Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tentera Darat Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Perancis
Armée de terre
AktifKurun ke15 – kini
Negara Perancis
KesetiaanPerancis
JenisTentera darat
Saiz115,004 anggota (2014), termasuk 8,500 anggota dari Pasukan Bomba Paris[1]
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Perancis
Nama samaranLa grande muette
"Pembisu yang hebat"
MotoHonneur et Patrie
"Maruah dan tanahair"
Komander
Ketua Turus Tentera Darat PerancisJeneral Jean-Pierre Bosser

Tentera Darat Perancis (Perancis: Armée de terre [aʀme də tɛʀ], "ketumbukan darat") merupakan komponen darat terbesar dalam Angkatan Tentera Perancis. Bersama-sama dengan Tentera Udara Perancis, Tentera Laut Perancis dan Gendarmerie Nasional, ia diletakkan dibawah tanggungjawab kerajaan Perancis. Ketua Turus Tentera Darat Perancis (Chef d'État-Major de l'Armée de Terre, CEMAT) yang terkini ialah Général d'armée Jean-Pierre Bosser. Semua tentera dianggap profesional berikutan penggantungan arahan kerahan, mengundi di parlimen pada tahun 1997 dan dikuatkuasa pada tahun 2001.

Seawal tahun 2014, Tentera Darat Perancis mempunyai 115,004 anggota (termasuk French Foreign Legion dan Pasukan Bomba Paris). Sebagai tambahan, pasukan simpanan Tentera Darat Perancis mengandungi 15,425 anggota aktif.[1]

Pada tahun 1999 tentera darat mengeluarkan Kod Askar Perancis, termasuk injunksi:

(...) Menguasai kekuatan sendiri, dia menghormati lawannya dan berhati-hati untuk menyelamatkan orang awam. Dia menurut perintah serta menghormati undang-undang, adat peperangan dan konvensyen antarabangsa.(...) Dia sedar akan masyarakat global dan menghormati perbezaan mereka. (...)[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Key defence figures 2014" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Defense.gouv.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-13. Dicapai pada 2015-09-29.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)()
  2. ^ Original French : (...) Maître de sa force, il respecte l'adversaire et veille à épargner les populations. Il obéit aux ordres, dans le respect des lois, des coutumes de la guerre et des conventions internationales. (...) Il est ouvert sur le monde et la société, et en respecte les différences. (...)  : [1]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Anthony Clayton, 'France, Soldiers, and Africa', Brassey's Defence Publishers, 1988
  • J A C Lewis, 'Going Pro: Special Report French Army,' Jane's Defence Weekly, 19 June 2002, 54–59
  • Rupert Pengelley, 'French Army transforms to meet challenges of multirole future,' Jane's International Defence Review, June 2006, 44–53
  • Vernet, Jacques. Le réarmement et la réorganisation de l'Armée de terre française, 1943–1946. Service historique de l'armée de terre, 1980.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]