana dengan mengklik bahasa di sebelah (bahasa dipaparkan sebagai singkatan atau aksara yang mewakili bahasa). Atau tekan kekunci Glob (jika tersedia), kemudian pilih bahasa yang anda mahu gunakan.
Tukar mikrofon yang digunakan untuk Perencanaan
Sumber mikrofon dalam seting Papan Kekunci menunjukkan peranti yang Mac anda sedang gunakan untuk mendengar Perencanaan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Perencanaan, klik menu timbul bersebelahan “Sumber mikrofon”, kemudian pilih mikrofon yang anda mahu gunakan untuk Perencanaan.
Jika anda memilih Automatik, Mac anda mendengar kepada peranti yang anda akan gunakan untuk Perencanaan.