Peristiwa Baengnyeong
ROKS Cheonan tenggelam | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Korea, Perang Ketam | |||||||
Lokasi Pulau Baengnyeong (merah) di Incheon (kuning) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Tentera Laut Rakyat Korea | Tentera Laut Republik Korea | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Tidak diketahui | Choi Won-il | ||||||
Kekuatan | |||||||
1 kapal selam kenit[1] 1 kapal sokongan | 2 korvet (Cheonan dan Sokcho) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tiada |
1 korvet tenggelam 46 kakitangan terkorban[2] |
Peristiwa Baengnyeong adalah kejadian yang berlaku pada tarikh 26 Mac 2010 apabila ROKS Cheonan(천안함), sebuah kapal Tentera Laut Korea Selatan dengan lebih dari 100 anak kapal, tenggelam di perairan pantai barat negara itu berhampiran Pulau Baengnyeong, di Laut Kuning.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pulau Baengnyeong adalah sebuah pulau Korea Selatan di Laut Kuning, berhampiran semenanjung Ongjin di Korea Utara. Itu terletak kurang daripada 10 batu dari pantai Korea Utara, dan lebih dari 100 batu dari daratan Korea Selatan. Pulau ini di sebelah barat Garis Batas Utara, sempadan perkongsian de facto Korea Selatan (ROK) dari Korea Utara (DPRK).
Daerah ini merupakan kawasan yang cukup ketegangan antara kedua-dua negara, hal itu tidak tercatat dalam perjanjian gencatan senjata pada akhir perang Korea dan pulau-pulau yang dituntut oleh Utara. Situasi ini menjadi lebih sulit kerana perairan yang kaya dengan penangkapan ikan, yang digunakan oleh DPRK dan kapal penangkap ikan China dan ada banyak pertengkaran selama beberapa tahun antara kapal angkatan laut dari kedua-dua belah pihak, yang berusaha melaksanakan apa yang kedua-dua belah pihak anggap sebagai perairan mereka. Ini telah disebut sebagai perang Ketam.[3] Pada tahun 2009 ada beberapa kejadian, terutama tindakan pada bulan November 2009 yang meninggalkan sebuah kapal DPRK rosak teruk, dan baru-baru ini sebagai Januari 2010 pertukaran tembak-menembak terjadi di dekat pulau Baengnyeong.
Berlatar belakangkan keadaan ini letupan Cheonan dipandang sebagai jahat, walaupun setakat ini kedua-dua belah pihak bertindak dengan menahan diri.
Kejadian
[sunting | sunting sumber]Pada 26 Mac 2010, sebuah letupan berlaku di atas Cheonan, sebuah korvet kelas Pohang. Puncanya masih belum dikenal pasti.[4]
Letupan itu berlaku di atau berhampiran buritan kapal, yang menyebabkan kapal itu terbelah dua lima minit kemudian, karam pada 21:30 waktu tempatan (12:30 UTC) kira-kira 1 batu nautika (1.9 km) dari persisiran Pulau Baengnyeong.
Penemuan rasmi
[sunting | sunting sumber]Pada 20 Mei, pasukan penyiasatan (dari Korea Selatan, Amerika Syarikat, England, Sweden, Australia) mengeluarkan laporan di mana mereka menyimpulkan bahawa tenggelamnya kapal perang itu sebenarnya akibat serangan peluru berpandu Korea Utara, mengulas bukti-buktinya jelas menunjukkan kesimpulan bahawa peluru berpandu ditembakkan oleh kapal selam Korea Utara. Penyelidikan itu juga mendapati bahawa sekumpulan kapal selam kecil, dikawal oleh sebuah kapal sokongan, berangkat dari sebuah pangkalan angkatan laut Korea Utara beberapa hari sebelum tenggelam.[5][6][7][1] Senjata khusus yang digunakan adalah torpedo CHT-02d buatan Korea Utara dihasilkan CHT-02d, yang cebis-cebisannya banyak ditemui.[8]
Penyiasat Korea bahawa sebuah dua kapal selam Korea Utara, iaitu kapal selam kelas Yono dan kapal selam kelas Sang-O, meninggalkan pangkalan tentera laut di Tanjung Bipagot bersama kapal sokongan pada 23 Mac. Menurut laporan, salah sebuah kapal seram melencong ke arah tepi barat Pulau Baengnyeong, lalu mendarat pada 25 Mac. Di situ, ia berada kira-kira 30 meter di bawah permukaan laut dalam perairan sedalam 40–50 meter, menanti Cheonan berlalu. Penyiasat percaya bahawa kapal selam berkenaan menembak peluru berpandu dari jarak 3 km pada 9:22 malam, 26 Mac. Serangan berkenaan nampaknya kena dengan waktunya ketika daya pasang surut perlahan di kawasan berkenaan. Kapal-kapal Korea Utara berkenaan kembali ke pelabuhan pada 28 Mac.[9]
Sisa-sisa peluru berpandu yang ditemui di tapak letupan oleh kapal korek pada 15 Mei, termasuk kipas putaran kontra berbilah 5x5, motor perejangan dan bahagian kemudi, betul-betul memadani skematik peluru berpandu CHT-02D yang disertakan dalam risalah pengenalan yang diedarkan kepada negara luar oleh Korea Utara untuk tujuan eksport. Tanda bertulisan Hangul yang berupa "1번" (#1), ditemui di dalam hujung bahagian perejangan, selaras dengan penandaan peluru berpandu Korea Utara yang ditemui lalu. Peluru berpandu Rusia dan China ditandai dalam bahasa masing-masing. Torpedo CHT-02D buatan Korea Utara memanfaatkan kaedah-kaedah penyasaran akustik/keracak dan penjejakan akustik pasif.[10]
Reaksi
[sunting | sunting sumber]Korea Selatan
[sunting | sunting sumber]Pada 2 Mei, menteri laut Korea Selatan dilaporkan menjanjikan "tindakan balas" terhadap pihak yang bertanggungjawb.[11] Laksamana Kim Sung-chan, di majlis pengebumian anak kapal Cheonan menyatakan, "Kami tidak akan berdiam diri dan melihat sahaja seseiapa yang menyebabkan kesakitan pada orang kami. Kami akan memburu mereja dan membuatkan mereka membayar harga yang lebih besar."[12]
Pada 24 Mei Presiden Repulik Korea, Lee Myung-bak mengatakan "bencana Cheonan adalah provokasi yang jelas dari Korea Utara dan kerajaan Korea Utara akan membayar untuk apa yang mereka lakukan pada tentera Laut Republik Korea. Akan dilarang semua kapal Korea Utara di laut Korea Selatan. Selain itu, kapal Korea Utara dilarang untuk menggunakan jalan laut Korea Selatan dan kerajaan Korea Selatan akan menghentikan semua perdagangan dengan Korea Utara".[13] Mengikut New York Times, embargo perdagangan merupakan "tindakan paling serius" boleh diambil Korea Selatan tidak sanggup sampai tindakan tentera.[14] Amerika Syarikat secara terbuka meyokong tindakan ini.[15] Sekatan ini dijangka merugikan ekonomi Korea Utara kira-kira $200 juta setahun.[16] Keputusan menghentikan perdagangan ini diikuti dengan pengumuman A.S. dan Korea Selatan yang mnereka akan mengadakan latihan tentera laut bersama.[17]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafuneral
- ^ "Northern Limit Line (NLL) West Sea Naval Engagements". globalsecurity.org. Dicapai pada 2010-03-31.
- ^ "Report: South Korean navy ship sinks". CNN. 26 Mac 2010.
- ^ "World News Australia - North Korea 'sank South Korean ship'". Sbs.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-23. Dicapai pada 20 Mei 2010.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamadailynk1
- ^ "North Korea denies sinking warship; South Korea vows strong response". CNN. Dicapai pada 20 Mei 2010.
- ^ "North Korea condemned by world powers over torpedo attack". The Telegraph. 20 Mei 2010. Dicapai pada 20 Mei 2010.
- ^ "How Did N. Korea Sink The Cheonan?". Chosun Ilbo. May 21, 2010. Dicapai pada May 21, 2010.
- ^ "Investigation Result on the Sinking of ROKS "Cheonan" - report". Ministry of National Defense R.O.K. Dicapai pada 20 Mei 2010.
- ^ "S. Korea minister vows retaliation over warship sinking". Hindustan Times. 2 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-05. Dicapai pada 2010-05-26.
- ^ The Korea Herald, "Navy Chief Vows Revenge For Cheonan", 30 April 2010.
- ^ Choe Sang-Hun (24 Mei 2010). "South Korea cuts trade ties with North over sinking". The Age. Dicapai pada 24 Mei 2010.
- ^ Choe Sang-Hun (24 Mei 2010). "Pentagon and U.N. Chief Put New Pressure on N. Korea". New York Times. Dicapai pada 24 Mei 2010. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Leo Lewis (24 Mei 2010). "South Korea bans all trade with North over Cheonan attack". The Times. Dicapai pada 24 Mei 2010.
- ^ "US backs South Korea in punishing North Korea - Yahoo! News". News.yahoo.com. 2010-03-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-26. Dicapai pada 2010-05-25.
- ^ "US to conduct naval training exercises with S Korea after attack". BBC News. British Broadcasting Corporation. 24 Mei 2010. Dicapai pada 24 Mei 2010.