Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Re:Zero kara Hajimeru Isekai Seikatsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Re:Zero kara Hajimeru Isekai Seikatsu
Re:ゼロから始める異世界生活
(Re:Zero kara Hajimeru Isekai Seikatsu)
GenrePsikologi, Misteri, Genre debaran, Aksi, Pengembaraan, Fantasi
Manga
PengarangTappei Nagatsuki
PenerbitShōsetsuka ni Narō (Penerbitan sendiri)
Tarikh Pengeluaran20 April 2012 – kini
Jilid7 + 2 (cerita sampingan) + 9 (cerita alternatif)
Novel ringan
PengarangTappei Nagatsuki
IlustrasiShinichirou Otsuka
PenerbitKodokawa Media Factory
DemografikSeinen
PencetakanMF Bunko J
Tarikh Pengeluaran25 Januari 2014 – kini
Jilid28 siri utama + 5 siri cerita tambahan & 6 siri cerita sampingan (Senarai jilid)
Manga
Dai-Ichi-Shō: Ōto no Ichinichi-hen
PengarangTappei Nagatsuki
IlustrasiDaichi Matsuse
PenerbitKodokawa Media Factory
DemografikSeinen
Majalah AsalMonthly Comic Alive
Tarikh Pengeluaran27 Jun 201427 Februari 2015
Jilid2 (Senarai jilid)
Manga
Dai-Ni-Shō: Yashiki no Ishūkan-hen
PengarangTappei Nagatsuki
IlustrasiMakoto Fūgetsu
PenerbitSquare Enix
DemografikSeinen
Majalah AsalGangan Comics
Tarikh Pengeluaran25 Oktober 201425 Januari 2017
Jilid4 (Senarai jilid)
Manga
Dai-San-Shō: Truth of Zero
PengarangTappei Nagatsuki
IlustrasiDaichi Matsuse
PenerbitKodokawa Media Factory
DemografikSeinen
Majalah AsalMonthly Comic Alive
Tarikh Pengeluaran27 Mei 201521 Februari 2020
Jilid11 (Senarai jilid)
Manga
Dai-yon-shou: The Sanctuary and the Witch of Greed
PengarangTappei Nagatsuki
IlustrasiDaichi Matsuse
PenerbitKadokawa Media Factory
DemografikSeinen
Tarikh Pengeluaran21 Februari 2020 – kini
Jilid5
Siri televisyen anime
PengarahMasaharu Watanabe
PenerbitSho Tanaka
Masahito Iketomo
Yoshikazu Beniya
Aya Iizuka
Kazuo Onuki (musim 1)
Eriko Aoki (musim 1)
Mitsuhiro Ogata (musim 2)
Skrip/PenulisMasahiro Yokotani
Lagu/MuzikKenichirō Suehiro
StudioWhite Fox
Dilesenkan oleh
Anime Limited
Penyiaran AsalTV Tokyo, TVO, TVA, AT-X
Tarikh tayangan4 April 2016kini
Episod50 (Senarai episod)
Permainan
Re:Zero -Starting Life in Another World- Death or Kiss
Pembangun5pb.
GenreNovel visual
PelantarPS4, PS Vita
Tarikh dikeluarkan
  • JP: 30 Mac 2017
Permainan
Re:Zero -INFINITY-
PembangunTianjin Tianxiang Interactive Technology Co.
PengeluarBlack Tea Rabbit Studio
GenreRPG, Kad, Simulasi, Gatcha
PelantarAndroid, iOS
Tarikh dikeluarkan14 Januari 2020
Permainan
Re:Zero - Lost in Memories
Pembangunsega
Pengeluarsega
GenreAction RPG, Gatcha
PelantarAndroid, iOS
Tarikh dikeluarkan9 September 2020
Permainan
Re:Zero - Starting Life in Another World : The Prophecy of The Throne
PembangunChime
PengeluarSpike Chunsoft
GenreNovel visual, Tactitcal Role-Playing
PelantarPS4, PC, Nintendo Switch
Tarikh dikeluarkan
  • JP: 28 Januari 2021
  • ENG: 29 Januari 2021
  • PAL: 5 Februari 2021
Portal Anime dan Manga

Re:Zero kara Hajimeru Isekai Seikatsu (Jepun: Re:ゼロから始める異世界生活, Hepburn: secara harfiahnya, "Re: Life in a different world from zero/Re: Kehidupan di Dunia Berbeza yang bermula dari kosong") juga dikenali dengan tajuk antarabangsanya, Re:Zero − Starting Life in Another World, secara harfiahnya "Re:Zero – Mulakan Kehidupan di Dunia Lain", merupakan siri novel ringan yang ditulis oleh Tappei Nagatsuki dan diilustrasikan oleh Shinichirou Otsuka. Siri ini mengisahkan seorang remaja bernama Subaru Natsuki yang merupakan seorang hikikomori yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia berlainan semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai serbaneka. Awalnya, siri ini diterbitkan secara digital melalui laman web Shōsetsuka ni Narō pada 2012 sehingga kini. Siri ini telah menghasilkan 27 buah jilid yang diterbitkan oleh Media Factory di bawah syarikat Kodokawa sejak 25 Januari 2014 dan dicetak di syarikat MF Bunko J.

Siri ini mempunyai tiga buah arka yang dipecahkan kepada beberapa bahagian dalam siri manga. Bahagian pertama dihasilkan oleh Daichi Matsue dan diterbitkan oleh Media Factory antara Jun 2014 dan Mac 2015. Bahagian kedua dihasilkan oleh Makoto Fugetsu dan diterbitkan oleh Square Enix sejak Oktober 2014. Matsue melancarkan bahagian ketiga yang juga diterbitkan oleh Media Factory pada Mei 2015. Selain itu, Media Factory menerbitkan senaskhah manga antologi pada bulan Jun 2016. Siri anime dihasilkan oleh White Fox yang mula bersiaran pada 4 April sehingga 19 Septamber 2016. Pada Ogos 2016, pembangun permainan video 5pb. mengumumkan menghasilkan permainan video siri ini genre novel visual yang telah dikeluarkan pada 30 Mac 2017.

Pada permulaan cerita, Subaru Natsuki merupakan seorang yang bersikap hikikomori (seseorang menjauhkan diri mereka daripada kehidupan sosial dan hanya bermain permainan video). Pada suatu malam selepas membeli barang di sebuah kedai serbaneka, secara tiba-tiba Subaru dibawa ke dunia lain. Tidak diketahui siapa yang membawa Subaru ke dunia lain. Tidak lama kemudian, Subaru berkawan dengan seorang gadis manusia-elf berambut perak yang bernama "Satella" dan temannya, seekor kucing bernama Puck. "Satella" memberitahukan kecurian lambangnya oleh seorang pencuri budak bernama Felt. Apabila Subaru dan "Satella" dibunuh secara misteri, secara tiba-tiba Subaru hidup kembali lalu dia mendapati dia memperoleh keupayaan "Kembali oleh Kematian", membolehkannya untuk membalikkan masa sebelum mati. Subaru mengetahui bahawa nama "Satella" sebenarnya merujuk kepada Penyihir Cemburu dan dianggap pemali. Dengan bantuan Reinhard, Subaru menyelamatkan kehidupan "Satella" daripada pembunuh Elsa, yang mendedahkan identiti sebenar "Satella" ialah Emilia. Sebagai tanda terima kasih, Felt mengembalikan semula lencana itu kepada Emilia.

Selepas itu, Subaru melalui pelbagai peristiwa yang sangat perit, ganas, gembira dan sedih antaranya ialah salah faham antara Rem dan Ram; menyelamatkan budak kampung daripada anjing syaitan; mempertahankan maruah Emilia seorang manusia-elf pada pandangan orang ramai semasa pemilihan pemaisuri; pertarungan antara raksasa Ikan Paus Putih (White Whale); dan pertarungan sengit antara sekumpulan pembunuh kejam dikenali sebagai Witch's Cult diketuai oleh Petelgeuse.

  • Subaru Natsuki (ナツキ・スバル [菜月 昴], Natsuki Subaru)
  • Emilia (エミリア, Emiria)
  • Rem (レム, Remu)
  • Ram (ラム, Ramu)
  • Puck (パック, Pakku)

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Novel ringan

[sunting | sunting sumber]

Ikemoto Masahito, seorang pengarah siri di MF Bunko J, mula menyedari akan kewujudan novel web ini dalam bulan April 2013 bilamana ia mulai muncul di suapan Twitternya.[1] Dia sungguh kagum dengan penggunaan kebolehan luar biasa dalam siri ini iaitu, "Kembali oleh Kematian" dan betapa novel ini mempunyai "corak nada yang menyedihkan namun mengejutkan mengenai genre fantasi". Ikemoto mula bekerja dengan Nagatsuki untuk menyesuaikan siri ini menjadi sebuah novel ringan.[1][2] Kebanyakan novel ringan sepanjang 250 muka surat, tetapi Nagatsuki menyerahkan senaskhah manuskrip yang panjangnya lebih daripada 1,000 muka surat untuk novel pertamanya, lantas memaksa Ikemoto menyuntingnya dengan banyak.[2] Walaupun Nagatsuki ingin terlibat dalam pembangunan dunia sejak awal-awal lagi, Ikemoto merasakan bahawa lebih penting buat pembaca memahami keterlibatan watak-watak dalam siri ini. Beliau akhirnya menyusun semula kisah itu sehinggakan bahagian yang memberi tumpuan kepada dunia dan cerita latar dalam siri ini ditangguhkan sehingga arka ketiga.[2]

Sebelum penglibatan Nagatsuki dalam Re:Zero, Shinichirō Otsuka yang merupakan seorang pengilustrasi pernah bekerja dalam penghasilan permainan video yang membuatkan Otsuka melukis latar belakang dahulu ketika menggambarkan siri.[3] Setelah membaca novel web tersebut, Otsuka menyerahkan beberapa reka bentuk watak utama untuk Ikemoto. Reka bentuk awal Subaru membuatnya kelihatan seperti watak jahat[4]yang Otsuka kemudian gambarkannya sebagai "bukan wajah seorang remaja lelaki". Ikemoto lantas meminta watak tersebut menjadi "lebih mesra dan kurang bengis" supaya pembaca dapat berempati dengannya semasa adegan emosi.[2] Pada mulanya, reka bentuk watak Emilia kurang menarik. Oleh itu, beberapa ciri telah ditambah untuk menjadikannya lebih menarik.[2][4] Ikemoto menyatakan bahawa dia harus sesuai dengan acuan "heroin arketip (contoh tipikal)". Rem dan Ram juga mengalami perubahan ketara daripada draf pertama: reka bentuk asal mereka kekurangan bahagian rambut yang kebiasaan, dan pakaian seragam mereka lebih labuh dan lebih "tradisional".[2]

Novel web

[sunting | sunting sumber]

Re:Zero mula diterbitkan secara bersiri dalam bentuk novel web yang disiarkan oleh Tappei Nagatsuki (menulis dengan nama pengguna Nezumi-iro Neko (鼠色猫?, "Kucing Berwarna Tikus")[5] di laman web yang dijana pengguna, Shōsetsuka ni Narō mulai 20 April 2012 sehingga kini.[6][7] Setakat 13 Jun 2017, enam naskhah novel dan dua cerita sampingan telah diterbitkan, dengan kesemuanya merangkumi sejumlah 429 bab.[8]

Novel ringan

[sunting | sunting sumber]

Berikutan penerbitan novel web, Media Factory menguruskan terbitan cetakan siri ini.[6] Novel ringan jilid pertama bersama pengilustrasi Shinichirō Otsuka mula diterbitkan pada 25 Januari 2014 dan dicetak di syarikat MF Bunko J. Sehingga Disember 2016, sebanyak 13 buah jilid telah diterbitkan merangkumi dua buah cerita sampingan. Nagatsuki and Otsuka memulakan cerita pendek baru di majalah Monthly Comic Alive yang menumpukan watak Elsa pada Ogos 2016.[9][10] Sebelum ini siri ini bertumpu pada watak Petra Leyte pada 26 November 2015[11] yang diikuti watak kembar (Ram dan Rem) pada 27 Januari 2016.[10]

Rancangan radio internet

[sunting | sunting sumber]

Adaptasi siri televisyen anime diumumkan oleh Kadokawa pada Julai 2015.[12] Siri ini diarahkan oleh Masaharu Watanabe manakala penulis skripnya ialah Masahiro Yokotani serta dianimasikan oleh studio White Fox di bawah syarikat Kodokawa. Kyuta Sakai ditugaskan sebagai pereka bentuk watak dan ketua pengarah animasi.[13] Muzik dalam siri ini disusun oleh Kenichiro Suehiro.[14] Kentaro Minegishi ditugaskan sebagai pengarah fotografi manakala Yoshito Takamine ditugaskan sebagai pengarah seni. Jin Aketagawa bertanggungjawab sebagai pengarah suara dalam anime ini manakala kesan bunyi dihasilkan oleh Yuji Furuya. Kakitangan-kakitangan lain dalam siri anime ini ialah Hitomi Sudo (suntingan animasi), Yu Karube (pengarah 3 dimensi), Saaya Kinjō (konfigurasi seni), Izumi Sakamoto (reka bentuk warna), Noritaka Suzuki (reka bentuk prop) dan Gōichi Iwabatake (reka bentuk prop).[14]

Sebanyak 25 buah episod teleh ditayangkan di TV Tokyo, TV Osaka, TV Aichi, dan AT-X bermula pada 4 April[a] sehingga 19 September 2016.[15][16] Episod pertama telah dilanjutkan tayangannya sepanjang 50 minit.[15] Episod ke-18 menambah sebanyak 2 minit lebih lama daripada episod anime biasa dengan jumlahnya sepanjang 25 minit 45 minit.[17] Episod ke-25 menambah 4 minit dengan jumlahnya sepanjang 27 minit 15 saat.

Musim kedua anime ini telah diumumkan pada 23 Mac 2019.[18] Musim ini pada asalnya dijadualkan bermula pada April 2020, tetapi ditunda ke 8 Julai 2020 akibat perkembangan pandemik COVID-19.[19][20]

Lagu tema

[sunting | sunting sumber]
Lagu pembukaan
No. Episod Tajuk lagu Penyanyi Lirik Komposer Susunan Nota Ruj.
1 2, 4, 6, 8, 10 "Redo" Konomi Suzuki Mizuno Genki Makoto Miyazaki Episod 11 dijadikan sebagai lagu sisipan.
Dikeluarkan: 11 Mei 2016 (JP)
[21]
2 14, 17, 19, 20, 23 "Paradisus-Paradoxum" MYTH & ROID Dikeluarkan: 24 Ogos 2016 (JP) [22] [23]
Lagu penutup
No. Episod Tajuk lagu Penyanyi Lirik Komposer Susunan Nota Ruj.
1 1-5, 8-11, 25 "STYX HELIX" MYTH & ROID Dikeluarkan: 25 Mei 2016 (JP) [21]
2 13, 16-17, 20-23 "Stay Alive" Emilia (Rie Takahashi) Heart's Cry [22]
Lagu sisipan

Lagu sisipan ini dimainkan di penghujung episod yang terlibat.

No. Episod Tajuk lagu Penyanyi Lirik Komposer Susunan Nota Ruj.
1 7 "STRAIGHT BET" MYTH & ROID Sebahagian dalam single "STYX HELIX". [24]
2 8 "Bōya no Yume yo" (ぼうやの夢よ) Emilia (Rie Takahashi) hotaru Masayoshi Oishi
3 14 "theater D" MYTH & ROID Sebahagian dalam single "Paradisus-Paradoxum". [23] [25]
4 18 "Wishing" Rem (Inori Minase) Hige Driver Ayato Shinozaki

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi dalam siri ini dikeluarkan melalui cakera padat pada 26 Oktober 2016. Ia mempunyai 21 runut bunyi yang digubah oleh Kenichiro Suehiro.[26]


Novel visual

[sunting | sunting sumber]

Lain-lain media

[sunting | sunting sumber]

Menurut berita web novel ringan LN News, siri ini telah terjual sebanyak 1 juta salinan yang telah dicetak setakat Jun 2016[27] dan juga terjual sebanyak 2 juta salinan pada September 2016.[28] Siri novel ringannya pula telah terjual sebanyak 263,357 salinan, lantas mendapat tempat ke-10 dalam carta jualan terbanyak di Jepun antara November 2015 sehingga Mei 2016.[29] Ketika itu, jilid pertama dan kedua disenaraikan dalam carta kedudukan jualan novel ringan paling terlaris dengan masing-masing telah mendapat tempat ke-35 (jilid pertama dijual sebanyak 49,194 salinan) dan ke-48 (jilid kedua dijual sebanyak 41,617 salinan).[30] Pada tahun 2016, siri ini semakin mendapat sambutan hangat kerana mendapat tempat ke-4 dalam carta novel ringan keseluruhan tahun tersebut yang telah terjual sebanyak 1,007,381 salinan antara November 2015 sehingga November 2016.[31]

Siri ini mendapat tempat ke-21 dalam carta siri anime paling terlaris pada 2016 dengan jualan sebanyak 68,791 unit DVD dan blu-ray.[32]

  1. ^ Siri ini dijadualkan bersiaran pada 3 April pada jam 25:35, secara logik ia bersiaran pada 4 April pada jam 1:35.
  1. ^ a b Luster, Joseph (17 Julai 2016). "FEATURE: "Re:ZERO" All-Night Marathon and Staff Discussion – What Makes Subaru Tick (Everyone Off)". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  2. ^ a b c d e f Jack, Er Gin (26 Jun 2016). "FEATURE: "Re:ZERO" All-Night Screening Event!". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  3. ^ Luster, Joseph (13 Ogos 2016). "FEATURE: "Re:ZERO" Director and Composer Discuss Who The True Heroine Is: Emilia or Rem?". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  4. ^ a b Reka bentuk watak pada permulaan siri di Wikipedia Bahasa Inggeris. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  5. ^ Nagatsuki, Tappei (Julai 2016). "Afterword". Re:ZERO -Starting Life in Another World- Volume 1 (dalam bahasa English). Yen Press. m/s. 229–231. ISBN 978-0-316-31530-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b Komatsu, Mikikazu (21 Mac 2016). ""Re: Zero kara Hajimeru Isekai Seikatsu" TV Anime One Hour Premiere Set for April 3". Crunchyroll. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  7. ^ Re:ゼロから始める異世界生活. Shōsetsuka ni Narō (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  8. ^ Re:ゼロから始める異世界生活. Shōsetsuka ni Narō (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  9. ^ Green, Scott (27 Ogos 2016). "Smell The Entrails As Elsa "Bowel Hunter" Granhirte Gets Her Own "Re:Zero" Side Story". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  10. ^ a b Green, Scott (26 Disember 2017). ""Comic Alive" To Offer New "Re:Zero" Rem & Ram Side Story Along With "Together With Rem – Night" Poster". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  11. ^ Green, Scott (12 November 2016). "Petra Gets Her Own "Re:ZERO" Side Story". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  12. ^ "Re: Life in a different world from zero Light Novels Get TV Anime Adaptation" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. 19 Julai 2015. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  13. ^ "Re: Life in a different world from zero Anime's Cast, Staff, April Premiere Revealed". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 18 Disember 2015. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  14. ^ a b "STAFF&CAST". Re-zero-anime.jp (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-11. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  15. ^ a b Komatsu, Mikikazu (21 Mac 2016). ""Re: Zero kara Hajimeru Isekai Seikatsu" TV Anime One Hour Premiere Set for April 3". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  16. ^ "Re:ZERO -Starting Life in Another World- Anime Listed With 25 Episodes". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 4 April 2016. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  17. ^ Green, Scott (25 Julai 2016). "A Standard-Length Episode Couldn't Contain All "Re:ZERO" 18 Has To Offer". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  18. ^ KADOKAWAanime (23 Mac 2019). "『Re:ゼロから始める異世界生活』TVアニメーション《第2期》製作決定". YouTube. Dicapai pada 23 Mac 2019.
  19. ^ Frye, Patrick (11 Jun 2020). "Re:Zero Season 2 release date set in July 2020: Re:Zero kara Hajimeru Isekai Seikatsu (Re:Zero Starting Life In Another World) Season 2 delayed by coronavirus outbreak". Monsters and Critics. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  20. ^ Hodgkins, Crystalyn (9 Mac 2020). "Re:ZERO TV Anime's 2nd Season Delayed to July". Anime News Network. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  21. ^ a b "Re: Life in a different world from zero Anime's Theme Songs, Character Designs Revealed". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 25 Februari 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  22. ^ a b "MYTH&ROID, Rie Takahashi Perform Re:Zero Anime's New Theme Songs". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 11 Jun 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  23. ^ a b 第2クール オープニングテーマ MYTH & ROID 「Paradisus-Paradoxum」. Re-zero-anime.jp (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-03. Dicapai pada 25 Ogos 2016.
  24. ^ Rezero_official (21 Mei 2016). 第7話の最後に流れた挿入歌は、MYTH & ROIDの『STRAIGHT BET』です! 5月25日発売のEDテーマ『STYX HELIX』のCW曲ですよ。. Twitter. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  25. ^ MYTH & ROID「Re:ゼロから始める異世界生活」の新OPテーマをYouTube公開. Natalie (dalam bahasa Jepun). 6 Julai 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  26. ^ a b サウンドトラックCD [Soundtrack CD]. Re-zero-anime.jp (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-03. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  27. ^ "Re:Zero Novels Have 1 Million Copies in Print". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 11 Jun 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  28. ^ Hodgkins, Crystalyn (19 September 2016). "Re: Zero Novel Ad: 'TV Anime's Sequel' is in the Novels". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  29. ^ "Top-Selling Light Novels in Japan by Series: 2016 (First Half)". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 29 Mei 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  30. ^ "Top-Selling Light Novels in Japan by Volume: 2016 (First Half)". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 29 Mei 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  31. ^ "Top-Selling Light Novels in Japan by Series: 2016". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 30 November 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  32. ^ "Top-Selling Animation in Japan on Blu-ray Disc/DVD by Series: 2016". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 28 Disember 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]