Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Burung unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.

Burung unta
Julat zaman: 15–0 Ma
Early Miocene-Present
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Struthionidae

Vigors, 1825
Genus:
Struthio
Spesies:
S. camelus
Nama binomial
Struthio camelus
Subspecies
Struthio camelus distribution map
     S. c. camelus      S. molybdophanes
     S. c. massaicus      S. c. australis

Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Spesies yang terdapat di Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus. Ahli lain kumpulan Palaeognaths termasuk burung Rea, emu, kasuari serta burung terbesar diketahui tetapi sekarang terpupus, burung Aepyornis.

Ciri-ciri

sunting

Burung ini haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang udara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi.

Video penggerakan kepala Burung Unta

Ia mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam).

Burung unta berlari

Tabiat

sunting

Pemakanan

sunting

Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian, rumput-rampai, buah-buahan dan bunga-bungaan;[3][4] mereka juga memakan serangga seperti locust. Mempunyai gigi yang sikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak ada gigi, mereka kebanyakkan menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di rempela.

Burung unta dewasa membawa bersama kira-kira 1 kilogram (2.2 lb) batu kerikil kecil kedalam perut mereka. Apabila mereka makan, mereka akan mengisi kerongkong mereka dengan makanan, dimana bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke perut (rempela) untuk dicerna. Besar bolus makanan ialah sebanyak 210 ml (7.1 US fl oz). Rempela boleh memuatkan kira-kira 1,300 g (46 oz).[4][Penjelasan diperlukan] Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan,[5] namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali bermandi jika air ada di sekeliling mereka.[6]

Pembiakan

sunting

Burung ini bersarang secara terkumpul di mana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang, untuk diramkan oleh seekor betina alfa pada waktu siang dan jantan alfa pada waktu malam.

Telur burung unta adalah telur terbesar.

Ketahanan

sunting

Burung unta boleh bertoleransi dan mudah menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca dan suhu yang tinggi dan ekstrem. Di habitat semulajadi mereka, julat perbezaan suhu antara waktu siang dan malam sangat ekstrem. Waktu siang sangat panas sehingga 40 C dan malam boleh mencecah suhu sehingga -10 C. Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, dimana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.

Hubungan dengan manusia

sunting
 
Di Jacksonville, Florida, seorang lelaki kelihatan sedang menunggang kereta burung unta, circa 1911

Burung unta dipelihara sebagai sumber daging di kawasan sejuk seperti Sweden. Rasan dagingnya seperti daging tak berlemak.

Menurut kepercayaan rakyat, burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu.

Pemuliharaan

sunting
 
Sekawanan Burung Unta jantan dan betina yang dipelihara di Yotvata Hai-Bar Nature Reserve, Israel. burung Unta yang dijaga dan dipelihara disitu, akan dibenarkan utuk terus dikembang biakkan dan seterusnya dibebaskan kembali ke dunia liarnya semula.

Populasi Burug unta liar didunia telah menurun secara drastik sejak 200 tahun kebelakangan ini. kedapatan burung unta hanya banyak dilihat jika melawat di taman burung atau zoo;[3] walau bagaimanapun, jumlah burung unta tetap dalam bahaya jika tren penurunan populasi burung unta terus menurun dari hari ke hari. Menurut IUCN, status konservasi haiwan ini dalam kategori Kurang Perhatian,[1] dengan kira-kira julat populasi haiwan ini 12,000,000 km2 (4,600,000 bt2).[7]

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Nota kaki

sunting
  1. ^ a b BirdLife International (2018). "Struthio camelus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T45020636A132189458. Dicapai pada 15 February 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Brands, Sheila (14 August 2008). "Systema Naturae 2000 / Classification, Genus Struthio". Project: The Taxonomicon. Dicapai pada 4 February 2009.[pautan mati kekal]
  3. ^ a b Davies, S.J.J.F. (2003). "Birds I Tinamous and Ratites to Hoatzins". Dalam Hutchins, Michael (penyunting). Grzimek's Animal Life Encyclopedia. 8 (ed. 2nd). Farmington Hills, MI: Gale Group. m/s. 99–101. ISBN 978-0-7876-5784-0.
  4. ^ a b Perrins, Christopher (1987) [1979]. Harrison, C.J.O. (penyunting). Birds: Their Lifes, Their Ways, Their World. Reader's Digest Association, Inc. m/s. 168–170. ISBN 978-0-89577-065-3.
  5. ^ Maclean(1996)
  6. ^ Donegan, Keenan (2002). "Struthio camelus". Animal Diversity Web. University of Michigan Museum of Zoology.
  7. ^ BirdLife International (2008)(a)

Rujukan

sunting
Sumber utama

Pautan luar

sunting