Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sundubu jjigae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sundubu Jjigae.
Sundubu Jjigae Korea

Sundubu jjigae (순두부찌개) adalah jjigae (sup rebusan Korea) dalam masakan Korea. Hidangan itu dibuat dengan dubu (tauhu) lembut, sayur-sayuran, kadang-kadang cendawan, bawang, makanan laut (biasanya tiram, kepah, kerang dan udang), daging (biasanya daging lembu atau babi), dan gochujang (pes cili) atau gochu garu (serbuk cili). Hidangan yang dicampur dan dimasak secara langsung dalam bekas hidangan, yang secara tradisional diperbuat daripada porselin tebal dan teguh, tetapi boleh juga buat daripada batu pepejal. Telur mentah diletakkan dalam jjigae sebelum hidang (juga pilihan), dan hidangan itu disaji ketika masih mendidih. Hidangan ini biasanya dimakan dengan semangkuk nasi putih dan beberapa banchan (hidangan sampingan atau lauk).[1]

Asal-usul menggunakan tauhu lembut dalam masakan Korea tidak didokumentasikan dengan baik, tetapi rekod dari arkib dinasti Joseon menunjukkan bentuk awal sajian sundubu jjigae. Sesetengah ahli sejarah beranggapan bahawa penggunaan tauhu lembut juga tersebar di kalangan orang ramai ketika dinasti Joseon.[2]

Dalam tahun 1990-an, pendatang Korea di Los Angeles membawa sundubu jjigae ke Amerika Syarikat.[3][4] Hee Sook Lee, generasi pertama pendatang Korea, membuka restoran sundubu pertama di kejiranan Koreatown Los Angeles.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ 순두부찌개 (dalam bahasa Korean). EncyKorea. Dicapai pada 2015-05-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ 순두부찌개 (dalam bahasa Korean). Korea Food Research Institute. Dicapai pada 2015-05-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b Kim, Victoria (January 24, 2008). "Korean immigrant reigns over an empire of tofu stew". Los Angeles Times. Dicapai pada 2015-05-01.
  4. ^ A conversation with Roy Choi (YouTube). University of Southern California Korean Studies Institute. April 26, 2012. Peritiwa berlaku pada 7 minutes 20 seconds.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]