Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Etnik Melayu

suku kaum di Asia Tenggara

Orang Melayu (Jawi: أورڠ ملايو) ialah kelompok etnoagama dari orang Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan semua pulau di Kepulauan Riau. Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Orang Melayu
أورڠ ملايو
Sepasang suami isteri Melayu memakai pakaian tradisional selepas majlis akad nikah mereka. Pengantin lelaki berbaju Melayu dipadankan dengan songkok dan songket, manakala pengantin perempuan pula berbaju kurung dan bertudung.
Jumlah penduduk
anggaran: 30,000,000 [Note 1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia17,600,000[Note 2] (bancian 2023)[1]
 Indonesia8,673,791 (bancian 2020)[2]
 Thailand2,100,000[3]
 Singapura545,498[Note 3][4]
 Brunei322,283[5]
 Australia33,183[6]
 Myanmar27,000[7]
 Sri Lanka40,189
Dunia Arab~50,000[8][9]
 United Kingdom~27,000
Bahasa
Bahasa Melayu (termasuklah loghat)
Lain-lain:
Agama
Islam (bermazhab Shafie, Ahli Sunah Waljamaah)
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Austronesia
terutama: Minangkabau, Jawa, Aceh, Batak, Bugis

Kedatangan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 mencetuskan revolusi besar dalam sejarah Melayu, yang mana kepentingannya terletak pada warisan politik dan budayanya yang meluas. Penanda definitif umum kemelayuan — agama Islam, bahasa dan tradisi Melayu — dianggap telah diisytiharkan semasa era ini, menyebabkan etnogenesis Melayu sebagai kumpulan etnoreligius utama di rantau ini. Dalam kesusasteraan, seni bina, tradisi masakan, pakaian tradisional, seni persembahan, seni mempertahankan diri dan tradisi istana diraja, Melaka menetapkan standard yang dicontohi oleh kesultanan Melayu kemudiannya. Zaman kegemilangan kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Timur Sumatera dan Pesisir Borneo menyaksikan ramai penduduk mereka, khususnya dari pelbagai masyarakat suku seperti Batak, Dayak, Orang Asli dan Orang Laut menjadi tunduk kepada Islamisasi dan Masuk Melayu. Dalam perjalanan sejarah, istilah "Melayu" telah diperluaskan kepada kumpulan etnik lain dalam "Alam Melayu"; penggunaan ini pada masa kini sebahagian besarnya terhad di Malaysia dan Singapura, di mana keturunan pendatang dari kumpulan etnik ini diistilahkan sebagai Anak Dagang ("pedagang") dan yang kebanyakannya berasal dari Indonesia seperti Orang Aceh, Banjar, Bugis, Mandailing, Minangkabau dan Jawa.

Etimologi

 
Kompaun Candi Muaro Jambi di Jambi, secara sejarah dikaitkan dengan pra-Islam Kerajaan Melayu. Orang Melayu-Srivijaya terkenal membina sistem bangunan yang kompleks di ibu kota, bandar utama dan pusat bandar penting.
 
Bukit Seguntang di Palembang. Menurut Sejarah Melayu, bukit tersebut merakamkan kedatangan Sang Sapurba, moyang lagenda untuk pelbagai rumah diraja Melayu di Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.

Sebagai nama tempat (toponim)

Perkataan Melayu pada asalnya adalah nama tempat (toponim), yang merujuk kepada lokasi di Sumatera. Sastera Sejarah Melayu mengaitkan asal etimologi "Melayu" dengan sungai kecil bernama Sungai Melayu di Sumatera, Indonesia. Sastera tersebut salah menyatakan bahawa sungai itu mengalir ke Sungai Musi di Palembang, sedangkan pada hakikatnya ia mengalir ke Sungai Batang Hari di Jambi.[10]:298 Selepas abad ke-15 istilah Melayu mula digunakan untuk merujuk kepada nama suku (etnonim).[11]:3

Lakaran peta dunia dalam karya Ptolemy (c. AM 90 – c. 168), Geographia ada menyatakan tentang sebuah pulau di Aurea Chersonesus (Semenanjung Melayu) yang diberi nama Maleu-kolon, dipercayai berasal daripada perkataan Sanskrit atau tamil Malayakolam atau Malaikurram[12]. Menurut G. E. Gerini, Maleu-Kolon merujuk kepada Pulau Bintan hari ini, sementara Roland Bradell mendakwa ia berada di Pulau Temasek.

Bangsa Laut

Dalam bab 48 daripada teks agama majusi Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan parsi Malayadvipa (secara harfiah: “benua berkelautan”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ terletaknya sebuah lautan luas bernama Selat Malaka dan juga gunung besar yang digelar Gunung Daek[13]. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Semenanjung Malaya[14], ramai sarjana Parsi dan India mempercayai ia merujuk kepada pulau-pulau di selatan semenanjung yang lebih berkelautan[15][16][17][18][19], di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berhubungan dengan empayar parsi sejak permulaan kurun Masihi.

Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam yang bertempat dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil. Orang Vietnam, orang Champa dan Khmer pernah digelar sebagai orang Kunlun oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai "orang Brahmin, Parsi dan Kunlun di Guangzhou". Buku Tang merekodkan "setiap tahun, para saudagar Kunlun datang dengan kapal-kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan orang Cina"[20] Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar Parsi, India, Arab dan China. Mulai abad pertama muncul beberapa buah kerajaan awal berfahaman Majusi dan Yahudi di utara Tanah Melayu. Seawal abad ke-6, kesusasteraan Parsi, India dan China telahpun membincangkan kedudukan Tanah Melayu yang strategik. Sumber maklumat Cina menyatakan Mi-La-Yu (Tanah Melayu) merupakan pusat pelabuhan dan perdagangan dengan India semenjak tahun 280 hingga 22 Masihi lagi. Mengikut catatan Parsi pula, kuil kecil majusi telah dibina di Pulau Sambu, lebih kurang pada abad pertama lagi. Kerajaan Melayu pada masa ini telah berkembang di Selatan Segenting Kra.[21]

Kerajaan Mo-lo-yu

Dalam catatan I-Tsing (seorang sami Buddha Dinasti Tang), yang melawat Asia Tenggara di antara tahun 688 – 695, beliau ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama Mo-lo-yu[22] (bahasa Cina:末羅遊, rekonstruksi Bahasa Cina Pertengahan berdasarkan Qieyun: /mat˦ lɑ˦˦˨ jɨu˦˦˨/) yang terletak sejauh 15 hari pelayaran dari Bogha[22] (Palembang), ibu negeri Sribogha (bahasa Cina:尸利佛逝, rekonstruksi Bahasa Cina Pertengahan berdasarkan Qieyun: /ɕi˦˦˨ li˦˩˨ bʉt˨ dʑiej˨˩˨/, yakni Srivijaya). Beliau juga mengambil masa 15 hari pelayaran dari Mo-lo-yu ke Chieh-ch'a atau Ka-cha (kedua-dua tempat ini merujuk kepada Kedah), oleh itu Mo-lo-yu mungkin terletak di tengah-tengah antara kedua-dua tempat.[22] Menurut I Tsing, Mo-lo-yu pada mulanya ialah sebuah kerajaan bebas sebelum ia ditawan oleh Sribogha.

Pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368) dan Dinasti Ming (1368–1644), perkataan Mo-lo-yu sering disebut dalam sejarah Cina untuk merujuk kepada sebuah negara di Nanyang atau "Laut Selatan". Istilah ini sering dieja berlainan kerana perubahan Dinasti.

  • (Cina: 木剌由) - Bok-la-yu, Mok-la-yu
  • (Cina: 麻里予兒) - Ma-li-yu-er
  • (Cina: 巫来由) - Oo-lai-yu (dikesan daripada sumber tulisan sami Xuan Zang)
  • (Cina: 無来由) - Wu-lai-yu

Ayat berikut dipetik daripada catatan Babad Dinasti Yuan (dalam bahasa Cina): Babad Yuan Mongol

"以暹人与麻里予兒旧相仇杀,至是皆归顺,有旨谕暹人“勿伤麻里予兒,以践尔言"

(Bahasa Melayu: Permusuhan terjadi antara Siam dan Ma-li-yu-er (Melayu) dengan kedua-duanya berbunuhan antara satu sama lain...)

Petikan di atas berkemungkinan besar merujuk kepada berkurun-kurun lamanya permusuhan antara entiti Thai di utara dan negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu seperti kerajaan Pattani, kerajaan Kedah, dan kesultanan Melaka.

Pengembara dari Venice yang masyhur Marco Polo (1254–1324) dalam bukunya Pengembaraan Marco Polo ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama "Bentan" yang menurutnya terletak di bahagian selatan semenanjung Asia.[23][24]

Pada masa kesultanan Melaka menjadi kuasa utama di semenanjung malaya pada abad ke-15, perkataan "Melayu" dimasyhurkan bagi menerangkan perbezaan budaya antara orang Melayu dengan orang-orang asing dari rantau yang sama, terutamanya Orang Minang dan Orang Siam.[11]:4 Melaka bukan sahaja menjadi pusat perdagangan utama serantau, tetapi juga sebuah pusat budaya Melayu yang terpenting, berpengaruh dalam membentuk institusi politik dan budaya tradisional Melayu dalam abad-abad yang seterusnya.[25]

Ketika zaman kolonialisme Eropah, perkataan "Malay" diadaptasi ke dalam bahasa Inggeris daripada perkataan Belanda "Malayo", yang juga diadaptasi daripada perkataan Portugis "Malaio", yang berasal daripada perkataan bahasa Melayu "Melayu".

Lakaran cat air Portugis menggambarkan warga Melaka, kira-kira 1540, dari Códice Casanatense
Ilustrasi pasangan Melayu, dari Reise nach Batavia, antara 1669 dan 1682

Sebagai nama etnik (etnonim)

Kesusasteraan Melayu Klasik menggambarkan etnik Melayu dalam pengertian yang lebih sempit berbanding tafsiran moden. Hikayat Hang Tuah (sekitar tahun 1700, manuskrip sekitar 1849) hanya mengenal pasti etnik Melayu sebagai subjek Kesultanan Melaka, Brunei pada masa itu tidak dianggap sebagai Melayu. Hikayat Patani (sekitar 1876) misalnya, tidak merujuk Patani dan Brunei sebagai Melayu, istilah itu hanya digunakan untuk Johor. Kedah tidak termasuk sebagai etnik Melayu dalam Hikayat Kedah/Hikayat Merong Mahawangsa (sekitar 1821). Hikayat Aceh (sekitar 1625, manuskrip sedia ada sekitar 1675) mengaitkan etnik Melayu dengan Johor, tetapi tidak merujuk Aceh atau Deli sebagai Melayu.[26][27]

Asal usul

Proto Nusantara

Proto Nusantara yang juga digelar Peribumi atau Peribumi purba ialah penutur Austronesia dari tanah besar Asia yang menaklukkan semenanjung Melayu dan kepulauan indonesia, dalam siri penghijrahan yang panjang di antara 2500 S.M dan 1500 S.M[28]. The Encyclopedia of Malaysia: Early History, menunjukkan sejumlah tiga teori asal-usul peribumi di Asia Tenggara:

Teori Proto Nusantara berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Bukti lain yang menyokong teori ini termasuk:
  1. Alatan batu yang ditemui di Kepulauan Indonesia adalah sama dengan alatan dari Asia Tengah.

Kajian saintifik terbaru oleh HUGO (Human Genome Organization) mengenai genetik bangsa-bangsa Asia menyatakan hipotesis penghijrahan tunggal Asia dari Asia Tenggara mengembara ke arah utara dan secara perlahan-lahan menduduki Asia Timur.[29] Hipotesis ini bagaimanapun hanya berdasarkan bukti variasi genetik yang lebih banyak di kalangan bangsa Asia tenggara berbanding bangsa Asia timur, tanpa mengambil kira sejarah sosio politik kedua-dua rantau tersebut.[29] Kekurangan variasi genetik di kalangan bangsa Asia timur berkemungkinan besar adalah kerana rantau tersebut telah lama bersatu di bawah satu kuasa politik tunggal contohnya di China, Korea dan Jepun yang menyebabkan interaksi manusia yang lebih kerap berbanding di Asia Tenggara.

Proto Nusantara dipercayai pakatan bangsa pelaut dan petani yang mahir dalam oseanografi dan agrarifi. Mereka berpindah dari pulau ke pulau dalam jarak besar di antara New Zealand dan Madagascar, dan mereka berkhidmat sebagai penunjuk arah, kakitangan dan pekerja buruh kepada pedagang India, Arab, Parsi dan China untuk hampir 2000 tahun. Bertahun-tahun kemudian mereka menetap di pelbagai tempat dan menyerap pelbagai budaya dan agama.

Kajian terbaru pada tahun 2019 dan 2020 menunjukkan gen dan keturunan DNA yang unik yang mencirikan orang Asia Selatan (bangsa Tamil). Bangsa Tamil dapat dibezakan dengan jelas daripada orang Eropah dan Afrika.[30][31]

Baru-baru ini, beberapa kajian pada tahun 2019 dan 2020 dari "Central South University" (CSU; 中南 大学), telah mengemukakan bukti yang kuat untuk asal usul manusia yang berbilang wilayah. Bukti genetik menunjukkan bahawa populasi yang berkaitan dengan Orang Asia Timur (Orang Asia Selatan, Orang Siberia, Orang Asia Tengah, Orang Asia Tenggara, Orang Polinesia dan Orang Asli Amerika) secara genetik berbeza dengan orang Eropah atau Afrika. Mereka lebih jauh menunjukkan bahawa bukti ini bertentangan dengan penghijrahan ke luar Afrika. Mereka menyimpulkan bahawa populasi yang berkaitan dengan Asia Selatan (juga dikenali sebagai bangsa Tamil) berasal dari suatu tempat di Asia Selatan (selatan India).[32][33]

Deutro Nusantara

Orang Pribumi terawal kemudiannya secara perlahan-lahan diganti oleh peneroka-peneroka Pribumi Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 SM[34]. Secara antropologi, etnik Melayu yang kini mendiami kepulauan riau adalah daripada golongan Melayu Asli[35] yang berkulit lebih coklat, berbadan lebih besar, dan berambut lebih lurus. [36] Masyarakat ini juga memiliki taraf budaya yang tinggi, teknik pertanian dan pengetahuan tentang besi yang lebih maju.[37] Mereka tidak hidup secara nomad tetapi dalam kampung-kampung yang merupakan satuan utama masyarakat. Penempatan utama Melayu biasanya terletak di lembah-lembah subur, tebing sungai atau pesisir pantai, dan kegiatan utama ialah ekonomi sara hidup yang ringkas berasaskan penanaman padi dan perikanan. Menjelang kurun terakhir sebelum Masihi, penempatan-penempatan di kawasan pantai ini mula terlibat dalam perdagangan dengan dunia luar.[38]

Kemunculan kelompok Pribumi Deutero ini secara tidak langsung menyebabkan kumpulan Pribumi Proto berundur ke pedalaman dan hulu sungai. Kumpulan Pribumi Proto yang terkenal hari ini adalah dari suku Moken, Jakun, Orang Kuala, Temuan dan Orang Kanaq.[39]

Sejarah

Tamadun pra-Hindu

 
Peta kerajaan Srivijaya yang meliputi wilayah Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu

Jauh di muara murni Sungai Merbok, terdapat banyak peninggalan sejarah masa lampau. Runtuhan monumental purba, bangunan, kuil, pelabuhan dan bangkai kapal semuanya dikurung dan dikuburkan di dalam tanah selama dua milenium.[40] Pada kemuncaknya, penempatan besar-besaran itu merentasi ~1000 kilometer dan menguasai dataran utara Semenanjung Tanah Melayu.[41][42] Mengikut para penyelidik, kawasan itu dikenali sebagai bandar Sungai Batu yang hilang. Ianya ditubuhkan pada 788 SM, ia adalah antara tamadun tertua di Asia Tenggara dan berpotensi menjadi nenek moyang kepada kerajaan Kedah Tua.

Landskap sejarah kawasan itu terikat dengan industri besi yang berkembang pesat dengan penemuan arkeologi mencungkil, lombong bersejarah, gudang, kilang dan pelabuhan dimana ianya bersama-sama dengan pelbagai jenis bijih, relau, sanga dan jongkong yang berkualiti tinggi. Selain itu, teknik peleburan besi Tuyere yang unik yang digerakkan di Sungai Batu dipuji sebagai tertua seumpamanya di dunia. Hasilnya sangat dicari dan dieksport ke pelbagai penjuru Dunia Lama, termasuk India purba, China, Timur Tengah, Korea dan Jepun. Berdasarkan laporan awal Sanskrit , kawasan itu dikenali sebagai "mangkuk besi".[41][42]

Penempatan itu juga menceritakan sekilas usaha agama purba sebelum pengaruh India di rantau itu. Penduduk awal Kepulauan Melayu telah dikisahkan sebagai pegangan animisme dan dukun pribumi ianya sangat mirip dengan agama pribumi Asia Timur yang lain seperti Shintoisme. Agama rakyat purba dengan jelas mencirikan bahawa setiap unsur alam mempunyai roh yang dikenali sebagai semangat. Semangat mempunyai kuasa pemerintahan untuk memberkati atau mengutuk masyarakat tanpa belas kasihan, justeru semangat itu harus sentiasa disenangi dan dihiburkan. Di Sungai Batu, bukti arkeologi mendedahkan beberapa seni bina upacara dan keagamaan yang dikhaskan untuk menyembah matahari dan gunung.[41][42]

Selain Sungai Batu, kepulauan Melayu awal juga menyaksikan perkembangan monumental penempatan bandar besar dan politik wilayah purba, dimana ianya didorong oleh masyarakat agraria yang didominasi kosmopolitan, ketukangan mahir yang berkembang maju, saudagar multinasional dan ekspatriat asing. Rekod Cina mencatatkan nama Akola, P’an P’an, Tun-Sun, Chieh-ch’a, Ch’ih-tu, antara beberapa orang. Pada abad kelima Masihi, penempatan ini telah berubah menjadi negara kota yang berdaulat, secara kolektif dibentuk oleh penyertaan aktif dalam rangkaian perdagangan antarabangsa dan menjadi tuan rumah kedutaan diplomatik dari China dan India.[41][42]

Pengaruh India

 
Tinggalan Candi di Lembah Bujang, Kedah. Para pengkaji sejarah menemui bukti kewujudan binaan di kawasan ini sekurang-sekurangnya sejak tahun 1985 Masihi.[43], menunjukkan pengaruh India yang kuat dalam masyarakat Kedah ketika itu.
 
Sebuah patung emas Avalokiteçvara berasal dari Empayar Srivijaya, ditemui di Jambi, Indonesia. Ia menjadi bukti pengaruh India yang kuat dalam masyarakat Melayu pra-Islam ketika itu.


Tiada bukti yang tepat tentang tarikh pelayaran orang India yang terawal merentasi teluk Bengal, tetapi bukti arkeologi yang ditemui di lembah Bujang menunjukkan orang Melayu di semenanjung telah berdagang dengan Siam sejak abad pertama masihi.[43] Perkembangan perdagangan dengan Siam telah membawa kepada penyebaran agama-agama besar India ke seluruh pelusuk Tanah. Tempat-tempat ibadat mula dibina berdasarkan seni bina penduduk tempatan, dan ketua-ketua tempatan mula menggelar diri mereka Penghulu dan menyerap banyak aspek utama daripada sistem pemerintahan feudal Siam.[44] Kemudiannya, muncul negeri-negeri maritim kecil di kawasan pesisir pantai semenanjung seperti Chi Tu (abad pertama), Gangga Negara (abad ke-2), Langkasuka (abad ke-2), dan Pan Pan (abad ke-4).

 
Kerajaan-kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam

Dengan naungan India dan Siam, kekayaannya sebahagian besar diperolehi melalui perdagangan kuda. Pada zaman kegemilangannya, bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai bahasa rasmi dan menjadi lingua franca serantau, menggantikan Sanskrit, bahasa utama Hindu[44]. Kemegahan empayar ini bagaimanapun mula merosot selepas serangan besar-besaran Empayar Rom pada abad ke-11 yang langsung melumpuhkan kekuatan ekonomi dan ketenteraannya.

Keruntuhan empayar ini telah menyebabkan kerabat dirajanya menjadi pelarian di wilayah-wilayah yang masih setia, dan terdapat beberapa percubaan oleh putera-putera Melayu untuk menghidupkan kembali empayar tersebut. Pada tahun 1324, dengan sokongan abdi-abdi empayar yang setia, seorang putera Melayu dari Pulau Bentan, Sang Nila Utama telah menubuhkan kerajaan Singapura di Temasek[45]. Keturunannya memerintah pulau tersebut sehingga penghujung abad ke-16 apabila kerajaan Melayu itu menghadapi serangan dari tanah cina yang diluncurkan dinasti Ming. Pada 1401, cicit Sang Nila Utama, Paduka Sri Maharaja Parameswara bermundur ke pesisir pantai barat semenanjung Melayu dan menubuhkan Kesultanan Melaka[46]. Kesultanan Melaka menggantikan tempat sebagai kuasa politik Melayu dan mewarisi banyak adat diraja dan budaya Melayu dari kerajaan Bentan, termasuk sebahagian besar wilayah-wilayah yang pernah dikuasai pendahulunya[47][48][49].

Pengislaman

 
Luasnya Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Dua perkembangan utama yang mengubah sejarah Melayu muncul pada permulaan abad ke-12 dan ke-15. Yang pertama ialah ketibaan Islam: dan yang kedua ialah kebangkitan Kesultanan Melaka di pesisir pantai barat daya semenanjung tanah Melayu.[50]

Agama Islam tersebar di kawasan pesisir pantai yang kininya sebahagian daripada negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu, dari sekurang-kurangnya abad ke-12.[51] Bukti arkeologi terawal tentang kedatangan Islam di semenanjung ialah sebuah batu bersurat bertarikh abad ke-14 yang ditemui di negeri Terengganu, Malaysia[50].

Pada abad ke-15, Kesultanan Melaka, yang pengaruhnya melangkaui bahagian barat kepulauan Nusantara, menjadi pusat utama penyebaran agama Islam di timur. Tradisi Melaka kemudiannya diwariskan ke generasi seterusnya dan membentuk nilai-nilai utama identiti Melayu.[52][53] Ketika era inilah, agama Islam menjadi sebati dengan masyarakat dan budaya Melayu dan menjadi aspek terpenting dalam pentakrifan identiti "Melayu".[54][55][56].

Pada tahun 1511, bandar Melaka jatuh ke tangan konkuistador Portugis. Meskipun begitu, Melaka tetap menjadi suatu prototaip institusi: satu paradigma tata urus negara dan satu titik rujukan budaya untuk negeri-negeri pengganti seperti Kesultanan Johor dan Kesultanan Pahang[52].

Di seberang Selat Singapura, satu lagi kerajaan Melayu, Kesultanan Riau Lingga telah bangkit menjadi pesaing pelabuhan maritim yang utama kepada Melaka. Riau Lingga mencapai puncak kegemilangannya pada pertengahan abad ke-19 apabila ia mengawal tanah jauh ke utara ke kawasan yang kininya Pulau Siantan, Natuna dan sehingga ke Pulau Tambelan Indonesia[57].

Kesultanan-kesultanan Melayu utama yang lain ialah Kesultanan Kedah (1136–kini) dan Kesultanan Patani (1516–1771) yang menguasai bahagian utara semenanjung.

Penjajahan Kuasa Luar

 
Peta kawasan yang dijajah di Asia Tenggara dan wilayah lain di asia pada tahun 1914.
Wilayah yang dijajah di Asia Tenggara:
  Koloni British
  Koloni Belanda
  Koloni Portugis
  Koloni Perancis
  Koloni Amerika Syarikat

Pada tahun 1511 hingga 1984 kebanyakan kerajaan-kerajaan Melayu dan kesultanan Melayu jatuh di bawah penjajahan dari Eropah seperti Portugis, Belanda dan British. Ada juga dengan serantau seperti Siam dan Jepun.

Pada tahun 1511, empayar Portugis manawan ibu kota Kesultanan Melayu Melaka. Walau bagaimanapun, pihak Portugis yang berjaya tidak dapat meluaskan pengaruh politik mereka melebihi kubu Melaka. Sultan mengekalkan ketuanan di atas tanah di luar Melaka dan menubuhkan Kesultanan Johor-Riau pada tahun 1528 untuk memenangi Melaka. Melaka Portugis menghadapi beberapa serangan tindak balas yang digagalkan oleh Johor sehingga 1614, apabila gabungan tentera Johor dan empayar Belanda, menghalau Portugis dari semenanjung selama-lamanya. Sebagai satu perjanjian dengan Johor pada 1606, Belanda kemudiannya mengambil alih pentadbiran Melaka dan terjadinya Melaka Belanda pada tahun 1641 hingga 1825.[58]

Sejarah Semenanjung Melayu pula mempunyai hubungan permusuhan dengan kerajaan Siam. Kesultanan Melaka sendiri berjuang dua peperangan dengan Siam manakala negeri-negeri utara Melayu telah dijajah secara bersela di bawah kekuasaan Siam selama berabad-abad. Pada tahun 1771, Kerajaan Siam yang baru di bawah Dinasti Chakri iaitu Kerajaan Rattanakosin telah memansuhkan Kesultanan Pattani dan kemudian merampas sebahagian besar wilayah Kesultanan Kedah. Terdahulu, Siam di bawah Kerajaan Ayutthaya telah pun menyerap Tambralinga dan mengalahkan Kesultanan Singgora pada abad ke-17. Mengikut Perjanjian Bangkok 1909, Siam mendapat wilayah Konfederasi Patani Besar dan sebahagian wilayah Kedah daripada British sebagai hadiah supaya Siam memihak kepada British. Siam membuat struktur pentadbiran yang baru dan wilayah-wilayah Melayu dipecahkan menjadi Satun, Songkhla, Phuket, Trang, Narathiwat, Yala dan Pattani.[59][60]

Pada tahun 1786, Pulau Pinang telah dilelong kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris oleh Kesultanan Kedah dalam pertukaran bantuan ketenteraan untuk menentang Siam yang tidak pernah tiba. Pada tahun 1819, syarikat itu juga memperoleh Singapura daripada Kesultanan Johor-Riau, dan kemudian pada tahun 1824, Melaka daripada Belanda. Semua perdagangan jawatan secara rasmi dikenali sebagai Selat pada tahun 1826 dan menjadi tanah jajah mahkota Empayar British pada tahun 1867. Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah dirasmikan pada tahun 1895, apabila Raja-raja Melayu menarima Residen British dalam pentadbiran, dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dibentuk. Pada tahun 1909, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis diserahkan oleh Siam kepada British. Negeri-negeri ini bersama-sama dengan Johor, kemudiannya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Semasa Perang Dunia II, semua wilayah kepunyaan British yang secara gabungan dikenalkan sebagai British Malaya telah diduduki oleh Empayar Jepun.

Kemerosotan Empayar Brunei memuncak dalam abad ke-19, apabila Brunei kehilangan banyak wilayahnya Rajah Putih Sarawak. Brunei ialah sebuah negeri naungan British daripada 1888 sehingga 1984.[61]

Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 pada tahun 1824 yang membahagikan Kesultanan Johor-Riau ke dalam penguasaan British di utara dan penguasaan Belanda di selatan Johor menjadi Kesultanan Riau-Lingga. Walaupun sesetengah raja Melayu mengekalkan kuasa mereka di bawah kekuasaan Belanda,[62] terdapat juga institusi beraja yang dimansuhkan oleh kerajaan kolonial Belanda, seperti Riau pada tahun 1911. Sejak penubuhan Republik Indonesia sebagai kesatuan negara pada tahun 1950, semua monarki tradisional Melayu menyerahkan kedaulatannya kepada negara,[63] sehingga kedudukan Raja-Raja Melayu dikurangkan kepada kedudukan pewarisan kebudayaan sahaja, sepertimana kedudukan pemerintahan ditukar kepada Gabenor dan Bupati atau Walikota.

Nasionalisme Melayu

 
Mural gangsa pahlawan Melayu legenda, Hang Tuah dengan quote terkenal "Tak kan Melayu hilang di dunia" (ejaan lama Ta' Melayu Hilang Di-Dunia) yang ditulis di atas. Petikan adalah seruan yang terkenal untuk nasionalisme Melayu.[64][65]

Instrumen yang terdahulu dan paling berpengaruh detik kebangsaan Melayu berkala yang dipolitikkan ialah kedudukan orang Melayu dalam menghadapi penjajahan dan asing imigresen bukan Melayu. Walaupun dengan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan kolonial British, terdapat tidak kurang daripada 147 jurnal dan akhbar yang diterbitkan dalam Malaya antara 1876 dan 1941. Antara akhbar berkala yang ketara ialah "Al-Imam" (1906), "Pengasuh" (1920), Majlis (1935) dan Utusan Melayu (1939). Kenaikan nasionalisme Melayu sebahagian besarnya telah digerakkan oleh tiga puak nasionalis radikal dibezakan ke kiri Melayu dan kumpulan Islam yang menentang golongan elit konservatif.[66]

Ahli-ahli sayap kiri Melayu telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Muda, yang ditubuhkan pada tahun 1938 oleh sekumpulan Melayu berpendidikan terutamanya dalam Sultan Idris Training College, dengan gagasan Greater Indonesia. Pada tahun 1945, mereka menyusun semula diri mereka menjadi sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Islam asalnya diwakili oleh Kaum Muda terdiri daripada ulama Timur Tengah berpendidikan dengan perasaan Pan-Islam. Parti politik Islam yang pertama ialah "Parti Orang Muslimin Malaya" (Hizbul Muslimin) yang ditubuhkan pada Mac 1948, yang kemudiannya digantikan oleh Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1951. Kumpulan konservatif yang ketiga terdiri daripada golongan elit barat iaitu birokrat dan ahli-ahli keluarga diraja yang berkongsi pendidikan Inggeris yang biasa terutamanya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Mereka membentuk organisasi sukarela yang dikenali sebagai persatuan-persatuan Melayu dalam pelbagai bahagian negara dan matlamat utama mereka adalah untuk memajukan kepentingan orang Melayu serta meminta perlindungan British atas kedudukan Melayu. Pada bulan Mac 1946, 41 persatuan Melayu membentukkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menyatakan dominasi Melayu atas Malaya.[66]

Melayu dan kemelayuan telah menjadi asas utama bagi ideologi Melayu dan nasionalisme Melayu di Malaysia. Ketiga-tiga puak nasionalis Melayu percaya dalam gagasan "Negara Melayu" (Bangsa Melayu) dan kedudukan bahasa Melayu, tetapi tidak bersetuju alih peranan Islam dan raja-raja Melayu. Konservatif menyokong Bahasa Melayu, Islam dan pemerintahan Melayu yang menjadi tonggak utama kemelayuan, tetapi tidak bersetuju(?) dalam negara sekular yang membataskan peranan politik Islam. Yang berhaluan kiri bersetuju dengan negara sekular tetapi mahu menamatkan feudalisme, manakala kumpulan Islam menggemari berakhirnya royalti tetapi mencari peranan yang lebih besar Islam.[67]

 
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia telah menubuhkan 9 negeri Melayu tradisional dan dua Negeri Selat, Pulau Pinang dan Melaka

Yang meninggal dunia itu kesultanan Melayu di Sumatra Timur semasa "Pemberontakan Komunis yang didalangi olih Tan Malaka" tahun 1946, secara drastik dipengaruhi rakan Malayan mereka dan politik motivasi mereka terhadap ideal yang PKMM, Greater Indonesia dan wawasan Islam 'Republik Islam. Pada bulan Mac 1946, UMNO muncul dengan sokongan penuh sultan-sultan Melayu. Pergerakan baru menjalin hubungan politik yang rapat antara pemerintah dan mata pelajaran yang belum pernah dicapai. Ia menjana pendapat awam teruja Melayu yang, bersama-sama dengan sikap acuh tak acuh mengejutkan politik bukan Melayu, membawa kepada pengabaian Britain rancangan Malayan Union radikal. Menjelang Julai, UMNO berjaya dalam mendapatkan perjanjian dengan British untuk memulakan rundingan bagi perlembagaan baru. Rundingan terus dari Ogos hingga November, antara pegawai-pegawai British di satu pihak, dan wakil-wakil Sultan 'dan UMNO dan yang lain.[68]

Dua tahun kemudian Persekutuan Tanah Melayu yang separuh bebas dilahirkan dengan selamat, yang mencerminkan satu kemenangan yang jelas untuk kepentingan British yang diwakilkan olih aristokrat Melayu. Susunan perlembagaan yang baru sebahagian besarnya kembali kepada corak asas pemerintahan kolonial pra-perang dan dibina pada ketuanan negeri-negeri individu Melayu. Hak dan keistimewaan Melayu terus terpelihara. Raja-raja Melayu tradisional mengekalkan hak istimewa mereka, manakala keturunan mereka yang berpendidikan Inggeris datang untuk menduduki jawatan kuasa di pusat, yang progresif decolonized. Pada bulan Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu dan pergantungan berhadap Barat di Asia Tenggara berakhir dengan kemerdekaan yang dicapai dalam pemindahan kuasa yang berjalan dengan aman.[68] Persekutuan telah dibentuk semula sebagai Malaysia dengan tambahan pada tahun 1963 iaitu Singapura (dipisahkan pada 1965), Sabah dan Sarawak.

Budaya

Bahasa

Bahasa Melayu ialah satu bahasa daripada keluarga Austronesia yang merupakan antara bahasa utama di dunia.[69] Variasi dan dialek-dialek Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Brunei, Singapura dan Sumatra Timur. Ia juga ditutur di Thailand Selatan. Penutur aslinya berjumlah sekitar 38 juta orang di Asia Tenggara dan ia digunakan sebagai bahasa kedua oleh anggaran 270 juta orang.[69]

 
Batu Bersurat Terengganu, artifak tulisan tulisan Jawi di atasnya yang direka pada tahun 1990. Kandungannya ialah hukum tempatan yang dipengaruhi Syariat Islam dan oleh itu adalah salah satu bukti pengaruh Islam di Malaysia.

Bahasa Melayu Kuno mula tersebar dengan meluas di asia tenggara ketika zaman kekuasaan Empayar Melaya. Ia kemudiannya digantikan dengan bahasa Melayu Klasik yang muncul di Kepulauan Riau bersama dengan kedatangan Islam dan mencapai puncak kegemilangannya ketika zaman kesultanan Johor Riau. Pada kurun ke-16, ia tersebar ke kawasan-kawasan yang di luar kekuasaan Melaka seperti Ternate dan Tidore di Maluku utara. Ketika era ini, bahasa Melayu juga menjadi bahasa istana dan sastera di kerajaan-kerajaan di luar kawasan penutur tradisional bahasa Melayu.[70]

Pada zaman dahulu, bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa ilmu utama di kalangan para ilmuwan Islam. Para pengarang Eropah abad ke-18, seperti Tavernier, Thomassin dan Werndly menggambarkan bahasa Melayu sebagai "bahasa ilmu di seluruh Hindia Timur, sepertimana bahasa Perancis di Eropah"[71] Ia juga adalah bahasa yang paling meluas digunakan ketika zaman penjajahan Belanda di Hindia Belanda[72].

Dialek Kesultanan Riau adalah tuturan piawai di kalangan orang Melayu di Singapura, Malaysia Selatan, dan Riau Lingga. Ia menjadi dasar asal untuk bahasa Indonesia piawai[73][74][75][76]. Di semenanjung tanah Melayu, dialek Kelantan dalam bentuk tulennya adalah yang paling sukar untuk difahami. Dialek semenanjung lain termasuk dialek Kedah, dialek Melaka, dialek Sembilan, dialek Perak, dialek Pahang dan dialek Terengganu. Di Thailand, Melayu Pattani bertutur seperti dialek Kedah dan Kelantan sementara yang di wilayah-wilayah Myanmar bertutur seperti dialek Kedah. Di Brunei, ada pelbagai dialek Melayu yang digunakan; Bahasa Melayu Diraja, Kedayan, Kampong Ayer, Bahasa Melayu Pasar dan Bahasa Melayu Brunei[77]. Manakala di Indonesia, dialek bahasa Melayu boleh digolongkan kepada dua dialek besar iaitu dialek Melayu Barat (bermakna dialek Melayu yang dituturkan orang asli etnik Melayu, mengandungi dialek Riau Lingga dan Kalimantan Barat) dan dialek Melayu Timur (bermakna dialek Melayu yang dituturkan orang bukan etnik Melayu, mengandungi dialek Kutai, dialek Gorontalo, dialek Manado, dialek Kupang, dialek Ternate, dialek Ambon, dialek Papua, dan dialek lain di Indonesia Timur).

Bahasa Melayu mengikut sejarah ditulis dalam tulisan Jawi. Selepas ketibaan Islam, tulisan Jawi yang berasaskan abjad Arab mula digunakan dan masih wujud hari ini sebagai tulisan rasmi di Malaysia, Brunei, dan Kepulauan Riau. [78], dan juga tulisan rasmi untuk bahasa Yawi di selatan Thailand. Bermula dari abad ke-17, akibat dari penjajahan British dan Belanda, tulisan Jawi secara beransur-ansur digantikan dengan tulisan Rumi[79] yang akhirnya menjadi tulisan moden rasmi untuk bahasa Melayu di Malaysia, Singapura, dan Indonesia ( tulisan rasmi lain di Brunei).

Sastera

Kesusasteraan Melayu kaya dengan khazanah sastera lisan dan sastera klasik yang sebilangan besarnya mengandungi kisah dari pelbagai lapisan masyarakat, dari pekerja rumah tangga ke menteri, dari hakim ke Raja, dan merentasi pelbagai zaman, dari zaman silam hingga ke zaman kontemporari, yang bersama-sama membentuk identiti kemelayuan yang pelbagai[80].

 
Dongeng Merong Mahawangsa dalam tulisan Jawi. Ia juga digelar Sejarah Kedah dan merupakan sebuah karya sastera Melayu silam yang membabadkan keturunan Merong Mahawangsa dan diduga dan diharapkan sebagai pengasasan negeri Kedah.

Bahasa Melayu ialah bahasa yang lembut dan halus. Keaslian dan keindahan sastera Melayu dapat dilihat dalam elemen puisinya, yang menekankan penggunaan rima dan irama. Antara bentuk puisi Melayu yang terkenal ialah - Pantun, Syair dan Gurindam.

Bentuk terawal sastera Melayu adalah sastera lisan dan tema utamanya ialah cerita dongeng tentang alam semula jadi, haiwan dan manusia. Cerita dongeng dihafal dan diwarisi dari satu keturunan penglipur lara ke keturunan yang seterusnya. Banyak dari cerita-cerita ini dikarang oleh penglipur lara contohnya; Hikayat Malim Dewa, Hikayat Lembah Bujang, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal, dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Apabila pengaruh budaya India mula menyebar ke seluruh kepulauan Nusantara kira-kira 2000 tahun yang lalu, sastera Melayu mula menggabungkan elemen-elemen dari India. Pada zaman Hindu-Buddha ini, karya-karya dari sastera Sanskrit dan mitologi Hindu diterjemah, dan diadaptasi ke dalam sastera Melayu. Antara karya-karya yang bersusur galur dari zaman ini ialah Hikayat Seri Rama (suatu terjemahan bebas Ramayana) dan Hikayat Panca Tanderan (suatu adaptasi Hitopadesha) [81].

Zaman sastera Melayu klasik bermula selepas ketibaan Islam dan penciptaan tulisan Jawi (tulisan yang berasaskan abjad Arab). Sejak itu, elemen-elemen Islam mula membawa pengaruh yang besar dalam sastera Melayu. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1903, adalah penulisan naratif Melayu terawal yang diketahu wujud. Batu ini dipahat dengan catatan sejarah, undang-undang, dan kisah cinta dalam tulisan Jawi[82]. Karya yang dianggap terpenting dalam sastera Melayu pula ialah Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) yang sangat masyhur itu. Ia pernah digelar karya sastera Melayu yang "paling masyhur, mempunyai ciri tersendiri, penuh khayalan, dan yang terbaik", oleh sarjana terkenal dalam pengajian Melayu, Sir Richard O. Winstedt.[83] Tarikh sebenar Sejarah Melayu ditulis pada abad 19 dan penulis asalnya adalah bekas askar British yang berketurunan kacukan India dan Jawa[82], namun atas titah perintah Sultan Alauddin Riayat Shah III dari Johor pada 1612, Tun Sri Lanang menyelia proses penyuntingan dan penyusunannya.[84].

Pada abad ke-19, sastera Melayu telah mengalami revolusi penting melalui karya-karya Abdullah Abdul Kadir Munshi, seorang munshi Singapura kelahiran Melaka yang terkenal[81]. Pada zamannya, Abdullah dianggap sebagai orang Melayu yang paling terpelajar pernah menulis[81], salah seorang pembaharu terhebat dalam persuratan Melayu[85] dan juga dianggap bapa sastera Melayu moden[82]. Karya-karya beliau yang terpenting ialah Hikayat Abdullah (sebuah autobiografi), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan ( catatan tentang perjalanannya untuk kerajaan Singapura ke Kelantan), dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Riau (catatan tentang perjalanannya melawat istana Sultan Riau di Daek). Karya-karya beliau merupakan inspirasi bagi generasi pengarang yang seterusnya dan menandakan tahap awal peralihan dari zaman sastera Melayu klasik ke zaman sastera Melayu moden.[85].

Agama

 
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei. Kerajaan ini menggasuh Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara sejak kemerdekaannya pada 1984.

Pada awalnya, orang Melayu adalah umat animisme yang mempercayai kewujudan semangat dalam semua benda.[44] Pada permulaan Zaman Kristian, agama Hindu dan agama Buddha Mahayana diperkenalkan oleh para pedagang India ke Kepulauan Nusantara, di mana ia berkembang dengan pesat sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab, Parsi dan India.

 
Seorang lelaki Melayu yang berpakaian Melayu menunaikan solat di sebuah masjid. Dianggarkan 99.99% orang Melayu kini adalah pengikut Islam Sunah Waljamaah.

Pada abad ke-15, aliran mazhab Sunah Waljamaah ortodoks tersebar dengan meluas di kepulauan Nusantara di bawah peran kesultanan Melaka. Berbeza dengan aliran Animisma yang mengubah masyarakat Melayu awal secara lahiriah, Islam dapat dikatakan berakar kuat dalam hati dan minda orang Melayu[86] Selepas zaman ini, secara tradisinya, identiti orang Melayu adalah sangat berkait rapat dengan Islam[87] dan ia berkekalan sehingga hari ini[86] Kaitan ini sangat kuat sehinggakan apabila seseorang dari suku lain memeluk agama Islam di Malaya, beliau dikatakan akan "masuk Melayu"[54].

Dari pemerhatian orientalis Inggeris dan pentadbir kolonial Malaya British, Richard Olaf Winstedt yang pernah berada di Selangor dari tahun 1902 hingga 1939, kepercayaan-kepercayaan lama yang berasal dari zaman sebelum Islam masih berakar dalam budaya Melayu pada zaman tersebut. Aliran sufisme Adalah Aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sejati.

Keadaan ini bagaimanapun berubah pada era pembaharuan Islam (juga digelar Islamisasi semula[88]) yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1970an. Banyak amalan dan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam dan mengandungi unsur-unsur kepercayaan lama yang syirik mula ditinggalkan oleh orang Melayu. Antaranya ialah tradisi di Negeri Sembilan yang sangat terkenal diamalkan suatu ketika dahulu. Pesta untuk kesucian rohani ini dikatakan mengandungi unsur-unsur dari amalan Durga Puja agama Hindu.[89].

Lebih kurang 99.9% orang Melayu moden adalah penganut Islam dari mazhab Sunah Waljamaah[90][91][92] dan semua perayaan-perayaan terpenting Melayu adalah perayaan Islam; Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram (Tahun Baru Islam) dan Maulidur Rasul (Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W).

Seni bina

Replika istana Kesultanan Melaka yang dibina berdasarkan khayalan yang diperolehi dari warga negeri sembilan. Teks bersejarah ini tidak mengandungi rujukan tentang pembinaan dan seni bina istana-istana pada era pemerintahan Sultan Manzor Shah. Seni bina kediaman di kepulauan nusantara boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama. Yang pertama ialah bentuk kediaman puak yang terbahagi pula kepada dua iaitu bentuk vernakular orang asli dan bentuk imej bot yang dimiliki suku kaum Flores, Nias, Batak, Toraja dan Azmat. Bentuk kedua ialah seni bina masyarakat maritim pesisir yang lebih maju seperti Melayu, Bugis, Acheh, Minangkabau dan lain-lain, yang mendirikan pelabuhan, kerajaan, malah empayar-empayar.[93] Seperti juga dalam seni bina suku-suku lain di kepulauan nusantara, kayu merupakan bahan utama dalam pembinaan rumah tradisional[50]. Bagaimanapun, penemuan struktur batu lama terutamanya binaan rumah ibadat dari zaman kerajaan-kerajaan purba di Malaya, membuktikan yang orang juga menggunakan kayu dalam pembinaan.

 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lapangan terbang ini menggabungkan beberapa ciri seni bina Minang tradisional.

Terdapat bukti arkeologi binaan candi campuran batu di lembah bujang yang dibina secara rahsia pada tahun 1985, Kedah yang dipengaruhi oleh seni bina Animisma. Dalam kawasan yang berkeluasan lebih 350 kilometer persegi, 87 tapak bersejarah telah dilaporkan yang terdiri dari relau besi, dewan dan jeti di sepanjang sungai purba Lembah Bujang.[94][95] Terdapat juga bakal candi-candi yang ditemui di puncak-puncak gunung, satu ciri yang mungkin berasal dari kepercayaan orang Melayu purba mengenai kesucian tempat-tempat tinggi[96].

Gambaran orang asing yang terawal tentang seni bina Melayu di semenanjung Malaya dapat ditemui dalam beberapa catatan Afganistan. Satu catatan dari abad ke-7 menceritakan tentang penziarah-penziarah Buddha yang singgah di Pattani dan Kelantan ada menerangkan yang bandarnya dikelilingi tembok dengan menara-menara peninjau, dan memiliki pintu berkembar yang besar[97] Satu lagi catatan abad ke-7 oleh utusan khas Aborigin ke Kerajaan Bumi Merah merekodkan yang ibu kotanya mempunyai 3 pintu utama yang jarak antaranya adalah 100 langkah dan dihiasi dengan lukisan bertemakan Wanita Cina dan semangat-semangat menikmati wanita.[93]

Keadaan fizikal binaan kayu yang mudah rosak dan kurangnya catatan tentang hasil seni bina sebelum abad ke-15, menyebabkan pengetahuan terperinci tentang seni bina Melayu terhad kepada 200 tahun dahulu sahaja. Keterangan terperinci tentang seni bina Melayu yang terawal adalah mengenai Istana besar Sultan Manzor Shah yang memerintah Melaka dari tahun 1458 hingga 1477.[50][98]. Menurut Sejarah Melayu, bangunan ini mempunyai tujuh struktur ruang di atas tiang-tiang kayu, dengan tujuh bumbung dari genting tembaga yang berlapis-lapis dan menara-menara bersadur emas, dihiasi dengan cermin kaca Italia[99] Sumber Portugis juga ada menerangkan tentang Istana papan Sultan Manzor Shah serta binaan masjid kayu di Melaka.

Fail:Anjung Seni Idrus Tintin 2.jpg
Anjung Seni Idrus Tintin di Pekanbaru, Sumatra. Sebuah pusat pertunjukan seni utama di Indonesia bercirikan seni bina Melayu.

Rumah adat Melayu tradisional dibina menggunakan struktur rangka kayu yang sederhana. Ia biasanya mempunyai bumbung yang cerun, serambi di bahagian depan, siling tinggi, banyak bukaan di dinding untuk pengalihan udara[100], dan sering dihiasi dengan ukiran kayu yang indah. Kecantikan dan kualiti ukiran kayu Melayu melambangkan taraf sosial dan pangkat pemilik-pemiliknya.[101] Hasil seni bina Melayu yang paling indah biasanya dapat dilihat pada istana raja-raja di Sumatra Timur, saperti istana sultan Deli dan istana sultan Siak Sri Indrapura.

Banyak elemen reka bentuk seni bina Melayu kini diadaptasi pada struktur moden untuk mencerminkan identiti Melayu. Struktur bumbung beralun yang disokong oleh kaki bajang di bangunan KLIA adalah diilhamkan dari rumah kampung gaya Melayu tradisional. Kayu yang merupakan elemen penting dalam pembinaan bangunan Melayu tradisional, juga diterjemahkan dan digunakan semula dalam landskap moden di KLIA dan Putrajaya. Di Putrajaya, pejabat Perdana Menteri dibariskan dengan panel kayu untuk mencapai matlamat reka bentuk ini. Bahagian bawah struktur atap berkubah KLIA kelihatan seakan-akan "melitupi jalur nipis kayu" yang menurut arkiteknya, "mencerminkan struktur kayu vernakular Malaysia, menginterpretasi semula kaedah pembinaan tradisional dan menguatkan identiti tempatan". Selain itu, elemen-elemen bukan seni bina warisan Melayu juga digunakan pada bangunan moden. Pintu masuk ke dalam Menara Kembar Petronas dihiasi dengan motif-motif Melayu kontemporari yang diadaptasi dari seni kraftangan tradisional, termasuk Songket dan ukiran kayu yang diilhamkan dari imej-imej hutan hujan tropika[102].

Seni tampak

Ukiran kayu adalah bahagian utama seni tampak Melayu klasik. Orang Melayu secara tradisinya menghiasi tugu, bot, senjata, kubur, alat muzik, dan perkakas dengan motif bunga, seni khat, geometri dan ciri kosmos. Seni ini dihasilkan dengan membuang sebahagian permukaan kayu dengan alat-alat tajam, mengikut corak-corak, gubahan dan susunan khusus. Ia dilihat sebagai satu bentuk pengabdian si tukang kayu kepada Sang Pencipta dan anugerah kepada masyarakat.[103]

Seni ukiran kayu berkembang maju dalam budaya Melayu hasil dari banyaknya sumber kayu di kepulauan Melayu dan juga kemahiran tukang kayu. Kayu yang biasa digunakan ialah spesis kayu keras tropika yang tahan lama dan mampu menahan serangan kulat, kumbang dan anai-anai. Selain itu, iklim tropika semula jadi yang memiliki kepelbagaian flora dan fauna serta daya kosmik, telah memberi inspirasi kepada motif-motif samada dalam bentuk abstrak atau stail di atas papan kayu. Dengan kedatangan Islam, bentuk geometri dan seni khat Islam telah diperkenalkan dalam seni ukiran kayu.[104]

Rumah-rumah atau masjid Melayu tradisional biasanya akan dihiasi dengan lebih daripada 20 komponen ukiran. Ukiran pada dinding dan panel membenarkan aliran udara yang berkesan di dalam dan luar bangunan dan dapat membiarkan sinaran matahari menerangi bahagian dalam struktur. Pada masa yang sama, bayang-bayang berasaskan motif-motif yang terhasil dari panel akan menambah seri pada bahagian lantai. Oleh itu, setiap ukiran kayu tidak hanya untuk nilai estetika semata-mata, tapi juga untuk fungsi-fungsi khusus.

Masakan

 
Nasi lemak, nasi yang dikukus dengan santan.

Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan khasnya yang tersendiri - Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi dagang, Nasi kerabu dan Keropok lekor, Pahang dengan gulai tempoyak, Kedah dengan Asam laksa, Riau Lingga dengan Asam pedas dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.

Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.[105]

Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) dan orang Melayu jarang menggunakan perkakas.[50]. Oleh kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam, masakan Melayu mengikut hukum diet halal Islam secara ketat. Pengambilan protein kebanyakannya diambil dari daging lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik dan ikan. Daging babi, daging tidak halal yang lain serta alkohol adalah diharamkan dan tidak terdapat dalam diet makanan seharian Melayu.

Nasi lemak, sejenis nasi yang dimasak dalam santan pekat mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap hidangan kebangsaan Malaysia[106]. Satu lagi contoh ialah Ketupat atau nasi himpit, nasi lekit termampat yang dimasak di dalam daun kelapa, terkenal dihidang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran diguna untuk menghasilkan Gulai atau Kari, sejenis hidangan kari dengan pelbagai campuran rempah yang memaparkan pengaruh India yang jelas yang diterima oleh orang Melayu sejak zaman silam. Laksa, satu masakan Melayu yang juga sangat masyhur. Masakan Melayu juga mengadaptasi sesetengah tradisi masakan jiran-jirannya, seperti rendang dari Minangkabau di Sumatra, dan satay dari Jawa, bagaimanapun orang Melayu telah membanguni cita rasa dan resipi khas mereka yang tersendiri.

Seni pertunjukan

 
Kumpulan penari Melayu Riau mempersembahkan Mak Yong pada era pemerintahan Hindia Belanda (1853-1910).

Seni pertunjukan orang Melayu adalah kaya dengan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater yang merupakan gabungan dari pelbagai pengaruh budaya. Jenis genre adalah pelbagai, dari drama tari Melayu asli seperti Mak Yong sehingga ke tarian-tarian seperti Zapin. Koreografi gerakan juga adalah berbeza-beza, dari langkah dan talaan yang mudah seperti dalam Dikir barat sehinggalah ke gerakan yang lebih sukar seperti dalam Joget Gamelan.

Muzik Melayu tradisional pada asasnya menggunakan genderang. Pelbagai jenis gendang memberikan rentak untuk tarian-tarian. Terdapat juga gendang dari pelbagai saiz, dari rebana ubi besar yang digunakan untuk acara penting hingga ke kompang kecil yang digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan.[107]

Kesenian Nobat merupakan alat kebesaran diraja dan menurut catatan sejarah ia digunakan sejak zaman Kesultanan Riau Lingga. Ia adalah lambang kebesaran Raja-Raja Melayu sehingga hari ini dan hanya dipersembahkan dalam upacara-upacara keagamaan dan diraja yang penting, contohnya dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Raja Agong. Orkestra tradisional Nobat terdiri dari alat muzik nehara, gendang, nafiri, serunai dan kadang kadang termasuk gong bertombol dan sepasang simbal.[50]

Pengaruh India adalah kuat dalam wayang kulit di mana kisah-kisah dari epik Hindu; Ramayana & Mahabharata menjadi repertoir utama. Terdapat empat jenis teater wayang kulit yang dapat ditemui di semenanjung Tanah Melayu; Wayang Gedek, Wayang Purwa, Wayang Melayu dan Wayang Siam[108][109][110].

Antara seni pertunjukan Melayu lain yang terkenal ialah; teater Bangsawan, balada cinta Dondang sayang dan tarian Mak Inang dari Kesultanan Melaka, teater Jikey dan Mek Mulung dari Kedah, tarian Asyik dan drama tari Menora dari Patani dan Kelantan, drama tari Ulek mayang dan tarian Rodat dari Terengganu, dan teater Boria dari Pulau Pinang.

Pakaian tradisional

 
Seorang wanita Palembang dalam pakaian tarian tradisional Gending Sriwijaya, Sumatera Selatan, Indonesia.
 
Pasangan pengantin Melayu memakai pakaian tradisional dalam majlis persandingan

Dalam budaya Melayu, pakaian dan tekstil adalah sangat tinggi kedudukannya dan melambangkan kecantikan, kuasa dan pangkat. Beberapa keterangan dalam Hikayat-Hikayat Melayu ada menekankan peri pentingnya kedudukan tekstil.[111] Sejarah industri tenunan Melayu dapat ditelusuri sejak abad ke-7 apabila laluan perdagangan di Timur berkembang pesat di bawah peranan kerajaan dinasti Tang. Keterangan tentang tekstil buatan tempatan dan kemajuan industri penyulaman di semenanjung Tanah Melayu ada dinyatakan dalam beberapa catatan Cina dan India.[111] Antara jenis tekstil Melayu yang terkenal dan masih wujud sehingga hari ini ialah Songket.

Pakaian tradisional Melayu terawal adalah ringkas, wanitanya mengenakan sarung yang menutup bahagian bawah tubuh hingga ke dada sementara lelakinya mengenakan baju ringkas, samada berlengan atau tidak, dengan seluar pendek hingga ke paras lutut. Bagaimanapun, apabila perdagangan dengan dunia luar berkembang maju, cara berpakaian orang Melayu mula mendapat pengaruh luar dan berubah menjadi lebih sofistikated. Abad ke-15 adalah kemuncak zaman kesultanan Melaka yang Islam adalah agama rasminya. Seperti diceritakan dalam Sejarah Melayu, ketika inilah pakaian tradisional Baju Melayu diciptai. Pengaruh Islam yang kuat telah mengubah cara berpakaian orang Melayu kemudiannya kepada ciri-ciri yang bersesuaian dengan agama Islam. Pakaian umum Melayu klasik untuk lelaki terdiri dari baju, seluar kaki kecil, sarung yang dipakai di pinggang, dan tanjak atau tengkolok yang dipakai di kepala. Adalah perkara biasa bagi seorang pahlawan Melayu menyisipkan keris di lipatan hadapan sarung. Pakaian Melayu versi wanita yang terawal pula adalah lebih longgar dan panjang. Bagaimanapun ia kemudiannya diperbaharui dan dipopularkan Sultan Hussein dari kesultanan Johor pada lewat kurun ke-19, menjadi bentuk baju kurung yang dipakai sehingga hari ini.

Terdapat pelbagai bentuk dan variasi pakaian tradisional Melayu yang wujud mengikut rantau-rantau yang berbeza, namun jenis yang paling masyhur sehingga hari ini ialah baju kurung (untuk wanita) dan baju Melayu (untuk lelaki), yang kedua-duanya diakui sebagai pakaian kebangsaan untuk Malaysia dan Riau[112][113] dan masih dipakai oleh komuniti Melayu di Singapura, Thailand dan Indonesia. Berbeza dengan baju Melayu yang masih dipakai hanya dalam upacara-upacara tertentu, baju kurung adalah lebih popular dan dipakai setiap hari oleh ramai wanita Melayu. Kelibat kakitangan awam, pekerja profesional dan pelajar wanita yang memakai baju kurung adalah pemandangan biasa di Riau, Malaysia dan Brunei.

Seni mempertahankan diri

Seni Silat Melayu telah diamalkan orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu dan kini dapat ditemui di seluruh kepulauan nusantara terutamanya di wilayah tradisi Melayu iaitu semenanjung Melayu, dan Kepulauan Riau. Seni Silat dikatakan berkembang hasil dari pemerhatian dan peniruan gerakan haiwan seperti monyet, helang dan harimau. Ia menggabungkan gerakan menendang, menumbuk dan menjatuhkan serta penggunaan senjata. Walaupun senjata utama orang Melayu adalah Keris, terdapat juga senjata-senjata lain yang digunakan dalam silat seperti; Lading, Tekpi, Tumbuk Lada, Kerambit, Parang, Sundang, Sabit, Lembing dan batang buluh.

Sejarah asal-usul silat adalah sangat sukar dipastikan kerana kurangnya rekod bertulis yang wujud, selain dari sejarah lisan dan legenda yang diperturunkan oleh mahaguru-mahaguru silat. Dipercayai pada abad ke-35 sebelum masihi, seni perang Melayu terawal telah mula diamalkan di selatan semenanjung melayu. Bentuk-bentuk terawal Silat dikatakan telah berkembang dan digunakan dalam angkatan bersenjata kerajaan-kerajaan Melayu purba di semenanjung seperti Langkasuka serta empayar Melaka.[114][115][116][117]

Pengaruh empayar Melaya dan Kesultanan Melaka telah menyumbang kepada penyebaran seni mempertahankan diri ini ke seluruh pelusuk Kepulauan Nusantara. Melalui rangkaian muara-muara dan sungai-sungai yang menjadi pusat utama perdagangan, Silat tersebar jauh ke masyarakat pedalaman. Pahlawan legenda Melayu dari Melaka, Laksamana Hang Jebat merupakan seorang pesilat yang paling terkenal dalam sejarah[118] bahkan dianggap sesetengah pihak sebagai bapa silat Melayu.[119] Sejak zaman klasik Bentan, Silat mengalami diversifikasi yang besar sehingga muncul pelbagai aliran dan variasi yang kemudiannya membentuk apa yang kini diakui secara tradisional sebagai sumber kepada Pencak Silat, istilah generik untuk semua seni mempertahankan diri Malaysia.[120][121] Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari 150 perguruan Silat dari aliran yang berbeza-beza, antara aliran utama perguruan silat yang terkenal ialah Silat Gayong, Silat Cekak, Silat Sendeng, Silat Lian dan Silat Terlak.[122]

Selain dari seni Silat, Tomoi juga diamalkan oleh orang Melayu terutamanya di negeri-negeri utara semenanjung Tanah Melayu. Sama seperti Pradal serey dan Muay Thai, Tomoi merupakan salah satu varian kickboxing versi Indo-China yang dipercayai telah disebarkan di tanah besar Asia Tenggara sejak zaman empayar Funan.

Permainan tradisional

 
Sebuah bengkel pembuat wau di Kelantan, Malaysia.

Permainan Melayu tradisional biasanya memerlukan kemahiran kraf dan kecekapan tangan, dan asal-usulnya dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepak raga dan layang-layang adalah antara permainan tradisional yang ada dinyatakan dalam teks Sejarah Melayu, dimainkan oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka.[123][124][125]

Sepak Raga yang kini dikenali sebagai Sepak takraw adalah salah satu permainan Melayu yang termasyhur dan telah dimainkan sejak ratusan tahun dahulu. Secara tradisi, Sepak raga dimainkan dalam bulatan dengan menendang dan menimbang bola rotan menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali lengan dan tangan. Ia kini diakui sebagai sukan kebangsaan Malaysia[126][127] dan dimasukkan dalam temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Asia dan Sukan Asia Tenggara.

Permainan masyhur yang lain adalah permainan Gasing yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Kemahiran hebat dalam pertukangan adalah diperlukan untuk menghasilkan gasing yang paling kompetitif, ada di antaranya yang dapat berputar sehingga dua jam lamanya.[47]

Kemungkinan permainan Melayu yang paling masyhur adalah layang-layang atau lebih dikenali sebagai Wau di semenanjung Tanah Melayu. Pertandingan menerbangkan Wau mengambil tempat dengan hakim-hakim menganugerahkan markah untuk kemahiran pertukangan (Wau adalah objek cantik yang berwarna-warni yang dibina dengan bingkai buluh), bunyi (semua layang-layang Melayu direka bentuk agar dapat menghasilkan bunyi khas apabila berada di udara) dan ketinggian.[47]

Orang Melayu juga mempunyai satu varian mainan berpapan Mancala yang dikenali sebagai Congkak. Permainan ini dimainkan dengan mengalih buah congkak yang diperbuat dari batu, guli, manik atau kerang, pada papan kayu yang berlubang dua belas atau lebih. Mancala diakui sebagai permainan tertua di dunia dan telah dimainkan sejak zaman Mesir Kuno. Apabila permainan ini tersebar luas di seluruh dunia, setiap budaya telah mencipta variannya yang tersendiri termasuklah orang Melayu.[47]

Nama dan Pangkat

Nama peribadi Melayu adalah kompleks, mencerminkan struktur masyarakatnya yang berhierarki, dan pangkat dianggap sangat penting. Ia telah mengalami perubahan yang besar mengikut peredaran zaman, dan mencermikan pelbagai pengaruh luar ke atas masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. Walaupun sesetengah nama Melayu moden masih mengekalkan pengaruh dari nama Melayu asli, sebagai umat Islam, orang Melayu telah lama menggunakan nama Arab sebagai tanda agama mereka.

Nama Melayu adalah mengikut sistem patronimi dan boleh terdiri dari sehingga empat bahagian; pangkat, nama diberikan, nama keluarga, dan nama bapa. Sesetengah nama diberikan dan nama bapa boleh terdiri dari dua atau tiga nama, yang menghasilkan nama penuh yang sangat panjang. Contohnya, salah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia adalah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, di mana 'Mohd Aidil Zafuan' adalah tiga nama diberikan dan 'Abdul Radzak' adalah dua nama bapanya.

Selain itu, bahasa Melayu juga mempunyai sistem pangkat dan kehormatan yang sangat kompleks, yang sehingga kini masih digunakan dengan meluas di Malaysia dan Brunei. Dengan meletakkan pangkat Melayu pada nama Melayu biasa, satu nama yang lebih kompleks akan dihasilkan. Perdana Menteri Malaysia kini mempunyai nama penuh Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, di mana 'Dato' Seri' adalah pangkat kehormatan Melayu, 'Mohd Najib' adalah nama peribadinya, 'bin' memperkenalkan pangkat dan nama bapanya, 'Tun' adalah darjah kemuliaan yang lebih tinggi, 'Haji' menandakan bapanya pernah menunaikan Haji di Mekah, dan 'Abdul Razak' adalah nama peribadi bapanya.

Bagaimanapun, nama-nama Melayu yang lebih kompleks dimiliki oleh kerabat diraja Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu yang sedang memerintah. Yang di-Pertuan Agong Malaysia mempunyai nama penuh Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, manakala Sultan Brunei dikenali dengan nama rasmi baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Manakala Yang di-Pertuan Besar Sembilan tidak dibenarkan mengguna pakai gelar Sultan kepadanya dan keturunannya, beserta kerabatnya yang juga tidak dibenari mengguna gelar Tengku olih sebab asal muasal kerabat Sembilan yang bukan berasal daripada keturunan Melayu

Konsep Bangsa Melayu

Istilah Melayu juga pernah digunakan dalam konsep Bangsa Melayu, yang merangkumi semua kumpulan suku atau etnik yang mendiami Kepulauan Indonesia dan Kepulauan Filipina seperti Moro, Banjar, Betawi, Minang, Melayu dan Jawa. Istilah ini pertama kali dicanangkan oleh saintis Jerman Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840) dalam klasifikasi bangsa-bangsa manusia, dan terkenal digunakan pada zaman penjajahan Eropah di kepulauan Nusantara. Menurut Blumenbach, “bangsa Melayu” ialah subkategori untuk bangsa Afrikoid dan Chinoloid, dan diklasifikasikan di bawah bangsa perangan[128]

Sub-etnik

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Takrifan etnik Melayu boleh berbeza di setiap negara, terutamanya antara Malaysia dan Singapura, yang hampir sama, dan Indonesia.
  2. ^ Data banci Malaysia tidak membezakan kumpulan etnik Indonesia bukan Melayu (seperti Jawa) sebagai etnik yang berasingan tetapi memasukkan mereka dalam kalangan "Melayu".
  3. ^ Data banci Singapura tidak membezakan kumpulan etnik Indonesia bukan Melayu sebagai etnik yang berasingan tetapi memasukkan mereka dalam kalangan "Melayu", walaupun, misalnya, orang Jawa keturunan membentuk kira-kira 60% daripada populasi "Melayu" Singapura.

Rujukan

  1. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/01/17/minister-census-shows-malaysias-oldest-man-and-woman-aged-120-and-118-preli/2035636
  2. ^ Ananta dll. 2015, m/s. 119.
  3. ^ "Thailand". World Population Review. 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2015. Dicapai pada 5 Mei 2015.
  4. ^ "Census of Population 2020|Population" (PDF).
  5. ^ https://deps.mofe.gov.bn/SiteAssets/Time-Series3.html
  6. ^ "Australia – Ancestry". .id community.
  7. ^ Bukit Malut people are Malays, not Rohingya, says former PM Tun Dr Mahathir
  8. ^ "Jejak Melayu di bumi anbiya". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2018. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  9. ^ "Jabal Ajyad perkampungan komuniti Melayu di Mekah". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2018. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  10. ^ Reid, Anthony (Oktober 2001). "Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities". Journal of Southeast Asian Studies. 32 (3): 295–313.
  11. ^ a b Timothy P. Barnard (2004). Contesting Malayness: Malay identity across boundaries. Singapore: Singapore University press. ISBN 9971-69-279-1.
  12. ^ Gerolamo Emilio Gerini (1974). Researches on Ptolemy's geography of eastern Asia (further India and Indo archipelago. Munshiram Manoharlal Publishers. m/s. 101. ISBN 81-70690366.
  13. ^ Sabrizain. "The origins of the word 'Melayu'". Dicapai pada 25 Julai 2010.
  14. ^ Phani Deka (2007). The great Indian corridor in the east. Mittal Publications. m/s. 57. ISBN 81-8324-179-4.
  15. ^ Govind Chandra Pande (2005). Parsi’s Interaction with Southeast Asia: History of Science,Philosophy and Culture in Parsi Civilization, Vol. 1, Part 3. Munshiram Manoharlal. m/s. 266. ISBN 978-8187586241.
  16. ^ Lallanji Gopal (2000). The economic life of southern parsi: c. A.D. 700-1200. Motilal Banarsidass. m/s. 139. ISBN 9788120803022.
  17. ^ A Panorama of parsi majusism 8170304628. Sri Satguru Publications. 1995. line feed character in |title= at position 29 (bantuan)
  18. ^ Radhakamal Mukerjee (1984). The culture and art of Parsi. Coronet Books Inc. m/s. 212. ISBN 9788121501149.
  19. ^ Himansu Bhusan Sarkar (1970). Some contributions of Parsi to the ancient civilisation of Indonesia and Malaysia. Calcutta: Punthi Pustak. m/s. 8.
  20. ^ Frank Dikötter (1992). The discourse of race in modern China. C. Hurst & Co. Publishers. m/s. 12. ISBN 978-0804723343.
  21. ^ Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.
  22. ^ a b c I-Tsing (2005). A Record of the Buddhist Religion As Practised in India and the Nusantara Archipelago (A.D. 671-695) (PDF). Asian Educational Services. m/s. xl–xli. ISBN 978-8120616226.
  23. ^ Cordier Henri (2009). Ser Marco Polo; notes and addenda to Sir Henry Yule's edition, containing the results of recent research and discovery. Bibliolife. m/s. 105. ISBN 978-1110776856.
  24. ^ Marco Polo, Thomas Wright (1854). The travels of Marco Polo, the Venetian: the translation of Marsden revised, with a selection of his notes. H. Bohn. m/s. 364–365.
  25. ^ Europa Publications Staff (2002). Far East and Australasia 2003 (34th edition). Routledge. m/s. 763. ISBN 978-1857431339.
  26. ^ Milner, Anthony (2011). The Malays. John Wiley & Sons. m/s. 91–92. ISBN 9781444391664.
  27. ^ Untuk usia manuskrip, lihat Malay Concordance Project.
  28. ^ Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Indonesia. London: Oxford University Pres. m/s. 4 & 5. ISBN 0195803027.
  29. ^ a b http://news.bbc.co.uk/2/hi/8406506.stm
  30. ^ https://www.biorxiv.org/content/10.1101/101410v6
  31. ^ https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.03.10.986042v1
  32. ^ Modern human origins: multiregional evolution of autosomes and East Asia origin of Y and mtDNA. Dejian Yuan, Xiaoyun Lei, Yuanyuan Gui, Mingrui Wang, Ye Zhang, Zuobin Zhu, Dapeng Wang, Jun Yu, Shi Huanghttps://www.biorxiv.org/content/10.1101/101410v6.full
  33. ^ Ancient Y chromosomes confirm origin of modern human paternal lineages in Asia rather than Africa. Hongyao Chen, Ye Zhang, Shi Huanghttps://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.03.10.986042v1.full
  34. ^ Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 26. ISBN 981-230-230-1.
  35. ^ "The Malays". Sabrizain.org. Dicapai pada 21 Jun 2010.
  36. ^ George Peter (editor) Murdock (Author) (1969). Studies in the science of society. Books for Libraries Press. m/s. 278. ISBN 978-0836911572.
  37. ^ Ibp Usa (Author) (2009). Malaysia Country Study Guide (World Strategic and Business Information Library). USA: International Business Publications. m/s. 41. ISBN 978-1433031595.
  38. ^ Jamil Abu Bakar (2002). A design guide of public parks in Malaysia. Penerbit UTM. m/s. 39. ISBN 9789835202742.
  39. ^ "Orang Asli Population Statistics". Center for Orang Asli Concerns. Dicapai pada 12 Februari 2008.
  40. ^ Mok 2017.
  41. ^ a b c d Pearson 2015
  42. ^ a b c d Hall 2017
  43. ^ a b Lembah Bujang - Ancient Village or Settlement in Malaysia.
  44. ^ a b c Zaki Ragman (2003). Gateway to Malay culture. Singapore: Asiapac Books Pte Ltd. m/s. 1–6. ISBN 981-229-326-4.
  45. ^ Singapore. Ministry of Culture, Singapore. Ministry of Communications and Information. Information Divisionl (1973). Singapore facts and pictures. Ministry of Culture. m/s. 9. ISBN 0217-7773 Check |isbn= value: length (bantuan).
  46. ^ Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor". Dicapai pada 13 Jun 2009.
  47. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Malaysia Brunei & Singapore
  48. ^ "South and Southeast Asia, 500 - 1500". The Encyclopedia of World History. 1. Houghton Mifflin Harcourt. 2001. m/s. 138.
  49. ^ O. W. Wolters (1999). History, culture, and region in Southeast Asian perspectives. Singapore: Cornell University Southeast Asia Program Publications. m/s. 33. ISBN 978-0877277255.
  50. ^ a b c d e f World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. 2008. m/s. 1174, 1219, 1220, 1222.
  51. ^ Hussin Mutalib (2008). Islam in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 25. ISBN 978-981-230-758-3.
  52. ^ a b T. N. Harper (2001). The End of Empire and the Making of Malaya. UK: Cambridge University Press. m/s. 15. ISBN 0-521-59040 Check |isbn= value: length (bantuan).
  53. ^ Abu Talib Ahmad, Liok Ee Tan (2003). New terrains in Southeast Asian history. Singapore: Ohio University press. m/s. 15. ISBN 9971-69-269-4.
  54. ^ a b Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya (1984). A History of Malaysia. Lonndon: Palgrave Macmillan. m/s. 55. ISBN 0-333-27672-8,0-333-27672-8 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  55. ^ Timothy P. Barnar (2004). Contesting Malayness: Malay identity across boundaries. Singapore: Singapore University press. m/s. 7. ISBN 9971-69-279-1.
  56. ^ Mohd Fauzi Yaacob (2009). Malaysia: Transformasi dan perubahan sosial. Malaysia: Arah Pendidikan Sdn Bhd. m/s. 16. ISBN 978-967-323-132-4.
  57. ^ Simon Richmond (2007). Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet Planet publications. m/s. 32. ISBN 36-005-607-983 Check |isbn= value: length (bantuan).
  58. ^ William Wilson Hunter (Author), Paul Ernest Roberts (Author) (2010). A History of British India: To the Overthrow of the English in the Spice Archipelago. Nabu Press. m/s. 345. ISBN 978-1145707160.
  59. ^ Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya (1984). A History of Malaysia. London: Palgrave Macmillan. m/s. 62–68. ISBN 0-333-27672-8,0-333-27672-8 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  60. ^ Šumit Ganguly (1997). Government Policies and Ethnic Relations in Asia and the Pacific. MIT press. m/s. 204. ISBN 978-0262522458.
  61. ^ "Brunei". CIA World Factbook. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2015. Dicapai pada 13 Januari 2011. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  62. ^ Carl Lumholtz (2004). Through Central Borneo. Kessinger publishing. m/s. 17. ISBN 978-1419189968.
  63. ^ Baogang He (Editor), Brian Galligan (Editor), Takashi Inoguchi (Editor) (2007). Federalism in Asia. Edward Elgar Pub. m/s. 146. ISBN 978-1847201409.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
  64. ^ Liok Ee Tan (1988). The Rhetoric of Bangsa and Minzu. Monash Asia Institute. m/s. 14. ISBN 978-0867469097.
  65. ^ Melanie Chew (1999). The Presidential Notes: A biography of President Yusof bin Ishak. Singapore: SNP Publications. m/s. 78. ISBN 978-9814032483.
  66. ^ a b Leo Suryadinata (2000). Nationalism & Globalization: East & West. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 133–136. ISBN 978-9812300782.
  67. ^ Lowell Barrington (2006). After Independence: Making and Protecting the Nation in Postcolonial and Postcommunist States. University of Michigan Press. m/s. 47–48. ISBN 978-0472068982.
  68. ^ a b Riwanto Tirtosudarmo. "The Orang Melayu and Orang Jawa in the 'Lands Below the Winds" (PDF). Centre for research on inequality, human security and ethnicity. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Mac 2010. Dicapai pada 21 Jun 2010.
  69. ^ a b John Wright (2007). The New York Times Almanac 2001. New York: New York times company. m/s. 492. ISBN 1-57958-348-2.
  70. ^ James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 59. ISBN 0-86840-598-1.
  71. ^ Amin Sweeney (1987). A full hearing:orality and literacy in the Malay world. Berkeley and Los Angeles: University of California Press. ISBN 0-520-05910-7.
  72. ^ Jan van der Putten & Mary Kilcline Cody (2009). Lost Times and Untold Tales from the Nusantara World. Singapore: National University of Singapore press. m/s. 55. ISBN 978-9971-69-454-8.
  73. ^ Francis Wong Hoy Kee (1973). Comparative studies in Southeast Asian education. Heinemann Educational Books (Asia). m/s. 126.
  74. ^ Michael G. Clyne (1992). Pluricentric languages: differing norms in different nations. De Gruyter Mouton. m/s. 413. ISBN 978-3-11-012855-0.
  75. ^ James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 15. ISBN 0-86840-598-1.
  76. ^ Keith Brown & Sarah Ogilvie (2009). Concise encyclopedia of languages of the world. Elsevier Science. m/s. 678. ISBN 978-0-08-087774-7.
  77. ^ Jean-Marc Dewaele, Hugo Baetens Beardsmore, Alex Housen, Li Wei (2003). Bilingualism: beyond basic principles. Multilingual Matters. m/s. 68. ISBN 978-1853596254.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  78. ^ "Kedah MB defends use of Jawi on signboards". The Star. 26 Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2008. Dicapai pada 26 September 2021.
  79. ^ Malay (Bahasa Melayu). Retrieved 30 August 2008.
  80. ^ Lisbeth Littrup (1996). Identity in Asian literature. Richmond: Nordic Institute of Asian Studies. m/s. 192. ISBN 0-7007-0367-5.
  81. ^ a b c World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. 2008. m/s. 1218.
  82. ^ Kelly Boyd (1999). Encyclopedia of historians and historical writing , volume 2. London: Fitzroy Darborn Publishers. m/s. 756. ISBN 1-884964-33-8.
  83. ^ Johan Jaaffar, Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad (1992). History of Modern Malay Literature. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Ministry of Education, Malaysia. m/s. 260. ISBN 9836227458.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  84. ^ a b James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 71. ISBN 0-86840-598-1.
  85. ^ a b Syed Husin Ali (2008). The Malays, their problems and future. Malaysia: The Other Press Sdn Bhd. m/s. 57. ISBN 978-983-9541-62-5, 978-983-9541-61-8 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  86. ^ Anthony Hearle Johns, Nelly Lahoud (2005). Islam in world politics. New York: Routledge. m/s. 157. ISBN 0-415-32411-4.
  87. ^ François Burgat (2003). Face to face with political Islam (L'islamisme en face). New York: I.B Tauris & Co. Ltd. m/s. 54. ISBN 1-86064-212-8.
  88. ^ Kingsley Bolton, Christopher Hutton (2000). Triad societies: western accounts of the history, sociology and linguistics of Chinese secret societies (volume V). London: Routledge. m/s. 184. ISBN 0-41524397-1.
  89. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 2010 census religion
  90. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama prayer profile ethnic religion
  91. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama prayer profile diaspora religion
  92. ^ a b Mohamad Tajuddin Haji Mohamad Rasdi (2005). The architectural heritage of the Nusantara world: the traditional houses. Kuala Lumpur: Penerbit UTM. m/s. 9–14, 19, 24. ISBN 983-52-0357-1.
  93. ^ "Lembah Bujang tamadun awal Asia Tenggara. ARKIB : 12/07/2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2010. Dicapai pada 26 November 2010.
  94. ^ "Tapak penempatan, lebur besi di Lembah Bujang, Oleh OTHMAN YAHAYA". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2009. Dicapai pada 26 November 2010.
  95. ^ Dougald J. W. O'Reilly (2007). Early civilizations of Southeast Asia. Plymouth, UK: Rowman Altamira Press. m/s. 42. ISBN 978-0-7591-0278-1.
  96. ^ Jamil Abu Bakar (2002). A design guide of public parks in Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit UTM. m/s. 59. ISBN 983-52-0274-5.
  97. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Warisan seni bina Melayu
  98. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Warisan seni bina dunia asia
  99. ^ Assoc. Prof. Dr. A. Ghafar Ahmad. "Malay Vernacular Architecture". Dicapai pada 24 Jun 2010.
  100. ^ Farish Ahmad Noor & Eddin Khoo (2003). Spirit of wood: the art of Malay woodcarving : works by master carvers from Kelantan, Terengganu, and Pattani. Singapore: Periplus Editions (HK) Ltd. m/s. 47. ISBN 0-7946-0103-0.
  101. ^ Tim Bunnell, Lisa Barbara Welch Drummond & Kong-Chong Ho (2002). Critical reflections on cities in Southeast Asia. Singapore: Time Media Private Limited. m/s. 201. ISBN 981-210-192-6.
  102. ^ [hhttp://www.fab.utm.my/download/ConferenceSemiar/SelectingTimber.pdf "Criteria for Selecting Timber Species in Malay Woodcarving"] (PDF). University Teknologi Malaysia. Dicapai pada 15 Januari 2011.
  103. ^ "Visual Composition of Malay Woodcarvings in Vernacular House of Peninsular Malaysia" (PDF). University Teknologi Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.
  104. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Riau Lingga, Brunei & Singapore
  105. ^ "Nasi Lemak". Malaysia.com. Dicapai pada 6 Julai 2010.
  106. ^ Wendy Moore (1998). West Malaysia and Singapore. Singapore: Periplus Editions (HK) Ltd. m/s. 48. ISBN 962-593-179-1.
  107. ^ Kodaganallur Ramaswami Srinivasa Iyengar (2003). Asian variations in Ramayana. Sahitya Academy. m/s. 296. ISBN 81-260-1809-7.
  108. ^ Ghulam Sarwar Yousof (1997). The Malay Shadow Play: An Introduction. The Asian Centre. m/s. 3. ISBN 983-9499-02-5.
  109. ^ Patricia Ann Matusky (1993). Malaysian shadow play and music: continuity of an oral tradition. Oxford University Press. m/s. 8–11. ISBN 967-65-3048-4.
  110. ^ a b Maznah Mohammad (1996). The Malay handloom weavers: a study of the rise and decline of traditional manufacture. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 2 & 19. ISBN 981-3016-99-X.
  111. ^ "Royal and Palace Cutoms:Dresses For Ceremonies And Functions". Perpustakaan Negara Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2010.
  112. ^ "Pakaian Tradisi". Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan of Brunei. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2010. Dicapai pada 20 Julai 2010.
  113. ^ Thesis: Seni Silat Melayu by Abd Rahman Ismail (USM 2005 matter 188)
  114. ^ James Alexander (2006). Malaysia Brunei Singapore & Riau. New Holland Publishers. m/s. 225, 51, 52. ISBN 1-86011-309-5.
  115. ^ Abd. Rahman Ismail (2008). Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 188. ISBN 9789836299345.
  116. ^ "Black Belt". Rainbow Publications. October Edition, 1994. m/s. 73. ISBN 0277-3066 Check |isbn= value: length (bantuan). Cite magazine requires |magazine= (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)
  117. ^ Thomas A. Green (2001). Martial arts of the world: An Encyclopedia. R - Z, Volume 2. Santa Barbara, California: ABC-CLIO Inc. m/s. 802. ISBN 1-57607-150-2.
  118. ^ Sheikh Shamsuddin (2005). The Malay art of self-defense: Silat Seni Gayung. Berkeley, California: North Atlantic Books. m/s. 195. ISBN 1-55643-562-2.
  119. ^ Donn F. Draeger (1992). Weapons and fighting arts of Indonesia. Tuttle Publishing. m/s. 23. ISBN 0804817162.
  120. ^ D. S. Farrer (2009). Shadows of the Prophet: Martial Arts and Sufi Mysticism. Springer. m/s. 28. ISBN 978-1-4020-9355-5) Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  121. ^ Abd. Rahman Ismail (2008). Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 2. ISBN 9789836299345.
  122. ^ Dr. John Leyden (1821). Malay Annals: Translated from the Malay Language. London: Longman, Hurst, Rees, Orme, and Brown. m/s. 261.
  123. ^ Craig A. Lockard (2009). Southeast Asia in world history. New York: Oxford University Press. m/s. 48. ISBN 978-0-19-533811-9.
  124. ^ Keat Gin Ooi (2004). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. Santa Barbara: ABC-CLIO. m/s. 1357. ISBN 1-57607-770-5.
  125. ^ Oswald Leopold Ziegler (1972). The world and south east Asia. Oswald Ziegler Enterprises. m/s. 411. ISBN 0909586039.
  126. ^ Sylvia McNair (2002). Malaysia (Enchantment of the World. Second Series). Children’s Press. m/s. 104. ISBN 0516210092.
  127. ^ .University of Pennsylvania