Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Joseph-Maurice Ravel (7 Mac 1875 - 28 Disember 1937) ialah seorang komposer Prancis yang dikenali oleh kerana kehebatannya dalam memainkan melodi, dan juga merupakan ahli orkestra, penggubah harmoni dan pencipta instrumen tekstur serta efek yang unik.[1] Bersama dengan Claude Debussy, beliau merupakan salah satu tokoh-tokoh yang paling menonjol dalam bidang muzik aliran impresionisme.[1] Sebahagian besar karyanya bermula daripada musik piano, musik kamar, musik vokal dan musik orkestra.[1]

Potret Ravel diambil pada 1925.

Komposisi piano karya Ravel, seperti Jeux d'eau, Miroirs, Le Tombeau de Couperin dan Gaspard de la nuit memerlukan tahap penguasaan yang tinggi serta tidak mampu dimainkan oleh orang sebarangan, dan penguasaan orkestrasi Ravel sangat diakui dengan jelas daripada karya-karyanya seperti Rapsodie espagnole, Daphnis et Chloe dan gubahannya dalam karya Modest Mussorgsky, Pictures at an Exhibition.[2] Ravel mungkin lebih dikenal akan karya orkestralnya Bolero (1928), yang pernah digambarkan sebagai "sebuah karya orkestra tanpa musik".[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Shadily, Hassan.Ensiklopedia Indonesia. Jakarta:Ichtiar Baru Van Hoeve.
  2. ^ a b Amaducci, L.; Grassi,, E.; Boller, F. (January 2002). "Maurice Ravel and right-hemisphere musical creativity: influence of disease on his last musical works?". European Journal of Neurology. 9 (1): 75–82. doi:10.1046/j.1468-1331.2002.00351.x. ISSN 1351-5101. PMID 11784380.CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

sunting