Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Partai Keadilan Sejahtera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Partai Keadilan Sejahtera
Ketua Majlis SyuraSalim Segaf Al-Jufri
PresidenAhmad Syaikhu[1]
Setiausaha AgungAboe Bakar Al-Habsyi
Ditubuhkan20 July 1998; 26 tahun yang lalu (20 July 1998) (sebagai Partai Keadilan)
20 April 2002; 22 tahun yang lalu (20 April 2002) (nama sekarang)
Ibu pejabatJakarta
Sayap beliaGaruda Keadilan
Gema Keadilan
PKS Muda
Ideologi
Penggabungan antarabangsaIkhwanul Muslimin
SloganBersama Melayani Rakyat
Laman sesawang
www.pks.id

Parti Keadilan Sejahtera (Indonesia: Partai Keadilan Sejahtera atau singkatannya PKS (sebelum ini Partai Keadilan atau PK)) ialah sebuah parti politik berasaskan Islam yang mempunyai perwakilan dalam Parlimen Indonesia. Parti ini ditubuhkan pada 20 April 1998 bermula daripada gerakan dakwah Islam sejak 1980-an. Pilihan raya umum Indonesia 2019 merupakan pilihan raya umum kelima yang disertai parti ini.[10]

Penubuhan PKS mempunyai kaitan rapat dengan gerakan mahasiswa Islam yang muncul sebagai tindak balas terhadap tekanan politik pemerintah Orde Baru terhadap umat Islam. Gerakan ini dikesan dengan semaraknya kegiatan pengajian Islam dan meluasnya penggunaan tudung di pusat pengajian tinggi konvensional Indonesia pada era 1980-an.[11]

Dengan latar belakang pengasasnya yang sebahagian besar adalah anak muda terpelajar, PKS memperoleh dukungan paling banyak di bandar.[12] Dalam pilihan raya umum Indonesia 2004, parti ini mendapat 7.3% sokongan kebangsaan, melonjak dari pungutan undi pada pilihan raya umum sebelumnya yang hanya mendapat 1.36%.[13] Pada pilihanraya saat itu, PKS menggunakan cogan kata "Bersih dan Peduli". PKS meletakkan tokoh-tokoh muda sebagai calon pilihan untuk dicadangkan sebagai gabenor, bupati, dan datuk bandar (wali kota) melalui pemilhan kepala daerah secara langsung yang diadakan sejak 2005.[11]

PKS menjadi pengumpul undi keempat terbanyak hasil pemilu 2009 seiring meluasnya sebaran pengundi PKS. Peningkatan kemenangan yang diperoleh PKS dalam pemilihan ketua daerah (pilkada) serentak yang diadakan sejak 2015 sama ada menerusi cara bekerjasama dengan parti lain ataupun mencalonkan wakil sendiri telah mematahkan dominasi Golkar dan PDI Perjuangan.[10][14][15]

Menjadi kelaziman pada parti ini terlibat dalam program khidmat masyarakat, pemberdayaan masyarakat, dan bantuan kemanusiaan.[11] Dengan sistem pengkaderan yang tersusun, PKS membangun keseragaman kadernya. Kader PKS membiayai sendiri keterlibatan diri mereka dalam agenda politik dan tidak bergantung pada tokoh. PKS secara konsisten memberikan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di seluruh dunia juga menerusi kempen seperti lobi di Parlimen, demonstrasi, mahupun pengumpulan dana. Dalam setiap demonstrasi ataupun kempen mereka, PKS dianggap "menunjukkan contoh" mengerahkan massa dalam jumlah banyak dengan tertib dan aman.[11]

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama So
  2. ^ Geraldy, Galang (2019). "Ideologi dan Partai Politik: Menakar Ideologi Politik Marhaenisme di PDIP, Sosialisme Demokrasi di PSI dan Islam Fundamentalisme di PKS". www.neliti.com. Dicapai pada 1 July 2022.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Al
  4. ^ Hamayotsu, Kikue (September 2011). "The Political Rise of the Prosperous Justice Party in Post-Authoritarian Indonesia: Examining the Political Economy of Islamist Mobilization in a Muslim Democracy". Asian Survey. 51 (5): 971–992. doi:10.1525/as.2011.51.5.971. JSTOR 10.1525/as.2011.51.5.971.
  5. ^ Yon Machmudi (November 2008). "Islamising Indonesia: The Rise of Jemaah Tarbiyah and the Prosperous Justice Party (PKS)". ANU Press. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Mohamad Ramadan Habibi; Noor Naemah Abd Rahman; Kamaruzzaman Bustaman Ahmad. "PROSPEROUS JUSTICE PARTY (PKS) IN THE INDONESIAN MASS MEDIA". academia.edu.
  7. ^ Bubalo, Fealy & Mason 2002, m/s. 51, 76.
  8. ^ "Indonesia's Political Parties". Carniege. Dicapai pada 5 November 2021.
  9. ^ Alexander R. Arifianto; Leonard C. Sebastian; Syafiq Hasyim (29 October 2020). Rising Islamic Conservatism in Indonesia Islamic Groups and Identity Politics (dalam bahasa English). Taylor & Francis. m/s. 172–173. ISBN 978-1-000-20536-7. Dicapai pada 5 November 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ a b Litbang Kompas. 2009. Partai-partai Politik Indonesia, Ideologi dan Program 2004-2009. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.
  11. ^ a b c d Litbang Kompas. 2009. Partai-partai Politik Indonesia, Ideologi dan Program 2004-2009. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.
  12. ^ "Majalah Gatra :: Artikel". arsip.gatra.com. Dicapai pada 2019-04-09.
  13. ^ "Majalah Gatra :: Artikel". arsip.gatra.com. Dicapai pada 2019-04-09.
  14. ^ Okezone. "Menatap Pilkada Serentak 2018, PKS Targetkan 60% Kemenangan : Okezone News". https://news.okezone.com/ (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-04-09.
  15. ^ Siregar, Liston P. (2018-06-28). "Pilkada Serentak 2018: PKS bahagia dan Golkar mengambil hikmah" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-04-09.
  1. ^ A 2008 Lowy Institute for International Policy paper suggests that Prosperous Justice Party of Indonesia is post-Islamist.[7]