9 Oktober
tarikh
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
9 Oktober merupakan hari ke-282 (hari ke-283 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 83 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting- 1446 - Cendekiawan di istana Sejong Agung menyebarluaskan abjad Korea baharu, kini dikenali sebagai Hangul.
- 1514 - Adik Henry VIII dari England, Mary Tudor menjadi permaisuri Perancis.
- 1701 - Sekolah Berkolej Connecticut (kemudian dinamakan Universiti Yale) diberi piagam di Old Saybrook, Connecticut.
- 1831 - Ketua negara Greece Ioannis Kapodistrias dibunuh di Nafplio.
- 1844 - Temenggung Daeng Ibrahim yang merupakan pemerintah De facto kerajaan Johor telah mengeluarkan Surat Sungai pertama kepada pekebun Cina bernama Lau Lib Keng dan merupakan permulaan kepada Sistem Kangcu.
- 1874 - Kesatuan Pos Sedunia ditubuhkan dengan penandatanganan Perjanjian Bern.
- 1888 - Monumen Washington (gambar) di Washington, D.C., struktur tertinggi di dunia pada masa itu, dibuka secara rasmi kepada awam.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Angkatan Amerika Syarikat menewaskan Jepun di Pertempuran Matanikau Ketiga di Guadalcanal, Kepulauan Solomon.
- 1962 - Uganda mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom, dengan Milton Obote sebagai Perdana Menteri.
- 1963 - Tanah runtuh menyesarkan air dari Empangan Vajont di utara Itali, menyebabkan banjir yang menghanyutkan beberapa kampung dan mengorbankan hampir 2,000 nyawa.
- 2007 - Angkasawan pertama Malaysia Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke ISS dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan menaiki Soyuz TMA-11 pada 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam WPM).
- 2009 - Kapal angkasa lepas NASA LCROSS berjaya dalam misinya menghentam Bulan, dalam rangka mencari air.
- 2009 - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel.
- 2012 - Aktivis kanak-kanak Pakistan Malala Yousafzai ditembak dalam cubaan bunuh oleh Taliban.
- 2016 - Tuan Guru Haji Hashim Jasin dilantik sebagai Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia, PAS menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din .
Kelahiran
sunting- 1547 - Miguel de Cervantes, seorang penulis novel Sepanyol
- 1942 - Shukri Ghanem, seorang Perdana Menteri Libya ke-23
- 1966 - David Cameron, seorang Perdana Menteri British