Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ru
Pokok-pokok ru tepi pantai
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fagales
Keluarga: Casuarinaceae
Genus: Casuarina
Spesies:
C. equisetifolia
Nama binomial
Casuarina equisetifolia
Subspesies
  • C. e. subsp. equisetifolia
  • C. e. subsp. incana
Sinonim[1]

Casuarina equisetifolia var. typica Domin

Ru, ru pantai, ru laut, eru, aru, cemara atau cemara laut (nama botani: Casuarina equisetifolia)[2][3][4] ialah spesies pokok dalam genus Casuarina. Taburan asalnya merangkumi Asia Tenggara, Australia utara (utara Wilayah Utara, utara dan timur Queensland, dan timur laut New South Wales)[5][6] dan pulau-pulau Pasifik.

Pokok ini mendominasi hutan pantai yang banyak terdapat di sepanjang pantai-pantai Semenanjung Malaysia dan Singapura, Sabah, dan Sarawak. Hutan-hutan pantai ini semakin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat.

Subspesies incana berdekatan Rockhampton, Queensland, Australia.

Perkataan ru (Jawi: رو), aru dan eru (Jawi: ارو) dijejak daripada akar bahasa Proto-Austronesia *aRuhu yang sama maksudnya.[7] Nama aru dipakai di Sabah.[8]

Perkataan cemara (Jawi: چمارا) menyerap daripada Sanskrit: चमर, rumi: chamara yang bermaksud alat pengusir lalat diperbuat daripada bulu ekor kuda kerana rupa daun-daun pokoknya.[9]

Pokok dan daun

[sunting | sunting sumber]

Pokok ru merupakan pokok malar hijau yang tumbuh setinggi 6–35 m. Akar-akarnya berbintil yang menjadi perumah simbiosis kepada bakteria genus Frankia,[10]:294 bakteria ini mengikat nitrogen tanah.[11] Ranting-ranting pokok ru terkulai serupa dengan ahli-ahli sekeluarga Casuarinaceae dengan diameter 0.5–1 mm, ia berdaun sisik dalam 6–8 lingkaran.[12][13]

Bunga jantan atau bunga betina muncul di untai pokok berasingan tidak seperti banyak spesies Casuarina. Bunga jantan tumbuh di bulir ringkas panjang 0.7–4 sm atas hujung lingkaran 7–11.5 sm manakala bunga betina tumbuh di tangkai induk pendek berbentuk kerucut 1.0-2.4 panjang dan 0.9-1.3 sm lebar dengan bulu merah gebu.[12][13][11]

Buahnya berbentuk bujur 10–24 mm panjang dan 9–13 mm diameter menyerupai buah pokok konifer terdiri daripada banyak karpel mengandungi sebiji benih dengan sayap berukuran 6–8 mm panjang.[12][13] Biji benih pokok ru bercambah atas tanah berpasir panas pada aras ais pasan, benih-benih ini menumbuhkan belukar yang menjadi anak ru.[11]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Di Terengganu, kebanyakan kampung nelayan di tepi pantai diberi nama dari pokok ini. Antaran kampung-kampung ini (tidak lengkap) adalah kampung Ru Renggeh,[14] Ru Dua,[15] Rusila yang dulunya Ru Se Le (Ru Satu Pokok Sahaja), dan Ru Rendang.

Di Singapura, ada sebatang jalan diberi nama Tanjong Rhu Road kerana pokok ru ditanam dan tumbuh sepanjang pantai-pantai Kallang dan Rochor.[16] Di pulau Langkawi, Kedah, ada sebuah tetanjung pasir di muara Sungai Ayer Hangat di Taman Hutan Geo Kilim terletak kira-kira 20 km dari Pekan Kuah juga diberi nama Tanjung Rhu kerana pokok ini tumbuh di sini.[17]

Bandar Tanjung Aru di Sabah diberi nama kerana terdapat banyak pokok ini di pantainya.[18]

Kayu pokok ini lebih kuat daripada kayu pokok jati tetapi boleh meretak. Kayu tersebut kadang-kadang digunakan untuk membina alang dan kasau bumbung rumah, selain juga tiang kapal dan benda tugas berat lain; ia juga bahan kayu api dan arang yang sangat bagus.[11]

Kulit kayu pokok ru digunakan untuk merawat disenteri dan diarea. Ia juga menghasilkan resin yang berguna untuk menyamak kulit haiwan.[11]

  1. ^ a b "Casuarina equisetifolia L." Plants of the World Online. Plants of the World Online. Dicapai pada 3 September 2022.
  2. ^ "Kepelbagaian Spesies Pokok Di Pesisiran Pantai". Program Penanaman Pokok dan Spesies-Spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara. Jabatan Hutan Malaysia. 2014. Dicapai pada 3 September 2022.
  3. ^ "Casuarina equisetifolia". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "ru". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 350 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ Boland, D. J.; Brooker, M. I. H.; Chippendale, G. M.; McDonald, M. W. (2006). Forest trees of Australia (ed. ke-5). Collingwood, Victoria, Australia: CSIRO Publishing. m/s. 82. ISBN 0-643-06969-0.
  6. ^ Index to Scientific Names of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names Seedtest (PDF). Persatuan Pengujian Biji Benih Antarabangsa. Dicapai pada 2 Januari 2012.
  7. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*aRuhu — a shore tree: Casuarina equisetifolia". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 15 September 2022.
  8. ^ Lee, Y. F. (2005). Preferred Check-List of Sabah Trees. Sandakan, Sabah: Jabatan Perhutanan Sabah. m/s. 4.
  9. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "chĕmara". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 203 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  10. ^ Benson, D. R.; Silvester, W. B. (June 1993). "Biology of Frankia strains, actinomycete symbionts of actinorhizal plants". Microbiological Reviews. 57 (2): 293–319. doi:10.1128/mr.57.2.293-319.1993.
  11. ^ a b c d e Tan, Ria (Oktober 2016). "Rhu or Casuarina tree". Wild Singapore. Dicapai pada 3 September 2022.
  12. ^ a b c Orwa, C.; Mutua, A.; Kindt, R.; Jamnadass, R.; Simons, A. (2009). "Casuarina equisetifolia" (PDF). Agroforestree Database. World Agroforestry Centre. Dicapai pada 3 September 2022.
  13. ^ a b c Huxley, Anthony; Griffiths, Mark; Levy, Margot (1992). The New Royal Horticultural Society dictionary of gardening. 1. London: Macmillan. ISBN 0-333-47494-5.
  14. ^ 3, Kampung Ru Renggeh, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
  15. ^ Kampong Ru Dua Map — Satellite Images of Kampong Ru Dua
  16. ^ Thulaja, Naidu Ratnala (24 Januari 2018) [31 Disember 2004]. "Tanjong Rhu Road". Infopedia. Pemerintah Singapura. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  17. ^ "Tanjung Rhu". Kilim Geoforest Park. Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad. 2022. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  18. ^ "'Replant Aru trees, mangroves at Tanjung Aru blaze site' call". Daily Express. 22 Julai 2021. Dicapai pada 25 Oktober 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]