Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Polis tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Polis Tentera atau Military Police (MP) merupakan polis di dalam sebuah organisasi tentera, yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang dan sekuriti dalam organisasi tersebut. Lazimnya MP tidak terlibat dengan peperangan tetapi dalam masa perang mereka berfungsi sebagai pengawal pegawai kanan militari, pengurusan tawanan perang, pengawalan trafik dan pengurusan perjalanan bekalan. MP juga tidak dilindungi dibawah undang-undang jenayah perang yang melindungi unit perubatan tentera.

Ketua polis tentera dipanggil Provost Marshal. Pangkat ini adalah pangkat kuno yang diberi kepada pegawai yang bertugas untuk memastikan tentera raja tidak membahayakan orang awam.

Dalam kebanyakan negara, angkatan tenteranya mempunyai penjara dan sistem kehakiman yang berbeza dari sistem sivil. Mereka juga mempunyai pandangan yang berbeza dalam undang-undang jenayah.

Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia Diarkibkan 2007-03-10 di Wayback Machine

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]