Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Program Apollo adalah rangkaian misi angkasa lepas berawak yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat (NASA) menggunakan kapal angkasa lepas Apollo dan roket Saturn, dilaksanakan selama tahun 1961-1975. Program ini didedikasikan untuk cita-cita (dari perkataan terkenal Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy) "mendaratkan seorang manusia di Bulan dan mengembalikannya dengan selamat ke Bumi" pada tahun 1960-an. Cita-cita ini dicapai oleh misi Apollo 11 pada Julai 1969.

Lencana Program Apollo
Lencana Program Apollo

Program diteruskan hingga awal 1970-an untuk melakukan penjelajahan ilmiah di Bulan, dengan jumlah enam pendaratan berjaya. Hingga 2006, tidak ada lagi misi luar angkasa berawak yang melebihi orbit rendah bumi. Program Skylab yang dibuat kemudian, dan Projek Ujian Apollo-Soyuz menggunakan perlengkapan yang awalnya diproduksi untuk Apollo dan sering dianggap sebagai sebahagian dari program Apollo.

Di luar keberhasilan tersebut, terdapat beberapa kegagalan besar; salah satu di antaranya mengakibatkan tewasnya tiga angkasawan, Virgil Grissom, Ed White dan Roger Chaffee dalam peristiwa kebakaran landasan peluncuran Apollo 1. Ada juga ledakan pada misi Apollo 13 yang hampir menewaskan tiga angkasawannya. Pelepasan gas beracun ketika masuk kembali ke atmosfera Bumi dalam pesawat Projek Ujian Apollo-Soyuz hampir juga menewaskan tiga angkasawan lagi.

Program Apollo dinamai berdasarkan dewa matahari Yunani kuno.

Latar belakang

sunting

Program Apollo semula disusun terlambat pada zaman pemerintahan Presiden Dwight D. Eisenhower sebagai program lanjutan dari Program Mercury dalam melakukan misi mengorbit Bumi berawak yang lebih maju. Faktanya Apollo menjadi program ketiga setelah Program Gemini. Program Apollo secara dramatis diorientasikan kembali menjadi sebuah cita-cita agresif pendaratan manusia di Bulan oleh Presiden Kennedy dengan pengumumannya di sesi gabungan istimewa sidang Kongres AS pada 25 Mei 1961:

"..Saya percaya bahawa bangsa ini sebaiknya melibatkan diri dalam mencapai cita-cita, sebelum dekad ini berakhir, mendaratkan seorang manusia di Bulan dan mengembalikannya dengan selamat ke Bumi. Tak ada satu pun projek angkasa lepas pada zaman ini yang akan lebih mengesankan bagi umat manusia, atau lebih penting lagi pada eksplorasi angkasa lepas jangka panjang; dan tak ada satu pun yang akan begitu sulit atau mahal untuk menyelesaikan.."