Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label Menu Ikan. Show all posts
Showing posts with label Menu Ikan. Show all posts

Sunday, 5 April 2015

Sambal bilis dengan bawang goreng



Bahan
1 cawan bilis goreng
4 sudu makan sambal tumis
1/4 cawan bawang goreng

Gaulkan semua nya
Simpan dlm bekas kedap udara
posted from Bloggeroid

Monday, 13 October 2014

Kari Sardin Staranisecafe

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan A
2 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
3 cili padi (ketuk)
5 sudu makan minyak

Bahan B
1/2 paket kecil serbuk kari ikan allagapas
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili
1/2 cawan air

Bahan C
1 tin besar sardin (asingkan sos)
1 biji kentang (potong baji)
5 biji tomato ceri (belah)
1 keping asam keping
3 sudu makan sos sardin (dalam tin)
2 cawan air/ secukupnya (ikut kepekatan)
Garam secukupnya

Cara
1. Tumis bahan A hingga wangi
2. campurkan bahan B. Tumis hingga garing dan pecah minyak menggunakan api perlahan. (terbit minyak dan adunan jadi macam berketul2). Kacau selalu.
3. Masukkan air secukupnya, kentang, sos sardin dan asam keping. Didihkan hingga kentang empuk.
4. Masukkan garam, sardin dan tomato. Didihkan sebentar. Jangan kacau sangat nanti sardin hancur.
5. Hidang. Makan dengan lempeng atau nasi panas. Yummeh!
posted from Bloggeroid

Sunday, 12 October 2014

Kerapu Goreng dengan Sambal Pedas ala Thai

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan A
1 ekor kerapu (dikelar)
1 sudu kecik serbuk kunyit

Bahan B
1 batang serai (ketuk)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (hiris)
1 biji bunga kantan (cincang)
2 helai daun limau (carik)
5 biji cili padi (ketuk)
5 biji tomato ceri (belah)
1 inci halia (hiris)
3 sudu makan minyak

Bahan C
5 sudu makan sambal tumis
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
Garam secukupnya

Cara
1. Goreng ikan dalam minyak yang banyak sebentar (jangan sampai terlalu garing)
2. Tumis bahan B hingga wangi
3. Masukkan bahan C. Goreng sebentar hingga pecah minyak.
4. Tuang kuah atas ikan.
5. Hidang
posted from Bloggeroid

Friday, 13 December 2013

Sambal Bilis Staranisecafe



source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
1 cawan bawang kisar
1 cawan cili kisar
1 sudu teh belacan bakar (optional)
2 sudu makan sos tomato
2 keping asam keping
2 sudu makan gula melaka/secukupnya
1 kiub ikan bilis
Garam secukupnya
1 cawan minyak

Bahan B
Air secukupnya
1 biji bawang besar hiris kasar
1 cawan ikan bilis

Cara
1. Tumis bawang kisar hingga wangi
2. Masukkan cili kisar. Gaul sebati dan biarkan masak hingga pecah minyak (minyak timbul)
3. Masukkan bahan A yang lain. Tumis hingga masak.
4. Masukkan air mengikut kepekatan dikehendaki. Didihkan.
5. Masukkan ikan bilis. Didihkan hingga ikan bilis sedikit lembut dan masak.
6. Akhir sekali gaulkan bawang hiris.
7. Minyak berlebihan boleh dibuang sebelum dihidang.
posted from Bloggeroid

Monday, 22 July 2013

Asam Pedas Express


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
2 ketul kepala ikan
150g pes segera asam pedas jasmani
3 batang bendi
1 biji tomato
1 sudu kecil serbuk tumix
2 cawan air
Daun kesum
Garam secukupnya

Cara
1. Rebus pes dan air hingga mendidih.
2. Masukkan semua bahan lain dan didihkan hingga ikan masak.

Yummeh! Cukup pedas! Cukup masam....best!

posted from Bloggeroid

Friday, 12 July 2013

Masak Lemak Simple



source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 3

Bahan A
3 ketul ikan
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
Air secukupnya

Bahan B
1/2 peket (25g) santan serbuk
1 biji bawang besar (M) - tumbuk halus
4 biji cili padi - tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk tumix
Garam secukupnya

Cara
1. Rebus Bahan A. Bila ikan setengah masak, asingkan.
2. Masukkan Bahan B dalam air rebusan. Kacau. Biar didih sebentar.
3. Masukkan ikan. Biar didih hingga ikan masak. Tutup api.

Tips
1. Masukkan air 2 cawan dulu. Tambah air panas jika perlu
2. Tambah kuantiti bahan secukupnya
posted from Bloggeroid

Saturday, 29 December 2012

Siakap kukus Tom yam


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 25 minit
serve : 2 orang

Bahan
1 ekor ikan siakap (M)
1 biji bawang (M)- belah empat
2 inci halia - hiris kasar
2 batang serai - hiris kasar
4 biji cili padi - ketuk
2 kiub pati tomyam
2 sudu besar kicap masin
Daun limau purut - hiris
1-2 cawan air

Cara
1. Masukkan semua bahan (kecuali ikan). Biar mendidih.
3. Masukkan ikan. Tutup periuk. Perlahankan api. Masak dalam 15-20 minit.


Nota:
1. Kaedah di atas adalah paling mudah dan banyak di pakai di gerai iaitu rebus kukus.
2. Boleh juga guna kaedah kukus sepenuhnya iaitu tuangkan kuah atas ikan dan kukus hingga masak.
3. Atau kukus ikan terlebih dahulu dan curahkan kuah kemudian.

Sunday, 12 August 2012

Asam Pedas Kepala Ikan


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 20 min
serve: 2

Bahan A
1 kepala ikan merah - rebus sebentar separuh masak

Bahan B - kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci belacan bakar
5 sudu makan cili kisar
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan C
1 sudu besar pes asam jawa Adabi + 1 cawan air
2 cawan air (termasuk air rebusan ikan)
1 sudu kecil kas-kas
Garam secukupnya
4 sudu besar minyak

Cara
1. Tumis bahan B hingga pecah minyak
2. Masukkan air asam, garam dan air. Biar mendidih. Masukkan kas-kas untuk pekatkan kuah.
3. Masukkan ikan dan biarkan mendidih sekali kagi hingga ikan masak.

Thursday, 2 August 2012

Kerapu Kukus Sempoi


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 25 minit
serve : 2 orang

Bahan
1 ekor ikan kerapu (M)
2 inci halia - hiris kasar
2 batang serai - hiris kasar
3 ulas bawang putih - cincang
4 biji cili padi - ketuk
2 sudu kecil madu epal
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos nampla
1-2 cawan air
1 sudu besar minyak

Cara
1. Tumis halia, serai, bawang putih, cili padi hingga wangi
2. Masukkan madu epal, pati ayam, sos nampla, air secukupnya. Biar mendidih.
3. Masukkan ikan. Tutup periuk. Perlahankan api. Masak dalam 15-20 minit.

Nota:
1. Kaedah di atas adalah paling mudah dan banyak di pakai di gerai iaitu rebus kukus.
2. Boleh juga guna kaedah kukus sepenuhnya iaitu tuangkan kuah atas ikan dan kukus hingga masak.
3. Atau kukus ikan terlebih dahulu dan curahkan kuah kemudian.

Saturday, 7 January 2012

Ikan Bakar Tempoyak

source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 40 minit
Serve : 4

Bahan A
1 biji bawang
2 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
15 biji cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit/i inci kunyit hidup
3 helai daun limau
4 sudu makan susu sejat
+4 sudu makan minyak

Bahan B
1/3 cawan tempoyak
1 cawan air
Garam secukupnya

Bahan C
1 ekor ikan (1kg)
2 biji limau nipis-hiris

Cara
1. Tumbuk/kisar Bahan A. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan Bahan B. Didihkan.
3. Masukkan ikan. Biar dalam 5 minit. Biar kuah dlm kuali dan didihkan dengan api perlahan hingga menjadi pes.
4. Bungkus ikan dalam aluminium foil/daun pisang. Tabur limau. Sapukan lebihan pes tempoyak. Bakar.

Saturday, 24 December 2011

Asam Pedas Ikan Pari


Source: staranisecafe.blogspot.com
Serve: 3
Preparation time: 30 minit

Bahan A
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi 
1 ibu jari halia
1 ibu jari kunyit hidup
2 sudu makan cili kisar

Bahan B
1 batang serai

Bahan C
1 sudu kecil pes asam jawa
3 sudu besar air

Bahan D
1 bunga kantan -belah 2
1 biji tomato- belah 4
5 batang bendi
5 potong ikan pari (350g)

Bahan E
3 sudu besar minyak
Garam secukupnya

Cara
1. Kisar Bahan A dan B. Tumis hingga wangi
2. Masukkan Bahan C - Didihkan api perlahan hingga pecah minyak
3. Masukkan Bahan D + garam. Biar mendidih hingga bendi empuk dan ikan masak.

Tips > Tomato masukkan pada penghujung waktu masakan supaya tak terlalu lembik

Saturday, 10 December 2011

Ikan Baulu Bakar

Buah tangan dari Sabah. Ikan ini telah dibuang semua tulang dan disejukbekukan. Tulang ikan ini bercabang macam ikan terubuk.
Rasanya sangat sedap..lebih sesuai dibakar atau dipanggang..
Resepi mudah dari encik abang!


Source : staranisecafe.blogspot.com
Serve : 2
Preparation time : 30 minit

Bahan Ikan
1 ekor ikan baulu (500gram)
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil sos tiram
1 batang serai - ketuk
Garam

- Perap semua bahan dan bakar

Bahan Kuah Kicap
5 sudu kicap manis pekat
3 sudu kicap masin
6 biji limau - perah jus
1/2 biji tomato - potong dadu
10 cili padi - hiris
1 sudu kecil gula
Garam

- Campurkan semuanya. Sila adjust rasa dan kepekatan.

Tips : Ikan baulu = milkfish = belanak sembawa = bangos (Filipina)