Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Revolusi Mesir 1952

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Revolusi Mesir 1952 atau Revolusi 23 Julai (Arab: ثورة 23 يوليو 1952) dilakukan pada 23 Julai 1952 oleh sekumpulan pegawai tentera menamakan diri mereka "Pergerakan Pegawai Bebas". Revolusi ini pada mulanya bertujuan untuk menggulingkan Raja Farouk I. Bagaimanapun, pergerakan ini beralih kepada memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan mewujudkan sebuah republik. Kejayaan revolusi itu memberi inspirasi kepada banyak negara Arab dan Afrika untuk menjatuhkan 'rejim rasuah'.

Pemerintahan beraja di Mesir mengamalkan rasuah ,pro-British dan gaya hidup mewah bertentangan dengan pergerakan pegawai pembebasan hidup dalam kemiskinan.Mereka dilihat hanyalah boneka kepada penjajah Britain. Beberapa institusi Mesir seperti polis, istana dan malah parti politik dilihat rasuah.

Kehilangan 78 % tanah Palestin dalam Perang Arab-Israel 1948 menyebabkan rasa tertekan di kalangan pegawai tentera dan rakyat Mesir. Pergerakan ini dipimpin oleh Gamal Abdel Nasser. Mereka menggunakan nama jeneral tentera, Muhammad Naguib kerana mempunyai pengaruh besar di kalangan tentera. Pada 26 Julai 1952, Mohamed Naguib telah menemui Raja Farouk I meminta raja turun tahkta. Pelbagai alasan diberikan . Antaranya kehidupan raja mewah amat bertentangan kehidupan rakyat jelata miskin. Rasuah berlaku di mana-mana terutama di kalangan polis , tentera, pegawai dan parti politik. Malahan Perang Palestin 1948 menerima kekalahan tidak sepatutnya kerana berlaku kebocoran maklumat dan rasuah.

Pelaksanaan revolusi

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Januari 1952 tentera British menyerang berek polis Mesir di Ismailia selepas polis itu enggan menyerah. 50 pegawai polis Mesir terbunuh dan 100 tercedera. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan rakyat Mesir. Rusuhan- rusuhan berlaku di Kaherah dilihat permulaan berakhir pemerintahan beraja. Keesokan harinya, 26 Januari 1952 ("Sabtu Hitam"), rakyat Mesir melihat berlakunya revolusi kedua selepas Revolusi Mesir 1919. Perusuh di Kaherah menyerang kepentingan dan syarikat asing. Perusuh mensasarkan kepentingan British, pejabat syarikat penerbangan, hotel-hotel, filem-filem, tiang- tiang ,Hotel Shepheard, pejabat-pejabat BOAC, dan Kelab Kuda British khususnya. Pemerhati melihat rusuhan ini telah dirancang dengan teliti.

Raja Farouk disingkirkan dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mesir Mustafa el-Nahhas. Kerajaan selepas itu ialah Ali Maher (27 Januari – 1 Mac), Ahmed Naguib El-Hilali (2 Mac – 29 Jun, dan 22–23 Julai) dan Hussein Sirri (2–20 Julai). 3 kerajaan ini gagal mengekang rasuah berleluasa. Pada 16 Julai Raja Farouk I membatalkan pilihan raya dan melantik dirinya dan cuba mengawal semula angkatan tentera.Rancangan kudeta diadakan pada 5 Ogos.Tetapi apabila Jeneral Muhammad Naguib pada 19 Julai menyatakan mempunyai senarai pegawai tentera terlibat, maka pemimpin rampasan kuasa bertindak pada malam 22 Julai.

Pada pagi Rabu, 23 Julai 1952, rampasan kuasa tentera terjadi di Mesir, dilakukan oleh Pegawai Pembebasan diketuai oleh Jeneral Muhammad Naguib, tetapi kuasa sebenar di belakang rampasan kuasa tentera adalah Gamal Abdel Nasser.

Pada 7:30 am, siaran stesen televisyen memberitahu tentang revolusi pimpinan Jeneral Naguib .Berita revolusi itu dibacakan oleh Anwar Sadat yang kemudian menjadi Presiden Mesir :

Revolusi ini dilakukan kerana banyaknya sogokan, kerosakan, dan ketidakstabilan kerajaan. Kesemua ini adalah faktor-faktor itu mempengaruhi pihak tentera Mesir. Amalan rasuah menyebabkan kita kalah dalam Perang Palestin [1948]. Para pembelot wujud di kalangan pegawai tertinggi tentera. Kini tentera tidak lagi dapat diharapkan untuk mempertahankan Mesir.Rakyat Mesir jangan membenarkan pembelot ini memerintah negara Mesir.

Raja Farouk cuba mendapatkan bantuan dari Amerika Syarikat tetapi gagal. Batalion tentera ke-25 menduduki Alexandria, di mana raja berada di Istana Montaza. Raja Farouk pindah ke Istana Ras Al-Teen di pantai. Naguib mengarahkan kapten perahu layar "al-Mahrusa" milik Raja Farouk supaya tidak belayar atas perintah tentera. Anternatif ialah Raj Ahmed Fouad dilantik dan Raja Farouk dibuang negeri pada hari Sabtu, 26 Julai 1952 . Pada 6 jam petang, Raja Farouk belayar ke utara menuju pantai Itali dengan iringan tentera Mesir. Pada 28 Julai 1952, Muhammad Naguib menjadi Presiden Mesir pertama menandakan sejarah pentadbiran moden Mesir.

Selepas revolusi

[sunting | sunting sumber]

Majlis Pemenrintahan Revolusi (RCC), dianggotai oleh 9 ahli termasuk Muhammad Naguib dibentuk. Ali Maher diminta untuk membentuk sebuah kerajaan awam. Pembaharuan ini mebawa kepada rusuhan pekerja di Kafr Dawar pada 12 Ogos 1952 menyebabkan 2 kematian . Ali Maher meletakkan jawatan pada 7 September akibat perselisihan pendapat dengan pegawai tentera terutama berhubung reformasi tanah. Mohamed Naguib menjadi perdana menteri. Pada 9 September, Reformasi Undang-Undang Pertanian diluluskan. Tujuannya untuk pengagihan semula negara di kalangan petani-petani kampung dan meberi sekeping siling 200 feddans pada pemilikan tanah. Pada 9 Disember, 1923 Perlembahaan Mesir dibatalkan .

Pada 16 Januari 1953 RCC mengharamkan semua parti politik dan mengisytiharkan tempoh peralihan tiga tahun dan RCC akan memerintah. Perlembagaan sementara diisytiharkan pada 10 Februari, dan Liberation Rally diketuai oleh Gamal Abdel-Nasser dan pgawai tentera yang rapat dengannya. Pada 18 Jun, RCC mengisytiharkan Mesir republik, menghapuskan pemerintahan beraja dan melantik General Muhammad Naguib, berumur 52, menjadi presiden pertama dan perdana menteri. Gamal Abdel-Nasser, 35, dilantik timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri. Tribunal Revolusi mengandungi ahli-ahli RCC seperti Abdel-Latif El-Boghdadi, Anwar Sadat dan Hassan Ibrahim.

Pada Januari, 'Persaudaraan Islam' diharamkan. Akibatnya mereka melancarkan tunjuk perasaan pada 12 Januari 1954. Mereka bertempur dengan RCC, dan mahu mengusir Naguib. Tindakan ini turut disokong oleh pembangkang dalam tentera dan beberapa anggota RCC, seperti Khaled Mohieddin. Oleh itu Gamal Abdel Nasser mengambil alih kuasa, menjadi pengerusi RCC dan perdana menteri. Kedudukan Naguib tinggal samar-samar sehingga 14 November, apabila beliau disingkir daripada jawatan dan dikenakan tahanan dalam rumah.

Pada 26 Oktober, arahan bunuh oleh Nasser semasa perhimpunan besar diAlexandria pada 9 Disember.Perjanjian ditandatangani dengan Britain pada 19 Oktober untuk mengeluarkan tentera British dari Mesir dalam tempoh 20 bulan. Dua tahun kemudian, pada 18 Jun 1956, Nasser menaikkan bendera Mesir di Terusan Suez.sebagai tanda tentera British telah berjaya dihalau. Pada 7 Jun 1955 , undang-undang memiliknegara semua syarikat asing dalam usaha "Egyptianisation" .

Presiden Nasser mengumumkan Perlembagaan Mesir yang baru pada 16 Januari. Antaranya presiden mempunyai kuasa bagi melantik dan memecat menteri-menteri. Wanita dibenarkan mengundi kali pertama dalam sejarah Mesir. Nasser dipilih sebagai presiden Republik Mesir pada 23 Jun. Pada 1957, Nasser mengumumkan pembentukan National Union (Al-Ittihad Al-Qawmi), membuka jalan untuk pilihan raya-pilihan raya Julai untuk National Assembly, parlimen pertama semenjak 1952.

Krisis Terusan Suez

[sunting | sunting sumber]

Mesir meminjam daripada Bank Dunia sejak lewat 1955 untuk membiayai pembinaan Empangan Aswan. Bank Dunia, AS dan Britain menghulurkan AS$ 70 juta untuk projek itu. Pada 20 Julai 1956, AS dan Britain menarik balik tawaran. Bank Dunia juga membatalkan bantuan pinjaman. Pada 26 Julai, Nasser mengumumkan memiliknegarakan syarikat Terusan Suez bagi membiayai pembinaan Empangan Swan dan siap dibina pada Januari 1968. Hal ini menambah ketegangan antara Mesir, Britain dan Perancis lalu membekukan aset-aset Mesir dan memberi amaran serangan tentera.

Pada 1 Ogos, KRSS setuju menghulurkan bantuan bagi membina empangan tinggi itu. Hubungan dengan Britain dan Perancis terus merosot sepanjang musim panas. Kemuncaknya ialah serangan Inggeris-Perancis-Israel terhadap Mesir pada Oktober. Pasukan Israel menguasai Gaza dan Sinai pada 29 Ogos. Pada 31 Ogos tentera British dan Perancis diserang di Terusan Suez. Operasi tentera dihentikan setelah mendapat tekanan daripada KRSS, AS dan tekanan PBB pada 7 November. Tentera British dan Perancis dipindahkan pada 22 Disember. Semua bank dan syarikat British dan Perancis berjumlah 15,000 dimiliknegarakan.

Persekutuan dengan Syria

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Februari 1958, Mesir bergabung dengan Syria membentuk Republik Arab Bersatu (UAR). 1956 Perlembagaan dibatalkan dan kerajaan sementara memerintah. Parti Kebangsaan Mesir dibubarkan. Pada 2 April, Nasser melancarkan bendera baru berwarna merah, putih dan hitam dengan dengan dua bintang iaitu Mesir dan Syria.

Seramai 1,750 anggota Kongres mewakili petani, buruh, profesional dan bersidang pada Mei untuk membincangkan Draf Perlembagaan Negara. Pada 30 Jun, Kongres meluluskan Perlembagaan, menubuhkan pertubuhan politik baru, Kesatuan Arab Sosialis (ASU) bagi menggantikan National Union. 50 peratus dari kerusi dalam ASU dipenuhi oleh para petani dan pekerja-pekerja. Unit-unit ASU didirikan di kilang-kilang, firma-firma, koperasi-koperasi pertanian, kementerian-kementerian dan firma profesional.

Perang Yaman

[sunting | sunting sumber]

Pada 1962 Mesir terbabit dalam perang saudara Yaman, menyokong revolusi pimpinan Abdullah al-Sallal dan menyingkirkan raja Imam Badr dan republik diisytiharkan. Penglibatan ini membebankan kewangan dan ketenteraan Mesir dan mewujudkan rasa benci di Arab Saudi serta rasa memihak kepada raja Yaman.

Perang Enam Hari 1967

[sunting | sunting sumber]

Perang Enam Hari