Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus pada Mac
Anda boleh menggunakan Pusat Kawalan untuk mengaktifkan Fokus dengan cepat—seperti Jangan Ganggu atau Peribadi—apabila anda memerlukan masa untuk menumpukan perhatian, kemudian menyahaktifkannya apabila anda bersedia.
Petua: Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus Jangan Ganggu dengan menekan dan menahan kekunci Option semasa anda mengklik tarikh dan masa dalam bar menu, atau dengan menekan (jika tersedia dalam baris kekunci fungsi pada papan kekunci).
Dalam bar menu pada Mac anda, klik , kemudian klik di mana-mana sahaja dalam bahagian Fokus.
Jika anda mengesetkan pilihan dalam seting Pusat Kawalan untuk sentiasa menunjukkan Fokus dalam bar menu, anda boleh mengklik ikon Fokus di sana.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan Fokus: Klik Fokus. Ikonnya diserlahkan dalam senarai dan ia ditunjukkan dalam bar menu.
Tukar tempoh Fokus: Pilih tempoh, seperti “Untuk 1 jam”. Jika anda mengaktifkan Fokus apabila anda dalam peristiwa dijadualkan, seperti mesyuarat atau kelas, pilih “Sehingga tamat peristiwa ini” untuk menyahaktifkan Fokus apabila peristiwa tamat (seperti yang disetkan dalam app Kalendar).
Nyahaktifkan Fokus: Klik Fokus. Ikonnya tidak lagi diserlahkan dalam senarai dan ikon Jangan Ganggu yang dimalapkan ditunjukkan buat seketika dalam bar menu.
Untuk menutup Pusat Kawalan, klik di mana-mana sahaja pada desktop.
Jika anda memastikan Fokus terkini merentas peranti Apple anda, mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus pada Mac anda mengaktifkan atau menyahaktifkannya pada peranti anda yang lain.
Jika anda merancang untuk menggunakan Fokus secara tetap, anda boleh menjadualkannya supaya diaktifkan atau dinyahaktifkan secara automatik dan mengesetkan pilihan lain untuk menyesuaikannya. Lihat Sediakan Fokus.
Apabila anda berkongsi status Fokus anda, orang yang menghantar mesej kepada anda mengetahui bahawa anda telah menyenyapkan pemberitahuan. Jika sesuatu adalah penting, mereka boleh memilih untuk memaklumkan anda.