Rumpler Taube
Rumpler Taube | ||
---|---|---|
Gambaran | ||
Peranan | Pejuang, pengebom, Peninjau, dan Latihan | |
Crew | 2 | |
Dimensi | ||
Panjang | 33.5 ft | 9.9 m |
Luas sayap | 45.83 ft | 14.3 m |
Tinggi | 10.5 ft | 3.2 m |
Luas sayap | 280 ft² | 32.5 m² |
Weights | ||
Kosong | 950 lb | 650 kg |
Maksima berlepas | 1200 lb | 850 kg |
Janakuasa | ||
Enjin | 4-Cylinder Argus or 6-Cylinder Mercedes Typ E4F | |
Kuasa | 74 kW | |
Prestasi | ||
Laju maksima | 60 mph | 100 km/h |
Jarak | 140 km | |
Siling perkhidmatan | 10,000 ft | 2000 m |
Persenjataan | ||
Senapang | Rifel dan pistol | |
Bom | Bom digugur tangan |
Rumpler Taube merupakan pesawat sayap tunggal sebelum-Perang Dua I, dan pesawat tentera pertama dihasilkan secara pukal Jerman. Sebagai kapal terbang tentera Jerman pertama, ia digunakan bagi kesemua penggunaan umum ketenteraan, termasuk pesawat pejuang, pengebom, pesawat peninjau dan pesawat latihan semenjak penerbangan pertamanya pada tahun 1910 sehingga pemulaan Perang Dunia I. Akibat kemajuan pesat dlam penerbangan semasa perang, reka bentuk ini lapuk pada 1914.
Kapal terbang ini dimajukan oleh lgo Etrich dari Austria pada tahun 1909, dengan penerbangan pertama pada tahun 1910, dan dikenali sebagai Etrich Taube. Rekabentuk ini dilesenkan bagi pengeluaran bersiri oleh Lohner di Austria dan Rumpler di Jerman, dan dikenali sebagai Etrich-Rumpler-Taube. Bagaimanapun, Rumpler kemudiannya menukar nama kepada Rumpler-Taube, dan menghentikan bayaran royalti kepada Etrich. Etrich kemudiannya melepaskan petennya. DIsebabkan ketiadaan bayaran paten, tidak kurang daripada 14 syarikat membina sejumlah besar variasi daripada reka bentuk awal, menyukarkan pakar sejarah menentukan pengilang sebenar berdasarkan gambar bersejarah. Senarai tidak lengkap dipaparkan di bawah. Versi paling biasa merupakan Rumpler Taube dengan 2 tempat duduk. Kapal terbang itu amat popular, dan digunakan oleh tentera udara Itali, Jerman dan Austria-Hungary.
- Albatros Taube, oleh Albatros Flugzeugwerke
- Albatros Doppeltaube, versi dwisayap oleh Albatros Flugzeugwerke
- Aviatik Taube
- DFW Stahltaube, juga dikenali secara ringkas sebagai Stahltaube, dengan kerangka besi
- Etrich Taube, dihasilkan oleh pencipta Igon Etrich
- Etrich-Rumpler-Taube, ringkasan nama Rumpler Taube
- Gotha Taube, oleh Gothaer Waggonfabrik
- Harlan Pfeil Taube
- Halberstadt Taube III
- Jeannin Taube, dikenali juga sebagai Jeannin Stahltaube, dengan kerangka besi
- Kondor Taube
- Luedemann Taube
- RFG Taube, dihasilkan oleh Reise- und Industrieflug GmbH (RFG)
- Roland Taube
- Rumpler-Taube, dihasilkan oleh Edmund Rumpler, Luftfahrzeugbau
- Rumpler Delfin-Taube, dikenali juga sebagai Rumpler Kabinentaube "Delfin", dengan kabin tertutup, dihasilkan oleh Edmund Rumpler, Luftfahrzeugbau
Disebalik namanya, Taube (Jerman: Merpati) bukannya dimodelkan menurut burung, tetapi biji benih Zanonia macrocarpa, yang melayang turun kebumi dalam putaran perlahan yang didorong oleh satu sayap. Bentuk sayap seumpamanya turut digunakan oleh Karl Jatho. Sementara Etrich telah cuba membina pesawat terbang sayap kekal berasaskan bentuk sayap Zanonia, Taube yang biasa lebih berjaya.
Yang menonjol, kapal terbang ini tidak mempunyai rudder di ekor atau aileron pada sayap. Sebaliknya, juruterbang menukar arah pesawat dengan membengkokkan (warping) sayap (secara tidak langsung memberikan fungsi yag sama dengan ailerons) dan menggunakan elevator pada bahagian belakang pesawat.
Rekabentuk ini membenarkan penerbangan yang stabil, sesuai bagi pemerhatian. Tambahan lagi, sayap lutsinar menjadikannya sukar bagi pemerhati dari bumi untuk mengesan Taube pada ketinggian melebihi 400m. Pihak Perancis mengelar pesawat ini sebagai "Pesawat Halimunan", dan ia kadang kala turut digelar sebagai "kapal terbang licik (stealth) pertama di dunia". Pertempuran pertama merupakan antara Taube Itali pada tahun 1911 di Libya, menggunakan pistol dan bom 2 kg. Kapal terbang Taube juga mampu mengesan kemaraan tentera Russia semasa Pertempuran Tannenberg (1914). Pesawat ini juga digunakan bagi mengebom, apabila juruterbang menggugurkan bom di Balkan pada 1911 dan bom kecil 3 kg dan risalah propaganda di atas Paris pada tahun 1914.
Bagaimanapun, ketiadaan kemudi dan rekabentuk membengkokkan sayap melambat dan menyukarkan kapal terbang ini berpusing. Dengan itu kapal terbang ini merupakan sasaran mudah bagi kapal terbang musuh yang lebih pantas dan lincah pada permulaan Perang Dunia I. Dengan itu selepas 6 bulan perperangan, Taube dihentikan daripada perkhidmatan baris hadapan dan sebaliknya digunakan bagi melath juru terbang baru. Dengan itu ramai juruterbang terkemuka belajar terbang dengan menggunakan Taube.