Sesuaikan hias latar pada Mac anda
Anda boleh menukar gambar yang dipaparkan pada desktop anda. Pilih daripada pelbagai gambar atau warna yang disediakan oleh Apple, atau gunakan imej anda sendiri.
Pilih hias latar terbina dalam
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Hias Latar dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilih hias latar daripada salah satu kategori yang tersedia:
Hias Latar Dinamik: Imej ini dicerahkan dan digelapkan, berdasarkan waktu dalam hari untuk lokasi semasa anda.
Udara Landskap, Pemandangan Bandar, Bawah Air dan Bumi: Imej pegun ini menunjukkan paparan yang dramatik.
Rombak Udara: Imej pegun ini berubah pada selang yang anda setkan.
Gambar: Imej pegun ini menunjukkan gambar yang kreatif.
Warna: Perca ini menggunakan latar belakang warna padu untuk desktop anda.
Setkan pilihan untuk hias latar anda.
Pilihan berbeza berdasarkan hias latar yang anda pilih. Sebagai contoh, anda boleh:
Aktifkan udara gerak perlahan sebagai penyelamat skrin, menggunakan udara pegun hias latar anda.
Pilih kekerapan untuk merombak menerusi udara.
Pilih versi pegun cerah atau gelap Hias Latar Dinamik.
Tambah hias latar tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Hias Latar dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah foto daripada pustaka Foto anda: Klik butang Tambah Foto, klik Daripada Foto, kemudian pilih foto.
Tambah fail imej: Klik butang Tambah Foto, klik Pilih, pilih fail, kemudian klik Pilih. Anda juga boleh menyeret imej daripada desktop atau folder anda ke imej kecil di bahagian atas seting Hias Latar.
Tambah album atau folder daripada app Foto: Klik butang Tambah Folder atau Album, kemudian pilih album atau folder.
Tambah folder daripada Finder: Klik butang Tambah Folder atau Album, klik Pilih Folder, pilih folder, kemudian klik Pilih.
Petua: Anda boleh memilih saiz dan kedudukan imej hias latar anda, merombak imej dan banyak lagi. Lihat Seting Hias Latar.
Anda juga boleh memilih hias latar tersuai tanpa membuka seting Hias Latar.
Gunakan gambar yang anda cari di web: Control-klik imej dalam tetingkap Safari, kemudian pilih Gunakan Imej sebagai Gambar Desktop.
Gunakan imej yang disimpan pada Mac anda: Klik dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder. Control-klik fail imej, kemudian klik Setkan Gambar Desktop.
Gunakan foto daripada pustaka Foto anda: Pergi ke app Foto , pilih foto, klik dalam bar alat Foto, kemudian klik Setkan Hias Latar.
Keluarkan hias latar tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Hias Latar dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Tahan penuding tetikus di atas foto, folder atau album yang anda mahu keluarkan, kemudian klik .
Nota: Anda tidak boleh mengeluarkan foto daripada bahagian Foto Anda jika foto dipilih sebagai hias latar anda pada masa ini.