Tom Hardy
Tom Hardy | |
---|---|
Kelahiran | Edward Thomas Hardy 15 September 1977 Hammersmith, London, England |
Pekerjaan | Pelakon, penulis skrip, penerbit |
Tahun aktif | 2001–sekarang |
Pasangan | Sarah Ward (k. 1999; c. 2004) Charlotte Riley (k. 2014) |
Rakan kongsi domestik | Rachael Speed (2004–2009) |
Anak-anak | 2 |
Edward Thomas "Tom" Hardy[1] (born 15 September 1977)[2] ialah seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit Inggeris. Beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam filem 2001, Black Hawk Down. Antara filem-filem Hardy yang lain termasuk Star Trek: Nemesis (2002), RocknRolla (2008), Bronson (2008), Inception (2010), Warrior (2011), Tinker Tailor Soldier Spy (2011), Lawless (2012), Locke (2013), The Drop (2014) dan The Revenant (2015) dimana untuk itu beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik. Beliau juga melakonkan watak Bane dalam The Dark Knight Rises (2012), "Mad" Max Rockatansky dalam Mad Max: Fury Road (2015), kembar Kray dalam Legend (2015).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Hardy dilahirkan di Hammersmith, London,[3] satu-satunya anak kepada Anne (née Barrett)[4] dan Edward "Chips" Hardy.[5] Beliau dibesarkan di Sheen Timur, London.[6] Beliau belajar di Sekolah Tower House dan Sekolah Reed, kemudiannya di Sekolah Drama Richmond Drama disusuli dengan Pusat Drama London.[7]
Karier
[sunting | sunting sumber]1998–2009
[sunting | sunting sumber]Hardy menyertai Pusat Drama London pada bulan September 1998 dan dikeluarkan lebih awal selepas mendapat watak John Janovec dalam minisiri HBO-BBC, Band of Brothers.[8] Beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam filem 2001, Black Hawk Down.[9] Pada tahun 2003, Hardy muncul dalam filem dot the i dan kemudiannya pergi ke Afrika Utara untuk Simon: An English Legionnaire. Pada tahun yang sama, beliau muncul sebagai Shinzon dalam Star Trek: Nemesis.[10] Beliau kembali ke England untuk tampil dalam filem 2003, LD 50 Lethal Dose.[11]
Hardy muncul dalam minisiri BBC 2005 BBC, The Virgin Queen sebagai Robert Dudley.[12] Hardy juga muncul dalam A for Andromeda.[13] Pada tahun 2007, beliau muncul dalam drama BBC Two, Stuart: A Life Backwards sebagai Stuart Shorter.[14] Pada bulan Februari 2008, beliau mempunyai peranan dalam filem British, WΔZ.[15] Pada bulan September 2008, beliau muncul dalam RocknRolla sebagai Handsome Bob.[16] Pada awal tahun 2009, Hardy membintangi Bronson. Pada bulan Jun 2009, Hardy membintangi The Take. Pada bulan Ogos 2009, beliau muncul dalam siri ITV, Wuthering Heights sebagai Heathcliff.[17][18]
2010–sekarang
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2010, beliau membintangi sebagai Eames dalam filem sains fiksyen Christopher Nolan, Inception dimana beliau memenangi anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA. Hardy menggantikan Michael Fassbender dalam Tinker Tailor Soldier Spy.[19] Hardy membintangi sebagai Tommy Riordan dalam Warrior. Filem ini ditayangkan pada 9 September 2011 oleh Lionsgate Films. Hardy juga membintangi This Means War, sebuah filem romantik komedi 2012. Beliau melakonkan watak Bane dalam The Dark Knight Rises. Beliau juga mempunyai peranan dalam Lawless (2012).[20] Hardy telah menandatangani untuk melakonkan watak Sam Fisher dalam filem adaptasi siri permainan video, Tom Clancy's Splinter Cell.[21][22] Beliau juga muncul dalam video muzik Riz Mc untuk lagu "Sour Times".[23]
Hardy melakonkan watak Max Rockatansky dalam filem 2015, Mad Max: Fury Road.[24] Lakonannya dipuji oleh pengkritik[25][26] dan filem ini menerima pujian meluas serta mencapai kejayaan box office.[27]
Hardy juga muncul dalam siri BBC One, Taboo. Pada tahun 2015, beliau membintangi sebagai Reggie dan Ronnie Kray dalam filem thriller jenayah, Legend.[28] Pada 7 Disember 2015, Hardy memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filem Bebas British untuk lakonannya sebagai kembar Kray dan pada malam yang sama, beliau menghadiri pembukaan filem thriller, The Revenant di Dataran Leicester, London.[29]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Hardy berkahwin dengan Sarah Ward pada tahun 1999 tetapi perkahwinan ini berakhir dengan perceraian pada tahun 2004. Beliau mempunyai seorang anak lelaki, Louis Thomas (lahir 2008),[30] bersama teman wanitanya, Rachael Speed, dimana beliau mempunyai hubungan bersama dari tahun 2004 sehingga 2009.[31]
Pada tahun 2009, Hardy memulakan hubungan bersama pelakon, Charlotte Riley. Pasangan ini bertunang pada tahun 2010 dan berkahwin pada bulan Julai 2014.[32][33] Pada bulan Oktober 2015, pasangan ini melahirkan anak pertama mereka.[34][35]
Filmografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2001 | Black Hawk Down | Spc. Lance Twombly | Dikredit sebagai Thomas Hardy |
2002 | Star Trek: Nemesis | Shinzon | |
2003 | The Reckoning | Straw | |
2003 | dot the i | Tom | |
2003 | LD 50 Lethal Dose | Matt | |
2004 | Layer Cake | Clarkie | |
2006 | Minotaur | Theo | |
2006 | Marie Antoinette | Raumont | |
2006 | Scenes of a Sexual Nature | Noel | |
2007 | Flood | Zack | |
2007 | WΔZ | Pierre Jackson | |
2007 | The Inheritance | Ayah | |
2008 | Sucker Punch | Rodders | |
2008 | RocknRolla | Handsome Bob | |
2008 | Bronson | Charles Bronson/Michael Peterson | |
2009 | Thick as Thieves | Det. Michaels | |
2009 | Perfect | Doktor | Filem pendek |
2010 | Inception | Eames | |
2011 | Sergeant Slaughter, My Big Brother | Dan | Filem pendek |
2011 | Tinker Tailor Soldier Spy | Ricki Tarr | |
2011 | Warrior | Tommy Riordan Conlon | |
2012 | This Means War | Tuck Hansen | |
2012 | The Dark Knight Rises | Bane | |
2012 | Lawless | Forrest Bondurant | |
2013 | Locke | Ivan Locke | |
2014 | The Drop | Bob Saginowski | |
2015 | Child 44 | Leo Demidov | |
2015 | Mad Max: Fury Road | Max Rockatansky | |
2015 | London Road | Mark | |
2015 | Legend | Ronald Kray / Reginald Kray | |
2015 | The Revenant | John Fitzgerald |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2001 | Band of Brothers | Pfc. John Janovec | 2 episod |
2005 | Colditz | 2nd Lt. Jack Rose | 2 episod |
2005 | The Virgin Queen | Robert Dudley, Earl of Leicester | 3 episod |
2005 | Gideon's Daughter | Andrew | Filem televisyen |
2006 | A for Andromeda | John Fleming | Filem televisyen |
2006 | Sweeney Todd | Matthew | Filem televisyen |
2007 | Cape Wrath | Jack Donnelly | 5 episod |
2007 | Oliver Twist | Bill Sikes | 5 episod[36] |
2007 | Stuart: A Life Backwards | Stuart Shorter | Filem televisyen |
2008 | Wuthering Heights | Heathcliff | 2 episod |
2009 | The Take | Freddie | 4 episod |
2013 | Poaching Wars | Diri sendiri | 2 episod; juga penerbit eksekutif |
2014 | Peaky Blinders | Alfie Solomons | 5 episod |
2016 | Taboo | James Keziah Delaney | 8 episod; juga penerbit eksekutif dan penulis |
Pentas
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2003 | In Arabia We'd All Be Kings | Skank | Teater Hampstead[37] |
2003 | Blood | Luca | Teater Royal Court[38] |
2007 | The Man of Mode | Dorimant | Teater Kebangsaan[39] |
2010 | The Long Red Road | Sammy | Teater Goodman |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hadfield, Tom (2011-08-25). "Tom Hardy timeline". Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-31. Dicapai pada 2014-01-15.
- ^ "Tom Hardy biography - Celebrity A-Zs GLAMOUR.com". Glamour.com UK. Dicapai pada 30 June 2013. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Grainger, Lisa (2013-04-18). "Tom Hardy's Travelling Life". Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-27. Dicapai pada 2014-01-15.
- ^ "The U.K. movie star and the Vancouver tattoo artist he can't get enough of". The Globe and mail. 23 August 2012. Dicapai pada 20 June 2015.
- ^ "From misfit to Mad Max". Taipei Times. 2014-01-09. Dicapai pada 2014-01-15.
- ^ Head, Steve (9 December 2002). "An Interview with Tom Hardy". IGN. Dicapai pada 4 June 2011.
- ^ "Tom Hardy Biography". Biography.com. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "Way Back When: Tom Hardy". screencrush.com. 8 November 2012. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "The Strange roles of Tom Hardy". /filmschoolrejects.com. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "Is Tom Hardy's 'Star Trek: Nemesis' screen test better than the finished film? -". Entertainment Weekly. 30 July 2012. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "An interview with Tom Hardy". ign.com. 9 December 2002. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "The Virgin Queen". bbc. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "A for Andromeda". bbc. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "The weekend's TV: Stuart: A Life Backwards". Guardian. 24 September 2007. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "WAZ". Empire. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "Handsome Devil". /www.out.com. 30 October 2008. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "Wuthering Heights "Is Mr. Heathcliff a Man?"". pbs.org. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "Heathcliff in Wuthering Heights". pbs.org. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ "Tom Hardy Replaces Fassbender in Tinker, Tailor, Soldier, Spy". Comingsoon.net. 2010-09-03. Dicapai pada 2014-01-15.
- ^ Zeitchik, Steven (7 December 2010). "Shia LaBeouf and Tom Hardy will be bootleggers". Los Angeles Times. Dicapai pada 10 February 2011.
- ^ "Doug Liman To Helm 'Splinter Cell' With Tom Hardy". Deadline.com. 19 March 2014. Dicapai pada 20 June 2015.
- ^ Graser, Marc (14 November 2012). "Tom Hardy game for 'Splinter Cell' movie". Variety. Dicapai pada 8 November 2013.
- ^ "Riz MC - Sour Times". youtube. Dicapai pada 16 July 2015.
- ^ Rosenberg, Adam. "Tom Hardy landing the starring role in "Mad Max: Fury Road" is an amazing turn of events for that franchise". moviesblog.mtv.com. Dicapai pada 3 March 2011.
- ^ "Tom Hardy gives new life to 'Mad Max'". USA Today. 14 May 2015. Dicapai pada 16 July 2015.
- ^ "Review: 'Mad Max: Fury Road' an 'out-of-control reboot'". canadaam.ctvnews.ca. 15 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 16 July 2015.
- ^ "Mad max Fury". rotten tomatoe. Dicapai pada 16 July 2015.
- ^ "Legend imbd".
- ^ "Tom Hardy wins Best Actor at British Independent Film Awards". Virgin Media. 11 December 2015.
- ^ "Tom Hardy 'wasn't a fan of school'". Belfast Telegraph. March 14, 2014. Dicapai pada May 3, 2014.
- ^ Davies, Serena (11 June 2009). "Interview: Tom Hardy, from East End gangster to romantic hero". The Daily Telegraph. UK: Telegraph Media Group Limited.
- ^ Katy Forrester (21 September 2014). "Tom Hardy 'secretly married' fiancée Charlotte in France TWO months ago - they kept that quiet". Mirror. Dicapai pada 21 October 2014.
- ^ Lauren Smith (22 September 2014). "Tom Hardy got married in secret - two months ago". Glamour. Dicapai pada 21 October 2014.
- ^ Flint, Hannah. "Tom Hardy and Charlotte Riley welcome their first child".
- ^ "Tom Hardy Expecting Second Child!". Dicapai pada 2015-09-03.
- ^ "An Oliver for our times". The Daily Telegraph. 15 December 2007. Dicapai pada 25 June 2015.
- ^ Billington, Michael (28 April 2003). "The Guardian: In Arabia, We'd All Be Kings". Guardian. Dicapai pada August 2, 2012.
- ^ "Blood at the Royal Court Theatre". Royal Court Theatre. 2003. Dicapai pada May 3, 2014.
- ^ "From rehab to Restoration comedy". The DailyTelegraph. 3 February 2007. Dicapai pada 20 June 2015.
Bacaan lanjutan
[sunting | sunting sumber]- Dempster, S (22 September 2007). "Tom Hardy tastes the hard life". The Times. UK. Dicapai pada 3 October 2007.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tom Hardy |