Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Putera Wales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Putera
Wales
Tywysog Cymru
Penyandang
William
sejak 9 September 2022
GelaranDuli Yang Teramat Mulia
KediamanKensington Palace (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Dilantik olehRaja United Kingdom (sebelum ini England)
Tempoh jawatanSeumur hidup atau sehingga kenaikan takhta sebagai raja
Dibentuk
  • 1165 (gelaran Wales)
  • 1301 (gelaran Inggeris/British)
Pemegang pertama
Tapak webprinceofwales.gov.uk Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Putera Wales (bahasa Inggeris: Prince of Wales) ialah gelaran yang diberikan kepada pewaris takhta lelaki yang bakal menjadi raja England dan kemudian raja Britain. Gelaran ini bermula dengan pemerintah Wales dari Gwynedd yang menggunakannya untuk menunjukkan kekuasaan mereka terhadap pemerintah Wales lain. Pada tahun 1301, Raja Edward I memberikan gelaran ini kepada anakandanya Edward II untuk menunjukkan bahawa baginda telah menakluki Wales sepenuhnya. Sejak itu, gelaran ini diberikan kepada anakanda atau cucunda raja yang akan menjadi raja seterusnya. Semasa pemberontakan Wales dari tahun 1400 hingga 1415, Owain Glyndŵr juga menuntut gelaran Putera Wales.

William, yang diangkat sebagai Putera Wales oleh ayahandanya, Raja Charles III, pada 9 September 2022, kini memegang gelaran itu. Gelaran Putera Wales telah menimbulkan kontroversi dan perselisihan faham di Wales akhir-akhir ini.

Kelayakan

[sunting | sunting sumber]

Gelaran Puteri Wales tidak diberikan kepada pewaris takhta perempuan (yang bakal menjadi Ratu). Ini kerana perempuan boleh digantikan jika bondanya (iaitu Ratu pada masa itu) melahirkan seorang putera lelaki.

Selepas era Empayar Rom, Wales dibahagikan kepada beberapa daerah. Kerajaan England telah menakluki Wales pada 1066. Pada abad ke-12 dan ke-13, gelaran "Putera Wales" (bahasa Latin: Princeps Wallie, bahasa Wales: Tywysog Cymru) digunakan oleh pemerintah kawasan Wales yang diiktiraf oleh Raja England. Terdapat empat Putera Wales yang merupakan pemerintah Wales, iaitu:

Pada 1301, Edward I dari England telah memberikan gelaran "Putera Wales" kepada pewaris beliau, Putera Edward (yang menaiki takhta sebagai Edward II dari England). Sejak itu, gelaran "Putera Wales" telah diberikan kepada putera sulung Raja atau Ratu England, Great Britain dan akhirnya United Kingdom.

Senarai putera-putera Wales (pewaris takhta Inggeris atau British)

[sunting | sunting sumber]
Potret Nama Waris Keputeraan Menjadi pewaris takhta Diangkat sebagai Putera Wales Tidak lagi menjadi Putera Wales Kemangkatan
Edward dari Caernarvon Edward I 25 April 1284 19 Ogos 1284 7 Februari 1301[1] 7 Julai 1307
naik takhta sebagai Edward II
21 September 1327
Edward dari Woodstock Edward III 15 Jun 1330 12 Mei 1343[1] 8 Jun 1376
mangkat
Richard dari Bordeaux 6 Januari 1367 8 Jun 1376 20 November 1376[1] 22 Jun 1377
naik takhta sebagai Richard II
14 Februari 1400
Henry dari Monmouth Henry IV 16 September 1386 30 September 1399 15 Oktober 1399[1] 21 Mac 1413
naik takhta sebagai Henry V
31 Ogos 1422
Edward dari Westminster Henry VI 13 Oktober 1453 15 Mac 1454[1] 11 April 1471
diturunkan oleh ayahanda
4 Mei 1471
mangkat
Edward of York Edward IV 4 November 1470 11 April 1471 26 Jun 1471[1] 9 April 1483
naik takhta sebagai Edward V
1483
Edward dari Middleham Richard III 1473 26 Jun 1483 24 Ogos 1483[1] 31 Mac atau
9 April 1484
mangkat
Arthur Tudor Henry VII 20 September 1486 29 November 1489[1] 2 April 1502
mangkat
Henry Tudor 28 Jun 1491 2 April 1502 18 Februari 1504[1] 21 April 1509
naik takhta sebagai Henry VIII
28 Januari 1547
Edward Tudor Henry VIII 12 Oktober 1537 sekitar 18 Oktober 1537[2][3] 28 Januari 1547
naik takhta sebagai Edward VI
6 Julai 1553
Henry Frederick Stuart James I 19 Februari 1594 24 Mac 1603 4 Jun 1610[1] 6 November 1612
mangkat
Charles Stuart 19 November 1600 6 November 1612 4 November 1616[1] 27 Mac 1625
naik takhta sebagai Charles I
30 Januari 1649
Charles Stuart Charles I 29 Mei 1630 sekitar 1638–1641[1] 30 Januari 1649
gelaran dimansuhkan;
kemudiannya naik takhta sebagai Charles II
(1660)
6 Februari 1685
James Francis Edward Stuart James II 10 Jun 1688 sekitar 4 Julai 1688[1] 11 Disember 1688[4]
diturunkan oleh ayahanda
1 Januari 1766
George Ogosus George I 10 November 1683 1 Ogos 1714 27 September 1714[1][5] 11 Jun 1727
naik takhta sebagai George II
25 Oktober 1760
Frederick Louis George II 1 Februari 1707 11 Jun 1727 7 Januari 1728[1][6] 31 Mac 1751
mangkat
George William Frederick 4 Jun 1738 31 Mac 1751 20 April 1751[1][7] 25 Oktober 1760
naik takhta sebagai George III
29 Januari 1820
George Ogosus Frederick George III 12 Ogos 1762 17 Ogos 1762[1][8] 29 Januari 1820
naik takhta sebagai George IV
26 Jun 1830
Albert Edward Victoria 9 November 1841 8 Disember 1841[1][9] 22 Januari 1901
naik takhta sebagai Edward VII
6 Mei 1910
George Frederick Ernest Albert Edward VII 3 Jun 1865 22 Januari 1901 9 November 1901[1][10] 6 Mei 1910
naik takhta sebagai George V
20 Januari 1936
Edward Albert Christian George Andrew Patrick David George V 23 Jun 1894 6 Mei 1910 23 Jun 1910[1][11]
Pemasyhuran: 13 Julai 1911
20 Januari 1936
naik takhta sebagai Edward VIII;
kemudiannya Duke Windsor (1937)
28 Mei 1972
Charles Philip Arthur George Elizabeth II 14 November 1948 6 Februari 1952 26 Julai 1958[1][12]
Pemasyhuran: 1 Julai 1969
8 September 2022
naik takhta sebagai Charles III
masih hidup
William Arthur Philip Louis Charles III 21 Jun 1982 8 September 2022 9 September 2022[13][14] Penyandang masih hidup

Raja United Kingdom terkini, Charles III, merupakan putera Wales untuk tempoh masa yang sangat lama iaitu selama 64 tahun dan 44 hari dari tahun 1958 hingga tahun 2022. Baginda memegang gelaran ini untuk tempoh yang paling lama dan menjadi kerabat diraja yang paling tua berbuat demikian. Baginda juga merupakan pewaris takhta yang lebih lama daripada orang lain dalam sejarah British.[15] Apabila bondanya Elizabeth II mangkat pada 8 September 2022, Charles menjadi raja dan gelarannya sebagai putera Wales bergabung dengan takhta.[16] Keesokan harinya, Charles berkenan mengurniakan gelaran putera Wales kepada anakanda sulungnya, Putera William, Duke Cornwall dan Cambridge.[17][13] Ini menjadikan Putera William sebagai kerabat diraja tertua yang pernah dijadikan Putera Wales.

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u l Previous Princes Diarkibkan 14 Oktober 2013 di Wayback Machine. Prince of Wales official website. Dicapai pada 15 Julai 2013.
  2. ^ "Henry VIII: Oktober 1537, 16-20, in Letters and Papers, Foreign and Domestic, Henry VIII, Volume 12 Part 2, Jun-Disember 1537, ed. James Gairdner (London: Her Majesty's Stationery Office, 1891), 324-335". British History Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2022. Dicapai pada 20 Oktober 2022.
  3. ^ McIntosh, J. L. (2008). "From Heads of Household to Heads of State: APPENDIX C: Creating and Investing a Prince of Wales". Gutenberg-e Home (Columbia University Press). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2022. Dicapai pada 24 September 2022.
  4. ^ Terus menuntut gelaran itu sehingga 1701
  5. ^ "No. 5264". The London Gazette. 28 September 1714. m/s. 1.
  6. ^ "No. 6741". The London Gazette. 4 Januari 1728. m/s. 2.
  7. ^ "No. 9050". The London Gazette. 16 April 1751. m/s. 1.
  8. ^ "No. 10235". The London Gazette. 14 Ogos 1762. m/s. 2.
  9. ^ "No. 20049". The London Gazette. 7 Disember 1841. m/s. 3163.
  10. ^ "No. 27375". The London Gazette. 9 November 1901. m/s. 7289.
  11. ^ "No. 28387". The London Gazette. 23 Jun 1910. m/s. 4473.
  12. ^ "No. 41460". The London Gazette. 29 Julai 1958. m/s. 4733.
  13. ^ a b "William named the new Prince of Wales by King Charles III". BBC. 9 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2022. Dicapai pada 9 September 2022.
  14. ^ "No. 63979". The London Gazette. 27 Februari 2023. m/s. 3638. Letters patent were issued by the King dated 13 Februari 2023 for creating William Prince of Wales and Earl of Chester.
  15. ^ Bryan, Nicola (9 September 2017). "Prince Charles is longest-serving Prince of Wales". BBC.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2017. Dicapai pada 11 September 2017.
  16. ^ "Royal Family tree and line of succession". BBC News. 9 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2021. Dicapai pada 9 September 2022.
  17. ^ Furness, Hannah (9 September 2022). "Royal title changes: William to become Prince of Wales". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2022. Dicapai pada 9 September 2022.