Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Silur

tempoh geologi ketiga era Paleozoik
(Dilencongkan daripada Silurian)


Silur atau Silures merupakan nama untuk satu tempoh dan sistem geologi yang secara khusus meliputi 24.6 juta tahun dari akhir Tempoh Ordovisi pada 443.8 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Devon pada 419.2 jtd.[5] Tempoh Silur merupakan tempoh terpendek Era Paleozoik. Seperti tempoh geologi lain, dasar batu yang mentakrifkan permulaan dan akhir tempoh itu dikenal pasti dengan baik, tetapi tarikh yang tepat tidak pasti dalam julat beberapa juta tahun. Lapisan terbawah sistem Silur ditetapkan pada satu siri peristiwa besar kepupusan Ordovisi-Silur apabila sehingga 60% daripada genus kehidupan lautan telah dihapuskan.

Silur
443.8 ± 1.5 – 419.2 ± 3.2 Ma
Peta Bumi sewaktu awal Tempoh Silur, sekitar 440 Ma
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
SinonimGotland
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Pertama kali dicadangkan olehRoderick Murchison, 1835
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDKP grafolit Akidograptus ascensus
Sempadan bawah GSSPDob's Linn, Moffat, United Kingdom
55°26′24″N 3°16′12″W / 55.4400°N 3.2700°W / 55.4400; -3.2700
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1984[1][2]
Takrif sempadan atasDKP grafolit Monograptus uniformis
Sempadan atas GSSPKlonk, Republik Czech
49°51′18″N 13°47′31″E / 49.8550°N 13.7920°E / 49.8550; 13.7920
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP1972[3]
Data atmosfera dan iklim
Nilai aras laut melebihi zaman kiniSekitar 180 m, dengan peningkatan negatif dalam jangka masa pendek[4]

Satu peristiwa penting dalam tempoh ini ialah penempatan terawal kehidupan darat yang turut dikenali sebagai Revolusi Kehidupan Daratan Silur-Devon: tumbuhan pembuluh bercambah daripada tumbuhan darat yang lebih primitif,[6][7] kulat dwikaryon mula berkembang dan mempelbagai jenis bersama dengan kulat glomeromikota,[8] dan tiga kumpulan artropoda (miriapoda, araknida dan heksapoda) sudah boleh hidup di daratan dengan sepenuhnya.[9]

Satu peristiwa penting dalam evolusi semasa zaman Silur ialah kepelbagaian ikan rahang dan ikan bertulang.[10]

Pembahagian

sunting
Pembahagian tempoh Silur
Epok Peringkat Masa Mula
(jtd)
Etimologi epok dan peringkat Nota
Llandoveri Ruddanian 443.8 Ladang Cefn-Rhuddan, Llandovery di Carmarthenshire, Wales
Aeronian 440.8 Ladang Cwm Coed-Aeron, Wales Trefawr Track berdekatan ladang merupakan tapak GSSP
Telikian 438.5 Ladang Pen-lan-Telych, Llandovery, Wales
Wenlock Sheinwoodian 433.4 Kampung Sheinwood, Much Wenlock and Tebing Wenlock, Shropshire, England Sewaktu epok Wenlock, trakeofita bawah genus Cooksonia yang tertua diketahui telah wujud. Kekompleksan tumbuhan benua Gondwana seperti Baragwanathia pada waktu kemudian (yang menyerupai lumut tombol moden) memberi indikasi sejarah yang lebih tua untuk tumbuhan bervaskular, yang menjangkau seawal epok Silur Awal atau tempoh Ordovisi. Haiwan daratan terawal juga muncul sewaktu epok Wenlock, yang diwakili oleh gonggong bernafas udara dari Scotland.[11]
Homerian 430.5 Homer, Shropshire, England
Ludlow Gorstian 427.4 Kampung Gorsty berdekatan Ludlow, Shropshire, England
Ludfordian 425.6 Ludford, Shropshire, England
Pridoli 423.0 Dinamakan sempena suatu penempatan di kawasan rizab semula jadi Homolka a Přídolí berdekatan subbandar Prague di Slivenec, Republik Czech. Přídolí merupakan nama lama kawasan padang kadaster.[12]

Rujukan

sunting
  1. ^ Lucas, Sepncer (6 November 2018). "The GSSP Method of Chronostratigraphy: A Critical Review". Frontiers in Earth Science. 6: 191. Bibcode:2018FrEaS...6..191L. doi:10.3389/feart.2018.00191.
  2. ^ Holland, C. (June 1985). "Series and Stages of the Silurian System" (PDF). Episodes. 8 (2): 101–103. doi:10.18814/epiiugs/1985/v8i2/005. Dicapai pada 11 December 2020.
  3. ^ Chlupáč, Ivo; Hladil, Jindrich (January 2000). "The global stratotype section and point of the Silurian-Devonian boundary". CFS Courier Forschungsinstitut Senckenberg. Dicapai pada 7 December 2020.
  4. ^ Haq, B. U.; Schutter, SR (2008). "A Chronology of Paleozoic Sea-Level Changes". Science. 322 (5898): 64–68. Bibcode:2008Sci...322...64H. doi:10.1126/science.1161648. PMID 18832639. S2CID 206514545.
  5. ^ "International Chronostratigraphic Chart v.2015/01" (PDF). International Commission on Stratigraphy. January 2015.
  6. ^ Capel, Elliot; Cleal, Christopher J.; Xue, Jinzhuang; Monnet, Claude; Servais, Thomas; Cascales-Miñana, Borja (August 2022). "The Silurian–Devonian terrestrial revolution: Diversity patterns and sampling bias of the vascular plant macrofossil record". Earth-Science Reviews. 231: 104085. Bibcode:2022ESRv..23104085C. doi:10.1016/j.earscirev.2022.104085. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  7. ^ Xue, Jinzhuang; Huang, Pu; Wang, Deming; Xiong, Conghui; Liu, Le; Basinger, James F. (May 2018). "Silurian-Devonian terrestrial revolution in South China: Taxonomy, diversity, and character evolution of vascular plants in a paleogeographically isolated, low-latitude region". Earth-Science Reviews. 180: 92–125. Bibcode:2018ESRv..180...92X. doi:10.1016/j.earscirev.2018.03.004. Dicapai pada 8 December 2022.
  8. ^ Lutzoni, François; Nowak, Michael D.; Alfaro, Michael E.; Reeb, Valérie; Miadlikowska, Jolanta; Krug, Michael; Arnold, A. Elizabeth; Lewis, Louise A.; Swofford, David L. (21 December 2018). "Contemporaneous radiations of fungi and plants linked to symbiosis". Nature Communications. 9 (1): 5451. Bibcode:2018NatCo...9.5451L. doi:10.1038/s41467-018-07849-9. PMC 6303338. PMID 30575731.
  9. ^ Garwood, Russell J.; Edgecombe, Gregory D. (September 2011). "Early Terrestrial Animals, Evolution, and Uncertainty". Evolution: Education and Outreach. 4 (3): 489–501. doi:10.1007/s12052-011-0357-y.
  10. ^ Brazeau, M. D.; Friedman, M. (2015). "The origin and early phylogenetic history of jawed vertebrates". Nature. 520 (7548): 490–497. Bibcode:2015Natur.520..490B. doi:10.1038/nature14438. PMC 4648279. PMID 25903631.
  11. ^ Paul Selden & Helen Read (2008). "The oldest land animals: Silurian millipedes from Scotland" (PDF). Bulletin of the British Myriapod & Isopod Group. 23: 36–37.
  12. ^ Manda, Štěpán; Frýda, Jiří (2010). "Silurian-Devonian boundary events and their influence on cephalopod evolution: evolutionary significance of cephalopod egg size during mass extinctions". Bulletin of Geosciences. 85 (3): 513–40. doi:10.3140/bull.geosci.1174.
  • Emiliani, Cesare . (1992). Planet bumi : Kosmologi, Geologi, & Evolusi Kehidupan & Alam Sekitar . Cambridge University Press. (Edisi Kulit KertasISBN 0-521-40949-7 )
  • Mikulic, DG, DEG Briggs, dan J Kluessendorf. 1985. Biota baru yang sangat terpelihara dari Lower Silurian of Wisconsin, Amerika Syarikat. Transaksi Falsafah Royal Society of London, 311B:75-86.

Pautan luar

sunting