Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Bahasa Melayu Kelantan

loghat Melayu di negeri Pattani, Kelantan, dan Besut (Terengganu)
(Dilencongkan daripada Bahasa Yawi)

Bahasa Melayu Kelantan atau popular dikenali sebagai kecek Klate ialah sebuah bahasa cabang Melayu rumpun Austronesia yang dituturkan di negeri Kelantan, daerah Besut dan Setiu, Terengganu, daerah Merapoh, Pahang, sebahagian di Perak dan Kedah di Malaysia,  serta di Selatan Thailand. Di Thailand, bahasa ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Pattani (Baso Nayu Taning). Istilah Baso Nayu atau Baso Yawi (Bahasa Thai: แกแจะนายู) juga diguna pakai oleh penutur di wilayah-wilayah selatan Thailand.

Bahasa Melayu Kelantan-Patani
Kecek Klate, Baso Nayu Taning
Asli kepada Malaysia
 Thailand (selatan)
Kawasan
EtnikMelayu Kelantan
Melayu Patani
Penutur bahasa
4,500,000
Austronesian
Dialek/loghat
  • Pantai/Biasa (Kelantan, Besut, Setiu, Merapoh, Lipis, Narathiwat, Patani, Grik)
  • Reman (Grik, Pengkalan Hulu, Yala, Patani, Baling, Sik, Padang Terap)
  • Samsam (Songkhla, Bangkok, Patani)
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi dan Tulisan Thai
Status rasmi
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-3mfa
Glottologpatt1249
Peta bahasa Melayu Kelantan-Patani dituturkan
  Majoriti
  Minoriti
Map

Selain di Kelantan, bahasa ini turut digunakan di bahagian utara negeri Terengganu iaitu di daerah Besut dan Setiu. Bahasa ini turut digunakan di mukim Merapoh dan Lipis, Pahang disebabkan terdapat orang Kelantan yang menetap di sana kerana perkampungan itu terletak di tengah-tengah sempadan kedua-dua negeri tersebut. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap juga bertutur dalam dialek ini disebabkan penduduk Melayu di sini mempunyai darah keturunan Kelantan-Patani. Malah di negeri Perak iaitu di daerah Hulu Perak (misalnya di bandar Grik dan Pengkalan Hulu) juga bertutur dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan-Patani disebabkan faktor sempadan geografinya yang berdekatan dengan negeri Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu yang baku meskipun mempunyai banyak persamaan.

Kelantan secara tradisinya menulis Arab, sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan bahasa Melayu baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Ianya berakraban dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan bahasa Melayu baku.

Bahasa Melayu Patani

sunting

Bahasa Melayu Patani ialah suatu bahasa yang dituturkan luas di wilayah-wilayah Selatan Thailand iaitu di Narathiwat, Yala, Patani dan sesetengah kawasan di Songkhla. Di Songkhla, bahasa ini dikenali sebagai bahasa Melayu Songkhla, iaitu bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Thai. Bahasa ini adalah serumpun dengan bahasa Melayu Kelantan malah ada persamaan sedikit dengan bahasa Melayu Kedah serta mungkin juga bahasa induk, akar atau asal kepada bahasa Melayu Kedah Ulu iaitu di daerah Baling dan Sik, serta bahasa Melayu Ulu Perak di daerah Hulu Perak, juga bahasa Melayu Terengganu.

Bahasa Melayu Patani dan bahasa Melayu Kelantan adalah hampir 90%, kerana itulah bahasa ini layak digelar sebagai "Bahasa Melayu Kelantan-Patani". Namun perbezaan kedua-dua bahasa ini adalah dari segi beberapa perkataan dan cara penyebutan dan intonasi. Ini kerana bahasa Melayu Patani telah terpengaruh sedikit oleh bahasa Thai manakala bahasa Melayu Kelantan terpengaruh oleh bahasa Melayu Malaysia dan sedikit daripada bahasa Inggeris.

Bahasa ini ditulis menggunakan tulisan Jawi dan tulisan Thai. Bahasa Melayu Patani juga dikatakan pernah berpengaruh ke arah utara hingga Segenting Kra, Phuket dan Surat Thani semasa zaman Srivijaya.

Sebutan

sunting
  • /am/ /an/ dan /aŋ/ diikuti oleh perubahan konsonan sengau ke /ɛ̃ː/


ayam (ايم) menjadi ayé; makan (ماکن) menjadi maké

  • /a/ pada akhir suku kata perubahan /ɑ/

minta (مينتا) menjadi mitok

  • /ah/ perubahan /ɑh/

rumah (رومه) menjadi ghumoh

  • /i/ menjadi /iŋ/

sini (سيني) menjadi sining

  • /ua/ perubahan /ɔ/

puasa (ڤواسا) menjadi poso  

  • /aj/ menjadi /aː/

sungai (سوڠاي) menjadi sunga  

  • /aw/ menjadi /a/

pisau (ڤيساو) perubahan kepada pisa

  • /EP/ sebelum perubahan vokal sengau untuk = /ijɛ/  

siam (سيام) menjadi siyé  

  • /EP/ perubahan /ɛ/

biasa (بياسا) menjadi béso  

  • /s/ dan /f/ pada akhir suku kata perubahan kepada /h/

malas (مالس) perubahan malah  

  • /m/ dan /n/ pada akhir suku kata perubahan /ŋ/

hakim (حاکيم) perubahan kepada hakéng

  • /r/ perubahan /ɣ/

orang (اورڠ) menjadi oghé

  • konsonan akhir sering hanya disebut sebagai letupan atau hentian glotis.  

bukit (بوکيت) menjadi bukéʔ  

  • kata-kata disebutkan berlainan antara konsonan awal yang dipanjangkan

Bulé ('bulan') vs bu:lé ('beberapa bulan'); katok ('menyerang') vs ka:tok ('katak'); siku ('siku') vs si:ku ('alat tangan').

Contoh perbezaan kata

sunting

Bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu Kelantan

Bahasa Melayu Baku Bahasa Melayu Kelantan
boleh buleh /buleɪːh/
makan maké /makɛ̃ː/
apa gapo /gapɑː/
Kenapa bakpo (sebab apa) /bakpɑː/
saya kawé (kawan) /kawɛ̃ː/
nasi nasik /nasiʔ/
beritahu ghoyak /ɣɑjaʔ/
(ber)langgar (b)lago (berlaga) /(b)lãgɑː/
rambutan mokte /mɑʔtɛ̃ː/
tak ada apa-apa tak dok gapo
tipu; atau bergurau wak lolok
baling; lempar pungga
lari; (ber)lari hungga

Ciri fonologi

sunting
Bahasa Melayu baku Bahasa Melayu Kelantan
/am/
akhiran am
/ɛ̃/
/an/
akhiran an
/aŋ/
akhiran ang
/ə/
akhiran a
/ɑ/
/r/
r
/ɣ/

Perkataan yang berakhir dengan '-an', '-am', '-ang'

sunting

Perkataan yang berakhir dengan -an, -am, -ang biasanya akan disebut /ɛ̃/ bersengauan.

Bahasa Melayu Baku Bahasa Melayu Kelantan
ayam ayé /ajɛ̃ː/
bukan buké /bukɛ̃ː/
geran geghé /gəɣɛ̃ː/
jangan jangé /d͡ʒaŋɛ̃ː/
lengan lengé /ləŋɛ̃ː/
pisang pisé /pisɛ̃ː/

Perkataan yang berakhir dengan 'a', 'o', 'e'

sunting

Perkataan yang berakhir dengan 'a', 'o', 'e' biasanya (bukan semestinya) akan diganti dengan /ɑ/ (dan 'o' sebutan dalam "sore" dan "roar" dalam bahasa Inggeris, bukannya seperti "sow" dan "row")

Bahasa Melayu Baku Bahasa Melayu Kelantan
baka bako /bakɑː/
buka buko /bukɑː/
mana mano /manɑː/

Peranan sabdu dalam loghat Kelantan adalah begitu besar maksudnya. Penggunaan sabdu akan menyebabkan susunan struktur perkataan tidak berubah.

Bersabdu (Bahasa Kelantan) Tanpa sabdu (Beza maksud yang ketara) Perkataan yang dimaksudkan
ghuput maké kkambing
/ɣũput makɛ̃ kːambeɪŋ/
Rumput makan kambing Rumput dimakan oleh kambing
tok ppaka /tɑʔ pːkaː/ tak pakai tidak boleh pakai (tidak berguna)
make kketeng /makɛ̃ː kːɛ̃teɪŋ/ makan kantin makan di kantin
kkécék /kːɛ̃cɛ̃ʔ/ kecek (pujuk) cakap
baju ddalé /bad͡ʒu dːalɛ̃ː/ baju dalam baju dimasukkan dalam seluar (tuck in)

Bunga Bahasa

sunting
Bunga Bahasa Maksud
Yak! Opocot! atau Opps!
Déh? OK? (untuk memohon restu atau persetujuan.)
Dih? Ya? / Bukan?
Gak / Gok Habis tu... / Jadi...
Pah? Habis tu... / Jadi... (Lebih kurang Gak.)
Ho (Bunyi naik ke hidung.) Ya lah...
Dok? Bukan? / Betul tak? (Persoalan.)
Lamo ké buléh pékdoh Nantikan nak kena nii..
Gelenya téh! Miangnya!
Hok Aloh! Aduhai / Alahai

Kata penguat

sunting
Kata penguat Maksud
Manis lleting Sangat manis
Maséng ppeghak Sangat masin
Pahét llepé Sangat pahit
Masé ppughik Sangat masam
Masé ccettung Muka sangat masam
Tawa ébér / tawa lemba Sangat tawar
putéh ssuéh / sseppo Sangat putih
Hité llegé Sangat hitam
Biru kketu Sangat biru
Kuning nnéhé Sangat kuning
Kenyé bbonyah Sangat kenyang
Comé lloté Sangat cantik
Gemuk ddébok Sangat gemuk
Busuk bbanga Sangat busuk
Hapok kohong Sangat hapak
Nnakut apah Penakut sangat
Ceghoh jeghiloh /bbolé Sangat terang /cerah
Jatuh celabok Jatuh sangat teruk
Kuca hanya Sangat bercelaru
Hangit lettong Sangat hangit
Yak kelih bokté Perbuatan yang sangat tidak disetujui

Istilah yang biasa menjadi salah faham

sunting
Kata Maksud Catatan
Selalu Terus Contoh: Wak selalu = buat terus/segera
Rajin Pernah Contoh: Rajin gi = Pernah pergi
Bujé Bujang Masih belum berumah tangga dan teruna atau dara
Koté Kontang Contoh: Nyo koté = Buah kelapa tanpa kupas sangat kering
Patat Dasar Contoh: Patat sungai = Dasar sungai
Tuak Nira Minuman yang tidak mabuk
Sia Sembuh Kedengaran seperti sial (celaka) / siar (sebar/siaran) Contoh : Luko ambo nok sia doh (salah faham : Luka saya nak siar (merebak))
Saing Kawan Kawé nok saing denga demo.

(Maksud: saya nak berkawan dengan awak. Maksud saing disini bukanlah bersaing (berlawan))

Nyo/nyor/nyior Kelapa Ambo nok beli air nyo so.

(Maksud: saya mahu membeli air kelapa satu)

Contoh (dialog): Pelancong dari luar Kelantan mendapatkan khidmat pemandu teksi (kereta sewa) untuk ke Pasir Puteh.

Pelancong: Saya nak ke Pasir Puteh, pak cik.
Pemandu: Nok gi selalu? (Nak pergi terus/sekarang?)
Pelancong: Tak, baru sekali je saya ke sana.
Pemandu: ????

Pautan luar

sunting