Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Ordovisi

tempoh geologi kedua era Paleozoik

Ordovisi merupakan nama yang khusus untuk satu tempoh dan sistem geologi yang kedua daripada enam tempoh dan sistem Era Paleozoik. Tempoh Ordovisi menjangkau 41.6 juta tahun dari akhir Zaman Kambria 485.4 juta tahun dahulu (jtd) sehingga permulaan Zaman Silur pada 443.8 jtd.[5]

Ordovisi
485.4 ± 1.9 – 443.8 ± 1.5 Ma
Bumi sewaktu pertengahan Tempoh Ordovisi, sekitar 460 Ma
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Nama yang diratifikasi1960
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Pertama kali dicadangkan olehCharles Lapworth, 1879
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDatum kewujudan pertama (DKP) konodonta Iapetognathus fluctivagus.
Sempadan bawah GSSPKeratan Greenpoint, Green Point, Newfoundland, Canada
49°40′58″N 57°57′55″W / 49.6829°N 57.9653°W / 49.6829; -57.9653
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2000[1]
Takrif sempadan atasDKP grafolit Akidograptus ascensus
Sempadan atas GSSPDob's Linn, Moffat, U.K.
55°26′24″N 3°16′12″W / 55.4400°N 3.2700°W / 55.4400; -3.2700
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP1984[2][3]
Data atmosfera dan iklim
Nilai aras laut melebihi zaman kini180 m; meningkat ke 220 m di Caradoc dan menurun dengan tajam ke 140 m pada akhir zaman pengglasieran Ordovisi[4]

Perkataan Ordovisi dinamakan berdasarkan satu puak Welsh yang dikenali sebagai Ordovices, telah ditakrifkan oleh Charles Lapworth pada tahun 1879 untuk menyelesaikan pertikaian antara pengikut Adam Sedgwick dan Roderick Murchison, yang masing-masing meletakkan dasar batu yang sama di Wales Utara dalam sistem Kambria dan Silur.[6] Lapworth menyedari bahawa fauna fosil dalam strata yang dipertikaikan adalah berbeza daripada sama ada sistem Kambria atau sistem Silur, dan meletakkannya dalam sistemnya tersendiri. Tempoh atau Sistem Ordovisi ini menerima kelulusan antarabangsa pada tahun 1960 (empat puluh tahun selepas kematian Lapworth), apabila ia diterima pakai sebagai tempoh rasmi Era Paleozoik oleh Kongres Geologi Antarabangsa.

Kehidupan terus berkembang semasa Zaman Ordovisi seperti yang berlaku pada Zaman Kambria yang lebih awal, walaupun penghujung tempoh itu ditandai dengan peristiwa kepupusan Ordovisi-Silur . Makhluk yang bukan vertebrata, iaitu moluska dan artropoda, menguasai lautan, dengan organisma dari kumpulan yang terkemudian itu mungkin memulakan penempatan mereka di darat pada masa ini, dengan penempatan sepenuhnya pada tempoh Devon. Tumbuhan darat yang pertama diketahui dari zaman ini. Peristiwa Percambahan Kepelbagaian Besar Ordovisi telah meningkatkan kepelbagaian hidupan. Ikan, yakni vertebrata sejati yang pertama di dunia, terus berkembang, dan ikan berahang mungkin pertama kali muncul di akhir tempoh tersebut. Kira-kira 100 kali lebih banyak meteorit melanda Bumi setiap tahun semasa tempoh Ordovisi berbanding hari ini.[7]

Pembahagian

sunting

Terdapat sebilangan istilah tempatan yang telah digunakan untuk membahagikan Tempoh Ordovisi. Pada tahun 2008, Pembahagian Piawai Antarabangsa menubuhkan pembahagian sistem antarabangsa yang formal.[8] Terdapat pelbagai skema stratigrafi tempatan yang melibatkan wilayah-wilayah seperti Baltoskandinavia, British, Siberia, Amerika Utara, Australia, China, Mediterranean dan Gondwana Utara.[9]

Pembahagian ICS (global)

sunting
  • Siri/Epok Ordovisi Atas/Akhir (458.4 jtd – 443.8 jtd)
    • Peringkat/Usia Hirnantian (445.2 jtd – 443.8 jtd)
    • Peringkat/Usia Katian (453.0 jtd – 445.2 jtd)
    • Peringkat/Usia Sandbian (458.4 jtd – 453.0 jtd)
  • Siri/Epok Ordovisi Tengah (470.0 jtd – 458.4 jtd)
    • Peringkat/Usia Darriwilian (467.3 jtd – 458.4 jtd)
    • Peringkat/Usia Dapingian (470.0 jtd – 467.3 jtd)
  • Siri/Epok Ordovisi Bawah/Awal (485.4 jtd – 470.0 jtd)
    • Peringkat/Usia Floian (477.7 jtd – 470.0 jtd)
    • Peringkat/Usia Tremadocian (485.4 jtd – 477.7 jtd)
Padanan perhubungan siri dan peringkat Ordovisi tempatan[10]
Siri ICS Peringkat ICS Siri British Peringkat British Siri Amerika Utara Peringkat Amerika Utara Peringkat Australia Peringkat China
Ordovisi Atas Hirnantian Ashgill Hirnantian Cincinnatian Gamachian Bolindian Hirnantian
Katian Rawtheyan Richmondian Chientangkiangian
Cautleyan
Pusgillian Maysvillian Eastonian Neichianshanian
Caradoc Streffordian Edenian
Cheneyan Mohawkian Chatfieldian
Sandbian Burrellian Gisbornian
Turinian
Aurelucian
Whiterockian
Ordovisi Tengah Darriwilian Llanvirn Llandeilo Darriwilian Darriwilian
Abereiddian
Arenig Fennian
Dapingian Yapeenian Dapingian
Whitlandian Rangerian Castlemainian
Ordovisi Bawah Floian Ibexian Blackhillsian Chewtonian Yiyangian
Bendigonian
Moridunian
Tulean Lancefieldian
Tremadocian Tremadoc Migneintian Xinchangian
Stairsian
Cressagian
Skullrockian
Warendan

Rujukan

sunting
  1. ^ Cooper, Roger; Nowlan, Godfrey; Williams, S. H. (March 2001). "Global Stratotype Section and Point for base of the Ordovician System" (PDF). Episodes. 24 (1): 19–28. doi:10.18814/epiiugs/2001/v24i1/005. Dicapai pada 6 December 2020.
  2. ^ Lucas, Sepncer (6 November 2018). "The GSSP Method of Chronostratigraphy: A Critical Review". Frontiers in Earth Science. 6: 191. Bibcode:2018FrEaS...6..191L. doi:10.3389/feart.2018.00191.
  3. ^ Holland, C. (June 1985). "Series and Stages of the Silurian System" (PDF). Episodes. 8 (2): 101–103. doi:10.18814/epiiugs/1985/v8i2/005. Dicapai pada 11 December 2020.
  4. ^ Haq, B. U.; Schutter, SR (2008). "A Chronology of Paleozoic Sea-Level Changes". Science. 322 (5898): 64–68. Bibcode:2008Sci...322...64H. doi:10.1126/science.1161648. PMID 18832639. S2CID 206514545.
  5. ^ "International Chronostratigraphic Chart v.2015/01" (PDF). International Commission on Stratigraphy. January 2015.
  6. ^ Charles Lapworth (1879) "On the Tripartite Classification of the Lower Palaeozoic Rocks"[pautan mati kekal], Geological Magazine, new series, 6 : 1-15.
  7. ^ "New type of meteorite linked to ancient asteroid collision". Science Daily. 15 June 2016. Dicapai pada 20 June 2016.
  8. ^ Details on the Dapingian are available at Wang, X.; Stouge, S.; Chen, X.; Li, Z.; Wang, C. (2009). "Dapingian Stage: standard name for the lowermost global stage of the Middle Ordovician Series". Lethaia. 42 (3): 377–380. doi:10.1111/j.1502-3931.2009.00169.x.
  9. ^ "The Ordovician Period". Subcommission on Ordovician Stratigraphy. International Commission on Stratigraphy. 2020. Dicapai pada 7 June 2021.
  10. ^ Goldman, D.; Sadler, P.M.; Leslie, S.A.; Melchin, M.J.; Agterberg, F.P.; Gradstein, F.M. (2020), "The Ordovician Period", Geologic Time Scale 2020 (dalam bahasa Inggeris), Elsevier, m/s. 631–694, doi:10.1016/b978-0-12-824360-2.00020-6, ISBN 978-0-12-824360-2, dicapai pada 2023-06-08

Pautan luar

sunting