Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

La Maddaremeng Matinroe Ri Bukaka (sebutan: la madˡdarəməŋ matinroˡe ri bukaka) ialah seorang raja Bone (Arumpone) yang ke-13. Beliau diangkat menjadi Arumpone oleh rakyat Bone selepas mangkatnya La Tenripale pada tahun 1630.

Pada tahun 1640, baginda telah menerapkan aturan Islam seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti melarang penghambaan, perjudian dan juga menolak unsur-unsur animisme yang masih diamalkan pada saat itu walaupun penduduk dan pemerintah telah memeluk Islam. Tindakan baginda ini telah menimbulkan tentangan oleh bangsawan Bone yang dipimpin oleh ibundanya sendiri iaitu Datu Pattiro We Tenrisoloreng.

Datu Pattiro We Tenrisoloreng dan pengikutnya memilih untuk menginggalkan Bone dan pergi ke Gowa-Tallo untuk mencari perlindungan. Pada awalnya, Gowa-Tallo membiarkan sahaja tindakan La Maddaremeng kerana menganggap aturan Islam yang dikuatkuasakannya cuma dilakukan di Bone. Namun, anggapan Gowa-Tallo ternyata salah apabila La Maddaremeng berusaha memperluaskan penguatkuasaan itu ke kawasan lain di bawah taklukan kerajaan Bugis yang lain.

Berikutan ini, Gowa-Tallo bersekutu dengan Soppeng dan Wajo mengisytiharkan perang terhadap Bone. La Maddaremeng telah tewas dalam perang ini. Akibatnya Bone jatuh ke tangan Gowa-Tallo dan La Maddaremeng dibuang daerah ke Gowa.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting